Thursday, July 29, 2010

Kecederaan tulang belakang : Akhirnya Sinar Harian diliwat Anwar Ibrahim


Akhirnya akhbar Sinar Harian yang sebelum ini cuba menjadi akhbar yang neutral dan telus telah hilang kredibilitinya apabila diliwat Anwar sewaktu kunjungan Penasihat Ekonomi Selangor yang sebelum ini pernah menyebabkan negeri Selangor berlubang di seluruh negeri gara-gara isu korek pasir secara haram.



Apakah kisah sebenar gelak ketawa Anwar dan Fikcry Yacob -pengerusi kumpulan Karangkraf, di dalam gambar ini?

Dalam sesi temubual eksklusif dengan Sinar Harian dua hari lepas dan disiarkan di muka hadapan dan halaman tengah akhbar tersebut semalam, adalah jelas editornya cuba memberi imej yang positif kepada Anwar hingga sanggup dicabuli prinsip kewartawanan yang dipegang.

Anwar semasa ditemubual Sinar Harian sekali lagi menyalahkan pihak kerajaan sebagai punca tulang belakangnya sakit, walaupun fakta sebenarnya adalah berbeza sekali sebagaimana dakwaan Anwar. Akhbar Sinar Harian dalam laporan tersebut seolah cuba memperbesarkan isu yang diperkatakan Anwar, apabila menfokuskan kenyataan kecederaaan tulang belakang adalah disebabkan pihak berkuasa. Rujuk sini fakta laporan suruhanjaya tersebut


Dalam laporan Suruhanjaya Diraja menyiasat kecederaan Anwar sewaktu tahanan polis, ada dimuatkan kenyataan seorang pegawai perubatan Dr. Vasantha yang menyatakan Anwar pernah mengaku pernah jatuh kuda 6 tahun dari tarikh tersebut (1998) serta mengidap penyakit cervical spondylosis dan pernah mendapat rawatan neuorologi .

Penyakit Cervical Spondylosis ini boleh menyebabkan leher tangan terasa sakit dan kebas walaupun sudah mendapat rawatan pembedahan dan menyebabkan tekanan kepada tulang belakang. Malah ada pakar mengatakan walaupun sudah dilakukan pembedahan namun kebarangkalian untuk pulih 100 peratus adalah sukar.









Ahmad Lutfi Othman, bekas Ketua Pengarang harakah juga pernah menerbitkan buku bertajuk "Anwar lawan Ghaffar', tahun 1993. Dalam muka surat 203, di bawah tajuk "Anwar dan Kudanya : Lebih mudah menunggangi manusia daripada menunggangi Kuda!

Dalam buku tersebut Ahmad Lutfi telah memasukan petikan akhbar Cina yang melaporkan Anwar jatuh kuda semasa menunggang kuda di Country Resort Bukit Kiara, yang merupakan milik taiko judi Vincent Tan. Anwar pada masa tersebut merupakan penerusi penaja Majlis Ekuin Malaysia dan kejadian itu berlaku sebelum Anwar dimasukan ke Penjara.

Selain itu menurut Dr Jeyaindran, cakera teranjak yang dialami Anwar juga dipercayai akibat bermain sepak takraw di Penjara Sungai Buloh pada pertengahan 1999. Sewaktu dipenjara pihak Kementerian kesihatan pernah menasihat Anwar menjalani pembedahan dengan 4 pilihan rawatan namun ia ditolak Anwar dengan mewujudkan persepsi memburukkan pihak kerajaan.

Berdasarkan laporan tersebut adalah jelas membuktikan punca kecederaan tulang belakang Anwar langsung tiada kaitan dengan pihak berkuasa.

Anwar yang telah mengarahkan MB Selangor memperuntukan bajet sebanyak RM 15 juta untuk kerja-kerja memulihkan imej kepada media di dalam negeri, semasa sesi temuramah tersebut jelas meneruskan tabiatnya yang suka berbohong kepada umum, cuma kali ini menggunakan ruang yang ada di Sinar Harian untuk mewujudkan simpati kepada dirinya.

Taktik menyalahkan pihak berkuasa dan menagih simpati Anwar ini sebelum ini banyak digunakan sewaktu beliau berkunjung ke luar negeri, hingga tidak ada satu pun perkara positif dilakukan pihak berkuasa pada kacamata Anwar.

Sedangkan menurut laporan Suruhanjaya Diraja berkaitan kecederaan Anwar menunjukkan punca Anwar sakit belakang adalah disebabkan jatuh dari kuda yang ditunggang 6 tahun sebelum beliau dimasukan ke penjara,manakala isu kecederaan mata lebam sebenarnya bukan punca kepada kecederaan tulang belakang yang dialami.

Sekiranya apa yang disampaikan oleh Anwar itu disiarkan di Suara Keadilan ataupun Harakah, ataupun Malaysiakini ia tentu tidak mengejutkan namun kini akhbar yang memegang slogan telus dan tulus itu sanggup dijadikan alat dan kuda tungangan terbaru oleh Anwar dengan menafikan apa yang di sebut di dalam laporan suruhanjaya diraja.

Adalah jelas pemaparan tembual Anwar dalam akhbar tersebut seolah menunjukkan kepada umum bahawa editor Sinar Harian dan pemilik akhbar berkenaan seakan sudah dipengaruhi oleh sentimen Anwarisme dengan cuba memberikan imej positif sepenuhnya kepada tokoh islam liberal tersebut.

Wednesday, July 28, 2010

Apa DEAL Anwar dengan Sinar Harian?


Semalam Anwar Atartuk di laporkan mengadakan sesi dialog dengan Pengarang dan wartawan akhbar Sinar Harian sempena kunjungannya ke Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd, di Shah Alam.

Menurut AIDC News perjumpaan itu diadakan lanjutan dari pengumuman Menteri Besar Selangor bahawa Kerajaan PKR Selangor akan memperuntukkan duit sebanyak 15 juta bagi kerja sebaran Am kepada media.

Sebelum ini penasihat ekonomi Selangor itu juga turut mengadakan kunjungan kepada pemain media antarabangsa seperti CNN dan The Wall Streets Journal sewaktu siri “Anwar Apology Tour” di Amerika Syarikat.

Jika bajet untuk pemain media tempatan telah di allocate kan sejumlah 15 juta, berapakah anggaran bajet untuk media antarabangsa, 10 juta atau 15 juta? Yang pasti sudah tentu lebih dari 15 juta mungkin 70 hingga 100 juta kerana ia dibayar dalam bentuk mata wang Dollar US dan sebarang kerjasama dengan pemain media seperti CNN sudah tentulah melibatkan kos yang besar.

Anehnya kerja sebaran am tersebut pastinya bukan untuk memberi imej untuk kerajaan Selangor tetapi adalah untuk memulihkan reputasi Anwar dan konco parti miliknya Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sewaktu Paul Wolfowitz berkuasa di Pentagon mungkin Anwar mempunyai dana yang lumayan, tetapi kini sejak Obama berkuasa banyak peruntukan dana telah dikurangkan kepada Anwar Ibrahim, lebih-lebih lagi Anwar gagal mengotakan janjinya menubuhkan kerajaan 16 September.

Sebab itulah Anwar beria-ia melutut kepada Malcom Hoelien pemimpin American Jewish Organization sewaktu retret “Anwar Apology Tour” dari 20 hingga 24 Jun lepas, hanya Yahudi Zionis dan beberapa pertubuhan yang ada kaitan dengan Kristian dan demokrasi sahaja yang masih menaungi kegiatan politiknya.

Anwar sewaktu sesi dialog dengan wartawan akhbar Sinar Harian semalam dikatakan telah memuji kumpulan akhbar tersebut kerana banyak memberikan ruang yang positif terhadap dirinya.


Hari ini di laman Twiternya beliau ada mencatatkan bahawa seorang wartawan bernama Fairuz Jurmain melahirkan perasaan bangga dengan kunjungan penasihat PKR tersebut.

Sebagai sebuah syarikat berorientasikan keuntungan, Karangkraf sudah tentu akan menerima imbuhan yang dijanjikan oleh Anwar sekiranya melakukan kerja-kerja komunikasi seperti yang diinginkan oleh Anwar.

Persoalannya sekarang apakah kerja-kerja komunikasi tersebut adakah melibatkan kerja-kerja melibatkan percetakan bahan propaganda hinggalah kepada khidmat nasihat perhubungan awam dan media kepada Anwar Ibrahim, ataupun hanya memberi liputan positif kepada Ketua Umum PKR tersebut.

Syarikat induk Sinar Harian, iaitu Karangkraf sdn Bhd pemilik kepada puluhan majalah di Malaysia dan memiliki Syarikat Percetakan sendiri Ultimate Print di Shah Alam dan beberapa lokasi strategik di seluruh negara sebelum ini pernah memiliki akhbar tabloid Watan dan Eksklusif yang pernah pro kepada Anwar Ibrahim dan pembangkang.

Oleh itu adalah sesuatu yang mungkin sewaktu perbincangan Anwar dengan pimpinan syarikat tersebut semalam ada diusahakan suatu gerak kerja dan pembiayaan apa sahaja kemudahan dan prasarana yang ada di Karangkraf untuk menjayakan nafsunya menjadi PM pada pilihanraya ke 13 nanti.

Akhbar Sinar Harian hari ini di muka hadapan dan halaman tengah ada menyiarkan laporan yang positif mengenai Anwar Ibrahim, adakah ini bermakna kerja-kerja media Anwar menghadapi pilihanraya ke 13 sudah bermula?

Wednesday, July 14, 2010

Alat CIA : kenapa Anwar dan John R Mallot panik & gelabah?


Oleh Tomyam
Bekas Duta Amerika ke Malaysia dalam siri membela Anwar telah mengeluarkan kenyataan bahawa Anwar bukan ejen CIA. Kenyataan tersebut merupakan kenyataan keduanya bagi membela Anwar Ibrahim setelah pernah melakukan hal yang sama pada tahun 2000 juga di laman Malaysiakini.

Namun kali ini hujah beliau untuk membela Anwar Ibrahim agar tersasar, beliau mendesak media di Malaysia khususnya utusan serta Menteri Penerangan meminta maaf kerana mengaitkan Anwar sebagai ejen CIA.



Kalau kita imbas kembali laporan utusan Malaysia bertarikh 11 julai, tajuk yang tertera pada muka hadapan adalah “Penulis blog AS dedah Anwar alat CIA” sambil merujuk kepada tulisan seorang blogger Elaine Meinel Supkis melalui artikel CIA and Mossad want Anwar Ibrahim assassinated.

Malah Elaine di dalam blognya juga Culture of life news menafikan Anwar adalah ejen CIA tetapi mengatakan

“Anwar is a CIA creator. That is he is not a agent but rather a tool “ dan inilah yang dinyatakan oleh utusan.

Namun yang peliknya ekoran pendedahan akhbar utusan tersebut John R Mallot bekas Duta Besar Amerika ke Malaysia pada tahun 1995 hingga 1998 telah menafikan sekeras-kerasnya Anwar adalah ejen CIA.

Malah dalam kenyataannya seperti dipetik dari Malaysia today sebanyak kali 9 kali Mallot menyebut perkataan Anwar adalah ejen CIA, Anwar ejen Amerika dan Anwar adalah spy Amerika. Dan sesekali tidak pernah menyanggah Anwar adalah “ Tool” CIA.

Adakah ini bererti Mallot sudah panic dengan beberapa perkaitan Anwar dan CIA ataupun juga Anwar yang sudah gelabah dan terlalu risau akan kedudukan dirinya lantas terus meminta Mallot membela dirinya , ataupun mungkin ada sesuatu kisah lain yang ingin disembunyikan oleh Anwar dan Mallot.

Cuba kita teliti ucapan Anwar didalam blognya :

“Hanya dengan mengutip tulisan blog Elaine Supkis(kononnya blog terkenal) dan kenyataan seseorang yang bernama Joshua Trevino, Utusan Malaysia milik Umno, tanpa berpandukan etika kewartawanan mulakan satu kempen dangkal dan berakarkan kebencian. Terpampang di muka hadapan fitnah Anwar Agen CIA”.

Mengapa Anwar mengambil serius dakwaan Elaine Supkis dan Joshua Trevino dan mendedahkan nama dua watak tersebut di dalam blognya, sedangkan sebelum ini banyak kali dia mengabaikan nama-nama watak yang mengktik beliau malah lansung tidak dinyatakan didalam blognya.

Seterusnya Anwar masih cuba menyalahkan Utusan dengan menyatakan akhbar tersebut menfitnahnya dengan mengaitkan dirinya adalah agen CIA, walaupun hakikatnya utusan hanya menyebut Anwar adalah alat CIA.

Maksud perkataan ejen dan alat adalah dua kata yang sungguh berbeza maknanya, namun mengapa Anwar cuba menyamakan maksud kedua perkataan tersebut. Siapa yang tidak faham bahasa sebenarnya, Anwar pernah memimpin persatuan bahasa Melayu sewaktu di Universiti Malaya dahulu, adalah pelik dan janggal jika Anwar tidak faham maksud kedua perkataan tersebut melainkan Anwar ada tipu helahnya untuk menyelamatkan diri.
Blogger Kumbang pernah membincangkan beza antara Tool dan agent seperti tulisannya dibawah;-

Agent ini dibayar oleh CIA dengan gaji tetap, apatah lagi syarat kemasukannya juga agak ketat, agen yang juga sering kita lihat di kaca tv lebih merujuk kepada pengintip atau spy yang boleh menyamar dan melakukan tugas mengumpul maklumat.

Tapi kalau 'tool' maknanya lebih besar daripada agen, tool ini boleh digunakan organisasi tertentu terutamanya CIA untuk mencaturkan sesuatu tanpa dilihat seperti ada kena-mengena dengan mereka.

Sudah tentu peruntukkan kepada 'tool' lebih besar daripada agen yang bergaji tetap kerana operasinya kelihatan seperti tidak ada kena-mengena dengan CIA secara langsung walaupun sebenarnya dicatur dan dirancang oleh mereka. Ia biasanya dalam bentuk projek dan satu projek biayanya sudah tentu mahal, contohnya Amerika menawan Iraq yang memerlukan belanja berbilion-bilion dollar.

Sebagai contoh 'Tool' digunakan untuk mencaturkan sesuatu ialah CIA menggunakan 'tool' seperti Mousavi untuk menjatuhkan kepimpinan Iran dan begitu juga menggunakan Osama dan Taliban untuk menentang Rusia dan kemudian menjadikan ia alasan untuk menawan Afghanistan dan Iraq. Klik sini

Tuesday, July 13, 2010

Anwar lesu gara-gara Vuvuzela Yahudi


Dalam tempoh 24 jam lepas telah disahkan Sepanyol memenangi juara piala dunia, dalam tempoh sebulan iaitu bermula 11 Jun hingga 11 Julai kejohanan World cup berlangsung kita dapat melihat pelbagai kejutan dan beberapa keputusan di luar dugaan .

Kisah Anwar dan PKR dalam tempoh sebulan ini juga tidak kurang dari pelbagai kejutan yang berlaku. Bermula dari hentakan Datuk Zahrain yang menyatakan bahawa Anwar memiliki video Seks Elizabeth Wong hinggalah kepada pengakuan Anwar bahawa dirinya terlibat dengan International Crisis Group sebuah badan yang merupakan alat kepada yahudi zionis untuk menguasai dunia dan tidak lupa juga kepada krisis antara Azmin dan Khalid Ibrahim hingga menyebabkan berlakunya perang saudara di Selangor dan menyebabkan berlakunya pengstrukturan kembali PKR Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Akhirnya Jawatan Pengerusi PKR Selangor terpaksa diserahkan kepada Azmin Ali dan Wilayah diambil alih oleh Zaid Ibrahim. Bagi menenangkan diri anwar mengarahkan Khalid mengambil cuti di luar negara .

Dalam tempoh ini juga kecoh seluruh Malaysia dan Indonesia apabila munculnya video aksi permainan bolasepak Ariel dari team peterpan dengan Cut tari dan luna maya, lagi kecoh apabila pasukan keselalamatan mendedahkan bahawa Nazril Irham seorang Melayu dari Sumatera barat merupakan Biseksual kerana menurut polis wujud 3 rakaman video menunukkan bahawa Ariel beraksi bersama lelaki.

Rupanya bukan setakat itu sahaja yang berlaku, ditengah kehangatan pasukan pilihan kalah di Piala Dunia sewaktu itu. Anwar juga telah terbang secara diam-diam dengan isterinya Wan Azizah ke Amerika untuk berjumpa dengan tokoh yahudi Antarabangsa bagi meleraikan persoalan yang wujud ekoran tindakan Anwar mengecam yahudi Zionis dan berdemonstrasi di hadapan kedutaan Amerika dan mengaitakan APCO dengan Israel beberapa minggu sebelum Piala dunia berlaku.
Dari tokoh Yahudi yang mengetuai American Jewish Oraganization Malcom Hoelien hinggalah bertemu orang kuat NED Carl Gerhsman, memberi ucapan di di Woodrow Wilson International Center, sebuah pusat Antarabangsa yang diambil dari nama bekas Presiden Demokrat Amerika Syarikat ke-28, Thomas Woodrow Wilson. kemudian bertemu dengan orang kuat Yahudi neocon dalam pentadbiran Obama iaitu Howard Berman yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Luar Negeri Amerika Syarikat yang mana jawatan disandang beliau itu melayakkan beliau bergelar salah satu pembuat dasar Amerika Syarikat.

Anwar juga dikatakan mengadakan pertemuan dengan media yang pro yahudi seperti CNN dan Wall Street Jounal semuanya dilakukan dalam satu trip yang diuruskan oleh Anwar menggunakan dana hasil kerajaaan negeri Selangor yang diberi gelaran oleh para blogger “Anwar apology Tour”.

Sangka Anwar trip kunjungannya ke Amerika akan senyap dan beliau boleh meneruskan aktiviti politiknya dengan menyerang pelbagai instutusi kerajaan di Malaysia. Namun jangkaannya tersilap Akhbar The Washington Post melalui penulisnya Jakson Diehl mula meniupkan bingit Vuvuzela kepada seluruh dunia dan kebingitannya terlalu kuat di Malaysia dengan pendedahan artikelnya Flirting with zealotry in Malaysia , kunjungan Anwar Ibrahim menurut Diehl menyebut ketua pembangkang di Malaysia itu menyesal menggunakan perkataan 'Pencerobohan Zionis' yang sering digunakan oleh Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad.

Apabila isu ini kecoh dimainkan diseluruh media, maka diarahkan Nurul izah menjadi pemain pertahanan bagi membela ayahnya, Nurul Izah dalam satu kenyataan menyatakan kunjungan ayahnya ke Amerika bertujuan membela rakyat palestin yang tertindas dengan kepungan Israel.

Selepas artikel dari Diehl itu pula akhbar berhaluan kanan New Ledger dan penulis Yahudi dari Israel Benjamin Kerstein telah mengulas panjang lebar sifat hipokrit Anwar di dunia Islam,di hadapan yahudi dan di negara sendiri dalam artikelnya,"Anwar Ibrahim in bad decline. Dalam artikel tersebut penulis menyatakan Anwar merupakan tokoh yang dipelihara oleh Wolfowitz seorang Neocon yahudi sewaktu Bush Berkuasa .

Sebuah laman web berhaluan kanan, The Evangelical Outpost yang memetik pendapat golongan penyokong sistem kapitalis dan konservertif, Rachel Motte pula menyatakan, pendirian Anwar dalam isu perkauman dan polisi antarabangsa sentiasa berubah-ubah bergantung kepada kepentingan politik peribadinya.

Menurut Motte, Anwar menghabiskan masa bertahun-tahun mengagungkan imej pro barat sehingga diberi peluang mengajar di Universiti Johns Hopkins tetapi apabila sokongan daripada golongan Melayu mula hilang, Anwar mula bersikap anti-Yahudi dan anti-Amerika.

Manakala artikel terbaru yang mengaitkan Anwar dengan CIa pula merupakan artikel "CIA And Mossad Want Anwar Ibrahim Assassinated" dan Anwar Ibrahim Made His Own Bad Choices During DC Visit di blog emsnews yang dimiliki blogger terkemuka New York, Elaine Meinel Supkis dikatakan sering mengkritik penguasaan dan operasi Yahudi di Amerika.

Dalam blognya, blogger yang mengaku sering berbalas email dengan Anwar ini menyebut dengan bersahaja yang Anwar Ibrahim merupakan ciptaan CIA. Menurut beliau Anwar bukanlah 'agen' CIA tetapi adalah 'tool' atau alat agensi Amerika itu.

Menurut Elaine lagi didalam blognya Malaysia umpama negara Mesir kerana terletak di laluan perkapalan antarabangsa seperti terusan Suez, oleh itu tidak pelik sekiranya ada pemimpin dipilih oleh CIA untuk dijadikan alat kepada mereka.

Kesemua rangkuman aksi Anwar dan yahudi tersebut boleh kita fahami apabila kita meniliti satu persatu pergerakan Anwar ke bumi Uncel sam tersebut. seperti didedahkan oleh Unspiners dan Aidc News.

Sementara itu Ketua AMK Keadilan Shamsul Iskandar Mohd Akin, dalam satu kenyataaan di dalam portal anti islam Malaysia kini menyatakan tindakan menuduh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai alat Agensi Perisikan Pusat (CIA) menunjukkan bahawa Umno sudah terdesak.

Dakwaan Shamsul tersebut yang mengaitkan UMNO adalah lansung tidak berasas kerana yang megelarkan Anwar dengan dakwaaan tersebut adalah penulis di luar negara yang tiada kaitan dengan rakyat Malaysia.

Namun kalau kita terbalikan kata-kata Sham tersebut mungkin yang sebenarnya Anwar yang terdesak, sebab itulah terpaksa melutut ke buntut Yahud Zionis di Amerika. Boleh kita katakan Sham tidak ubah seperti Maradona yang cuba mengalahkan orang lain apabila pasukannya tewas kepada Jerman dalam Piala dunia.

Francesc Fabregas Soler pemain Pasukan Sepanyol sebelum perlawanan akhir sepanyol dan belanda berlansung , beliau mengakui terdesak untuk bermain dalam pasukan utama Sepanyol kerana sebelum itu jurulatih hanya meletakkannya dibangku simpanan, namun rayuan yang dilakukannya secara terbuka menyebabkan Vicente Del Bosque memberikan beliau ruang untuk digantikan saat perlawanan akhir sedang berlansung.

Kalau kita lihat situasi Anwar kini, siapa yang terdesak sebenarnya kerana tindak tanduk Anwar tidak ubah seperti Fabregas yang terdesak. Sewaktu trip Apology Tour Anwar dikatakan juga sempat merayu dan bertemu dengan Malcom Hoenlien orang kuat kepada American Jewish Organization untuk diberi peluang sekali lagi.

Anwar di dalam laman twiternya menyatakan debaran untuk menonton Piala Dunia kurang kerana pasukan pilihannya sudah lama tewas. hummm agak-agaknya pasukan manakah pilihan Anwar ya? ataupun dia kecewa kerana Hoenlien enggan memberikan dirinya peluang lagi untuk menjadi pemain kepada Yahudi. Nampaknya nasib Anwar kali ini tidak sebaik Fabregas.

Tahniah Sepanyol dan takziah kepada Anwar dan PKR.

Friday, July 9, 2010

Gara-gara Anwar sokong Yahudi, PAS berpecah belah

Oleh Tomyam



Gara gara Isu Anwar memohon maaf kepada yahudi, Penasihat PKR tersebut telah menyebabkan krisis dalaman Pakatan Rakyat terutama di dalam PAS semakin melebar.

Pergelutan antara penyokong Anwar dan bukan penyokong Anwar di dalam PAS akhir-akhir ini terjadi kerana berpunca daripada tindakan Anwar yang tidak konsisten sikapnya terhadap apa yang diperjuangkan oleh dirinya mengenai isu yahudi Zionis.

Blog Mahaguru58 sebagai respon kepada tindakan Anwar memohon maaf kepada yahudi Zionis telah meminta pandangan kepada Timbalan Musyidul Am PAS Dato Prof Dr. Harun Din mengenai beberapa siri tindakan Anwar dan yahudi, selain itu kumpulan pro ulama di dalam PAS akhir –akhir ini semakin mendedahkan kecacatan yang berlaku kepada bloger-bloger pro Anwar di dalam PAS. Antara blog pro ulama yang aktif menyerang blog pro Anwar ialah batu api, penembak babi, Tulang besi dan Ali Zaidan.

Antara bloger yang sering diserang oleh kumpulan ulama ini ialah pengendali laman Al Bakistani, laman Perisik Rakyat, GreenBoc , Malaysia Waves dan beberapa laman sealiran lain.

Dilaporkan juga Abdul Rahman Talib (Malaysiawavew) juga telah dikeluarkan daripada menjadi penulis di laman Perisik rakyat ekoran beberapa laporan yang dikatakan tidak sesuai dan tepat sehingga boleh menjejaskan imej kumpulan tersebut.

Blog pro ulama juga mendedahkan bahawa beberapa laman pro Anwar seperti perisik rakyat tunjang belakangnya adalah Husam Musa exco kerajaan negeri Kelantan yang sebelum ini kalah jawatan Timbalan presiden PAS kepada Ustaz Nasharudin.

Menurut blog sealiran yang pro ulama lagi bahawa blog pro Anwar juga telah banyak menyerang Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Musyidul Am Datuk Prof Dr. Harun Din dan Timbalan Presiden PAS sehingga mengaibkan pimpinan Parti dan melebihkan sokongan kepada Anwar Ibrahim.

Isu Anwar memohon maaf kepada yahudi juga dipersalahkan kepada Utusan Malaysia oleh kumpulan blog pro Anwar ini walaupun pendedahan asal datangnya dari akhbar Washington Post sebuah laman yang pro anwar di Amerika sebelum ini.
Namun jika diperhatikan kepada tindakan Mahaguru dan beberapa laman pro ulama lain yang bertelagah sesama sendiri telah menunjukkan bahawa tindakan Anwar yang mempunyai hubungan erat dengan Yahudi Zionis telah mengusarkan perjuangan blogger pakatan rakyat.

Tuesday, July 6, 2010

Tidak kepada negara islam - Anwar Ibrahim


Anwar sewaktu berucap di Woodrow Wilson international Centre di AmerikaSyarikat mengatakan bahawa dirinya menolak konsep negara islam seperti yang ingin dilaksanakan sekutu PKR di dalam Pakatan Rakyat iaitu Parti Islam Semalaysia, sebaliknya lebih tertarik dengan konsep sebuah negara muslim moderate seperti yang digagaskan oleh National Endowment For Democracy. Itulah rumusan yang boleh kita katakan apabila menilai ucapan beliau di pusat yang mengkagumi Yahudi tersebut di Amerika baru –baru ini.

Ucapan Anwar dipengerusikan oleh Robert Hathaway, Pengarah Program Asia Woodrow Wilson International Center for Scholars yang dikatakan pengaruh dengan Foreign Affairs Committee dan U.S. House of Representatives. Tindakan Anwar mendakwa beliau anti Yahudi tetapi pada masa sama berucap di Woodrow Wilson International Center cukup aneh sedangkan kenyataannya di Malaysia beliau berangkat ke Amerika kerana ingin mendesak Amerika membantu rakyat palestin.



Apa yang diucapkan Anwar ini telah menyebabkan ia menjadi polemik dikalangan penyokong PAS, malah ada yang mendesak Anwar mengeluarkan kenyataan mengenai negara islam. Sila rujuk ulasan di sini dan disini.

Akhbar Harakah terbaru bilangan 1554 telah menyamakan Anwar dengan Erdorgan, sekaligus menunjukkan semakin ramai pendokong PAS mengiktiraf bahawa apa yang ingin dibawa oleh Anwar adalah sekadar islam basahan bukan ingin melaksankan sebuah konsep islam yang syumul.

Erdorgan sehingga kini masih berpegang kepada apa yang ingin dilakukan oleh Fethullah Ghulen, dan beliau tidak pernah mengimpikan ingin melaksanakan sebuah negara islam seperti yang pernah digagaskan oleh Necmetin Erbakan dari parti refah di Turki dan seteru kepada pemikiran Fethullah Gulen.

Mungkin kita boleh katakan apa yang diucapkan Anwar ini adalah senada apa yang ingin dikatakan oleh Karpal Singh yang menolak konsep negara islam PAS. Ustaz Nik Amar seperti di nyatakan didalam Sinar harian hari ini mengatakan bahawa Karpal Singh tidak faham negara islam, oleh yang demikian dapat kita katakana Anwar pun berada di sudut yang sama kerana mempunyai pandangan yang selari dengan Karpal.

Anwar didalam ucapannya di Woodrow Centre menolak hukuman syariah kerana menjadikan alasan hukuman sebat kepada seorang mangsa perempuan yang ditangkap kerana meminum minuman keras disebuah kelab malam di Cherating sebagai tidak wajar dilakukan. Bagi menyokong hujahnya Anwar telah melencongkan topic kewajaran hukuman sebat syariah dengan isu tidak berkaitan dengan menceritakan kelemahan polisi kerajaan. Dan dari situ beliau membuat rumusan tidak boleh menjadikan Malaysia negara islam kerana bimbangkan kesan negative yang diperolehi.

Walhal topic asalnya membincangkan kewajaran hukuman syariah ke atas wanita tersebut. Seperti sedia maklum wanita tersebut ditangkap selepas didapati melanggar enekmen syariah di negeri tersebut, dan menurut sumber dari pihak berkaitan sebelum tangkapan dilakukan penguatkuasa telah memberikan amaran kepada wanita tersebut dan suaminya seorang warga Singapura agar menghentikan tindakan meminum minuman keras, malangnya arahan itu dipersenda oleh wanita berkenaan dan mencabar pihak berkuasa menangkapnya.

Kalau kita telusuri kes ini apa yang dilakukan wanita berkenaan ternyata bercanggah dengan nilai-nilai dan aturan islam seperti yang ditetapkan hukum. Dan tindakan mahkamah syariah Pahang menjatuhkan hukuman kepada wanita tersebut dengan hukuman sebat supaya kesnya dapat dijadikan pengajaran kepada umat islam lain.

Namun Anwar sewaktu di Amerika tidak menyebut secara keseluruhan kes tersebut sebaliknya menyatakan wanita tersebut adalah seorang miskin yang menjadi mangsa kepada sebuah kerajaan yang korup.

Di sini adalah jelas Anwar masih cuba bermain wayang dan melembutkan lidahnya untuk bermain kata bagi menyelamatkan posisisnya di mata masyarakat Antarabangsa.

Friday, July 2, 2010

Anwar dan Al Gore miliki naluri seksual ganjil

Dua sahabat baik ini memang intim dan sentiasa bersama merencanakan kerjaya antara satu sama lain, Perkongsian pintar maklumat dan isu menyebabkan nama kedua mereka terkenal sebagai tokoh pemanasan global dan tokoh demokrasi. Sentiasa berkongsi apa sahaja isu berkaitan, namun hari ini kita mengetahui bekas wakil presiden dan wakil Perdana Menteri di Amerika dan Malaysia ini juga berkongsi sesuatu yang aneh iaitu mempunyai naluri seksual yang ganjil.

++++---++++

Di tengah panasnya laporan media terhadap Anwar kerana permohononan maafnya kepada Yahudi di Amerika. Secara tiba-tiba laporan mengenai sabahat baik Anwar juga tersiar dibeberapa laman di Amerika termasuk di Washington Post akhbar yang sama yang menyiarkan kisah Anwar dan Yahudi.

Menurut laporan media di Amerika semalam Polis Portland di negeri Oregon dilaporkan membuka semula penyiasatan terhadap dakwaan serangan seksual ke atas seorang tukang urut wanita oleh bekas Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Al Gore yang berlaku pada tahun 2006 lalu, lapor akhbar New York Post semalam.

Langkah itu diambil ekoran susulan laporan akhbar National Enquirer minggu lepas yang menyiarkan laporan mengenai seorang tukang urut dikenali sebagai Molly Hagerty yang mendakwa Gore, 62, pernah mencabul wanita itu di sebuah bilik di Hotel Lucia di Portland.

Menurut laporan Agensi pihak berkuasa mengesahkan mereka memang mengetahui dakwaan tersebut ketika akhbar tabloid terkenal itu menyiarkan kisah wanita berkenaan yang kemudian didedahkan oleh National Enquirer sebagai Hagerty, 54.

Hagerty menggelar Al Gore sebagai seorang yang ganjil.

Wanita itu kemudiannya dilaporkan mempunyai rakaman video dan bukti asid deoksiribonukleik (DNA) bagi menyokong dakwaannya.

Sebaik sahaja kisah tersebut disiar, pejabat pendakwa daerah dan polis Portland telah mengeluarkan kenyataan yang Hagerty pernah membuat laporan pada 2006 tetapi menarik balik pada 2007 sebelum membuat kenyataan pada 2009 yang mengganggu siasatan.

Editor Eksekutif National Enquirer, Barry Levine memberitahu akhbar The Washington Post, pihaknya tidak membayar satu sen pun kepada Hagerty untuk mendedahkan kisah itu untuk diterbitkan pada 23 Jun lalu walaupun dia ada meminta AS$1 juta (RM3.2 juta).

Itu kisah di Amerika di Malaysia rakan baik Al Gore- Anwar Ibrahim juga dihadapkan ke Mahkamah juga gara-gara salahlaku seksual. Kesilapannya ialah tersilap memancutkan air maninya ke tempat yang salah bagi kaum lelaki. Itulah keganjilan perwatakan yang ada pada sahabat baik Al gore ini. Nampaknya tidak ada beza antara dua sabahat baik ini, terlalu obses dengan seksual ganjil.




Thursday, July 1, 2010

Anwar sememangnya talibarut Yahudi - Wolfowitz


23 hingga 26 tanpa mewawarkan kepada penyokongnya Anwar bertolak ke Washington. Di Washington Anwar berkesempatan bertemu dengan pelobi yahudi di Amerika dan beberapa tokoh yang mempunyai kaitan dengan kumpulan Neo Con Yahudi dunia seperti William Cohen, Ahli Kongres AS, Keith Maurice Ellison dan Timbalan Setiausaha Untuk Negara Asia Timur dan Pasifik, Kurt Campbell.

Tindakan Anwar menyembunyikan rencana lawatannya di Amerika akhirnya terbongkar apabila seorang penulis Pro Yahudi Zionis Jackson Diehl di Washington Post menyiarkan kisah Anwar datang ke Amerika untuk memohon maaf kerana pernah melemparkan kecaman kepada yahudi.

Tindakan Anwar memohon maaf itu bukanlah suatu yang memelikkan sebenarnya, sekiranya kita ikuti ulasan Rachel Motte didalam 'The New Ledger' sebelum ini yang bertajuk 'The Reversal of Anwar Ibrahim'. Menurut penulis itu Anwar telah meninggalkan kawan lamanya kelompok yahudi di Amerika sewaktu bermati-matian menonjolkan dirinya sebagai anti yahudi dan seterusnya menyerang syarikat Apco yang dikaitkan dengan kontrak dengan kerajaan Malaysia.

Menurut artikel itu lagi banyak kali ucapan Anwar di Amerika bernada lain, sementara ucapannya di hadapan rakyat Malaysia juga berbeza dari apa yang diucapkannya ditempat lain khususnya di Amerika.

Sememangnya untuk survive di dalam politik anwar tidak dapat mengelakan diri dari mengadakan Pertemuan dengan beberapa orang tokoh neo con di Amerika Syarikat, ini kerana itulah tunjang kekuatan dana dan sentiment politik kepada dirinya.
Sebab itulah kita perhatikan hubungan Anwar dengan para pemimpin Neo con Amerika Syarikat tersebut tidak dapat dipisahkan semenjak beliau mengenali Anwar sewaktu masih didalam gerakan belia islam lagi.

Dan kalau kita perhatikan kepada tulisan Jackson Diehl tersebut, Wolfowtiz masih lagi cuba mempertahankan Anwar Ibrahim, persoalannya sekarang mengapa beria-ia Wolfowtiz dan kumpulannya masih mempertahankan Anwar Ibrahim. Walaupun kumpulan Yahudi lain di Amerika telah meragui beberapa tindakan Anwar dalam membangkitkan semangat anti yahudi di Malaysia.

Jelas Wolfowitz apa yang dilakukan Anwar sekarang adalah salah namun menurut beliau Anwar terpaksa melakukannya kerana terdesak kerana setelah digelar boneka yahudi oleh beberapa pihak di Malaysia.
Jesteru itu berdasarkan pandangan Wolfowitz tersebut adalah benarlah kalau kita katakan tindakan Anwar berdemo di hadapan kedutaan Amerika sebenarnya adalah satu tipu muslihat untuk mengelakan dirinya sebagai talibarut yahudi.

Dan adalah tidak mustahil sebenarnya sebelum Anwar turun berdemo sewaktu itu Anwar telah memaklumkan akan lakonannya kepada Paul Wolfowtiz, sekiranya tidak bagaimana Wolfotwitz boleh membela Anwar Ibrahim berdasarkan apa yang dikatakan oleh penulis Pro Zionis tersebut.