Friday, May 14, 2010

Anwar liwat Saiful di luar negeri, Desmond Tutu tahu?


Sewaktu ditanya oleh ketua peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh, mengapa Saiful Bukhari bertemu dengan seorang Penolong Superintenden (ASP) Rodhwan Yusof - kini Penolong Pesuruhjaya (ACP) - di Hotel Melia, Kuala Lumpur pada 24 Jun 2008, bekas pembancuh kopi kepada Ketua Umum PKR itu berkata:

'Saya ingin memberitahu beliau masalah saya. Saya telah diliwat oleh Anwar beberapa kali di dalam dan di luar negeri, termasuk Hongkong, Singapura dan Bangkok.'

Ditanya mengapa beliau mengambil masa dua hari setelah diliwat pada kali terakhir, sebelum membuat laporan polis, Encik Mohd Saiful berkata:

'Saya tak buat laporan polis kerana ini melibatkan maruah dan masa depan saya.'
Beliau juga ingin mendapatkan nasihat daripada beberapa orang, termasuk bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Senator Ezam Mohd Noor, dan juga seorang guru agama.

Berdasarkan kenyataan Saiful ini, ia menimbulkan persoalan, adakah Anwar merupakan seorang penagih tegar hubungan songsang. Sebelum ini kita hanya mengetahui kisah skandalnya hanya didalam negara sahaja.

Kini melalui kenyataan Saiful dapat dirasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan tabiat sebenar Anwar Ibrahim. Lebih-lebih lagi beliau selalu ke Luar negara untuk melaksanakan agenda liberalisme barat dan memenuhi pelbagai jemputan persidangan pluralisme sedunia.

Anehnya lagi, kebanyakkan tempat yang dihadiri Anwar pula juga sebahagian besarnya dihadiri juga oleh Desmond Tutu seorang pemimpin geraja dari Afrika yang sanggup mengunakan pengaruh dan kedudukkanya menyokong perjuangan kelompok gay dan lesbian di seluruh dunia, hingga menimbulkan kegelisahan Gereja Vatican.

Dari Perth Australia hinggalah kota London di mana ada Anwar di situ ada Desmond Tutu, oleh itu bolehkan kita wujudkan persoalan ada kisah lainkah antara hubungan Anwar dan Desmond Tutu ini? Adakah Paderi itu merupakan Tok Guru Anwar sebenarnya?

Sebaik Anwar dibebaskan dari penjara Sungai Buloh suatu ketika dahulu, Anwar terus mendapatkan penerbangan mencari Desmond Tutu, fakta itu lagi menjengkelkan. Sila rujuk artikel di AIDC.

Nama ulama Yusuf Qardawi langsung tiada dalam senarai awal yang dijumpai Anwar saat itu. Namun Anwar memukul gendang satu Malaysia seolah-olah beliau akrab dengan Yusuf Qardawi untuk menutup intimnya hubungan beliau dengan Desmond Tutu. dari situ timbul pertanyaan adakah Desmond Tutu mengetahui apa yang dilakukan Anwar di Luar negara? sehinggakan banyak kali Anwar menemui tokoh tersebut dalam keadaan tersembunyi dan tidak mewawarkan langsung pertemuannya di halaman rasmi blog beliau.

Wednesday, May 12, 2010

Teresa Kok jadi jurucakap PAS di Sibu


Arah tuju PAS sudah semakin keliru dan mengelirukan , bagi menutup keterlanjuran kata Haji Hadi awing yang pernah mengeluarkan kenyataan perkauman, “ Orang Sarawak pakai cawat “ merujuk kemenangan BN di dalam PRK Batang Ai suatu ketika dahulu, PAS kini hanya menghantar delegasi yang diketuai oleh Salehudin Ayub sahaja sebagai wakil tertinggi PAS untuk membantu kempen pilihanraya DAP di Sibu Sarawak.

Pemimpin-pemimpin lain majoritinya merupakan pemimpin dari kelompok Erdorgan yang berkiblatkan kepada Anwar Ibrahim, seperti Khalid Gereja, Mother Mariah dan beberapa orang lagi yang taksub kepada idea liberalisme barat.

Inilah PAS, parti yang sebelum ini selalu mendabik dada ingin melaksanakan hukum hudud dan pelaksanaan islam di Malaysia.
Pandai hipokrit dan berpura-pura untuk meraih sokongan umum, semenjak berdampingan dengan Anwar Atartuk.

Di Sibu Sarawak pimpinan DAP menyatakan kepada penduduk Sibu bahawa PAS ingin melaksanakan negara islam di Malaysia, manakala di akhbar Harakah editorialnya sibuk meyakinkan pembacanya bahawa dengan menyokong DAP akan tertegak negara islam di Malaysia.

Aneh dan menjanggalkan lagi kerana gagal mempromosi PAS kepada orang Sibu, PAS terpaksa mengupah Teresa kokok sebagai model upahan mempromosi PAS, di samping model tak rasmi Khalid geraja dan Mother Dr. Mariah.

Teresa kokok dalam satu kenyataan menyatakan PAS langsung tidak ingin melaksanakan negara islam di Malaysia, dan dia diakui oleh Nizar Jamaludin dengan sekali lagi menyatakan konsep negara islam tidak terkandung didalam perlembagaan parti.

Samaada Nizar, Khalid gereja atau Dr. Mariah kesmua model PAS tersebut tidak diingini oleh kepimpinan PAS Pusat, kerana tidak serasi dengan corak perjuangan.
Cuba-cubalah cari Ketua Muslimat PAS Pusat dan selidiki bagaimana hubungan Dr.Mariah atau Dr. Lolo dengan pimpinan Muslimat PAS sekarang, tentu ada jurang di antara kedua kelompok kumpulan ini.

Malah Dr. Lolo sebelum ini pun pernah menyindir kelompok muslimat PAS atas beberapa isu yang padanya tidak sesuai dengan prinsip yang dipegang.

Manakala di kalangan ahli PAS lain pula mendakwa Nizar Jamaludin, Khalid Gereja dan kumpulannya ini cuba mewujudkan jemaah dalam jemaah di dalam PAS, hingga menyebabkan wujud perbalahan terbuka antara kumpulan yang diwakili Khalid dengan kumpulan yang melawannya didalam PAS.

Saturday, May 8, 2010

Selepas Amerika, Parti yang menyokong Anwar pun kalah di Britain


Menurut laporan media keputusan awal pilihanraya Britain telah menyaksikan Parti Buruh di negara tersebut telah kehilangan mandat untuk membentuk kerajaan, Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) melaporkan selepas 621 kerusi diumumkan, Parti Konservatif dikatakan berada dihadapan menguasai 291 kerusi, manakala Parti Buruh yang memerintah hanya memperolehi 251 kerusi, sementara Parti Demokrat Liberal 52 kerusi, dan parti lain 27 kerusi.

Parti yang berkuasa selama 13 tahun ini dikatakan kalah kerana rakyat Britain bosan dengan pimpinan Gordon Brown dengan beberapa polisi kerajaan yang dilihat gagal mengangkat Britain menjadi lebih hebat dari sudut ekonomi dan mengangkat imej Britain di dalam kesatuan Eropah.

Menurut akhbar popular The Sun polisi parti Buruh yang agak terbuka didalam hubungan sosial hingga menyaksikan remaja Britain mempunyai kadar kelahiran tertinggi luar nikah di Negara eropah dan ramainya penagih tegar dikalangan remaja membuatkan pengundi di Britain bosan dengan polisi parti tersebut.

Sementara itu kawan baik Anwar Jeremy Corbyn (Pejuang hak gay dan lesbian) menang di parlimen yang ditandingnya di Islington North, kemenangannya di kerusi tersebut tidak mengejutkan kerana beliau mendapat sokongan padu kelompok gay lesbian yang merupakan kuasa penentu dan ramai di parlimen tersebut.

Melalui House of Commons, Jeremy dan ahli parlimen Parti Buruh pernah mendesak kerajaan Malaysia menggugurkan kes liwat terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim serta menghentikan usaha menekan dan mendakwa Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Usul yang dikenali sebagai "Early Day Motion" tersebut di bawa oleh Jeremy Corbyn, bagi mengritik tindakan kerajaan Malaysia yang menyekat hak kumpulan gay dan lesbian di Malaysia melaksanakan kehidupan mereka.

Walaupun Corby menang namun parti buruh yang diwakilinya kalah kepada parti Konservatif yang dilihat tidak mesra kepada kumpulan gay dan lesbian di peringkat pusat.

Situasi politik dunia yang mula berubah kini sudah pasti akan membuatkan Anwar Ibrahim semakin resah, selepas Wolfowitz di Amerika kehilangan peranan di Amerika hingga suaranya kian tenggelam di Amerika kini parti yang selari dengan impiannya juga gugur di Britain.

Naiknya Konservatif sebagai peneraju kerajaan mungkin akan menyebabkan beberapa polisi sosial di Britain akan semakin berubah dari sebelumnya. Kemana Anwar mahu lari lagi selepas ini agaknya....