Saturday, April 24, 2010

Keadilan untuk Anwar sahaja?



Oleh SAID HAMIDI MZ

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sentiasa mengingatkan masyarakat bahawa keadilan itu adalah sesuatu yang wajib ditegakkan dan kerana itulah parti yang dipimpinnya dinamakan Parti Keadilan Rakyat.

Dalam memperkatakan prinsip keadilan, Anwar terus meletakkan bahawa jika sesuatu perkara itu berpihak kepadanya, maka itulah keadilan yang sebenarnya. Tetapi jika setiap pertikaian atau perkara yang berlaku tidak memihak kepada PKR atau dirinya, maka keputusan tersebut dilihat sebagai tidak adil atau zalim.

Terbaru ialah apabila membuat tuduhan bahawa Mahkamah Tinggi Syariah telah tidak berlaku adil kepadanya apabila hakim membuat keputusan menolak permohonan untuk mendapatkan perintah bagi memulakan prosiding qazaf terhadap bekas pembantunya pada 14 April lalu.

Anwar kemudian membelasah setiap orang yang terlibat membuat bantahan awal (responden) untuk mengetepikan permohonan tersebut, iaitu Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsudin Hussain; Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Hulu Selangor.

Anwar terus membuat tuduhan bahawa keputusan tersebut adalah sesuatu yang tidak seharusnya berlaku kerana Mahkamah Syariah sudah pun berjanji akan melakukannya secara adil. Dalam menentukan keputusan tersebut, Anwar telah membuat tuduhan bahawa responden telah campur tangan mempengaruhi penolakan tersebut. Kuda Trojan Anwar, Dr. Badrol Amin turut memberikan penjelasan bahawa campur tangan itu merupakan satu perbuatan keji, kerana berusaha menyembunyikan kebenaran dan menghukum Menteri Agama sebagai munafik dan perlu bertaubat nasuha. Astaqfirullahalazim… terlalu mudahnya memunafikkan sesama Islam.

Dalam kes penolakan prosiding qazaf, Dr. Badrol Amin menjaja fatwa yang dikeluarkan oleh ulamak terkenal sebagai perakuan bahawa Anwar tidak meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Menurut beliau, Dr. Yusuf Qardhawi tidak mengeluarkan fatwanya sendiri, tetapi menyatakan berdasarkan hukum yang telah ditetapkan dalam al-Qur'an, adalah tidak benar Anwar telah melakukannya.

Berbalik kepada kes yang difailkan oleh Anwar di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, sebenarnya isu utama yang dipohon oleh Anwar bukanlah isu qazaf. Isunya adalah sama ada Mahkamah Syariah mempunyai kuasa memaksa pihak pendakwa syarie mendakwa Saiful. Permohonan yang Anwar buat dikatakan berdasarkan hukum syarak tetapi di dalam penghujahan, peguam Anwar tidak memetik sepotong pun ayat al-Quran, hadis atau pandangan ulama untuk dihujahkan.

Berbanding dengan peguam responden yang menjelaskan nas-nas yang terperinci termasuk memetik kitab-kitab yang muktabar seperti majma' al anhar fi sharie multaqa al abhar, nazariyatul da'wa baina al syariah al islamiah dan Nizam al qadha fi al syariah al islamiyah.

Datuk Seri Jamil Khir dan peguamnya tidak pernah mengatakan mahkamah tidak ada kuasa mendengar kes qazaf. Itu hanya putarbelit Anwar sendiri. Apa yang dihujahkan ialah berdasarkan undang-undang dan hukum syarak mahkamah tidak mempunyai kuasa memaksa pendakwa mendakwa dalam apa jua kes pun. Mahkamah hanya mendengar kes yang dibawa kepadanya dan bukan mencari kes baru.

Seksyen 58 Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam menyatakan Ketua Pendakwa Syarie mempunyai budibicara mutlak untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi suatu kesalahan di hadapan Mahkamah Syariah.

Dari sudut hukum syarak pula adalah amat jelas pembahagian kuasa wilayah al hisbah wa mazalim (Pendakwa Syarie) dan juga wilayah al qadha' (mahkamah). Kedua-duanya mempunyai peranan masing-masing dan tidak boleh mencampuri urusan satu sama lain. Jika permohonan Anwar itu dibenarkan, ia akan membawa kesan apabila berlaku pergaduhan antara suami isteri, maka salah satu pihak akan datang ke mahkamah memohon mahkamah memaksa pendakwa syarie mendakwa pihak yang satu lagi. Maka akan berbondong-bondonglah kes jenayah difailkan walaupun siasatan belum lengkap dijalankan yang akhirnya akan menyebabkan kes itu dibuang.

Penghakiman yang diberikan oleh Hakim Mohd Shukor Sabudin itu adalah jelas berdasarkan nas dan hukum syarak, di samping mengelak mahkamah menjadi medan diperdayakan oleh pihak-pihak berkepentingan seperti Anwar.

Penghakiman itu juga memperteguhkan sikap tidak berpihak mahkamah kerana sekiranya mahkamah yang memerintahkan pendakwa mendakwa seolah-olah orang yang didakwa itu kelak telahpun dibicarakan dan didapati bersalah. Ia amat bersalahan dengan konsep 'neutrality' mahkamah dan juga 'ilm al qadhi'.

Malahan tidak ada sebarang buktipun yang dikemukakan di mahkamah bahawa Datuk Seri Jamil Khir dan Datuk Che Mat menghalang Ketua Pendakwa Syarie menjalankan tugasnya. Anwar dan Dr. Badrol Amin hanya kepoh di luar tetapi kecut di mahkamah. Siapakah yang munafik di sini?

Demikian juga dengan laporan akhbar Suara Keadilan yang cuba menyembunyikan beberapa fakta dan tidak menjawab banyak persoalan berhubung fatwa ulamak terkenal Dr. Yusuf Qardhawi. Adakah fatwa yang dikeluarkan oleh Dr. Yusuf Qardhawi itu adalah fatwa umum atau fatwa khusus berhubung dengan tuduhan terhadap Anwar?

Kita juga boleh membuat pertanyaan, apakah Dr. Yusuf Qardhawi benar-benar memperoleh maklumat dari pihak yang terbabit sebelum mengeluarkan kenyataan tersebut jika kenyataan itu berbentuk khusus? Jawapan kepada soalan itu adalah satu asas yang perlu, kerana jika fakta itu dikeluarkan secara khusus, bermakna Dr. Yusuf Qardhawi juga tidak bersikap adil, kerana tidak mendapat gambaran atau maklumat dari kedua belah pihak yang terbabit.

Dengan hanya mendapat maklumat sebelah pihak, sudah tentu pihak yang memberikan maklumat itu akan tetap mempertahankan faktanya. Tentunya tidak akan menceritakan keburukan diri sendiri kerana itulah sikap Anwar yang ramai rakyat Malaysia mengetahuinya.

Kita harus melihat bahawa tindakan Anwar dalam kes liwat ini juga amat berbelit-belit sehingga ada pihak membuat kesimpulan bahawa Anwar sebenarnya berusaha untuk 'shoot the messanger'. Anwar berusaha untuk mendera emosi dan kekuatan mental Mohd Saiful dengan pelbagai cara, termasuk membuat tafsiran salah terhadap laporan seorang doktor mengenai pemeriksaan berdasarkan hasil lisan.

Apabila keputusan tidak menyebelahi dirinya, maka seluruh sistem itu dianggap tidak adil. Anwar cuba menggambarkan seolah-olah kerana adanya seekor pepijat, maka seluruh kelambu itu mesti dibakar kalaupun tidak sebuah rumah. Tetapi, apa berlaku sekarang adalah bukan membunuh pepijat, sebaliknya Anwar membakar rumah dan seluruh isi rumah yang tidak menyokong perjuangannya untuk menjadi Perdana Menteri atas alasan dendam.

Disebabkan masalah membawa empat orang saksi ke mahkamah, maka Anwar memperoleh ruang membelasah Mohd Saiful, maka dibuat permohonan melalui Mahkamah Syariah. Dalam kesnya yang pertama, beliau tidak berusaha menggunakan Mahkamah Syariah. Ini mungkin kerana beliau mempunyai ramai peguam yang cekap dan sanggup mempertahankan anak guamnya, tetapi kali ini, pusingan awal Anwar menghadapi masalah apabila seorang peguam yang pernah mempertahankannya menarik diri. Sulaiman Abdullah tidak sanggup meneruskan pembelaan terhadap Anwar, dan seorang lagi rakan karibnya, Zulkifli Noordin mengambil langkah tidak lagi mahu terlibat.

Itulah sosok peribadi dan kemusnahan yang cuba digilap kembali oleh Anwar dengan terus memaksa kuda-kuda trojannya berlari. Kemahiran mengatur strategi propaganda terus diperhebatkan seolah-olah gambaran awal bahawa beliau teraniaya dan terperangkap dalam konspirasi menamatkan kerjaya politiknya hampir berjaya. Seperti juga sebuah kebenaran, walaupun pahit ia akan tetap menjadi manis apabila tiba masanya.

Anwar sedang berusaha menaburkan manisnya sebuah realiti palsu, kerana beliau sedar akhirnya masyarakat semakin tahu siapa dia sebenarnya.

Masyarakat sudah boleh menilai setiap ucapan dan kata-katanya, kerana seseorang itu hanya boleh berbohong pada sebilang masa dan tidak dapat berbohong selama-lamanya. Mencari alasan adalah lebih mudah, tetapi menapak menuju realiti sememangnya penuh berduri dan ada ketikanya membuat kita terluka. Dalam perjalanan itu, jika kita terluka, ia adalah satu pengalaman yang amat berguna, kerana destinasi sebenarnya yang dicari oleh Mohd Saiful adalah kebenaran kepada sebuah perbuatan, membetulkan kesilapan dan bukannya menegakkan sebuah pembohongan. Ia sebuah pengembaraan yang diharapkan akan adanya sinar cahaya di hujung terowong.

Friday, April 23, 2010

Ilham Centre milik PAS ingin tempelak Anwar ?


Motif kajian Ilham Centre yang memperlihatkan UMNO/ BN mendapat sokongan kukuh di kawasan pengundi Melayu menjadi persoalan. Ini kerana peratus pengundi Melayu di Hulu Selangor hanya 53 % sahaja manakala selebihnya adalah pengundi Cina dan India. Mana-mana parti politik tiada pilihan perlu mendapatkan sokongan ketiga-ketiga kaum di Hulu Selangor tersebut untuk memenangi pilihanraya kecil tersebut.

Menurut hasil kajian yang dikeluarkan oleh badan kajian milik PAS dan rapat dengan Datuk Seri Haji Hadi Awang itu, menyatakan seramai 261 (37.25%) responden mengatakan BN akan menang manakala 16.1 % peratus menjangkakan PKR akan menang dalam pilihanraya tersebut. Sementara bakinya sebanyak lebih 40 peratus mengatakan belum pasti akan mengundi parti mana.

Mungkin ia sebagai mesej kepada jentera PAS supaya bekerja lebih keras memandangkan tempoh berkempen akan tamat lebih kurang 30 Jam lagi atau pun ia sebagai strategi untuk melekakan jentera kerja UMNO /BN .

Sebelum ini amat sukar sebenarnya kita ingin memperolehi input daripada badan yang dinaungi PAS seperti Ilham Centre, sebagai contohnya di Bagan Pinang hasil kajian Ilham Centre juga dikeluarkan namun tidak dihebahkan kepada umum. Pada masa itu Ilham juga membuat kajian dengan mengatakan PAS akan kalah pilihanraya kecil tersebut dan jangkaan tersebut akhirnya benar berbanding dengan kajian Merdeka Centre yang mengatakan BN akan kalah kepada PAS.
Oleh itu menjadi tanda tanya tujuan utama penyebaran hasil kajian badan tersebut.

Mungkinkah PAS ingin memaklumkan kepada Anwar dan jentera PKR bahawa orang Melayu tidak mengemari polisi yang dilakukan Anwar sekarang terhadap Pakatan Rakyat. Jesteru itu Ilham digunakan sebagai alat untuk menerangkan kepada Anwar dan PKR.

Hari ini Lim Kit Siang memaklumkan bahawa PKR masih tertinggal di belakang BN, jesteru itu beliau telah mengarahkan jentera DAP agar memastikan undi orang Cina sebanyak 80 peratus diberikan kepada PKR.

Pada masa yang sama kajian Iham Centre disebarkan kepada umum, dari situ kita dapati PAS sebenarnya semacam tidak selesa cara Anwar sekarang yang hanya menumpukan mendapat sokongan pengundi bukan Melayu sahaja untuk memerintah.

Hasil kajian juga menyatakan 1 Malaysia memberi impak sebanyak 29 % kepada sokongan kepada BN, manakala isu UMNO/APCO yang sebelum ini dimainkan oleh Anwar hanya mendapat perhatian 3.1 %. Ini bererti orang Melayu sebenarnya lebih tertarik dengan idea 1 Malaysia berbanding dengan isu ciptaan mengarut yang dibawa oleh Anwar Ibrahim yang belum pasti betul dan tepat.

Oleh itu tidak mengejutkan sekiranya Anwar beria-ia cuba mencemarkan imej 1 Malaysia dengan pelbagai dakwaan yang tidak masuk akal, dan cara berpolitik Anwar ini seolah tidak digemari oleh pemimpin PAS.

Berdasarkan itu, seharusnya penyokong BN tidak leka dengan kajian tersebut kerana seolah terdapat permainan yang cuba di aturkan oleh pihak PAS melalui Ilham Centre untuk menekan Anwar Ibrahim.

Hulu Selangor juga mempunyai bilangan pengundi yang tidak kurang besar tinggal dikawasan perbandaran baru di kawasan Bukit Beruntung, Bukit Sentosa termasuk Kuala Kubu Baru dan Serendah , tetapi kajian Ilham Centre tersebut hanya tertumpu di kawasan felda dan kampong Melayu. Oleh itu seharusnya tidak teperangkap dengan mainan persepsi hingga memakan diri pada akhirnya.

Monday, April 19, 2010

Sah, Azmin Ali sabotaj Zaid ; Anwar pemimpin diktator



Sudah terang lagi bersuluh, pertanyaan kenapa Anwar begitu beria-ia inginkan Zaid sebagai calon di PRK Hulu Selangor sehingga sanggup mengenepikan calon pilihan buah hati Azmin Ali, sebahagian besar sudah diketahui.

Dari fahaman islam liberal, menyokong IFC, peminum tegar minumkan keras, kaki judi hinggalah kepada seorang pendokong kebebasan agama, adalah jelas dan nyata ia sama dengan apa yang Anwar miliki pada pewatakannya. Cuma tiadanya cerita dan penglibatan dengan kumpulan adik-adik jambu sahaja yang membezakan dirinya dengan Anwar Ibrahim, namun itu tidak bermakna Zaid tidak menyokong perjuangan Anwar yang ingin memberi hak kepada kelompok adik-adik jambu, ada kemungkinan Zaid pun mempunyai pemikiran yang sama berlandaskan prinsipnya terhadap hak kesamaan dan hak asasi manusia.

Tindakan Anwar menafikan beberapa calon yang dilihat lebih Melayu berbanding Zaid telah membuktikan Anwar sebenarnya merupakan pemimpin Autokratik dan Diktator. Suara akar umbi PKR dan PAS yang mahu calon bersih dan sesuai dengan majority pengundi Melayu luar bandar di Hulu Selangor begitu mudah diketepikan Anwar.

Jesteru itu apa gunnya Anwar memperjuangkan hak kebebasan bersuara jika suara di dalam parti pun Anwar diketepikan.Sebaliknya lain pula yang berlaku di dalam Barisan Nasional, sebelum ini Anwar memomokkan bahawa Pemimpin UMNO dan BN adalah autokratik, tetapi jika dilihat pencalonan Kamalanathan adalah lebih jelas suara-suara akar umbi lebih didengar Datuk Seri Najib Tun Razak, ego Samy Vellu pun berjaya diketepikan.

Cakap-cakap jentera kempen PAS yang ralat dengan pencalonan Zaid Ibrahim sudah kedengaran, walaupun Presiden PAS ada mengarahkan jentera PAS berkerja keras memastikan kemenangan Zaid Ibrahim, namun sebaik penamaan dilakukan bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang mengkritik tindakan PAS menyokong pencalonan Zaid yang menurut Hafiz merupakan seorang islam liberal dan penyokong IFC.

Azmin Ali pula sewaktu majlis perisytiharan calon dilakukan di Dewan Komuniti Serendah pada 13 April dikatakan tidak hadir kerana merajuk dengan Anwar kerana tidak memilih calon pilihannya seperti Dr. Halili dan Syamsul Iskandar.
Bagi mengelak isu itu tersebar maka disebarkan cerita bahawa Azmin tidah hadir kerana sibuk menyiapkan persiapan pilihanraya kecil di Sibu Sarawak. Namun sewaktu ditanya oleh akhbar Sinar Harian pada 18 April, beliau menyatakan beliau tidak hadir kerana berada di Sidang Dewan Undangan Negeri, kerana perbahasan berlanjutan ke sebelah malam. Di sini terdapat beberapa kecacatann kenyataan manakah sebenarnya yang betul.

Kepada media juga sewaktu itu Azmin telah mencabar UMNO supaya membuktikan dakwaan bahawa Zaid Ibrahim merupakan penagih tegar arak. Dan hari ini blog Gerakan Anti PKR telah mendedahkan aksi Zaid Ibrahim dengan minuman keras, dan menurut sumber yang rapat dengan GAP, beliau menerima gambar itu daripada penyokong PKR agar mendedahkan jika Zaid dinamakan sebagai calon. Jesteru itu dapat kita katakan bahawa ada kemungkinan Azmin dan kumpulannya tidak akan membenarkan Zaid Ibrahim menang di Hulu Selangor berdasarkan perkembangan tersebut.

Dalam tempoh sama juga Ketua AMK Shah Alam bersama Timbalannya juga telah keluar parti sebagai protes pencalonan Zaid dan tidak mencalonkan Syamsul Iskandar Ketua AMK PKR sebagai calon, manakala Dr. Halili antara nama yang dikatakan juga rapat dengan Azmin juga telah bertindak sama keluar parti.
Keluarnya Dr.Halili dari payung PKR yang sebelum ini dilihat rapat dengan Anwar Ibrahim begitu mengejutkan kerana banyak rahsia peribadi Anwar diketahuinya. Jesteru itu factor sebenar yang membuatkan beliau mengambil keputusan tersebut akan terus menjadi tanda tanya.
Adakah benar Anwar sekarang ini seperti dakwaan Dr. Halili dikelilingi kelompok kumpulan kecil yang mempunyai pengaruh besar terhadap Anwar sehingga menyebabkan ramai dikalangan pimpinan PKR makan hati dengan Anwar.

Sebelum ini Zulkifli Nordin memberi nama kumpulan itu adalah Firauan kecil manakala Wee Choo Keong pula memberi gelaran Liltle Napolean.

Soalnya sekarang kenapa Anwar sanggup mengikut dan mendengar kata kumpulan tersebut dari mendengar kata sahabat baiknya seperti Datuk Zahrain, Salehudin Hashim malah nasihat si buah hati Azmin Ali sendiri, itulah yang menjadi persoalan sekarang.
Desas desus kedengaran Anwar terpaksa mengikut kumpulan ini kerana mereka ini mempunyai hubungan yang baik dengan yayasan-yayasan Kristian dan barat yang berupaya menjamin dana dibekalkan kepada PKR.

Sebab itulah kalau kita lihat sebelum ini, Anwar begitu komited mengelilingi dunia melobi pluralisme agama dipraktikan di seluruh dunia islam sehingga sanggup bertindak autokrasi dan diktator mengenepikan suara dan nasihat Dr. Sidiq Fadzil dan Dr. Harun din dalam isu kalimah Allah sebelum ini.

Dari situ dapat kita persoalkan apakah kewajaran utama perjuangan parti PKR hari ini jika Deklarasi Permatang Pauh pun sudah tidak digunakan Anwar lagi seperti dakwaan Dr. Halili, tepuk dada tanya akal.

Saturday, April 17, 2010

Anwar lemas lambungan ombak 1 Malaysia


Gara-gara slogan 1 Malaysia, Anwar semakin tertekan dan lemas dalam ombak ciptaan Perdana Menteri, maka di momokan bahawa 1 Malaysia adalah agenda APCO dan nama Yahudi dibabitkan.

Dalam dunia global pada hari ini, orang yahudi sebenarnya ada di mana-mana malah di bumi Iran sekalipun orang Yahudi wujud dan mereka diberikan hak sebagai warganegara Iran. Dari barat ke Timur orang Yahudi menguasai Teknologi maklumat Bank, syarikat Hiburan, firma hartanah dan juga syarikat peruncitan.

Malah syarikat peruncitan seperti Tesco dan Carefour yang berada di seluruh dunia juga dimiliki oleh orang Yahudi pada akhirnya melalui pemilikan saham, dan umum mengetahui di negara islam pun beratus-ratus wujud syarikat peruncitan tersebut, termasuk di Kelantan negeri yang dikuasai PAS yang dikatakan begitu membenci Yahudi.

Kalau benar Anwar dan PKR komited membenci syarikat yang dimiliki Yahudi kenapa tidak diarahkan kepada MB Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang agar mengarahkan Syarikat Tesco dan Carefour di tutup dari beroperasi di negeri tersebut.

Agenda Anwar membenci Yahudi ini sebenarnya boleh dipersoalkan. Timbul satu persoalan mengapa dalam banyak-banyak ucapan dan kenyataanya beliau hanya membenci Yahudi dan tidak pernah mengatakan membenci kelompok Zionis Israel yang ingin menguasai dunia.

Beliau tidak pernah mempersoalkan kebiadaban zionis di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat, malah yang melucukan beliau pernah menandatangani surat persetujuan menyokong perjanjian Annapolis Summit yang pada akhirnya mengiktiraf wujudnya negara Zionis di bumi Palestin sewaktu pemerintah Bush di Amerika.

Tun Mahathir banyak dikecam media barat yang dikuasai Yahudi kerana pernah mengkritik peristiwa Holocaust di Jerman dan juga tindakan Zionis ingin menguasai dunia. Keberanian Tun Mahathir itu menyebabkan badan-badan Zionis dunia ingin mengheret bekas Perdana Menteri Malaysia tersebut ke PBB atas tindakan anti Semitic.

Sekarang cuba kita perhatikan apa yang terjadi kepada Anwar Ibrahim, kenapa badan Yahudi Zionis antarabangsa tidak mengambil tindakan ke atas dirinya, sedangkan kalau kita perhatikan Anwar seolah-olah menunjukkan kepada rakyat Malaysia beliau anti Yahudi. Sehingga hari ini media dunia yang dikuasai Yahudi lansung tidak menyiarkan kenyataan Anwar sepertimana apa yang dilakukan kepada Tun Mahathir.

Oleh itu kita dapat rumuskan bahawa perancangan Anwar mengecam APCO kerana sememangnya memang diaturkan oleh Al-Gore Zionis yang mempunyai dendam peribadi terhadap APCO kerana syarikat itu pernah mengagalkan projek Hijau (Anti pemanasan global) yang di canangnya hingga membuatkan bekas Naib Presiden Amerika itu rugi dalam percaturan kewangan ekoran tindakan APCO. Sehingga hari ini Anwar belum memberi kenyataan kenapa dirinya dilantik sebagai ahli lembaga pengarah syarikat Generation Investment Management Group yang mempunyai pelaburan di Israel.

Pada kehidupan politik hati ini, bagi mengimbangi aura 1 Malaysia ciptaan Najib dan mengelakan dirinya lemas, Anwar membuat keputusan autokratik mencalonkan Zaid Ibrahim sebagai calon PRK di Hulu Selangor.

Pencalonan calon yang berfikiran liberal itu adalah bagi membuktikan bahawa PKR cuba menghantar mesej bahawa PKR merupakan parti Malaysia sepenuhnya. Walhal diperingkat akar umbi ramai mengetahui Zahid sebenarnya tidak mempunyai jatidiri Malaysia kerana cara hidupnya lebih kepada kebaratan.

Sememangnya inilah percaturan yang memeningkan Anwar, dengan tindakan Azmin yang merajuk kerana calon pilihanya tersingkir, Anwar semakin pusing dan hilang arah. Kesilapan di Hulu Selangor akan menyebabkan parti pimpinannya semakin hilang arah tuju.

Sebelum ini, tindakan beberapa ahli parlimen PKR yang juga merupakan penyokong tegarnya seperti YB. Zulkifli Nordin dan YB.Mohsin , YB Zahrain serta bekas setiausaha agung PKR Salehuddin Hashim benar-benar membuatkan sesetengah ahli PKR goyah dengan situasi yang berlaku. Ditambah lagi dengan beberapa pendedahan yang benar-benar memalukan Anwar.

Pada mereka jika kawan rapat pun sudah tidak percaya Anwar lagi adakah berbaloi mereka menumpahkan khidmat setia kepada PKR dan Anwar. Sedikit sebanyak moral ahli PKR kini kian merudum.

Semenjak dilantik sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen, Anwar Ibrahim banyak melontarkan pelbagai janji kepada penyokongnya, di Selangor Anwar yang menawarkan diri menjadi penasaihat ekonomi negeri Selangor juga melakukan perkara yang sama.Janjinya ekonomi Selangor berkembang dengan cergas dan aktif lebih daripada negeri lain.

Namun anehnya tiada satu perkara pun yang dihasilkan, seperti kata YB Teresa Kok, Exco kanan di Sidang Dewan Undangan negeri Selangor pada minggu lepas, amat sukar untuk menyatakan siapa sebenarya yang membawa pelaburan ke negeri Selangor jika banyak sekalipun, samada ia datangnya dari polisi Kerajaan Pusat atau Kerajaan negeri.

Kenyataan ini seolah menunjukan dan memberi bukti bahawa YB. Teresa pun mengakui sekiranya ekonomi Selangor semakin cemerlang ia bukanlah disebabkan Anwar Ibrahim tetapi disebabkan polisi yang dibuat oleh kerajaan pusat kerana banyak projek ekonomi di Selangor melibatkan agensi dan dasar kerajaan pusat.

Anwar hanya pakar merosakan agama.

Sebenarnya Anwar kini lebih sibuk melontarkan idea mengenai kebebasan dan hak asasi manusia serta mebawa perubahan kepada agama yang dianuti, itulah focus utama Anwar kini dan bukan perkara lain.

Realitinya idea yang ingin dibawa Anwar ini adalah bercanggah dengan apa yang telah dimaktubkan oleh perlembagaan Malaysia yang mengamalkan sistem Demokrasi Raja Berpelembagaan. Antara sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia dengan apa yang ingin dibawa bekas banduan itu sebenarnya lansung berbeza.

Anwar mengimpikan Demokrasi seperti apa yang terkandung dalam pemikiran Jefenson di Amerika, pada Jefenson Demokrasi adalah memberi ruang sebebasnya kepada setiap agama berkembang, hak sivil kepada semua orang termasuk golongan gay lesbian untuk mendapatkan hak berkahwin. Ini sebenarnya yang Anwar inginkan tanpa disedari oleh rakyat Malaysia.

Semangnya Anwar memang pakar melontar idea yang bercanggah dengan nilai agama islam, buktinya dialah pemimpin islam hari ini yang sibuk keliling dunia mempromosi islam liberal dan Pluralisme Agama untuk dijadikan sebagai pemikiran baru kepada orang islam.

Syed Hossien Nasr tokoh Pluralisme Agama yang mengabdikan diri di Amerika selepas naiknya Ayatullah Khemeini dan revolusi di Iran dijadikan Tok Guru sebenar kepada Anwar untuk merubah islam. Banyak idea-idea Anwar kini adalah berlandaskan apa yang dibawa oleh tokoh tersebut yang kini mengetuai dialog antara agama di Universiti Georgetown Amerika.

Anwar benar-benar lemas.

Idea 1 Malaysia bawaan Kerajaan Malaysia benar-benar menyebabkan Anwar lemas, lantaran itu Anwar cuba untuk memulihkan dan membangkitkan kekuatan PKR dengan merosakan slogan 1 Malaysia.
Anwar siang malam berfikir bagaimana cara untuk memburukan polisi kerajaan, kerana beliau sedar Najib bukanlah Abdullah Badawi yang bejaya ditundukkan dengan begitu mudah melalui perancangan liciknya sehingga membuatkan bekas Perdana Menteri Malaysia itu meningalkan kerusi empuk Perdana Menteri.

Dengan beberapa situasi terkini mengenai kerajaan negeri Selangor, Pulai Pinang, Kelantan dan Kedah benar-benar membuatkan Anwar tidak selesa untuk meneruskan misi menguasai Putrajaya pada pilihanraya ke 13 nanti.

Najib kini dilihat oleh masyarakat perniagaan pantas bekerja, sehingga menyebabkan Anwar terdesak untuk melawan apa sahaja yang dilakukan Najib. Kepimpinan Najib semakin diterima oleh pimpinan dunia. Malah syarikat penyelidik ekonomi memberikanpetunjuk ekonomi Malaysia akan tumbuh dengan baik kesan kerja keras yang dilakukan oleh Perdana Menteri.

Kembalinya Perak kepada kerajaan Barisan Nasional melalui lompatan beberapa Adun PKR benar-benar membuatkan sebilangan ahli PAS semakin meragui PKR. Malah Setiausaha PAS Selangor pernah melontarkan idea supaya PAS keluar dari Pakatan Rakyat.

Di Kedah Menteri Besar YAB Azizan dikatakan sering sakit dan gagal untuk membuat perubahan polisi kerajaan negeri Kedah.

Sementara di Kelantan, gara-gara isu di Perbadanan Menteri Besar Kelantan menyebabkan anak dan menantunya bercakaran dengan pimpinan PAS negeri , sehingga Tok Guru Nik Aziz pun gagal membendung permasalahannya. Semakin hari semakin banyak cerita negatif yang keluar dari bumi Tok Janggut tersebut.

Di Pulau Pinang pula Lim Guan Eng yang merupakan Ketua Menteri telah melaksanakan beberapa polisi mengikut kata hatinya hingga membuatkan wujud perbalahan sesama pakatan rakyat hingga menyebabkan beberapa ahli PKR keluar daripada parti. Manakala di kalangan orang Melayu pula Lim Guan Eng diasak dengan begitu teruk diatas beberapa tindakan yang dianggap dikriminasi ke atas orang Melayu.

Beberapa kes memalukan yang melibatkan anggota PKR dan dirinya benar-benar membuatkan masyarakat umum semakin tidak selesa dengan tindakan Anwar.

Dari isu anggota exco PKR Selangor berbogel, isu sokongan terbuka Anwar kepada Chin Peng dan isu Ahli Parlimen dan ADUN lompat parti, hinggalah isu Kalimah Allah, masyarakat bertanya keseriusan Anwar dan PKR untuk menjadi pemerintah.

Sementara itu, penangguhan kes liwat dengan Saiful Bukhari pula menyebabkan semakin ramai ingin mengetahui cerita sebenar di sebalik kes liwat tersebut dan bertanya kenapa perlu ditangguh begitu lama kes liwat tersebut.

Dari rentetan isu dan kejadian ini dapat disimpulkan bahawa Anwar semakin buntu untuk menyelamatkan karier politiknya. Dan Anwar juga sedar masyarakat Malaysia semakin hari sudah semakin tidak percaya kepada dirinya lagi. Kerisuan Anwar semakin terselah apabila masyarakat barat kini pula semakin mula menjauhkan diri dari Anwar dan saranannya semakin tidak dipedulikan oleh masyarakat barat.

Thursday, April 1, 2010

Saya lelaki Gay - Ricky Martin, Anwar bila lagi mahu mengaku?


Saya berbangga untuk menyatakan bahawa saya ialah seorang lelaki homoseksual," kata penyanyi terkenal Ricky Martin di dalam laman web rickymartin.com.
Pendedahan berani penyanyi yang terkenal dengan goyangan pinggang dan gerakan salsa yang menggiurkan membuatkan Ricky menjadi objek kegilaan jutaan peminat seluruh dunia terutamanya wanita.

Penyanyi pop Latin itu telah merakamkan banyak album dalam bahasa Sepanyol tetapi kemunculan lagu Livin' La Vida Loca pada tahun 1999 dan She Bangs pada tahun 2000 telah menjadikan dirinya terkenal di seluruh dunia.

Martin, 38, memberitahu peminatnya bahawa keputusan untuk mendedahkan minat seksualnya telah menandakan satu peralihan dalam kehidupannya.
Menurut penyanyi latin itu lagi hasrat untuk membuat pendedahan itu bermula beberapa bulan lalu apabila dia mula menulis buku mengenai memoirnya. Dia berkata, rahsia dia menjadi gay terlalu berat untuk disimpannya.

Sebelum ini, dia membuat keputusan untuk menyembunyikan perkara tersebut kerana bimbang ia akan memusnahkan karier nyanyiannya.

Dia turut menyimpan rahsia itu kerana bimbang ia akan memberi kesan terhadap anak kembar lelakinya yang telah dilahirkan menerusi ibu tumpang. Sementara itu di laman webnya, salah seorang peminat telah mengucapkan tahniah di kerana telah membuat pengakuan berani tersebut.

Selain aktif menyanyi, Rikcy juga banyak terlibat dengan aktiviti kemanusian seperti membantu golongan tertindas dan miskin di kebanyakan negara membangun seperti Haiti dan pernah menerima anugerah dari pihak berkuasa Amerika "Heroes in Ending Modern-Day Slavery" pada tahun 2005.

Dari segi sokongan politik penyanyi ini pada tahun 2008 telah mengemparkan politik Amerika apabila pada saat akhir mengambil keputusan menyokong Hilary Clinton dan Obama sedangkan pada tahun 2000 beliau menyokong George Bush dari Parti Republican.