Saturday, March 20, 2010

Demi Middle Israel, Anwar dan PR akan aturkan.


Gara-gara isu 1 Malaysia yang ingin dikaitkan dengan Yahudi oleh Anwar, beberapa pihak di dalam parti pembangkang sanggup menjadi anjing suruhan kepada Anwar memperlekehkan projek kerajaan Malaysia tersebut.

Di mulai oleh Anwar dan kemudiannya diikuti oleh Lim Kit Siang, bertali arus pemimpin PAS, PKR dan DAP mengecam 1 Malaysia.

Inilah sebenarnya permainan licik gaya Yahudi untuk membunuh imej pihak lain, walaupun hakikatnya mereka memahami apa yang cuba digagaskan pihak kerajaan. Namun demi mengikut telunjuk Anwar serangan tetap dilakukan.

Demi menangkis 1 Malaysia, DAP telah melancarkan Middle Malaysia, satu pendekatan yang dirangka secara halus untuk memenangi pelbagai pihak supaya tunduk kepada polisi parti mereka.

Di Israel juga ada Middle Israel bagi memenangi hati orang islam Palestin, dan memastikan kewujudan dan kekuasaan Israel buat selama-lamanya.
Di Israel Middle Israel memainkan fungsi untuk menarik kelompok Palestin yang moderate supaya menyokong Israel, dan pada masa yang sama kelompok moderate di dalam kalangan orang islam Palestin akan diberikan ruang oleh orang Yahudi untuk diberikan imej yang baik.
Middle Israel juga bersifat gayfriendly dan bersifat non-Xenophobia.

Semakin ramai kelompok terpelajar warga Arab keluar dari pusat pengajian di Israel dan Palestin, semakin mudah program middle Israel mendapat tempat, kerana Middle Israel cuba mendekati pelbagai kelompok masyarakat yang kononnya pragmatik dan progresif bagi mengekalkan kekuasan mereka.

Bukankah ini juga yang dimaksudkan dengan Middle Malaysia ciptaan DAP, mendekati kelompok Melayu islam moderate bagi mengekalkan kekuasaan. Secara halus DAP akan mengangkat kelompok moderate di dalam PAS seperti Nizar dan Khalid Samad sebagai tokoh yang harus disokong oleh umum.
Hari ini kita dapat melihat Nizar dan Khalid Samad telah diprojekkan secara halus dengan diberi imej yang sesuai untuk diangkat sebagai pemimpin rakyat Malaysia. Manakala pemimpin yang dianggap tidak memenuhi kriteria Middle Malaysia DAP seperti Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin akan dilabelkan sebagai ekstrim seumpama Middle Israel melabelkan Hamas sebagai pengganas.

Begitu juga dengan PAS, sebelum mereka memperlekeh 1 Malaysia ada baiknya mereka melihat dahulu projek PAS 4 All yang katanya diadaptasi dari Israel 4 all, satu projek pelancongan untuk Israel.
Di Israel melalui program tersebut dikatakan ia dapat mempromosi semua destinasi menarik di Israel, kerana seolah Israel membuka pintu seluasnya hingga kawasan membabitkan sejarah umat islam dan dianggap sensitif pun dibenarkan dilawati.
Di dalam PAS, projek PAS 4 ALL juga seakan projek membuka pintu PAS sehingga membolehkan bukan islam menentukan halatuju perjuangan parti tersebut, ( baca tuntutan kelab Penyokong PAS) hingga menimbulkan polemik kemana akhirnya destinasi penubuhan kelab tersebut.
Oleh itu kalau diperhatikan, langsung tiada beza antara PAS for ALL dan Israel 4 ALL matlamat pelaksanaannya adalah membuka ruang yang lebih luas kepada umum untuk mendapat akses ke dalam ruang yang dicipta.

Dengan rekabentuk logo PAS For All mengandungi ciri yang sama dengan Israel 4 All, timbul persoalan siapa sebenarnya yang mencadangkan slogan tersebut. Adakah proksi Anwar yang mengaturkan perkara tersebut, atau sememangnya PAS juga sudah mula dihampiri oleh Yahudi yang dapat mempengaruhi dasar parti. Tentu kita masih ingat saat muktamar PAS di Shah Alam sebelum ini. Timbalan Mursyidul Am PAS ada mengingatkan tentang ancaman bahayanya musuh didalam selimut.

Thursday, March 18, 2010

Anwar umpama raksasa yang suka bertukar wajah?



Anwar rupanya bukan setakat mengunakan Yusuf Qardawi untuk kepentingan dirinya, tetapi habis orang yang dilihat berkepentingan digunakan oleh dirinya. Di parlimen Ahli Parlimen Balik Pulau ada menyatakan bahawa Anwar mengunakan nama Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung dan Panglima Angkata Tentera untuk menyakinkan ahli Parlimen Parti Keadilan tentang misi kerajaan 16 Septembernya.


Malah meminta ahli Parlimen PKR bersembunyi dirumah kerana menjangkan akan ada rampasan kuasa oleh pihak tentera bagi melantik Anwar sebagai Perdana Menteri.
Sebenarnya ini bukan kali pertama dia mengunakan pihak istana bagi kepentingan politiknya, sebelum ini Istana Negeri Sembilan pun pernah dijajanya kepada rakyat jelata bahawa dia mendapat sokongan dari Yang dipertuan Besar negeri Sembilan.

Kisah mempergunakan orang lain demi kepentingan diri rupanya merupakan perkara lumrah kepada Ketua Pembangkang Malaysia itu.

Yang menariknya gara-gara pendedahan Zahrain tersebut, reaksi marah Anwar di Parlimen semalam cukup luar biasa, dari seorang yang tenang dan selalu bersikap sinis terhadap kerajaan sewaktu di Parlimen, raut wajah Anwar semalam telah bertukar menjadi seorang pembengis.


Timbul tanda –tanya mengapa Anwar begitu berang dengan pendedahan Zahrain di Parlimen semalam? Sebelum ini jika kita perhatikan, Anwar akan bertukar rupa menjadi bengis apabila orang menyerang sifat peribadinya. Sebagai contoh apabila Saiful Bukhari mendedahkan bahawa dirinya diperdaya untuk diliwat oleh Anwar Ibrahim, pada masa itu Anwar cukup marah kepada Saiful sehingga diberikan pelbagai gelaran kepada bekas pembancuh kopi tersebut.

Beliau tidak kisah jika orang UMNO menyerang dirinya sebagai pengkianat Melayu atau menyerang dirinya disebabkan politik, dengan tenang beliau akan menjawab pertuduhan lawannya itu, lihatlah reaksinya di Parlimen apabila ahli Parlimen BN menyerang parti pimpinannya dengan tenang dia menyindir sinis serangan tersebut.

Namun Anwar akan tersentak jika kredibilitinya diserang oleh pihak lain, cukup pemarah Anwar rupanya. Hari ini Zahrain menyatakan bahawa dirinya sanggup bersumpah bagi membuktikan bahawa apa yang diperkatakannya adalah benar, sambil meminta Anwar turut sama bersumpah menafikannya.

Tidak salah Zahrain mengelarkan Anwar sebagai raksasa yang boleh mengubah rupa...kerana itulah sikap Anwar yang sebenar. Namun hari ini Anwar demi mengabdikan diri kepada barat sanggup meninggalkan parlimen menuju ke Britain bagi berdiskusi tentang usaha untuk menyatukan agama, suatu perkara yang ditentang oleh ulama islam,namun dilakukan oleh Anwar untuk mendapatkan sokongan pelobi barat.

Agak-agaknya dipentas barat bagaimanakah raksasa Anwar bertukar wajah?

Wednesday, March 10, 2010

Anwar & PKR - bayi kecil yang punya nafsu luar biasa

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat seperti dipetik sebuah portal internet mengatakan masalah yang membelenggui PKR boleh diibaratkan sebagai bayi yang belajar merangkak.
Istilah bayi berkenaan dilontarkan sewaktu beliau menghadiri majlis bantuan kepada mangsa kebakaran di Kelantan petang semalam.

Kenyataan Menteri besar Kelantan itu dipercayai merujuk kepada pergelutan dalaman di dalam PKR hingga menyebabkan beberapa ahli parlimen PKR mengambil keputusan keluar parti.
Walupun ia hanya dianggap bayi yang kecil oleh Musyidul Am PAS, namun kita mengetahui nafsu parti yang dipimpin oleh Anwar itu tidak sepadan dengan usianya.

Walaupun masih bayi parti yang dipimpin oleh seorang pemimpin yang terlibat dengan kes liwat itu mempunyai nafsu yang cukup luar biasa hingga mengalahkan nafsu orang dewasa normal.
Malah tidak memelikan sekiranya parti tersebut mempunyai nafsu songsang seperti ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Manakan tidak selepas memenangi 31 parlimen selepas pilihanraya mac 2008 parti itu begitu kemaruk inginkan kuasa menjadi pemerintah, hingga di canang, kompang dan rebana seluruh alam bahawa Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri baru bagi Malaysia. Hingga kuasa dunia Amerika pun tertipu dengan lakonannya, walhal hakikatnya ketika itu beliau masih belum menduduki kerusi Parlimen. Itulah nafsu songsang parti yang dianggap bayi oleh Musyidul Am PAS tersebut.

Bayi yang merangkak mempunyai nafsu luar biasa tentu pelik dan ajaib bukan, namun sekiranya bayi tersebut adalah Anwar Ibrahim tentu ia tidak pelik dan menjanggalkan kita. Sekiranya tidak percaya perhatikanlah skandal dan kes liwat yang dihadapinya.

Ahli politik biasanya kalau jatuh tersemban pun adalah disebabkan skandal seks dengan perempuan-peremuan cantik. Seperti yang telah terjadi kepada Bill Clinton dan Monica Lewinsky.

Namun Anwar pula skandal seksnya melibatkan seorang lelaki cute dan hemsem yang masih lagi pria remaja, tentu hebat bukan apa yang dimiliki oleh Anwar.
Sewaktu diperingkat awal isu liwat ini meletup, Anwar seakan menafikan mengenali Saiful Bukhari begitu juga dengan pemimpin Parti PKR yang lain yang seolah menafikannya hingga terkeluar pemuda itu hanyalah pemandu dan tukang bancuh kopi sahaja.

Namun akhirnya kebenaran tersembur jua oleh kebenaran apabila wujud video yang menunjukan Anwar pernah bersama pemuda tersebut di dalam satu seramah di Pulau Pinang saat proses kempen pilihanraya sedang berlansung. Dan pemuda tersebut bukan hanya setakat pembancuh kopi tetapi lebih dari itu, mangsa nafsu serakah bayi kecil luar biasa tersebut.

Kalau kita perhatikan dalam mana-mana sejarah dunia pemimpin yang hebat dan mempunyai kemampuan luar biasa tentu mempunyai sesuatu yang pelik pada dirinya. Contohnya Mustapha Kamal Atartuk, kerananya kerajaan Uthamaniyah runtuh, juga mempunyai nafsu luar biasa iaitu sukakan lelaki muda dan kacak bergaya untuk dijadikan teman melepaskan nafsu serakah.

Tuesday, March 9, 2010

Anwar dan Arsenik suatu pembohongan? - Zulkifli Sulong

Pada 19 September 1999 satu perhimpunan besar-besaran telah diadakan di Masjid negara, perhimpunan tersebut diadakan bagi tujuan menghantar memo dan menuntut satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat penganiayaan keracunan Arsenik oleh pihak berkuasa terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato'Seri Anwar Ibrahim yang sewaktu itu berada di dalam tahanan polis.

Pada masa itu juga telah dihebahkan bahawa terdapat keputusan ujikaji sampel air kencing Anwar yang dilakukan di makmal Melbourne, Australia . Menurut laporan tersebut air kencing Anwar telah disahkan mengandungi racun arsenik pada tahap 77 kali ganda lebih dari paras selamat.

Seluruh negara tertumpu kepada perhimpunan tersebut kerana dikatakan Anwar mengalami perubahan bentuk fizikal yang teruk dengan berat badan turun mendadak dengan dan muka berubah menjadi cengkung, rambut gugur, kepala sakit dan kulit kekeringan. Dikatakan juga ujian air kencing di makmal Melbourne, Australia telah dilakukan dan ia diperbesarkan sebagai bahan pembuktian untuk menarik masyarakat.

Perhimpunan tersebut akhirnya menyebabkan Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli; Ketua Perangan KeADILan, Tian Chua; Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali;Pengerusi Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak), Mohamad Ezam Mohd Noor; Penulis dan aktivis, Hishamuddin Rais telah diheret ke Mahkamah atas kesalahan seksyen 25 Akta Polis.

Sehingga hari ini masih ramai dikalangan penyokong tegar Anwar masih beranggapan kisah Arsenik adalah satu realiti, hingga disalahkan pihak berkuasa.

Namun tulisan Zulkifli Sulong seolah membuktikan Arsenik hanyalah kisah dongeng sahaja yang diwujudkan Anwar dan penyokongnya untuk memburukan pihak berkuasa. Ikuti catatan Zulkifli Sulong bekas pengarang harakah di portal Detik Daily ;

Misalnya, apabila beliau bercakap soal Anwar terkena Arsenik. Saya masih ingat lagi kata-kata Zul dalam ceramahnya. Kalau tidak silap di sekitar Kampung Baru pada tahun 1998.

“Tuan-tuan, semalam saya ke Sungai Buluh bertemu dengan Datuk Seri Anwar. Bagi saya Anwar sah terkena racun Arsenik. Apabila saya pegang kepala Datuk Seri Anwar, penuh tangan saya dengan rambut beliau tuan-tuan. Rambut beliau mula gugur. Saya yakin lepas ini semua rambut Anwar akan gugur....” Begitulah lebih kurang kata-kata Zul Nordin dalam ceramahnya itu.

Pendengar sangat hiba dengan Anwar. Terkena Arsenik.

Namun, sebagai wartawan lain pula yang saya rasa. Betul ke ni...bagaimana dia boleh pegang kepala Anwar?, hati saya terdetik. Lalu sebagai pengarang, saya arahkan wartawan, jangan tulis berita itu. Tidak masuk akal.

“Ekoran itu, kami sepakat, berita berasaskan kenyataan dan tulisan Zul Nordin tidak boleh disiarkan dalam Harakah kerana kebolehpercayaannya amat rendah.”

Jelas Zulkfli Sulong dalam satu artikel untuk menjelaskan siapa Zulkifli Nordin.( Klik sini)

Oleh itu dapat kita buat satu kesimpulan kisah Arsenik sebenarnya hanyalah cerita yang di ada-adakan untuk menimbulkan amarah rakyat terhadap kerajaan sewaktu itu.

Laungan mengatakan Anwar di zalimi oleh pihak kerajaan hanyalah satu dusta dan penipuan sebenarnya, sekiranya kita meniliti kata-kata yang tertulis oleh Zulkifli Sulong tersebut.

Dari situ alangkah baik sekiranya hari ini YB. Zulkifli Nordin dan Ezam Mohd Noor menceritakan perihal sebenar di sebalik kisah Arsenik tersebut. Sudah lama sebenarnya rakyat dipergunakan oleh Anwar untuk menyelamatkan dirinya.

Saturday, March 6, 2010

Zulkifli dipecat kerana tidak selari dengan Anwar - isu kalimah Allah

PKR membuktikan bahawa partinya sememangnya parti paling demokratik di Malaysia, apabila telah memecat Zulkifli Nordin ahli Parlimen Kulim hari ini gara-gara mengkritik parti sendiri.

Pengumuman pemecatan itu dilakukan oleh Saifudin Nasution di ibu Pejabat PKR Petaling Jaya seperti dilaporkan oleh portal internet hari ini.

Sebelum ini Zulkifli Nordin dilaporkan telah mengkritik banyak tindakan pimpinan PKR berkaitan beberapa isu, antaranya ialah membantah sokongan PKR terhadap forum memeluk memeluk islam ( IFC) - kelolaan majlis peguam, membantah tindakan PKR yang menyokong pengunaan Kalimah Allah di kalangan bukan islam dan yang terbaru mengkritik lembaga disiplin PKR.

Dengan pemecatan tersebut ia dijangka akan memanaskan lagi konflik dalaman yang berlaku dalam PKR. Kerana sebelum ini Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Zahrain Hashim, Ahli parlimen Nibong Tebal dan juga Ahli parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzil juga turut mengambil tindakan sama, dengan disokong oleh bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Sallehudin.

PKR juga dalam kenyataan tersebut turut menuntut Zulkifli Nordin meletakkan jawatan sebagai ahli Parlimen Bandar Baru Kulim bagi diadakan pilihanraya di kawasan berkenaan.

Sebenarnya tindakan ini akan mengesahkan lagi bahawa PKR adalah parti 3A iaitu milik Anwar, Azizah dan Azmin.

Walaupun sebelum ini Anwar seringkali mendakwa PKR merupakan parti palingdemokratik di Malaysia kerana membenarkan kebebasan bersuara, hakikatnya apa yang berlaku hari ini adalah sebaliknya.

Walaupun dihanyatakan tindakan terhadap Zulkifli ini diambil kerana beliau membuat laporan polis terhadap MP Shah Alam YB Khalid Samad ekoran isu pengunaan kalimah Allah dan membidas Ketua menteri Pulang Pinang.

Namun jika difahami secara tersirat Zulkifli Nordin dipecat sebenarnya kerana cuba melawan tindakan Anwar yang berkompromi dengan bukan islam berhubung pengunaan nama kalimah Allah.

Nampak gayanya Anwar sudah tidak ada beza dengan keluarga Lim Guan Eng dan Ayahnya Lim Kit Siang dalam membuat keputusan bersifat autokrasi.

Thursday, March 4, 2010

Pendekatan Liberal beragama tidak salah - Anwar Ibrahim

Pendekatan liberal Pakatan Rakyat seperti dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dan hukuman sebatan syarie ke atas model Kartika Sari Dewi Shukarnor tidak akan membawa padah kepada PKR, tegas Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau mengulas tindakan ahli parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri yang mengumumkan keluar PKR kerana dikatakan tidak berpuas hati dengan sikap partinya yang menyokong penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

“Apabila membicarakan isu teologi atau isu kepercayaan, ia bukan keputusan politik. Ia seharusnya keputusan yang betul,” katanya kepada portal Malaysiakini.

Menurut Anwar lagi, pendekatan liberal yang digunakan itu langsung tidak bercanggah dengan pendiriannya untuk mengislamkan negara ketika berada di dalam kerajaan dahulu.

Katanya lagi, proses mengislamkan negara tidak boleh disamakan dengan fahaman konservatif. Ia adalah proses memahami nilai-nilai Islam seperti kebenaran, keadilan, ketelusan dan kebertanggungjawaban.

Dalam sidang media di Sime Darby Park semalam, Mohsin telah menjadikan faktor kalimah Allah sebagai asas utama menyebabkan beliau mengambil keputusan keluar parti, kerana bimbangkan akidah islam dirinya tercabar dengan pendirian parti PKR.

Tindakan Anwar yang mempertahankan pendekatan liberal dalam merencanakan staregi politik PKR sebenarnya adalah tidak mengejutkan kerana sebelum ini beliau pernah dianugerahkan tokoh muslim Moderate oleh pihat barat kerana usaha dan keberaniannya untuk membawa fahaman baru kepada dunia islam iaitu islam liberal dan Pluralisme.
Namun pengakuan Anwar bahawa apa yang dilakukannya adalah tidak salah boleh dipertikaikan kerana banyak pihak termasuk institusi agama islam di Malaysia termasuk PAS sendiri pernah mewawarkan bahaya akan kehadiran pemikiran islam yang bercorak liberal di Malaysia.
Walaupun Anwar tidak menyatakan secara tepat apakah islam yang ingin dibawanya, tetapi tingkahlaku dan tindakannya boleh di agak ke jurus mana beliau ingin membawanya.
Contohnya, pendekatan Pluralisme yang dibawanya sewaktu menghadiri majlis pengkebumian Teoh Beng Hock seakan mengesahkan lagi fahaman yang dipegang Anwar selama ini. Malah gagasan masyarakat madani yang pernah dipopularkan Anwar sewaktu berada didalam kerajaan juga sebenarnya merupakan akar kepada pendekatan islam liberal yang dibawanya.