Tuesday, February 23, 2010

Raja Petra mengaku PKR dibiayai Yahudi Soros

Raja Petra Kamarudin mendakwa semasa dia mengetuai kempen memungut derma untuk Anwar Ibrahim, bekas ketua Pemuda Keadilan Nasional Ezam Mohd Noor dan setiausaha Sulit Anwar di Kementerian Kewangan Anuar Shaari telah betolak ke Amerika untuk mengambil wang daripada George Soros. Menurut pemilik blog Malaysia Today itu lagi Ezam dan Anuar telah melarikan duit Soros dari dimasukkan ke dalam tabung Free Anwar Campaign.

Kenyataan RPK ini menyebabkan Ezam mengeluarkan kenyataan balas bahawa dia dan Anuar Shaari langsung tidak bertemu dengan Soros sebaliknya ada kumpulan lain di ketuai Presiden Parti Datin Seri Wan Azizah, Azmin Ali dan Khalid Jaafar mengetuai rombongan untuk melobi Geoge Soros supaya membantu Anwar dan PKR dari sudut kewangan.

Menurut Ezam lagi Trip tersebut diuruskan dan diaturkan oleh Elizabeth Wong, Adun Bukit Lanjan yang terlibat dengan kontroversi gambar bogel tersebut pada masa itu merupakan lombong duit paling besar kepada PKR untuk mendapatkan dana kerana keaktifan Elizabeth dengan badan-badan hak asasi manusia seperti SUARAM yang ditaja oleh Soros. Malah Malaysiakini yang pernah dibangunkan bersama Elizabeth Wong dan rakan-rakanya seperti Pramesh Chandran dan Tian Chua pun mendapat pembiayaan Soros melalui beberapa rantaiannya.

Selain itu RPK juga telah mendedahkan dia telah dihubungi oleh pejabat Soros bertanyakan hal berkaitan duit untuk PKR;
"Benarkah pembangkang amat kekurangan wang dan jika mereka mempunyai beberapa juta ringgit, maka mereka mempunyai peluang yang lebih baik bagi memenangi pilihanraya umum yang seterusnya?"( kata orang hubungan RPK di Amerika).

"Ya," saya menjawab.(kata RPK)

"Okey," ujarnya. "Kalau begitu, kami akan dapatkan sejumlah wang untuk mereka. Setakat sepuluh ataupun dua puluh juta ringgit, tu tak jadi masalah bagi kami. Kami boleh mendapatkannya." (kata orang hubungan RPK di Amerika)

Kenyataan RPK itu seolah mendedahkan lagi bahawa dia dan Anwar memang mendapat akses yang besar dari rantaian Yahudi Soros dan Amerika. Dari situ mengapa Anwar begitu marah orang mengaitkannya dengan Yahudi sehingga disaman beberapa pihak yang mendedahkan kepalsuan kehidupannya yang sebenar.

Bukan calang orang sebenarnya yang boleh menghimpit Soros kecuali orang tersebut mempunyai kepentingan tertentu. Di Malaysia hari ini kalau kita perhatikan hanya Anwar, RPK dan Pramesh Chandran sahaja yang mempunyai keupayaan yang sebegitu hebat (lihat usaha Pramesh ke Hong Kong dan interview Soros bagi menyerang Tun Dr Mahathir Mohamed bulan lalu di Malaysiakini).

Kisah duit yang tidak masuk tabung seperti dakwaan RPK juga sebenarnya menjadi tanda tanya besar kepada PKR, kemana sebenarnya duit dari Soros itu dimasukkan.

RPK menyatakan didalam blognya “ Saya kemudiannya diberitahu oleh seorang pemimpin kanan parti bahawa wang itu diberikan oleh George Soros (dapatkan maklumat lanjut mengenai George Soros di sini: http://www.georgesoros.com/).”

Walaupun RPK ingin mengaitkan Ezam sebagai punca akan kehilangan duit tersebut yang difahamkan disalurkan ke Hong Kong sebelum pilihanraya umum 2004. Namun timbul persoalan kenapa begitu kerap duit dari luar kepada Anwar hilang di tengah jalan. Adakah Ezam hanya menjadi kambing hitam untuk menutup kebocoran tabung?

Sewaktu Anwar memimpin Foundation For Future (FFF) masalah yang hampir sama juga di alami. Yasayan tersebut dikatakan mendapat dana US 56 juta dari pelbagai negara dengan Amerika sebagai sumber utama.

Namun Anwar sewaktu di desak mengeluarkan kenyataan siapa sebenarnya penaja utama Yayasan tersebut mengatakan.

"Dari awal, diperolehi dasar komitmen sebesar US $ 56 juta, dan setakat ini hanya menerima dana dari Turki, Britain dan Jordan, sementara Amerika belum memasukan dana apapun kepada yayasan."

Namun demikian menurut Washington Post, Jabatan Luar Negeri Amerika telah memberikan sumbangan hampir dua-pertiga kepada yayasan tersebut dengan anggaran $56 juta Dollar US.

Tentu pelik bukan melihat senario ini, Anwar mendakwa Amerika tidak menyalurkan, tetapi Jabatan Luar Negeri AS menyatakan , dengan 2 / 3 dana awal Yayasan tersebut adalah datang daripada sumbangan mereka.

Dari situ adakah mungkin kisah RPK dan wang soros ini ditimbulkan hanya untuk menutup lubang penyelewengan yang dilakukan Anwar dan pemimpin tertinggi PKR, Siapa tahu?

Thursday, February 4, 2010

Anwar mula terdesak: perguna wanita untuk maki Saiful

Sekumpulan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim mencaci Mohd Saiful Bukhari Azlan ketika beliau tiba di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara, di sini bersama rombongan perbicaraan kes liwat tengah hari tadi.

Mereka yang kebanyakkan adalah wanita, menjerit pelbagai perkataan kesat kepada Saiful ketika beliau mengikuti hakim, peguamnya dan peguambela Anwar menuju ke kondominium itu.

Rombongan perbicaraan berada di sana untuk melawat tempat kejadian di mana perbuatan liwat itu dilakukan selepas Saiful menyambung keterangan secara tertutup di mahkamah pagi tadi.

Anwar yang turut berada di sana tidak naik ke kondominium itu, sebaliknya berada dalam kenderaan Mazda MPV hitam.

Anwar, 63, penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Dia dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.
-BH Online

Dia dekati dan peluk saya- Saiful Bukhari


Perbicaraan kes liwat terhadap ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bermula semalam dengan bekas pembantu peribadinya yang juga pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25 tahun, memberi keterangan sebagai saksi pertama pihak pendakwa.

Mohd Saiful berkata beliau bekerja sebagai pembantu peribadi kepada Datuk Seri Anwar mulai Mac 2008, tetapi meletak jawatan pada Jun tahun yang sama kerana tidak mahu lagi diliwat oleh Datuk Seri Anwar.

Beliau memeranjatkan Mahkamah Tinggi apabila berkata Datuk Seri Anwar menggunakan perkataan tidak senonoh sewaktu mengajak beliau melakukan hubungan seks.

Menurut Mohd Saiful, beliau berjumpa Datuk Seri Anwar buat pertama kali di sebuah kondominium di Damansara Heights pada 2008.

Beliau diarah pergi ke sana untuk berjumpa Datuk Seri Anwar sekitar 2.30 petang untuk berbincang tentang tugasnya.

Encik Mohd Saiful berkata beliau menyerahkan beberapa dokumen kepada Datuk Seri Anwar, yang kemudian mengajaknya melakukan hubungan seks.

'Saya enggan memenuhi permintaannya. Saya kata saya tak mahu. (Datuk Seri) Anwar jadi marah dan bertanya kenapa. Saya kata saya tak rela melakukannya,' kata Encik Mohd Saiful.

Datuk Seri Anwar kemudian menarik langsir dan mematikan lampu sebelum menyuruh Mohd Saiful pergi ke bilik air untuk membersihkan diri, katanya.

Walaupun beliau 'takut dan tidak mahu', Encik Mohd Saiful berkata beliau mengikut juga arahan Datuk Seri Anwar dan membersihkan diri dalam bilik air, kemudian keluar dengan memakai tuala dan masuk ke dalam bilik tidur.

'Saya nampak Anwar memakai tuala. Dia mendekati saya dan memeluk saya,' kata Encik Mohd Saiful, seperti ditukil Malaysiakini semalam.

Pada ketika itu, peguam bela Karpal Singh memohon supaya baki keterangan Encik Mohd Saiful dibuat secara tertutup.

Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah bersetuju dan menangguhkan prosiding sehingga 9.30 pagi ini.

Anwar Ibrahim dituduh melakukan kesalahan tersebut di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.

Dalam ucapan pembukaannya, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, berkata pihak pendakwaan mempunyai sampel DNA dan bukti lain untuk membuktikan Datuk Seri Anwar mengadakan hubungan seks dengan Mohd Saiful di pejabatnya.

'Pihak pendakwaan akan membawa spesimen air mani daripada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan yang disahkan oleh Jabatan Kimia sebagai milik tertuduh (Datuk Seri Anwar),' kata Datuk Mohamed Yusof seperti ditukil AFP semalam.

Menurut beliau, selain keterangan langsung oleh Mohd Saiful, pihak pendakwa akan mengemukakan 'bukti forensik daripada para doktor dan ahli kimia, di samping keterangan mengikut keadaan dan bukti dokumentari'.