Saturday, January 30, 2010

Mahkamah tolak permohonan Anwar akses bukti

Mahkamah Persekutuan dalam penghakimannya telah menolak rayuan permohonan Anwar Ibrahim bagi mendapatkan dokumen utama pihak pendakwaan berhubung kes liwatnya.

Antara dokumen penting yang dipohon Anwar ialah mendapatkan rekod keterangan Dr .Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi, nota ahli kimia serta laporan perubatan.

Mahkamah Tinggi sebelum ini membenarkan beliau mendapatkan semua dokumen terbabit kecuali sampel DNA pengadu, iaitu bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Azlan Bukhari.

Keputusan Mahkamah Tinggi itu bagaimanapun diketepikan Mahkamah Rayuan.

Perbicaraan kes liwat itu dijadualkan pada Selasa ini namun Anwar telah memfailkan permohonan bagi menangguhkan prosiding perbicaraan tersebut.

Peguamnya, S.N. Nair, berkata beliau memfailkan permohonan itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, di Kuala Lumpur.

Menurut Nair mahkamah telah menetapkan Selasa depan bagi mendengar permohonan itu di depan Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Sama ada perbicaraan itu diteruskan atau sebaliknya, bergantung kepada keputusan hakim.

Katanya, perbicaraan itu perlu ditangguhkan sementara menunggu rayuan Datuk Seri Anwar berhubung penolakan Mahkamah Tinggi terhadap permohonannya membatalkan tuduhan liwat terhadapnya.

Sebelum ini Anwar telah memfailkan notis rayuan terhadap perintah itu pada 10 Disember lalu, dan Mahkamah Rayuan masih belum menetapkan tarikh bagi mendengar rayuan itu.

Pada 1 Disember lalu, Hakim Mohamad Zabidin menolak permohonan Datuk Seri Anwar dan menetapkan perbicaraan selama sebulan mulai Isnin lalu.

Bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan yang mendengar rayuan terakhir Seri Anwar berhubung permohonannya itu bagi mendapatkan dokumen yang didakwanya adalah penting bagi pembelaannya, memerintahkan perbicaraan ditunda kepada Selasa ini sementara menunggu keputusan mahkamah.

Anwar dituduh meliwat Mohd Saiful di kondominium di Bukit Damansara pada 26 Jun 2008. dan Kes liwat Anwar dengan Saiful ini merupakan yang kedua selepas kes liwatnya pada tahun 1998.

Friday, January 29, 2010

Pimpinan PKR bergolak, Anwar terjerat liwat

Zulkifli Noordin ahli Parlimen Kulim yang mencetuskan kontroversi apabila membuat laporan polis terhadap anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad daripada Pas, akan dihadap kepada Lembaga Disiplin PKR.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail yang dipertikaikan keahliannya berkata keputusan itu dibuat oleh Biro Politik PKR dalam mesyuarat pada hari Selasa lepas seperti dinyatakan kepada Bernama.

Menurut Saifudin Lagi lembaga tersebut diminta bersidang dalam tempoh tidak melebihi satu bulan bagi mengkaji, menyiasat aduan dan mendengar penjelasan Zulkifli berhubung tindakannya membuat laporan polis terhadap Khalid berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

"Lembaga disiplin terikat kepada keputusan yang berupa amaran, menggantung keahlian dan memecat keanggotaan," katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu pejabat PKR di sini.

Dalam tempoh siasatan itu berjalan, Zulkifli tidak dibenarkan memberi sebarang kenyataan media bagi membolehkan proses ini diselesaikan mengikut saluran parti.
Sebelum kes ini Zulkifli juga pernah dibawa ke lembaga disiplin ekoran tindakkannya yang membantah dan menghadirkan diri dalam tunjuk perasaan membantah satu Forum Kontroversi yang dilaksanakan oleh Majlis Peguam sebelum ini.

Anwar ketika ditanya sama ada Zulkifli akan diminta menarik balik laporan itu, berpendapat tindakan anggota parlimen itu adalah tidak betul dan mewakili keseluruhan pandangan PKR.

Beliau berkata mesyuarat hari ini turut membincangkan isu peletakan jawatan Anggota Parlimen Indera Mahkota daripada parti itu, Azan Ismail, sebagai Timbalan Pengerusi PKR Pahang.

Kes yang melibatkan Zulkifli Nordin dan Azan Ismail ini antara isu yang membingungkan Anwar untuk ditangani saat beliau sedang mempersiapkan diri untuk menghadapi perbicaraan kes liwatnya di Mahkamah.

Manakala itu, di Pulau Pinang pula Datuk Zahrain Hashim bekas Pengerusi PKR Pulai Pinang dan ahli Parlimen Bayan Lepas pula dilaporkan telah menempelak cara pentadbiran Ketua Menteri Pulai Pinang yang didakwanya tidak ubah seperti Diktator dan Komunis dalam menguruskan Pentadbiran Kerajaan Negeri.

Di Selangor pula, menyaksikan sokongan awam kepada Khalid Ibrahim mengalami penurunan kerana kegagalan beliau menyelesaikan isu berbangkit di Selangor, sementara di dalam parti wujud ketidakpercayaan ahli Parti sendiri khususnya di Kuala Selangor hingga menyebabkan perletakkan jawatan beramai-ramai pimpinan PKR Cabang Kuala Selangor.

Isu dan konflik yang melingkari ahli dan kepimpinan PKR ini sememangnya telah menyebabkan Anwar semakin bingung untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Difahamkan Anwar mungkin terpaksa menyerahkan kepada Azmin untuk menyelesaikan beberapa masalah dalaman parti. Kerana dalam tempoh terdekat Anwar begitu sibuk untuk membuat persediaan perbicaraan kes liwat dan road show menerangkan kepada pengundi kes perbicaraan liwat beliau.

Sunday, January 24, 2010

Khalid Samad kata Zulkifli bagai Anjing menyalak ; Kenapa Zulkifli tak dakwa Anwar sama?

Perbezaan pandangan Zulkifli Nordin dengan Khalid Samad mengenai isu Kalimah Allah akhirnya telah membawa ia kepada laporan Polis oleh ahli Parlimen Kulim tersebut.

Zulkifli mempersoal tindakan Khalid Samad dalam kenyataan di dalam artikel Malaysia kini yang menyatakan enakmen agama Islam yang melarang penggunaan kalimah Allah dan perkataan lain berkaitan Islam sudah ketinggalan zaman.

Secara lansung menurut Zulkifli Nordin tindakan Khalid Samad itu juga menghina arahan Sultan dan pihak berkuasa islam di negeri Selangor.

Ekoran tindakan Zulkifli itu dalam reaksi balasnya di Mstar online , Khalid yang juga ahli Parlimen Shah Alam menganggap zulkifli Nordin seperti Anjing yang menyalak namun tiada siapa yang mempedulikan.

“"Perumpamaannya mudah sahaja, walaupun ada anjing yang menyalak tapi kita akan tetap terus berjalan dan tak perlu menghiraukannya.

"Begitu juga dengan hal ini, saya tak perlu nak buat apa-apa terhadapnya, saya akan terus dengan cara saya dan mempertahankan tindakan saya," kata Khalid seperti dipetik dalam dalam tersebut.

Pergeseran antara kedua ahli Parlimen dari PKR dan PAS ini sebenarnya antara perkara yang menarik perhatian didalam isu perebutan nama Allah di kalangan umat islam dan Kristian di Malaysia.

Namun timbul satu persoalan wujud kenapa Zulkifli tidak membuat laporan Polis terhadap Ketua Umum Parti PKR Anwar Ibrahim berkaitan isu kalimah Allah.

Seperti yang diketahui Anwar merupakan antara pemimpin islam yang paling menonjol mempertahankan hak pengunaan nama Allah kepada umat Kristian.

Malah Anwar cuba untuk menjadi hero dikalangan penganut Kristian dalam memperjuangkan isu ini, walaupun pandangan Anwar itu dilihat bercanggah dengan beberapa tokoh islam lain termasuk dari Dr.Harun Din Timbalan Musyidul Am PAS.

Jadi alangkah baiknya juga sekiranya Zulkifli Nordin turut membuat laporan kepada Polis tindakan Anwar yang masih lagi menjaja kisah kalimah Allah ini ke seluruh dunia dan mengembar-gemburkan ia seolah ingin mengambarkan pemerintah Malaysia ini tidak memberi kebebasan kepada penganut Kristian di Malaysia.

Malah didalam blog Anwar masih menyiarkan padangan dari pihak luar seperti pertubuhan islam dari Amerika (CAIR dan ISNA ) bagi mengambarkan tindakan yang dilakukan olehnya adalah tepat. Walaupun pertubuhan tersebut sebelum ini seringkali mendapat kritikan dalam mengeluarkan ijtihad kepada umat islam di Amerika dari persatuan islam lain disana.

Bukankah tindakkan Anwar ini sebenarnya lagi bahaya kepada keharmonian beragama di Malaysia. Dengan mengunakan beberapa tokoh untuk menyokong tindakkannya, taktik Anwar ini dilihat seolah mempunyai muslihat politik sahaja.

Oleh itu kalau benar, Zulkifli Nordin ikhlas memperjuangkan hak kalimah Allah , mengapa beliau tidak menasihat bosnya sendiri yang dilihat punca utama isu ini semakin membersar.

Ditambah lagi dengan tindakan Anwar yang pernah berjanji sesuatu kepada pihak Gereja sesudah menghadiri dialog antara agama Kristian dan Islam di GeorgeTown University Oktober 2009.

Khalid Samad kata Zulkifli bagai Anjing menyalak, Anwar?

Tuesday, January 12, 2010

Syeikhul Al-Azhar : tindakkan Kerajaan Malaysia tepat

Isu Kalimah Allah seakan sudah terseret kepada pelbagai pihak, dari kelompok gereja di Indonesia hinggalah kepengetahuan pihak Syeikhul Al-Azhar di Mesir. Ikuti tulisan Abdul Haseef dibawah:

Penulis sempat mengajukan persoalan ini kepada Wakil al-Azhar @ Naib Syeikh al-Azhar Syeikh Abdul Fattah 'Allam. Beliau menjelaskan bahawa perkara ini sebenarnya telah dibawa ke pengetahuan Syeikh al-Azhar oleh Duta Malaysia ke Mesir. Beliau berpendapat bahawa tindakan kerajaan Malaysia menegah penggunaan kalimah Allah dalam kalangan bukan Islam adalah tepat.

Ini kerana kalimah Allah tidak boleh disamaertikan dengan kalimah Rabb yang membawa makna Yang Mewujudkan. Sebagaimana maklum penganut bukan Islam menamakan sebarang tuhan yang mereka sembah seperti batu, haiwan, matahari dan lain-lain sebagai Allah.

Hal ini sudah tentu amat tidak wajar sama sekali dan menyalahi maksud kalimah Allah itu sendiri sebagaimana yang termaktub di dalam al-Qur’an dan al-Hadith. Untuk mendengar perbincangan penulis dengan beliau dalam Bahasa Arab, sila download audio di sini.

Sunday, January 10, 2010

Boleh percaya ke dengan "Orang Itu"?

Suatu masa dahulu, ramai yang menganggap Anwar Ibrahim sebagai “icon”. Suatu masa dahulu Anwar pernah dilihat sebagai seorang pemimpin yang “popular”. Dia pernah di”pikat” oleh banyak pemimpin parti politik sama ada dari UMNO mahupun PAS. Kononnya ketika itu, dialah “hero”. Namun, atas dasar apakah Anwar dinobatkan sehingga sebegitu rupa? Benarkah dia adalah seorang “natural born leader”?

Sejak dari zaman persekolahannya, Anwar kelihatan me”nonjol” di mana saja dia berada. Ketika dia di Maktab Melayu Kuala Kangsar, dia pernah jadi “bahan tarikan” kepada pelajar-pelajar “senior”nya. Menurut salah seorang bekas “senior”nya, Anwar pernah menjadi “rebutan”. Namun, di atas rasa simpati, bekas “senior”nya ini telah melindunginya dari terus menjadi “mangsa rebutan” ramai pelajar-pelajar senior lain.
Anwar dijaga hinggakan bekas “senior”nya ini terpaksa membawa Anwar pulang ke rumahnya demi menjaga “kehormatan” dan “keselamatan” Anwar dari di”bolosi” oleh senior-senior yang “berebutkan” dirinya.

Namun, setelah bekas seniornya ini tamat belajar di MCKK, Anwar dikhabarkan sudah “hanyut di badai arus”. Menurut bekas seniornya, ketika menghadiri satu pertemuan alumni MCKK, dia dikhabarkan bahawa Anwar yang sudah menjadi pelajar senior, telah berubah. Anwar sebagai senior sudah tidak menjadi rebutan, sebaliknya Anwar pula yang berebutkan pelajar-pelajar “junior” di MCKK.
Dahulunya Anwar menjadi mangsa “rebutan”, tapi kini dia pula berebutkan pelajar lain. Apa yang direbutkannya itu, fikir-fikirkanlah sendiri. Nak tahu lebih lanjut, sila tanya kepada bekas pelajar-pelajar MCKK yang sebaya dengan Anwar!

Anwar masuk Universiti Malaya. Ketika itu, siapa yang masuk universiti sememangnya dilihat hebat dan bijak. Ketika itu Anwar mula menjadi ketua kepada mahasiswa dan mahasiswi. Dikhabarkan juga bahawa Anwar cukup kuat berpersatuan. Anwar adalah pelajar jurusan Pengajian Melayu.
Dia sering mengada pertemuan dan perbincangan aktivitinya di sebuah dewan. Khabarnya pula dewan itu di”biayai” oleh sebuah kumpulan dari “barat” yang dikaitkan pula sengan gerakan “underground” yahudi. Diceritakan pula bahawa dewan itu pernah cuba dibakar oleh beberapa pemimpin pelajar yang menghidu bau “busuk” dari dewan itu, namun atas “ketangkasan” Anwar dan konco-konconya, percubaan itu berjaya dipatahkan.

Anwar mula menunjukkan “belang”nya. Dia mula mengajar mahasiswa dan mahasiswi untuk memberontak dan ponteng kelas. Dia mengajar penuntut-penuntut berdemonstrasi jalanan, sedangkan jalan demokrasi terbentang luas ketika itu. Anwar mengajar mahasiswa menjadi kurang ajar pada kerajaan, padahal kerajaanlah yang menyediakan pusat pengajian itu dan memberikan biasiswa percuma kepada mereka.
Anwar mengajar mereka bersesak-sesak membaling batu dan beraksi ganas dalam perhimpunannya, sedangkan akhirnya dia bersenang-senang menjadi salah satu pemimipin kerajaan yang ditentangnya ketika itu. Dia untung, mahasiswa mahasiswi jugalah yang rugi!

Ketika Anwar menjadi “Pak Menteri”, Anwar telah “menyapu bersih” golongan pelajar yang melakukan demonstrasi jalanan “yang menjadi amalan”nya sebelum itu. Anwar juga telah berjaya mengubah nasib mahasiswa mahasiswi apabila sistem biasiswa dihapuskan dan digantikan dengan sistem “pinjaman pelajaran” yang perlu dibayar balik kepada kerajaan. Anwar ketika dikemuncaknya menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri telah banyak menghapuskan kebajikan rakyat.
Sebaliknya dia sebok menghulurkan “pink form” kepada sahabat-sahabatnya untuk memenangi tempat kedua selepas Tun Mahathir ketika itu. Siapa tidak ingat tentang “bapak segala perasuah” ini yang menewaskan Arwah Tun Ghafar Baba dengan kuasa “zeti”nya. Sememangnya tiada bukti yang jelas, namun umumnya semua orang tahu bahawa Anwarlah yang memulakan budaya rasuah ini di dalam UMNO suatu ketika dahulu. Tak percaya? Tanyalah Tan Sri Sanusi dan pemimpin-pemimpin veteran UMNO yang pernah memegang jawatan Menteri.

Dan kini, setelah dipecat akibat kerakusan nafsunya, mengapakah rakyat masih lagi percaya kepada Anwar? Bukankah mahkamah pernah mengesahkan bahawa Anwar meliwat? Bukankah Anwar pernah digelar “aljuburi” oleh Mat Sabu? Bukankah Anwar pernah menempelak Nik Aziz, Hadi, Karpal, Kit Siang dan ramai lagi pemimpin pembangkang?
Bukankah Anwar pernah menyalahguna kuasa dan dipenjara? Bukankah dikhabarkan Anwar menjadi “tali barut” rahsia kepada yahudi? Bukankah Anwar pernah cuba “menggadaikan” Malaysia kepada IMF? Bukankah Anwar begitu pandai membuat cerita bohong “arsenik”, “Aids”, “mata lebam” dan “sakit leher”?

Bukankah Anwar pertualang negara? Bukankah Anwar yang kini yang memcah belahkan perpaduan sesama umat Islam dan bangsa Melayu? Bukankah Anwar yang kini memecah belahkan keharmonian kaum dan menimbulkan perasaan benci sesama kaum di Malaysia? Bukankah Anwar penyebab ketidak stabilan politik negara dengan cerita-cerita rekaan bohongnya?
Bukankah Anwar yang tidak mahu bermubahalah? Bukankah Anwar yang tidak bersetuju dengan penyatuan ummah di antara PAS dan UMNO? Bukankah kini Anwar yang menyebabkan PAS dan DAP bergolak? Bukankah Karpal pernah menyuruh Anwar “bertaubat”? Siapa lagi jika tidak Anwar. Itukah Anwar yang di dewa-dewakan? Anwar Pengkhianat Bangsa! Itulah Anwar selayak-layaknya.

Monday, January 4, 2010

Harun Din : kufur jika sokong guna kalimah Allah - status Anwar bagaimana?

"Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur sama," Kata Dr. Harun Din kepada Mstar bagi mengulas isu penggunaan nama Allah setelah Mahkamah Tinggi membenarkan pengunaan kalimah 'Allah' dalam akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly.

Timbalan Mursidul Am PAS itu juga meminta pemimpin politik yang menyatakan persetujuan pengunaan nama Allah di kalangan pihak kristian mengkaji semula sokongan tersebut, sambil menyeru umat islam bersatu pandangan dalam isu nama Allah ini.

Sesunguhnya kenyataan tokoh agama ini sekaligus telah menempelak sama tindakan Anwar dan Khalid Samad yang telah beria-ia menyokong penggunan nama Allah di pihak gereja Khatolik.

Hari ini seperti di siarkan harakah Dr. Muhd Nur Manuty, Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA) PKR secara konsisten menyatakan sokongan berterusan PKR atas keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan majalah Kristian menggunakan nama Allah.

"Kami berpandangan bahawa keinginan bukan islam untuk menggunakan perkataan Allah untuk menggambarkan Tuhan adalah perkembangan yang sangat baik dan harus diterima dengan hati terbuka dan murah hati. Oleh kerana itu tidak perlu bagi masyarakat islam di Malaysia untuk bertindak balas berlebihan atau takut bahawa agama islam akan terancam, "kata Nur Muhd.manuti di dalam kenyatan media tersebut.

Kenyataan Manuty ini sebenarnya adalah selari dengan apa yang pernah diucapkan Ketua umum PKR Anwar Ibrahim sebelum ini sewaktu pilihanraya Batang Ai di Sarawak tahun lalu.

Disebabkan isu pengunaan nama Allah ini PAS dan PKR dilihat mempunyai kekalutan kerana tidak sehaluan dan sependapat, dalam tempoh sekarang ini dikhabarkan Naib Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man telah mengarahkan Khalid Samad Ahli Parlimen Shah Alam menghentikan mengeluarkan pandangan.

Sementara Khalid Samad dalam akhbar harian hari ini telah membidas Zulkifli Nordin kerana menyarankan beliau keluar daripada PAS lantaran sokongan kepada keputusan Mahkamah.