Wednesday, October 27, 2010

kenapa Anwar cuba meletakkan dirinya pejuang LGBT


Menurut sebuah laman Gay Utopia, populasi kelompok gay di Klang Valley adalah berjumlah 160 ribu orang, menurut laman tersebut biasanya dari 100, ribu penduduk akan ada 5-6 ribu populasinya cenderung kepada gay.

Kalau benar kiraan laman tersebut, ini bermakna populasi komuniti Gay di Klang Valley boleh menyamai separuh penduduk negeri Perlis Indera Kayangan yang berjumlah 300,00 orang dan ianya satu jumlah yang besar dan boleh mempengaruhi keputusan pilihanraya di banyak kawasan.

Anwar kini cuba meletakkan dirinya adalah pembela kepada golongan minoriti termasuk kelompok LGBT di Malaysia. Walaupun rata-rata masyarakat LGBT di Malaysia mengambil keputusan tidak mahu campur dalam urusan politik Malaysia.

Sikap dan taktik Anwar ini sebenarnya boleh dibaca melalui taktikalnya yang menempatkan diri ke dalam masyarakat komuniti Cina dan India sebelum ini. Perlahan-lahan selepas itu ia akan menarik komuniti tersebut ke dalam permasahannya. Inilah jahatnya manusia bernama Anwar.

Dahulu beliau pernah cuba mengheret sama Amerika Syarikat dalam masalah perlakuan tidak bermoralnya, namun kini dibawah Obama kuasa besar dunia itu enggan terlibat dengan permasalahan Anwar.

Hanya komuniti LGBT sahaja kumpulan akhir yang menjadi sandaran Anwar kini, itupun setelah "Sodomy Tour " sebelum ini di eropah pun gagal mencapai matlamat seperti yang diiinginkan Anwar.

Anwar tentu gembira hari ini apabila ada beberapa komuniti gay menjadikan Anwar sebagai ikon kepada kelompok LGBT yang teraniya. Namun pada masa sama juga nama Anwar juga di lihat buruk pada komuniti LGBT kerana dianggap gay tidak bermoral. klik sini.

Dari tinjauan secara rambang kepada kelompok LGBT di Malaysia, sebenarnya tidak ramai pun yang bersimpati dengan Anwar Ibrahim, malah ada di kalangan LGBT menyatakan Anwar hanya ingin memperalatkan mereka sahaja demi kepentingan politik peribadi.

Samada betul atau tidak pandangan mereka sama-samalah kita perhatikan jejak Anwar Ibrahim dalam kes liwatnya.

No comments: