Friday, October 1, 2010

Azmin & Anwar punya cacat cela tidak layak memimpin - Ahli PKR

Apa sudah jadi kepada Azmin Ali? Di kawasannya Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), Abu Bakar Ninggal telah mengambil tindakan menawarkan diri bertanding bagi jawatan Ketua Cabang PKR Gombak pada mesyuarat cabang itu Ahad ini yang sekaligus menolak kepimpinan orang kanan kepada Anwar tersebut.

Abu Bakar menyatakan beliau mengambil tindakan tersebut bertujuan memberi pengajaran kepada Mohd Azmin Ali yang didakwanya semakin lupa diri.

Beliau berkata, Azmin yang juga Naib Presiden parti itu kini sudah berubah dan tidak lagi mempedulikan masalah rakyat di kawasan itu selepas dipilih sebagai wakil rakyat pada pilihan raya umum 2008.

“Saya mahu bertanding jawatan itu kerana bagi saya Azmin memiliki cacat cela yang banyak dalam kepemimpinan.

Beliau kini tidak lagi mesra rakyat, telefon selalu tutup, majlis yang dianjurkan rakyat tidak datang, ini adalah satu pengajaran untuk beliau bermuhasabah. “

Abu Bakar yang juga peniaga buku berkata, beliau hilang keyakinan kepada kepemimpinan Azmin apabila pemimpin PKR itu tidak lagi mengamalkan sikap rendah diri dan ia lebih teruk jika dibandingkan dengan UMNO.

“Saya orang yang berada di bawah ketiak dia dari 1999 sehingga 2005, jadi saya tahu dia punya sikap. Azmin tidak boleh ditegur oleh sesiapa pun. “

Ada orang kuatnya menghubungi saya dan meminta supaya menarik balik hasrat untuk bertanding ketua cabang, tetapi saya tetap dengan pendirian saya ini, katanya kepada sebuah portal berita tempatan.

Sebelum ini Azmin dilaporkan oleh banyak pihak merupakan seorang yang kuat cemburu lebih-lebih lagi kepada sesiapa sahaja yang cuba mendekati Anwar Ibrahim.

Dalam satu kenyataan terbaru Azmin juga menyatakan kesetiaan beliau kepada Anwar memang tidak berpelah bahagi dan tidak perlu meragui dirinya.Kenyataan Azmin itu timbul setelah ia diasak oleh Zaid Ibrahim calon Timbalan Presiden PKR.

Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak turut dicalonkan bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PKR dan dijangka berdepan bekas Menteri Kabinet, Datuk Zaid Ibrahim.

Dalam satu kenyataan terbaru Azmin juga menyatakan kesetiaan beliau kepada Anwar memang tidak berpelah bahagi dan tidak perlu meragui dirinya.Kenyataan Azmin itu timbul setelah ia diasak oleh Zaid Ibrahim calon bagi jawatan Timbalan Presiden PKR mengenai kesetiaanya kepada Parti dan Presiden sekarang Wan Azizah Wan Ismail.

“Saya berkhidmat dengan Anwar selama lebih 26 tahun termasuk 13 tahun dalam kerajaan dan saya adalah pegawai yang paling lama memberikan khidmat kepada beliau, tujuh tahun ketika beliau berada dalam penjara saya terus setia pada perjuangan dan menjaga kebajikan keluarganya.”

Menurut kenyataan Nalakarupan bekas rakan baik Anwar Ibrahim sebelum ini ada memaklumkan bahawa Azmin memang mempunyai hubungan yang intim dengan Anwar Ibrahim hingga terlalu besar pengorbanan Azmin untuk Anwar dan tiada orang lain mampu lakukan seperti mana Azmin.

Namun begitu hubungan intim inilah yang kadang-kala menyebabkan pentadbiran Parti PKR tunggang langgang. Wan Azizah banyak kali tidak selesa dengan tindakan Azmin yang seolah tidak menghormati diriya sebagai Presiden.

Oleh sebab itulah kita dapati Nurul Izah tanpa dijangka telah mengambil tindakan mengejutkan dengan menyatakan kesedian bertanding jawatan Naib Presiden setelah mengetahui Azmin dengan mudah akan menang jawatan Timbalan Presiden PKR nanti. Nurul Izah kini secara terbukan menyatakan bahawa beliau menyokong Zaid Ibrahim sebagai Timbalan Presiden PKR seolah begitu bencikan Azmin Ali.

Sepertimana Abu Bakar Ninggal yang mula menolak Azmin Ali kerana wujud cacat cela yang melampau dan tidak layak menerajui pimpinan Parti. Situasi itulah juga kini membelengu ahli PKR lain terhadap pimpinan Anwar Azmin.

Dan tidak mengejutkan kini kita melihat ada pihak/fraksi dalam PKR kini ingin menobatkan Zaid Ibrahim sebagai ganti kepada Azmin kerana bosan dengan permainan Anwar dan Azmin serta hubungan mesra mereka keduannya.

Hubungan mesra yang melampau batas antara Anwar dan Azmin umpama pasangan kekasih itulah sebenarnya yang merimaskan anggota parti dan pimpinan PKR.

1 comment:

Gelombang Rakyat said...

Salam Perjuangan,

Blog Gelombang Rakyat ingin mengucapkan SYABAS kepada Tuan yang berjaya menghasilkan sebuah blog yan begitu mantap dengan artikel2 yang bernas.

Di harap dapat memberi tunjuk ajar mengenai cara penghasilan artikel yang mantap.

Blog GB tlh linkkan blog Tuan di dalam blog pilihan di blog kami..

Di harap pihak Tuan dapat membantu GB untuk mempromosi blog kami..

SEKIAN, SALAM KASIH IKHLAS DARI,

Melayu CinDia
Wakil blogger2 Gelombang Rakyat