Wednesday, October 13, 2010

Anwar langgar nilai-nilai gay : LGBT engan sokong ?

Guido bersama pasangannya setianya Michael Mronz, dikatakan menolak membantu dan memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim kerana bekas Presiden Abim itu telah mencemarkan nama baik kumpulan LGBT dengan pelakuan tidak bermoral ( Anwar mengadakan hubungan seksual paksa dengan mangsa) dan seterusnya mencemarkan nama baik kelompok tersebut, difahamkan Anwar cuba mencari ruang untuk bertemu dengan Guido dan Angela Merkel namun gagal dalam usahanya.

Guido Westerwelle Vice Chansellor Jerman di katakan enggan menemui Anwar Ibrahim semasa lawatan bekas Presiden Abim tersebut sempena Sodomy Tour di rantau eropah.

Menurut sebuah akhbar Jerman lawatan Anwar ke Berlin, Brussel, London serta new York adalah rentetan usahanya untuk mempengaruhi pemimpin dunia campur tangan dalam kes liwatnya dengan Saiful Bukhari Azlan.

Dan Anwar sebenarnya kini di dalam keadaan tersepit kerana dikatakan tidak kesemua kelompok LGBT menyatakan sokongan kepada dirinya.Lebih-lebih lagi pemimpin dunia yang sealiran pun jelas tidak mahu membantunya.

Sepertimana Guido yang dikatakan enggan terlibat dengan permasalahan Anwar, kumpulan LGBT eropah juga dikatakan enggan member ulasan berkaitan iisu liwat Anwar Ibrahim. Hanya kumpulan hak asasi dan parti politik seperti Green Party yang ingin meraih kesempatan kepada kumpulan LGBT sahaja yang tampil membela Anwar.

Situasi ini berlaku kerana dikatakan Anwar sebenarnya telah melanggar nilai-nilai yang ada pada kelompok LGBT.

Biasanya kelompok LGBT mempunyai kehidupan mereka sendiri, dan dalam soal hubungan seksual, hubungan yang terjalin adalah bersandarkan hubungan suka sama suka dan buka melibatkan paksaan.

Di dalam kes Anwar dan Saiful, komuniti Gay melihat Anwar telah memperdayakan Saiful untuk melakukan hubungan seksual,dan wujudnya unsure paksaan dan ini telah melanggar normal seksual kehidupan kumpulan tersebut.

Sebelum ini Richard Bradson pemilik Virgin sendiri sewaktu di Kuala Lumpur menyatakan kes liwat Anwar sebenarnya telah memalukan Malaysia. Walaupun masyarakat di Malaysia memandang kenyataan Richard tersebut sebagai negative kepada kerajaan Malaysia, namun sebenarnya bagi kelompok LGBT seperti Richard mereka melihat Anwar sebenarnya yang telah merosakan kredibiliti Malaysia apabila melakukan hubungan seksual secara paksaan, (seolah Anwar telah merogol seseorang perempuan ).

Dan masyarakat barat sepertimana Richard Branson dan Guido Westerwelle tidak boleh menerima kaedah Anwar melayan nafsu buas seksualnya melalui cara tersebut.

Sementara itu seorang gay di sebuah laman menyatakan seharusnya Anwar tidak melibatkan orang lain di dalam masalah yang di hadapinya.

Kenyataan tersebut ada benarnya jika kita melihat kepada gaya berpolitik Anwar sekarang.Disebabkan terhimpit dengan masalah politik dan imej banduan yang membelengu dirinya.

Beliau telah mengheret kaum cina, India dalam permasalahannya, kini kelompok LGBT pun mau diheret sama dalam perjuangan politiknya.

Oleh yang demikian sebenarnya, demi meraih sokomgan Anwar kini telah cuba merosakan kehidupan kelompok LGBT yang semalam ini hanya bersembunyi di sebalik tembok sahaja, dengan mendedahkan perihal kisah dibelakang tabir kepada kelompok LGBT secara tidak lansung.

2 comments:

Anonymous said...

hehehe... Gay pun cakap Anwar Al-Juburi tak normal... kahkahkahkah!!! Manusia jenis apa Anwar nie..?
Ah..Yang nie kite tak tau.. kahkahkahkahkahkahkkah!!!!

kontolan said...

..kesian al-juburi..sana sini dah tersepit..tak bleh nak spin lagi...taubat jer ler...ngaku dosa & salah kan lebih mulia walaupun perit...