Wednesday, September 29, 2010

Richard Branson ; Wan Azizah setuju kes liwat Anwar dipercepatkan


Dalam laman Anwaribrahim blog hari ini, ada keajaiban berlaku selalunya apabila ada tokoh antarabangsa mengesa Anwar dibebaskan dari pertuduhan kes liwatnya. Anwar akan mengambil desakan kata-kata tokoh tersebut untuk diwawarkan kepada pengikutnya.

Namun yang peliknya hari ini, kenyataan memang dikeluarkan di laman tersebut bagi menyambut sokongan Branson kepada Anwar, namun di perenggan akhir dinyatakan ia merupakan kata-kata Presiden PKR iaitu Wan Azizah bukan sebagaimana lazimnya akan ditulis nama sebagai Anwar Ibrahim.

Timbul persoalan adakah Anwar malu untuk mengatakan dirinya rapat dengan Richard Branson, kerana status Branson juga merupakan seorang biseksual dan merupakan kroni kepada Al Gore serta kenalan baik Anwar Ibrahim.

Tentu aneh sebenarnya tindakan Anwar kali ini, yang seolah-oleh ingin menjauhkan diri dari dikaitkan dengan pemilik syarikat penerbangan tambang murah di eropah dan penaja kepada kelab Gay di London.

Dalam satu majlis di Kuala Lumpur yang dikendalikan oleh Lorraine Hans yang juga pernah menemubual Anwar sewaktu di Munich. Branson mengatakan bahawa PM Malaysia harus masuk campur dalam kes liwat Anwar Ibrahim.

Ucapan Branson itu menyebabkan berduyun-duyun penyokong Anwar termasuk di dalam PAS mengambil kata-kata Branson tersebut. Seolah - olah Anwar menang lagi dalam isu kes liwatnya sepertimana digambarkan kes liwatnya pada tahun 1998. Walaupun ketika itu seperti yang dinyatakan Lorraine Hans wartawan yang menemubual Branson bahawa hakim memutuskan kegiatan liwat antara Sukma dan Anwar Ibrahim tetap berlaku walaupun Anwar dibebaskan dari hukuman.

Sebenarnya kata-kata Richard Branson di majlis tersebut telah membuktikan bahawa langsung tiada campur tangan di pihak kerajaan ataupun Perdana Menteri melibatkan kes liwat Anwar Ibrahim :-

Laporan the malaysian insider hari ini [klik di sini] menyebut Richard Branson, pengasas Virgin Group mendesak Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Abdul Razak agar 'campurtangan' dalam kes perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkannya sebagai 'duri' kepada reputasi baik Malaysia.

Sumber : AIDC News

Sebelum ini Anwar dan penyokongnya selalu mengatakan bahawa kes liwatnya dengan Saiful Bukhari merupakan satu konspirasi terancang Najib Tun Razak terhadap Anwar Ibrahim. Nah sekarang orang luar pula telah mendesak Najb untuk campur tangan kes tersebut, tentu pelik bukan.

Faktanya hari ini kalau kita perhatikan kes liwat Anwar sebenarnya boleh diselesaikan dengan mudah sekiranya Anwar sanggup menghadapi perbicaraan tersebut. Namun kalau kita perhatikan Anwar sendiri sebenarnya yang banyak timbulkan pelbagai karenah untuk melarikan dari berhadapan dengan bekas pembantunya Saiful Bukhari di Mahkamah.

Dan sebenarnya kita juga seharusnya berterima kasih kepada Branson kerana telah membersihkan nama Perdana Menteri kita dari dikaitkan dengan kes liwat Anwar Ibrahim. Sesungguhnya kes liwat Anwar bukanlah konspirasi tetapi kenyataan yang pelu diterima oleh penyokong Anwar sendiri.

Sekarang Wan Azizah di dalam blog Anwar juga inginkan Najib campurtangan, oleh itu harus kita mendesak ia disokong dengan meminta Najib mempercepatkan perbicaraan yang telah memakan tempoh masa yang terlalu lama.

No comments: