Wednesday, September 22, 2010

Rafizi Ramli mula lancar perang terhadap CheGu Bard


Oleh Tom Yam

Persaingan merebut jawatan Ketua AMK dijangka semakin hangat apabila calon pilihan Anwar Ibrahim Rafizi Ramly dikatakan akan mula menggerakan jentera kempennya bermula malam esok apabila kumpulan akan melancarkan Program Generasi Reformasi dengan menjadikan Kelab Darul Ehsan di Ampang sebagai tapak pelancaran RoadShow seluruh Negara tersebut.

Adalah dipercayai program yang diaturkan Rafizi ini adalah bagi membendung kemaraan kumpulan pesaingnya Che Gu Bard (Badrul Hisham )yang dikatakan mendapat restu dari Ketua AMK sekarang Shamsul Iskandar.

Jumlah pencalonan buat masa ini dikatakan lebih memihak kepada Che Gu Bard dan meninggalkan Rafizr Ramli dan Hasmi Hashim.

Dikatakan juga Rafizi Ramli mula diserang dari kumpulan Che Gu Bard dengan pelbagai dakwaan dengan memperlehkan kredibiliti yang ada pada dirinya. Hingga menyebabkan Nik Nazmi tampil membersihkan bekas Pengurus kanan di Petronas Carigali tersebut.

Rafizi Ramli yang mengenali Anwar dan tertarik dengan Ketua umum PKR tersebut semenjak beliau masih belajar di MCKK , dikatakan memainkan peranan penting dengan menasihat Anwar di dalam aspek Ekonomi dinegeri Selangor.

Malah segala apa yang dipertuturkan oleh Anwar berkaitan ekonomi kebanyakkannya adalah idea dari Rafizy. Hari ini Anwar menempatkan beliau dikerusi empuk sebagai Ketua Eksekutif Penasihat Ekonomi negeri Selangor.

Nik Nazmi Adun Seri Setia dan bekas Setpol MB Selangor, kini merupakan Pengarah Komunikasi PKR merupakan anak didik Rafizi Ramly. Oleh itu tidak menghairankan jika kita melihat Nik Nazmi berkerja keras agar Rafizy Ramli memenangi jawatan Ketua AMK.

Di dalam persaingan merebut jawatan ketua AMK tersebut, Rafizy menjadikan Amirudin Shaari sebagai regunya dalam kumpulan Generasi Reformasi tersebut sebagai calon TIMBALAN KETUA, sementarSIM TZE TZIN dan Kesavan Subramanian sebagai calon Naib Ketua AMK.

Dengan 19 Road Show diaturkan oleh kumpulan Generasi Reformasi ini untuk melawan kerja Che Gua Bard dan Hasmi Hashim adalah dijangkan persaingan merebut jawatan Ketua AMK PKR kali ini adalah sengit.


Lebih-lebih lagi kumpulan Che Gu Bard mendapat sokongan penuh daripada Shamsul Iskandar. Walaupun Che Gu Bard tidak mempunyai latar belakang Akademik yang hebat seperti mana dimiliki Rafizi Ramli, namun dipercayai akar umbi PKR dikatakan lebih selesa dengan gerak kerja Che Gu Bard yang datangnya dari kelompok biasa PKR.


Begitu juga dengan Hasmi Hashim yang dikatakan akan mendapat sokongan dari kelompok tengah dan sosialis di dalam AMK. Dilabel sebagai kumpulan Pencerahan, tindakan agresif Hasmi Hashim dalam melontarkan idea dijangka menarik perhatikan banyak pihak di dalam AMK PKR untuk menyokongnya.


Walaupun Hasmi Hashim tidak segah nama Rafizy Ramli dan Che Gu Bard namun dia rapat dengan akar umbi PKR. Oleh itu lawannya tidak boleh mengambil mudah ancaman daripada Ketua PKR Parit Sulong tersebut.

2 comments:

Anonymous said...

Agaknya le, masa tu pun Anwar dah pasang angan2 nak "on" dengan si rafizi. Ada ciri-ciri anak ikan dari dulu lagi. "current" dah lama ada kot?

Anonymous said...

salam...

rafizi tu dulu dia nama je staff kat petronas tuh tapi dia cuma kuli....reason dia blah pun pasal dia tak puas hati..korang cuba tgk dari lokman adam sampai la dia...mesti je ada benda yg tak puas hati tiba2 dia bnoleh masuk PKR kalau tak takan jadi camni punya...