Thursday, September 2, 2010

Dalaman AMK PKR berkecamuk - Rafizy Ramli mula dikecam



Tindakan Rafizi Ramli mengumumkan mencalonkan dirinya sebagai Calon Ketua AMK telah menyebabkan beliau diserang pelbagai penjuru di dalam PKR hinggakan Nik Nazmi Pengarah Komunikasi PKR yang baru dilantik Anwar telah menjawab tomahan ke atas Rafizi di dalam blognya.

Umum mengetahui penyandang jawatan sedia ada sekarang Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Che Gu Bard juga turut mengimpikan jawatan yang sama, bagi Shamsul Iskandar ataupun Che Gu Bard itulah jawatan yang paling mudah untuk menonjolkan kepimpinan masing-masing kepada Anwar Ibrahim.

Namun mungkin mereka kedua terlupa terutama Shamsul Iskandar sudah banyak kali Anwar memberi ruang kepada dirinya, namun keduanya gagal membuktikan bahawa mereka mampu membantu Anwar Ibrahim terutama di dalam kes liwatnya.

Anwar tiada pilihan lain melainkan memilih calon yang lebih mempunyai idealisme yang cukup kuat untuk menawan hati golongan muda. Bak seperti kata Nik nazmi dalam artikelnya.

“ Lawan dan rakan kita juga semakin kreatif dalam mendekati anak muda. Dahulu Pemuda Umno juga terperangkap dengan pandangan ke belakang (misalnya menghunus keris) tetapi hari ini mereka cuba keluar dari “comfort zone” mereka. Hakikatnya kita banyak tarikan untuk mendapat sokongan anak muda (gabungan Generasi Reformasi di jalanan, aktivis NGO mahupun di Parlimen dan DUN) namun setakat ini kita semua masih gagal menggemblengnya” Kata Nik Nazmi di dalam blognya.

Oleh yang demikiran kita dapat menterjemahkan ucapan Nik Nazmi itu seolah mewakili kata Anwar Ibrahim yang nyata tidak berpuas hati dengan peranan yang dilakukan oleh Shamsul Iskandar sebelum ini.

Shamsul Iskandar juga harus sedar, personalitinya jauh berbeza dengan Rafizi yang nyata lebih bergaya dan metroseksual berbanding dirinya yang gemuk dan pendek jauh dari lirikan mata Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim.

Seharusnya Shamsul tatkala dipilih sebagai Ketua Umum PKR sebelum ini mengambil kesempatan mengunjungi SPA lelaki metrokseksual atau pusat kecantikan bagi membentuk personaliti menarik seperti Azmin Ali dan Anwar Ibrahim, namun dia gagal memahami rentak ketuanya.

Antara Shamsul Iskandar , Che Gu Bard, Hasmi Hashim dan Rafizi Ramli, pemuda yang berasal dari kemaman itu jauh ke hadapan personaliti dan idealismenya, beliau dilihat lebih disenangi banyak pihak berbanding lawan lain. Mungkin ini yang menyebabkan Anwar tertarik kepada dirinya dan memberi restu kepada beliau.

Rafizi Ramli sudah banyak berjuang dan membantu Anwar dan Nurul Izzah jelas Nik Nazmi lagi antaranya membantu Anwar ketika debat harga minyak Anwar Ibrahim dan Syabery Chik pada tahun 20008. ( tanpa disangka pendedahan Nik Nazmi tersebut membuktikan bahawa retorik Anwar dan lontaran ideanya pada debat tersebut adalah hasil garapan orang lain).

Selain itu turut terlibat memberi ruang kepada Nurul Izah dan Anwar plafrom ucapan sewaktu memimpin Presiden Majlis Tertinggi Pelajar-Pelajar Malaysia di United Kingdom (UKEC), menulis Suara Mahasiswa dan menggerakkan Keadilan Antarabangsa Eropah serta Free Anwar Campaign bersama-sama Raja Petra Kamarudin serta memainkan peranan di dalam Pemuda Keadilan saat awal penubuhan sayap AMK tersebut.

Sekarang ini Rafizi diberi platfom ketua Ketua Eksekutif,
Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor
dan Anwar adalah penasihat ekonomi negeri Selangor, seharusnya lawan kepada Rafizi membaca sudut ini, tentu ada sebab menarik mengapa Anwar dan Rafizi bersama di dalam satu platfom ekonomi dinegeri Selangor. Seolah Anwar begitu percayakan Rafizi berbanding Shamsul Iskandar, Badrul Hisham ataupun Hasmi Hashim

3 comments:

Miak Bujat said...

Jambu jugak... patut anwar suka..

kingnek said...

Anwar semenjak saiful pergi, nampak murung aje .. . kalau tengok ketua AMK sekarang, selera BABI tak naik

Dia nak yang lebih muda dan hensem . .. eee geli sungguh perangai si BABI agen yahudi tu, insaflah Brader Anwar Bin Ibrahim! Tuhan sedia memaafkan perbuatan gila kamu tu!

hanizam said...

paling JAMBU & MAMTOP yang pakai topi tu....AAAuuuuwwww....

tak selera aku tengok...