Thursday, September 30, 2010

Fetstival Filem Q ; Anwar dilayan ekslusif di Jakarta.?



Anwar sekarang ini dianggap sebagai ikon LGBT dikalangan kelompok songsang tersebut, keberanian Anwar untuk memperjuangkan hak samarata dilihat selari apa yang ingin diperjuangkan oleh kumpulan LGBT diseluruh dunia.

Bayangkan bumi Indonesia yang terkenal dengan Wali Songo dan terkenal dengan pesantren dan pondok pengajian kelas agama kini di datangi oleh kelompok Gay Lesbian gara-.gara alunan demokrasi dan kebebasan ciptaan Negara barat.

Anwar Ibrahim selalu melaungkan bahawa Indonesia kini bersama Turki merupakan Negara demokrasi contoh dan memberi hak kebasan kepada rakyatnya. Malah Anwar pun ingin turut sama menjadikan Malaysia sebagaimana agenda impiannya.

Bram Hendrawan seorang aktivis Gay Indonesia dalam satu kuliah menyatakan bahawa kebebasan yang dimiliki oleh kumpulan Gay lesbian ini sebenarnya adalah kejayaan dari runtuhnya sistem orde baru pemerintahan Suharto pada tahun 1998.

Bram Hendrawan lahir dan dibesarkan di Indonesia, pada tahun 2003 beliau berhijrah ke Belanda untuk menyambung pengajian sarjana Pengajian Media di Universiti Amsterdam. Belanda merupakan negara pertama di dunia yang mengiktiraf perkahwinan sejenis di dunia. Klik sini untuk bacaan seterusnya.

Semenjak reformasi 1998 masyarakat Gay semakin berkembang dengan pesat di Indonesia.

Di Hotel Prince Palembang, pernah diadakan pertunjukan Gay secara tertutup dengan diadakan tarian bogel melibatkan lelaki-lelaki gay, suatu situasi yang tidak pernah wujud di Indonesia.

Anwar Ibrahim yang sekarang ini sibuk membawa demokrasi kebebasan sebagaimana di Indonesia di katakan telah mengunjungi Indonesia pada 26 September 2010 saat satu festival filem Gay LGBT sedang berlansung di Indonesia. Dalam satu majlis di sebelah malam setelah menghadiri forum di sebuah hotel, Anwar dikatakan diberikan layanan ekslusif oleh pihak penganjur.

Kedatangan Anwar ke Jakarta saat Festifval Filem Gay ini berlansung secara tidak langsung membuktikan beliau adalah ikon kepada masyarakat Gay Asia.

Tatkala kes liwatnya belum dibicarakan dengan tersusun di Mahkamah, Anwar telah mengheret seluruh komunity gay antarabangsa untuk menyokongnya. Dengan mengunakan alasan menyatakan perbicaraan itu adalah untuk menutup kareer politiknya. Beliau tidak pernah secara terbuka dirinya tidak terlibat dengan kes liwat tersebut, sebaliknya menuduh ia konspirasi kerajaan.

Arus Pelangi sebuah kumpulan LGBT yang ditubuhkan pada tahun 2006 di Indonesia sekarang ini merupakan antara badan yang aktif memperjuangkan hak kumpulan Gay Lesbian. Kumpulan ini diwujudkan dengan matlamat untuk membela golongan gay, lesbian dan pengamal hubungan sejenis di Indonesia.

Yang menariknya kumpulan ini akan mengangkat seboleh mungkin mana-mana pemimpin agama yang mengiktiraf kelompok mereka seperti Musdah Mulia seorang tokoh Islam Moderat dari Nahdatul Ulama yang menyokong perjuangan golongan gay. Sikap Musdah Mulia yang mengatakan Islam membenarkan perlakuan Gay Lesbian telah memburukkan lagi imej Indonesia Indonesia sebagai sebuah Negara yang pernah melahirkan ulama hebat sebelum ini.

Indonesia yang dikenali sebagai Negara yang paling ramai umat islam memang sejak sekian lama diimpikan oleh kuasa barat . Sejak cetusan kemerdekaan dari Sukarno dari penjajahan Belanda tidak ada negara yang mampu menakluk Negara tersebut.

Namun laungan demokrasi dan kebesan akhirnya menyebabkan Negara yang pernah menerajui kumpulan Negara –Negara berkecuali (NAM) sewaktu perang dingin itu runtuh menyembah kuasa barat.

Dan kini agenda barat semakin melebar melalui aktiviti dan penganjuran pelbagai program yang tidak menepati syariat islam untuk menghilangkan fungsi Indonesia sebagai sebuah pusat yang pernah melahirkan Tamadun islam di nusantara.

Adakah ini juga akan berlaku di Malaysia sekiranya Anwar maju ke Putrajaya?

No comments: