Tuesday, August 17, 2010

Takut bersumpah : Anwar seharusnya di sebat 80 kali.



Hubungan Al- Gore dan Mr. Wolfofowitz dengan Anwar Ibrahim umpama isi dengan kuku, saat Anwar tersepit kedua mereka akan memikirkan pelbagai cara untuk membantu Anwar samada melalui melobi presiden Amerika ataupun melalui gerakan media antarabangsa Soros yang ada pada tangan mereka.

Lagak kedua tokoh pro yahudi dan gay ini dalam membela Anwar melampaui kenalan biasa, malah sanggup mengenepikan hubungan diplomatic yang terjalin antara kedua negara.
Anwar dinobatkan seumpama Nelson Mandela, seorang pejuang kebebasan sewaktu dasar Apartheid dilaksanakan di Afrika Selatan, malah menyamakan juga dengan pejuang demokrasi di Myamar Aung Sang Syu Kyi. Walhal hakikatnya terlalu jauh antara Anwar dan Nelson Mandela malah Nelson bukan seorang biseksual dan peliwat seperti Anwar.

Sifaf campur tangan dalam urusan kehakiman di Malaysia ini jelas menunjukkan Anwar seumpama warga Amerika yang di zalimi dinegara lain.

Tentu kita masih ingat kisah Perang Chandu di China pada tahun 1839-1842 , antara punca utama yang menyebabkan perang itu meletus ialah tindakan kuasa barat yang cuba masuk campur di dalam sistem kehakiman di negara tersebut apabila seorang kelasi barat telah melakukan kesalahan membunuh.

Pemahaman konsep keadilan antara China (Asia) dan barat ( British) sewaktu itu cukup berbeza. Kerajaan China telah mengeluarkan arahan supaya semua orang asing yang berada di China mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan di China.

Arahan ini tidak dipersetujui oleh pedagang asing kerana mereka menganggap undang-undang China sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan. Contohnya, pada 1784, seorang anak kapal “Lady Hughes” telah dijatuhkan hukuman dicekik sampai mati kerana kesalahannya membunuh seorang rakyat China semasa upacara kehormatan di Whampoa.
Hukuman yang sama juga dikenakan kepada Terranova iaitu anak kapal “Emily” pada 1821. Sementara pada 12 Julai 1839, 3 orang warga British yang mabuk telah membunuh seorang rakyat China iaitu Lin Wei Hsi.

Pesuruhjaya Tinggi China di Canton, Lin Tse Hsu mengarahkan penguasa perdagangan British sewaktu itu Charles Elliot menyerahkan ketiga-tiga orang British yang terlibat dalam pembunuhan tersebut kepada pihak China untuk diadili. Charles Elliot yang menyedari hukuman yang akan dijatuhkan enggan menyerahkan warga mereka, sebaliknya beliau membicarakan ketiga pesalah tersebut mengikut undang-undang British.

Mengikut undang-undang China, seseorang yang dituduh melakukan kesalahan tetap bersalah sehingga beliau dapat membuktikan dirinya tidak bersalah.manakala mengikut undang-undang British dan Negara barat pula, seseorang yang dituduh melakukan kesalahan tidak bersalah sehingga pihak pendakwa dapat membuktikan beliau bersalah.

Ekoran beberapa kejadian terbabit ia dijadikan bibit-bibit awal suasana tegang antara barat dan timur sewaktu itu khususnya di Bandar Canton.

Al- Gore sewaktu menjadi Naib Presiden Amerika suatu ketika dahulu pernah menempelak pemimpin Malaysia sewaktu majlis makan malam sempena Persidangan APEC di Kuala Lumpur dahulu. Pada majlis itu secara terbuka beliau menyokong reformasi yang digerakkan oleh pengikut Anwar Ibrahim sedangkan pada waktu itu beliau adalah wakil kepada kerajaan Amerika yang dijemput oleh Malaysia . Itulah lagaknya Amerika sebagai kuasa dunia untuk membuli negara lain yang dianggapnya tidak demokratik pada kaca mata mereka.

Samada Amerika, Britain atau negara barat lain yang terpengaruh dengan prinsip kebebasan, hak asasi dan demokratik yang dipegang oleh Negara masing-masing, seringkali melupakan nilai-nilai Asia apabila berhubung atau memberikan pandangan salam sesuatu itu.

Anehnya Anwar Ibrahim pun terikut sama dengan rentak barat, di negara barat beliau menghadiri persidangan yang memuja idea prinsip kebebasan ala barat tersebut, malah sanggup menjadi balaci dengan menjadi jurucakap kepada kuasa barat khususnya Amerika di rantau Asia dan Negara islam dalam mempromosi prinsip demokrasi dan kebebasan ala barat.

Apabila berada di dalam komuniti masyarakat islam lantas menjelmakan beliaulah umat islam terbaik pernah ada di atas muka bumi. Begitulah sebaliknya apabila berada di pentas majoritinya yang bukan islam beliaulah pemimpin umat islam yang paling bertolak ansur dengan bukan islam.

Namun apabila terjerat dengan kes liwat bersama Saiful Bukhari, sumpah laknat Saiful Bukhari pada kaca matanya tidak islamik, malah beliau bercakap kepada fanatiknya bahawa beliau tidak perlu bersumpah kerana tuduhan liwat itu adalah konspirasi.
Beliau langsung tidak merujuk kepada Allah apabila terdesak, sebaliknya merujuk kepada Al-Gore dan Mr. Wolfowitz untuk membantunya. Jesteru itu kata-kata ustaz omar Khalid bahawa Anwar seharusnya disebat 80 kali kerana enggan bersumpah di dalam isu kes liwatnya adalah wajar sekali.

Beliau sedikitpun tidak takutkan syariat dan tatacara islam, sebaliknya melalui kuncu-kuncunya cuba memutarbelitkan sumpah Saiful dan mempersendakannya.

No comments: