Sunday, August 29, 2010

LGBT Asia akui Anwar adalah Gay



Sebuah laman Gay Asia Fridae.com pernah menyiarkan artikel bertajuk Wouldn't it be easier if Anwar were really gay? Ia dihasilkan juga oleh seorang Gay benama Alex Au, beliau merupakan aktivis gay lebih dari 10 tahun dan salah satu pengasas People Like Us (PLU) di Singapura. Istilah PLU kini digunakan oleh masyarakat gay sebagai kata gantian kepada istilah Gay yang dianggap agak fobia di kalangan umum.

Artikel yang diterbitkan pada Julai 2008 sejurus kes liwat Saiful dan Anwar kecoh di khalayak umum, telah menyingkap dan membincangkan samada Anwar benar-benar lelaki Gay ataupun tidak. Dengan membincangkan sorotan tuduhan liwat Anwar Ibrahim ke atas Saiful Bakhari dengan kaitan peristiwa politik di Malaysia hinggalah kepada kaitan masyarakat Malaysia dan Asia yang masih belum mampu menerima seorang pemimpin Gay.

Alex Au juga mempersoalkan adakah Gay tidak mampu untuk dilantik sebagai pemimpin masyarakat hingga menyebabkan masyarakat khususnya orang melayu di Malaysia menolak pemimpin yang telah disahkan Gay.

Dalam perenggan akhir artikelnya di dalam keadaan kecewa beliau seolah mengakui Anwar memang Gay namun tuduhan ke atas Anwar akan menyebabkan ramai pihak bersimpati terhadap ketua Umum Parti Keadilan Rakyat tersebut.

Menariknya dari respon pembaca Fridae terhadap artikel tersebut kita akan dapat membaca pelbagai reaksi dan pandangan terhadap Anwar Ibrahim.

Ada yang mengatakan Anwar menjadi mangsa fitnah politik, ada yang membincangkan mengenai Saiful Bukhari yang dikatakan bukan Gay kerana telah melaporkan dirinya diliwat kepada pihak berkuasa ( menurut salah satu komen, gay sesekali tidak akan laporan polis dirinya diliwat) dan ada yang memuji keberanian beliau.

Selain itu ada juga yang membela Anwar Ibrahim dengan mempersoalkan “Jadi bagaimana kalau dia (Anwar) gay? atau biseksual? - Setiap orang mempunyai hak untuk menjadi Gay” kata penyokong Anwar di dalam tersebut.
Sementara itu seorang ahli Fridea bernama lingzhi mengatakan mungkin banyak sebab untuk Saiful diliwat oleh Anwar Ibrahim, namun pada pandangannya berdasarkan Gaydar ( seakan suatu radar (perasaan) dimiliki oleh kelompok gay untuk mengenalpasti kelompok gay) pewatakan Anwar adalah gay ataupun biseksual.

Lingzhi juga mengatakan Anwar mungkin terikut dengan gaya pemimpin Greek Purba yang sukakan layanan lelaki muda, namun pada masa yang sama mempunyai keluarga seperti pasangan normal lain.
Manakala seorang ahli lain iaitu StrmatureBtm dalam ruangan respon mengatakan
“Aku mendengar desas-desus bahawa Anwar kembali menjadi Gay pada tahun 1991 ketika berhibur di KL” . Dia juga mengatakan sebagai seorang sudah berpengalaman dalam kehidupan Gay dia tahu segalanya mengenai perkara tersebut.

Walaupun banyak juga pandangan yang mengatakan Anwar adalah mansa politik tetapi secara keseluruhannya mereka mengakui Anwar seakan terlibat dengan pelakuan liwat tersebut. Cuma mereka mengkritik tindakan pemerintah Malaysia yang mendikrimansi kelompok gay lesbian tidak seperti di negara lain seperti Thailand yang pernah mempunyai Raja dan Perdana Menteri gay.

3 comments:

Wake UP! said...

Wouldn't it be easier if Anwar were really gay?

It is easier since Anwar is GAY.

kingnek said...

memang dah gay pun

Anonymous said...

anwar is gay and no doubt about it.... he is some fckin' awesome gay-lord