Thursday, August 12, 2010

Kisah hubungan gelap Anwar dan Rashid ; siapa yang bersembunyi, Azizah atau Anwar?


Siapa yang paling gelisah sebenarnya tatkala kisah terbaru kehidupan gelap Anwar telah di dedahkan bekas Setiausaha politiknya Ezam Mohd Noor, dan mengapa Kak Wan tidak konsisten apabila berhadapan isu terbaru ini.

Gara-gara tindakan bekas Setiausaha Politik kepada Anwar Ibrahim, Ezam Mohd Noor mendedahkan Wan Azizah @ Kak Wan ada menelefon dirinya menyatakan meminta Ezam menjaga suaminya dari mendekati lelaki yang berada dirumahnya sewaktu itu, beliau telah diberikan amaran keras oleh Presiden PKR tersebut.

Wan Azizah di dalam kenyataan media di laman blog Anwar menyatakan beliau tidak pernah menelefon meminta Ezam untuk menghalang lelaki mendekati Anwar.

Kenyataan Kak Wan “menghalang mendekati Anwar” sebenarnya sungguh mengelirukan, dan apa tujuan sebenarnya beliau menyebut perkataan tersebut.

Kalau benar Kak Wan tidak gusar dengan kenyataan Ezam, mengapa perlu memanjangkan kisah tersebut dan menyebut perkataan tersebut, ataupun juga kenyataan ini disiapkan oleh Anwar Ibrahim yang semakin hari semakin takut rahsia gelap kehidupan dua alamnya semakin terbongkar. Disebabkan terlalu takut kisah dirinya terbongkar dengan dakwaan tersebut maka dinafikan dalam kenyataan rasmi isterinya Wan Azizah.

Satu persoalan timbul siapa sebenarnya lelaki yang dimaksudkan oleh Ezam dan Kak Wan tersebut, sehingga Anwar terpaksa menyiarkan di blog rasminya kenyataan beramaran Azizah bagi menangkis dakwaan hubungan tersebut.

Sebelum ini laman Agenda Daily pernah mendedahkan bahawa Kak Wan mengakui ada menghubungi Ezam.

Dalam soal jawab semasa perbualan itu yang jelas merujuk kepada panggilan telefonnya kepada Ezam dari Washington,Wan Azizah tidak menafikan ada membuat panggilan telefon.

Katanya,” Ezam telah bagi gambaran yang lain. Saya pesan kat dia sebagai seorang adik, tengok-tengokkan abang dia (Anwar)….. ( sila rujuk kepada transkrip perbualan penuh di bawah - yang masih ada dalam pita rakaman Noor Hasilah). Klik sini
agenda daily.

Namun apabila ada penafian di laman blog Anwar bahawa Kak Wan membuat panggilan dan meminta Ezam menghalang lelaki mendekati Anwar, seolah-olah menunjukkan ada sesuatu perkara besar sedang disembunyikan oleh Azizah dan Anwar Ibrahim.

Rashid dikatakan diambil berkerja oleh Anwar Ibrahim sewaktu itu untuk menjadi pembantunya merangkap tukang urut Anwar dan Rashid juga dikatakan turut diberikan tempat tinggal di rumah Anwar. Kedua mereka ini saling mengenali antara satu sama lain sewaktu ditahan di penjara sama di Sungai Buloh.

Sebagai seorang pembantu @ tukang urut sudah semestinya hubungan Anwar dan Rashid akrab dan intim, kenyataan Kak Wan mendekati Anwar tersebut seolah membawa konotasi seolah beliau tahu hubungan Anwar dan lelaki muda tidak dapat dipisahkan.

Namun kisah Rashid dan Anwar ini tidak bertahan lama apabila apabila Anwar terpaksa mengeluarkan Rashid dari rumahnya apabila Kak Wan sudah tidak tahan @ cemburu dengan Rashid. klik sini untuk ikuti kisah Rashid dan Anwar.

Kisah dunia gelap Anwar dan Rashid ini sebenarnya amat menarik, dan dikatakan juga Ezam mula tawar hati dengan Anwar dan PKR adalah disebabkan mengetahui perkara ini daripada panggilan telefon Kak Wan tersebut.


Petikan interbiu Pak Habib bersama Ezam Mohd Nor dari buku SH Alattas, "Malaysia without Malay

Namun beranikan Kak Wan bersumpah untuk menafikan tidak pernah menghubungi Saudara Ezam seperti yang didakwa. Kisah ini juga dikatakan ada disiarkan di dalam buku yang ditulis oleh SH Alatas. Mungkin ada baiknya Anwar dan Azizah menyaman sahaja Ezam ataupun pernerbit buku tersebut jika benar dirinya bukan kaki pembohong atau auta. Ada berani? atau sekadar gertakan retorika beramaran sahaja!

2 comments:

Anonymous said...

salam all,

apa lagi yang rakyat malaysia nak fikir panjang2. gunakan akal yang waras. jangan gunakan perasan.

orang macam ni boleh menghancurkan masa depan malaysia. jangan gadai keamanan dan kejayaan malaysia selepas 52 tahun merdeka.

pru-13, sama2 kita tolak PR.

-art-

Gelombang Wangsa Maju said...

Salam Perjuangan,

TAHNIAH, kerana perjuangan kita dalam menegakkan kebenaran mengenai kepincangan Pakatan Pembangkang pimpinan Anwar Al Juburi mendapat maklum balas positif dari kalangan pengunjung. Kami juga begitu teruja membaca artikel2 yang disampaikan di dalam blog anda.

Untuk pengetahuan saudara, blog kami yang dahulunya diberi nama UNIT MEDIA WANGSA MAJU telah dibubarkan dan kini telah melakukan beberapa penjenamaan semula. Kami telah membuat keputusan untuk menukar blog kami kepada GELOMBANG WANGSA MAJU.

Nama GELOMBANG WANGSA MAJU ditubuhkan atas permintaan beberapa pengunjung setia yang mahu blog kami dikekalkan di samping semangat perjuangan kami untuk meneruskan agenda menidakkan Anwar Al Juburi serta barisan keparat beliau.

GELOMBANG WANGSA MAJU akan menjadi lebih kritis dan terus mengkritik pihak pembangkang secara konsisten. Pihak pemerintah juga tidak akan terkecuali dari kritikan dan teguran blog ini. Tidak ada satu pun parti politik yang akan terlepas pandang.

Wadah perjuangan blog ini akan menjadi lebih universal dan bebas sekalipun masih tertumpu kepada usaha menyampaikan mesej pada isu isu nasional dan khususnya isu isu tempatan berkisar Parlimen Wangsa Maju.

KAMI juga TIDAK LAGI TERIKAT DALAM MANA2 PARTI POLITIK sebaliknya bebas menumpukkan isu2 yang dirasakan wajar ditegur dan dikritik.

Oleh itu, Kami berharap agar anda dapat MENUKAR NAMA BLOG KAMI DARI UNIT MEDIA WANGSA MAJU kepada GELOMBANG WANGSA MAJU di dalam list blog anda agar tidak berlaku sebarang kekeliruan dari pihak anda mahupun sahabat2 kita yang lain..


SEKIAN,

UMNO Didahulukan...
BN Diutamakan...