Thursday, August 26, 2010

DI Sebalik isu Malaysia dan Indonesia: Anwar dalang utama?







Kalau di tanya siapa yang gembira dengan hubungan tegang antara Malaysia dan Indonesia hari ini, orang itu sudah tentu Anwar Ibrahim.

Anwar selalu mendewakan Indonesia dengan mengatakan negara tersebutlah negara Demokrasi sebenarnya, seolah semua yang ada di Indonesia semuanya hebat segalanya, gara-gara perjuangan rakan-rakannya seperti Abdulrahman Wahid dan Amin Rais mencapai kemuncaknya.
Indonesia pasca reformasi 1998 menyaksikan industri media tidak lagi mampu dikawal oleh pemerintah Inodonesia atas faktor kebebasan bersuara, George Soros sewaktu tahun2 awal ledakan reformasi telah membawa masuk dana yang besar beratus juta untuk menguasai dunia media di Indonesia sehingga menyaksikan beliau membiyai salah satu satelit yang digunakan oleh banyak stesen TV di Indonesia.
Kuasa media Asia yang berpangkalan di Singapura dan Hong Kong juga dari sehari ke sehari telah mula menguasai kepentingan dalam stesen televisyen dan industry akhbar negara tersebut. AKhirnya kini telah menyaksikan kebanyakan stesen TV di Negara tersebut dimiliki oleh pengamal media luar yang ada kaitan dengan kepentingan Soros ataupun Rupert Mudorch.
Dan sejak itu juga kita menyaksikan media Indonesia seringkali cuba membakar hubungan antara Malaysia dan Indonesia.

Benda yang kecil dihangatkan, perkara yang sepatutnya boleh diselesaikan di heret hingga dipolitikkan dan menyebabkan kedua Negara menjadi rengang. Itulah kejayaan musuh kepada Malaysia dan Indonesia, yang sudah pastinya tersenyum lebar kerana dua Negara serumpun itu terperangkap dengan mainan ciptaan mereka.

Harus di akui juga media yang dikuasai oleh syarikat dari Singapura dan rangkaian Soros juga selalu mewujdukan persepsi terhadap kedua Negara. Sifatmedia ini tidak ubah seperti peranan AL jazera di Negara Timur Tengah yang memainkan peranan sehingga - mewujudkan pelbagai isu dan memecahbelahkan negara arab.

Cuba perhatikan corak pemberitaan di akhbar RIMANESW jelas cuba memprovokasi Malaysia dan pada masa yang sama cuba memberikan imej yang baik kepada Nurul Izah ekoran isu mencemarkan nama negara berkaitan tuduhan liar ke atas Kapal Selam milik ATM. Bukanlah ini jelas membuktikan media Indonesia cuba campur tangan politik Malaysia.

Sebelum terletusnya isu antara Malaysia dan Indonesia ini, Anwar telah mengarahkan Nurul Izah dan Nik Nazmi ke Jakarta Indonesia.

Di Indonesia dikatakan Nurul Izah sempat mengadakan perjumpaan dengan media Kompas, Rimanews dan juga Jakarta Globe.

Di Jakarta Globe Nurul dan Nazmi berjumpa dengan anak pemilik kepada akhbar tersebut, iaitu John Riady yang mewarisi kekayaan daripada ayah dan Datuknya James Riady dan Mochtar Riady dari kumpulan Lipo Bank.

Lippo bank pernah didapati bersalah oleh kerajaan Amerika Syarikat suatu ketika dahulu kerana pernah menyumbang kewangan berpuluh juta dolar kepada tabung pilihanraya Parti Demokrat yang sewaktu itu Al Gore sedang berada di posisi calon Naib Presiden Amerika Syarikat.

Kini yang jelas berdasarkan situasi semasa media-media Indonesia yang ada kaitan dengan Soros dan Al-Gore sekali lagi didapati cuba memecahbelakan keharmonian Malaysia dan Indonesia.

Dengan panasnya hubungan bilateral Malaysia dan Indonesia ini, Anwar tentu tersenyum lebar serta gembira dengan perkembangan semasa, semoga pimpinan Malaysia bijak mengendalikan situasi ini sekiranya tidak mahu terjerat dengan permainan Anwar Ibrahim.

1 comment:

Anonymous said...

http://nasional.kompas.com/read/2010/08/26/21205672/Malaysia.Perlu.Diberi..quot.Shock.Therapy.quot.