Tuesday, August 24, 2010

Anwar & jaringan lelaki bengkok


Belum pernah lagi mana-mana pemimpin di Malaysia terkait dengan kisah manusia dua alam, hatta di dalam sebelah kerajaan ataupun pembangkang. Walaupun pada mulanya agak sukar umum untuk mempercayai tuduhan kepada bekas Presiden Abim tersebut. Namun lama kelamaan tingkahlaku dan perkembangan semasa menunjukkan Anwar semangnya lelaki bengkok yang berpura-pura menjadi lelaki Straight.

Lelaki straight biasanya langsung tiada nafsu terhadap sesama jantina, malah jalinan persahabatan pun terdiri dari kenalan lelaki yang normal sahaja.

Namun apabila kita meneliti watak Anwar Ibrahim timbul satu pertanyaan mengapa beliau mempunyai hubungan erat dengan pelbagai lelaki dua alam dan bersifat bengkok seperti Sukma Damawan yang merupakan seorang lelaki metroseksual dan dianggap sebagai adik angkatnya.

Selepas itu beliau suka melantik lelaki muda yang mempunyai personality menarik sebagai pembantu peribadinya, dari Azmin Ali kekasih gelapnya hinggalah kepada Saiful Bukhari sebagai pembancuh kopinya, tindakan beliau tersebut sebenarnya lebih merupakan kepada ciri-ciri perwatakan lelaki bengkok.


Malah tukang urutnya bernama Rashid pula juga dikaitakan manusia dua alam, itu tidak termasuk tukang jahit pakaiannya Mior yang juga dari sepsis yang sama.

Di luar Negara beliau mempunyai hubungan rapat dengan Desmond Tutu tokoh pejuang hak kelompok Gay,Paul Martin, Jeremy Corbyn, Mary Ronbinson, Micheal Danby hinggalah kepada Musdah Mulia dan beberapa nama lain yang kesemuanya merupakan pejuang hak asasi golongan gay lesbian di seluruh dunia.

Al Quran jelas menyatakan bahawa pelakuan golongan gay tidak diterima di dalam islam, jadi timbul persoalan adakah Anwar mewujudkan hubungan dengan kelompok tersebut juga sebagai usaha dakwah seperti yang selalu dilontarkannya tatkala membela dirinya apabila umum mempersoalkan hubungannya dengan beberapa tokoh yahudi Zionis hingga mampu berpeluk erat umpama sahabat sejati.

Wah hebat sungguh hati nurani Anwar sifatnya mengalahkan pimpinan ulama islam lain, mungkin Yusuf Qardawi, Ahmadinejad dan Presiden Pas Abdul Hadi Awang pun tidak mempunyai apa yang dimilikinya.

Lingkaran jaringan lelaki bengkok Anwar sungguh hebat, dari dalam Negara ia melebar sehingga ke luar Negara. Jika usahawan China mempunyai lingkaran tersendiri yang dinamakan lingkaran China seberang laut untuk memperkuatkan jaringan perniagaan mereka di rantau Asia Timur.

Anwar juga lagi hebat bukan setakat Asia rangkaian lelaki bengkoknya menjalar dari Australia hinggalah ke Amerika Syarikat. Sebab itulah apabila Anwar dibicarakan tuduhan liwatnya di Mahkamah Malaysia, lingkaran lelaki bengkoknya sibuk mengeluarkan pelbagai kenyataan yang mengatakan Anwar telah dizalimi oleh sistem kehakiman di Malaysia.
Mereka mengunakan hak asasi dan hak kebebasan sebagai asas membela Anwar Ibrahim. Walaupun mereka tahu di Malaysia hubungan sesama jantina masih tidak dapat diterima oleh umum.

Jeremy Corby yang dikatakan mendesak kerajaan Malaysia mengugurkan kes liwat merupakan seorang pejuang hak kaum minoriti Gay Lesbian di Britain.

Juga merupakan ahli Parlimen dari parti buruh yang cenderung menyokong hak kaum gay dan lesbian di Britain untuk memperolehi hak sama rata sebagai jantina berasingan.

Pada tahun 1998, sewaktu pengundian Pindaan untuk memberi hak kesamarataan kepada kelompok gay dan lesbian, Jeremy merupakan penyokong utama pindaan tersebut di Parlimen Britain. Klik sini dan sini

Paul Martin bekas Perdana Menteri Kanada juga pernah mendesak Malaysia membebaskan Anwar Ibrahim hingga pernah mengeluarkan kenyataan berikut"Sebagai sebuah negara demokratik yang menghormati hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa, Anwar juga harus diberikan kebebasan untuk melaksanakan visinya," kata bekas Perdana Menteri Kanada tersebut di dalam :The Globe and Mail:, sebuah portal berita di negara di Amerika utara itu.

Apakah maksud VISI yang ingin dilakukan Anwar seperti kenyatan Martin?

Semasa beliau menjadi Perdana Menteri Kanada, Paul Martin telah melaksanakan rang undang-undang yang membenarkan perkahwinan sesama sejenis mengikut undang-undang sivil. Baca sini teks ucapan Paul Martin saat dia melobi kepada pewakilan di Parlimen Kanada agar menyokong usahanya untuk mengiktiraf perkahwinan sejenis.


Sementara itu di Amerika masyarakat Gay/ lesbian meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Al-Gore untuk mewakili hasrat masyarakat minorit tersebut dan Al Gore dianggap sebagai pemimpin yang memahami kehendak masyrakat Gay Lesbian.

Begitu juga di Australia rakan baik Anwar iaitu Michael Danby selain memperjuabgkan Hak Yahudi juga merupakan tokoh yang memperjuangkan keadilan kepada golongan gay/lesbian di Australia. Banyak usaha telah dilakukan oleh Danby untuk memperjuangkan hak kelompok homoseksual di Australia.

Pada Disember 2003, Danby pernah mengkritik kerajaan Howard kerana melakukan dikriminasi kepada kelompok gay dan lesbian seperti permasalahan pencen dan hak asasi kumpulan tersebut.

Kini apabila pesalah kes liwat tahun 1989 itu di serang bertubi-tubi gara-gara permohonan maafnya kepada Yahudi Zionis di Amerika, tiada tokoh islam yang tampil membelanya sebaliknya jaringan lelaki bengkok di luar negara yang beria-ia membantu membersihkan imej dirinya.

Tentu kita masih ingat bagaimana media barat yang pro zionis dimana ramai kumpulan jantina bengkok wujud secapa sepadu membantu Anwar Ibrahim dari Fareed Zakaria di CNN hinggalah kepada pejuang Lesbian Ishard Manji semuanya menyokong sepenuh hati apa yang dilakukan Anwar Ibrahim.

1 comment:

ISAC said...

Salam,

Ko poktek, tegak ke bengkok?

:)