Wednesday, August 18, 2010

Anwar guna kaedah pukau perdaya mangsa liwat ?


Menurut laporan akhbar harian Metro hasrat seorang pemuda untuk menunaikan solat Subuh secara berjemaah buat pertama kali dalam hidupnya sempena menyambut Ramadan telah bertukarmenjadi tragedi apabila dia dipercayai dipukau sebelum diliwat dan ditinggalkan berbogel dalam sebuah masjid di Sentul, berhampiran Kuala Lumpur.

Mangsa dikatakan berusia awal 20-an dan kejadian berlaku selepas beliau selesai menikmati juadah bersahur dan terlelap seketika dalam masjid berkenaan sementara menunggu masuk waktu Subuh.

Dalam kejadian yang dikatakan berlaku jam 5.30 pagi itu, seorang lelaki berusia 39 tahun yang tidak dikenali mangsa masuk ke dalam masjid menyebabkan dia terkejut sebelum terjaga.
Namun, mangsa cuba melelapkan mata semula selepas suspek mendakwa mahu menunggu jemaah lain untuk mengerjakan solat Subuh secara berjemaah.

Namun kesempatan itu digunakan suspek untuk memukau remaja tersebut sebelum lelaki terbabit menanggalkan pakaian dipakai mangsa.

“Suspek kemudian mengambil kesempatan itu untuk memuaskan nafsunya dengan meliwat mangsa. “Lebih malang, sebelum suspek melarikan diri, dia turut menyembunyikan pakaian mangsa,” kata seorang saksi kejadian.

Kaau kita bandingkan dengan kes liwat Saiful Bukhari, modus operandi lelaki tersebut dengan perilaku Anwar ibrahim tidak banyak berubah, kalau lelaki tersebut mengunakan ilmu pukaunya sehingga mangsa pun terikut arahan lelaki tersebut.

Bagaimana dengan Saiful Bukhari, adakah beliau alami nasib seperti remaja malang di dalam kes di atas? Harus kita sedari retorik Anwar bila berbicara pun mampu memukau manusia yang berada disekelilingnya, kalau tidak masakah orang akan terpesona dengan retorik ucapannya. Agaknya sebab itulah Sukma Darmawan, Azizan, Rashid dan Saiful Bukhari pun terperangkap dengan tipudaya Anwar.

Mungkin itu kelebihan anugerah kepada spesis Gay di atas muka bumi ini, mereka biasanya mempunyai kemahiran berkomunikasi yang cukup hebat serta penampilan yang gah dan mantap. Buktinya kita boleh melihat kehebatan personaliti Kamal Atarturk, Ricky Martin dan beberapa tokoh gay Antarabangsa.

Bagaimana agaknya sekiranya kita katakan remaja yang diliwat di dalam masjid di Sentul juga sebenarnya adalah konspirasi pihak tertentu, tentu aneh bukan. Namun kenapa dalam kes liwat Saiful Bukhari, penyokong fanatik Anwar sanggup menghina Saiful dan bukan mendesak Anwar menafikan perkara tersebut.

Sehingga kini Anwar tidak pernah menafikan secara terbuka penglibatannya apa lagi bersumpah, yang dia lakukan hanya menuduh pihak lain berkonspirasi untuk menjatuhkannya. Mereka sanggup mengatakan adalah mustahil remaja sekuat Saiful gagal melawan Anwar yang jauh lebih tua darinya, namun berdasarkan kes di Sentul tentu kita boleh persolkan kenapa beliau mengikut sahaja kehendak nafsu lelaki tersebut.