Wednesday, August 25, 2010

Anwar diburu Mossad ?

Anwar bersama- sama proksi Yahudi Zionis di NED , dari kiri 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI (International Republican Institute) 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI (National Democratic Institute)
5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE (Center for International Private Enterprise)



Hebat betul Anwar Ibrahim dahulu dijajanya ada pihak ingin menyuntiknya dengan racun Arsenik, selepas itu ancaman Virus HIV sewaktu ditahan, selepas terlibat kes liwat dengan Saiful Bukhari tekinjit-kinjit melarikan diri ke kedutaan Turki atas ancaman keselamatan kini mewawarkan kepada dunia Antarabangsa bahawa dirinya diancam oleh agensi perisikan Israel Mossad bak kata anaknya Nurul Izah kepada akhbar Tempo Indonesia.
Apabila ditanya wartawan tempo :- (klik sini )

Mengenai isu lobi Zionis, apa benar Anwar diburu oleh Mossad?
“Kami mendapat (ancaman melalui) e-mail dan sebagainya.”

Bagaimana seorang ahli perundangan boleh mengeluarkan dakwaan mendapat ancaman hanya melalui kenyataan tidak berasas dan tanpa bukti diberikan? mengalahkan kanak-kanak sekolah rendah.

Dalam penipuan dunia siber hari ini, sesiapa sahaja boleh mendakwa menerima ancaman dari pihak lain kerana email mampu dimanipulasi oleh sesiapa. Kalau Nurul Azizah berani sila siarkan email tersebut untuk tatapan umum.

Kalau benar Mossad ingin memburu Anwar sekeluarga tentu ada penyebabnya seperti mana tindakan Along (ceti haram) memburu mangsa atau peminjam yang enggan membayar hutang pinjaman.

Dalam konteks Anwar sebenarnya langsung tidak ada asas golongan Mossad untuk memburunya, lebih-lebih lagi Mr. Paul Wolfowitz dan Al Gore sentiasa menjadi penjamin kepada dirinya, berdasarkan kenyataan terbaru kedua tokoh Neocon tersebut kepada umum baru-baru ini untuk mendesak Obama melakukan tekanan kepada Malaysia ekoran kes liwat Anwar Ibrahim.

Tiada siapa pemimpin umat islam di Malaysia pernah mengunjungi ketua kumpulan yahudi Zionis di Amerika Malcom Hoenlien, tetapi Anwar sewaktu “ Anwar Apology Tour” sebaik memijakkan kaki ke Amerika terus memecut laju menuju ke pejabat Yahudi Amerika untuk bertemu tokoh tersebut.

Bukankah wujud keraguan berkaita pertemua kedua tokoh tersebut, lebih-lebih lagi Anwar lansung tidak melaporkan perkembangan tersebut di dalam laman yang dimilikinya.
Apa yang pasti sebenarnya tindakan Nurul Azizah melaporkan kepada dunia bahawa ayahnya sedang diburu Mossad kerana ingin melindungi aktivitinya di Indonesia.

Pemergian Nurul ke Indonesia adalah lebih kepada aktiviti memulihkan imej Anwar Ibrahim dan memikirkan strategi bagaimana menyatakan misi menjatuhkan kerajaan sedia ada di Malaysia.

Dengan bangganya beliau memaklumkan dia dan Nik Nazmi berjumpa dengan Anes Basdewan Rektor Universiti Paramadina, walhal seharusnya umat islam berasa jijik dengan tindakan kedua pimpinan muda PKR tersebut kerana telah pergi menyembah ke pusat islam liberal dan Pluralisme di Indonesia.

Universiti Paramadina ditubuh oleh tokoh Islam liberal Indonesia Nucolish Majid dan diberi peranan oleh barat untuk memainkan peranan dalam pengkajian pluralism dan Anes Basdewan merupakan anak didik kepada Nucolish Majid.

Konotasi kujungan Nurul Azizah k etas Anes Basdewan sebenarnya telah membuktikan Anwar sebenarnya adalah pengkagum Cak Nur dan Islam liberal.

Anwar takut sekiranya umum mengetahui beliau mempunyai hubungan jelas dengan Cak Nuk dan Islam liberal, oleh itu diarahkan Nurul Izah dan Nik Nazmi ke Indonesia.

Anwar sebelum ini secara konsisten dalam isu kalimah Allah menuntut agar ia dibenarkan digunakan oleh orang bukan islam, walaupun Timbalan Musyidul Am PAS Dato Harun Din mengatakan kufur jika ada umat islam menyokong isu tersebut.

Sementara iti di Pulau Pinang pula akhir-akhir ini kecoh isu khatib mendoakan kesejahteraan ke atas Lim Guan Eng, manakala Nik Nazmi telah mengeluarkan kenyataan bahawa hudud tidak boleh di laksanakan di Malaysia. Peristiwa ini sebenarnya sedikit sebanyak telah menjelaskan siapa itu Anwar dan Siapa itu PKR dan perkaitan dengan agenda islam liberal dan pluralisme agama di Malaysia.
NED melalui pelbagai organisasi dibawahnya telah banyak memberi bantuan kewangan dan khidmat nasihat untuk memastikan kelompok islam liberal di setiap negara sasaran berjaya mencapai misi yang ditetapkan.
Jesteru itu untuk apa sebenarnya Anwar diburu Mossad sedangkan Anwar diperalatkan yahudi untuk menguasai dunia islam, melainkan ada hutang besar yang belum dilunaskan oleh Anwar kepada kelompok Yahudi Zionis di seluruh dunia.

No comments: