Tuesday, July 6, 2010

Tidak kepada negara islam - Anwar Ibrahim


Anwar sewaktu berucap di Woodrow Wilson international Centre di AmerikaSyarikat mengatakan bahawa dirinya menolak konsep negara islam seperti yang ingin dilaksanakan sekutu PKR di dalam Pakatan Rakyat iaitu Parti Islam Semalaysia, sebaliknya lebih tertarik dengan konsep sebuah negara muslim moderate seperti yang digagaskan oleh National Endowment For Democracy. Itulah rumusan yang boleh kita katakan apabila menilai ucapan beliau di pusat yang mengkagumi Yahudi tersebut di Amerika baru –baru ini.

Ucapan Anwar dipengerusikan oleh Robert Hathaway, Pengarah Program Asia Woodrow Wilson International Center for Scholars yang dikatakan pengaruh dengan Foreign Affairs Committee dan U.S. House of Representatives. Tindakan Anwar mendakwa beliau anti Yahudi tetapi pada masa sama berucap di Woodrow Wilson International Center cukup aneh sedangkan kenyataannya di Malaysia beliau berangkat ke Amerika kerana ingin mendesak Amerika membantu rakyat palestin.



Apa yang diucapkan Anwar ini telah menyebabkan ia menjadi polemik dikalangan penyokong PAS, malah ada yang mendesak Anwar mengeluarkan kenyataan mengenai negara islam. Sila rujuk ulasan di sini dan disini.

Akhbar Harakah terbaru bilangan 1554 telah menyamakan Anwar dengan Erdorgan, sekaligus menunjukkan semakin ramai pendokong PAS mengiktiraf bahawa apa yang ingin dibawa oleh Anwar adalah sekadar islam basahan bukan ingin melaksankan sebuah konsep islam yang syumul.

Erdorgan sehingga kini masih berpegang kepada apa yang ingin dilakukan oleh Fethullah Ghulen, dan beliau tidak pernah mengimpikan ingin melaksanakan sebuah negara islam seperti yang pernah digagaskan oleh Necmetin Erbakan dari parti refah di Turki dan seteru kepada pemikiran Fethullah Gulen.

Mungkin kita boleh katakan apa yang diucapkan Anwar ini adalah senada apa yang ingin dikatakan oleh Karpal Singh yang menolak konsep negara islam PAS. Ustaz Nik Amar seperti di nyatakan didalam Sinar harian hari ini mengatakan bahawa Karpal Singh tidak faham negara islam, oleh yang demikian dapat kita katakana Anwar pun berada di sudut yang sama kerana mempunyai pandangan yang selari dengan Karpal.

Anwar didalam ucapannya di Woodrow Centre menolak hukuman syariah kerana menjadikan alasan hukuman sebat kepada seorang mangsa perempuan yang ditangkap kerana meminum minuman keras disebuah kelab malam di Cherating sebagai tidak wajar dilakukan. Bagi menyokong hujahnya Anwar telah melencongkan topic kewajaran hukuman sebat syariah dengan isu tidak berkaitan dengan menceritakan kelemahan polisi kerajaan. Dan dari situ beliau membuat rumusan tidak boleh menjadikan Malaysia negara islam kerana bimbangkan kesan negative yang diperolehi.

Walhal topic asalnya membincangkan kewajaran hukuman syariah ke atas wanita tersebut. Seperti sedia maklum wanita tersebut ditangkap selepas didapati melanggar enekmen syariah di negeri tersebut, dan menurut sumber dari pihak berkaitan sebelum tangkapan dilakukan penguatkuasa telah memberikan amaran kepada wanita tersebut dan suaminya seorang warga Singapura agar menghentikan tindakan meminum minuman keras, malangnya arahan itu dipersenda oleh wanita berkenaan dan mencabar pihak berkuasa menangkapnya.

Kalau kita telusuri kes ini apa yang dilakukan wanita berkenaan ternyata bercanggah dengan nilai-nilai dan aturan islam seperti yang ditetapkan hukum. Dan tindakan mahkamah syariah Pahang menjatuhkan hukuman kepada wanita tersebut dengan hukuman sebat supaya kesnya dapat dijadikan pengajaran kepada umat islam lain.

Namun Anwar sewaktu di Amerika tidak menyebut secara keseluruhan kes tersebut sebaliknya menyatakan wanita tersebut adalah seorang miskin yang menjadi mangsa kepada sebuah kerajaan yang korup.

Di sini adalah jelas Anwar masih cuba bermain wayang dan melembutkan lidahnya untuk bermain kata bagi menyelamatkan posisisnya di mata masyarakat Antarabangsa.

1 comment:

Anonymous said...

Pengampu punya babi si Anwar nie!!

Pengkhianat Islam!

Pengkhianat Negara!

Pengkhianat Bangsa!

Kepada Penyokong2 Anwar King Segala Pengkhianat ni.. Fikir2 kan lah