Thursday, July 29, 2010

Kecederaan tulang belakang : Akhirnya Sinar Harian diliwat Anwar Ibrahim


Akhirnya akhbar Sinar Harian yang sebelum ini cuba menjadi akhbar yang neutral dan telus telah hilang kredibilitinya apabila diliwat Anwar sewaktu kunjungan Penasihat Ekonomi Selangor yang sebelum ini pernah menyebabkan negeri Selangor berlubang di seluruh negeri gara-gara isu korek pasir secara haram.



Apakah kisah sebenar gelak ketawa Anwar dan Fikcry Yacob -pengerusi kumpulan Karangkraf, di dalam gambar ini?

Dalam sesi temubual eksklusif dengan Sinar Harian dua hari lepas dan disiarkan di muka hadapan dan halaman tengah akhbar tersebut semalam, adalah jelas editornya cuba memberi imej yang positif kepada Anwar hingga sanggup dicabuli prinsip kewartawanan yang dipegang.

Anwar semasa ditemubual Sinar Harian sekali lagi menyalahkan pihak kerajaan sebagai punca tulang belakangnya sakit, walaupun fakta sebenarnya adalah berbeza sekali sebagaimana dakwaan Anwar. Akhbar Sinar Harian dalam laporan tersebut seolah cuba memperbesarkan isu yang diperkatakan Anwar, apabila menfokuskan kenyataan kecederaaan tulang belakang adalah disebabkan pihak berkuasa. Rujuk sini fakta laporan suruhanjaya tersebut


Dalam laporan Suruhanjaya Diraja menyiasat kecederaan Anwar sewaktu tahanan polis, ada dimuatkan kenyataan seorang pegawai perubatan Dr. Vasantha yang menyatakan Anwar pernah mengaku pernah jatuh kuda 6 tahun dari tarikh tersebut (1998) serta mengidap penyakit cervical spondylosis dan pernah mendapat rawatan neuorologi .

Penyakit Cervical Spondylosis ini boleh menyebabkan leher tangan terasa sakit dan kebas walaupun sudah mendapat rawatan pembedahan dan menyebabkan tekanan kepada tulang belakang. Malah ada pakar mengatakan walaupun sudah dilakukan pembedahan namun kebarangkalian untuk pulih 100 peratus adalah sukar.









Ahmad Lutfi Othman, bekas Ketua Pengarang harakah juga pernah menerbitkan buku bertajuk "Anwar lawan Ghaffar', tahun 1993. Dalam muka surat 203, di bawah tajuk "Anwar dan Kudanya : Lebih mudah menunggangi manusia daripada menunggangi Kuda!

Dalam buku tersebut Ahmad Lutfi telah memasukan petikan akhbar Cina yang melaporkan Anwar jatuh kuda semasa menunggang kuda di Country Resort Bukit Kiara, yang merupakan milik taiko judi Vincent Tan. Anwar pada masa tersebut merupakan penerusi penaja Majlis Ekuin Malaysia dan kejadian itu berlaku sebelum Anwar dimasukan ke Penjara.

Selain itu menurut Dr Jeyaindran, cakera teranjak yang dialami Anwar juga dipercayai akibat bermain sepak takraw di Penjara Sungai Buloh pada pertengahan 1999. Sewaktu dipenjara pihak Kementerian kesihatan pernah menasihat Anwar menjalani pembedahan dengan 4 pilihan rawatan namun ia ditolak Anwar dengan mewujudkan persepsi memburukkan pihak kerajaan.

Berdasarkan laporan tersebut adalah jelas membuktikan punca kecederaan tulang belakang Anwar langsung tiada kaitan dengan pihak berkuasa.

Anwar yang telah mengarahkan MB Selangor memperuntukan bajet sebanyak RM 15 juta untuk kerja-kerja memulihkan imej kepada media di dalam negeri, semasa sesi temuramah tersebut jelas meneruskan tabiatnya yang suka berbohong kepada umum, cuma kali ini menggunakan ruang yang ada di Sinar Harian untuk mewujudkan simpati kepada dirinya.

Taktik menyalahkan pihak berkuasa dan menagih simpati Anwar ini sebelum ini banyak digunakan sewaktu beliau berkunjung ke luar negeri, hingga tidak ada satu pun perkara positif dilakukan pihak berkuasa pada kacamata Anwar.

Sedangkan menurut laporan Suruhanjaya Diraja berkaitan kecederaan Anwar menunjukkan punca Anwar sakit belakang adalah disebabkan jatuh dari kuda yang ditunggang 6 tahun sebelum beliau dimasukan ke penjara,manakala isu kecederaan mata lebam sebenarnya bukan punca kepada kecederaan tulang belakang yang dialami.

Sekiranya apa yang disampaikan oleh Anwar itu disiarkan di Suara Keadilan ataupun Harakah, ataupun Malaysiakini ia tentu tidak mengejutkan namun kini akhbar yang memegang slogan telus dan tulus itu sanggup dijadikan alat dan kuda tungangan terbaru oleh Anwar dengan menafikan apa yang di sebut di dalam laporan suruhanjaya diraja.

Adalah jelas pemaparan tembual Anwar dalam akhbar tersebut seolah menunjukkan kepada umum bahawa editor Sinar Harian dan pemilik akhbar berkenaan seakan sudah dipengaruhi oleh sentimen Anwarisme dengan cuba memberikan imej positif sepenuhnya kepada tokoh islam liberal tersebut.

1 comment:

armouris said...

info tentang tulang belakang di SIHAT SELALU - Masalah Cakera Tulang Belakang