Wednesday, July 28, 2010

Apa DEAL Anwar dengan Sinar Harian?


Semalam Anwar Atartuk di laporkan mengadakan sesi dialog dengan Pengarang dan wartawan akhbar Sinar Harian sempena kunjungannya ke Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd, di Shah Alam.

Menurut AIDC News perjumpaan itu diadakan lanjutan dari pengumuman Menteri Besar Selangor bahawa Kerajaan PKR Selangor akan memperuntukkan duit sebanyak 15 juta bagi kerja sebaran Am kepada media.

Sebelum ini penasihat ekonomi Selangor itu juga turut mengadakan kunjungan kepada pemain media antarabangsa seperti CNN dan The Wall Streets Journal sewaktu siri “Anwar Apology Tour” di Amerika Syarikat.

Jika bajet untuk pemain media tempatan telah di allocate kan sejumlah 15 juta, berapakah anggaran bajet untuk media antarabangsa, 10 juta atau 15 juta? Yang pasti sudah tentu lebih dari 15 juta mungkin 70 hingga 100 juta kerana ia dibayar dalam bentuk mata wang Dollar US dan sebarang kerjasama dengan pemain media seperti CNN sudah tentulah melibatkan kos yang besar.

Anehnya kerja sebaran am tersebut pastinya bukan untuk memberi imej untuk kerajaan Selangor tetapi adalah untuk memulihkan reputasi Anwar dan konco parti miliknya Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sewaktu Paul Wolfowitz berkuasa di Pentagon mungkin Anwar mempunyai dana yang lumayan, tetapi kini sejak Obama berkuasa banyak peruntukan dana telah dikurangkan kepada Anwar Ibrahim, lebih-lebih lagi Anwar gagal mengotakan janjinya menubuhkan kerajaan 16 September.

Sebab itulah Anwar beria-ia melutut kepada Malcom Hoelien pemimpin American Jewish Organization sewaktu retret “Anwar Apology Tour” dari 20 hingga 24 Jun lepas, hanya Yahudi Zionis dan beberapa pertubuhan yang ada kaitan dengan Kristian dan demokrasi sahaja yang masih menaungi kegiatan politiknya.

Anwar sewaktu sesi dialog dengan wartawan akhbar Sinar Harian semalam dikatakan telah memuji kumpulan akhbar tersebut kerana banyak memberikan ruang yang positif terhadap dirinya.


Hari ini di laman Twiternya beliau ada mencatatkan bahawa seorang wartawan bernama Fairuz Jurmain melahirkan perasaan bangga dengan kunjungan penasihat PKR tersebut.

Sebagai sebuah syarikat berorientasikan keuntungan, Karangkraf sudah tentu akan menerima imbuhan yang dijanjikan oleh Anwar sekiranya melakukan kerja-kerja komunikasi seperti yang diinginkan oleh Anwar.

Persoalannya sekarang apakah kerja-kerja komunikasi tersebut adakah melibatkan kerja-kerja melibatkan percetakan bahan propaganda hinggalah kepada khidmat nasihat perhubungan awam dan media kepada Anwar Ibrahim, ataupun hanya memberi liputan positif kepada Ketua Umum PKR tersebut.

Syarikat induk Sinar Harian, iaitu Karangkraf sdn Bhd pemilik kepada puluhan majalah di Malaysia dan memiliki Syarikat Percetakan sendiri Ultimate Print di Shah Alam dan beberapa lokasi strategik di seluruh negara sebelum ini pernah memiliki akhbar tabloid Watan dan Eksklusif yang pernah pro kepada Anwar Ibrahim dan pembangkang.

Oleh itu adalah sesuatu yang mungkin sewaktu perbincangan Anwar dengan pimpinan syarikat tersebut semalam ada diusahakan suatu gerak kerja dan pembiayaan apa sahaja kemudahan dan prasarana yang ada di Karangkraf untuk menjayakan nafsunya menjadi PM pada pilihanraya ke 13 nanti.

Akhbar Sinar Harian hari ini di muka hadapan dan halaman tengah ada menyiarkan laporan yang positif mengenai Anwar Ibrahim, adakah ini bermakna kerja-kerja media Anwar menghadapi pilihanraya ke 13 sudah bermula?

2 comments:

FAN said...

Sinar harian baru saja menerjah Johor..tapi laporan masih lagi positif sb nak ambik hati org Johor nampaknya..taring belum du tunjukkan lagi..harap harap org Johor sedar dan jangan bagi ruang untuk Sinar Harian bertapak...

agbr47 said...

Nasihat aku pada Sinar, ikut nasihat n.ajis. Orang bagi ambik. Tapi kalau terlebih spin, jangan khuatir, blogger pro kerajaan akan pantau. Lepas itu giliran blogger pula bantu promosi sinar jatuh menjunam.

Lepas ni, mangga, gelihati akan turut bertukar ceritarasa.

Cepat-cepat ambil peluang, sebelum dana terberhenti.

agbr47: Kau tulis kami ulas.