Thursday, July 1, 2010

Anwar sememangnya talibarut Yahudi - Wolfowitz


23 hingga 26 tanpa mewawarkan kepada penyokongnya Anwar bertolak ke Washington. Di Washington Anwar berkesempatan bertemu dengan pelobi yahudi di Amerika dan beberapa tokoh yang mempunyai kaitan dengan kumpulan Neo Con Yahudi dunia seperti William Cohen, Ahli Kongres AS, Keith Maurice Ellison dan Timbalan Setiausaha Untuk Negara Asia Timur dan Pasifik, Kurt Campbell.

Tindakan Anwar menyembunyikan rencana lawatannya di Amerika akhirnya terbongkar apabila seorang penulis Pro Yahudi Zionis Jackson Diehl di Washington Post menyiarkan kisah Anwar datang ke Amerika untuk memohon maaf kerana pernah melemparkan kecaman kepada yahudi.

Tindakan Anwar memohon maaf itu bukanlah suatu yang memelikkan sebenarnya, sekiranya kita ikuti ulasan Rachel Motte didalam 'The New Ledger' sebelum ini yang bertajuk 'The Reversal of Anwar Ibrahim'. Menurut penulis itu Anwar telah meninggalkan kawan lamanya kelompok yahudi di Amerika sewaktu bermati-matian menonjolkan dirinya sebagai anti yahudi dan seterusnya menyerang syarikat Apco yang dikaitkan dengan kontrak dengan kerajaan Malaysia.

Menurut artikel itu lagi banyak kali ucapan Anwar di Amerika bernada lain, sementara ucapannya di hadapan rakyat Malaysia juga berbeza dari apa yang diucapkannya ditempat lain khususnya di Amerika.

Sememangnya untuk survive di dalam politik anwar tidak dapat mengelakan diri dari mengadakan Pertemuan dengan beberapa orang tokoh neo con di Amerika Syarikat, ini kerana itulah tunjang kekuatan dana dan sentiment politik kepada dirinya.
Sebab itulah kita perhatikan hubungan Anwar dengan para pemimpin Neo con Amerika Syarikat tersebut tidak dapat dipisahkan semenjak beliau mengenali Anwar sewaktu masih didalam gerakan belia islam lagi.

Dan kalau kita perhatikan kepada tulisan Jackson Diehl tersebut, Wolfowtiz masih lagi cuba mempertahankan Anwar Ibrahim, persoalannya sekarang mengapa beria-ia Wolfowtiz dan kumpulannya masih mempertahankan Anwar Ibrahim. Walaupun kumpulan Yahudi lain di Amerika telah meragui beberapa tindakan Anwar dalam membangkitkan semangat anti yahudi di Malaysia.

Jelas Wolfowitz apa yang dilakukan Anwar sekarang adalah salah namun menurut beliau Anwar terpaksa melakukannya kerana terdesak kerana setelah digelar boneka yahudi oleh beberapa pihak di Malaysia.
Jesteru itu berdasarkan pandangan Wolfowitz tersebut adalah benarlah kalau kita katakan tindakan Anwar berdemo di hadapan kedutaan Amerika sebenarnya adalah satu tipu muslihat untuk mengelakan dirinya sebagai talibarut yahudi.

Dan adalah tidak mustahil sebenarnya sebelum Anwar turun berdemo sewaktu itu Anwar telah memaklumkan akan lakonannya kepada Paul Wolfowtiz, sekiranya tidak bagaimana Wolfotwitz boleh membela Anwar Ibrahim berdasarkan apa yang dikatakan oleh penulis Pro Zionis tersebut.

1 comment:

Anonymous said...

Patut la selama ini banyak duit mangkuk ayun.....dapat sponsor dari bapak yahudi di USA...