Tuesday, July 13, 2010

Anwar lesu gara-gara Vuvuzela Yahudi


Dalam tempoh 24 jam lepas telah disahkan Sepanyol memenangi juara piala dunia, dalam tempoh sebulan iaitu bermula 11 Jun hingga 11 Julai kejohanan World cup berlangsung kita dapat melihat pelbagai kejutan dan beberapa keputusan di luar dugaan .

Kisah Anwar dan PKR dalam tempoh sebulan ini juga tidak kurang dari pelbagai kejutan yang berlaku. Bermula dari hentakan Datuk Zahrain yang menyatakan bahawa Anwar memiliki video Seks Elizabeth Wong hinggalah kepada pengakuan Anwar bahawa dirinya terlibat dengan International Crisis Group sebuah badan yang merupakan alat kepada yahudi zionis untuk menguasai dunia dan tidak lupa juga kepada krisis antara Azmin dan Khalid Ibrahim hingga menyebabkan berlakunya perang saudara di Selangor dan menyebabkan berlakunya pengstrukturan kembali PKR Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Akhirnya Jawatan Pengerusi PKR Selangor terpaksa diserahkan kepada Azmin Ali dan Wilayah diambil alih oleh Zaid Ibrahim. Bagi menenangkan diri anwar mengarahkan Khalid mengambil cuti di luar negara .

Dalam tempoh ini juga kecoh seluruh Malaysia dan Indonesia apabila munculnya video aksi permainan bolasepak Ariel dari team peterpan dengan Cut tari dan luna maya, lagi kecoh apabila pasukan keselalamatan mendedahkan bahawa Nazril Irham seorang Melayu dari Sumatera barat merupakan Biseksual kerana menurut polis wujud 3 rakaman video menunukkan bahawa Ariel beraksi bersama lelaki.

Rupanya bukan setakat itu sahaja yang berlaku, ditengah kehangatan pasukan pilihan kalah di Piala Dunia sewaktu itu. Anwar juga telah terbang secara diam-diam dengan isterinya Wan Azizah ke Amerika untuk berjumpa dengan tokoh yahudi Antarabangsa bagi meleraikan persoalan yang wujud ekoran tindakan Anwar mengecam yahudi Zionis dan berdemonstrasi di hadapan kedutaan Amerika dan mengaitakan APCO dengan Israel beberapa minggu sebelum Piala dunia berlaku.
Dari tokoh Yahudi yang mengetuai American Jewish Oraganization Malcom Hoelien hinggalah bertemu orang kuat NED Carl Gerhsman, memberi ucapan di di Woodrow Wilson International Center, sebuah pusat Antarabangsa yang diambil dari nama bekas Presiden Demokrat Amerika Syarikat ke-28, Thomas Woodrow Wilson. kemudian bertemu dengan orang kuat Yahudi neocon dalam pentadbiran Obama iaitu Howard Berman yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Luar Negeri Amerika Syarikat yang mana jawatan disandang beliau itu melayakkan beliau bergelar salah satu pembuat dasar Amerika Syarikat.

Anwar juga dikatakan mengadakan pertemuan dengan media yang pro yahudi seperti CNN dan Wall Street Jounal semuanya dilakukan dalam satu trip yang diuruskan oleh Anwar menggunakan dana hasil kerajaaan negeri Selangor yang diberi gelaran oleh para blogger “Anwar apology Tour”.

Sangka Anwar trip kunjungannya ke Amerika akan senyap dan beliau boleh meneruskan aktiviti politiknya dengan menyerang pelbagai instutusi kerajaan di Malaysia. Namun jangkaannya tersilap Akhbar The Washington Post melalui penulisnya Jakson Diehl mula meniupkan bingit Vuvuzela kepada seluruh dunia dan kebingitannya terlalu kuat di Malaysia dengan pendedahan artikelnya Flirting with zealotry in Malaysia , kunjungan Anwar Ibrahim menurut Diehl menyebut ketua pembangkang di Malaysia itu menyesal menggunakan perkataan 'Pencerobohan Zionis' yang sering digunakan oleh Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad.

Apabila isu ini kecoh dimainkan diseluruh media, maka diarahkan Nurul izah menjadi pemain pertahanan bagi membela ayahnya, Nurul Izah dalam satu kenyataan menyatakan kunjungan ayahnya ke Amerika bertujuan membela rakyat palestin yang tertindas dengan kepungan Israel.

Selepas artikel dari Diehl itu pula akhbar berhaluan kanan New Ledger dan penulis Yahudi dari Israel Benjamin Kerstein telah mengulas panjang lebar sifat hipokrit Anwar di dunia Islam,di hadapan yahudi dan di negara sendiri dalam artikelnya,"Anwar Ibrahim in bad decline. Dalam artikel tersebut penulis menyatakan Anwar merupakan tokoh yang dipelihara oleh Wolfowitz seorang Neocon yahudi sewaktu Bush Berkuasa .

Sebuah laman web berhaluan kanan, The Evangelical Outpost yang memetik pendapat golongan penyokong sistem kapitalis dan konservertif, Rachel Motte pula menyatakan, pendirian Anwar dalam isu perkauman dan polisi antarabangsa sentiasa berubah-ubah bergantung kepada kepentingan politik peribadinya.

Menurut Motte, Anwar menghabiskan masa bertahun-tahun mengagungkan imej pro barat sehingga diberi peluang mengajar di Universiti Johns Hopkins tetapi apabila sokongan daripada golongan Melayu mula hilang, Anwar mula bersikap anti-Yahudi dan anti-Amerika.

Manakala artikel terbaru yang mengaitkan Anwar dengan CIa pula merupakan artikel "CIA And Mossad Want Anwar Ibrahim Assassinated" dan Anwar Ibrahim Made His Own Bad Choices During DC Visit di blog emsnews yang dimiliki blogger terkemuka New York, Elaine Meinel Supkis dikatakan sering mengkritik penguasaan dan operasi Yahudi di Amerika.

Dalam blognya, blogger yang mengaku sering berbalas email dengan Anwar ini menyebut dengan bersahaja yang Anwar Ibrahim merupakan ciptaan CIA. Menurut beliau Anwar bukanlah 'agen' CIA tetapi adalah 'tool' atau alat agensi Amerika itu.

Menurut Elaine lagi didalam blognya Malaysia umpama negara Mesir kerana terletak di laluan perkapalan antarabangsa seperti terusan Suez, oleh itu tidak pelik sekiranya ada pemimpin dipilih oleh CIA untuk dijadikan alat kepada mereka.

Kesemua rangkuman aksi Anwar dan yahudi tersebut boleh kita fahami apabila kita meniliti satu persatu pergerakan Anwar ke bumi Uncel sam tersebut. seperti didedahkan oleh Unspiners dan Aidc News.

Sementara itu Ketua AMK Keadilan Shamsul Iskandar Mohd Akin, dalam satu kenyataaan di dalam portal anti islam Malaysia kini menyatakan tindakan menuduh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai alat Agensi Perisikan Pusat (CIA) menunjukkan bahawa Umno sudah terdesak.

Dakwaan Shamsul tersebut yang mengaitkan UMNO adalah lansung tidak berasas kerana yang megelarkan Anwar dengan dakwaaan tersebut adalah penulis di luar negara yang tiada kaitan dengan rakyat Malaysia.

Namun kalau kita terbalikan kata-kata Sham tersebut mungkin yang sebenarnya Anwar yang terdesak, sebab itulah terpaksa melutut ke buntut Yahud Zionis di Amerika. Boleh kita katakan Sham tidak ubah seperti Maradona yang cuba mengalahkan orang lain apabila pasukannya tewas kepada Jerman dalam Piala dunia.

Francesc Fabregas Soler pemain Pasukan Sepanyol sebelum perlawanan akhir sepanyol dan belanda berlansung , beliau mengakui terdesak untuk bermain dalam pasukan utama Sepanyol kerana sebelum itu jurulatih hanya meletakkannya dibangku simpanan, namun rayuan yang dilakukannya secara terbuka menyebabkan Vicente Del Bosque memberikan beliau ruang untuk digantikan saat perlawanan akhir sedang berlansung.

Kalau kita lihat situasi Anwar kini, siapa yang terdesak sebenarnya kerana tindak tanduk Anwar tidak ubah seperti Fabregas yang terdesak. Sewaktu trip Apology Tour Anwar dikatakan juga sempat merayu dan bertemu dengan Malcom Hoenlien orang kuat kepada American Jewish Organization untuk diberi peluang sekali lagi.

Anwar di dalam laman twiternya menyatakan debaran untuk menonton Piala Dunia kurang kerana pasukan pilihannya sudah lama tewas. hummm agak-agaknya pasukan manakah pilihan Anwar ya? ataupun dia kecewa kerana Hoenlien enggan memberikan dirinya peluang lagi untuk menjadi pemain kepada Yahudi. Nampaknya nasib Anwar kali ini tidak sebaik Fabregas.

Tahniah Sepanyol dan takziah kepada Anwar dan PKR.

1 comment:

Anti-Gay Malaysia said...

Nice article..