Wednesday, July 14, 2010

Alat CIA : kenapa Anwar dan John R Mallot panik & gelabah?


Oleh Tomyam
Bekas Duta Amerika ke Malaysia dalam siri membela Anwar telah mengeluarkan kenyataan bahawa Anwar bukan ejen CIA. Kenyataan tersebut merupakan kenyataan keduanya bagi membela Anwar Ibrahim setelah pernah melakukan hal yang sama pada tahun 2000 juga di laman Malaysiakini.

Namun kali ini hujah beliau untuk membela Anwar Ibrahim agar tersasar, beliau mendesak media di Malaysia khususnya utusan serta Menteri Penerangan meminta maaf kerana mengaitkan Anwar sebagai ejen CIA.



Kalau kita imbas kembali laporan utusan Malaysia bertarikh 11 julai, tajuk yang tertera pada muka hadapan adalah “Penulis blog AS dedah Anwar alat CIA” sambil merujuk kepada tulisan seorang blogger Elaine Meinel Supkis melalui artikel CIA and Mossad want Anwar Ibrahim assassinated.

Malah Elaine di dalam blognya juga Culture of life news menafikan Anwar adalah ejen CIA tetapi mengatakan

“Anwar is a CIA creator. That is he is not a agent but rather a tool “ dan inilah yang dinyatakan oleh utusan.

Namun yang peliknya ekoran pendedahan akhbar utusan tersebut John R Mallot bekas Duta Besar Amerika ke Malaysia pada tahun 1995 hingga 1998 telah menafikan sekeras-kerasnya Anwar adalah ejen CIA.

Malah dalam kenyataannya seperti dipetik dari Malaysia today sebanyak kali 9 kali Mallot menyebut perkataan Anwar adalah ejen CIA, Anwar ejen Amerika dan Anwar adalah spy Amerika. Dan sesekali tidak pernah menyanggah Anwar adalah “ Tool” CIA.

Adakah ini bererti Mallot sudah panic dengan beberapa perkaitan Anwar dan CIA ataupun juga Anwar yang sudah gelabah dan terlalu risau akan kedudukan dirinya lantas terus meminta Mallot membela dirinya , ataupun mungkin ada sesuatu kisah lain yang ingin disembunyikan oleh Anwar dan Mallot.

Cuba kita teliti ucapan Anwar didalam blognya :

“Hanya dengan mengutip tulisan blog Elaine Supkis(kononnya blog terkenal) dan kenyataan seseorang yang bernama Joshua Trevino, Utusan Malaysia milik Umno, tanpa berpandukan etika kewartawanan mulakan satu kempen dangkal dan berakarkan kebencian. Terpampang di muka hadapan fitnah Anwar Agen CIA”.

Mengapa Anwar mengambil serius dakwaan Elaine Supkis dan Joshua Trevino dan mendedahkan nama dua watak tersebut di dalam blognya, sedangkan sebelum ini banyak kali dia mengabaikan nama-nama watak yang mengktik beliau malah lansung tidak dinyatakan didalam blognya.

Seterusnya Anwar masih cuba menyalahkan Utusan dengan menyatakan akhbar tersebut menfitnahnya dengan mengaitkan dirinya adalah agen CIA, walaupun hakikatnya utusan hanya menyebut Anwar adalah alat CIA.

Maksud perkataan ejen dan alat adalah dua kata yang sungguh berbeza maknanya, namun mengapa Anwar cuba menyamakan maksud kedua perkataan tersebut. Siapa yang tidak faham bahasa sebenarnya, Anwar pernah memimpin persatuan bahasa Melayu sewaktu di Universiti Malaya dahulu, adalah pelik dan janggal jika Anwar tidak faham maksud kedua perkataan tersebut melainkan Anwar ada tipu helahnya untuk menyelamatkan diri.
Blogger Kumbang pernah membincangkan beza antara Tool dan agent seperti tulisannya dibawah;-

Agent ini dibayar oleh CIA dengan gaji tetap, apatah lagi syarat kemasukannya juga agak ketat, agen yang juga sering kita lihat di kaca tv lebih merujuk kepada pengintip atau spy yang boleh menyamar dan melakukan tugas mengumpul maklumat.

Tapi kalau 'tool' maknanya lebih besar daripada agen, tool ini boleh digunakan organisasi tertentu terutamanya CIA untuk mencaturkan sesuatu tanpa dilihat seperti ada kena-mengena dengan mereka.

Sudah tentu peruntukkan kepada 'tool' lebih besar daripada agen yang bergaji tetap kerana operasinya kelihatan seperti tidak ada kena-mengena dengan CIA secara langsung walaupun sebenarnya dicatur dan dirancang oleh mereka. Ia biasanya dalam bentuk projek dan satu projek biayanya sudah tentu mahal, contohnya Amerika menawan Iraq yang memerlukan belanja berbilion-bilion dollar.

Sebagai contoh 'Tool' digunakan untuk mencaturkan sesuatu ialah CIA menggunakan 'tool' seperti Mousavi untuk menjatuhkan kepimpinan Iran dan begitu juga menggunakan Osama dan Taliban untuk menentang Rusia dan kemudian menjadikan ia alasan untuk menawan Afghanistan dan Iraq. Klik sini

1 comment:

Anonymous said...

Sejak bila pulak cifut babi ni pandai pasal etika kewartawanan suara keadilan dan haparak daily ada etika ke....