Thursday, June 17, 2010

Gay Lesbian Malaysia tuntut hak kebebasan seksual



Menurut portal Harian Metro kumpulan Lesbian, Gay Biseksual dan Transeksual di Malaysia telah mengambil tindakan menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia kerana mendakwa hak mereka telah tertindas.
Lantaran itu menurut portal itu lagi, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) akan meneliti memorandum yang dihantar golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) yang mendakwa hak mereka dicabul selepas beberapa artikel membabitkan kegiatan mereka di dedahkan media.

Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam berkata, memorandum mengenai diskriminasi golongan LGBT itu diserahkan kepada pihaknya, pada Khamis lalu.
“Bagaimanapun, kami tidak dapat membuat keputusan segera kerana kajian teliti perlu dijalankan dan ia akan mengambil masa yang lama. “Ini kerana Suhakam menekankan kedudukan Islam sebagai agama rasmi, kepekaan moral dan budaya masyarakat juga harus dititik berat sebelum keputusan dibuat bagi menentukan hak golongan LGBT,” katanya ketika sidang media selepas mengadakan mesyuarat pertama selepas dilantik di pejabatnya, di sini, semalam.
Dalam majlis itu, beliau turut memperkenalkan tujuh pesuruhjaya baru untuk sesi 2010-2013 di pejabatnya, di sini, semalam. Beliau berkata, ia tidak bermakna Suhakam tidak mengambil perhatian dan tetap meneliti hal berkenaan. “Suhakam akan terus melindungi hak semua individu tanpa mendiskriminasi mana-mana pihak,” katanya.

Sebelum ini, golongan LGBT tidak berpuas hati apabila pelbagai media banyak memaparkan mengenai golongan itu yang semakin berleluasa di beberapa tempat di negara ini.

Dalam memorandum itu juga dikatakan, golongan LGBT marah dengan penggunaan ayat seperti songsang, lucah dan jijik dalam artikel dikeluarkan media dan mendakwa melanggar hak mereka.
Sebelum ini media perdana seluruh Malaysia melaporkan pihak berkuasa telah melancarkan beberapa operasi untuk menutup pusat kegiatan gay di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Antaranya sebuah pusat urut di Miharja Cheras, kelab malam Blue Boy di Bukit Bintang dan sebuah pusat sauna Gay Pulau Tikus di Pulau Pinang.

No comments: