Thursday, June 3, 2010

Anwar & Saiful Bukhari : trilogi seksual luar biasa Anwar

Kisah hubungan Anwar dan beberapa lelaki sungguh mengejutkan umum suatu ketika dahulu, ada yang sukar mempercayai ada juga yang memandang sinis dengan hanya ingin melihat bagaimana kesudahan tersebut. Maklumlah pada umum adalah mustahil watak seorang lelaki yang pernah berdiri di mimbar masjid mempunyai nafsu luar biasa naluri seksualnya.

Sehingga kini Anwar cuba menafikan bahawa beliau sememangnya terlibat dengan beberapa orang lelaki jambu dari adik angkatnya Sukma Darmawan hinggalah kepada Saiful Bukhari, Anwar sedaya upaya meyakinkan orang ramai bahawa beliau tidak ada hubungan, walaupun hakikatnya Anwar begitu rapat dengan lelaki yang dikaitkan tersebut.

Beliau selalu mendakwa apa yang berlaku kepadanya itu adalah konspirasi, sekiranya benar konspirasi mengapa Anwar begitu resah menghadapi perbicaraan kes liwat dengan Saiful Bukhari, sudah berapa banyak kali ucapan tangguh dilakukan oleh Anwar. Bukankah elok sewaktu Anwar ingin meliwat Saiful dahulu beliau membuat tangguh hajatnya dahulu, nescaya apa yang berlaku hari ini dapat dielakkan.

Namun apa boleh buat slogan utama anwar sewaktu itu ialah liwat didahulukan, Saiful diutamakan, sehingga isteri sendiri terkapar tertipu sendirian.
Yang lebih kelakarnya saat Anwar dikaitkan mempunyai hubungan dengan Saiful Bukhari , Anwar dan keluarga seolah menepis dengan mengatakan tidak mengenali pemuda berwajah jambu tersebut.

Azizah dan Nurul Izzah sewaktu ditanya mengenai siapa Saiful pada awalnya riak wajah yang dipamerkan terus berubah seakan marah dan cemburu kepada pemuda tersebut yang berjaya menawan hati seorang suami kepada Azizah dan ayah kepada Nurul Izzah.

Dari jawatan pembantu untuk kerja pilihanraya hinggalah kepada pembacuh kopi, pelbagai jawatan dihalakan kepada Saifu untuk menafikan Saiful mempunyai kaitan dengan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat tersebut.

Walhal tugas sebenar Saiful hanyalah menjadi pemuas nafsu kepada Anwar Ibrahim sahaja. Adalah tidak menjanggalkan sekiranya kita beranggapan bahawa Anwar terhutang sesuatu dengan Saiful sewaktu itu, tatkala sedang sibuk dengan kerja-kerja politik hingga mampu menyebabkan Pak Lah gagal membawa kemenangan besar kepada UMNO dan BN pada tahun 2008.
Watak Saiful rupanya yang menjadi penguat semangat kepada Anwar sewaktu itu, al-maklumlah kerja politik sungguh memenatkan dan meletihkan, dan ada juga kemungkinan Saiful yang banyak memberikan ketenangan kepada Anwar sewaktu itu. Buktinya Saiful dibawa ke Hong Kong dan Singapura sewaktu itu, malah sewaktu Anwar sibuk mengadakan roadshaw di seluruh negara sewaktu kempen politik 2008, pembancuh kopi itulah yang menemani Anwar, sungguh pelik bukan.

Ya benar, Saiful memiliki wajah yang cukup sempurna bagi seorang lelaki, dengan kulit yang putih bersih, raut muka yang comel dan senyuman budi bahasa Saiful sudah bisa membuatkan lelaki seperti Anwar kelabu mata tatkala melihat wajah dan mendampingi beliau. Dan mungkin juga Anwar sentiasa bermimpikan Saiful Bukhari selepas kali pertama diperkenalkan oleh Rahimi ( kawan baik Saiful) yang ketika itu merupakan pegawai kepada Anwar Ibrahim.

Sekiranya Saiful hanyalah pembancuh kopi dan tidak istimewa di mata Anwar mana mungkin pemuda tersebut diheret Anwar ke mana sahaja beliau pergi, dan diberi hadiah dengan pelbagai barangan berjenama tinggi.

Mungkin itulah yang membuatkan Azizah terkedu dan tidak mampu berkata saat ditanya mengenai Saiful Bukhari sewaktu kecoh kes Saiful suatu ketika dahulu.

Episode kes liwat Saiful dan Anwar dipercayai akan menyebabkan Anwar tidak lena tidur seperti mana reaksi awalnya dulu yang lari ke kedutaan Turki sewaktu Saiful membuat laporan polis bahawa dirinya diliwat, dan suatu perkara yang menarik pelbagai episode dan trilogy mengenai Anwar juga akan terbongkar tatkala kes itu berlansung yang mampu menyebabkan umum tertanya-tanya mengenai sikap sebenar ahli Parlimen Permatang Pauh tersebut.

No comments: