Saturday, June 26, 2010

Anwar PKR hadapi masalah ejakulasi?


Nasib yang dialami oleh Khalid Ibrahim, Ketua kerajaan negeri Selangor kini tidak ubah seperti berada diujung tanduk. Selepas episode beberapa pimpinan PKR Cabang Kuala Selangor keluar parti kini wujud pula komplot dalaman untuk menjatuhkan dirinya.

Samada komplot itu melibatkan pergeseran dirinya dengan Naib Presiden PKR Azmin Ali, itu bukan perkara utama tetapi desas desus yang mengatakan Khalid Ibrahim prestasinya tidak perfom telah merebak ke seluruh negeri Selangor.

Bagi PKR kelesuan Khalid Ibrahim ini tentu akan mencemaskan mereka, kerana Selangor merupakan satu-satunya negeri PKR mampu meletakkan wakil mereka sebagai Menteri Besar, kerana dua negeri lagi dikuasai oleh PAS dan satu lagi dipimpin oleh DAP. Dalam hal ini kita dapati kedudukan DAP dan PAS lagi kukuh berbanding kedudukan PKR.

Sebelum ini bagi meniup semangat jentera PKR Selangor, Anwar Ibrahim dengan rela hati merendahkan tarafnya dengan menjadi penasihat Ekonomi negeri Selangor dengan bergaji RM1. Namun malang bagi Khalid dengan adanya Anwar sebagai penasihat ekonomi, Selangor masih gagal meletakkan dirinya sebagai negeri penerima pelaburan terbesar FDI asing. Sehingga hari ini negeri Johor berada ditangga teratas penerima pelaburan asing terbesar diikuti oleh Sarawak.

Minggu ini Azmin dilaporkan telah mengambil keputusan meletak jawatan sebagai orang penting di Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Atas hujah apa pun yang diberikan oleh Azmin umum dapat mengagak ada sesuatu yang tidak kena antara hubungan Azmin dan Khalid Ibrahim.

Cubaan untuk mensabotaj Khalid Ibrahim sebenarnya telah banyak dilakukan sebelum ini, di Dewan Dato Ahmad Razali sebelum ini berpuluh-puluh anggota AMK telah melakukan demonstrasi sebaik sahaja Anwar habis ucapan penjelasan isu liwatnya dengan Saiful Bukhari, pada masa itu pimpinan AMK jelas seolah sedang cuba memalukan MB Selangor dengan menuntut Anwar mengambil tindakan memperbetulkan beberapa kesilapan pemilihan ahli majlis Daerah yang dilakukan oleh Khalid Ibrahim.

Fuziah Saleh Ahli Parlimen PKR Kuantan seperti dipetik dari Buletin Utama 25 Jun ada mengatakan bahawa memang Khalid Ibrahim tidak ada pengalaman dalam politik. Namun beliau menafikan ada cubaan 15 ahli parlimen PKR cuba menjatuhkan bekas orang kuat kumpulan Guhtrie tersebut.

Situasi yang dialami didalam PKR hari ini tidak ubah seperti seorang lelaki yang mengalami masalah ejakulasi. Nak cakap malu kerana PKR mengambarkan dirinya hebat , namun realitinya hanya orang yang pernah tidur sebantal dan sebumbung sahaja yang tahu apa yang berlaku didalam rumah PKR. Mungkin itu yang menyebabkan Zulkifli Nordin, Wee Cho Keong dan beberapa wakil rakyat lain keluar parti.

Kalau nak jaga satu negeri pun sudah porak peranda dan Anwar sehingga kini gagal tanganinya, apakah jaminan kepada rakyat Malaysia sekiranya Anwar dan PKR berkuasa nanti. Sanggupkah rakyat Malaysia hanya menjadi bahan ujikasi sahaja kepada apa yang ingin dilakukan Anwar Ibrahim.

No comments: