Saturday, May 8, 2010

Selepas Amerika, Parti yang menyokong Anwar pun kalah di Britain


Menurut laporan media keputusan awal pilihanraya Britain telah menyaksikan Parti Buruh di negara tersebut telah kehilangan mandat untuk membentuk kerajaan, Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) melaporkan selepas 621 kerusi diumumkan, Parti Konservatif dikatakan berada dihadapan menguasai 291 kerusi, manakala Parti Buruh yang memerintah hanya memperolehi 251 kerusi, sementara Parti Demokrat Liberal 52 kerusi, dan parti lain 27 kerusi.

Parti yang berkuasa selama 13 tahun ini dikatakan kalah kerana rakyat Britain bosan dengan pimpinan Gordon Brown dengan beberapa polisi kerajaan yang dilihat gagal mengangkat Britain menjadi lebih hebat dari sudut ekonomi dan mengangkat imej Britain di dalam kesatuan Eropah.

Menurut akhbar popular The Sun polisi parti Buruh yang agak terbuka didalam hubungan sosial hingga menyaksikan remaja Britain mempunyai kadar kelahiran tertinggi luar nikah di Negara eropah dan ramainya penagih tegar dikalangan remaja membuatkan pengundi di Britain bosan dengan polisi parti tersebut.

Sementara itu kawan baik Anwar Jeremy Corbyn (Pejuang hak gay dan lesbian) menang di parlimen yang ditandingnya di Islington North, kemenangannya di kerusi tersebut tidak mengejutkan kerana beliau mendapat sokongan padu kelompok gay lesbian yang merupakan kuasa penentu dan ramai di parlimen tersebut.

Melalui House of Commons, Jeremy dan ahli parlimen Parti Buruh pernah mendesak kerajaan Malaysia menggugurkan kes liwat terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim serta menghentikan usaha menekan dan mendakwa Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Usul yang dikenali sebagai "Early Day Motion" tersebut di bawa oleh Jeremy Corbyn, bagi mengritik tindakan kerajaan Malaysia yang menyekat hak kumpulan gay dan lesbian di Malaysia melaksanakan kehidupan mereka.

Walaupun Corby menang namun parti buruh yang diwakilinya kalah kepada parti Konservatif yang dilihat tidak mesra kepada kumpulan gay dan lesbian di peringkat pusat.

Situasi politik dunia yang mula berubah kini sudah pasti akan membuatkan Anwar Ibrahim semakin resah, selepas Wolfowitz di Amerika kehilangan peranan di Amerika hingga suaranya kian tenggelam di Amerika kini parti yang selari dengan impiannya juga gugur di Britain.

Naiknya Konservatif sebagai peneraju kerajaan mungkin akan menyebabkan beberapa polisi sosial di Britain akan semakin berubah dari sebelumnya. Kemana Anwar mahu lari lagi selepas ini agaknya....

1 comment:

Anonymous said...

anwar boleh lari ke atu tempat asja iaitu Penjara Sungai Buloh tempat yang sesuai untuk pengkhianat bangsa