Friday, May 14, 2010

Anwar liwat Saiful di luar negeri, Desmond Tutu tahu?


Sewaktu ditanya oleh ketua peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh, mengapa Saiful Bukhari bertemu dengan seorang Penolong Superintenden (ASP) Rodhwan Yusof - kini Penolong Pesuruhjaya (ACP) - di Hotel Melia, Kuala Lumpur pada 24 Jun 2008, bekas pembancuh kopi kepada Ketua Umum PKR itu berkata:

'Saya ingin memberitahu beliau masalah saya. Saya telah diliwat oleh Anwar beberapa kali di dalam dan di luar negeri, termasuk Hongkong, Singapura dan Bangkok.'

Ditanya mengapa beliau mengambil masa dua hari setelah diliwat pada kali terakhir, sebelum membuat laporan polis, Encik Mohd Saiful berkata:

'Saya tak buat laporan polis kerana ini melibatkan maruah dan masa depan saya.'
Beliau juga ingin mendapatkan nasihat daripada beberapa orang, termasuk bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Senator Ezam Mohd Noor, dan juga seorang guru agama.

Berdasarkan kenyataan Saiful ini, ia menimbulkan persoalan, adakah Anwar merupakan seorang penagih tegar hubungan songsang. Sebelum ini kita hanya mengetahui kisah skandalnya hanya didalam negara sahaja.

Kini melalui kenyataan Saiful dapat dirasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan tabiat sebenar Anwar Ibrahim. Lebih-lebih lagi beliau selalu ke Luar negara untuk melaksanakan agenda liberalisme barat dan memenuhi pelbagai jemputan persidangan pluralisme sedunia.

Anehnya lagi, kebanyakkan tempat yang dihadiri Anwar pula juga sebahagian besarnya dihadiri juga oleh Desmond Tutu seorang pemimpin geraja dari Afrika yang sanggup mengunakan pengaruh dan kedudukkanya menyokong perjuangan kelompok gay dan lesbian di seluruh dunia, hingga menimbulkan kegelisahan Gereja Vatican.

Dari Perth Australia hinggalah kota London di mana ada Anwar di situ ada Desmond Tutu, oleh itu bolehkan kita wujudkan persoalan ada kisah lainkah antara hubungan Anwar dan Desmond Tutu ini? Adakah Paderi itu merupakan Tok Guru Anwar sebenarnya?

Sebaik Anwar dibebaskan dari penjara Sungai Buloh suatu ketika dahulu, Anwar terus mendapatkan penerbangan mencari Desmond Tutu, fakta itu lagi menjengkelkan. Sila rujuk artikel di AIDC.

Nama ulama Yusuf Qardawi langsung tiada dalam senarai awal yang dijumpai Anwar saat itu. Namun Anwar memukul gendang satu Malaysia seolah-olah beliau akrab dengan Yusuf Qardawi untuk menutup intimnya hubungan beliau dengan Desmond Tutu. dari situ timbul pertanyaan adakah Desmond Tutu mengetahui apa yang dilakukan Anwar di Luar negara? sehinggakan banyak kali Anwar menemui tokoh tersebut dalam keadaan tersembunyi dan tidak mewawarkan langsung pertemuannya di halaman rasmi blog beliau.

No comments: