Saturday, March 6, 2010

Zulkifli dipecat kerana tidak selari dengan Anwar - isu kalimah Allah

PKR membuktikan bahawa partinya sememangnya parti paling demokratik di Malaysia, apabila telah memecat Zulkifli Nordin ahli Parlimen Kulim hari ini gara-gara mengkritik parti sendiri.

Pengumuman pemecatan itu dilakukan oleh Saifudin Nasution di ibu Pejabat PKR Petaling Jaya seperti dilaporkan oleh portal internet hari ini.

Sebelum ini Zulkifli Nordin dilaporkan telah mengkritik banyak tindakan pimpinan PKR berkaitan beberapa isu, antaranya ialah membantah sokongan PKR terhadap forum memeluk memeluk islam ( IFC) - kelolaan majlis peguam, membantah tindakan PKR yang menyokong pengunaan Kalimah Allah di kalangan bukan islam dan yang terbaru mengkritik lembaga disiplin PKR.

Dengan pemecatan tersebut ia dijangka akan memanaskan lagi konflik dalaman yang berlaku dalam PKR. Kerana sebelum ini Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Zahrain Hashim, Ahli parlimen Nibong Tebal dan juga Ahli parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzil juga turut mengambil tindakan sama, dengan disokong oleh bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Sallehudin.

PKR juga dalam kenyataan tersebut turut menuntut Zulkifli Nordin meletakkan jawatan sebagai ahli Parlimen Bandar Baru Kulim bagi diadakan pilihanraya di kawasan berkenaan.

Sebenarnya tindakan ini akan mengesahkan lagi bahawa PKR adalah parti 3A iaitu milik Anwar, Azizah dan Azmin.

Walaupun sebelum ini Anwar seringkali mendakwa PKR merupakan parti palingdemokratik di Malaysia kerana membenarkan kebebasan bersuara, hakikatnya apa yang berlaku hari ini adalah sebaliknya.

Walaupun dihanyatakan tindakan terhadap Zulkifli ini diambil kerana beliau membuat laporan polis terhadap MP Shah Alam YB Khalid Samad ekoran isu pengunaan kalimah Allah dan membidas Ketua menteri Pulang Pinang.

Namun jika difahami secara tersirat Zulkifli Nordin dipecat sebenarnya kerana cuba melawan tindakan Anwar yang berkompromi dengan bukan islam berhubung pengunaan nama kalimah Allah.

Nampak gayanya Anwar sudah tidak ada beza dengan keluarga Lim Guan Eng dan Ayahnya Lim Kit Siang dalam membuat keputusan bersifat autokrasi.

6 comments:

adf55650 said...

Ini lah contoh KEBEBASAN BERSUARA. Suara Anwar la. Suara org lain mane boleh.

Anonymous said...

Hello macamana nak selari Zul nak islam Nuar nak tubuhkan negara sex bebas

Anonymous said...

macam susu baby formula yang bercampur racun..racun dari DAP campur racun dari PAS yang diadunkan dengan nafsu sex ketuanya..macam mana mereka kalau lah sept 16 benar berlaku..maka hancurlah negara berdaulat ini..tapi syukur ianya tidak berlaku kerana kita majority tahu susu tu beracun..

Hashim said...

Rahsia YB Zul Nordin akhir terbongkar......berminat sila klik disini

pegalikubur said...

Tukar tiub lu pun satu akan di laknat olih allah nanti kerana fitnah YB Zul akan aku dedahkan siapa kau yg sebenar jangan sampai kau malu 7 keturunan.

Anonymous said...

tukar tiub ada agama kew