Thursday, March 4, 2010

Pendekatan Liberal beragama tidak salah - Anwar Ibrahim

Pendekatan liberal Pakatan Rakyat seperti dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dan hukuman sebatan syarie ke atas model Kartika Sari Dewi Shukarnor tidak akan membawa padah kepada PKR, tegas Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau mengulas tindakan ahli parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri yang mengumumkan keluar PKR kerana dikatakan tidak berpuas hati dengan sikap partinya yang menyokong penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

“Apabila membicarakan isu teologi atau isu kepercayaan, ia bukan keputusan politik. Ia seharusnya keputusan yang betul,” katanya kepada portal Malaysiakini.

Menurut Anwar lagi, pendekatan liberal yang digunakan itu langsung tidak bercanggah dengan pendiriannya untuk mengislamkan negara ketika berada di dalam kerajaan dahulu.

Katanya lagi, proses mengislamkan negara tidak boleh disamakan dengan fahaman konservatif. Ia adalah proses memahami nilai-nilai Islam seperti kebenaran, keadilan, ketelusan dan kebertanggungjawaban.

Dalam sidang media di Sime Darby Park semalam, Mohsin telah menjadikan faktor kalimah Allah sebagai asas utama menyebabkan beliau mengambil keputusan keluar parti, kerana bimbangkan akidah islam dirinya tercabar dengan pendirian parti PKR.

Tindakan Anwar yang mempertahankan pendekatan liberal dalam merencanakan staregi politik PKR sebenarnya adalah tidak mengejutkan kerana sebelum ini beliau pernah dianugerahkan tokoh muslim Moderate oleh pihat barat kerana usaha dan keberaniannya untuk membawa fahaman baru kepada dunia islam iaitu islam liberal dan Pluralisme.
Namun pengakuan Anwar bahawa apa yang dilakukannya adalah tidak salah boleh dipertikaikan kerana banyak pihak termasuk institusi agama islam di Malaysia termasuk PAS sendiri pernah mewawarkan bahaya akan kehadiran pemikiran islam yang bercorak liberal di Malaysia.
Walaupun Anwar tidak menyatakan secara tepat apakah islam yang ingin dibawanya, tetapi tingkahlaku dan tindakannya boleh di agak ke jurus mana beliau ingin membawanya.
Contohnya, pendekatan Pluralisme yang dibawanya sewaktu menghadiri majlis pengkebumian Teoh Beng Hock seakan mengesahkan lagi fahaman yang dipegang Anwar selama ini. Malah gagasan masyarakat madani yang pernah dipopularkan Anwar sewaktu berada didalam kerajaan juga sebenarnya merupakan akar kepada pendekatan islam liberal yang dibawanya.

2 comments:

Mctheory said...

Pok Tek,

Mc ambil aktikel ni post dalam blog Mc ok.

Anonymous said...

ok