Tuesday, March 9, 2010

Anwar dan Arsenik suatu pembohongan? - Zulkifli Sulong

Pada 19 September 1999 satu perhimpunan besar-besaran telah diadakan di Masjid negara, perhimpunan tersebut diadakan bagi tujuan menghantar memo dan menuntut satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat penganiayaan keracunan Arsenik oleh pihak berkuasa terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato'Seri Anwar Ibrahim yang sewaktu itu berada di dalam tahanan polis.

Pada masa itu juga telah dihebahkan bahawa terdapat keputusan ujikaji sampel air kencing Anwar yang dilakukan di makmal Melbourne, Australia . Menurut laporan tersebut air kencing Anwar telah disahkan mengandungi racun arsenik pada tahap 77 kali ganda lebih dari paras selamat.

Seluruh negara tertumpu kepada perhimpunan tersebut kerana dikatakan Anwar mengalami perubahan bentuk fizikal yang teruk dengan berat badan turun mendadak dengan dan muka berubah menjadi cengkung, rambut gugur, kepala sakit dan kulit kekeringan. Dikatakan juga ujian air kencing di makmal Melbourne, Australia telah dilakukan dan ia diperbesarkan sebagai bahan pembuktian untuk menarik masyarakat.

Perhimpunan tersebut akhirnya menyebabkan Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli; Ketua Perangan KeADILan, Tian Chua; Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali;Pengerusi Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak), Mohamad Ezam Mohd Noor; Penulis dan aktivis, Hishamuddin Rais telah diheret ke Mahkamah atas kesalahan seksyen 25 Akta Polis.

Sehingga hari ini masih ramai dikalangan penyokong tegar Anwar masih beranggapan kisah Arsenik adalah satu realiti, hingga disalahkan pihak berkuasa.

Namun tulisan Zulkifli Sulong seolah membuktikan Arsenik hanyalah kisah dongeng sahaja yang diwujudkan Anwar dan penyokongnya untuk memburukan pihak berkuasa. Ikuti catatan Zulkifli Sulong bekas pengarang harakah di portal Detik Daily ;

Misalnya, apabila beliau bercakap soal Anwar terkena Arsenik. Saya masih ingat lagi kata-kata Zul dalam ceramahnya. Kalau tidak silap di sekitar Kampung Baru pada tahun 1998.

“Tuan-tuan, semalam saya ke Sungai Buluh bertemu dengan Datuk Seri Anwar. Bagi saya Anwar sah terkena racun Arsenik. Apabila saya pegang kepala Datuk Seri Anwar, penuh tangan saya dengan rambut beliau tuan-tuan. Rambut beliau mula gugur. Saya yakin lepas ini semua rambut Anwar akan gugur....” Begitulah lebih kurang kata-kata Zul Nordin dalam ceramahnya itu.

Pendengar sangat hiba dengan Anwar. Terkena Arsenik.

Namun, sebagai wartawan lain pula yang saya rasa. Betul ke ni...bagaimana dia boleh pegang kepala Anwar?, hati saya terdetik. Lalu sebagai pengarang, saya arahkan wartawan, jangan tulis berita itu. Tidak masuk akal.

“Ekoran itu, kami sepakat, berita berasaskan kenyataan dan tulisan Zul Nordin tidak boleh disiarkan dalam Harakah kerana kebolehpercayaannya amat rendah.”

Jelas Zulkfli Sulong dalam satu artikel untuk menjelaskan siapa Zulkifli Nordin.( Klik sini)

Oleh itu dapat kita buat satu kesimpulan kisah Arsenik sebenarnya hanyalah cerita yang di ada-adakan untuk menimbulkan amarah rakyat terhadap kerajaan sewaktu itu.

Laungan mengatakan Anwar di zalimi oleh pihak kerajaan hanyalah satu dusta dan penipuan sebenarnya, sekiranya kita meniliti kata-kata yang tertulis oleh Zulkifli Sulong tersebut.

Dari situ alangkah baik sekiranya hari ini YB. Zulkifli Nordin dan Ezam Mohd Noor menceritakan perihal sebenar di sebalik kisah Arsenik tersebut. Sudah lama sebenarnya rakyat dipergunakan oleh Anwar untuk menyelamatkan dirinya.

7 comments:

Anonymous said...

betui tuu...

zek

Dr Butiq said...

hangpa yg bodoh dok percaya.aku dok tau lama dah kelentong semua tu

Anonymous said...

penyokong anwar la yang bodoh kalau gitu duk berarak sana sini termasuk dr hata dan salahudin ayub

Anonymous said...

Kalau kena betui2 kan baguih.....
Aman Malaysia. Tak da la kepala gay tua kat Malaysia. Cuma tinggai Wali Kek Black Forest Fruit.... itu pun dah nyanyuk dah. La nie cari gaduh ngan mufti plak. Bebal betui tua kutuk tu noooo........

pencinta kebenaran said...

aku dah lama tau dah...klau betul x ke dah mampos mangkuk tu..satu lagi kan ada cerita gak..dia kena suntikan HIV..idop sihat je lagi.klau betol dah mampos lama dah..n kurang lah penghianat negara.

Shah Qamary said...

hebat dia ni. pasukan perubatan dari luar negara la (kes liwat #2), makmal melbourne la (kes arsenik), doktor forensik thailand @ penari bogel la (kes teoh). sbb pasukan yg dipilihnya tentulah yg akan membuat keputusan menjurus kepada hipotesis yg dh dibuat. bila dia nk bertaubat, aku pun xtau. karpal pun dah berbaik semula dgn dia ni.

Anonymous said...

Bagi aku, sesiapa yang tahu hal sebenar sepatutnya mewarwarkan segalanya. Kalau iaya benar, apa nak takut. There are many ex PKR yang hebat hebat dah keluar parti, tapi masih simpan ..kenapa???
kalau itu boleh membuka lagi mata rakyat serta penyokong tegar..lakukan nya. Kebenaran akan terbuka jua.

Bayan Budiman