Thursday, February 4, 2010

Dia dekati dan peluk saya- Saiful Bukhari


Perbicaraan kes liwat terhadap ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bermula semalam dengan bekas pembantu peribadinya yang juga pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25 tahun, memberi keterangan sebagai saksi pertama pihak pendakwa.

Mohd Saiful berkata beliau bekerja sebagai pembantu peribadi kepada Datuk Seri Anwar mulai Mac 2008, tetapi meletak jawatan pada Jun tahun yang sama kerana tidak mahu lagi diliwat oleh Datuk Seri Anwar.

Beliau memeranjatkan Mahkamah Tinggi apabila berkata Datuk Seri Anwar menggunakan perkataan tidak senonoh sewaktu mengajak beliau melakukan hubungan seks.

Menurut Mohd Saiful, beliau berjumpa Datuk Seri Anwar buat pertama kali di sebuah kondominium di Damansara Heights pada 2008.

Beliau diarah pergi ke sana untuk berjumpa Datuk Seri Anwar sekitar 2.30 petang untuk berbincang tentang tugasnya.

Encik Mohd Saiful berkata beliau menyerahkan beberapa dokumen kepada Datuk Seri Anwar, yang kemudian mengajaknya melakukan hubungan seks.

'Saya enggan memenuhi permintaannya. Saya kata saya tak mahu. (Datuk Seri) Anwar jadi marah dan bertanya kenapa. Saya kata saya tak rela melakukannya,' kata Encik Mohd Saiful.

Datuk Seri Anwar kemudian menarik langsir dan mematikan lampu sebelum menyuruh Mohd Saiful pergi ke bilik air untuk membersihkan diri, katanya.

Walaupun beliau 'takut dan tidak mahu', Encik Mohd Saiful berkata beliau mengikut juga arahan Datuk Seri Anwar dan membersihkan diri dalam bilik air, kemudian keluar dengan memakai tuala dan masuk ke dalam bilik tidur.

'Saya nampak Anwar memakai tuala. Dia mendekati saya dan memeluk saya,' kata Encik Mohd Saiful, seperti ditukil Malaysiakini semalam.

Pada ketika itu, peguam bela Karpal Singh memohon supaya baki keterangan Encik Mohd Saiful dibuat secara tertutup.

Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah bersetuju dan menangguhkan prosiding sehingga 9.30 pagi ini.

Anwar Ibrahim dituduh melakukan kesalahan tersebut di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.

Dalam ucapan pembukaannya, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, berkata pihak pendakwaan mempunyai sampel DNA dan bukti lain untuk membuktikan Datuk Seri Anwar mengadakan hubungan seks dengan Mohd Saiful di pejabatnya.

'Pihak pendakwaan akan membawa spesimen air mani daripada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan yang disahkan oleh Jabatan Kimia sebagai milik tertuduh (Datuk Seri Anwar),' kata Datuk Mohamed Yusof seperti ditukil AFP semalam.

Menurut beliau, selain keterangan langsung oleh Mohd Saiful, pihak pendakwa akan mengemukakan 'bukti forensik daripada para doktor dan ahli kimia, di samping keterangan mengikut keadaan dan bukti dokumentari'.

2 comments:

Anonymous said...

Salam Bro,

Malam semalam lepas tgk berita dan baca blog aku terlalu teruja ngan kes bang nuar. Sebelum tidur aku cakap kat bini aku "Honey, Can I Mokhtar you today!". Sudahnye aku juga yang kena tido kat sofa sebab bini aku ingat aku nak liwat dia malam tadi. Kah kah kah.......

Tom Yam said...

ha ha adeh sian bini lu..hati2 guna mokhtar skang