Friday, January 29, 2010

Pimpinan PKR bergolak, Anwar terjerat liwat

Zulkifli Noordin ahli Parlimen Kulim yang mencetuskan kontroversi apabila membuat laporan polis terhadap anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad daripada Pas, akan dihadap kepada Lembaga Disiplin PKR.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail yang dipertikaikan keahliannya berkata keputusan itu dibuat oleh Biro Politik PKR dalam mesyuarat pada hari Selasa lepas seperti dinyatakan kepada Bernama.

Menurut Saifudin Lagi lembaga tersebut diminta bersidang dalam tempoh tidak melebihi satu bulan bagi mengkaji, menyiasat aduan dan mendengar penjelasan Zulkifli berhubung tindakannya membuat laporan polis terhadap Khalid berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

"Lembaga disiplin terikat kepada keputusan yang berupa amaran, menggantung keahlian dan memecat keanggotaan," katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu pejabat PKR di sini.

Dalam tempoh siasatan itu berjalan, Zulkifli tidak dibenarkan memberi sebarang kenyataan media bagi membolehkan proses ini diselesaikan mengikut saluran parti.
Sebelum kes ini Zulkifli juga pernah dibawa ke lembaga disiplin ekoran tindakkannya yang membantah dan menghadirkan diri dalam tunjuk perasaan membantah satu Forum Kontroversi yang dilaksanakan oleh Majlis Peguam sebelum ini.

Anwar ketika ditanya sama ada Zulkifli akan diminta menarik balik laporan itu, berpendapat tindakan anggota parlimen itu adalah tidak betul dan mewakili keseluruhan pandangan PKR.

Beliau berkata mesyuarat hari ini turut membincangkan isu peletakan jawatan Anggota Parlimen Indera Mahkota daripada parti itu, Azan Ismail, sebagai Timbalan Pengerusi PKR Pahang.

Kes yang melibatkan Zulkifli Nordin dan Azan Ismail ini antara isu yang membingungkan Anwar untuk ditangani saat beliau sedang mempersiapkan diri untuk menghadapi perbicaraan kes liwatnya di Mahkamah.

Manakala itu, di Pulau Pinang pula Datuk Zahrain Hashim bekas Pengerusi PKR Pulai Pinang dan ahli Parlimen Bayan Lepas pula dilaporkan telah menempelak cara pentadbiran Ketua Menteri Pulai Pinang yang didakwanya tidak ubah seperti Diktator dan Komunis dalam menguruskan Pentadbiran Kerajaan Negeri.

Di Selangor pula, menyaksikan sokongan awam kepada Khalid Ibrahim mengalami penurunan kerana kegagalan beliau menyelesaikan isu berbangkit di Selangor, sementara di dalam parti wujud ketidakpercayaan ahli Parti sendiri khususnya di Kuala Selangor hingga menyebabkan perletakkan jawatan beramai-ramai pimpinan PKR Cabang Kuala Selangor.

Isu dan konflik yang melingkari ahli dan kepimpinan PKR ini sememangnya telah menyebabkan Anwar semakin bingung untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Difahamkan Anwar mungkin terpaksa menyerahkan kepada Azmin untuk menyelesaikan beberapa masalah dalaman parti. Kerana dalam tempoh terdekat Anwar begitu sibuk untuk membuat persediaan perbicaraan kes liwat dan road show menerangkan kepada pengundi kes perbicaraan liwat beliau.

No comments: