Sunday, January 24, 2010

Khalid Samad kata Zulkifli bagai Anjing menyalak ; Kenapa Zulkifli tak dakwa Anwar sama?

Perbezaan pandangan Zulkifli Nordin dengan Khalid Samad mengenai isu Kalimah Allah akhirnya telah membawa ia kepada laporan Polis oleh ahli Parlimen Kulim tersebut.

Zulkifli mempersoal tindakan Khalid Samad dalam kenyataan di dalam artikel Malaysia kini yang menyatakan enakmen agama Islam yang melarang penggunaan kalimah Allah dan perkataan lain berkaitan Islam sudah ketinggalan zaman.

Secara lansung menurut Zulkifli Nordin tindakan Khalid Samad itu juga menghina arahan Sultan dan pihak berkuasa islam di negeri Selangor.

Ekoran tindakan Zulkifli itu dalam reaksi balasnya di Mstar online , Khalid yang juga ahli Parlimen Shah Alam menganggap zulkifli Nordin seperti Anjing yang menyalak namun tiada siapa yang mempedulikan.

“"Perumpamaannya mudah sahaja, walaupun ada anjing yang menyalak tapi kita akan tetap terus berjalan dan tak perlu menghiraukannya.

"Begitu juga dengan hal ini, saya tak perlu nak buat apa-apa terhadapnya, saya akan terus dengan cara saya dan mempertahankan tindakan saya," kata Khalid seperti dipetik dalam dalam tersebut.

Pergeseran antara kedua ahli Parlimen dari PKR dan PAS ini sebenarnya antara perkara yang menarik perhatian didalam isu perebutan nama Allah di kalangan umat islam dan Kristian di Malaysia.

Namun timbul satu persoalan wujud kenapa Zulkifli tidak membuat laporan Polis terhadap Ketua Umum Parti PKR Anwar Ibrahim berkaitan isu kalimah Allah.

Seperti yang diketahui Anwar merupakan antara pemimpin islam yang paling menonjol mempertahankan hak pengunaan nama Allah kepada umat Kristian.

Malah Anwar cuba untuk menjadi hero dikalangan penganut Kristian dalam memperjuangkan isu ini, walaupun pandangan Anwar itu dilihat bercanggah dengan beberapa tokoh islam lain termasuk dari Dr.Harun Din Timbalan Musyidul Am PAS.

Jadi alangkah baiknya juga sekiranya Zulkifli Nordin turut membuat laporan kepada Polis tindakan Anwar yang masih lagi menjaja kisah kalimah Allah ini ke seluruh dunia dan mengembar-gemburkan ia seolah ingin mengambarkan pemerintah Malaysia ini tidak memberi kebebasan kepada penganut Kristian di Malaysia.

Malah didalam blog Anwar masih menyiarkan padangan dari pihak luar seperti pertubuhan islam dari Amerika (CAIR dan ISNA ) bagi mengambarkan tindakan yang dilakukan olehnya adalah tepat. Walaupun pertubuhan tersebut sebelum ini seringkali mendapat kritikan dalam mengeluarkan ijtihad kepada umat islam di Amerika dari persatuan islam lain disana.

Bukankah tindakkan Anwar ini sebenarnya lagi bahaya kepada keharmonian beragama di Malaysia. Dengan mengunakan beberapa tokoh untuk menyokong tindakkannya, taktik Anwar ini dilihat seolah mempunyai muslihat politik sahaja.

Oleh itu kalau benar, Zulkifli Nordin ikhlas memperjuangkan hak kalimah Allah , mengapa beliau tidak menasihat bosnya sendiri yang dilihat punca utama isu ini semakin membersar.

Ditambah lagi dengan tindakan Anwar yang pernah berjanji sesuatu kepada pihak Gereja sesudah menghadiri dialog antara agama Kristian dan Islam di GeorgeTown University Oktober 2009.

3 comments:

kluangman said...

Cara YB Zul tu elok sangatlah untuk mengajar Khalid supaya di mana bumi dipihak di situlah langit dijunjung. Khalid terlebih kaduk naik junjung, dah melampau.

Walaupun dia kata tak perlu hirau, tapi lepas ni adakah dia cukup tanah untuk berlari atau sebenarnya dia sudah mula membisu cuma masih memeprtahankan ego.

Sama samalah kita perhatikan... masih adakah tempat dia di parti dan masih dapatkah undi di tangan Melayu dan Islam.

YB Zul juga tak perlu saman Anwar sebab memadailah sumpah Saiful dan Penjara Sg Buluh sudah menantinya. Jangan bebankan Anwar yang sudah cukup tertekan.

Hang horatio said...

selagi zul ni msh bersama pkr selagi tu aku harap rakan2 blogger budiman jgn percaya sama ni org..percayalah tindak tanduk zul ini hnya mainan politik selagi bersama anwar.sekian.

jon said...

"jangan bebankan Anwar yang sudah cukup tertekan" hang jgn dok buat lawak plak! bila masa dia tertekan, selama aku tau perangai beruk dia ni dia cukup suka benda2 sensasi mcm ni, termasuk arwah abang dia... hang kenai ka anwar beruk ni betui2...
kalu tak kenai jgn bela dia lagi kaji dulu sejarah beruk ni!!
and YB zul ni auta saja.. zul ni mana ada teloq.. sembang saja lebih..
aku cabaq zul laknat ni berdebat ngan bos dia pasai kalimah ALLAH, satu malaya tau anwar dok jilat pungkoq kapiam tu...jagan cakap tak serupa bikin kalau nk glamer lebih.. harap2 dia buang kopiah atas pala tu...