Monday, January 4, 2010

Harun Din : kufur jika sokong guna kalimah Allah - status Anwar bagaimana?

"Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur sama," Kata Dr. Harun Din kepada Mstar bagi mengulas isu penggunaan nama Allah setelah Mahkamah Tinggi membenarkan pengunaan kalimah 'Allah' dalam akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly.

Timbalan Mursidul Am PAS itu juga meminta pemimpin politik yang menyatakan persetujuan pengunaan nama Allah di kalangan pihak kristian mengkaji semula sokongan tersebut, sambil menyeru umat islam bersatu pandangan dalam isu nama Allah ini.


Sesunguhnya kenyataan tokoh agama ini sekaligus telah menempelak sama tindakan Anwar dan Khalid Samad yang telah beria-ia menyokong penggunan nama Allah di pihak gereja Khatolik.

Hari ini seperti di siarkan harakah Dr. Muhd Nur Manuty, Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA) PKR secara konsisten menyatakan sokongan berterusan PKR atas keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan majalah Kristian menggunakan nama Allah.


"Kami berpandangan bahawa keinginan bukan islam untuk menggunakan perkataan Allah untuk menggambarkan Tuhan adalah perkembangan yang sangat baik dan harus diterima dengan hati terbuka dan murah hati. Oleh kerana itu tidak perlu bagi masyarakat islam di Malaysia untuk bertindak balas berlebihan atau takut bahawa agama islam akan terancam, "kata Nur Muhd.manuti di dalam kenyatan media tersebut.

Kenyataan Manuty ini sebenarnya adalah selari dengan apa yang pernah diucapkan Ketua umum PKR Anwar Ibrahim sebelum ini sewaktu pilihanraya Batang Ai di Sarawak tahun lalu.

Disebabkan isu pengunaan nama Allah ini PAS dan PKR dilihat mempunyai kekalutan kerana tidak sehaluan dan sependapat, dalam tempoh sekarang ini dikhabarkan Naib Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man telah mengarahkan Khalid Samad Ahli Parlimen Shah Alam menghentikan mengeluarkan pandangan.

Sementara Khalid Samad dalam akhbar harian hari ini telah membidas Zulkifli Nordin kerana menyarankan beliau keluar daripada PAS lantaran sokongan kepada keputusan Mahkamah.

4 comments:

Wangsa Maju said...

Salam,
Marina Mahathir juga kufur kerana menyokong penggunaan nama Allah untuk non muslim?
Lawat www.rantingsbymm.blogspot.com

Anonymous said...

org islam said...

i2 xkatakan ler sbb dia bukan bawa imej islam pun...pakai tudung pun x...entah islam pada nama je...ni yang nak tekankan orng yang mengaku lebih islam dari org laen..bawa lak imej islam..tapi sokong benda2...apa kes..ckap berapi..2 yang org kafir naik kepala...

10 BUDAK HITAM said...

Assalamualaikum saudara,

Dalam kita bersama-sama menongkah arus dan memperjuangkan setiap idea dan pendekatan ke arah kemakmuran dan keamanan sejagat,saya mohon jasa baik saudara untuk letakkan blog saya,

http://10sibudakhitam.blogspot.com/

dalam blog list saudara.Blog saudara juga telah saya masukkan dalam list saya agar kita dapat sama-sama berkongsi memartabatkan agama dan bangsa tercinta.

Saya dengan ini juga secara rasminya menjadi followers blog saudara.

Dalam memantapkan ukhwah dan merapatkan saf, harapan saya agar dapat kita sama-sama jadi followers blog dan buktikan pengikut kita lebih ramai bersatu-padu dalam menegakkan agama,bangsa dan negara.Tunjukkan inilah generasi maya yang bersatu dalam perjuangan di alam siber.

Menjadi followers di blog saya di http://10sibudakhitam.blogspot.com, saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Salam ukhwah dari 10 Si Budak Hitam..Assalamualaikum.

Anonymous said...

terima kasih saudara 10 budak hitam,

kepada wangsa maju, siapa pun melawan apa apa dikata dr ahrun din harus dikecam, tak kira la marina ke , pak lah ke, KJ . zaid ke anwar ke sape ke ...