Monday, November 22, 2010

kini di Anwaraidc



Makluman, buah fikiran Tomyam kini boleh dibaca di laman www.anwaraidc.com

Thursday, October 28, 2010

Sankara Nair pun pening gara-gara Anwar & KY Jelly


Dalam sesi soal jawab perbicaraan kes liwat Saiful Bukhari, pihak peguambela Anwar Ibrahim beria-ia ingin mendapatkan nota klinikal yang mendedahkan laporan sebenar melibatkan Saiful Bukhari.

Sankara Nair dalam perbicaraan sempat bertanyakan samada pelincir digunakan sewaktu Anwar meliwat Saiful, yang menimbulkan tanda tanya kenapa dia bertanyakan kepada Dr. Razali.

Apabila Dr. Razali menjawab kemungkinan ada, terus Sankara Nair tidak bertanyakan soalan tersebut.

Oleh itu sebenarnya kita dapat rumuskan seolah, Sankara Nair memang sudah mengetahui pelincir KY Jelly memang digunakan dalam hubungan seksual tersebut dan mungkin Anwar sudah memaklumkan kepada dirinya.

Adalah jelas gara-gara KY Jelly peguambela Anwar banyak tersepit di dalam kes liwat tersebut. Sudahlah Anwar terlupa memakai kondom pakai KY Jelly pula sewaktu meliwat.

Walaupun Anwar dan penyokongnya selalu mengatakan bahawa tiada kesan tusukan atau penetrasi ke atas dubur Saiful, malah portal Malaysiakini beria-ia mewawarkan bahawa tiada kesan pada rektum Saiful.

Kalau kisah itu berlaku pada tahun 1999 mungkin Anwar boleh kelentong kepada umum, namun kini tahun 2010 pelbagai alat bantuan seksual wujud dipasaran. Malah dimana-mana sahaja kita boleh dapati alat bantuan seksual seperti KY Jelly dengan mudah dipasaran termasuk kedai 24 jam.

Kerana terlalu inginkan kepuasan seksual akhirnya kini ia menjerat Anwar kembali, Pelincir atau lubricant sebenarnya memang digemari oleh lelaki Gay dalam hubungan seksual kerana ia direka khusus untuk meningkatkan kenikmatan seks anal. Biasanya ia hanyalah sebuah gel lebih pekat daripada cecair dan kepekatan inilah lebih disukai kerana ia dapat membantu memudahkan proses hubungan intim.

Manakala pasangan pula tidak akan mengalami sebarang kecederaan sewaktu proses intim berlaku. Dan KY Jelly memang disyorkan oleh banyak pihak berkaitan sekiranya ingin melakukan anak seks. Klik sini.

Sila baca kembali artikel berkaitan KY Jelly dan kaitan dengan Anwar klik sini.

Wednesday, October 27, 2010

kenapa Anwar cuba meletakkan dirinya pejuang LGBT


Menurut sebuah laman Gay Utopia, populasi kelompok gay di Klang Valley adalah berjumlah 160 ribu orang, menurut laman tersebut biasanya dari 100, ribu penduduk akan ada 5-6 ribu populasinya cenderung kepada gay.

Kalau benar kiraan laman tersebut, ini bermakna populasi komuniti Gay di Klang Valley boleh menyamai separuh penduduk negeri Perlis Indera Kayangan yang berjumlah 300,00 orang dan ianya satu jumlah yang besar dan boleh mempengaruhi keputusan pilihanraya di banyak kawasan.

Anwar kini cuba meletakkan dirinya adalah pembela kepada golongan minoriti termasuk kelompok LGBT di Malaysia. Walaupun rata-rata masyarakat LGBT di Malaysia mengambil keputusan tidak mahu campur dalam urusan politik Malaysia.

Sikap dan taktik Anwar ini sebenarnya boleh dibaca melalui taktikalnya yang menempatkan diri ke dalam masyarakat komuniti Cina dan India sebelum ini. Perlahan-lahan selepas itu ia akan menarik komuniti tersebut ke dalam permasahannya. Inilah jahatnya manusia bernama Anwar.

Dahulu beliau pernah cuba mengheret sama Amerika Syarikat dalam masalah perlakuan tidak bermoralnya, namun kini dibawah Obama kuasa besar dunia itu enggan terlibat dengan permasalahan Anwar.

Hanya komuniti LGBT sahaja kumpulan akhir yang menjadi sandaran Anwar kini, itupun setelah "Sodomy Tour " sebelum ini di eropah pun gagal mencapai matlamat seperti yang diiinginkan Anwar.

Anwar tentu gembira hari ini apabila ada beberapa komuniti gay menjadikan Anwar sebagai ikon kepada kelompok LGBT yang teraniya. Namun pada masa sama juga nama Anwar juga di lihat buruk pada komuniti LGBT kerana dianggap gay tidak bermoral. klik sini.

Dari tinjauan secara rambang kepada kelompok LGBT di Malaysia, sebenarnya tidak ramai pun yang bersimpati dengan Anwar Ibrahim, malah ada di kalangan LGBT menyatakan Anwar hanya ingin memperalatkan mereka sahaja demi kepentingan politik peribadi.

Samada betul atau tidak pandangan mereka sama-samalah kita perhatikan jejak Anwar Ibrahim dalam kes liwatnya.

Wednesday, October 20, 2010

Demi Anwar : Farhash sanggup masuk GYM cantikan body?



Farhash Wafa Salvador dikatakan merupakan jambu terbaru Anwar Klik sini. Pemuda lepasan Universiti Portsmouth itu dikatakan dilantik sebagai koordinator politik Anwar bagi mengantikan Saiful Bukhari pada tahun 2008.

Sebagai ganjarannya Anwar telah memberikan tempat kepada pemuda berasal dari Perak tersebut jawatan Pengarah di dalam Syarikat Qaswa Auto milik Azmin Ali, syarikat yang menjual kereta import mewah di Taman Tun Dr. Ismail Kuala Lumpur.

Farhash sewaktu belajar di London merupakan President Of Anwar Ibrahim Club United Kingdom.

Dahulunya beliau merupakan seorang Chubby namun selepas diambil bekerja dengan Anwar Ibrahim pada tahun 2008, beliau memang memahami apa yang paling disukai oleh Anwar Ibrahim.

Jesteru itu, pada tahun 2009 beliau telah mendaftarkan diri di sebuah kelab GYM yang terletak di Bandar Tasek Permaisuri. Kawasan bandar Tasek permaisuri malah Tasek Permaisuri di Cheras merupakan kawasan "hot" bagi tumpuan kelompok Gay di Lembah Klang.

Malah beberapa restoran di bandar Tasek Permaisuri merupakan lokasi pertemuan golongan tersebut.

Wednesday, October 13, 2010

Anwar langgar nilai-nilai gay : LGBT engan sokong ?

Guido bersama pasangannya setianya Michael Mronz, dikatakan menolak membantu dan memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim kerana bekas Presiden Abim itu telah mencemarkan nama baik kumpulan LGBT dengan pelakuan tidak bermoral ( Anwar mengadakan hubungan seksual paksa dengan mangsa) dan seterusnya mencemarkan nama baik kelompok tersebut, difahamkan Anwar cuba mencari ruang untuk bertemu dengan Guido dan Angela Merkel namun gagal dalam usahanya.

Guido Westerwelle Vice Chansellor Jerman di katakan enggan menemui Anwar Ibrahim semasa lawatan bekas Presiden Abim tersebut sempena Sodomy Tour di rantau eropah.

Menurut sebuah akhbar Jerman lawatan Anwar ke Berlin, Brussel, London serta new York adalah rentetan usahanya untuk mempengaruhi pemimpin dunia campur tangan dalam kes liwatnya dengan Saiful Bukhari Azlan.

Dan Anwar sebenarnya kini di dalam keadaan tersepit kerana dikatakan tidak kesemua kelompok LGBT menyatakan sokongan kepada dirinya.Lebih-lebih lagi pemimpin dunia yang sealiran pun jelas tidak mahu membantunya.

Sepertimana Guido yang dikatakan enggan terlibat dengan permasalahan Anwar, kumpulan LGBT eropah juga dikatakan enggan member ulasan berkaitan iisu liwat Anwar Ibrahim. Hanya kumpulan hak asasi dan parti politik seperti Green Party yang ingin meraih kesempatan kepada kumpulan LGBT sahaja yang tampil membela Anwar.

Situasi ini berlaku kerana dikatakan Anwar sebenarnya telah melanggar nilai-nilai yang ada pada kelompok LGBT.

Biasanya kelompok LGBT mempunyai kehidupan mereka sendiri, dan dalam soal hubungan seksual, hubungan yang terjalin adalah bersandarkan hubungan suka sama suka dan buka melibatkan paksaan.

Di dalam kes Anwar dan Saiful, komuniti Gay melihat Anwar telah memperdayakan Saiful untuk melakukan hubungan seksual,dan wujudnya unsure paksaan dan ini telah melanggar normal seksual kehidupan kumpulan tersebut.

Sebelum ini Richard Bradson pemilik Virgin sendiri sewaktu di Kuala Lumpur menyatakan kes liwat Anwar sebenarnya telah memalukan Malaysia. Walaupun masyarakat di Malaysia memandang kenyataan Richard tersebut sebagai negative kepada kerajaan Malaysia, namun sebenarnya bagi kelompok LGBT seperti Richard mereka melihat Anwar sebenarnya yang telah merosakan kredibiliti Malaysia apabila melakukan hubungan seksual secara paksaan, (seolah Anwar telah merogol seseorang perempuan ).

Dan masyarakat barat sepertimana Richard Branson dan Guido Westerwelle tidak boleh menerima kaedah Anwar melayan nafsu buas seksualnya melalui cara tersebut.

Sementara itu seorang gay di sebuah laman menyatakan seharusnya Anwar tidak melibatkan orang lain di dalam masalah yang di hadapinya.

Kenyataan tersebut ada benarnya jika kita melihat kepada gaya berpolitik Anwar sekarang.Disebabkan terhimpit dengan masalah politik dan imej banduan yang membelengu dirinya.

Beliau telah mengheret kaum cina, India dalam permasalahannya, kini kelompok LGBT pun mau diheret sama dalam perjuangan politiknya.

Oleh yang demikian sebenarnya, demi meraih sokomgan Anwar kini telah cuba merosakan kehidupan kelompok LGBT yang semalam ini hanya bersembunyi di sebalik tembok sahaja, dengan mendedahkan perihal kisah dibelakang tabir kepada kelompok LGBT secara tidak lansung.

Monday, October 11, 2010

Status Gay Anwar ; Bot , Top or Flexi ?

Cuba perhatikan "bahasa badan" Anwar Ibrahim dan cara beliau mengengam erat tangan peminatnya sewaktu sesi lawatan ke London.

Anwar semenjak dari dahulu amat sukakan lelaki yang cantik dipandang, tabiatnya luar biasanya ini dipengaruhi oleh habitat luar biasanya daripada manusia normal.

Jika tidak percaya cuba perhatikan siapa lelaki-lelaki yang pernah dipilih olehnya untuk membantu kerja-kerja parti ataupun pembantu peribadi semuanya merupakan lelaki yang enak dipandang mata.

Namun dikalangan pengamal gay timbul desas desus apakah status sebenar Anwar Ibrahim adakah beliau seorang “Top” atau "Bottom" atau mungkin juga seorang "Flexi".

Teori satu mengatakan beliau memang seorang Top semenjak beliau belajar di MCKK lagi, kehidupan berasrama di kolej lelaki tersebut telah mendedahkan beliau dengan pelakuan hubungan seksual songsang. Dan dikatakan juga Anwar ramai menyimpan lelaki-lelaki simpanan sejak dahulu sehinggalah sekarang.

Manakala Teori kedua pula mengatakan bahawa Anwar sebenarnya Flexi tetapi lebih kepada Top, dikatakan Anwar semenjak di MCKK Anwar pernah menjadi botom kepada pelajar senior di kolej tersebut.

Menurut beberapa lelaki gay yang ditemui, dalam kes hubungan Anwar dengan Mustapha Anes, Anwar - Al Gore dan beberapa kenalan Anwar

dengan lelaki songsang di seluruh dunia, sebenarnya wujud "GAYDAR" Anwar seolah bertindak sebagai botom kepada lelaki-lelaki berkenan.

Sebenarnya adalah tidak mengejutkan jika Anwar merupakan pasangan kepada Mustapha Anes dan AL Gore jika teori kedua mengatakan Anwar merupakan lelaki Gay flexi. Gay Flexi ini merupakan status lelaki gay yang boleh bertindak dalam kedua-dua posisi hubungan seksual.

Cuba kita perhatikan hubungan Anwar dengan lelaki lelaki tersebut dan bagaimana Al Gore cuba menolong sehabis mungkin Anwar Ibrahim hingga sanggup merendahkan dirinya demi Anwar Ibrahim, adakah ia sekadar sahabat biasa atau ada hubungan lain disebaliknya. Dan kita juga tahu Generation Investment Management Group sebuah syarikat milik Al Gore di London telah melantik Anwar sebagai Ahli Lembaga Penasihat Antarabangsa dengan gaji dan elaun yang amat lumayan. Klik sini . Tindakan Al gore ini tidak ubah seperti skandal melibatkan rakan baik Anwar, MR Paul Wolfowitz yang telah melantik kekasihnya Shaha Rieza di Bank Dunia dan mengetuai sebuah yayasan hantu Foundation For Future di Timur Tengah. FFF.

Sementara itu, seorang dari komuniti LGBT ini di sebuah laman gay Fridae bernama Lingzhi menyatakan pada pemerhatiannya Anwar merupakan lelaki Gay Dominan membawa maksud lebih kepada TOP. Kenyat Dan menurut beliau lagi Anwar tidak ubah seperti pemimpin besar di zaman Greek yang sukakan lelaki muda sebagai pembantu peribadi untuk memudahkan melayan nafsu seksualnya.

Hujah Lingzhi ini pula jika diperhatikan ada kebenaranya jika kita perhatikan apa yang dilakukan Anwar sekarang dan seolah Teroi mengatakan Anwar mempunyai status "Top" lebih tepat.

Anwar selalu membawa bersamanya lelaki-lelaki muda untuk menemaninya termasuk dalam program politik seperti tindakan beliau membawa Saiful Bukhari dalam satu kempen di Pulau Pinang pada tahun 2008. Walaupun bila isu liwat meletup beliau cuba menafikan kenal dengan pembancuh kopi tersebut.

Cuba kita perhatikan gambar-gambar di bawah yang diambil dari video siri lawatan ceramahnya keseluruh Negara. Apa yang kita dapat tafsirkan dari gambar tersebut.

Sunday, October 10, 2010

Rahsia diari merah Anwar di tangan Rahimi?

Apabila Saiful Bukhari membuat laporan polis mengenai tindakan Anwar meliwat dirinya, Rahimi Osman bekas Setiausaha Anwar menyatakan Ketua Umum PKR tersebut telah berada dalam keadaan mengigil ketakutkan dan mukanya berwajah pucat lesi.

“Saya boleh cabar pemimpin parti yang ada pada malam itu di Quality Hotel untuk nafikan bahawa muka Anwar pucat lesi”. Cabar Rahimi kepada pemimpin PKR dalam satu kenyataan.

Rahimi memberi kenyataan demikian bagi membalas kenyataan Latheefa Koya yang telah menfitnah dirinya mencari perlindungan dari pihak berkuasa saat kes liwat Saiful Bukhari meletup, sebelum itu pada 6 Oktober lalu beliau telah membuat laporan polis mengatakan dirinya telah edipaksa oleh Latheefa Koya dan Saiful Izham untuk menandatangani akuan bersumpah pada tahun 2008 melibatkan kes liwat Saiful Bukhari.

Rahimi juga dengan berani telah menempelak bekas bosnya Anwar Ibrahim,

“Kalau dia seorang hero dan tidak takut, kenapa pula perlu lari ke kedutaan Turki?” soal Rahimi dengan lantang, seolah-olah ada sesuatu yang Rahimi tidak berpuas hati dengan pencabul kepada rakan baiknya Saiful Bukhari.

Tindakan Rahimi membuat laporan polis sememangnya membuatkan Anwar tidak senang duduk di New York, kesempatan yang ada di di sana disi dengan mengajak teman baiknya si Al Gore ( juga biseksual) untuk menenangkan jiwa mendengar alunan muzik Mozart dari American Muzikal Orkestra .

Tak tahulah apa yang diluahkan oleh Anwar kepada Al – Gore, mungkin untuk meredakan ketegangan fikirannya setelah “Sodomy Tour” di Eropah pun tidak berjaya sepenuhnya dan begitu juga situasi yang tidak memihak kepada dirinya di Malaysia ekoran pendedahan Rahimi.

Pendedahan Anwar pucat lesi tatkala kisah belakang tabirnya terbongkar sememangnya mengejutkan, sebelum ini bukan main angkuh lagi beliau mencabar dan memperlekeh sesiapa sahaja untuk berlawan dan bermain politik dengan dirinya.

Namun kerana air mani dirinya di dalam punggung Saiful, keegoan dan riak tokoh masyarakat Madani itu layu-selayunya seolah sedang berjumpa dengan hantu pontianak.

Itulah Anwar Ibrahim manusia berwajah pelbagai wajah yang penuh hipokrit dan tipu daya.

Setelah gagal meraih perhatian dari pemimpin Amerika Syarikat dan malah Presiden Obama langsung tidak mempedulikannya. Anwar cuba melobi pemimpin di Eropah agar turut menekan kerajaan Malaysia ekoran kes liwatnya.

Namun apakan daya lobi beliau juga alami kehampaan, hanya badan-badan bukan kerajaan dan beberapa pihak yang ada kaitan dengan perjuangan LGBT sahaja yang ingin membantunya, antaranya seperti.

Di Eropah beliau cuba sehabis mungkin meraih simpati kerajaan eropah, namun kerajaan eropah pun mengambil tindakan sama dengan Obama enggan masuk campur isu liwat tersebut.

Rakan baik Anwar Yahudi Soros berhabis daya melalui medianya di eropah untuk melobi Anwar namun yang sanggup membantu hanyalah Amnesty International sebuah badan yang agresif melobi hak kumpulan Gay Lesbian (LGBT) sejak 2001 supaya masyarakat LGBT memperolehi hak sebagaimana orang biasa.

Manakala di German hanya party hijau (Green party) sahaja yang menggesa kerajaan Malaysia menarik balik tuduhan kepada Anwar Ibrahim. Green Party merupakan antara parti paling mesra LGBT dan menjadi pembela kepada hak LGBT di parlimen Jerman, salah seorang ahli parlimennya juga merupakan seorang Gay.

Samada Anwar tertekan dengan situasi terbaru ini, hanya Anwar dan kenalan terdekat sahaja yang tahu.

Satu perkara yang aneh juga menjadi tanda tanya ialah kenapa Rahimi Osman yang pernah disembunyikan oleh Anwar di Hotel Quality Shah alam pada tahun 2008 apabila isu Saiful meletup, Anwar dan kumpulannya kini cuba memperlekeh dan menyerang dengan agresif bekas pemegang diari merah Anwar tersebut sebagaimana yang pernah dilakukan kepada Saiful Bukhari dan Ezam Mohd Noor.

Yang pelik dan menjanggalkan lagi dakwaan Latheefa Koya bahawa Rahimi telah mengigil ketakutan semasa itu sebenarnya adalah tidak logik, kerana yang meliwat Saiful bukan Rahimi tetapi Anwar Ibrahim. Rahimi hanya bertindak sebagai rakan baik kepada Saiful sahaja. Oleh yang demikian, dakwaan Rahimi bekas bosnya yang mengigil ketakutan lebih berasas dan masuk akal.

Kisah Anwar dan Rahimi dijangka tidak habis dalam tempoh terdekat, berdasarkan kenyataaan Rahimi ke atas Anwar dan PKR sekarang, seakan ada pendedahan lain akan muncul berkaitan apa yang berlaku sebelum ini antara moral Anwar Ibrahim dan partinya.

Friday, October 1, 2010

Azmin & Anwar punya cacat cela tidak layak memimpin - Ahli PKR

Apa sudah jadi kepada Azmin Ali? Di kawasannya Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), Abu Bakar Ninggal telah mengambil tindakan menawarkan diri bertanding bagi jawatan Ketua Cabang PKR Gombak pada mesyuarat cabang itu Ahad ini yang sekaligus menolak kepimpinan orang kanan kepada Anwar tersebut.

Abu Bakar menyatakan beliau mengambil tindakan tersebut bertujuan memberi pengajaran kepada Mohd Azmin Ali yang didakwanya semakin lupa diri.

Beliau berkata, Azmin yang juga Naib Presiden parti itu kini sudah berubah dan tidak lagi mempedulikan masalah rakyat di kawasan itu selepas dipilih sebagai wakil rakyat pada pilihan raya umum 2008.

“Saya mahu bertanding jawatan itu kerana bagi saya Azmin memiliki cacat cela yang banyak dalam kepemimpinan.

Beliau kini tidak lagi mesra rakyat, telefon selalu tutup, majlis yang dianjurkan rakyat tidak datang, ini adalah satu pengajaran untuk beliau bermuhasabah. “

Abu Bakar yang juga peniaga buku berkata, beliau hilang keyakinan kepada kepemimpinan Azmin apabila pemimpin PKR itu tidak lagi mengamalkan sikap rendah diri dan ia lebih teruk jika dibandingkan dengan UMNO.

“Saya orang yang berada di bawah ketiak dia dari 1999 sehingga 2005, jadi saya tahu dia punya sikap. Azmin tidak boleh ditegur oleh sesiapa pun. “

Ada orang kuatnya menghubungi saya dan meminta supaya menarik balik hasrat untuk bertanding ketua cabang, tetapi saya tetap dengan pendirian saya ini, katanya kepada sebuah portal berita tempatan.

Sebelum ini Azmin dilaporkan oleh banyak pihak merupakan seorang yang kuat cemburu lebih-lebih lagi kepada sesiapa sahaja yang cuba mendekati Anwar Ibrahim.

Dalam satu kenyataan terbaru Azmin juga menyatakan kesetiaan beliau kepada Anwar memang tidak berpelah bahagi dan tidak perlu meragui dirinya.Kenyataan Azmin itu timbul setelah ia diasak oleh Zaid Ibrahim calon Timbalan Presiden PKR.

Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak turut dicalonkan bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PKR dan dijangka berdepan bekas Menteri Kabinet, Datuk Zaid Ibrahim.

Dalam satu kenyataan terbaru Azmin juga menyatakan kesetiaan beliau kepada Anwar memang tidak berpelah bahagi dan tidak perlu meragui dirinya.Kenyataan Azmin itu timbul setelah ia diasak oleh Zaid Ibrahim calon bagi jawatan Timbalan Presiden PKR mengenai kesetiaanya kepada Parti dan Presiden sekarang Wan Azizah Wan Ismail.

“Saya berkhidmat dengan Anwar selama lebih 26 tahun termasuk 13 tahun dalam kerajaan dan saya adalah pegawai yang paling lama memberikan khidmat kepada beliau, tujuh tahun ketika beliau berada dalam penjara saya terus setia pada perjuangan dan menjaga kebajikan keluarganya.”

Menurut kenyataan Nalakarupan bekas rakan baik Anwar Ibrahim sebelum ini ada memaklumkan bahawa Azmin memang mempunyai hubungan yang intim dengan Anwar Ibrahim hingga terlalu besar pengorbanan Azmin untuk Anwar dan tiada orang lain mampu lakukan seperti mana Azmin.

Namun begitu hubungan intim inilah yang kadang-kala menyebabkan pentadbiran Parti PKR tunggang langgang. Wan Azizah banyak kali tidak selesa dengan tindakan Azmin yang seolah tidak menghormati diriya sebagai Presiden.

Oleh sebab itulah kita dapati Nurul Izah tanpa dijangka telah mengambil tindakan mengejutkan dengan menyatakan kesedian bertanding jawatan Naib Presiden setelah mengetahui Azmin dengan mudah akan menang jawatan Timbalan Presiden PKR nanti. Nurul Izah kini secara terbukan menyatakan bahawa beliau menyokong Zaid Ibrahim sebagai Timbalan Presiden PKR seolah begitu bencikan Azmin Ali.

Sepertimana Abu Bakar Ninggal yang mula menolak Azmin Ali kerana wujud cacat cela yang melampau dan tidak layak menerajui pimpinan Parti. Situasi itulah juga kini membelengu ahli PKR lain terhadap pimpinan Anwar Azmin.

Dan tidak mengejutkan kini kita melihat ada pihak/fraksi dalam PKR kini ingin menobatkan Zaid Ibrahim sebagai ganti kepada Azmin kerana bosan dengan permainan Anwar dan Azmin serta hubungan mesra mereka keduannya.

Hubungan mesra yang melampau batas antara Anwar dan Azmin umpama pasangan kekasih itulah sebenarnya yang merimaskan anggota parti dan pimpinan PKR.

Thursday, September 30, 2010

Fetstival Filem Q ; Anwar dilayan ekslusif di Jakarta.?



Anwar sekarang ini dianggap sebagai ikon LGBT dikalangan kelompok songsang tersebut, keberanian Anwar untuk memperjuangkan hak samarata dilihat selari apa yang ingin diperjuangkan oleh kumpulan LGBT diseluruh dunia.

Bayangkan bumi Indonesia yang terkenal dengan Wali Songo dan terkenal dengan pesantren dan pondok pengajian kelas agama kini di datangi oleh kelompok Gay Lesbian gara-.gara alunan demokrasi dan kebebasan ciptaan Negara barat.

Anwar Ibrahim selalu melaungkan bahawa Indonesia kini bersama Turki merupakan Negara demokrasi contoh dan memberi hak kebasan kepada rakyatnya. Malah Anwar pun ingin turut sama menjadikan Malaysia sebagaimana agenda impiannya.

Bram Hendrawan seorang aktivis Gay Indonesia dalam satu kuliah menyatakan bahawa kebebasan yang dimiliki oleh kumpulan Gay lesbian ini sebenarnya adalah kejayaan dari runtuhnya sistem orde baru pemerintahan Suharto pada tahun 1998.

Bram Hendrawan lahir dan dibesarkan di Indonesia, pada tahun 2003 beliau berhijrah ke Belanda untuk menyambung pengajian sarjana Pengajian Media di Universiti Amsterdam. Belanda merupakan negara pertama di dunia yang mengiktiraf perkahwinan sejenis di dunia. Klik sini untuk bacaan seterusnya.

Semenjak reformasi 1998 masyarakat Gay semakin berkembang dengan pesat di Indonesia.

Di Hotel Prince Palembang, pernah diadakan pertunjukan Gay secara tertutup dengan diadakan tarian bogel melibatkan lelaki-lelaki gay, suatu situasi yang tidak pernah wujud di Indonesia.

Anwar Ibrahim yang sekarang ini sibuk membawa demokrasi kebebasan sebagaimana di Indonesia di katakan telah mengunjungi Indonesia pada 26 September 2010 saat satu festival filem Gay LGBT sedang berlansung di Indonesia. Dalam satu majlis di sebelah malam setelah menghadiri forum di sebuah hotel, Anwar dikatakan diberikan layanan ekslusif oleh pihak penganjur.

Kedatangan Anwar ke Jakarta saat Festifval Filem Gay ini berlansung secara tidak langsung membuktikan beliau adalah ikon kepada masyarakat Gay Asia.

Tatkala kes liwatnya belum dibicarakan dengan tersusun di Mahkamah, Anwar telah mengheret seluruh komunity gay antarabangsa untuk menyokongnya. Dengan mengunakan alasan menyatakan perbicaraan itu adalah untuk menutup kareer politiknya. Beliau tidak pernah secara terbuka dirinya tidak terlibat dengan kes liwat tersebut, sebaliknya menuduh ia konspirasi kerajaan.

Arus Pelangi sebuah kumpulan LGBT yang ditubuhkan pada tahun 2006 di Indonesia sekarang ini merupakan antara badan yang aktif memperjuangkan hak kumpulan Gay Lesbian. Kumpulan ini diwujudkan dengan matlamat untuk membela golongan gay, lesbian dan pengamal hubungan sejenis di Indonesia.

Yang menariknya kumpulan ini akan mengangkat seboleh mungkin mana-mana pemimpin agama yang mengiktiraf kelompok mereka seperti Musdah Mulia seorang tokoh Islam Moderat dari Nahdatul Ulama yang menyokong perjuangan golongan gay. Sikap Musdah Mulia yang mengatakan Islam membenarkan perlakuan Gay Lesbian telah memburukkan lagi imej Indonesia Indonesia sebagai sebuah Negara yang pernah melahirkan ulama hebat sebelum ini.

Indonesia yang dikenali sebagai Negara yang paling ramai umat islam memang sejak sekian lama diimpikan oleh kuasa barat . Sejak cetusan kemerdekaan dari Sukarno dari penjajahan Belanda tidak ada negara yang mampu menakluk Negara tersebut.

Namun laungan demokrasi dan kebesan akhirnya menyebabkan Negara yang pernah menerajui kumpulan Negara –Negara berkecuali (NAM) sewaktu perang dingin itu runtuh menyembah kuasa barat.

Dan kini agenda barat semakin melebar melalui aktiviti dan penganjuran pelbagai program yang tidak menepati syariat islam untuk menghilangkan fungsi Indonesia sebagai sebuah pusat yang pernah melahirkan Tamadun islam di nusantara.

Adakah ini juga akan berlaku di Malaysia sekiranya Anwar maju ke Putrajaya?

Wednesday, September 29, 2010

Richard Branson ; Wan Azizah setuju kes liwat Anwar dipercepatkan


Dalam laman Anwaribrahim blog hari ini, ada keajaiban berlaku selalunya apabila ada tokoh antarabangsa mengesa Anwar dibebaskan dari pertuduhan kes liwatnya. Anwar akan mengambil desakan kata-kata tokoh tersebut untuk diwawarkan kepada pengikutnya.

Namun yang peliknya hari ini, kenyataan memang dikeluarkan di laman tersebut bagi menyambut sokongan Branson kepada Anwar, namun di perenggan akhir dinyatakan ia merupakan kata-kata Presiden PKR iaitu Wan Azizah bukan sebagaimana lazimnya akan ditulis nama sebagai Anwar Ibrahim.

Timbul persoalan adakah Anwar malu untuk mengatakan dirinya rapat dengan Richard Branson, kerana status Branson juga merupakan seorang biseksual dan merupakan kroni kepada Al Gore serta kenalan baik Anwar Ibrahim.

Tentu aneh sebenarnya tindakan Anwar kali ini, yang seolah-oleh ingin menjauhkan diri dari dikaitkan dengan pemilik syarikat penerbangan tambang murah di eropah dan penaja kepada kelab Gay di London.

Dalam satu majlis di Kuala Lumpur yang dikendalikan oleh Lorraine Hans yang juga pernah menemubual Anwar sewaktu di Munich. Branson mengatakan bahawa PM Malaysia harus masuk campur dalam kes liwat Anwar Ibrahim.

Ucapan Branson itu menyebabkan berduyun-duyun penyokong Anwar termasuk di dalam PAS mengambil kata-kata Branson tersebut. Seolah - olah Anwar menang lagi dalam isu kes liwatnya sepertimana digambarkan kes liwatnya pada tahun 1998. Walaupun ketika itu seperti yang dinyatakan Lorraine Hans wartawan yang menemubual Branson bahawa hakim memutuskan kegiatan liwat antara Sukma dan Anwar Ibrahim tetap berlaku walaupun Anwar dibebaskan dari hukuman.

Sebenarnya kata-kata Richard Branson di majlis tersebut telah membuktikan bahawa langsung tiada campur tangan di pihak kerajaan ataupun Perdana Menteri melibatkan kes liwat Anwar Ibrahim :-

Laporan the malaysian insider hari ini [klik di sini] menyebut Richard Branson, pengasas Virgin Group mendesak Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Abdul Razak agar 'campurtangan' dalam kes perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkannya sebagai 'duri' kepada reputasi baik Malaysia.

Sumber : AIDC News

Sebelum ini Anwar dan penyokongnya selalu mengatakan bahawa kes liwatnya dengan Saiful Bukhari merupakan satu konspirasi terancang Najib Tun Razak terhadap Anwar Ibrahim. Nah sekarang orang luar pula telah mendesak Najb untuk campur tangan kes tersebut, tentu pelik bukan.

Faktanya hari ini kalau kita perhatikan kes liwat Anwar sebenarnya boleh diselesaikan dengan mudah sekiranya Anwar sanggup menghadapi perbicaraan tersebut. Namun kalau kita perhatikan Anwar sendiri sebenarnya yang banyak timbulkan pelbagai karenah untuk melarikan dari berhadapan dengan bekas pembantunya Saiful Bukhari di Mahkamah.

Dan sebenarnya kita juga seharusnya berterima kasih kepada Branson kerana telah membersihkan nama Perdana Menteri kita dari dikaitkan dengan kes liwat Anwar Ibrahim. Sesungguhnya kes liwat Anwar bukanlah konspirasi tetapi kenyataan yang pelu diterima oleh penyokong Anwar sendiri.

Sekarang Wan Azizah di dalam blog Anwar juga inginkan Najib campurtangan, oleh itu harus kita mendesak ia disokong dengan meminta Najib mempercepatkan perbicaraan yang telah memakan tempoh masa yang terlalu lama.

Tuesday, September 28, 2010

Lorraine Hans -Wartawan CNN melihat Anwar sebagai gay

Lorraine Hans bekas wartawan CNN di dalam temubual dengan Anwar Ibrahim Di Munich pada tahun 2004 pernah menyatakan kepada Anwar Ibrahim dalam tembual itu ,Hakim memutuskan kes liwatnya adalah 2-1 iaitu aktiviti liwat memang sah berlaku antara Anwar dan mangsanya sewaktu itu Sukma Darmawan.

Persoalan itu membangkitkan amarah Anwar Ibrahim dengan terus menyerang sistem kehakiman di Malaysia yang didakwa tidak adil pada dirinya.

Namun begitu pada ceramah umum sebaik dia kembali ke Malaysia selepas itu, media dibawah pengaruhnya langsung tidak menceritakan keputusan hakim tersebut sebaliknya lebih kepada menyatakan tuduhan liwat ditarik balik dan digembar-gemburkan ia hanyalah konspirasi sahaja.

Namun yang menjadi persoalan kenapa wartawan berpengalaman Lorraine Hans berani bertanyakan soalan tersebut. Lorraine Hans semasa itu merupakan wartawan CNN berpengkalan di Hongkong dan beliau telah banyak menerumahan pelbagai tokoh diserata dunia.

Yang menariknya ramai tokoh di temuramahnya juga merupakan tokoh yang dikaitkan dengan Gay LGBT. Oleh itu dapat kita andaikan bahawa beliau seolah mengetahui bahawa Anwar sememangnya gay dan kerana itulah beliau bertanya soalan tersebut kepada Anwar.

Antara tokoh gay LGBT lain yang pernah ditemuramahnya adalah Giargio Armani, Eltoh John, Jin Xing bekas tentera rakyat China yang menukar status jantinanya hingga menjadi isu di Republic China.

Dapat kita katakan wartawan kelahiran Singapura itu tidak akan terbang jauh semata-mata untuk mendapatkan Anwar sekiranya bekas Presiden Abim itu bukan tokoh kontroversi sebagaimana beberapa nama yang pernah ditemubual olehnya.

Sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri di negara islam dan akhirnya jatuh kerana dikaitkan dengan hubungan songsang dengan lelaki sudah tentu ramai pihak akan ingin menyoroti perkembangan tokoh tersebut.

Sebelum ini di kalangan Negara islam moden hanya Kamal Atarturk sahaja tokoh dunia islam pernah dikaitkan dengan pelakuan gay, oleh itu kehadiran Anwar sudah tentu akan dinanti oleh media barat yang sememangnya sudah lama menanti Kamal Atarturk versi baru untuk diangkat sebagaimana Atarturk sewaktu era Turki Moden dahulu.

Wednesday, September 22, 2010

Rafizi Ramli mula lancar perang terhadap CheGu Bard


Oleh Tom Yam

Persaingan merebut jawatan Ketua AMK dijangka semakin hangat apabila calon pilihan Anwar Ibrahim Rafizi Ramly dikatakan akan mula menggerakan jentera kempennya bermula malam esok apabila kumpulan akan melancarkan Program Generasi Reformasi dengan menjadikan Kelab Darul Ehsan di Ampang sebagai tapak pelancaran RoadShow seluruh Negara tersebut.

Adalah dipercayai program yang diaturkan Rafizi ini adalah bagi membendung kemaraan kumpulan pesaingnya Che Gu Bard (Badrul Hisham )yang dikatakan mendapat restu dari Ketua AMK sekarang Shamsul Iskandar.

Jumlah pencalonan buat masa ini dikatakan lebih memihak kepada Che Gu Bard dan meninggalkan Rafizr Ramli dan Hasmi Hashim.

Dikatakan juga Rafizi Ramli mula diserang dari kumpulan Che Gu Bard dengan pelbagai dakwaan dengan memperlehkan kredibiliti yang ada pada dirinya. Hingga menyebabkan Nik Nazmi tampil membersihkan bekas Pengurus kanan di Petronas Carigali tersebut.

Rafizi Ramli yang mengenali Anwar dan tertarik dengan Ketua umum PKR tersebut semenjak beliau masih belajar di MCKK , dikatakan memainkan peranan penting dengan menasihat Anwar di dalam aspek Ekonomi dinegeri Selangor.

Malah segala apa yang dipertuturkan oleh Anwar berkaitan ekonomi kebanyakkannya adalah idea dari Rafizy. Hari ini Anwar menempatkan beliau dikerusi empuk sebagai Ketua Eksekutif Penasihat Ekonomi negeri Selangor.

Nik Nazmi Adun Seri Setia dan bekas Setpol MB Selangor, kini merupakan Pengarah Komunikasi PKR merupakan anak didik Rafizi Ramly. Oleh itu tidak menghairankan jika kita melihat Nik Nazmi berkerja keras agar Rafizy Ramli memenangi jawatan Ketua AMK.

Di dalam persaingan merebut jawatan ketua AMK tersebut, Rafizy menjadikan Amirudin Shaari sebagai regunya dalam kumpulan Generasi Reformasi tersebut sebagai calon TIMBALAN KETUA, sementarSIM TZE TZIN dan Kesavan Subramanian sebagai calon Naib Ketua AMK.

Dengan 19 Road Show diaturkan oleh kumpulan Generasi Reformasi ini untuk melawan kerja Che Gua Bard dan Hasmi Hashim adalah dijangkan persaingan merebut jawatan Ketua AMK PKR kali ini adalah sengit.


Lebih-lebih lagi kumpulan Che Gu Bard mendapat sokongan penuh daripada Shamsul Iskandar. Walaupun Che Gu Bard tidak mempunyai latar belakang Akademik yang hebat seperti mana dimiliki Rafizi Ramli, namun dipercayai akar umbi PKR dikatakan lebih selesa dengan gerak kerja Che Gu Bard yang datangnya dari kelompok biasa PKR.


Begitu juga dengan Hasmi Hashim yang dikatakan akan mendapat sokongan dari kelompok tengah dan sosialis di dalam AMK. Dilabel sebagai kumpulan Pencerahan, tindakan agresif Hasmi Hashim dalam melontarkan idea dijangka menarik perhatikan banyak pihak di dalam AMK PKR untuk menyokongnya.


Walaupun Hasmi Hashim tidak segah nama Rafizy Ramli dan Che Gu Bard namun dia rapat dengan akar umbi PKR. Oleh itu lawannya tidak boleh mengambil mudah ancaman daripada Ketua PKR Parit Sulong tersebut.

Anwar, David Beckham dan Urutan Seksual


Gara-gara pemain Bolasepak LA Galaxy David Becham awal minggu ini mengunjungi sebuah pusat urutan Thai lewat malam telah menyebabkan ia menarik perhatian media. Ia menjadi tumpuan kerana ia berlaku di saat isterinya Victoria sedang berada di Britain, dan Pusat urutan tersebut merupakan pusat urutan yang menawarkan urutan bantuan seksual " Happy " sebagai pengakhiran urutan. Klik Sini.

Peminat LA Galaxy juga mempersoalkan apa motif Beckham mendapatkan urutan tersebut sedangkan pihak LA Galaxy sudah menyediakan khidmat pakar Fiseoterapi kepada bekas bintang bolasepak Manchester United dan Real Madrid tersebut.

David Beckham dalam satu temubual pernah mengakui bahawa dia adalah lelaki metroseksual, sebagaimana penyanyi Latin Rikcy Martin yang sebelum ini pernah mengemparkan dunia hiburan apabila mengaku merupakan seorang Gay.

Lelaki Metroseksual memang sukakan kecantikan dan penampilan yang elegan. Disebabkan itu SPA ,Urutan, mandian Scrub, rawatan kulit dan muka bukanlah suatu yag aneh pada lelaki jenis ini.

Namun yang menjadi masalahnya majority lelaki Metroseksual lebih cenderung kepada pelakuan hubungan sejenis dan biseksual. Dari Elton Jonh , Ricky Martin, Adam Lambert hinggalah kepada pemilik MTV, semuanya merupakan lelaki metroseksual yang meminati hubungan sejenis dan pengamal biseksual.

Di Malaysia Anwar dan Azmin Ali juga dikatakan termasuk di dalam kelompok ini, cuba perhatikan penampilan Anwar Ibrahim dan Azmin Ali, isteri mereka pun kalah dengan penampilan mereka yang terlalu elegan.

Sebagaimana lelaki meteroseksual lain Anwar dan Azmin juga begitu sukan urutan dan Scrub.Malah Anwar mempunyai tukang urut peribadi sendiri bernama Rashid dan pernah menjalinkan hubungan sumbang tatkala Wan Azizah berada berjauhan, seperti pernah didedahkan oleh bekas Setiausaha politiknya Ezam Mohd Noor.