Wednesday, December 30, 2009

Produk Membangun Bersama islam : Pemimpin PAS pun ingkari arahan mahkamah syariah


Kisah Bumi di serambi mekah nampaknya semakin menggelikan hati, dahulunya orang PAS lah beria-ia ingin di daulatkan hukum syariah islam, tetapi apabila bekas Ketua penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan Rosli Alani mengabaikan arahan Mahkamah Syariah agar tidak tinggal bersama disebabkan keraguan perkahwinan beliau yang dipercayai diaturkan sindiket perkahwinan. Sudah tentu ia menimbulkan satu tanda yang pelik dan menghairankan.

Tok Guru dan penceramah PAS seringkali melaungkan mereka berkawan dengan PKR dan DAP sebab ingin berdakwah islam, tetapi isu yang terjadi di depan mata membuktikan pemimpin PAS sendiri belum cukup ilmu islam. Oleh itu bagaimana mereka ingin berdakwah kepada orang DAP dan pendokong islam liberal yang penuh di dalam PKR.

Silap percaturan mungkin PAS yang akan terkedu didakwah oleh golongan islam liberal didalam PKR bagaimana inginkan kuasa dengan mengorbankan prinsip yang dipegang, jika kita mengambil contoh kepada apa yang wujud pada politik dalaman PAS di Kelantan sekarang.
Tuan Ibrahim Tuan Man dalam temubual MStar mengatakan apa yang terjadi kepada Rosli Alani tidak akan menjejaskan PAS kerana ia adalah kes individu, sambil menasihatkan bekas pegawai Khas Husam Musa itu menurut perintah Mahkamah kerana ia melibatkan soal halal dan haram.

Naib Presiden PAS berkata demikian mungkin hanya ingin meredakan kekalutan yang dialami PAS sekarang, tetapi beliau terpaksa menerima hakikat bahawa isu tersebut akan sedikit sebanyak menyebabkan umum akan bertanya mengenai imej PAS sekarang yang sudah jauh berbeza dengan orang PAS dahulu, lebih-lebih lagi sejak berpoligami dengan Anwar Ibrahim dan DAP.

Isu di Kelantan dari satu kes beralih ke satu kes seolah tidak pernah berhenti malah hingga menyebabkan Tok Guru Nik Aziz pun terpalit sama dengan khilaf, apa yang berlaku ini seolah merupakan petunjuk dari Allah supaya PAS Kelantan janganlah takabur sangat dengan selalu memperlekehkan dan mengaibkan pihak lain.

Adalah seeloknya mereka mengenalpasti kenapa Allah menguji mereka dengan perkara seperti ini, sedangkan mereka berada didalam Parti islam dan sering melaungkan slogan membangun bersama islam dan bersama kepimpinan ulama.

Jika kita ingin melihat hasil atau produk sesebuah polisi, dalam tempoh 20 tahun mungkin masa yang sesuai, kalau anak teruna atau dara sudah boleh berkahwin. Dari situ adakah peristiwa yang berlaku di Kelantan hari ini hasil produk slogan PAS sebelum ini?

Dengan kekalutan sosial, sehingga pelbagai isu kekotoran di bandar Kota Bahru adakah ia cerminan Kota Bharu bandaraya islam, ia belum dikira dengan pelbagai kecacatan yang disembunyikan dibawah karpet yang wujud sepanjang Kelantan ditadbir oleh PAS. Semoga pimpinan PAS Kelantan dapat menganalisa kelemahan diri dan jangan hanya menuding jari kepada pihak lawan.

Tuesday, December 29, 2009

Pergolakan PAS Kelantan: Husam, Anwar dan kuasa


Kecohnya politik Kelantan kini dilihat seakan belum reda sepenuhnya apabila pergolakan antara Husam Musa dan keluarga Tok Guru Nik Aziz nampaknya belum nampak ia akan berakhir sepenuhnya, seakan sama dengan musim tengkujuh di Kelantan yang difahamkan belum berakhir dan laut masih bergelora.

Kini dilaporkan Husam cuba memburukan personaliti anak kepada Nik Aziz iaitu ustaz Nik Abduh, Nik Amalina dan juga menantu Arifahmi Abdul Rahman sebagai punca pergolakan politik di Kelantan sekarang.

Sementara Ustaz Nik Abduh dan Nik Amalina masih meletakkan kesalahan kepada Husam Musa atas apa yang berlaku pada kekalutan dalaman Kerajaan Negeri Kelantan.

Tindakan Husam membawa masuk Syed Azidi sebagai orang penting dalam pentadbiran kerajaan negeri di anggap kedua anak Tok Guru itu sebagai satu kesilapan besar yang sepatutnya tidak dilakukan oleh kerajaan yang berimej Islam.

Hari ini dikhabarkan Husam tidak hadir dalam mesyuarat exco negeri dan dikhabarkan beliau sanggup meletak jawatan dalam kerajaan negeri, setelah merasakan dirinya tidak berguna lagi kepada PAS Kelantan.

Husam kini dilaporkan mula mengintai kerusi Parlimen yang sesuai untuk ditandingi pada pilihanraya akan datang, dan antara kerusi yang di intai oleh adun Salor tersebut adalah kerusi Parlimen Kubang Kerian dan secara kebetulan Salor terletak dalam parlimen tersebut.

Parlimen Kubang kerian menjadi pilihan kerana dia sedar adalah sukar untuk dirinya diterima oleh PAS kawasan lain kerana permusuhan dalaman PAS Kelantan.

Lantaran itu Kubang Kerian merupakan parlimen paling tepat dan sesuai untuk ditandingi lebih-lebih lagi penyandang sekarang adalah bukan anak jati Kelantan, iaitu Naib Presiden PAS Sallahudin Ayub.

Untuk membolehkan dia bertanding di kerusi tersebut, Husam terpaksa memikirkan cara untuk menghalau Salahudin Ayub dari bertanding di kerusi tersebut pada pilihanraya akan datang.

Dari situ difahamkan isu calon luar yang tercetus sebelum ini di kelantan sehingga Ketua Dewan ulama PAS Kelantan pun bersetuju dan Nik Aziz pun sanggup memikirnya sebenarnya adalah ciptaan Husam Musa dan kumpulannya supaya matlamat dirinya untuk bertanding di kerusi Kubang Kerian tercapai nanti.

Husam juga dikatakan tidak begitu selesa dengan prestasi Sallehudin Ayub yang kini berada dalam keadaan terbaik untuk menjadi pemimpin masa hadapan PAS. Kerana Husam mengagak sekiranya Sallahudin tidak disekat peluangnya untuk menjadi pemimpin PAS pada masa akan datang tergugat dengan kredibiliti dan prestasi yang ditunjukkan Sallahudin.

Husam lansung tidak gentar dengan Mahfuz omar, kalau ada pun sedikit kerisauan beliau ialah kepada Tuan Ibrahim Tuan Man iatu anak saudara Menteri besar sekarang yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Pahang.

Sesungguhnya Husam seperti mana Khalid Samad sememangnya sudah mengetahui Anwar Ibrahim memang terlibat dengan kegiatan tidak bermoral seperti liwat dan akan terhumban ke dalam penjara apabila keputusan kes liwat dengan Saiful Bahari mula dibicarakan di Mahkamah nanti.

Oleh itu, Husam dikhabarkan mempunyai cita-cita yang tinggi untuk menjadi pemimpin PAS supaya dia dapat menggantikan Anwar sekirannya Pakatan Rakyat dapat memerintah Malaysia pada pilihanraya nanti.

Dari yang demikian Husam akan mencuba habis-habisan untuk meletakkan dirinya pada kedudukan yang terbaik dalam gabungan Pakatan Rakyat walaupun terpaksa mengenepikan Haji Hadi Awang.

Walaupun Nik Aziz semalam cuba menutup isu pergolakkan PAS Kelantan dengan mengumumkan pindaan yang membolehkan orang bukan Melayu beragama islam menjadi Menteri Besar di Kelantan. Sesungguhnya kekalutan di Kelantan langsung tidak akan berhenti dengan semudah memadamkan api yang marak dalam kebakaran.

Arifahmi sehingga harii ini masih dilihat negatif pada rakyat Kelantan, malah Husam dan penyokongnya sehingga sekarang menggerakan jentera memperlekehkan menantu Tok guru tersebut. Kegagalan dan permasalahan projek Bazar Tok Guru dan projek sekolah agama berhampiran rumah Tok Guru di Pulau Melaka juga menjadi tanda tanya masyarakat.

Dengan kes Wan Ismail Jusoh Adun Melor dengan isteri keduanya masih lagi belum selesai dan kewujudan kes baru yang mengemparkan melibatkan bekas pegawai Khas Husam iaitu Dr. Rosli Alani yang juga bekas Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan melibatkan perkahwinan sendiket, menjadikan PAS Kelantan kini kian tidak keruan.

Dahulunya isu-isu kroni, dan masalah sebegini begitu sukar didapati dari ahli PAS. Namun semenjak ahli PAS mengenali dan berkawan dengan Anwar Ibrahim kes kes sebegini kian hari kian banyak diperkatakan.

Laman Screw kuat ada mendedahkan sedikit mengenai satu skandal melibatkan seorang pemimpin kanan PAS di peringkat Pusat, dan difahamkan anggota dalaman yang mendedahkan skandal tersebut kepada pihak lawan. Sekiranya benar wujud skandal seperti yang didakwa tersebut, sudah tentu ia merupakan pukulan paling teruk dialami oleh Parti Islam tersebut sepanjang tahaluf siasi PAS dengan PKR dan DAP.

Sunday, December 27, 2009

Anwar kian terdesak untuk kuasai PAS, projek langar Hadi dimulakan


11.30 pagi 27 Disember 09 dilaporkan wujud sekumpulan penyokong yang didakwa ahli PAS diketuai oleh Wan Hilman Wan Abdul Rahim berkumpul dan mendesak Parti Islam Semalaysia (PAS) Selangor keluar dari pakatan tersebut kerana mendakwa sekutu mereka mengabaikan peranan parti tersebut. Himpunan yang diadakan dihdapan pejabat Pesuruhajaya PAS Selangor di Worlwide Business Centre Shah Alam itu mengesahkan, apa yang tersebar di internet 24 jam sebelum peristiwa tersebut.

Persoalannya sekarang siapa yang berada disebalik tabir kumpulan tersebut, PAS melalui harakah daily seperti tersiar dilaman portanya menyatakan UMNO adalah tulang belakang perhimpunan tersebut. Manakala kumpulan bloger2 yang pro UMNO pula mengatakan bahawa kumpulan itu ditaja oleh PKR untuk memburukkan Dato Hassan Ali dan kumpulan Perpaduan di dalam PAS.

Samada benar atau tidak kenyataan kedua belah pihak itu, perhimpunan tersebut telah dilakukan dan hanya media mainstream sahaja yang melaporkan didalam portal berita internet masing-masing seperti BERNAMA DAN MSTAR.

Jurucakap kumpulan tersebut Wan Hilman yang mendakwa merupakan ahli PAS Gombak menegaskan beliau menafikan dakwaan bahawa kononnya kumpulan itu dibiayai oleh Umno atau Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sesuatu yang aneh bloger pro UMNO, bloger PKR dan bloger PAS juga lansung tidak menyiarkan peristiwa tersebut. Manakala portal Malaysiakini tidak membuat liputan khas sepertimana peristiwa lain dengan hanya membuat liputan susulan sahaja.

Sesungguhnya apa yang berlaku ini kemungkinan mempunyai signifikasi siapa yang menganjurkan bantahan berkenaan. Lewat petang kejadian difahamkan , Malaysiakini hanya menyiarkan penafian oleh Salehudin bahawa kumpulan yang berhimpu itu ada kaitan dengan PAS.
Sesungguhnya peristiwa ini akan sedikit sebanyak akan menyebabkan Pakatan Rakyat di Selangor tidak akan tenteram. Lebih-lebih lagi bentuk hukuman kepada Hasan Ali dan Khalid Samad masih lagi belum diumumkan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man seperti yang diputuskan oleh Jawatankuasa PAS Pusat sebelum ini, ekoran pelbagai tuduhan dan pergolakan dalaman pimpinan PAS Selangor baru –baru ini yang menimbukan kontroversi.

Sementara itu, menurut sumber-sumber dalaman PAS, ada menyatakan bahawa Khalid Samad sehingga kini masih berdendam dan memang tidak begitu selesa dengan Hassan Ali yang mengetuai PAS Selangor rentetan pemecatan beliau dari dewan harian PAS Selangor dan pelbagai isu antara mereka berdua sebelum ini.

Jesteru tindakan dari itu khabarnya kumpulan Khalid Samad dikhabarkan akan meneruskan usaha untuk memburukkan Hassan Ali dan juga Ustaz Nasharudin serta Haji Hadi Awang yang dilihat pro kepada Hassan Ali.

Diyakini juga segala gerak kerja Khalid Samad mendapat bantuan dan restu dari Parti PKR pimpinan Anwar Ibrahim, dan banyak pertemuan diatur bagi merealisasikan agenda tersebut.

Blog GAP mendedahkan salah satu pertemuan telah diaturkan di sebuah Hotel di Kuala Lumpur baru-baru ini, dengan motif untuk memburukkan kumpulan Perpaduan (UG) didalam PAS dan parti UMNO.

Friday, December 25, 2009

Antara skandal Anwar, Tiger Wood dan Bill Clinton : Wujudkah perbezaan?

Agensi berita AFP melaporkan bahwa kecurangan Tiger Woods bukan satu rahsia kepada pemain-pemain golf lain, kata bintang LPGA, Helen Alfredsson semalam, ketika majalah Golf Digest mengumumkan yang ia akan menghentikan kolum tulisan pemenang kejohanan utama sebanyak 14 kali itu.

Alfredsson adalah pemain golf profesional pertama menyatakan ada mendengar cerita mengenai kerenah Woods yang ‘bermain kayu tiga’ terhadap isterinya, Elin Nordegren, lapor akhbar New York Daily News yang memetik wawancaranya di rangkaian televisyen Sweden, TV4.

“Saya terdengar mengenainya semasa kejohanan Terbuka British,” kata Alfredsson.

Tambahnya, Woods kelihatan ‘dingin dan aneh’ di sebalik imej bersih yang dipaparkannya sehinggalah skandal seks jutawan golf itu terdedah empat minggu lalu.

“Di dalam air yang paling tenang, di situlah terdapat ikan yang paling hodoh,” ujarnya.

Woods yang bakal berusia 34 tahun seminggu dari sekarang, menangguhkan karier golfnya untuk menangani masalah peribadi selepas ribut media mendedahkan hubungan sulitnya dengan 14 orang wanita setakat ini.

“Sekiranya dia membayar untuk teman sosial, saya memahaminya. Tiada sesiapa perlu tahu.

“Tetapi dia melakukan kesemuanya dengan teman wanita dan pelbagai lagi,” tegas pemain golf wanita ini.

Alfredsson, 44, juga tertanya-tanya mengapa Woods berkahwin sedangkan dia dilaporkan menggunakan kehamilan Nordegren sebagai alasan tidak dapat berasmara selama setahun sebelum anak pertamanya dilahirkan.

“Apabila dia memberitahu wanita lain tidak dapat berjumpa kerana urusan keluarga, semasa Nordegren melahirkan anak, adakah itu tidak dingin?,” tambah Alfredsson.

Golf Digest yang memaparkan Woods dan Presiden AS, Barack Obama di muka depan majalah itu sebelum skandal seks pemain golf tersebut menjadi kontroversi, menyatakan yang Woods tidak akan menulis sehinggalah dia menyambung kembali karier golfnya.

Kisah Tiger Wood ini seakan sama dengan kisah tokoh selebriti Amerika lain seperti Bill Clinton yang terpaksa menanggung malu dan kehilangan sokongan gara-gara skandal dengan Monica Lewinsky sewaktu memegang tampuk Presiden Amerika Syarikat.

Sebenarnya kisah orang politik atau selebriti terlibat dengan skandal terlampau bukanlah perkara aneh untuk dibincangkan, malah boleh menghinggap sesiapa sahaja tidak kira jawatan dan status.

Di Malaysia skandal yang melibatkan ahli politik juga wujud dari ahli politik biasa hinggalah kepada empunya badan yang berstatus Timbalan Perdana Menteri, jawatan kedua tertinggi dalam hirarki pemerintahan di Malaysia.

Namun yang peliknya skandal seks liwat tabie yang melibatkan Anwar Ibrahim seolah cuba dinafikan oleh pelaku dan penyokongnya demi takut hilangnya sebuah populariti.

Kalau kita bandingkan antara Tiger Wood, Bill Clinton ataupun Anwar Ibrahim status dan imej yang ada pada mereka sebelum skandal terbongkar seakan sama, kerana mereka dilihat manusia yang cukup hebat, mempunyai personaliti yang sempurna dan menjadi kegilaaan pelbagai lapisan masyarakat.

Namun apabila terbongkarnya pelbagai skandal, Tiger Wood dan Bill Clinton nampak gayanya lebih jantan berbanding Anwar kerana mengakui kesalahan, berbanding Anwar yang sehingga kini masih berdolak dalih mengenai kesemua skandal yang menyelimuti dirinya.

Samada penafian Anwar itu hanyalah disebabkan faktor politik hanya dirinya sahaja yang mengetahui, sesunguhnya dunia akan sentiasa memerhatikan reaksi dan lakonan Anwar selepas ini dan mungkin namanya akan tersenarai sebaris dengan apa yang dialami oleh Tiger Wood dan Bill Clinton hanya masa akan menentukan.

Thursday, December 17, 2009

Konvesyen Pakatan Rakyat alami masalah, Anwar bertukar "sesumpah" selamatkan keadaan?


Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti dipetik BERNAMA telah menafikan wujud silap faham antara parti pakatan pembangkang berhubung isu pemilihan anggota majlis tempatan.

Sambil menafikan dakwaan bahawa PAS dan DAP tidak bersetuju dengan isu berkenaan, beliau berkata mesyuarat selama tiga jam semalam membincangkan butiran mengenai konvensyen parti pakatan yang akan diadakan di Shah Alam pada hujung minggu ini.

"Tidak betul (untuk menyatakan wujud silap faham antara parti pakatan). Saya tidak tahu bagaimana timbul dakwaan wujud jurang perbezaan pendapat yang besar antara kami.

"Contohnya pada hari ini, kami fokus kepada mukadimah dan isu pemilihan majlis tempatan merupakan perkara uang dibincangkan pada mesyuarat lepas," kata Anwar kepada pemberita di lobi Parlimen selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa teknikal parti pakatan.

"Tetapi anda tahu kedudukan setiap parti, seperti Islam pastinya PAS mempunyai lebih kekuatan manakala pendidikan Cina, DAP pula memiliki kelebihan.

"Jadi, kami akan mencari satu formula supaya ia menjadi satu polisi yang jelas," katanya.

Sebelum ini PAS juga digambarkan telah bersetuju dengan setiap polisi termasuk agama seperti yang dinyatakan kepada media oleh Sallehudin Ayub selepas perbincangan Majlis Presiden Pakatan Rakyat diadakan, hingga dikatakan akan ada suatu perjanjian keramat baru bagi menganti perjanjian kontrak sosial yang di lakukan oleh pimpinan kerajaan sebelum ini.

Namun menurut beberapa maklumat dalaman mengatakan kata sepakat antara DAP dan PAS tidak seperti digambarkan kerana dikatakan wujud percanggahan besar dalam perbincangan isu tersebut. DAP dikatakan tidak selesa dengan pendirian PAS yang ingin membawa islam sebagai agenda utama.

Manakala PAS dikatakan tidak selesa dengan tindakan DAP yang cuba mengenepikan perlembagaan sedia ada termasuk kedudukkan institusi islam.

Sejauh mana Anwar berjaya meleraikan pertikaian antara kedua parti tersebut kini menjadi perhatian umum kedua parti tersebut. Kerana dikatakan PAS mula mempertikaikan tindakan Anwar yang terlalu memberi ruang kepada DAP hingga sokongan pengundi Melayu di Malaysia mula beralih kembali kepada UMNO dan BN dalam tempoh kebelakangan ini.

Adakah anwar sekali lagi akan bertindak seperti "Sesumpah"seperti yang tertera di satu video ceramahnya di BTN, kita akan dapat mengetahui selepas berlansungnya konvesyen pakatan rakyat hujung minggu ini.

Monday, December 14, 2009

Anwar Atarturk : Melayu Singapura mula tolak PAP, Melayu Malaysia menyokong ?


Sokongan orang Melayu kepada Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah Singapura adalah kritikal, kata Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, sewaktu Konvesyen Parti PAP di Singapura baru –baru ini.

Laporan yang dipetik dari akhbar dari seberang tambak itu juga juga menyatakan aras sokongan kaum Melayu kepada Pemerintahan PAP adalah paling kritikal semenjak Negara tersebut berpisah dengan Malaysia pada tahun 1963.

“Anggota Melayu perlu bekerja keras untuk berkhidmat kepada semua rakyat dan membolehkan semua masyarakat maju seiring dengan negara,' gesa Lee Hsien Loong yang juga Setiausaha Agung PAP kepada kelompok pewakilan Melayu didalam parti tersebut.

Anehnya Melayu di Malaysia pula seakan lansung tidak mengambil iktibar mengapa orang Melayu di Singapura hari ini tidak lagi menyokong seratus peratus parti pemerintah.

Sebelum ini juga dilaporkan orang Melayu di Singapura sebenarnya tiada pilihan untuk memberi sokongan kepada mana-mana pihak lantaran terhadnya demokrasi di negara pulau tersebut, hingga menyebabkan terpaksa memberi undi kepada PAP.

Namun dikhabarkan situasi semasa yang tidak memberi impak yang positif kepada orang Melayu menyebabkan kaum minoriti di negara pulau tersebut semakin tawar hati untuk menyokong parti yang diasaskan oleh Lee Kuan Yew .

Di Malaysia khususnya di Selangor sebaliknya berlaku apabila di dalam PAS apabila ada wakil rakyat DAP mempertikaikan hak orang islam dan Melayu ada kalangan pimpinan PAS yang Pro Anwar telah mengambil tindakan membela wakil rakyat DAP, sebagaimana tindakan Nga Kor Meng mempertikaikan bilangan masjid di Malaysia dibela oleh Khalid Samad dan Dr. Mariah.

Selain itu gara-gara Hassan Ali tidak ingin tunduk kepada desakan DAP dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri Selangor telah menyebabkan pemimpin tersebut tidak popular dikalangan penyokong Pakatan Rakyat samada daripada PAS ataupun PKR.

Akhirnya Hassan Ali terpaksa membuat sesi penjelasan kepada anggota parti apa sebenarnya konflik yang wujud di negeri Selangor. Antara hujah yang dinyatakan oleh Hassan Ali dihadapan penyokong PAS di dalam satu majis di Puchong ialah mempertahankan tindakkannya menyingkirkan Saari Sungib dan Khalid Samad dari Dewan Harian PAS Selangor.

1. Hassan Ali menganggap kedua pemimpin tersebut adalah terlalu liberal
2. Saari Sungib dan Khalid Samad bersetuju untuk melaksanakan p/raya PBT sedangkan PAS Pusat tidak merestuinya. Hassan berhujah jika ianya dilaksanakan, maka hanya orang Melayu di Sabak Bernam dan Kuala Selangor sahaja yang akan menjadi majoriti ahli majlis PBT. Khalid dan Saari berhujah “let got it, kita perlukan ahli-ahli majlis yang berwibawa dan layak untuk menduduki kerusi ahli majlis”.
3. Isu bantuan kerajaan negeri terhadap sekolah swasta/agama. Khalid dan Saari Sungib dilaporkan bersetuju dengan cadangan exco DAP untuk menyamaratakan bantuan tersebut.Walaupun mengetahui sekolah agama lebih banyak berbanding sekolah cina dan Tamil.
4. Isu ganti tanah kepada kuil-kuil. Jika didapati ada kuil-kuil yang haram dan hendak dirobohkan, maka kerajaan negeri hendaklah menggantikan dengan tanah yang baru. Termasuk lah tanah-tanah yang dimiliki oleh MAIS. Dalam isu ini Khalid Samad dan Saari Sungib dilaporkan bersetuju.
5. Isu pembinaan Pusat Kebudayaan Cina di sebelah masjid baru yang akan dibina di sesuatu tempat. Pada mulanya tanah tersebut hanyalah 2-5 ekar tetapi diminta oleh exco DAP tambahan tanah sehingga menjadi 15-18 ekar tanah yang bernilai RM 3.8 juta (Khalid dan Saari juga bersetuju).
6. Penguatkuasaan enakmen Islam. Khalid dan Saari tidak bersetuju kerana menggunakan hujah ia merupakan enakmen yang digubal kerajaan UMNO. Hassan berhujah enakmen itu adalah berkaitan tangkap khalwat, zina, yang bercumbu-cumbuan, orang minum arak etc. Beliau dengan sinis mengatakan “tak kan perkara ini pun tidak boleh sedangkan enakmen yang hendak dikuatkuasakan itu adalah standard dengan negeri-negeri lain”.

Walaupun Hassan mendedahkan tentang pendirian DAP yang tidak sesekali akan menerima enakmen Islam walau apapun yang berlaku, namun diberitakan tindakan Hasan Ali telah menyebabkan ia tidak menjadi popular dikalangan orang Melayu yang Pro Pembangkang.

Adalah ini dengan nyata timbul persoalan apakah naluri sebenar Melayu yang menyokong Anwar dan DAP? kerana tindakan mereka menunjukkan sebenarnya mereka bukanlah ingin mendaulatkan Islam di Malaysia tetapi lebih inginkan kuasa dan melaksanakan agenda peribadi.

Mereka mengetahui DAP sesekali tidak akan membiarkan Islam akan dilaksanakan di Malaysia, malah mereka seringkali mempertikaikan institusi Melayu dan Islam. Pemimpin PAS demi menjaga hati sekutu politik sanggup memejamkan mata apa sahaja hinaan yang dilakukan oleh DAP.

Mungkin mereka belum mengalami pengalaman kehidupan yang dialami oleh Melayu Singapura menyebabkan mereka merasakan apa yang ada hari ini lebih teruk dari impian melangit yang belum pasti dapat menguntungkan umat islam.

Wednesday, December 9, 2009

Selamatkah KB MALL, benarkah wujud penyelewengan?


Polis Kelantan dikatakan telah menahan seorang lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kejadian sebuah kereta yang menjunam jatuh ke dalam pasar raya KB Mall beberapa hari lepas yang membunuh dua pelajar kolej kejururawatan.

"Kedua-duanya kini direman beberapa hari bagi membantu siasatan yang dibuat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana dikaitkan menyebabkan kematian dalam insiden itu," kata Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi.

Dalam kejadian pukul 5 petang Ahad lepas, dua pelajar perempuan Kolej Kejururawatan Masterskill cawangan Kota Baharu, Siti Nor Amira Samsuddin, 19, dan Siti Nor Diana Azman, 18, terbunuh akibat dihempap kereta terbabit ketika berada di atas tangga bergerak pasar raya itu.

Disini timbul satu persoalan adakah wajar hanya lelaki dan wanita tersebut sahaja ditahan bagi tujuan siasatan. Bagaimana pula dengan pemilik dan pemaju pusat membeli belah tersebut adakah mereka akan terlepas begitu sahaja?

Sebelum ini difahamkan pihak polis sendiri ada mengeluarkan kenyataan bahawa tembok penghadang yang dibina hanya diperbuat dari batu bata sahaja tanpa memasukkan besi keluli.

Jika kematian pelajar india sewaktu perkemahan 1 Malaysia di Perak dijadikan isu nasional, hingga disegerakan siasatan khas kerana didakwa terdapat penyelewengan pembinaan jambatan gantung tersebut, kenapa kematian dua orang Melayu islam di Kelantan hanya senyap dan sunyi sahaja.

Tiadakah mana-mana parti politik atau NGO tampil untuk membela keluarga mangsa mengeluarkan saman kepada pihak pemaju dan pemilik pusat membeli belah tersebut. Kepada pihak parti pembangkang pula kenapa isu ini tidak dijadikan isu untuk membela orang Kelantan yang selalu mengatakan di zalimi oleh pihak lain.

Inilah hipokritnya politik Melayu, sekiranya ada isu membabitkan kesalahan musuh politik mereka, maka akan gegak gempitalah seluruh alam menghemtam dan mewujudkan pelbagai cerita. Namun bila terkena batang hidung sendiri semua senyap dan sepi sahaja, seolah-olah tiada apa yang berlaku. Mungkin sudah nasib orang Melayu Kelantan di pergunakan oleh orang politik.
Walaupun dikatakan pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu akan mengadakan siasatan berkaitan isu ini sejauh mana ketelusan siasatan akan dilakukan akan dipersoalkan memandangkan MPKB sendiri terlibat mengeluarkan kelulusan pembinaan bangunan tersebut.

Disebabkan ia melibatkan kepentingan keselamatan umum adalah lebih wajar pihak SPRM ataupun pihak berautoriti lain mengambil tindakan kes berkenaan. Sepanjang rekod kewujudan kemalangan di pusat Membeli belah di Malaysia inilah kali permata ia melibatkan kematian disebabkan kelemahan struktur fizikal bangunan.

Kompleks membeli belah KB Mall dikatakan pernah terpilih sebagai kompleks membeli belah terunggul di Malaysia hingga mengatasi kompleks membeli belah terkemuka di seluruh Malaysia dalam majlis anugerah “Retail Development”(kategori kompleks membeli belah) pada 2007 . Namun Pencapaian luar biasa KB Mall hingga mengatasi pusat membeli belah lain ini seolah tidak kena jika kita melihat dari kejadian yang meragut nyawa pengungjung kompleks tersebut.

Tuesday, December 8, 2009

Zaid mula ikut langkah Anwar saman Kadir Jasin: mana hak sivil rakyat Malaysia?


Gara-gara Kadir Jasin mengelarkan dirinya Hurricane Hattie, satu watak kartun tahun 60-an yang suka mengacau orang lain, Zaid Ibrahim yang sekarang merupakan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR mengambil keputusan untuk menyaman bekas Ketua Pengarang New Sraits Times Press (NSTP) Malaysia tersebut.

"Oleh sebab kes ini adalah kes mahkamah, maka saya tidak akan menyiarkan sebarang komen yang menyentuh atau memberi kesan kepada saman Zaid itu.

"Dalam erti kata yang lain, hak sivil kita semua yang mengambil bahagian dalam blog ini menjadi terhad akibat daripada saman itu. Jadi berhati-hatilah," kata Kadir Jasin seperti di petik didalam blognya.

Selain Zaid Ibrahim, Anwar Ibrahim juga melakukan tindakan yang sama apabila ada pihak lain cuba menlontarkan pandangan mengkritiknya, kalau kita lihat saman yang dilakukan Anwar kita dapati sekurang-kurangnya 5 saman yang masih belum dibicarakan termasuk saman kepada bekas sahabat baiknya Nalakarupan dan juga Chandra Muzafar bekas Timbalan Presiden PKR.

Sikap pimpinan PKR yang suka menyaman ini sebenarnya adalah bertentangan dengan apa yang dilaungkan selama ini, mereka seringkali mendakwa akhbar di Malaysia tiada kebebasan dan hak sivil masyarakat untuk bersuara diketepikan.

Namun jika kita ambil contoh tindakan Zaid Ibrahim ini, sememangnya PKR lah yang lebih autokrasi berbanding pimpinan Kerajaan. Tindakan mereka tidak ubah seperti sikap pimpinan DAP Singapura yang suka mengunakan Mahkamah untuk menutup mulut pengkritik musuh politik mereka.

Cuba kita nilai bagaimana tindakan Anwar dan Raja Petra Kamarudin dalam menfitnah pimpinan kerajaan yang tidak disukainya, tidak cukup dengan media tempatan, media antarabangsa pun digunakannya bagi kepentingan politik.

Sikap kepura-puraan Anwar dan PKR ini sebenarnya membuktikan bahawa merekalah pihak yang paling hipokrit dalam memperjuangkan hak masyarakat. Mereka sering mempergunakan rakyat untuk meraih sokongan, namun apabila sudah memperoleh sokongan mereka akan membiarkan kebajikan rakyat, dan sebaliknya mereka menyalahkan pihak Kerajaan Pusat yang menganiaya rakyat bawahan.

Kisah penduduk india di kampung buah pala Pulau Pinang dan nasib ibu tunggal di Kota Damansara adalah secebis kisah kegagalan Anwar dan PKR menepati janji yang dilaungkan. Itu belum dikira kisah masalah kuil di Shah Alam, semuanya masih membelengu dan tergantung tanpa keputusan terbaik seperti dijanjikan.

Dalam soal kes saman yang melibatkan Kadir Jasin dan Zaid Ibahim ini sebenarnya kita boleh lihat siapa yang lebih emosi dan kalut samada Kadir Jasin ataupun Zaid yangg sentiasa bercakap mengenai kebebasan bersuara.

Jika Kadir Jasin hanya mengangap Zaid pengacau dalam UMNO dan kini pengacau dalam PKR, apakah isu sebenannya yang menyebabkan bekas Menteri Kabinet zaman Pak Lah itu terasa hati dan melenting hingga perlu dibawa ke Mahkamah.

Jika diperhatikan tindakan yang diambil oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR itu adalah bercanggah dengan apa yang ditulis di blognya.

"Bagi saya, kalau PKR, PAS atau DAP yang mendakwa saya ini satu watak kartun dan seorang pengacau, maka saya perlu meneliti tuduhan tersebut. Tetapi kalau setakat penulis upahan UMNO yang membuat tuduhan, saya rasa saya masih lagi boleh tidur nyenyak. Lagi pun tak berapa syok nak melayan budak-budak upahan, terutamanya yang hati mereka dah terlalu busuk" , kata Zaid di dalam blognya bagi menjawab tuduhan Kadir Jasin.

Monday, December 7, 2009

Lain di doa Tok Guru, Lain yang pecahh


Gambar dari wenkt

“kita doa sampai pecah perut orang itu," kata Mursyidul Am PAS, yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat kepada penyokong PAS di Medan ilmu Kota Bharu dan telah ia disahut dengan sorakan para penyokongnya, Sewaktu program himpunan bagi menyokong kepimpinan Tok Guru diadakan pada pagi Jumaat lalu, selang dua hari berikutnya iaitu semalam secara tiba-tiba bangunan pusat membeli belah terbesar di Kota Bharu iaitu KB Mall pecah dilanggar kereta hingga menyebabkan 2 mangsa terkorban di dalam bangunan pusat membeli belah tersebut.

Menurut siasatan awal pihak berkuasa punca kejadian adalah disebabkan batuan konkrit yang dibina di bahagian parking di tingkat 3 bangunan terbabit tidak kukuh dan tidak mengandungi kerangsa besi dan keluli bagi menguatkan tembok tersebut.

KB Mall merupakan pusat membeli belah yang dibina oleh PKINK dengan kerjasama sektor swasta di Kota Bharu dengan menempatkan 1 Hypermarket , pusat bowling dan kedai jualan. Selain kompleks membeli belah tersebut mengikut perancangan asal akan juga dibina sebuah hotel disebelah kompleks tersebut, namun sehingga kini ia masih belum mampu berjalan di sebabkan beberapa isu hingga dibawa ke mahkamah untuk mencari jalan penyelesaian.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata pihaknya akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi memperhalusi dan membincangkan mengenai aspek keselamatan di setiap pasar raya.
“Kita akan panggil jabatan berkaitan seperti polis, bomba, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak pengurusan pasaraya KB Mall pada mesyuarat itu bagi membincangkan langkah seterusnya selain akan mengkaji semula tahap keselamatan bangunan pasar raya di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas melawat tempat kejadian di sini hari ini.


Datuk Nik Aziz pula ketika ditemui selepas melawat tempat kejadian berkata kejadian itu adalah sesuatu yang tidak dijangka dan berlaku di luar dugaan.
"Benda ni berlaku payah nak fikir, semua kuasa Allah, berlaku dinding yang begitu tebal tiba-tiba boleh runtuh, daripada runtuh kena yang di luar dugaan kita dan juga engineer (jurutera) itu sendiri," katanya yang melawat kawasan kejadian kira-kira setengah jam.

Saturday, December 5, 2009

Anwar Atarturk : Siapa bersandiwara krisis PAS Kelantan?


“Nampaknya TGNA begitu hebat bersandiwara. Ariffahmi belum letak jawatan dan tiada rancangan terdekat untuk letak jawatan.TGNA sokong tindakan Ariffahmi menangguhkan perletakkan jawatannya. Apakah sandiwara begini hendak PAS jaja buat mereka yang mengundi PAS. PRU 12 mungkin PRU terakhir buat TGNA tetapi yang pasti bukan terakhir buat PAS. Saya bertahan tidak mahu insiden ini menjadi persepsi pada PAS dan Islam.

Tetapi semuanya berakhir disini. Ternyata insan-insan kecil dan kakitangan PMBK tiada bererti buat TGNA berbanding anak beranaknya. Mengapa lagi perlu ada rasa hormat dari insan kecil buat TGNA, parti dan individu yang membelanya?” Kata Syed Azidi didalam blognya, bagi mengulas isu yang membabitkan dirinya dengan menantu Tok Guru Nik Aziz, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman.

Dalam saat ini boleh dikatakan Syed Azidi begitu kecewa layanan yang diterimanya susulan pendedahan demi pendedahan melibatkan Ariffahmi dan keluarga Tok Guru Nik Aziz. Sekiranya dahulu ia dipuja oleh sebilangan besar penyokong PAS kerana kelantangannya membela Tok Guru Nik Aziz berkaitan isu kerajaan perpaduan dengan Presiden PAS Tuan Guru Haji Hadi Awang. Kini beliau sedar majoriti penyokong PAS Kelantan telah mengalihkan sokongan kepada keluarga Menteri Besar Kelantan, malah dia dianggap sebagai beban pula kepada PAS Kelantan.

Pertelingkahannya dengan Ariffami telah menyebabkan ia menjadi isu pergaduhan keluarga apabila ustaz Nik Abduh dan Nik Amalina mengeluarkan kenyataan membela Ariffahmi dan menyalahkan Syed Azidi dan Husam Musa sebagai punca kekalutan.

Di Kelantan hari ini, pelbagai pihak telah mula mempertikaikan tindakan Husam Musa membawa masuk Syed Azidi ke dalam PAS Kelantan yang berstatus ahli VIP. Husam yang panas dengan situasi pergelutan antara menantu Tok Guru dan blloger upahannya seolah tersepit antara isu tersebut.

Bagi mencari jalan selamat Husam dikhabarkan mula berbaik dengan Takiyudin Hassan, exco kerajaan tempatan yang sebelum ini difahamkan mempunyai hubungan yang kurang baik dengannya. Malah seakan ingin menunjukkan kehebatannya apabila beliau mengugut ingin meletak jawatan Exco Kerajaan Negeri pada mesyuarat yang diadakan sebelum hari raya Aidiladha lalu.

PAS Kelantan kini seakan sudah boleh menilai apa yang dilakukan oleh Husam ini adalah salah, namun begitu adakah ia bermakna mereka juga sudah memahami bahawa Husam Musa yang seharusnya bertanggungjawab apabila muncul krisis dalaman PAS melibatkan ustaz Nasharudin dan Tok Guru Nik Aziz.

Pada masa itu hampir seluruh negeri Kelantan, poster dan banner dinaikkan dengan menggesa Ustaz Nasharudin meletak jawatan dan masuk ke dalam UMNO kerana mendakwa Timbalan Presiden PAS tersebut inginkan kerajaan perpaduan. Isu tersebut telah menyebabkan perasaan dan hati keluarga Ustaz Nasharudin terguris malu.

Husam Musa yang dilihat penentang utama kerajaan perpaduan kerana wala kepada Anwar Ibrahim, dilihat begitu berdendam dengan ustaz Nasharudin kerana beliau telah ditewaskan dalam pertandingan 3 penjuru jawatan Timbalan Presiden PAS pada Muktamar PAS di Shah Alam yang lalu.

Jadi disini timbul persoalan adakah apa sahaja musibah yang berlaku kepada Husam Musa dan krisis PAS di Kelantan ini adalah hasil doa petunjuk kebenaran yang dipohon oleh Ustaz Nasharudin sebelum ini.

Walaupun isu antara syed Azidi dan bos kepada PMBK .GLC negeri Kelantan kian reda, namun adalah diyakini bahawa isu tersebut akan menyebabkan jurang antara PAS negeri Kelantan akan semakin melebar. Kumpulan Husam Musa diyakini tidak akan membiarkan maruah dirinya jatuh tersemban di kubu sendiri gara-gara dimalukan oleh Arifahmi dan keluarga.


Wednesday, December 2, 2009

Anwar Atarturk : saya ada fakta lawan kes liwat


Hajat Anwar untuk menggugurkan kes liwatnya akhirnya terburai ditengah jalan apabila Hakim Mahkmah Tingi menolak hajat Anwar semalam dan mengumumkan bahawa 25 Januari merupakan tarikh perbicaraan kes liwat Anwar dengan Mohd Saiful Buhari Azlan.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan tarikh itu setelah menolak permohonan Datuk Seri Anwar dengan alasan laporan perubatan dalam kes itu tidak boleh dijadikan asas bagi mahkamah membatalkan pertuduhan.

Beliau sebaliknya memutuskan hanya perbicaraan penuh dapat mengesahkan sama ada wujud atau tidak penembusan pada dubur pengadu kes tersebut, Mohd Saiful, seperti dalam pertuduhan.

Anwar, 62, dikatakan dituduh meliwat Mohd Saiful, 24, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara dii antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang, pada 26 Jun 2008.

Sebelum ini Anwar mempergunakan pelbagai taktik untuk memperlengahkan perbicaran kes liwat, antaranya mencari kelemahan prosiding perundangan dan seringkali beliau menyalahkan pasukan pendakwaan.

Namun apabila Sankara Nair memaklumkan pihak beliau akan membuat rayuan keputusan Hakim tersebut, seolah membuktikan bahawa Anwar sebenarnya yang tidak ingin perbicaraan kes liwar tersebut diadakan dalam tempoh terdekat ini.

Sememangnya Anwar bijak mengkaburi pandangan umum mengenai kes liwat yang bakal dihadapinya ini, Kalau kita perhatikan sekiranya ada perbicaraan di Mahkamah pasukannya akan lantas mecipta isu untuk mengelakkan umum bercakap mengenai kes liwatnya.

Seperti perbicaraan permohonan Anwar semalam, ia muncul sewaktu isu kewajaran kursus BTN masih lagi hangat diperkatakan.

Polemik yang dirancang oleh Anwar ini seakan hampir memerangkap UMNO sendiri apabila ramai pemimpin tertinggi UMNO mengambil kesempatan mengulas sama isu BTN dalam versi yang pelbagai. Walhal hakikatnya ia merupakan taktik Anwar untuk mengalihkan isu liwatnya.

Menjadi persolan kini sebelum perbicaraan pada 25 januari nanti adakah akan ada isu lain yang akan dicetuskan Anwar Ibrahim. Kerana tidak mungkin Anwar dengan begitu mudah masuk ke dalam Mahkamah untuk mendengar Saiful bercerita mengenai bagaimana dia diliwat oleh bekas bosnya itu.

Seperti kata Anwar kepada wartawan, sejurus selepas pengumuman Hakim Mahkamah Tinggi:

“Saya sangat bimbang dengan keputusan ini. Ini kes pertama dalam zaman moden di mana sebuah mahkamah tidak mengendahkan laporan perubatan yang menunjukkan tiada kesan penembusan atau liwat. Saya rasa kami akan berdepan dengan satu pertarungan yang sukar tetapi kami akan berjuang. Kami mempunyai hujah yang kukuh. Kami mempunyai fakta”

Kata-kata Anwar membuktikan bahawa dia tidak akan berdiam diri, taktik memperlekehkan institusi kehakiman akan dipergunakan sebaik mungkin untuk melepaskan diri dari perbicaraan.

Dan kita percaya seperti yang telah dilakukan sebelum ini, akan ada sesi ceramah umum untuk meyakinkan orang awam bahawa dia telah menjadi mangsa konspirasi pihak kerajaan.

Meletakkan hukuman sebelum perbicaraan adalah strategi Anwar untuk membuat penyokongnya tidak meragui akan peribadi dirinya.

Samada benar atau tidak punggung Saiful pernah ditembus oleh zakar Anwar atau tidak biarlah saksi perbicaraan yang akan memberi penjelasan.

Sebenarnya kehebatan dunia hari ini menyaksikan wujudnya pelbagai produk untuk memberi kepuasan dalam hubungan anal seks, tanpa membawa kesan buruk kepada pelaku hubungan tersebut.

Sesunguhnya dakwaan Anwar bahawa tiada kesan tusukan zakar merupakan bukti Saiful tidak diliwat sebenarnya amat melucukan bagi pengamal hubungan sejenis seperti dipetik di laman gay tempatan. Sesunguhnya pengamal seks songsang ini lebih tahu bagaimana untuk melakukan hubungan anal seks tanpa menyakitkan pasangan masing-masing.

Mungkin Anwar boleh menipu rakyat umum yang lansung tidak memahami bagaimana hubungan sejenis ini dipraktikkan, namun hakikatnya Anwar tidak dapat menipu kelompok yang sama gender dengannya iaitu pengamal homoseksual dan biseksual.