Friday, October 30, 2009

Anwar Atartuk : DAP gembira Hassan Ali dikenakan tindakan disiplin, orang islam?


Kemelut didalam Parti PAS khususnya di Selangor sungguh melucukan apabila, secara tiba-tiba Hassan Ali dikatakan sebagai punca pertelagahan didalam Pakatan Rakyat di Selangor dan mesyuarat PAS pusat telah mengambil tindakan untuk menghadap Pesuruhjaya PAS tersebut ke Jawatankuasa Disiplin Parti diketuai Tuan Ibrahim Tuan Man.

Jika sebelum ini fraksi Erdorgan didalam PAS melabelkan Hassan Ali sebagai pro- UG dan UMNO, DAP pun senada dengan fraksi erdorgan didalam PAS dengan mengatakan Hasan Ali sebagai punca permasalahan. Adakah ini membawa maksud Erdorgan bukan sahaja pro Anwar malah Pro kepada polisi DAP.

Cuba kita menyorot kembali antara punca permasalahan tersebut, antaranya isu jualan alkohol di kawasan penempatan Islam, yang kecoh gara-gara Roniu Liu cuba campur tangan dalam isu tersebut. Fraksi Erdorgan melalui Khalid Samad dikatakan tidak gembira dengan tindakan Hassan Ali yang melakukan bantahan terhdap campurtangan Roniu Liu dalam hal tersebut.

Manakala Hassan Ali dikatakan amat kecewa dengan tindakan Roniu Liu yang memulangkan kembali alkohol yang dirampas. Seolah cuba mensabotaj usaha PAS untuk merealisasikan apa yang telah digariskan selama ini dalam mana-mana polisi parti.

Sebelum pilihanraya 2008, kalau kita masih ingat lagi, Hassan Ali dan penceramah PAS mengatakan sebaik sahaja PAS berkuasa di Selangor kilang arak akan ditutup, dan negeri Selangor akan bebas dari minuman alkohol. Tindakan Hassan Ali ini sebenarnya selari dengan polisi PAS di Kelantan dan juga Terengganu.
Namun apabila Hassan Ali cuba untuk mengawal jualan arak di kawasan islam pun menjadi isu, dimana janji PAS untuk menutup kilang Arak di Selangor. Sebelum ini PAS malabelkan UMNO bersekutu dengan maksiat kerana membenarkan kilang arak wujud di Selangor. Kini apa bezanya dengan kerajaan yang mengandungi Parti islam sekarang, Adakah wujud perubahan seperti yang dicanangkan?

Sungguh kelakar isu ini, yang jelas sekarang ini fraksi Erdorgan didalam PAS sebenarnya tidak ingin pun kepada islam tetapi lebih kepada kuasa. Buktinya mereka sanggup membela pemimpin DAP yang nyata sangat alergi dengan islam. Tetapi disebabkan ingin kuasa kerja-kerja perlabelan dilakukan terhadap Hassan Ali dengan mengaitkan dengan UMNO.

Walhal mereka sendiri tahu, fikrah Hassan Ali dan UMNO jelas berbeza, namun ia dilakukan untuk mainan politik parti. Seperti kata Tun Dr. Mahathir adalah mustahil Hassan Ali ada hubungan dengan UMNO, merujuk sejarah hubungan Hassan Ali dengan UMNO.

Kini timbul persoalan kepada orang islam di Malaysia, apakah misi sebenar yang ingin dilakukan PAS. Kalau seseorang pemimpin itu cuba melaksanakan visi PAS tetapi diambil tindakan disiplin, adakah bermaksud PAS kini sudah berubah pegangan tidak lagi menjadikan Islam sebagai route parti. Kalau tidak mustahil Pesuruhjaya PAS Selangor akan dihadap ke jawatankuasa disiplin.

Adakah fraksi Erdorgan lebih selesa kepimpinan PAS hari ini condong kepada apa yang dilakukan Nizar di Perak, sehingga sanggup mengatakan tiada kenyataan ingin melaksanakan negara islam didalam Pelembagaan PAS. Bukankah ini tindakan yang jelas menipu para pengundi PAS.

Orang Islam di Selangor member kepercayaan kepada pimpinan PAS untuk mengantikan suara UMNO di dalam kerajaan negeri, namun kalau pemimpin PAS pun dikenakan tindakan gara-gara membela kepentingan suara orang islam apalah harapan orang islam diSelangor pada Kerajaan Negeri Pakatan rakyat. Umum mengetahui bagainama rasisnya politik DAP , begitu juga politik PKR yang masih lagi tungang langang hingga hari ini dikhabarkan seorang Adun telah mengumumkan keluar dari parti.

DAP tentu berseronok tindakan keatas Hassan Ali seperti dinyatakan Tony Phua, ketua Publisiti DAP. Namun adakah wajar umat islam di negeri Selangor juga berseronok dengan tindakan ini.
Mungkin ini agaknya yang menyebabkan Ustaz Ismail kamus mengambil tindakan nekad tidak ingin aktif lagi dalam aktiviti kepartian. Kerana mungkin sudah mejangkakan perkara ini yang berlaku.

Wednesday, October 28, 2009

Krisis PKR Sabah : Fadzil Noor pun Anwar Atarturk kianat apalah sangat Cristina Liew.

Situasi di Sabah nampak gayanya akan membuatkan Anwar Atarturk terpaksa merombak sekali lagi pelan PKR untuk menguasai Sabah.

Selepas Naib Presiden PKR Jefry Kitingan meletakan semua jawatan dalam parti, tidak sampai 24 jam ia diikuti oleh Timbalan Pengerusi PKR Sabah sebelum ini Cristina Liew yang meletakkan jawatan ahli Majlis Tertingi PKR.


Seperti dinyatakan dalam Malaysiakini, Liew selama ini percaya yang parti itu adalah adil dan telus, namun apabila Datuk Kong Hong Ming dilantik timbalan pengerusi PKR Sabah dan Ahmad Thamrin Jaini sebagai ketua parti yang baru di Sabah, kepercayaan beliau PKR sebagai parti yang adil telah pudar.

Hujah yang beliau berikan ini mungkin bersandarkan kepada kegigihan beliau mempomosikan parti tersebut di negeri Sabah selama 9 tahun sebelum ini.

Sebenarnya tindakan Jefry dan Cristina Liew bukanlah satu perkara yang mengejutkan kerana PKR sememangnya Parti Bateri 3A, hanya untuk Anwar,Azizah dan Azmin sahaja.
Sebelum ini ramai mengatakan ahli parti yang lebih hebat jasanya kepada PKR seperti Ezam, Chandra Muzafar, Abdul Rahman, Anuar Shaari, Marina Yusuf adalah pengkhianat kepada perjuangan menegakan keadilan gara-gara keluar dari parti pimpinan Anwar Atartuk tersebut.

Sedangkan kita mengetahui pengorbanan nama tokoh-tokoh tersebut, ada yang meringkuk dalam penjara, ada yang kehilangan jawatan dan pekerjaan dan ada yang bergolok gadai mencari sesuap nafkah kerana semata-mata membela Anwar, namun Anwar tidak pernah menghargai peranan mereka semua.

Pada Anwar yang lebih penting dalam pembuatan keputusan parti adalah mengikut suara hati Azmin dan Azizah, lebih-lebih lagi Azmin yang merupakan teman istimewa pada dirinya, seperti dakwaan bekas sahabat baik Anwar, Nalakarupan.

Itulah hakikatnya yang perlu diakui oleh sesiapa pun didalam PKR, telahan bahawa parti tersebut merupakan parti yang adil dan saksama hanyalah omongan kosong Anwar sahaja untuk dijadikan halwa penyedap rasa. Jika Fadzil Noor sahabat baiknya pun pernah dia temberang apalah sangat dengan Jefry dan Cristina Liew.

Dalam sebuah buku yang ditulis oleh Subki Latif, Fadzil Noor ada menyatakan rasa kecewa apabila Anwar masuk UMNO awal tahun 1980-an dahulu, menjelang pilihanraya Anwar telah memilih untuk bertanding di Parlimen yang menempatkan Permatang Pauh, satu-satunya kubu PAS di Pulau Pinang. Sedangkan jelas ustaz Fadzil UMNO telah memperuntukan kawasan di Kedah untuk beliau bertanding seperti kawasan Kulim. Tindakan Anwar bertanding di kerusi tersebut menyebabkan MP PAS kawasan tersebut sebelum ini, gagal untuk mengekalkan jawatan.

Begitulah liciknya Anwar sebagai kawan dan lawan, dia tidak akan mengira siapa janji kehendaknya dipenuhi.
Namun satu perkara yang cukup menjengkelkan adalah tindakan segolongan didalam PAS yang telah berkiblat kepada Anwar berbanding Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Keaadaan ini menyebabkan politik dalaman menjadi begitu panas, tuduh menuduh berlaku dan ahli PAS saling bercakaran sesame sendiri. Suatu senario yang telah lama hilang didalam PAS sesudah Dato Asri disingkirkan didalam PAS pada tahun 1982.

Namun kini ia menjelma kembali dengan kaedah yang berbeza dan sistematik. Kepada Jefry janganlah bersedih sangat dengan tindakan Anwar kerana itu baru secebis sahaja berbanding kemampuan sebenar Anwar Atartuk.

Monday, October 26, 2009

Anwar Atarturk : Untuk memahami PKR fahami gerakan Fremason - Dr Ridzuan Tee


DR. Ridzuan Tee menafikan dirinya dirinya adalah talibarut UMNO dan menyatakan dia hanyalah pengkaji politik di Malaysia. Beliau menegaskan tulisannya menegur semua pihak samaada pihak UMNO, PAS, PKR ataupun DAP. Namun beliau menyatakan kekesalan apabila dia mengkritik UMNO sebelum ini, pihak parti pembangkang lansung tidak melihat dia yang melakukan kritikan.

Tetapi apabila dia mengkritik pembangkang, beliau telah diaju dengan pelbagai tuduhan dan hinaan dimana pada anggapan beliau masyarakat Malaysia masih terbelengu pemikiran kelas ketiga hanya tahu menilai salah orang tidak salah sendiri.

Sambil menegur dan mengingatkan kepada PAS bahawa Parti DAP sampai bila-bila akan tidak menerima Islam sebagai ideologi yang harus dijunjung. Begitu juga sekutu PAS parti PKR yang sehingga ini tidak pernah menyatakan sokongan kepada hasrat PAS, sebaliknya hanya lebih mementingkan agenda peribadi untuk diperjuangkan, sehingga semua perkara dipersalahkan.
Pada pandangan Dr. Ridzuan kerjasama PAS dan umno bukanlah satu retorik kosong, kerana pada beliau kedua parti tersebut adalah parti dominan yang mempunyai ahli dari penganut agama islam. Hala tuju umat islam sememangnya terletak pada kedua parti ini bukan pada parti DAP dan PKR, yang menurut Ridzuan jelas mempunyai agenda tersembunyi untuk dilaksanakan. Sambil meminta umat islam memahami gerakan Yahudi Fremason untuk memahami parti PKR.

“Manfaat berkawan dengan UMNO lebih banyak lebih banyak hasil islamnya berbanding berkawan dengan parti ultra kiasu yang terang-terang menolak islam termasuk sekutunya.Contoh di negeri Selangor amat jelas, adakah sinar-sinar islam tertonjol walaupun ketuanya orang islam” kata Ridzuan Tee didalam blognya.

Kata pendakwah islam itu juga politik umat islam hari ini dilihat amat merugikan umat islam kerana lebih banyak kepada unsur membalas dendam. Hingga sanggup berpecah belah kerana perbezaan pendapat. Namun begitu beliau yang juga Pensyarah UPNM, mengatakan situasi ini berbeza dengan politik orang bukan islam yang menurutnya banyak sependapat walaupun berbeza parti.

Seolah menyeru kepada Parti PAS agar realistik kedudukan umat islam di Malaysia hari ini termasuk populasi penduduk, Dr. Ridzuan Tee menyatakan mana mungkin boleh diwujudkan Negara Islam mengamalkan hukum hudud sedangkan, peratus penduduk islam hanya lebih kurang separuh dari populasi penduduk. Sambil mengingatkan orang bukan Islam tidak selama-lamanya bersetuju dengan islam kerana mereka lebih bersifat musang berbulu ayam.

Pada pandangan beliau juga umat islam di Malaysia harus duduk semeja berbincang bagaimana harus ditingkatkan syiar islam berbanding sibuk bercakap soal hukum hudud yang nyata sukar dilaksanakan.

Sambil menyatakan kebimbangan sekiranya umat islam terus berpecah dan tidak bersatu dikhuatiri nasib Malaysia akan menjadi seakan umat islam di Singapura.

Anwar Atarturk: faktor dendam lama punca pertelagahan pimpinan PAS


Sejarah PAS menunjukkan parti itu memang pernah mempunyai krisis dalaman yang teruk pada tahun 1977, pada masa itu telah berlaku krisis diantara Menteri Besar Kelantan Dato’ Asri dan juga Presiden PAS pada masa itu Dato Asri Haji Muda. Krisis tersebut telah membawa kepada pemecatan Menteri Besar Kelantan Datuk Nasir daripada parti yang diwakili hingga menyebabkan wujudnya bantahan besar dikalangan rakyat Kelantan, yang membawa kepada darurat dan wujudnya kerajaan Mageran di Kelantan.

Difahamkan lebih 80, ribu rakyat Kelantan mengadakan tunjuk perasaaan membantah tindakan Dato Asri memecat Datuk Nasir dari parti. Antara tuduhan yang dilemparkan kepada Datuk Nasir adalah tidak mengikut dasar parti, pecah amanah, mengingkari arahan parti, menjatuhkan imej parti dan lebih memihak kepada golongan tertentu daripada kepentingan parti sendiri.

Semasa AJK PAS pusat membuat undian memecat Datuk Nasir, Menteri Besar Kelantan sekarang Tok Guru Nik Aziz yang ketika itu memegang Ketua Dewan Ulama dan 12 AJK lain senada dengan Dato Asri bersetuju dengan tindakan menyingkir Datuk Nasir, namun terdapat AJK lain seramai 7 orang menentang termasuk Datuk Harun Din dan ada dua berkecuali dimana salah seorangnya adalah Mustapa Ali yang semasa itu adalah Ketua Pemuda PAS.

Semasa tempoh itu juga, seorang AJK iaitu Ali Taib telah mengumumkan keluar parti kerana membantah keras keputusan memecat Datuk Nasir dengan alasan terdapat pilih kasih didalam PAS dan PAS telah terkeluar dari prinsip perjuangan dan menyeleweng dari dasar-dasar islam. Keputusan PAS memecat Datuk Nasir menyebabkan PAS Kelantan melakukan protes besar-besaran kepada kepimpinan Pusat. Di Kota Bharu pada masa tersebut Dewan Ulamak PAS Kelantan telah mendesak Pengerusinya Nik Aziz Nik Mat meletakkan jawatan.

Pemecatan Datuk Nasir itu telah membawa kepada undi tidak percaya kepada beliau sebagai Menteri Besar Kelantan pada sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan oleh kumpulan 20 dari parti PAS hingga menyebabkan politik Kelantan mengalami ketegangan hingga urusan seharian tergangu.

Ekoran krisis tersebut suara2 bantahan kepada Dato Asri kian menyemarak didalam PAS, namun kepada penyokong Dato Asri PAS yang wujud tanpa Datuk Asri bukanlah PAS tulen, PAS tanpa Datuk Asri adalah PAS menyeleweng. Seolah Datuk Asri adalah PAS. PAS adalah Datuk Asri, sepertimana kedudukan Tok Guru Nik Aziz Mursyidul Am PAS alami sekarang, bagi orang PAS kini PAS adalah Nik Aziz, Nik Aziz adalah PAS.

Melihat setuasi didalam PAS ini, Halim Mahmod dalam buku berjudul Asri Dalam Dilema terbitan tahun 1983 menyatakan “ apa yang boleh dikatakan ahli PAS semacam dipaksa untuk mengikut dan mempercayai bahawa perjuangan sebilangan ahli dan pengikut-pengikutnya, istimewa di Kelantan lebih menyanjung dan memuja tokohnya dari meneruskan perjuangan parti sebagai matlamatnya.”“Apa sahaja yang disuarakan oelh pucuk pimpinan seolah-olah benar belaka dan fatwa dari ulamak besar seperti dizaman Rasullullah.”

Namun begitu perjuangan Datuk Asri kian malap apabila banyak suara terutama pemimpin baru dalam parti mula meniup angin perubahan, lama-kelamaan pengaruh Datuk Asri kian pudar didalam parti. Satu persatu tindakan Asri mula dipertikai dan disuarakan oleh ahli parti. Kesannya tanpa disangka pada muktamar PAS kali ke 28 pada tahun 1982 yang diadakan di Dewan DBP Kuala Lumpur menyaksikan Asri terpaksa melepaskan jawatan.

Tunjang utama yang membawa arus sehingga Asri terpaksa meletakkan jawatan adalah wujudnya tiupan angin revolusi Iran yang diketuai oleh Mustapaha Ali yang sewaktu itu memimpin Dewan Pemuda PAS yang melancarkan kempen agar PAS diterajui oleh kepimpinan Ulama.

Pada masa itu juga ahli PAS sedang melihat kemunculan tokoh muda bernama Abdul Hadi Awang dari Kampung Rusila untuk diangkat sebagai pemimpin masa hadapan PAS. Akhirnya 30 Januari 1983, Asri telah digantung keanggotaan parti bersama 7 anggota lain oleh pemangku Yang Dipertua PAS Haji Yusuf Rawa atas alasan kesalahan Asri adalah berat kerana melanggar dan tidak taat kepada perlembagaan parti.

Hari ini krisis dalaman PAS seakan timbul kembali apabila Musyidul Am PAS Tok Guru Nik Aziz menyarankan agar diadakan muktamar khas untuk menyingkirkan beberapa orang pimpinan PAS termasuk Haji Hadi Awang, Mustapa Ali dan juga Hassan Ali. Adakah mungkin peristiwa lama akan berulang kembali atau PAS mengalami peristiwa yang lebih teruk lagi, sama-sama kita perhatikan. Sesuatu yang pasti pihak yang ingin menguasai parti tentu tersenyum girang melihat senario didalam PAS hari ini.


Namun begitu, timbul persoalan kenapa Tok Guru Nik Aziz dilihat cuba memperbesar perkara tersebut, dengan menjadikan Mustapa Ali sebagai seteru utama. Sedangkan Tok Guru Presiden seolah menafikan kekalutan yang berlaku, manakala PAS Melaka pula mengatakan tidak ada pertelagahan didalam PAS apa lagi pergeseran.

Kalau kita menyorot kembali sejarah PAS, perbezaan pendapat Tok Guru Nik Aziz dengan Mustapha Ali dan kumpulan yang dilihat pro Ulama didalam PAS hari ini telah wujud sejak tahun 1977 lagi.

Adakah mungkin perbezaan pendapat itulah yang menyebabkan Tok Guru Nik Aziz begitu berdendam dengan geng Mustapha Ali dan geng Terengganu. Dan Kerajaan Perpaduan dijadikan alasan untuk memburukan kepimpinan Mustapa Ali dan geng Terengganu. Suatu fakta yang pasti Dato Asri yang pernah disokong Tok Guru Nik Aziz sebenarnya membawa ikatan kepada persefahaman PAS dan UMNO.

Hakikatnya Tok Guru Nik Aziz pun dilihat dalaman PAS pernah membuat keputusan yang salah apabila menyokong tindakan Dato Asri dalam krisis 1977 untuk memecat Dato' Nasir. Kerana selepas pemecatan itu Tok Guru Nik Aziz sendiri yang mengalami konfrontasi dengan Dato Asri. Kesan pemecatan Dato' Nasir menyebabkan perpecahan serius didalam PAS hingga menyebabkan Timbalan Yang Dipertua PAS pada masa itu yang tidak menyokong tindakan pemecatan Dato' Asri pun meletakkan jawatan, hingga menyebabkan PAS menjadi lemah selepas itu.

Sebagai seorang manusia Tok Guru Nik Aziz sudah tentu bukan maksum seperti nabi, sedikit sebanyak khilaf dalam pembuatan keputusan politik akan berlaku. Cuma yang agak memeningkan kepala, pergeseran Tok Guru Nik Aziz ini dengan Mustapa Ali ini tidak ubah pergeseran faktor sentimen kenegerian atau kepuakkan.

Seperti diketahui hubungan kedua negeri Kelantan dan Terenganu ini sentiasa ada pasang surut, jika didalam perlawanan bolasepak, kalau tiada pergaduhan tidak sah perlawanan tersebut. Sebab itu kita lihat apabila pewakilan UMNO Terengganu menempelak UMNO Kelantan sewaktu Perhimpunan Khas UMNO baru-baru ini, pewakilan Kelantan bangkit mempertahankan diri dan menghambur peluru kepada pewakilan UMNO Terengganu.

Didalam PAS pun keadaaan yang hampir sama berlaku, contohnya apabila berlakunya Pilihanraya kecil Kuala Terengganu sebelum ini jentera PAS Kelantan dikatakan tidak dibenarkan sepenuhnya membantu PAS Terengganu. Hasilnya ramai suara tidak puas hati PAS Kelantan kedengaran. Pada masa itu PAS Terengganu bekerja cukup bersemangat kerana tidak mahu memalukan imej Presiden Parti yang berasal dari Terengganu. Hasilnya PAS berjaya menang pilihanraya tersebut dan merampas kerusi tersebut dari tangan BN. Ia menyebabkan jentera PAS Kelantan yang didokongi Husam Musa gagal untuk memperlekeh kepimpinan PAS Terengganu.

Sementara itu sewaktu pilihanraya Kecil Manek Urai pula, dikatakan juga PAS Kelantan telah tidak membenarkan jentera PAS Terengganu terlibat sama dengan kempen pilihanraya. Pada masa itu dikatakan jentera PAS Terengganu telah diperlekah oleh PAS Kelantan hingga menyebabkan ramai dikalangan mereka yang pulang awal ke Terengganu, dan membangkitkan suara kurang berpuas hati kerana dilayan seperti itu.

Disini kita melihat, tindakan Tok Guru Nik Aziz menyerang pimpinan PAS Terengganu seolah ada kaitan dendam yang belum selesai. Walaupun hujah ini akan diketawakan orang atau dianggap mustahil kerana status Tok Guru yang ada pada Nik Aziz, namun bukanlah mengejutkan jika ia berlaku.

Sedangkan pemimpin Islam seperti Khalifah Othman al-Affan yang telah dijanjikan syurga pun mempunyai kelemahan ditahun-tahun terakhir pemerintahannya, apa lagi dengan status Nik Aziz yang hanya dianggap tok guru dan ulama dikalangan orang PAS sahaja, manakala tak semua orang islam di Malaysia melihat beliau sebagai ulama sahih yang harus dihormati gara-gara kenyataan dan tingkahlaku beliau yang banyak menimbulkan kontroversi dan persoalan.

Sunday, October 25, 2009

Bajet 2010 : Kerajaan perlekeh tentera kata Anwar Atarturk


Anwar Atarturk sewaktu diminta mengulas bajet 2010 yang dibentangkan Perdana Menteri Najib Tun Razak berpendapat terdapat kelemahan apabila tiada penekanan khusus diberikan kepada sektor pertahanan:

"Saya agak terkejut kerana pembentangan belanjawan tidak menyebut langsung sektor pertahanan. Selepas menang di Bagan Pinang, pasukan tentera dilupakan. Baru sangat menang, terus dilupakan,"

“Sewajarnya perkara ini disentuh dan diberi perhatian” katanya pada sidang akhbar selepas pembentangan bajet.

Dengan kata mudah Anwar mengatakan kerajaan memperlekeh dan mendikriminasi anggota keselamatan.

Dengan lontaran kritikan Anwar itu, timbul tandatanya adakah selama ini pihak kerajaan tidak memberi perhatian kepada anggota tentera, atau diberi penghargaan?

Kalau kita menyorot semua dasar-dasar kerajaan sebelum ini, pada keseluruhan polisi yang dilaksanakan peranan anggota tentera lansung tidak diketepikan. Sebaliknya Anwar dan para pendokongnya yang cuba memperlekeh institusi keselamatan.

Tentu kita masih ingat lagi apabila pihak pembangkang pimpinan Anwar di Parlimen cuba mempersoal kenapa tender pembelian Kapal Selam Scorpene tidak dilakukan secara terbuka. Satu soalan bodoh yang ditanya oleh pembangkang, kerana hakikatnya mana ada negara didunia yang melakukan sistem tender pembelian peralatan ketenteraan, dan boleh dibentangkan di parlimen segala maklumat ketenteraan. Kalau tanya Jepun, Iran atau Singapura sekalipun semua hal berkaitan pembelian asset ketenteraan akan dirahsiakan, kerana dikhuatiri akan mendedahkan kekuatan sebenar peralatan tempur tentera kepada pihak musuh negara.

Disini dapat kita katakan wakil rakyat DAP dan PKR tidak ubah seperti agen perisikan Singapura yang sentiasa ingin mengetahui kekuatan sebenar aset tempur negara. Tindakan ahli Parlimen Pembangkang pimpinan Anwar Atarturk ini dilihat seakan cuba menghina dan memperlekeh sektor pertahanan negara, kerana mencadangkan perkara yang tidak masuk akal dan bukan dilihat strategis untuk pertahanan negara. Tetapi ia akan memudahkan musuh negara memperolehi maklumat kekuatan sebeanr pertahanan negara.

Sebelum ini juga belum pernah mana-mana ahli politik cuba mengangkat komunis Chin Peng sebagai wira negara atau seoarang nasionalis. Namun demi mencari populariti, Anwar telah bersetuju Chin Peng dibenarkan dibawa pulang ke Malaysia dan menganggap tokoh yang menyebabkan berlakunya huru hara di Malaysia sebelum ini adalah wira dan pejuang bangsa. Tidakkah kita tahu betapa ramai pasukan keselamatan terkorban atau mengalami kecacatan kekal gara-gara tindakan Chin Peng.

Situasi yang mengejutkan lagi terdapat arus dikalangan blog2 Pakatan rakyat menyatakan tentera Malaysia tidak ubah seperti tentera islam dalam Angkatan Tentera Israel. Contohnya dilaman ini tergamak penulisnya membandingkan anggota tentera Malaysia dengan tentera Israel, kerana semata-mata tidak sependapat dengan parti politik yang menguasai kerajaan Malaysia.

Bukan setakat itu sahaja, kata hinaan dan celaan juga diberikan kepada anggota keselamatan, sehingga ada anggota keselamatan dituduh sebagai anjing kerajaan di laman2 blog pro Anwar disebabkan bencinya kepada sokongan pasukan keselamatan kepada kerajaan sedia ada.

Di sini adalah jelas siapa sebenarnya yang menghargai anggota keselamatan, dan siapa sebenarnya yang memperlekeh anggota keselamatan. Anwar seperti biasa mungkin hanya tahu mencari salah orang dan bertindak sebagai seorang ahli politik yang populis, namun seperti biasa salah diri tidak pernah diakui.

Ditengah kekalutan dalaman PKR dan PAS, Anwar dilihat cuba menyembunyikan permasalahan dengan mencari kelemahan orang lain. Biasalah Anwar… hanya Azizah, Azmin dan Shamdisar mengetahui perangai dirinya yang sebenar.

Saturday, October 24, 2009

Anwar Atarturk: Tok Guru Nik Aziz semakin Gelenyar?


Mursyidul Am Parti Islam SeMalaysia (PAS),yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dilaporkan terus mendesak parti itu mengadakan muktamar khas bagi menyelesaikan beberapa isu dalaman, termasuk kemelut barisan kepimpinan yang 'bermasalah' di peringkat pusat, menurut beberapa laporan media semalam.

Nik Abdul Aziz mengusulkan PAS supaya mengadakan muktamar khas itu bertujuan untuk membincangkan isu 'dua tiga kerat pemimpin bermasalah', termasuk presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, seperti dipetik laporan Malaysiakini.

Cadangan itu dibuat kerana kemarahannya terhadap beberapa orang pemimpin parti, antaranya Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali; dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali, berkaitan isu kerajaan perpaduan. DAn berharap muktamar tersebut dapat memberi pilihan kepada pewakilan untuk menentukan halatuju parti tersebut.

'Kali ini, saya dengan kuat merasakan bahawa perlu ada perubahan dalam pemain- pemain penting yang menduduki kerusi kepimpinan PAS di peringkat pusat.
'Kita panggil mesyuarat parti yang tergempar, misalnya mungkin dipanggil muktamar khaslah. Kalau nak kirakan, kitalah yang sepatut buat dulu, demi tajdid, kita perlu buat mesyuarat agung luar biasa ini,' kata beliau menerusi blog peribadinya, http://www.blogtokguru.com/.

Sementara itu laman berita mStar Online berkata Menteri Besar Kelantan itu turut mengaitkan isu kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi, Datuk Mustafa dan Dr Hassan yang menyebabkan terpaksa dicadang buat Muktamar Khas.

'Bila mesyuarat agung tak mahu tukar presiden, misalnya, maka tidak mengapalah, kita pakat-pakat belalah.
'Begitu juga dengan isu-isu di sekitar Hassan atau Mustafa yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan Perpaduan atau UG (Unity Government). Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan, kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ni?' kata beliau, yang dilaporkan mStar Online.

Menurutnya, satu muktamar khas akan dapat menyelesaikan masalah yang timbul dalam parti itu.
'Atas pandangan inilah saya berfikir dan terus berfikir. Setelah berfikir sambil berdoa, maka saya berpuas hati untuk mengatakan begini: Kalau Umno boleh buat sesuatu dengan mengadakan mesyuarat agung khas dan MCA pun boleh mengadakan EGM-nya sehingga sempat menggugurkan Presiden dan timbalan presidennya. Demikian juga dengan PKR yang telah membuat pindaan perlembagaannya melalui kongres khas mereka. Maka kita?' tegas Datuk Nik Abdul Aziz.
Ekoran desakan Nik Aziz tersebut telah menyebabkan beberapa pihak mengatakan Tok Guru semakin gelenyar seperti dinyatakan Sayuti Omar seorang penganalisis politik dan penulis buku yang pro PAS didalam laman blognya.

Sementara beberapa blogger yang pro kepada Presiden PAS Haji Hadi Awang pula menyatakan Tok Guru Nik Aziz semakin mengarut kerana masih dikelilingi oleh pembantu sesat seperti Husam Musa dan Anuar Bakri Harun. Malah kumpulan ini menyatakan tidak mustahil yang menulis artikel tersebut adalah Anuar Bakri Harun.Sehingga saat ini Husam dilaporkan masih berdiam diri apabila isu ini muncul dan lansung tidak mengulas isu pergaduhan di Taman Melewar yang dikaitkan dengan dirinya.

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin pula apabila ditanya saranan Mursyidul AM tersebut menyatakan bahawa majlis syura parti akan mendapatkan pandagan terlebih dahulu dari Nik Aziz, sebelum diambil tindakan yang perlu.

Manakala PAS Selangor pula dikatakan telah menolak saranan diadakan Muktamar Khas seperti didesak oleh Tok Guru Nik Aziz. Menurut Roslan Mohd Shahir seperti dilapor media

"cadangan sedemikian tidak perlu kerana tidak wujud pergolakan kepimpinan parti samaada peringkat pusat maupun negeri ketika ini."






Friday, October 23, 2009

Anwar Atartuk pemain utama krisis dalaman PAS?


Gara-gara gempa bumi yang kuat di Bagan Pinang tempoh hari, hari ini PAS dan PKR masih menerima kesan yang teruk akibat gempa yang dicetuskan oleh Tan Sri ISA Samad. Kini di dalam PKR di khabarkan bergoncang isu membabitkan pertelagahan yang serius antara Zaid Ibrahim dan Anwar Atarturk gara-gara tindakan Zaid yang cuba masuk campur isu protes PKR Sabah terhadap kepimpinan Azmin Ali.

Walaupun Anwar Atarturk cuba menyembunyikan isu ini tetapi bau goncangan tersebut sudah tersebar kepada umum.

Sementara itu, di dalam gerabak PAS pula gara-gara penangan ISA di Bagan Pinang, menyaksikan ada satu gerakan didalam parti cuba menyalahkan kepimpinan Haji Hadi Awang sebagai punca kekalahan calon PAS dengan mengaitkan Hassan Ali sebagai punca kekalahan, golongan ini meniupkan sentimen perlu dilakukan reformasi kepimpinan didalam PAS.
Secara tiba-tiba bagai diatur Dr. Aziz Bari seorang pensyarah dari UIA dan pakar dalam isu perundangan dan pernah bersama dengan Husam Musa dalam satu wacana di Kota Bharu, melontarkan pandangan agar ditukar pucuk pimpinan PAS secara keseluruhan termasuk Presiden.

Pandangan Dr. Aziz Bari ini menyebabkan beberapa pihak di dalam PAS seperti Ustaz Idris Ahmad dan Roslan SMS membidas tokoh tersebut, Roslan SMS bekas orang kanan Haji Hadi Awang didalam blognya menyatakan Dr. Aziz Bari telah keluar dari posisisnya sebagai seorang pakar perundangan menjadi penganalisis politik. Secara sinis Roslan merasakan pelik kenapa Dr. Aziz berminat melontarkan pandangan tersebut.

“"Dimana Dr Aziz ketika PAS menang di Bukit Gantang, di Kuala Terengganu (kerusi Umno berjaya PAS rampas), di Manek Urai, di Permatang Pasir? Dimana Dr Aziz ketika PKR tewas di Batang Ai? Kenapa tak disuruh tukar Dato Seri Anwar, singkirkan Azmin Ali, contohnya?" kata Roslan didalam blognya.

Umum mengetahui Dr. Aziz Bari menyokong segala perubahan polisi yang cuba dibawa Anwar Ibrahim dalam konteks pembaharuan politik Malaysia. Sebenarnya adalah tidak menghairankan beliau terbabit sama dengan kekalutan dalaman pas ini. Kerana hingga ke saat ini beliau dan kumpulan penyokong Anwar didalam PAS begitu selesa berhubung dan bertukar pandangan.
Kekalutan dalaman PAS ini diburukkan lagi dengan wujudnya pergaduhan dan kejadian tumbuk menumbuk sewaktu majlis Aidilfitri di Taman Melewar yang melibatkan seorang Exco Kerajaan Negeri Kelantan Husam Musa, namun ia cuba dinafikan oleh beberapa tokoh PAS seperti Mahfuz Omar.

Penafian ini tidak ubah seperti penafian Anwar Ibrahim yang cuba menafikan kekalutan dalaman Parti yang dipimpinnya.
Sumber-sumber dalaman PAS yang pro kepada Presiden PAS Haji Hadi Awang mengatakan mereka pelik kenapa kumpulan yang pro ulama didalam parti dilabelkan sebagai pro -umno. Sedangkan yang jelas kumpulan ini adalah yang ingin memusnahkan PAS kerana pro kepada polisi Anwar Ibrahim.

Sementara itu, Sayuti Omar seorang penganalisis politik pula menyatakan hujah Dr. Aziz Bari adalah dangkal kerana menyalahkan ulama sebagai faktor kekalahan PAS. Menurut penulis tersebut yang juga dikenali sebagai MSO, bukan ulama yang menerajui kempen di Bagan pinang tetapi diketuai oleh kelompok professional didalam PAS.

“Bukankah Pengarah Besarnya Sallahuddin Ayub dari rahim profesional? Bukankah Pengarah Operasinya, Zulkefli Ahmad dari rahim preofesional. Bukankah Khalid Samad dari golongan sama? Bahkan calon itu sendiri seorang profesional.” Tegas Sayuti dalam laman blognya Tinta Merah.

Banyak pihak didalam PAS kini condong melihat perbuatan kelompok professional seperti Khalid Samad dan DS Nizar di Perak sebagai tidak menepati aspirasi perjuangan PAS. Tindakan Nizar di Dewan Undangan Negeri di Perak yang mengatakan tiada konsep Negara islam didalam perlembagaan PAS kerana semata-mata menjaga hati DAP sewaktu persidangan DUN telah menghiris hati sebahagian kelompok pimpinan parti.

Kini apabila Husam dan kumpulannya cuba melobi diadakan EGM untuk parti dengan menjadikan Tuan Guru Nik Aziz sebagai sandaran untuk memalu gendang perubahan. Semakin jelas kumpulan ini digerakan oleh satu gerakan untuk menyingkirkan kelompok ulamak didalam parti.

Soalnya siapa yang menjadi tulang belakang kepada gerakan ini didalam PAS, Adakah benar desas desus mengatakan tunjang utama tiupan angin adalah datang dari Husam dengan dibantu Khalid Samad dan Nizar, selepas perbicangan rapi dan khidmat nasihat dilakukan dengan Anwar Atarturk.

Yang pasti kekalahan Husam Musa kepada Ustaz Nasarudin sewaktu pemilihan muktamar sebelum ini bukanlah noktah kepada karier politiknya, rupanya Husam tidak mati kutu, kerana sebaik sahaja tamat muktamar tersebut Husam telah merangka agenda yang lebih teliti untuk mengambil alih parti dengan cuba menyingkiran terus Haji Hadi Awang dan kelompok yang dinamakan Terenganunisme dengan cuba mengangkat tokoh lain seperti Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai calon untuk mengetuai parti supaya Husam lebih mudah naik ke hirarki kepimpinan parti.

Monday, October 19, 2009

Zaid tak gaduh dengan min, dia ingin pergi Haji : kata Anwar Atarturk


"Saya dan Zaid ok , dia bercuti bukan sebab gaduh dengan saya, dia nak pergi Haji" Mungkin itulah kata Azmin Ali pada Dr. Lolo, Ahli Parlimen Titiwangsa.

Pergolakan dalaman pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) khususnya di Sabah kini kian terbongkar menyusuli pelantikan naib presiden PKR, Encik Azmin Ali, sebagai ketua perhubungan di negeri Sabah.

Naib presiden PKR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, dilaporkan mengatakan 18 pemimpin dari 23 bahagian parti itu di Sabah telah menandatangani satu memorandum untuk menyuarakan bantahan terhadap kepimpinan Azmin Ali kepada penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Difahamkan memorandum itu dipendam oleh Anwar Ibrahim tanpa memberi respon tindakan.

'Persoalannya ialah bukan sama ada pelantikan beliau diterima atau tidak. Tetapi ia mengenai keputusan tertentu yang dibuat oleh beliau,' luah Dr Jefrey dalam keadaan kecewa di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, semasa menyambut ketibaan Datuk Zaid Ibrahim di Sabah.

Tindakan Dr Jeffrey dan PKR sebahagian PKR Sabah menolak pimpinan Azmin dikatakan berpunca dari tindakan yang dibuat Azmin tidak merujuk dan berbincang dengan pucuk pimpinan di Sabah.
Dikatakan separuh daripada 25 ketua bahagian PKR mahu Azmin ditukar digantikan segera dengan seorang ketua PKR yang berasal dari Sabah.

Kelalutan perebutan jawatan di Sabah itu telah mengheret sama Zaid Ibrahim kedalam kemelut dengan Azmin Ali, hingga dilaporkan Datuk ZaidIbrahim terpaksa bercuti enam bulan dan tidak menghadiri mesyuarat biro politik PKR, atas alasan campurtangan Anwar Ibrahim yang meyebelahi Azmin.


Pengarah strategi PKR, Tian Chua, sewaktu ditanya apakah benar Datuk Zaid mengambil cuti kerana berselisih faham dengan Encik Azmin Ali, Chua seolah cuba menutup isu tersebut dengan hanya mendiamkan diri dan enggan memberi sebarang ulasan.
Hari ini Anwar juga seolah cuba menyembunyikan krisis dalaman PKR itu,"Beliau mengambil cuti kerana mahu mengerjakan haji dan menyelesaikan urusan peribadi yang lain" kata Anwar seperti ditukil dari akhbar Sinar Harian. Sementara Azmin pula menyalahkan pihak media yang memperbesar dan mempermainkan isu tersebut.

Secara tiba-tiba juga Zaid Ibrahim hari ini pula menafikan ada pergeseran sebagai punca dia bercuti 6 bulan. Sedangkan sebelum ini dia sendiri yang menyatakan Anwar menghalangnya dari campur tangan krisis di Sabah kepada MStar.

Itulah helah dan tipu daya Anwar, genap lebih setahun selepas kegagalan penubuhan kerajaan 16 September dilaksanakan. Anwar masih mampu beretorik mengenai mantapnya organisasi parti PKR.
Anwar sebolah mungkin cuba menyembunyi konflik dalaman yang berlaku, apatah lagi ia melibatkan Azmin Ali orang kesayangannya.

Seperti kata bekas sahabat karibnya " Azmin telah melakukan pengorbanan yang besar untuk Anwar dan ia tidak dapat ditandingi oleh mana-mana individu di negara ini". Agak-agaknya apakah pengorbanan terbesar yang dilakukan Azmin hingga mampu mengalahkan pengorbanan Ezam ytang sanggup disumbat ke dalam penjara dan ditahan ISA gara-gara membela Anwar.

Mungkin selepas ini Chua Jui Meng terpaksa berhati-hati jika ingin kariernya terus menyala didalam PKR, jika silap langkah Jui Meng pun senasib dengan apa yang berlaku dengan Zaid Ibrahim.


Friday, October 16, 2009

Anwar dan Azmin : Zaid mangsa cemburu buta Azmin

Selepas berkrisis dengan Khalid Gagap dan Jefrey Kitingan kini dikhabarkan Zaid Ibrahim pula menjadi mangsa cemburu buta Azmin.

Gara-gara berkrisis dengan Naib Presiden PKR tersebut, Zaid tanpa disangka-sangka membuat keputusan mengejut untuk bercuti 6 bulan dari PKR.


"Ini bermakna saya tidak akan menghadiri mesyuarat biro politik parti," Jelas Zaid seperti dipetik laman Malaysiakini hari ini.

Desas desus mengatakan punca pergeseran kedua tokoh dalam PKR itu adalah bertitik tolak dari tindakan Zaid yang cuba merapatkan diri dengan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim.

Zaid yang sebelum ini merupakan anggota kabinet kerajaan BN dan baru mengumumkan penyertaannya ke dalam PKR pada Jun lalu, dipercayai menghadapi masalah besar untuk melaksankan tugas yang diamanahkan oleh Anwar untuk menyatukan pembangkang susulan krisisnya dengan Azmin Ali.

Tindakan Zaid yang sentiasa mendampingi Anwar dan melontar pandangan serta selalu berkongsi idea bersama Ketua Umum PKR menyebabkan wujud kerisauan pada Azmin bahawa dirinya akan tertinggal berbanding Zaid Ibrahim.

Sifat Azmin yang sentiasa cemburu kepada sesiapa sahaja yang cuba mendekati Anwar Ibrahim ini sebenarnya sudah kerap kali berlaku. Sewaktu Ezam menjadi Setiausaha Politik, desas desus juga berbunyi Azmin sudah menpunyai perasaan cemburu kepada Ezam hingga sentiasa mahu hanya kehendak dia sahaja yang sepatutnya di laksanakan Anwar.

Cakap-cakap orang yang dekat dengan Anwar selalu mengatakan Azmin sekiranya boleh ingin selalu mendampingi Anwar dan memakai pakaian yang sepadan dengan Anwar. Sekiranya Anwar memakai pakaian gelap maka Azmin pun akan memakai pakaian seakan sama, jika biru dipilih Anwar maka warna seakan samalah yang dipilih Azmin.

Azmin ingin sangat kelihatan pakaian dan perkara yang dimilikinya adalah sedondon dengan Anwar, tabiat Azmin ini dikatakan telah menimbulkan keresahan pada Datin Seri Wan Azizah. Namun hanya kenalan terdekat sahaja yang faham perasaan Azizah. Itulah nasib Azizah bermadu dengan lelaki bukan calang orang yang terpaksa dihadapinya.

Anwar penumpang Dasar Penerapan Nilai Islam bukan pelaksana

Menurut Dr. Idris Ahmad dalam buku bertajuk 25 tahun Kepimpinan Ulamak terbitan Nufair street terbitan mei 2009, antara faktor yang menggerakan arus kewujudan kepimpinan dibawah ulamak didalam PAS ialah disebabkan UMNO pada masa itu yang berada di bawah Dr.Mahathir Mohamed telah melaksanakan dasar-dasar penerapan nilai-nilai islam.


Dasar-dasar yang dilaksanakan oleh Dr. Mahathir juga menyebabkan Dr. Asri pada masa itu telah memberi sokongan kepada polisi kerajaan dalam ucapan dasar perasmian Muktamar Parti PAS.

"Kita mengalu-alukan hasrat mana-mana pihak pun juga sekiranya mereka benar-benar hendak menjadikan parti mereka sebuah parti islam yang mahu memperjuangkan cita-cita untuk melihat tertegaknya kedaulatan islam didalam negara ini" Kata Dato Mohd Asri.

Kenyataan ini menyebabkan ucapannya ditolak oleh pewakilan PAS kerana dilihat sebagai seorang yang demokrasi dan tidak mahu berkonfrontasi dengan pihak pemerintah.

Sewaktu Dr. Mahathir melaksanakan Dasar penerapan nilai-nilai Islam antara inisiatif yang diambil ialah melaksanakan projek Bank Islam, Takaful, Universiti Isla, dan beraneka lagi atas nama islam, sesuai dengan kebangkitan islam sejagat seperti revolusi islam Iran. Dan dasar ini belum pernah dikemukakan oleh pemimpin sebelumnya.

Pada masa pelaksanaaan polisi tersebut ia telah memberi gelombang baru kepada pecinta islam untuk merealisasikan islam sebagai satu cara hidup.

Ramai pihak dikatakan telah tertarik dengan stail kepimpinan Mahathir contohnya Anwar Ibrahim yang telah menyatakan rasa kagum dan yakin dengan pentadbiran dan corak perjuangan Perdana Menteri sewakti itu yang pro dasar islam.(utusan Malaysia 30 Mac 1982). Sebelum menyertai UMNO Anwar Ibrahim merupakan pihak yang banyak mengkritik dasar-dasar kerajaan yang dianggap tidak islamik, iaitu semasa beliau memimpin Abim.

Sebenarnya Tun Abdul Razak pernah menjemput Anwar Ibrahim menyertai UMNO tetapi tawaran tersebut ditolak Anwar (Judith Nagata, 1980) .

Dari fakta ini hujah yang mengatakan Anwar sebagai pencetus gerakan islam dapatlah disangkal, kerana realitinya Anwar hanyalah penumpang kepada dasar-dasar yang telah dicetuskan oleh Mahathir Mohamed.

Kebijaksanaan Perdana Menteri dalam menerapkan polisi nilai islam ini telah menyebabkan UMNO memenangi pilihanraya dengan kemenangan besar dalam pilihanraya 1982.








Monday, October 12, 2009

Bagan Pinang : PAS seharusnya menyalahkan Anwar Atarturk


Bagan Pinang petang Ahad 11 Oktober 2009 seperti dijangka memang dilanda gempa bumi dengan skala richter 7.9 menyamai apa yang berlaku di Padang Indonesia.

Sangkaan Anwar Atarturk ramai ahli UMNO akan mati dengan kejadian gempa tersebut, namun yang berlaku adalah sebaliknya. Menurut pihak berkuasa yang ditugaskan ahli PAS ramai yang tumbang dan mati kerana terkejut dengan gegaran gempa tersebut.

Gempa yang dinamakan Gempa ISA itu telah menyebabkan Parti PAS terpaksa meraih hanya 2,578 undi sahaja berbanding dimiliki UMNO/BN - 8013 undi dalam pilihanraya kecil di Bagan Pinang.

Majoti besar 5435 yang dimiliki ISA itu seakan memberi petunjuk bahawa UMNO BN dalam proses memperbetulkan kembali tonggak rumah mereka, sesudah tahun 2008 dikejutkan dengan tsunami politik.

Di pihak PAS, mereka secara keseluruhan menyalahkan undi pos sebagai punca parti tersebut gagal meraih undi sekurang-kurangnya menyamai keputusan pilihanraya lalu.

Seharusnya dalam kekalahan ini PAS dapat meninjau kembali kenapa orang Melayu dan pengundi secara total kembali kepada jaluran asal mengundi UMNO/BN. Jika sebelum ini PAS telah memenangi 3 peti undi di kawasan tersebut namun semalam kesemua peti undi telah dimenangi semula oleh calon UMNO/BN.

Kalau kita urutkan keputusan pilihanraya kecil sebelum ini bermula di Bukit Gantang hinggalah ke Manek Urai dan Permatang Pasir, undi untuk PAS dalam setiap pilihanraya tersebut sebenarnya semakin menurun dan Bagan Pinang sebenarnya kemuncak turunnya sokongan undi kepada Parti islam tersebut.

Sewajarnya kepimpinan PAS, bermuhasabah diri kenapa orang islam menolak kempen PAS semenjak hari pertama proses penamaaan dilakukan lagi. Janganlah UMNO dikambinghitamkan kerana cuba untuk menutup kelemahan diri.

Dalam konteks kemenangan Tan Sri Isa Samad ini, adalah mungkin segala yang dirisaukan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor YB Hassan Ali ini ada kebenaran dan kewajaran.

Sebelum ini Hassan Ali dilaporkan kurang selesa dengan beberapa tindakan Parti DAP yang dilihat terlalu dominan menguasai Kerajaan Selangor sehingga mengenepikan suara PAS didalam kerajaan negeri.

Difahamkan PAS Selangor amat risau sekiranya pengundi Melayu di Selangor akan kembali mengundi BN dalam pilihanraya akan datang. Jesteru itu mereka meminta agar hak-hak orang Melayu dan islam dijaga dan tidak diusik di negeri Selangor.

Namun kritikan dan pandangan Hassan Ali telah menyebabkan wujudnya krisis diantara DAP dan PAS di Selangor hingga terpaksa diselesaikan melalui sidang meja bulat untuk menyelesaikan konflik diantara dua parti tersebut. Dalam masa yang sama parti pimpinan Anwar atartuk, PKR dilhat gagal memainkan peranan menjadi orang tengah.

Campur tangan Khalid Samad yang mengkritik Hassan Ali juga dilihat tidak wajar oleh ahli PAS Selangor kerana dilihat tidak wala kepada kepimpinan PAS negeri dan pandanganya terlalu condong kepada pemikiran PKR.

Dalam blognya, Khalid Samad dilaporkan telah mempertikai sistem wala yang diamalkan oleh Parti PAS dan mengkritik tindakan Hassan Ali dalam memberi pandangan isu Selcat.

Keangkuhan Khalid Samad dalam melontar pandangan menyebabkan jurang antara kepimpinan PAS Selangor dengan Khalid Samad semakin melebar dan menggugat perpaduan parti.

Walaupun PAS menyalahkan undi POS sebagai faktor mereka kalah dalam pilihanraya tersebut, namun kalau dihitung kira kembali jumlah undi yang dimiliki Isa, tanpa undi Pos pun UMNO/BN akan memenangi kerusi tersebut.

Kalaulah PAS jujur dalam membuat analisis punca kekalahan pilihanraya mereka. Bukankah lebih baik sekiranya Salahudin Ayub dan PAS menuding jari menyalahkan Anwar Ibrahim sebagi punca mereka gagal meraih undi lebih tinggi.

Seperti kata MSO sejak PAS berkawan dengan PKR, tindak tanduk PAS pun seakan sudah berubah dalam melakukan kerja-kerja strategi pilihanraya, merujuk lapuran berita ahli PAS cedera parah dipukul oleh ahli UMNO.

Polisi-polisi Anwar yang tidak pro Melayu dan Islam dilihat menyebabkan PAS terpalit sama, sehingga orang Melayu terpaksa berfikir dua kali untuk memberi undi kepada PAS.

Jika sebelum ini undi untuk negara islam selalu dijual PAS, namun semenjak adanya PAS dalam Pakatan Rakyat yang selalu dijual kepada orang Melayu ialah kuasa rakyat, hak asasi dan demokrasi.

Sikap kepimpinan PAS yang membiarkan tokoh agama dan organisasi islam dihentam oleh pemimpin DAP dan PKR menyebabkan ia diperhatikan secara sinis dan mendalam oleh orang islam.

Siapa sangka Ustaz Redzuan Tee dibelasah teruk dengan kata makian tanpa mendapat pembelaan pemimpin PAS, NGO Islam dilabel teroris dan Mufti Perak telah dicerca pelacur oleh pimpinan PKR. Di Selangor hal ehwal orang islam cuba dicampuri , manakala isu kuil tidak ditangani dengan baik hingga orang islam dihina. Natijah ini menyebabkan keluarnya slogan take beer dikalangan umat islam kepada PAS dan mereka melihat PAS gagal menjaga hak orang Melayu dan islam.

Rel yang dilalui PAS kini semakin hari semakin membengkok, sama dengan status yang ada pada Anwar Atartuk yang sejak dulu hingga kini kekal bengkok dan bukan straigh seperti lelaki normal lain.

Friday, October 9, 2009

Anwar Atarturk : Imbas kembali akuan sumpah Datuk Abdul Murad


Statutory declaration of Abdul Murad
Friday, October 29, 1999


I, Datuk Abdul Murad Bin Khalid (NRIC No. 531215-08-5957), a Malaysian citizen of full age and care of No 104, Jalan Setiabakti 9, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur, do hereby solemnly and sincerely declare as follows:


1. On 16th September 1999 I was charged with failing to disclose truthfully information on Ben Harta Sdn Bhd (BHSB) shares and 51 of its properties allegedly held for my benefit pursuant to section 87(2)(c) Banking and Financial Institutions Act 1989 (BAFIA).


2. In order to do justice for my own sake, I must make a public declaration on certain matters connected with the various positions I held in Bank Negara Malaysia (BNM) so as to show to the public at large the nature and stresses/strains that were attendant to these positions.


This public statement is also intended to provide the public with the proper perspectives of the machinations of the former Deputy Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) who was also the Finance Minister and hence the Minister directly in command of BNM.


3. As one of the top executives in BNM, I invariably came into contact with Datuk Seri Anwar Ibrahim who took a liking for me and subsequently entrusted me to carry out some of his instructions, what has to come to be believed by me now to further his political ambitions.


In futherance of his political scheme, Datuk Seri Anwar Ibrahim instructed me to implement certain corporate exercises in favour of his friends and cronies.
The debts of his cronies were cleared/settled using the profits from deals using the influence of BNM.


4. Amongst the most significant corporate exercises is the takeover of Sikap Power, the concession holder of the Independent Power Project (IPP) at Lumut, Perak.
The concession was sold to MRCB on the instruction of Datuk Seri Anwar Ibrahim and MRCB later injected the concession into Malakof Berhad, which is the subsidiary of MRCB.
I believe that a profit of about RM50 million from this deal went to one of DSAI’s political funds.


5. A male Chinese named Tong Kooi Ong is also involved significantly in raising financial assistance for Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tong Kooi Ong is the Chief Executive Officer (CEO) of Phileo Allied Berhad, which is listed on the Main Board of the KLSE.


Phileo Allied Bank is also under the control of Tong Kooi Ong.
Tong Kooi Ong came into contact with Datuk Seri Anwar Ibrahim on my introduction and they subsequently became very close.
Tong Kooi Ong subsequently disclosed to me that in return for the favours granted to him by Datuk Seri Anwar Ibrahim, he had established a “Master Account” under his control, from which financial contributions could be made for the interests of Datuk Seri Anwar Ibrahim.
This Master Account is to derive revenues from the holding of shares and buildings.
At one point Tong Kooi Ong confided in me that the Master Account was worth RM200 million based on the values of shares and building assigned to it.


6. I believe there are at least 20 other “Master Accounts” established for Datuk Seri Anwar Ibrahim by his various cronies.
I believe that the total funds in these 20 Master Accounts run into more than RM3 billion.
DSAI’s modus operandi is to divide and rule and the operator of each Master Account is not aware of the existence of the other Master Accounts.
I believe the Government is aware of who these cronies are.


7. As far as I know and through my own involvement, more than RM120 million had been paid to Datuk Seri Anwar Ibrahim, his cronies and the organisations he used to advance his own political ambitions.
For example, it is within my personal knowledge that on the instructions of Datuk Seri Anwar Ibrahim funds from the Master Account was paid to himself and the following persons and organisations known to be affiliated or connected to him between 1992 to 1997:


(1) to himself (DSAI) – RM50 million
(2) Dato Abdullah Ahmad (UN) – RM5 million
(3) Dato Nasaruddin Jalil – RM10 million
(4) Asia Pacific Policy Centre (APPC) & Douglas H. Paal – RM38 million (USD 10.0 million)
(5) Institut Kajian Dasar (IKD) – RM5 million
(6) Aliran & Dr Chandra Muzaffar – RM5 million
(7) ABIM – RM5 million
(8) International Institute of Islamic Thought (IIIT) – RM2 million
(9) A UK-based Islamic Foundation – RM1 million
Total – RM121 Million


8. I am also informed that Datuk Seri Anwar Ibrahim instructed Tong Kooi Ong to take into his employ Puan Shamsidar and one Encik Rahman, which he did. Puan Shamsidar is the wife of Encik Azman Ali, the Private Secretary to Datuk Seri Anwar Ibrahim.


It is widely known that Puan Shamsidar is generously remunerated and is provided with a car and driver and most of the time she did not need to go to work.


9. I must make a special mention of the American based organisation called Asia Pacific Policy Centre (APPC) headed by Douglas H. Paal, the former Senior Director from Asian Affairs (1989 to 1993) of the National Security Council (NSC) of the United States of America.
Douglas H. Paal left the National Security Council to start APPC in 1993 funded mainly by contributions from Datuk Seri Anwar Ibrahim.


I was responsible for arranging USD 10 million in contributions to APPC and Douglas H. Paal on Datuk Seri Anwar’s instructions.
I believe that other cronies of Datuk Seri Anwar Ibrahim also made substantial contributions to APPC and Douglas H. Paal. Although I cannot ascertain the exact quantum of their contributions I am convinced they ran into millions of US Dollars. APPC and Douglas H. Paal are one of the main vehicles used by Datuk Seri Anwar Ibrahim to promote his image in the Western countries, mainly in Washington, USA and the United Kingdom and other European nations. APPC also lobbied strongly for Datuk Seri Anwar Ibrahim with the international media organisations.


10. APPC organised “The Pacific Dialogue” conferences under the patronage of Datuk Seri Anwar Ibrahim. The First Pacific Dialogue was held in Penang sometime in November 1994. The Second Pacific Dialogue was held in January 1996, the Third Pacific Dialogue in November 1996 and the Fourth Pacific Dialogue in January 1998. There was supposed to be a Fifth Pacific Dialogue to be held in December 1998 but it was cancelled because the Patron was no longer the Deputy Prime Minister anf Finance Minister of Malaysia. All the Pacific Dialogue conferences were held in Malaysia because Datuk Seri Anwar Ibrahim was the major source of funding for APPC.


11. In what I believe as tantamount to a betrayal of public trust, Datuk Seri Anwar Ibrahim also insisted that APPC should manage BNM’s reserves of RM50 billion and the EPF fund in return for the services provided to him by APPC. Alternatively a hefty fee of USD 3 million was to be paid annually to APPC for the cost of running the Centre in Washington. Fortunately this instruction of Datuk Seri Anwar Ibrahim for APPC to manage the above funds was never put into effect. What I have stated above goes to prove without doubt that Datuk Seri Anwar Ibrahim was indeed an unscrupulous leader who was prepared to sacrifice the country’s coffers for the benefit of its political ambition with the help of foreign elements. The current developments that are taking place in the country which threatened the public peace and well being of the Rakyat to further Datuk Seri Anwar Ibrahim’s political ambition are ample proof to support this assertion.


12. I was also directed by Datuk Seri Anwar Ibrahim, then already appointed as the Finance Minister, to assist the following persons to clear their debts as described below:


a) Datuk Seri Anwar Ibrahim instructed me to settle the debt of Tan Sri Abdullah Ahmad (now the permanent representative to the United Nations) with Bank Bumiputra of more than RM10 million. I helped to negotiate the settlement amount of RM7 million. An amount of RM5 million was taken from Master Account to help pay the debt. The balance of RM2 million came from Tan Sri Abdullah Ahmad from the sale of his land.


b) Datuk Seri Anwar Ibrahim instructed me to help settle Puan Marina Yusof’s debt with local banks amounting to more than RM20 million. I presented her application to the Tabung Pemulihan Usahawan (TPU) for assistance to develop her land along Jalan Tun Razak, on which is now the completed Complex Marinara. The TPU panel approved her application. Puan Marina Yusof is extremely grateful to Datuk Seri Anwar Ibrahim.


c) Penang based Mercury Securities owed MUI Bank more than RM10 million secured by a third party land charge. The majority shareholder is Chew Seng Guan and one Encik Ahmad Kamal whom Datuk Seri Anwar Ibrahim groomed to be an up-and-coming Bumiputra businessman and politician. I subsequently helped to arrange for the sale of the land to Matang Emas Sdn Bhd, a company owned by Taib Hamid, the sale of which incidently also sorted out some of Taib’s personal problems. The same piece of land was later sold to TPPT Sdn Bhd by Encik Taib for a low cost housing project which is now known as Taman Tun Perak.


d) Datuk Seri Anwar Ibrahim instructed me to help Dato’ Nazri Abdullah’s Group to take over NST Group from Renong. I sought the assistance of Hong Leong Group to structure the deal. I spoke to Seow Lun Hoo and Quek Leng Chan of Hong Leong. They proposed that Dato’ Nazri’s Group use MRCB as vehicle to take over the shares of NST. I then spoke to Maybank to arrange a loan for Dato’ Nazri to buy into MRCB and another loan for MRCB to buy into NST.


e) I was directed by Datuk Seri Anwar to help Encik Faiz Abdullah (Datuk Seri Anwar Ibrahim’s ghost writer), together with Seow Lun Hoo of Hong Leong to buy into Kewangan Usaha Bersatu Berhad (KUBB), then owned by Idris Hydraulic Berhad. The scheme involved using Arus Murni Berhad formerly known as Timuran Berhad, a company listed on the Main Board of KLSE as the holding company. I approached the following banks to help syndicate the loan for the purchase of KUBB shares costing above RM400 million. 1. Hong Leong Bank 2. Hong Leong Finance 3. Sime Bank 4. RHB Bank 5. Southern Bank 6. BSN Commercial Bank. Faiz Abdullah is a very clever ghost writer and a political operator for Datul Seri Anwar Ibrahim. He is also a lawyer, ex-journalist and ex-Special Branch police officer.


13. My involvement with Tong Kooi Ong and “Master Account” in furtherance of Datuk Seri Anwar Ibrahim’s instructions landed me in trouble with the law. On 16th September 1999, I was charged with failing to disclose truthfully information on Ben Harta Sdn Bhd shares and 51 of its properties allegedly held for my benefit totalling RM23.9 million.


14. I must state that I never knew the two gentlemen purportedly to be the shareholders of Ben Harta Sdn Bhd i.e. Gan Hong Sin Lan Hong Sing and Gan Sor Ting. Tong Kooi Ong did indicate to me that this company holds property and shares as part of the scheme to raise funds for Datuk Seri Anwar. I have never been shown or seen the books of the Master Account handled by Tong Kooi Ong. I am not aware of any shares held by Ben Harta on my behalf, nor the locations of the 51 properties allegedly also held on my behalf, except one (1) apartment and one (1) bungalow which I was entrusted to maintain for purpose of investment and to be later sold for the Master Account.


15. I strongly believe that wrong information has been given to the authorities implicating me with Ben Harta Sdn Bhd. I point my finger at Tong Kooi Ong and the two shareholders of Ben Harta. They have implicated me to save their own skin.


16. Apart from the properties held under Ben Harta Sdn Bhd, I also know that a few properties have been bought for investment under the Master Account and for Datuk Seri Anwar Ibrahim’s future personal use. These properties located around Kuala Lumpur are valued at about RM15 million.
17. As regards the damaging policies adopted by BNM following the economic recession in July 1997, I must categorically state that I was opposed strongly to these policies. I opposed the “Legal Lending Limit”, the reduction of NPLs (non-performing loans) from 6 months to 3 months, the “Credit Crunch” introduced in October 1997 and the Higher Rate of Interest. These were all policies endorsed and adopted by Datuk Seri Anwar Ibrahim. A few concerned BNM officers/executives and I tried to halt these policies from being implemented. Datuk Seri Anwar Ibrahim even censured me for speaking out against these policies. He accused me of being “too close to the market”. I now realise that these harsh measures were Datuk Seri Anwar Ibrahim’s political plan to crush the economy and bring Malaysia to its knees in order to invite in the International Monetary Fund (IMF) to enable Datuk Seri Anwar Ibrahim to force Dr Mahathir to resign and take over the Prime Minister’s position.


18. Following my arrest and my subsequent resignation as Executive Director of RHB Bank Berhad I have thought over my involvement with Datuk Seri Anwar Ibrahim and have come to realise that what I have done, though as I said earlier was forced upon me as one of the Executives in BNM, is indeed very regrettable. I now realise that I have been exploited and made use of by Datuk Seri Anwar Ibrahim to hold assets for his political and personal use and benefit. These assets including those held under Ben Harta, do not belong to me. As such, it is up to the Government to take the necessary legal action in respect of their disposal, including forfeiture if permissible.


19. I now call upon all peace loving and loyal citizens of Malaysia to reject all the political manoeuvres by Datuk Seri Anwar Ibrahim and his supporters and instead support all the economic and fiscal efforts to bring back the economic well being of the country. I am ever ready and willing to go public to denounce the improprieties and machinations of Datuk Seri Anwar Ibrahim in furtherance of his political ambitions that are indeed detrimental to national peace, security and political stability.


20. In conclusion I state in unequivocal terms that this Press Conference/Release made by way of Statutory Declaration was made by me voluntarily, without any inducement, threat or promise or coercion from any quarter, nor in return for any favours or special treatment in connection with the charge that I am now facing AND I make this solemn declaration conscientiously, believing the same to be true and by virtue of the Statutory Declaration Act, 1960.


Signed by the abovenamedDato’ Abdul Murad bin Khalid


© Copyright 1999, The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad. All Rights Reserved.

Tuesday, October 6, 2009

Anwar Atarturk: anggap Chin Peng Hero, bermakna hina askar Melayu


Cerita-cerita ngeri dan kejahatan mengenai tindakan anggota komunis yang menyerang pasukan keselamatan dan orang awam sering dipertuturkan sehingga ke hari ini. Ia merupakan imej ganas dan kejam PKM pimpinan Chin Peng yang kesannya masih dirasai hingga ke hari ini terutama oleh mereka yang terlibat secara langsung.


Sementara itu kita jangan lupa bahawa ramai anggota tentera dan pihak keselamatan kita terbunuh ketika bertugas mengawal negara daripada ancaman komunis . Daripada serang hendap hinggalah kepada kejadian sabotaj terhadap keaamanan negara.


Itu masih belum di kira mereka yang cacat anggota seumur hidup seperti putus kaki dan tangan, buta, hilang ingatan dan sebagainya akibat terkena jerangkap samar angkara dipasang pihak komunis.
Malah masih ramai bekas anggota keselamatan ini yang sanggup berkorban jiwa dan raga mempertahankan negara dari ancaman komunis pimpinan Chin Peng ini, masih hidup terlantar diseluruh negara. Dan sabatan tahun kempen Rayuan Hari Pahlawan diadadakan dinegara kita sebagai mesej memberi bantuan kepada golongan seperti ini yang bermati-matian menyumbang kenapa negara.


Ini adalah fakta sejarah dan ia tidak mampu diubah. Sekiranya ada cadangan dan usaha untuk membenarkan Chin Peng kembali ke negara ini, mereka perlu mengambil kira aspek sejarah ini yang sudah pasti tidak berbohong kepada kita.


Walaupun kini dia dilihat tidak lagi mengancam keselamatan negara, namun perbuatan lampaunya masih dirasai terutama yang terlibat secara lansung memerangi PKM pimpinan Chin Peng.


Hari ini ideologi komunis di seluruh dunia kini telah berubah namun tidak bermakna Chin Peng boleh diangakat sebagai Hero rakyat Malaysia, dinegara lain bekas pemimpin komunis di dihukum kerana jenayah perang yang dilakukan. malah Pol Pot di hatuhkan hukuman mati Kemboja.


Manusia bergelar Chin Peng juga banyak melakukan kejahatan dan kesengsaraan penduduk Malaysia. Sehingga kini dia terlepas daripada berdepan dengan hukuman walaupun terlibat dengan segala tindakan kejam sewaktu menjadi pemimpin PKM. Namun yang anehnya ada golongan dalam negara kita termasuk Anwar Ibrahim yang cuba mengangkat Chin Peng sebagai wira dan pejuang bangsa.


Seharusnya tindakan mahkamah yang menolak permohonannya untuk kembali dan menetap di negara kita diraikan penuh kesyukuran kerana bimbang akan merosakkan instutusi masyarakat dan keharmornian.


Walaupun orang berhujah dia adalah kelahiran Malaysia, namun kejahatan yang dilakukannya tidak memberi makna tindakkannya yang melakukan pemberontakan dahulu mendapat sokongan majoriti rakyat Malaysia.


Walaupun ada pihak bersimpati dengan nasib Chin Peng yang kini sudah berusia 85 tahun dan ingin kembali tinggal di Malaysia. Bagaimana pula sensitiviti dan sentimen mereka yang pernah menjadi mangsanya dan kini masih hidup?


Kenapa tidak ditanya perasaan hampir 2,000 bekas anggota tentera yang cacat dan masih hidup serta keluarga mereka masih menanggung trauma akibat pertempuran dengan komunis dahulu?
Adakah nyawa kira-kira 5,000 anggota keselamatan yang gugur ketika ketika mempertahankan negara daripada ancaman komunis pimpinan Chin Peng itu tidak ada nilai apabila hari ini tiba-tiba kita mahu memberi layanan istimewa kepadanya?

Sepatutnya Chin Peng diheret ke mahkamah dan dibicarakan atas segala keganasan dan pembunuhan yang dilakukannya. Layanan ke atasnya perlu sama seperti Pol Pot dan ramai lagi pemimpin Khmer Rouge yang kini dibicarakan oleh tribunal antarabangsa di Kemboja.Atas hujah apa pun, dia tidak layak diangkat sebagai pejuang bangsa oleh rakyat Malaysia.

*artikel ini disunting semula berdasarkan rencana tulisan Aznan Bakar.

Monday, October 5, 2009

Parti islam Indonesia ditipu SBY : PDIP dipilih sekutu baru



Dalam politik sesungguhnya tidak ada musuh yang kekal abadi, tapi yang ada adalah memanipulasi kepentingan yang wujud didepan mata. Siapa yang bijak berpolitik si polan itulah yang dapat meraih habuan. Di Indonesia nampaknya itulah yang menjadi kenyataan apabila Presiden SBY melalui Parti Demokrat, akhirnya memberikan sokongan kepada Taufik Kemas, Ketua Dewan Pembina PDIP menjadi Ketua MPR setaraf Speker Parlimen Di Malaysia, sekaligus mengenepikan Hidayat Nurwahid dari PKS yang menduduki kerusi tersebut penggal lalu.


PDIP selama lima tahun (2004-2009), meletakkan dirinya sebagai parti pembangkang, dan dalam pilihanraya Presiden yang lalu, Megawati menjadi salah satu penentang SBY. Tapi, melalui lobi yang sangat intensif dari kubu SBY, dan sikap Taufiq Kemas, yang pragmatis, akhirnya Megawati bersedia menjadi sebahagian dari pemerintahan SBY, dan sebagai tanda persetujuan Taufik Kemas dihantar nama sebagai calon Ketua MPR.


Sementara itu, PKS yang sudah ‘all out’ membela dan mendukung SBY, kini ditinggalkan SBY. Walhal, para pemimpin PKS mengatakan, sebelum pemilihan Ketua MPR, mereka memegang janji SBY, yang ingin menyerahkan jawatan tersebut kepada Hidayat. Tapi, kini kenyataannya yang dipilih SBY tak lain adalah Taufik Kemas.


Untuk menunjukkan sokongan politik Presiden SBY, sewaktu pelantikan Taufik Kemas, sebagai Ketua MPR, Presiden SBY telah menghadirkan diri. Ini sebenarnya hakikat dan membuka tabir yang selama ini masih menjadi misteri ke mana langkah Presiden SBY sebenarnya setelah berakhirnya pilihanraya presiden. Arah poliltik SBY kini dilihat cuba mengajak parti-parti besar yang mempunyai sokongan hingga keseluruh pelusuk Indonesia untuk bersama pemerintahannya.


Dikatakan juga Presiden SBY akan cuba menarik Prabowo (parti Gerindra), dan diberi jawatan menjaga Kementerian Pertanian, sesuai dengan gagasan Prabowo sewaktu bersama Megawati dalam pilihanraya Presiden yang ingin membela para petani, hingga menjadi kekuatan kempennya yang lalu.


Dengan situasi ini, Parti PKS yang sebelum ini kuat mengerahkan seluruh jenteranya secara ‘all out’ menyokong Partai Demokrat dan SBY tentu kecewa apabila ditinggalkan begitu saja. oleh SBY. Saat menjelang pilihanraya lalu, di mana-mana di Jakarta dan seluruh Indonesia termasuk kubu kuatnya di Sumatera tersebar, sepanduk yang berbunyi, “SBY presidenku, dan PKS partiku”.


Tapi, kini segalanya telah berubah. Janji tinggal janji, jika sebelum ini PKS sudah dikecewakan apabila Boediono yang cenderung kepada sistem kapitalis Amerika dan disokong Jaringan Islam Liberal (JIL) dipilih SBY sebagai calon Naib Presiden kini kecewa PKS lagi parah apabila diketepikan dalam banyak hal dalam susun atur kabinet SBY.


Burhanuddin Muhtadi dari Lembaga Survey Indonesia menyatakan, gabungan PDIP dan Demokrat sebenarnya akan mejejaskan hubungan Demokrat dengan parti yang menyokong SBY diperingkat awal seperti PKS.


Sementara itu, Presiden PKS, Tifatul Sembiring, menyatakan, ‘PKS ditipu”, tegasnya kepada Republika.


Sesudah ketua MPR dilantik kini masyarakat Indonesia sedang menungu penyusunan kabinet, pasca pelantikan Presiden SBY. PKS yang terlalu kecewa dengan senario semasa sudah tentu ingin lebih banyak jawatan sebagai mengantikan kehilangan Jawatan Ketua MPR kepada PDIP.


Menjadi persoalan sebenarnya kenapa SBY menyingkir begitu banyak peranan PKS, walhal bukan sedikit jasa PKS meletakkan SBY di tampuk Presiden. Dan yang menghairankan SBY lebih berminat memilih PDIP sebagai rakan sekutu yang baru. Walhal disebalik parti PDIP adalah kumpulan-kumpulan pertubuhan yang ada kaitan dengan Parti Kristian di Indonesua yang menjadi musuh kepada parti PKS.

Ikut Rakyat Kelantan- Siti Zailah


Di Kota Bharu lapor Harian Metro, seorang lelaki 58 tahun dihukum penjara 30 tahun dan rotan 20 kali kerana merogol anaknya, yang juga orang kurang upaya, berumur 20 tahun, Februari lalu sehingga menyebabkan anaknya kemudian hamil.


'Nak fikirkan pun nak wat guano (buat macam mana), buat dah buat dah...,' kata lelaki itu ketika menjawab pertanyaan Hakim Mahkamah Sesyen di sini, seperti ditukil dari akhbar tersebut.
Sebelum menjatuhkan hukuman, Hakim Zainal L. Salleh bertanya kepadanya: 'Nak tanya sa (satu) soalan. Sebelum buat, kamu tidak fikir gapo (apa-apa) ke?'


Mendengar jawapan lelaki itu, seorang buruh, Hakim Zainal berkata: 'Nanti bila kamu di penjara, kamu fikir lama sikit deh.'
Lelaki itu mengaku salah terhadap dua tuduhan merogol anak perempuannya di sebuah rumah di Pasir Puteh, Kelantan.


Dia dihukum penjara 15 tahun dan rotan 10 kali bagi tuduhan pertama. Bagi tuduhan kedua, dia dihukum penjara 15 tahun dan rotan 10 kali.
Hakim Zainal memerintahkan dua hukuman itu berjalan berasingan.


'Memandangkan perbuatan yang kamu lakukan adalah satu kesalahan hina dan jijik yang tidak boleh dimaafkan sesiapa saja, jadi hukuman dijatuhkan untuk memberi pengajaran,' katanya kepada lelaki itu. Sementara itu, di Bagan Pinang Ahli Parlimen Wanita PAS bagi Rantau Panjang, Siti Zailah Daud mengajak para pengundi dalam DUN Bagan Pinang membuat perubahan dengan memilih calon PAS, Zulkefli Mohd Omar.


Beliau berkata orang-orang Kelantan telah membuat perubahan sejak 20 tahun yang lalu dan menempa kejayaan demi kejayaan duduk dibawah kerajaan PAS Kelantan.Saya minta pengundi-pengundi kita disini, jangan takut buat perubahan, kami di Kelantan sudah 20 tahun menolak UMNO dan Barisan Nasional,”dan kita buktikan satu kejayaan demi satu kejayaan, dan kita tidak kebuluran kerana berpegang dengan Islam,”katanya ketika menyampaikan ceramah di UPU Teluk Kemang dekat sini

Sunday, October 4, 2009

Dr. Ridzuan Tee hairan ada pihak lebih percaya Musang berbulu ayam



Dr. Ridzuan Tee dalam tulisan terbaru seperti yang dipetik dari laman blognya meluahkan rasa simpati kepada Dr. Hasan Ali kerana dikritik dan didesak meletak jawatan excoo kerajaan negeri pelbagai pihak temasuk pemimpin didalam parti sendiri (Khalid Samad) gara-gara meluahkan padangan berkaitan isu Selcat.

Sambil menyalahkan DAP sebagai punca segala ketegangan yang berlaku, katanya ;

“Ternyata parti ultra kiasu ini begitu tertutup kepada pandangan dan kritikan yang mana bercanggah dengan cara urus tadbir khalifah Umar. Dahulu merekalah yang begitu lantang mengkritik. Orang lain semua salah. Sekarang, bila kena batang hidung sendiri, sendiri yang betul, orang lain salah. Jelas sekali, parti ultra kiasu ini tetap tidak mahu mengalah atau mengaku salah, malah mereka masih lagi boleh bersorak gembira kerana ada orang Melayu yang bersekongkol dan mempertahankan mereka”.

Tulisan terbaru ini dikeluarkan sebagai reaksi isu kekecohan dalaman Pakaran Rakyat di Selangor. Sebelum ini ekoran tulisannya yang banyak mengkritik DAP dalam beberapa tindakannya yang seolah membela orang islam dan Melayu di Malaysia telah menyebabkan pendakwah islam ini telah dicerca dengan pelbagai kenyataan oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan pandangannya hingga beliau digelar anak haram dan lupa asal usulnya seorang Cina.

Dr. Ridzuan kali ini terus menempelak DAP kerana hanya ingin memperalatkan gaya kepimpinan khalifah Umar Abdul Aziz untuk membalas dendam ke atas pihak lawan yang tidak disenanginya oleh mereka. Sedangkan ciri-ciri pemerintahan Pimpinan islam itu jauh jika dibandingkan dengan pemimpin DAP. Dengan kata lain ia bermaksud DAP hanya mahu mencairkan perasaan hati orang Melayu mendapatkan kuasa sahaja.

Selain itu, tindakan pemimpin umat islam dari parti politik berbeza yang lebih teruja mengejar pangkat dan kemewahan sehinga mengenepikan hubungan persaudaraan sesama Islam turut mengundang kritikan Dr. Ridzuan Tee;

“Rasulullah SAW telah menyebut betapa eratnya hubungan sesama mukmin. Saling cinta mencintai dan berkasih sayang laksana salah satu anggota badan sakit maka seluruh anggotanya yang lain akan terasa kesakitan itu. Adakah perasaan seperti ini masih wujud di kalangan umat Islam? Jika tidak, bayangkan bagaimana kita boleh mempercayai pihak musang berbulu ayam ini?” Luah beliau ekoran permusuhan sesama parti politik islam dan tindakan beberapa pihak yang lebih mempercayai DAP berbanding sesama orang islam.

Pada pandangan Ridzuan Tea, pertembungan dan pertarungan sesama orang Islam di Malaysia hanya akan melemahkan kedudukkan umat islam sebagai kaum majoriti di Malaysia, dan membawa situasi yang tidak menguntungkan orang Islam.

Beliau juga khuatir tindakan golongan yang mempermainkan ajaran Islam dan membelakangkan ajaran islam yang diperjuangkan kerana perasaan ingin membalas dendam akan menyebabkan fitnah berlaku dan seterusnya membawa dosa, bukan sahaja kepada diri mereka tetapi juga memalukan Islam dan umat Islam.

Friday, October 2, 2009

isu Kuil : Sehingga malam Aidilfitri diganggu, -Protes kepada Khalid Samad




Daripada Warga Seksyen 19 Shah Alam.

Masalah kuil Seksyen 19 yang menjadi Isu Negara.Sepanjang minggu pertama bulan September 2009, isu pemindahan kuil Seksyen 19 dan bantahan penduduk Islam Seksyen 23 menjadi tajuk utama media dan jadi Isu Negara. Pelbagai pihak membuat komen tanpa mengetahui secara terperinci punca masalah ini. Kami tidak memihak kepada mana mana parti politik, tetapi sebagai penduduk tempatan yang telah bersama-sama persatuan kejiranan kami berusaha menuntut hak kami untuk hidup aman dan tenang dikawasan kami sendiri.

Akhbar Harakah keluaran 4-6 September 2009 telah menyiarkan gambar kepala lembu dimuka hadapan mengutuk perarakan anti-agama yang katanya boleh cetus huru hara jelas meniupkan sentimen perkauman. Kenapa cepat membuat tuduhan bahawa tindakan itu menghina agama lain?. Ia akan mengundang pelbagai spekulasi yang akan memburukkan lagi keadaan. Pihak UMNO sering menjadi mangsa kerana segala keburukan ditujukan kepada mereka. Ini tidak adil kerana dalam masalah kuil itu pemimpin PAS juga wajar dipersalahkan.

Salah satu sebab punca kekalahan UMNO di Shah Alam adalah kerana isu kuil Hindu yang gagal ditangani dengan berkesan oleh pemimpin UMNO. Jadi penduduk yang kecewa telah memihak kepada pembangkang. Tetapi keadaan yang diharapkan menjadi lebih baik daripada masa lalu, menjadi semakin bercelaru kerana lain yang diharap, lain pula masalah yang diterima.

Masalah kuil di Seksyen 19 sudah memakan masa 21 tahun sejak tahun 1988 masih belum selesai hingga kehari ini. Setiap kali kuil itu diarahkan berpindah pasti ada campur tangan politik yang telah menangguhkan proses itu. Campur tangan inilah yang menyukarkan pihak penguat kuasa untuk bertindak memindahkan kuil itu kekawasan yang telah diperuntukkan kepada mereka. Rumah teres dua tingkat sebanyak 16 unit masih gagal didirikan di tapak itu kerana pihak kuil enggan keluar dari situ dengan pelbagai alasan.

Semasa penduduk berpindah kekawasan perumahan ini pada tahun 1988 kuil itu kecil dan usang sahaja. Tidah ada bekalan air dan elektrik pada masa itu. Kawasan sekitar kuil itu semak dan sering ditenggelami air bila hujan lebat. Pada tahun 2000 persatuan penduduk sudah berusaha membuat permohonan melalui melalui bekas Adun pada masa itu agar kawasan yang terbiar dan kawasan hijau dijadikan Taman Komuniti untuk kegunaan penduduk tempatan. Tetapi, hanya jogging track yang diluluskan dibuat dikawasan hijau.

Pada tahun 2000 kuil usang dikawasan terbiar itu mula digunakan oleh penduduk India yang datang ramai-ramai dari kawasan Seksyen 20 yang baru dibuka ketika itu. Mereka bergabung dengan penduduk setinggan mengaktifkan kuil usang itu. Persatuan penduduk terpaksa membuat aduan dan perjumpaan kerana perkembangan yang berlaku telah mengganggu kehidupan penduduk Islam.

Selepas beberapa kali perjumpaan diadakan kuil telah diarahkan berpindah ke kawasan kuil berkelompok Seksyen 18 pada tahun 2003. Kuil tidak berpindah ke Seksyen 18, tetapi bekalan elektrik telah dimasukkan ke kuil itu. Bekalan air diambil secara haram dari paip jalan besar. Beberapa orang penduduk telah membuat aduan kepada pihak JBA Klang.

Pada tahun 2005, Penduduk setinggan berdekatan jalan keretapi telah dipindahkan. Kuil semakin aktif selepas penduduk setinggan berpindah. Kedudukan kuil hanya diseberang jalan rumah penduduk Islam Jalan 19/24 dan Jalan 19/28. Setiap pagi dan malam penduduk terpaksa mendengar lagu-lagu Hindu dipasang kuat pada waktu pagi dan malam.


Jika puak Hindu mempertikaikan azan yang masanya kurang 10 minit, bagaimana pula perasaan penduduk Islam berhampiran kuil yang terpaksa bersabar dengan gangguan bising lagu-lagu Hindu selama beberapa jam pada waktu pagi dan malam. Apabila keramaian diadakan penduduk berhampiran kuil terpaksa mendengar pelbagai bunyi gendang yang membingitkan telinga berjam-jam lamanya.

Penduduk terpaksa menghidu bau kemenyan yang kuat menusuk hidung, Kawasan berdekatan berjerebu setiap kali unggun api yang besar dipasang disitu. Banyak lagi masalah sampingan yang lain terpaksa dihadapi penduduk akibat kegiatan mereka disitu. Penduduk Islam terpaks bersabar kerana tidak mahu berlaku pergaduhan kaum walaupun pihak kuil tidak menghormati sensitiviti penduduk Islam yang tinggal berhampiran. Apabila penduduk membuat aduan kepada pihak berkuasa gangguan bising berhenti sekejap, namun masalah yang sama akan berulang semula tidak lama selepas itu.

Penduduk Islam amat sedar usaha-usaha yang mereka buat untuk kekal terus disitu. Walaupun bantahan telah dibuat kepada pihak-pihak berkuasa mereka buat juga ubahsuai besarkan kuil, masukkan bekalan air dan elektrik serta membawa masuk barang kekuil.


Semasa persatuan penduduk buat perjumpaan dengan Pegawai-pegawai penguat kuasa dan Jabatan Perancang MBSA, penduduk dimaklumkan ia-itu “Tindakan memindahkan kuil akan dibuat jika ada arahan daripada pihak SUK. Ada campur tangan pemimpin politik tertentu dalam masalah kuil itu. Pihak kuil mendapat sokongan komuniti India dari kawasan lain. Penguat kuasa sering menerima ancaman dan ugutan jika bertindak keatas kuil itu.”


Ulasan : Jika penguat kuasa takut untuk bertindak bagaimana pula dengan nasib penduduk Islam yang tinggal berhampiran? Penduduk berhadapan dengan pelbagai risiko jika menegur mereka. Masalah yang dihadapi akibat gangguan pengunjung kuil itu sering mencabar kesabaran penduduk Islam disini.

Kesabaran kami sudah ketahap maksima. Persatuan penduduk telah menghantar aduan kepada DYMM Sultan Selangor pada bulan Julai 2006 apabila pihak kuil buat ubahsuai besar-besaran selepas bekalan air dimasukkan bulan Jun 2006. Selepas itu dua papan tanda telah dipasang “Tanah Milik PKNS Penceroboh Akan didakwa” di Jalan 19/24 dan Jalan 19/25. Tetapi notis larangan itu tidak langsung menakutkan pihak kuil.


Realitinya tanah itu terus diceroboh kerana mereka tidak pernah didakwa. Ubahsuai terus dibuat walaupun penguat kuasa sering buat rondaan. Perjumpaan telah dibuat oleh persatuan penduduk dengan bekas Adun Batu 3 pada September 2006. Penduduk dimaklumkan oleh bekas Adun kuil akan dipindahkan.

Menurut Jabatan Perancang MBSA pihak kuil beri alasan tidak mahu berpindah adalah kerana penganut Hindu di Seksyen 18 adalah pengikut Mariappan. Di Seksyen 19 mereka adalah pengikut Mahamariaman. Menurut bekas Pembantu Khas Adun pihak kuil telah ditawarkan berpindah kekawasan Seksyen 23 tetapi mereka telah menolak dengan alasan berdekatan dengan loji najis Indah Water.

Perjumpaan penduduk dengan bekas Menteri Besar Selangor yang dihadiri oleh 7 orang wakil penduduk diketuai oleh bekas Nazir Masjid Ubudiah diadakan pada Oktober 2006. Selepas itu aduan telah dihantar kepada Pengurus Besar PKNS pada bulan December 2006. Pihak PKNS telah menghantar ramai pekerja mengukur kawasan kuil pada bulan March dan April 2007. Penduduk berdekatan telah dimaklumkan rumah teres dua tingkat yang terggendala sebanyak 16 unit akan didirikan. Tetapi sehingga kini tidak ada tindakan susulan yang dibuat oleh pihak PKNS.

Pada bulan Julai 2007 pihak kuil mengadakan keramaian selama beberapa hari. Oleh kerana tiada tindakan serius kerajaan negeri mengatasi masalah kuil, penduduk menghantar aduan kepada Biro Pengaduan Awam (kes 35158), Jabatan Perdana Menteri dan Badan Pencegah Rasuah. Maklum balas daripada kedua-dua jabatan itu untuk menyiasat perkara ini amat dihargai. Pelbagai agensi kerajaan berkaitan menghantar maklum balas yang positif kepada penduduk.

Akhirnya penduduk telah menerima maklumat daripada Jabatan Perancang MBSA pada 29/12/2007 kuil akan dipindahkan ke Seksyen 22. Oleh kerana hampir pilihan raya diadakan pemindahan itu telah ditangguhkan. Kerajaan BN diganti Pakatan Rakyat selepas pilihanraya March 2008. Aduan telah dibuat kepada pemimpin baru Pakatan Rakyat agar masalah kuil dapat diselesaikan.


Sikap toleransi beberapa pemimpin Islam PR telah menyebabkan pihak kuil kelihatan semakin aktif dikuil itu dan gangguan bising semakin teruk. Pada bulan April 2008 bendera PKR dan bendera PAS dipasang dinotis larangan menceroboh di Jalan 19/24. Mereka telah mempersendakan notis itu.

Aduan telah dibuat kepada Pembantu Khas YB Ahli Parlimen Shah Alam pada hari pertama bendera PAS dipasang disitu. Penduduk berdekatan telah bertanya kenapa letak bendera disitu telah dijawab oleh pemuda kuil, “Dua-parti sudah sokong tidak payah pindah”. Perjumpaan penduduk dengan YB Adun di Masjid Ubudiah diadakan pada April 2008, tetapi jawapan YB tidak memuaskan hati penduduk kerana tidak memihak kepada penduduk Islam.

Penduduk menghantar aduan dengan surat mohon bantuan pemimpin PAS Pusat, Datuk Dr. Haron Din pada bulan April 2008 yang ditandatangani oleh 17 orang penduduk, namun tiada sebarang maklum balas diterima. Apabila kami hubungi pembantu beliau, kami diminta membuat aduan kepada YB Datuk Dr Hasan Ali dan YB Khalid Samad. Aduan juga dihantar kepada Ketua Pengarah Jakim pada bulan Julai 2008 tetapi tiada maklumbalas yang diterima.

Aduan juga sudah beberapa kali dihantar kepada YAB Menteri Besar Selangor dan salinan kepada YB Dato Dr Hassan Ali sebagai Exco Hal Ehawal Islam. Aduan-aduan dan perjumpaan sudah dibuat dengan YB Ahli Parlimen Shah Alam dan YB Adun Batu 3.

Tetapi, selepas aduan dibuat masalah gangguan pihak kuil tidak berkurangan pun. Jiran-jiran yang tinggal berdekatan ia-itu penceramah PAS terkenal Encik Md. Sabu yang tinggal di Jalan 19/32 dan Timbalan Mufti Selangor yang tinggal di Jalan 19/25 sepatutnya peka masalah penduduk Islam berhampiran kuil Hindu.

Apabila penduduk minta bantuan pihak NGO Islam, YB Khalid Samad menuduh mereka sebagai Kaki Perhangat. Ubahsuai baru besarkan jalan masuk kekuil dibuat sebelum keramaian besar diadakan pada Julai 2008. Aduan ubahsuai dibuat kepada kepada YB Adun Batu 3 tetapi pada 13/7/2008 komen yang keluar dalam blog YB “Diatas aduan penduduk bahawa ada pembinaan ditapak kuil, tetapi selepas dilihat tiada pembinaan.” Adakah penduduk menipu buat aduan? Kawasan kuil hendak dibesarkan sebelum keramaian Julai 2008. Pada 21/7/2008 beberapa buah lori membawa barang masuk kekawasan kuil. Seorang penduduk menahan sebuah lori dan bertanya untuk apa barang-barang itu? pemuda kuil menjawab kerajaan baru sudah lulus besarkan kuil. Aduan telah dibuat kepada YB Adun.

Keramaian bising bergendang diadakan semakin kerap pada bulan Julai 2008. Gangguan bergendang sudah melepasi waktu tengah malam tanpa peduli kegiatan mereka sangat mengganggu ketenteraman penduduk tempatan. Perarakan bergendang pada 26/07/2008 yang sangat bising ditengah malam melalui hadapan rumah penduduk Islam Jalan 19/28 membawa patung kuda terbang.

Perarakan itu masuk ke Jalan 19/24 sebelum turun semula kekuil. Polis datang buat rondaan jam 1.15 pagi barulah mereka berhenti bergendang, tetapi selepas polis pergi dengar jeritan “Apa komplen komplen Melayu bodoh”. Penduduk berdekatan yang menegur kerana mereka buat bising waktu tengah malam telah diugut akan bunuh penduduk sekitar jika mereka diganggu. (Lapuran polis telah dibuat). Botol-botol arak bersepah merata-rata kawasan berhampiran Jalan 19/28. Gangguan bising pemuda India yang mabuk dan bising telah mengganggu kehidupan penduduk Islam yang tinggal berhampiran Jalan 19/24, Jalan 19/28 dan 19/29.

Dibelakang rumah penduduk Islam di Jalan 19/29 telah diconteng besar dengan angka kumpulan gangster India 303. Kawasan ditepi rumah itu sering menjadi tempat melepak pemuda-pemuda India yang minum dan mabuk serta membuat bising. Papan tanda Jalan 19/29 juga telah disembur cat bertulis angka 303. - (Gambar rumah, botol arak dan gambar-gambar kuil boleh disemak melalui blog : Pewarisummah.blogspot.com – Kuil Seksyen 19). Gangguan bising semasa penduduk menyambut Hari Raya Aidilfitri Oktober 2008 keterlalun.

Lagu-lagu Hindu dipasang kuat membingitkan telinga boleh kedengaran hingga kejalan-jalan lain setiap pagi dan malam. Ubahsuai membesarkan bilik-bilik kuil telah dibuat lagi pada 14/12/2008 dan pada 21/12/2008. Semasa perjumpaan beberapa orang penduduk dengan YB Adun pada malam Ahad 21/12/2008, penduduk tempatan telah memberitahu YB masalah semasa yang berlaku akibat kegiatan kuil dan pengunjung kuil yang mengganggu penduduk.

Pada malam itu keluarga yang telah diugut pada 26/7/2008 jam 1 pagi telah mengadu kepada YB bagaimana mereka telah diancam selepas menegur, penduduk mengadu depan pagar rumah diletakkan parang bersilang, penduduk mengadu pemuda India menuntut wang jika mahu kuil senyap semasa beliau hendak mengadakan doa selamat, penduduk memberitahu bacaan Quran terpaksa dipasang kerana tidak tahan gangguan bunyi lagu-lagu Hindu yang dipasang kuat. Rumah penduduk yang diconteng angka 303 juga telah dimaklumkan kepada YB pada malam itu. Persoalannya, wajarkah keadaan yang seperti ini berlaku didalam kawasan majoriti penduduk Melayu /Islam?

Pada 18/12/2008 aduan dibuat kepada NGO Islam kerana pelbagai gangguan yang dihadapi sudah menjadi kronik. Malangnya apabila kami mohon bantuan NGO Islam mereka telah dituduh membuat provokasi kepada pihak kuil oleh YB Khalid Samad yang turun padang pada 8/1/2009. Sedangkan pihak yang memulakan provokasi ialah pihak kuil itu sendiri. Penduduk yang keluar semasa YB Khalid Samad bertegang leher dengan pihak NGO Islam merasa kecewa dengan sikap YB Khalid Samad yang memihak kepada Hindu kuil.


Surat-surat yang keluar dalam blog beliau pada 10/1/2009 dan 12/1/2009 yang membuat pelbagai tuduhan kerana kerana penduduk minta bantuan NGO Islam telah dijawab oleh penduduk Seksyen 19 melalui beberapa blog. Tuduhan beliau yang mengaitkan orang UMNO membuat provokasi kerana pilihan raya di Kuala Terengganu tidak ada kena mengena langsung dengan masalah penduduk disini. Kenapa beliau tidak merasa simpati kepada masalah penduduk Islam hingga terpaksa minta bantuan pihak luar?

Beliau seharusnya sedar penduduk sedang berhadapan dengan gangguan kuil yang sudah sampai ketahap kronik. Penduduk amat kesal sikap YB Khalid Samad yang membuat pelbagai tuduhan kepada pihak NGO yang membantu penduduk Islam. Selepas campur tangan NGO kuil senyap pada bulan Januari 2009.

Bendera parti PAS dan PKR telah diturunkan daripada papan tanda oleh penguat kuasa MBSA pada 8/1/2009. Penduduk Islam bersyukur ada sedikit perubahan selepas gelanggang senaman didirikan pihak NGO telah mengurangkan gangguan bising pemuda India yang melepak minum arak dan mabuk di Jalan 19/28. Tetapi selepas gelanggang digunakan oleh penduduk beberapa kali dinding gelanggang telah dibuka, botol-botol arak dibaling kedalam gelanggang dan penduduk berdekatan melihat pemuda India membaling bungkusan ke dalam gelanggang.

Pada 8/2/2009 semasa cuti hari Thaipusam pihak kuil mendirikan tandas dibelakang kuil berdekatan Jalan 19/25. Alasan mereka tandas yang dibuat pada 2006 telah masuk kawasan gelanggang. Penduduk berhampiran bertanya kenapa buat tandas disitu, Mereka jawab sudah dapat kebenaran YB Khalid Samad. Jelas sekali ubahsuai dan pembesaran bilik-bilik kuil dibuat adalah kerana mereka mahu terus kekal disitu. Tidak lama selepas tandas siap seorang sami dibawa masuk dan tinggal menetap disebuah bilik disitu.

Selama 20 tahun penduduk tinggal disini tidak pernah ada sami tinggal dikuil itu. Sejak ada sami, kuil sudah dibuka awal pagi. Pada jam 6.30 lagu-lagu Hindu sudah kedengaran dipasang. Loceng kuil juga akan berbunyi awal pagi. Jadi, penduduk tidak merasa terkejut apabila membaca komen YB Khalid Samad dalam blognya pada 18/8/2009 masyarakat Hindu ingin kekal di kuil Seksyen 19 kerana disitu tapak asal kuil mereka.

YB Khalid Samad sudah permudahkan hajat mereka yang memang enggan keluar dari situ. YB menulis lagi “Dasar kerajaan Pakatan Rakyat mudah, tiada kuil baru, tiada kuil diroboh”. Apakah kerana dasar itu kuil itu tidak akan diroboh bila kuil baru siap kelak? Penduduk Islam Seksyen 19 kecewa dengan dasar itu. Pihak kuil yang menceroboh dan mengganggu ketenteraman awam tidak diambil tindakan sewajarnya walaupun pelbagai aduan sudah dibuat.

Penduduk Islam sering diminta bertolak ansur walaupun terpaka berhadapan pelbagai risiko. Wakil-wakil penduduk Seksyen 19 yang berjumpa dengan penduduk Seksyen 23 kecewa apabila ditunjukkan surat perjanjian bersyarat yang ditanda tangani oleh YB Rodziah, YB Khalid Samad dan pihak kuil Seksyen 19. Penduduk sudah lama berusaha mohon kuil itu dipindahkan.

Kuil yang sepatutnya dipindahkan ke Seksyen 22 pada tahun 2008 telah dibatalkan kerana kedua-dua YB berasa amat simpati kepada Hindu kuil dengan alasan tapak itu jauh kedalam. Penduduk Islam Seksyen 19 terpaksa bersabar dengan pelbagai gangguan lebih lama lagi yang belum pasti sampai bila.

Wajarkah YB Khalid Samad menulis dalam blognya “Terdapat segelintir golongan yang bagaikan tidak sanggup melihat kuil dan tokong, sekiranya mereka buka jendela rumah dan dapat melihat bumbung kuil atau tokong mereka bagaikan dirasuk”. YB tidak pernah mengalami kehidupan penduduk berhampiran kuil Seksyen 19 sebab itu YB menulis tanpa peduli perasaan penduduk merasa tersinggung.


Cabaran yang dihadapi penduduk Islam bukan sahaja daripada pihak kuil, tetapi juga daripada pemimpin Islam sendiri. Janganlah setiap kesalahan dituding jari kepada kerajaan yang terdahulu sahaja. Banyak kesilapan dan tindakan yang diambil oleh pihak YB tidak pun mengambil kira kesan dan akibatnya kepada penduduk Islam. Kerana sikap tolak ansur pemimpin dengan mereka, penduduk Islam Seksyen 19 berhadapan pelbagai ugutan serta gangguan bising yang semakin teruk.

Walaupun gangguan bising sudah berkurangan sedikit tetapi jika kuil itu tidak dipindahkan kekawasan lain masalah penduduk pasti akan berulang kembali. Selama 7 bulan selepas campur tangan NGO pada Januari 2009, tiada keramaian bergendang diadakan. Tetapi, mereka mengadakan semula keramaian pada awal Ogos 2009 yang lepas. Gangguan bergendang pada 7/8/2009 dibuat pada jam 1 pagi.

Terkini, semasa penduduk Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri 2009, pihak kuil pula setiap malam membuat upacara mereka yang dikunjungi ramai penduduk kawasan luar. Mereka kelihatan datang setiap malam mengaktifkan kuil itu sejak malam Hari Raya pada 19/09/2009 yang lalu hingga ke hari ini. Pelbagai masalah dihadapi penduduk berhampiran apabila mereka berkumpul ramai disitu. Penduduk bimbang jika pelbagai gangguan akan berulang semula seperti pada tahun 2008. Pada malam Isnin 28/9/2009 mereka buat unggun api besar, bunyi bising mercun diletupkan dan pelbagai gangguan berlaku lagi.

Isu kuil Seksyen 19 yang sudah panas pada awal September 2009 telah mendapat liputan meluas. Pelbagai jabatan kerajaan menghantar wakil datang melihat kuil yang sudah jadi Isu Negara. Tidak kurang wakil-wakil media yang bertemu penduduk. Wakil-wakil media Cina hanya datang kekawasan kuil sahaja.


Kenapa semasa Pakatan Rakyat memerintah ada dakwaan tapak kuil itu sudah berusia 106 tahun? Semasa BN memrintah isu 106 tahun tidak pula kedengaran. Penduduk berharap pihak PKNS bertegas dalam soal ini iaitu tanah tapak rumah yang tergendala sebanyak 16 unit adalah milik PKNS.

Penduduk menunggu janji PKNS kepada semua penduduk yang terlibat 21 tahun yang lalu untuk pindahkan kuil itu. Harapan penduduk kepada YAB Menteri Besar Selangor agar prihatin masalah penduduk Islam Seksyen 19 yang telah berlarutan begitu lama. Terima kasih.I


khlas daripada kami

Warga Seksyen 19 Shah Alam.


*Diambil dari komen yang dicatat di laman blog Khalid Samad, sebagai menyuarakan ketidakpuasan hati penduduk Shah Alam kepada Yb Khalid Samad dan kerajaan negeri.