Tuesday, September 29, 2009

Anwar Atarturk : Melayu PKR rasis kata Pemuda DAP Pinang

Ketua Pemuda PKR yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau, Mohd Yusmadi Mohd Yusuff, berkata seperti dipetik dalam akhbar berita harian, formula politik baru perlu bagi menggantikan formula Barisan Nasional (BN) dan Perikatan yang memberi jawatan tertinggi itu hanya kepada kaum Cina dan jawatan timbalan ketua menteri kepada kaum Melayu.

Jelas Yusmadi sebagai rakan pakatan yang memperjuangkan nasib rakyat tanpa mengira kaum dan menolak politik perkauman sempit, sudah sampai masanya formula itu ditukar bagi memberi peluang kepada semua kaum menjadi ketua menteri.

Namun sebaik sahaja berita itu disiarkan di akhbar, Setiausaha Agung DAPSY Pulau Pinang, Ng Wei Aik telah mengeluarkan kenyataan dan menyelar Yusmadi Yusoff sebagai gila kuasa dan rasis.

Namun selepas isu itu menjadi besar di kalangan pemimpin Cina didalam DAP dan PKR, Yusmadi menafikan ada membuat kenyataan tersebut seperti dilaporkan oleh satu laman portal, sebaliknya dia sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan guaman kepada akhbar Berita Harian kerana dikatakan akhbar tersebut memetik hujahnya dalam konteks yang berlainan.

Ayat tersalah petik atau tidak memahami maksud sebenar selalu digunakan ahli politik, untuk menyelamatkan diri apabila kenyataan yang dikeluarkan boleh memberi impak negatif kepada organisasi yang diwakili.

Sebelum ini Menteri Besar Kelantan juga pernah mengunakan hujah yang sama apabila kenyataannya mengenai penyokong UMNO tidak akan masuk syurga telah menimbulkan polemik dan perdebatan di kalangan masyarakat. Hingga beliau terpaksa menyatakan media tersalah petik dan ingin mengambil tindakan guaman kepada sebuah akhbar.

Walaupun kita tidak mengetahui motif Yusmadi mengeluarkan cadangan demikian, tetapi yang menariknya ia telah menyerlahkan wajah sebenar siapa DAP disebalik slogan Malaysian Malaysianya.

Jika sebelum ini Lim Kit Siang berapi-rapi berhujah di Parlimen selepas menang pilihanraya ke 12 dan mempersoalkan kenapa orang Cina tidak boleh jadi Perdana Menteri di Malaysia sedangkan Obama lelaki kulit hitam di Amerika pun boleh jadi Presiden negara kuasa besar tersebut. Persoalan tersebut akhirnya dijawab oleh penyokong MP Kerajaan namun selepas itu ia menyebabkan MP UMNO dari kerajaan diangap rasis oleh pemimpin DAP dan PKR.


Namun kini apabila jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang dicadangkan digilirkan pemimpin DAP, PKR terus melenting. Kata Yusmadi "Politik baru Pakatan Rakyat tidak menjadikan kaum sebagai alasan utama, orang Melayu atau India pun boleh jadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Peluang itu terbuka kepada semua dan saya yakin masyarakat di sini juga sudah dapat membezakan prinsip keadilan dan kemanusiaan berbanding fahaman agenda sempit dan perkauman yang diamalkan parti kerajaan,".


Tetapi realitinya tidaklah begitu sebenarnya, itu hanya slogan untuk meraih kuasa sahaja. Hingga kini DAP masih ingin menunjukkan belangnya yang sebenar. Peluang besar yang diberi oleh Anwar dipergunakan sebaik mungkin parti tersebut untuk menuntuk hak di luar garis perlembagaan dan pemikiran kita. Hasilnya kerukunan masyarakat majmuk yang dibina oleh pemerintah sebelum ini begitu mudah dirosakkan oleh pemimpin DAP..

Orang Islam di dalam Pakatan rakyat hanya tau memerhati sahaja, jika terkeluar padangan pro Melayu dan islam, maka pemimpin tersebut akan dianggap rasis dan tidak popular. Sebelum ini Zulkifli MP Kulim pun pernah mengalami perkara sama. Dan kini Hassan Ali dan Pensyarah UPNM Dr. Ridzuan Tee pun terheret sama dalam isu dan persoalan ini kerana dianggap mengeluarkan kenyataan yang rasis dan perkauman bagi pandangan pemimpin DAP dan bukan Melayu PKR.

Friday, September 25, 2009

Anwar Atarturk korbankan cuti raya demi Al-Gore: misi khas di New York

“Kami sekeluarga tidak mengadakan majlis rumah terbuka. Saya akan bersama Tan Sri Khalid di Shah Alam tengah hari eid pertama, di Permatang Pauh di hari kedua dan di Bagan Pinang di hari ketiga, inshaallah.”

Itulah kata-kata Anwar Ibrahim bagi sambutan Idulfitri tahun ini, ramai agak pelik kenapa Anwar tidak mengadakan rumah terbukanya tahun ini, samaada di Segambut atau di Cheruk Tok Kun Pulau Pinang. Adakah beliau ingin menunjukkan dirinya bukanlah seorang yang teruja dengan sambutan perayaan seperti yang dilakukan Gus Dur rakan baiknya di Indonesia.Dan lebih berminat menghadiri majlis atau upacara keagamaan kaum lain bagi menunjukkan betapa toleransi dirinya.

Namun persoalan itu terjawab kini apabila difahamkan pada 23 September Anwar telah berangkat ke Dubai dari KLIA untuk ke New York untuk bertemu dan berdiskusi dengan Al Gore, bekas Naib Presiden Amerika yang menyokong Demonstrasi jalanan pada tahun 1998.

“saya harus membaca sebanyak mungkin terutama mengenai China kerana subjek ini menjadi tema diskusi dengan mantan Naib Presiden Amerika Syarikat, Al Gore dan beberapa teman nanti. Nasib baik kami diberi penganjur tiket kelas pertama, waduh selesa sekali” Kata Anwar didalam laman blognya.

Anwar memang manusia bertuah dan hebat walaupun bukan lagi anggota kabinet Malaysia, namun beliau masih mampu untuk mendapat tiket percuma kelas satu untuk berjumpa dengan bekas orang kuat Parti Demokrat yang berkuasa di Amerika kini.

Tiadanya rumah terbuka Anwar tahun ini rupa-rupanya Anwar sibuk dengan persiapan pertemuan dengan Al Gore, apa yang pasti kandungan perbicangan Anwar dan Al Gore dijangka tidak lari dari persoalan isu demokrasi.

Anwar menyatakan didalam laman blognya bahawa dia sedang sibuk menghasbikan bacaan mengenai negara China, antaranya buku “The Return of Depression Economics”, dan buku Martin Jacques “When China Rules the World: The Rise of the Middle Kingdom and the End of the Western World”.

Timbul persoalan adakah Anwar kini ditugaskan oleh Amerika untuk membawa demokrasi ke China? Kerana Anwar menyatakan China akan menjadi fokus perbicangan antara Anwar dan Al Gore. Dalam akhbar hari ini dilaporkan Rebiya Kader pemimpin Etnik di Xinjiang yang kini tinggal di Amerika dilaporkan akan menerima jemputan berkunjung ke Taiwan sebuah negara sekutu Amerika di Asia Timur.

Mungkinkah Anwar juga ada hubungan dengan Rebiya, dan memberi idea untuk mencetuskan kekacauan di Xinjiang suatu ketika dahulu. Ini kerana selepas tercetus krisis di wilayah tersebut. Tayeb Erdorgan yang juga merupakan kawan Anwar di Turki dan sekutu Amerika telah melemparkan kritikan pedas ke atas China sebaik rusuhan berlaku. Sehingga mendahului Ahmadinejad Presiden Iran yang sepatutnya lebih awal menyuarakan bantahan lantaran perkaitan budaya dengan penduduk Xinjiang.

Amerika sebenarnya begitu ingin menguasai China kerana sehingga kini Amerika masih gagal untuk mengangu gugat negara tersebut yang diramalkan akan menjadi kuasa ekonomi dunia suatu masa nanti.

Mungkin kini Amerika dalam mempersiapkan satu projek khas untuk negara China seperti yang dilakukan ke atas negara Islam melalui National Endowment For Democracy (NED). Kebangkitan China sebenarnya akan menyebabkan Amerika dikhuatiri akan hilang sebagi kuasa unipolar dunia. Dari itu pelbagai langkah akan dilakukan untuk campur tangan di negara tersebut.

Namun bukankah pelik kira adanya seorang rakyat Malaysia sanggup menjadi anjing Amerika untuk mempromosi agenda Amerika di seluruh dunia. Sudah hilang waraskah untuk menyokong polisi Amerika hingga sanggup mengadaikan maruah diri demi mendapatkan nama di mata Amerika.

Yang pasti apabila Anwar ditanya perkara ini, beliau akan menjawab kuasa besar dunia ingin meminta pandangan dia, takkanlah dirinya ingin menolak, itulah jawapan lumrah diucapkan Anwar bagi melindungi misinya yang sebenar.

Thursday, September 24, 2009

Anwar Atarturk : Hak istimewa, nada berbeza pimpinan PAS

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan bersetuju dengan DAP bahawa tiada mana-mana bangsa pun di negara ini, termasuk orang Melayu sendiri yang layak untuk diberi hak-hak keistimewaan.

Beliau berkata, ini kerana Islam sendiri tidak menetapkan keistimewaan kepada bangsa-bangsa tertentu termasuk bangsa Arab.

Malah kata Menteri Besar Kelantan itu, penggunaan istilah hak istimewa itu adalah di luar daripada konteks pengajian Islam.

''Sesuatu bangsa itu tiada hak istimewa. Kalau ada bangsa Arab boleh diberi hak tetapi Islam tidak memberikan kepada mana-mana bangsa. Saya sebenarnya tak setuju dengan istilah (hak istimewa) itu,'' katanya.

Namun begitu mengulas isu hak istimewa ini, mantan Presiden PAS Ustaz Fadzil Noor seperti dinyatakan Subky Latif dalam sebuah buku yang diterbitkan dalam tahun 2003 telah membandingkan cerita sirah sahabat Nabi apabila ada orang bercakap kononya tiada hak istimewa dalam islam dan menyarankan hak istimewa orang Melayu dihapuskan.

Beliau menyatakan kejadian dalam pemerintahan Khalifah Omar Al-Khatab dan setelah Parsi menerima islam. Masa itu kebanyakkan orang Arab yang pergi ke Parsi untuk berdakwah dan berdagang adalah orang-orang kaya dan berharta. Orang-orang Parsi ramai pula yang miskin dan ramai yang menjual tanah mereka kepada hartawan-hartawan Arab.

Pada pandangan Saidina Omar, jelas Ustaz Fadzil kalau dibenarkan orang-orang kaya Arab memberli tanah orang Parsi, nanti habis orang parsi tidak bertanah. Saidnia Omar lalu membuat satu peraturan. Orang-orang Arab yang kaya dilarang membeli tanah orang Parsi. Tujuannya ialah untuk melindungi tanah orang Parsi tidak terjual kepada hartawan Arab.

Berkata Ustaz Fadzil, larangan tanah dijual kepada Arab itu adalah satu perlindungan kepada hak Parsi. Inilah hak istimewa Parsi. Sekiranya Saidina Omar tidak mengadakan peraturan itu. Nescaya habis tanah orang Parsi dibolot oleh saudagar Arab dan ekonomi Parsi dikuasai bangsa pendatang.

Bagi Ustaz Fadzil peruntukan hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan itu adalah sama dengan peruntukkan yang dibuat oleh Saidina Omar kerana ia menjamin kepentingan penduduk asal tempatan khususnya yang kurang berkemampuan.

Disini kita dapati tindakan Khalifah Ar-Rasyidin, Saidina Abu Bakar As-Sidiq, Saidina Omar ibni Khatab, Saidina Othman ibni Affan dan Saidina Ali Abi Talib serta Khalifah Omar abdul Aziz adalah contoh rujukan umat islam hari ini. Apa yang mereka laku dan laksanakan adalah dikira sebagai rujukan islam

Dalam keadaan ini siapa yang benar, Fadzil Noor kah benar atau Nik Aziz yang benar. Kedua-dua tokoh ini selalu menjadikan islam sebagai rujukan namun kita dapati wujud percanggahan antara kedua tokoh PAS ini.

Mungkinkah MB Kelantan menyedari perkara yang diucapkan oleh mantan Presiden PAS ini namun atas kepentingan politik dan demi survival PAS kini dan dinasihati oleh penasihat yang condong kepada agenda Anwar Ibrahim beliau selalu dipergunakan untuk pihak berkepentingan lain.

Seperkara yang janggal ialah walaupun Fadzil Noor dikatakan amat rapat dengan Anwar Ibrahim dari segi hubungan persahabatan kerana dikatakan pernah bersama dalam ABIM, namun bekas Presiden PAS tersebut sedikitpun tidak teruja dengan agenda yang dibawa oleh Anwar. Namun sebaliknya yang berlaku kepada Nik Aziz banyak tindak tanduknya kini seakan senada dengan Anwar.

Kalau kita menyorot kembali mengapa MB Kelantan bertindak sedemikian, anaknya Nik Abduh pernah menggelarkan pembantu yang berada di samping ayahnya adalah pembantu sesat kerana seringkali melaporkan memberikan maklumat yang salah.

Sehingga kini selepas tulisan tersebut, Nik Abduh seakan lenyap dari melontarkan idea kerana banyak dikecam oleh pihak yang senada dengan agenda Anwar didalam PAS.

Manakala menurut satu sumber yang diketahui pemimpin PAS sebenarnya memang tidak senada dengan Anwar, namun mereka mengambil tindakan sama dengan agenda Anwar kerana mereka merasakan dengan menyokong Anwar PAS akan dapat mengambil alih peranan UMNO dalam mewakili suara umat islam.

Namun terdapat percanggahan idea ini kerana difahamkan ia ditentang sebilangan pucuk pimpinan, sebab itu Nasharudin, Mustapha Ali malah Harun Din dianggap sebagaii pemimpin konservatif dan kuno dalam memberi pandangan kepada hala tuju Parti.

Isu Jawatankuasa pilihan Khas mengenai kebertanggungjawaban dan ketelusan (SELCAT) yang dibawa oleh Hassan Ali didalam kerajaan negeri Selangor menambahkan lagi kekalutan dalaman PAS terhadap polisi Pakatan Rakyat. Hassan Ali secara jelas mengkritik peranan Selcat dan menyarankan ia dikaji semula dan dirangka garis panduan baru.

Ekoran kritikan terbuka Exco Hal Ehwal Jawatankuasa tetap hal Ehwal Islam dan adat istiadat Melayu itu telah menyebabkan beliau dihemtam secara terbuka oleh rakan dalam Pakaran Rakyat malah didalam dalaman PAS sendiri. Kini Hassan Ali dianggap sampah dalam kerajaan PR Selangor. Senasib dengan kedudukkan Zulkifli Ahli Parlimen Kulim yang kini dikecam kerana tidak senada dengan Anwar Ibrahim dalam banyak perkara berkaitan polisi Pakatan Rakyat.

Walaubagaimanapun ada yang berpendapat apa yang dilakukan oleh Nik Abdul Aziz, Hassan Ali malah Zulkifli hanya sebagai helah lakonan sahaja bagi memastikan undi orang Melayu dan bukan Melayu tetap terjaga. Jika benar begitu ia seakan mengesahkan bahawa orang Melayu sebenarnya begitu mudah diperbodohkan oleh orang politik yang dahagakan kuasa, seperti yang diperkatakan oleh Dr. Ridzuan Tee yang menyatakan Melayu mudah cair dan terpedaya bila ada pemimpin bukan islam mengalunkan bacaan ayat Al-Quran, tanpa mengenalpasti tujuan ia diucapkan dan ia dibela oleh pemimpin yang mengaku memperjuangkan islam.

Wednesday, September 23, 2009

Anwar Atarturk & Hak samarata


Menurut Vox Malaysia, hasil kaji selidik yang di jalankan dengan sampel 1000 orang pengundi berdaftar pada pertengahan Ogos 2009 telah memperlihatkan 45% responden rakyat Malaysia masih yakin dengan pimpinan BN, sementara hanya 21% yakin terhadap Pakatan Rakyat dan 28% tidak yakin dengan kedua-dua gabungan politik ini.

Namun begitu, hasil kajian juga memperlihatkan pengundi bukan Melayu khususnya orang Cina masih setia menyokong perjuangan pembangkang. Lanjutan itu keputusan pilihanraya di Permatang Pasir menunjukkan orang Cina 75 % mengundi PAS walaupun hanya 16% responden akan mengundi Parti tersebut dalam bancian awal.

Dalam kajian Vox Malaysia juga memperlihatkan wujudnya perbezaan antara kaum yang ketara dalam hasil soal selidik tersebut. 63% responden orang Melayu yakin kemampuan BN untuk mentadbir, hanya 16% percaya bahawa PR mampu mentadbir. Namun sebaliknya, hanya 11% orang Cina dan 14% orang India menganggap BN berkebolehan mentadbir, sementara 31% Cina dan 28% orang India yakin PR boleh mentadbir. Walaubagaimanapun dikatakan, terdapat 46% orang Cina dan 47% India tidak menunjukkan pendirian yang jelas.

Chan Wei See dari Portal Merdeka Review menyatakan antara punca orang bukan Melayu menyokong PR yang dibawa Anwar ialah mereka menganggap "kesamarataan antara semua kaum" adalah sesuatu yang mustahil akan diperolehi jika mereka menyokong Narisan Nasional, namun tidak mustahil mereka akan menikmati hak samarata tersebut jika mereka bersama Pakatan Rakyat.


Idea Hak kesamarataan ini sebenarnya antara asas prinsip Demokrasi Amerika yang dibawa oleh Anwar selain Pluralisme dan hak sivil serta hak asasi manusia. Dalam konsep hak samarata sesuatu pihak tidak akan menikmati keistimewaan samada dari segi kedudukkan agama, status penduduk asal ataupun bahasa dan ia sebenarnya bercanggah apa yang diamalkan oleh pemimpin islam terdahulu di Zaman Khahilaf Ar-Rasyidin.


Dalam konteks perlembagaan Malaysia, apabila ada golongan yang cuba mempertikai perkara yang sudah termaktub didalam perlembagaan, ia bererti pemimpin tersebut cuba mengubah perlembagaan negara dan seterusnya menghakis kuasa Yang Dipertuan Agung.


Namun begitu adalah suatu perkara yang memelikkan ada pemimpin Islam dalam Pakatan Rakyat sehingga ke hari ini mereka masih sanggup berkompromi didalam hal ini, walaupun banyak golongan didalam PKR atau DAP mengaggap golongan yang melawan arus perubahan ini merupakan orang yang kolot dan konservatif.


Hari ini agenda Hak Asasi Manusia, Hak Kesamarataan dan hak individu begitu giat dihamburkan kepada orang Awam seolah tanpa hak tersebut mereka akan teraniaya. Namun realitinya hak seumpama inilah yang telah menyebabkan Indonesia, Afghanistan, Iraq dan beberapa negera yang terpengaruh dengan idea Amerika ini masih lagi beku dan tidak berupaya bangkit kerana jurang antara kelompok politik semakin melebar dan pelbagai pihak ingin membuktikan mereka adalah pemimpin terbaik, kesannya negara gagal diuruskan dengan baik dan rakyat yang menerima bahana.


Di Indonesia kerana inginkan sesuap nasi rakyat mereka sanggup diupah untuk berdemonstrasi dan dipergunakan pemimpin politik yang ingin mendapatkan kuasa. Manakala di Thailand saban bulan pemimpin politik menjadikan rakyat sebagai benteng utuk menunjuk kuasa kehebatan mereka, ada puak kuning ada puak merah.




Manakala di Iraq dan Afghansitan atas nama Demokrasi juga orang islam setiap hari menjadi korban permusuhan sesama sendiri, hingga pemerintah tidak mampu untuk mengawalnya.


Nah, jika begitu impian yang diinginkan oleh rakyat Malaysia atas hak samarata dan demokrasi perkara tersebut tidak mustahil akan juga berlaku di Malaysia.


Tentu orang Cina masih mengingangi bagaimana orang Indonesia dari pelbagai etnik membakar harta dan perniagaan milik orang cina kerana dikatakan orang cina Indonesia merampak hak orang tempatan. Walaupun orang Cina di Indonesia sudah diasimilasi dengan bahasa dan budaya orang indonesia namun kenapa perkara tersebut masih lagi wujud sehingga ke hari ini di Indonesia. Sikap mencurigai sentiasa wujud memandangkan ekonomi Indonesia dikuasai 90 peratus oleh etnik Cina Indonesia.


Dari situ wujud persoalan adakah hak samarata akan menyebabkan ia Adil kepada semua kaum asal di Indonesia yang merempat kais pagi makan pagi disana. Namun jika inilah yang dipilih ornag Cina di Malaysia maka terbuktilah kenyataan menyatakan bahawa orang Cina memang suka berjudi walaupun agama mereka sendiri tidak sukakan perkara tersebut.










Dr Ridzuan Tee: Tegur pemimpin islam yang bersama dengan golongan Musang berbulu Ayam



object width="425" height="344">


"Saya musykil kenapa orang Melayu mudah menjadi ‘cair’ apabila mendengar orang bukan Islam bercakap pasal Islam atau memuji Islam atau memetik satu dua ayat Quran untuk dijadikan hujah sandaran. " kata Dr. Ridzuan Tee dalam laman blognya bagi mengulas kecenderungan beberapa pemimpin bukan Islam yang hari ini cuba memancing umat islam dengan membaca ayat Al-Quran.

Pada pandangan Penyarah Universiti Pertahanan Nasional itu, ucapan beberapa pemimpin bukan islam tersebut boleh dipersoalkan kerana adakah mereka benar-benar mahu beriman atau percaya kepada al-Quran atau sekadar lakonan semata-mata untuk mengaburi mata orang Melayu Islam.


Dr. Ridzuan juga menegur tindakan pemimpin islam yang mudah berasa terpesona dan terpegun bila ada orang lain yang memuji bangsa dan agama islam hingga bermati-matian mempertahankannya tanpa menoleh ke belakang, sambil mendabik berkata ‘tengok orang bukan Islam pun nakkan Islam, sedangkan orang Islam sendiri menolak Islam’.

Dengan nada kesal bekas pendakwah bebas tersebut juga menyatakan kesedihan apabila pemimpin islam menolak kerjasama dengan pemimpin seagama dari parti berbeza dan sanggup bersama-sama dengan golongan Musang berbulu Ayam.

"Mereka ini tidak pernah bersetuju dengan Islam apatah lagi agenda untuk menegakkan negara Islam dan hukum Islam. Penolakan mereka selama ini amat jelas. Tidakkah kita pernah mendengar kata-kata “Langkah mayat aku dulu jika mahu menegakkan negara Islam”, " Malaysia mesti kekal menjadi negara sekular”, “Negara Malaysia bukan kepunyaan orang Melayu”, “Melayu adalah juga pendatang” dan berbagai-bagai kenyataan yang menyakitkan" Kata Dr. Ridzuan lagi bagi membuktikan sikap prejudis golongan yang suka mengunakan ayat Al-Quran untuk meraih sokongan.

Sambil meluahkan rasa kecewa dengan senario politik dibeberapa negeri di perintah Pakatan rakyat hari ini, Dr. Ridzuan menyatakan beliau bukan menyatakan kerajaan dahulu lebih baik? Tetapi jika benar-benar mahu mengikuti Umar Abdul Aziz, sudah tentu perlu tunjukkan yang kita lebih baik berbanding sebelumnya. Sebab Umar Abdul Aziz hebat integritinya, tetapi Umar tidak pernah mengenepikan identiti bangsa Arab Islam selaku penduduk asal.

Tokoh yang pernah digelar anak haram oleh pemimpin DAP ini lanjutan isu pandangan beliau mengenai anak luar nikah Teoh Beng Hock, berharap umat Islam tidak mudah ditipu dengan penonjolan pemerintahan Umar Abdul Aziz oleh golongan kiasu (DAP). "Apakah kita masih belum mengenali isi hati dan hati budi mereka setelah 52 tahun merdeka? Adakah kita boleh bekerjasama dengan orang sebegini, bila mana mereka digalakkan memakai songkok ketika pembukaan Parlimen di hadapan sultan, golongan ini menolak mentah-mentah? Apatah lagi untuk memakai baju Melayu?", katanya lagi.

Sambil menegaskan umat islam di Malaysia jangan memperperjudikan masa depan negara demi mencapai kepentingan masa kini dan menyarankan agar mengenepikan kepentingan parti dan kepentingan agama dan negara perlu didahulukan.

Umat islam juga tegasnya seharusnya jangan membiarkan diri dipermainkan atau diperkotak-katikkan sehingga menjadi hamba di bumi sendiri, beliau juga menggesa orang Melayu bangkit mempertahankan apa yang dimiliki tanpa menafikan hak orang lain, kerana takut menyesal kemudian hari satu hari.

"Ketika itu saya bimbang sudah terlambat. Nasi sudah menjadi bubur. Sebelum ia berlaku, marilah kita merapatkan saf dan merenungkan kembali masa depan kita dan Islam". luah Dr. Ridzuan Tee kepada orang Melayu dan Umat Islam dalam laman blognya sebelum umat islam meraikan Idulfitri beberapa hari yang lalu.


Wednesday, September 16, 2009

Anwar Atarturk : ISA Zalim

Di sebalik laporan Kerajaan Malaysia membebaskan 5 tahanan ISA dari Kem kemunting, wujud cerita-cerita bahawa Anwar dan rakan-rakannya tidak gembira dengan keputusan tersebut. Kerana menyebabkan sukar bagi mereka untuk terus memburukan pihak berkuasa lagi.

Dalam keadaan sekarang, selepas berjaya memburukkan sebgitu teruk tunjang parti pemerintah yang mendunkungi kerajaan, sehingga kalau ia boleh dimakan Anwar akan fatwakan haram untuk di makan apalagi untuk disentuh. Kini tokoh yang sentiasa berdampingan dengan Amerika dan Yahudi itu cuba seboleh mungkin untuk memburukkan semua organisasi pemerintah sehingga dianggap hilang kredibiliti oleh pihak awam. Dari Peguam Negara, Kementerian Dalam Negeri, Polis, SPRM, Jabatan Perdana Menteri hinggalah kepada Institusi Kehakiman semuanya jahat dan patut diperangi.


Namun di utara Malaysia seperti dilaporkan AFP, Kabinet Thailand dilaporkan akur untuk menggunakan undang-undang keselamatan khas, yang membenarkan pengerahan askar bagi menghadapi tunjuk perasaan oleh penyokong mantan perdana menteri Thai, Thaksin Shinawatra, hujung minggu ini.

Sebelum ini dilaporkan di Indonesia dilaporkan pihak berkuasa disana mungkin mewujudkan akta yang sama peranannya dengan akta ISA seperti yang ada di Malaysia dan Singapura untuk tujuan pencegahan dan mengekang aktivi keganasan melampau hingga mengugat keselamatan negara.


Di Thailand difahamkan tunjuk perasaan yang bakal diadakan oleh kumpulan 'Baju Merah' Sabtu ini, diadakan bersempena ulang tahun ketiga rampasan kuasa yang menggulingkan Encik Thaksin, bertujuan menggesa Perdana Menteri Thai, Encik Abhisit Vejjajiva, meletak jawatan dan diadakan pilihan raya baru di negara itu.


Jurucakap kerajaan, Panitan Wattanayagorn, berkata Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu akan berkuatkuasa dari Jumaat ini hingga Selasa depan di ibu kota Bangkok kerana tunjuk perasaan dijangka mencetus kekacauan.

'Undang-undang ini akan memastikan keselamatan penunjuk perasaan dan membenarkan kami mengawal keadaan,' kata Encik Panitan.


'Polis akan menjadi pasukan utama dibantu oleh pasukan tentera,' tambah beliau.
Menerusi ISA, pihak berkuasa boleh mengeluarkan perintah berkurung dan menyekat pergerakan penduduk jika ia membahayakan keselamatan negara.

'Kami ingin memastikan kami mempunyai cara menghuraikan perkara itu secepat mungkin,' kata seorang lagi jurucakap kerajaan, Supachai Jaisamuth.Menurut beliau, Kabinet telah meluluskan penggunaan ISA di daerah sekitar pejabat Perdana Menteri, Abhisit, selama lima hari mulai Jumaat ini.

Kumpulan 'Baju Merah' bercadang mengadakan rapat Sabtu ini dekat Royal Plaza, sebelum berarak ke rumah presiden Majlis Privi, Jeneral Prem Tinsulanonda, yang dituduh penunjuk perasaan mendalangi rampasan kuasa yang mengguling kan Thaksin pada 19 September 2006.

'Pemimpin kami digulingkan dengan kekerasan. Tiga tahun sudah berlalu. Kami mahu mereka tahu apa yang dikehendaki rakyat,' tegas seorang pemimpin tunjuk perasaan, Encik Jatuporn Phromphan.

Sementara itu, panglima tentera laut Thai, Laksamana Kamthorn Phumhiran, semalam menafikan adanya kemungkinan berlakunya satu lagi rampasan kuasa di negara itu.
'Masalah politik negara ini sedang dihuraikan menerusi cara-cara demokrasi,' demikian beliau dipetik laman berita Bangkok Post.

Mengenai tunjuk perasaan yang bakal diadakan kumpulan Baju Merah pada 19 September ini, Laksmana Kamthorn berkata para penunjuk perasaan tidak sepatutnya mencabul hak asasi orang lain. Pihak tentera menurut beliau, akan memantau keadaan dan bersedia membantu polis mengawal ketenteraman awam.

Kalau itu situasi di Bangkok kenapa usaha membenci ISA begitu disemarakkan di Malaysia,hingga angota keselamatan dihina dan diherdik oleh kumpulan Anwar Ibrahim, bukanhkah ianya hanya untuk kepentingan diri sahaja dan mencari alasan untuk memburukkan pemerintah dan mewujudkan ketegangan suasana.

Sunday, September 13, 2009

Anwar Atarturk : Fadzil Noor menyanggah ideologi Anwar?


Saat ini siapa yang berbicara mengenai hak istimewa kaum tertentu, pemimpin itu akan dianggap tidak popular kerana dikatakan perkauman dan rasis. Dan sebahagian besar pengundi islam juga berbondong-bondong mengikut apa sahaja kata Anwar Ibrahim apabila bekas tahanan rasuah Sungai Buluh itu bercakap mengenai hak kesamarataan.

Malah sebuah Parti yang dahulunya begitu cekal memperjuangkan hak orang islam pun kini seakan terikut sama dengan gaya Anwar memperjuangkan hak samarata tanpa mempedulikan isu sebenar mengapa sesuatu masalah tersebut wujud.

Di Shah Alam di laporkan Khalid Samad begitu teruja memperjuangkan hak samarata hinga menafikan hak majoriti penduduk paling ramai.

Manakala Anwar Ibrahim pula dilaporkan ingin menghapuskan Dasar yang dilihat pro umat islam yang rata-ratanya orang Melayu kerana dikatakan tidak adil kepada orang bukan Melayu.

Mengulas isu ini, mantan Presiden PAS Ustaz Fadzil Noor seperti dinyatakan Subky Latif dalam sebuah buku yang diterbitkan dalam tahun 2003 membandingkan cerita sirah sahabat Nabi apabila ada orang bercakap kononya tiada hak istimewa dalam islam dan menyarankan hak istimewa orang Melayu dihapuskan.

Beliau menyatakan kejadian dalam pemerintahan Khalifah Omar Al-Khatab dan setelah Parsi menerima islam sewajarkan dijadikan panduan. Masa itu kebanyakkan orang Arab yang pergi ke Parsi untuk berdakwah dan berdagang adalah orang-orang kaya dan berharta. Orang-orang Parsi ramai pula yang miskin dan ramai yang menjual tanah mereka kepada hartawan-hartawan Arab.

Pada pandangan Saidina Omar seperti dinyatakan Ustaz Fadzil, kalau dibenarkan orang-orang kaya Arab membeli tanah orang Parsi, nanti habis orang parsi tidak bertanah. Saidina Omar lalu membuat satu peraturan. Orang-orang Arab yang kaya dilarang membeli tanah orang Parsi. Tujuannya ialah untuk melindungi tanah orang Parsi tidak terjual kepada hartawan Arab.

Berkata Ustaz Fadzil, larangan tanah dijual kepada Arab itu adalah satu perlindungan kepada hak Parsi. Inilah hak istimewa Parsi. Sekiranya Saidina Omar tidak mengadakan peraturan itu. Nescaya habis tanah orang Parsi dibolot oleh saudagar Arab dan ekonomi Parsi dikuasai bangsa pendatang.

Bagi Ustaz Fadzil peruntukan hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan itu adalah sama dengan peruntukkan yang dibuat oleh Saidina Omar kerana ia menjamin kepentingan penduduk asal tempatan khususnya yang kurang berkemampuan.

Disini kita dapati tindakan Khalifah Ar-Rasyidin, Saidina Abu Bakar As-Sidiq, Saidina Omar ibni Khatab, Saidina Othman ibni Affan dan Saidina Ali Abi Talib serta Khalifah Omar abdul Aziz adalah contoh rujukan umat islam hari ini. Apa yang mereka laku dan laksanakan adalah dikira sebagai rujukan islam.

Dan apabila perlindungan hak orang Parsi dibuat oleh Saidina Omar dengan sendirinya ia adalah peraturan islam kerana beliau adalah Khalifah Ar-Rasyidin.
Dengan ini dapat dinyatakan apabila Ustaz Fadzil menyamakan hak istimewa orang Melayu dengan hak perlindungan orang Parsi, maka dapat difahami bahawa hak istimewa itu selari dengan islam.

Hak Istimewa orang Melayu dibuat dengan tujuan untuk menjamin dan membela orang-orang Melayu islam yang lemah dari segi ekonomi, pendidikan dan sebagainya bagi mendapat perlindungan.

Sejak dulu hingga kini isu ini amat tidak popular dikalangan bukan Melayu, malah sewaktu Singapura berada dalam Malaysia isu ini digunakan Lee Kuan Yew untuk berkonfrantasi dengan kepimpinan Melayu.Namun ia reda apabila Singapura dikeluarkan dari Malaysia dan diperkenalkan akta hasutan bagi membolehkan ia tidak menjadi perkara yang boleh dibangkitkan mana-mana pihak.

Namun kini perjuangan menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu kian marak kembali apabila DAP dibantu dengan kelompok Anwar Ibrahim memainkan isu ini untuk meraih sokongan pengundi bukan islam.

Yang nyata apa yang terkandung dalam perlembagaan negara sebenarnya sudah menepati kehendak islam iaitu membela keadilan semua bangsa. Namun disebabkan kuasa, Anwar cuba mengkhianati dengan memutarbelitkan kenyataan apa yang sudah terkandung dalam perlembagaan demi membolehkannya memperolehi kuasa dan mengekalkan kepopularitian.

Manakala kelakukan sesetengah pemimpin dalam sebuah Parti Islam yang sibuk memperjuangkan isu kesaramataan ini sebenarnya golongan yang teruja ingin berkuasa lantaran kemaruk kuasa dan terpengaruh dengan ideologi yang dipegang Anwar Ibrahim. Kerana berdasarkan fakta mantan Presiden PAS sendiri mengakui hak istimewa orang Melayu adalah tuntutan islam bukan isu perkauman seperti dicipta sesetengah pihak.

Thursday, September 10, 2009

Anwar Atartuk : Yusuf Qardawi kritik pemimpin islam bersekongkol orang hina Islam


Apabila Islam dihina suatu ketika dahulu oleh Wilders seorang ahli politik Belanda, DR. Yusuf Qardhawi, pemimpin gerakan Ihwan Muslimin, menyatakan lima asas berisi seruan perlu diambil orang islam untuk melawan serangan yang memburukkan Islam dan kitab sucinya.

Seruan ini disampaikan apabila film "Fitna" yang ditayangkan oleh ahli politik radikal Belanda Geert Wilders di internet.
“Kita tidak boleh menganggap mudah tindakan menyalakan api terhadap Al-Quran, ” tegas Qardhawi'

Qardhawi menegaskan tindakan Wilders dalam "Fitna" yang menyatakan bahawa Islam mengajarkan kebencian dan pembunuhan, sangat tidak tepat kerana Islam adalah agama yang menyeru kepada kecintaan dan hidup berdampingan secara damai dengan pihak lain.

Qardhawi dalam kesempatan yang sama juga menyatakan rasa kesal sikap sebahagian umat Islam yang terikut-ikut dengan tindakan musuh islam hingga membuka ruang bagi musuh-musuh Islam untuk memburukkan citra agama Islam yang suci.

Dalam keterangannya kepada Islamonline, Qardhawi menegaskan, “Apa yang dilakukan oleh ahli politik radikal Belanda itu, sama dengan menyalakan api terhadap Al-Quran.”

Ia menambah, “Film yang mengatakan al-Quran sebagai kitab suci fasis adalah pembohongan, dan merupakan perkataan yang tidak dikeluarkan kecuali oleh orang yang bodoh, sombong dan keras kepala. Ini rangkaian baru dari rangkaian musuh islam yang telah digerakan oleh gerakan di Barat, yang mengambil keuntungan di sebaliknya.”

Lima hal yang yang digariskan Qaradhawi dan harus dilakukan umat Islam adalah; pertama, ialah ketegasan.

“Bertindak tegas menolak pembohongan ke atas Rasulullah SAW yang menyatakan beliau haus darah dan seorang haus seks, secara ilmiah. Tindakan ini harus dilakukan secara menyeluruh, hingga sampai kepada orang-orang yang selama ini mempunyai persepsi imej buruk terhadap Rasulullah dan orang yang tidak tahu akan kemuliaan Rasulullah saw.”

Kedua, “Secara politik, sikap negara-negara Islam besar harus berdiri secara jantan untuk membela Islam dan RasulNya.”

Ketiga, “Ketegasan masyarakat islam dengan mendesak pemimpin islam untuk memiliki sikap tegas berdasarkan keimanan bahawa umat Islam masih hidup dan masih memiliki kecintaan besar terhadap keyakinannya.”

Keempat, Qardhawi menyeru agar ada tegas di lingkup ruang seni dan budaya. Ia menyatakan sekiranya dapat itu drama, filem atau terbitan lain memberi iemj yang baik terhadap islam.

Kelima, “boikot ekonomi terhadap negara-negara yang mengizinkan penduduknya menghina kesucian Islam. Pemboikotan ini adalah senjata yang mampu menyakitkan suatu negara.”

Ekoran tidakan Wilders itu dikatakan Parti Islam Belanda turut bertindak tegas menanggah dan membidas pandangan ahli parlimen Belanda tersebut. Walaupun parti islam belanda bukanlah parti besar namun mereka berani menyatakan kebenaran.

Di Malaysia pasca pilihantaya 2008 menyaksikan pelbagai kejadian yang menghina islam berlaku, dari tindakan mempersendakan azan hingga tindakan Jeff Oii menghina islam dengan menyamakan agama tersebut dengan pengganas. Dan sehingga kini seolah tiada apa pun tindakan diambil dan dillakukan terhadap ahli politik tersebut.

Yang boleh dikatakan orang islam di Malaysia kini termasuk mana2 parti politik termasuk parti Islam, atau NGO terlalu ingin menjaga pengundi bukan islam sehingga sanggup membiarkan hinaan terhadap umat islam dibiarkan berlalu tanpa ada tindakan.

Tuesday, September 8, 2009

Anwar Atarturk : Dr. Asri bidas pihak bersekongkol dengan DAP


“Saya amat berdukacita, sikap sesetengah tokoh DAP yang amat tidak menghormati perasaan orang Islam”. Kata mantan mufti Perlis Dr. Asri Zainal Abidin merujuk kepada segala senario dan perkembangan politik yang berlaku di Malaysia.

Hari ini kita menyaksikan pemimpin-pemimpin DAP telah mula memainkan isu perkauman bagi meraih sokongan kepada parti tersebut sambil memburukkan pihak lawan dengan pelbagai cara.

Sambil mengkritik tindakan orang islam yang bersekongkol dengan DAP dan membiarkan perkara itu berlaku tanpa ditegur dan diambil tindakan.

“Apatah lagi mereka disokong oleh sesetengah pihak yang ‘lantang tidak seimbang’ yang bernama muslim yang berlunak dengan mereka dan seakan membiarkan keadaan ini berlaku” kata tokoh agama itu didalam blognya.

Selain itu Dr. Asri juga seakan membidas golongan yang mengaku muslim yang berada bersama dengan DAP yang hanya hanya ‘garang dan cengih’ sesama orang muslim, tetapi membiarkan orang lain (DAP) membelasah muslim secara biadap, seperti yang terakhir mereka lakukan dengan menghina Dr. Redhuan Tee, ekoran pandangan terhadap anak luar nikah Teoh Beng Hock dan tunangnya.

Umum mengetahui selain isu hinaan terhadap Dr.Ridzuan Tee, anggota parlimen Jelutong (Jeff Oii) juga telah menghina Islam apabila mengaitkan NGO JIM dengan pengganas. Manakala di Selangor Roniu Liu pula telah mengangu kerja-kerja perampasan minuman keras sambil mengeluarkan fatwa baru bahawa bir bukan minuman keras.

Sambil menyatakan rasa kesalnya dengan keadaan itu, beliau menjelaskan senario itu berlaku mungkin disebabkan kegilaaan kuasa yang diperolehi selepas pasca pilihanraya 2008 dan memperolehi mandat memerintah 5 buah negeri, hingga sanggup mengenepikan semangat ukhuwah dan akidah islam.

Monday, September 7, 2009

Anwar Atartuk takut pendakwaraya atau bukti liwat


Ramai pihak menyifatkan permohonan ketua pembangkang, Anwar Atarturk untuk membatalkan pasukan pendakwaan dalam perbicaraan kes liwat beliau sebagai tidak munasabah.

Namun itulah manusia bernama Anwar, hanya mahu keadilan pada dirinya sahaja. Sekiranya benar beliau tidak bersalah dalam kes liwat tersebut biarlah perbicaraan diteruskan, mana mungkin kita melihat perbicaraan yang tidak mempunyai pasukan pendakwa hanya pasukan peguambela sahaja. Ini sebenarnya lagi tidak adil pada Saiful Bahari.

Difahamkan Anwar sengaja meminta semakan kehakiman bagi membatalkan pasukan pendakwaan ini bagi tujuan untuk melengah-lengahkah kes tersebut dari dibicarakan dan membolehkan dia memomokkan cerita bahawa pasukan berkuasa zalim dan tidak adil. Kalau tidak percaya bacalah kenyataan dilaman blognya, dimana beliau mendakwa pasukan pendakwaraya sengaja menanguhkan kes liwatnya. Namun hakikatnya beliau yang sengaja mencari apa sahaja alasan untuk ditangguh kes liwatnya.

Pasukan pendakwaan dikatakan terdiri daripada tujuh anggota itu diketuai oleh Penguam Cara Negara 1, Datuk Idrus Harun dan Anwar telah membuat permohonan bagi membatalkan pasukan pendakwaan tersebut pada 11 Ogos lalu.

Adalah tidak logik Anwar takutkan pasukan pendakwaraya, ini kerana pasukan penguambelanya yang baru dikatakan telah diisi dengan bintang-bintang All Star, umpama pendahulu pasukan liga Premier England.

Sementara Mohd Saiful Bukhari Azlan, orang yang menjadi saksi utama kes liwat Anwar mempersoalkan 'layanan VVIP' yang diberikan kepada penasihat PKR itu. Beliau berkata Datuk Seri Anwar meminta agar seluruh pasukan pendakwaan dibatalkan kerana mereka dilantik Peguam Negara.

"Jika permohonan beliau diluluskan, maka tidak ada orang boleh mendakwanya (Anwar). Ini kerana kuasa melantik pasukan pendakwaan terletak di tangan Peguam Negara," kata Saiful.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali, meminta kerajaan memberi penjelasan kepada rakyat kenapa perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar masih tertangguh hingga sekarang.

Menurutnya, Anwar tidak seharusnya melakukan sesuatu yang menjurus kepada ketidakadilan terhadap pihak lain.

"Cuba kalau dia berada di tempat Saiful, sudah tentu dia mahu kes ini dipercepatkan," tegas Ibrahim Ali yang merupakan ahli parlimen Pasir Mas.

Sunday, September 6, 2009

Anwar Atartuk ketakutan bila dengar nama Musa Hasan


Selain nama Saiful Bukhari nama yang sering menjadi igauan kepada Anwar Atartuk ialah Musa Hasan iaitu Ketua Polis Negara, sebab itu sekiranya boleh Anwar ingin mengenepikan nama tersebut dalam persekitan yang perlu dihadapinya. Jika Saiful Bukhari beliau takut kerana menjadi Saksi utama kepada Kes liwatnya hingga begitu beria-ia mohon digugurkan kes tersebut. Musa Hasan pula dibenci oleh Anwar kerana Musa Hassan banyak mengethui segala skandal dirinya semenjak diminta membatu menyiasat kes Anwar pada 1997 .


Bagi memburukkan imej kepada Anak ustaz Hassan Azhari ini, Anwar telah melakukan pelbagai cara seperti mana dia mengambil langkah memburukkan musuh politiknya yang lain. Yang terbaru dengan akuan sumpah seperti tertera di laman Malaysia Today dan mengarahkan Mahfuz Omar mereka cerita bahawa Musa Hasan disambung kerana kaitan dengan Al-tantunya.

Anwar juga meminta PAS memanipulasi isu ini hingga mencadangkan kepada Agung supaya menolak pemyambungan kontrak sebagai Ketua Polis Negara, begitulah terdesaknya anwar yang seolah ketakutan dengan wajah dan nama Musa Hassan. Namun hasrat Anwar terlayu lesu, apabila kontrak perkhidmatan Ketua Polis negara itu disambung.

Walaupun di laman blognya tidak diceritakan sedikit pun mengenai kebenciannya terhadap Musa Hassan namun umum tahu kenapa Anwar begitu membenci Ketua Polis Negara itu. Seperti dinyatakan oleh blog Unspinner Musa Hasan merupakan pegawai polis yang bertangungjawab mencungkil dan menyiasat kes salah laku Seks Anwar pada tahun 1997 seperti yang dituduh oleh Ummi Hafilda.

Menurut laman itu, Anwar agak terkejut juga apabila seorang pegawai Polis CID Iaitu Musa Hasan berani datang untuk menyoal dia danAnwar terpaksa menjawab soalan pegawai polis yang yang hanya berpangkat SAC pada masa itu.

Dalam kenyataannya kepada Musa Hassan Anwar telah menafikan semua tuduhan yang dibuat oleh Ummi dan Azizan dan mengarah diberhentikan penyiasatankerana YAB Perdana Menteri telah setuju bahawa kes tersebut adalah fitnah.

Anwar sedar bahawa Musa adalah seorang pegawai Polis yang tidak takut menjalankan tugas. Jesteru itu dia meminta Polis menangkap Ummi dan Azizan. Kemudian bila Polis jalankan tugas untuk menyiasat kes ini ke akar umbinya, Anwar cemas dan memberi arahan untuk dihentikan penyiasatan.

Namun begitu sebagai pegawai polis yang memegang prinsip kebenaran, Musa Hassan tidak tunduk arahan Anwar Ibrahim dan meneruskan siasatannya kerana fail mesti ditutup dengan kemas (dan bukan tergantung tanpa kesudahannya).

Maka dua hari kemudian pada pagi 2hb September 1997, Musa telah memberitahu kepada ASP Zul Aznam (ADC Anwar Ibrahim) bahawa dia perlu menyoal beberapa orang lagi termasuk Mohamed Azmin Ali, Shamsidar Taharin, Dato Nallakaruppan, Aton (orang gaji di rumah Shamsidar) dan juga ASP Zul Aznam.

Permintaan Musa Hassan ini telah menjadikan Anwar menjadi cemas dan panik lantas disuruhnya Azmin membawa Musa datang berjumpa dengannya. Azmin lantas menghubungi Musa Hassan pada 11.50 pagi dan meminta Musa hadir ke pejabat Anwar dengan secepat mungkin. Musa sampai di pejabat Anwar setengah jam kemudian pada 12.20 pm.

Pada perjumpaan ini Anwar telah menegur Musa Hassan kerana masih meneruskan siasatan untuk menyoal Azmin, Shamsidar dan Dato Nallakaruppan kerana Ummi dan Azizan telah pun menulis pengakuan bahawa tuduhan mereka semuanya fitnah saja.


Dari rentetan itu Musa merasa sangat pelik kerana sepanjang pengetahuannya inilah kali pertama dalam sejarah Malaysia di mana seorang pegawai Polis pangkat SAC telah dipanggil ke pejabat Timbalan Perdana Menteri dan diarahkan oleh seorang TPM untuk menghentikan siasatan jenayah.

Lantas Musa membantah arahan Anwar Ibrahim itu dan menyatakan bahawa dia mempunyai tanggung jawab untuk selesaikan siasatan untuk menutup fail dengan rapi.

Mungkin ini yang menyebabkan Anwar terlalu takut dengan Musa Hassan, lantas untuk memburukkan kredibiliti musuhnya itu dicipta akuan bersumpah mengaitkan Musa Hassan dalam kegiatan Kongsi Gelap.

Dalam zaman hari ini akuan bersumpah bukanlah sesukar mana untuk dilakukan malah sesiapa pun boleh melakukannya, sediankan duit sahaja. Melainkan ia bersumpah mengikut cara islam tentu banyak perkiraan akan diambil untuk melaksanakannya.

Dalam hal ini Anwar sendiri pun tidak berani bersumpah dlam kes liwatnya, yang hanya dia tau menyuruh balacinya membuat akuan bersumpah sahaja terhadap musuh politiknya. Bukan sahaja Musa Hassan yang pernah kena malah Najib sendiri pun pernah dikenakan oleh Anwar dalam akuan bersumpah ini, walaupun realitinya masih belum pasti benar.

Wednesday, September 2, 2009

Chin Huat : orang islam alami Schizophrenia, - Anwar sahaja betul?


Dalam satu kolum didalam sebuah akhbar online Wong Chin Huat telah melontarkan pandangan sinis beliau terhadap konsep 1 Malaysia yang ingin digerakkan oleh kerajaan persekutuan. Pada beliau umur kerajaan sekarang tidak akan kekal lama kerana BN mengalami sakit schizophrenia atau penyakit mental.

Dari satu isu ke satu isu beliau mengkritik polisi kerajaan sehinggakan semua tindakan kerajaan salah, seolah hanya pakatan rakyat sahaja yang tepat dalam membuat keputusan.

Namun agak menarik juga apabila dia juga mengatakan bahawa PAS juga mengalami penyakit mental sama celaannya terhadap UMNO. Adakah ini membawa mesej orang islam yang mengalami penyakit mental? ini kerana apabila dia mengatakan UMNO dan PAS ertinya ahli kedua-dua parti tersebut adalah orang Melayu beragama Islam, dan beliau begitu tidak selesa dengan tindakan sesetengah golongan dalam PAS yang pro konsep negara islam.

Beliau dengan angkuh mengatakan kejayaan PAS memenangi banyak kawasan adalah kerana polisi negara islam yang dibuang PAS telah dapat mengamit masyarakat bukan Islam. Sekiranya slogan negara islam dimainkan beliau percaya masyarakat bukan islam tidak akan sesekali mengundi PAS.

Jika hujah beliau ini betul, maknanya kata-kata MB kelantan bahawa masyarakat bukan Islam menerima PAS kerana Islam adalah mengarut dan tidak masuk akal. Sedangkan masyarakat bukan islam menerima PAS kerana slogan negara islam itu sendiri yang digugurkan oleh parti PAS. Dalam keadaan ini kita melihat ia merupakan kejayaan Anwar ibrahim kerana sedikit sebanyak jarum-jarum yang dicucuk beliau kepada pemimpin moderate PAS berjaya diterima kepimpinan PAS.

Kata penulis tersebut, dari segi politik PAS, ia terbahagi kepada dua. Satu ialah PAS yang ghairah membincangkan "negara Islam" selepas tahun 2001, dan satu lagi ialah PAS yang sedang mengambil pendekatan sederhana, melaungkan "negara kebajikan", "PAS untuk semua" pada pilihanraya tahun 2008. (mungkin dalam konteks ini kita namakan ia kelompok moderate muslim, satu gagasan yang dibawa Anwar ibrahim ke dalam Politik Malaysia)

Menurut Chin Huat juga, "PAS negara Islam" hanya mampu memperolehi kira-kira 30% undi Melayu di luar Kelantan pada pilihan raya tahun 2004, usahlah disebut berapa pengundi bukan Melayu yang tertarik dengan PAS. Dibandingkan "PAS negara kebajikan" memperolehi kira-kira 60% undi Melayu, malah di kawasan bukan Melayu juga mencatat 60% hingga 70% pada tahun 2008. Ini bukti masyarakat bukan Melayu menurut penulis tersebut ingin PAS meningalkan ideologi negara islam.

Keputusan pilihan raya kecil di Bukit Gantang dan Permatang Pasir membuktikan bahawa PAS mampu meraih sokongan antara 50% hingga 60% Melayu, sementara sokongan bukan Melayu boleh dilonjakkan ke 70% hingga 80%. Dalam empat pilihan raya kecil selepas PRU ke-12, calon yang diletakkan walaupun bukan daripada aliran "yang memperlihatkan keterbukaan" seperti Mohd Nizar, juga bukan konservatif yang akan menakutkan orang bukan Melayu. Dengan kata lain, yang bertanding dan yang menang, adalah "PAS negara berkebajikan" hujah Chin Huat.

Namun, "PAS Negara Islam" walaupun berpeluk tubuh selepas ketewasan tahun 2004, tetapi mula mencetuskan masalah sekali-kala selepas tahun 2008, seiras dengan mereka yang mendominasi parti selepas kemenangan tahun 1999, yang makin menuju ke penghujung ektrem.

Menurut penulis ini langkah PAS membiarkan tindakan beberapa orang pimpinan PAS seperti Hassan Ali dan Nasrudin akan menyebabkan orang bukan islam akan meninggalkan PAS dan Pakatan Rakyat.

"Angkatan moral pegawai masjid" yang dicadangkan Ketua Pesuruhjaya PAS Selangor, Hassan Ali, dan penentangan konsert Michael Learns to Rock oleh Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Tantawi adalah tanda-tanda baru kembalinya "PAS Negara Islam". kata penulis tersebut.

Dan beliau mengandaikan seandainya "PAS Negara Kebajikan" gagal menghalang "PAS negara Islam" daripada hijack kemenangannya, ia mungkin akan membawa padah. Dan pilihan raya kecil Permatang Pasir mungkin umpama kemenangan besar-besaran PAS pada tahun 1999, menjadi ciuman maut kepada pakatan pembangkang.

Kalau kita meniliti pandangan penulis ini adalah jelas, bahawa mereka sedikit pun tidak inginkan Islam yang diingin dibawa oleh PAS. Mereka mahu pemimpin PAS lebih moderate dan liberal dalam berpolitik. Namun hujah pembawaan moderate dan liberal ini merupakan satu ungkapan yang amat ditakuti oleh kepimpinan PAS kerana ia seolah-olah akan menjilat kembali usaha mereka memerangi kelompok islam liberal dan golongan yang cuba merosakan aliran islam, Inilah agaknya yang membingunkan dalaman PAS saat ini.

*Artikel ini ditulis dan diolah bersandarkan tulisan Wong Chin Huat di Merdeka Review