Saturday, August 29, 2009

Kenapa kenyataan Tan Bon Hwa selalu berbeza?


"Saya nampak Teoh mundar-mandir di pantri. Saya tanya pada dia, 'Teoh, kamu masih berada di sini? '"Teoh hanya tunduk kepala. Saya terus pergi ke tandas. Kemudian saya balik ke pantri. Saya tidak nampak Teoh lagi," kata Tan pada media pada 27 Ogos ditemani beberapa orang pemimpin DAP termasuk Ean Yong Hian Wah dan Lim Kit Siang.

Sebelum ini semasa di bangunan SUK Selangor selepas beberapa hari kematian Teoh sebelum sesi inkues bermula, Tan Boon Hwa telah memberitahu media, bahawa dia berjumpa dengan Teoh selepas Subuh/ sekitar 6.15 pagi, 16 Julai, di pantri, dekat tandas, Tingkat 14 pejabat SPRM. Tan berkata dia jumpa Teoh dan menegur, tetapi hanya menjawab 'uhm' dan nampak keletihan. Selepas itu Tan berkata, dia masuk tandas, apabila keluar tandas, dia dapati, Teoh telah tiada di tempat itu.

Antara tunduk kepada dan "Uhm" mana yang tepat dan benar? kalau kita kaji dari sudut ini pun sudah didapati wujud percanggahan kenyataan yang diberikan oleh Tan Boon Hwa, ini bermakna dia sememangnya banyak menyembunyikan perkara dari pengetahuan umum malah kepada pihak berkuasa.Secara tidak lansung segala kenyataan dia adalah diragui kebenaranya.

Selepas terjerat dengan kenyataan seorang saksi dalam sesi Inkues yang menyatakan bahawa ada maklumat mengatakan wujud saksi (Bukini) melihat Tan dan Teoh bergaduh, Tan cuba menafikan dakwaan itu melalui sidang medianya, beliau seakan ketakutan dengan situasi terbaru sesi inkues tersebut. Kalau tidak tentu dia tidak akan mengadakan sidang media tersebut, bukahkah lebih elok beliau menyatakan perkara tersebut dihadapan koroner nanti. Apa motif sidang media itu diadakan, bukankah ia lebih kepada mewujud persespi jahat?

Sebab itu dia menyatakan dalam sidang media tersebut, dakwaan terhadapnya itu tidak berasas, palsu dan secara sengaja dicipta. Menurut Tan pada pihak media, pada jam 2 pagi hari Khamis tersebut, beliau masih disiasat dalam sebuah bilik di pejabat suruhanjaya itu. Tambahnya, beliau hanya keluar sebentar untuk minum air di pantri dan membuat panggilan telefon kepada keluarganya setengah jam selepas itu.

Benarkah kenyataan Teoh tersebut atau sebagai satu helah untuk menyelamatkan dirinya, adakah semasa dibilik di pantri tersebut beliau telah bertengkar dengan Teoh Beng Hock, jika wujud pertengkaran tersebut kenapa Tan cuba untuk menafikannya.

Apabila Tan menyatakan dirinya ada menghubungi keluarganya semasa sesi siasatan tersebut, ini bermakna sekaligus menafikan dakwaan sebelum ini yang mengatakan pihak SPRM ada mengambil telefon Teoh semasa sesi siasatan. Mainan sesetengah pihak termasuk Tan sendiri yang menyatakan SPRM mendera saksi sebenarnya tidak berasas jika Tan sendiri menyatakan beliau dibenarkan membuat pangilan.

Sebelum ini juga Tan ada membuat laporan Polis kerana menuduh SPRM menahannya dalam tempoh 24 jam, sedangkan faktanya dia memang sudah dibenarkan pulang selepas sesi siasatan, namun dia sendiri yang memohon tidur di bangunan SPRM. Beliau bernasib baik SPRM bukan Anwar Ibrahim, jika tidak sudah tentu tindakan saman akan diambil.

Bagi menutup segala kegelisahan DAP sekarang ekoran pendedahan saksi bernama Bukini ini, Gobing Deo cuba mencipta helah baru dengan motif untuk memburukan SPRM seperti dakwaan penderaan dan memainkan kenyataan saksi bernama Asyraf tidak mendengar pergaduhan antara Tan dan Beng Hock pada hari kejadian.

Nampak gayanya Gobind Deo sebenarnya bukanlah ingin membela sangat kematian Teoh Beng Hock tetapi lebih kepada ingin membela maruah parti yang dianggotainya. Banyak tindak tanduknya kini lebih untuk membela DAP dan Tan Bon Hwa bukan untuk mengetahui punca kematian Beng Hock. Itulah nasib Beng Hock hanya dipergunakan oleh DAP untuk kepentingan politik DAP sahaja.

Tuesday, August 25, 2009

kenapa Anwar nafi jumpa Najib ?


"Siapa kata (saya bertemu dengan Perdana Menteri)? Adakah Datuk Seri Najib berkata begitu?" kata Anwar ibrahim selepas mengundi di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Seri Penanti, Permatang Pasir pagi hari ini.


Nampaknya Anwar sekali lagi cuba menyalahkan Najib walhal pertemuan itu Anwar sendiri yang mohon diadakan dan beliau menghadirinya secara tertutup.


Antara permintaan Anwar kepada Najib dalam pertemuan itu ialah memohon Najib campur tangan dalam kes liwatnya, dan dia berjanji akan ke luar negara selepas ini dan mengharapkan Perdana Menteri agar dapat menjaga Nurul Izah.


Seperti beliau berjanji kepada Abdullah Ahmad Badawi seperti itulah rayu Anwar kepada Najib Tun Razak. Namun difahamkan Anwar kecewa apabila Najib menyatakan soal kes liwat biarlah mahkamah yang menentukan dan dirinya tiada kuasa untuk mencampuri urusan mahkamah.


Sebab itu kita melihat, Anwar beria-ia tidak ingin diadakan perbicaraan kes liwat tersebut dan seringkali alasan yang pelbagai diberikan. Selepas talian hayat terakhir pun dia gagal dapatkan Anwar terpaksa menyusun kembali pasukan peguambelanya yang baru, sesudah peguam Sulaiman Abdullah menarik diri.


Kali ini dengan dibarisi peguam yang dianggap All-Star kata Saiful Bukhari, pemuda yang menjadi mangsa kepada Anwar. Bekas banduan penjara sungai buluh itu sedang sedaya upaya untuk melawan hujah2 yang akan di berikan oleh pendakwaraya.


Anwar sememangnya sedar bahawa saksi-saksi dipihak pendakwaraya memang mengerunkannya, kerana majoriti saksi tersebut merupakan orang yang berada disekelilingnya sendiri. Melalui perbicaraan itu Anwar seoalah ketakutan yang amat sangat kerana bimbang rahsia gelapnya akan diketahui masyarakat.


Antara tujuh saksi utama di pihak pendakwaraya, selain Saiful sendiri ialah pegawai penyiasat Jude pereira, Hasanuddin, Rahimi, Rashid Othman dan Abd Hamid. Rahimi merupakan bekas penjaga dairi Anwar, saiful pun sama,dan Rashid tukang urut Anwar . Dan sudah tentu akan banyak cerita panas akan keluar nanti.


kalau takde aral nanti kita akan boleh tengok sekali lagi Anwar akan membawa watak hero dalam kes tersebut, seperti yang dilakukan Gobalakrisnan di permatang Pasir. Pelbagai watak akan dilakonkan beliau, dengan niat untuk mengalih tumpuan dan mengatakan kes tersebut adalah konspirasi.


Dan jangan terkejut sekiranyanya nanti ia akan dipantau oleh pelbagai badan NGO hak asasi antarabangsa yang sememangnya pro Anwar, dan akan mendesak kerajaan Malaysia membebasakan Anwar. Kerana pada meraka Anwar adalah ikon terbaik untuk menjayakan agenda demokrasi dan kebebasan tajaan mereka.



Sunday, August 23, 2009

Tok Guru : Antara Kafir dan Syurga


Dalam buku Memoir Politik Asri, bekas menteri besar Kelantan itu menyatakan, pada suatu ketika selepas PAS menguasai kelantan dan Terengganu, pernah dibangkitkan PAS sengaja mempermainkan isu kafir-mengkafir untuk menarik pengundi dan sokongan rakyat khususnya umat islam, sehingga pada suatu ketika suasana masyarakat begitu tegang terutamanya di Kelantan, banyak ulamak tergugat, pengajian pondok terganggu. Pengajaran tafsir menjadi suatu momokan yang membimbangkan apabila berlakunya penafsiran ayat-ayat tertentu.

Apabila PAS sudah tidak berada dalam BN menurut Dato Asri, pelbagai karenah telah mula wujud dikalangan pemuda PAS. Menurut beliau tedapat seorang pemuda PAS telah berkunjung ke rumahnnya apabila Dr. Mahathir Mohamed mengambilalih pucuk pimpinan UMNO dan melaksanakan polisi penerapan nilai-nilai Islam dalam masyarakat dan negara.

Pemimpin muda PAS itu menurut Dato Asri mendedahkan kebimbangannya tentang masa depan PAS, sehingga terkeluar perkataan:

“kalau begitu taktik Dr Mahathir dengan UMNOnya habislah PAS”
“Rakyat akan berpaling daripada PAS, sebab yang mahu diperjuangkan oleh Mahathir hampir sama dengan PAS”.

Dato Asri bila mendengar kata pemuda PAS tersebut terpaksa menyatakan bahawa kewajipan semua umat islam baik daripada PAS maupun UMNO dan daripada golongan mana sahaja untuk memperjuangkan dan menegakkan Islam. Kalau UMNO mahu mahu memberikan saham dalam perjuangan ini seharusnya PAS bersyukur kerana mereka tulang belakang kerajaan kata Dato Asri kepada pimpinan PAS tersebut.

Seterusnya pemimpin muda itu membangkitkan kalau UMNO ingin lakukan Islam, apa lagi yang ingin dilakukan PAS. Kenyataan pimpinan tersebut terpaksa dijawab Dato Asri bahawa masih banyak ruang untuk memberikan pandangan dan kritikan membina terhadap kerajaan.

Akibat tidak berpuas hati dengan kenyataan Dato Asri, pemimpin muda itu terus keluar dari rumahnya.

Lanjutan dari kejadian itu hubungan Dato Asri dan pemimpin muda dengan beliau juga renggang. Di beberapa tempat di Kelantan dan Terengganu telah muncul beraneka kejadian kafir mengkafir yang mengakibatkan perpecahan dikalangan keluarga. Anak berpecah dengan bapa, suami isteri berkelahi dan wujudnya masyarakat yang dibahagikan mengikut perbezaan politik, berlakunya kejadian dua iman dan dua masjid semukim. Yang tragisnya apabila berlaku kenduri kahwin oleh satu pihak ia tidak dihadiri oleh pihak yang lain hingga begitu banyak lauk pauk terpaksa dibuang sahaja.

Apa yang berlaku suatu ketika dahulu kini berlaku lagi pada tahun 2009 apabila, Menteri Besar Kelantan Dato Nik Aziz dilaporkan mengatakan hanya orang PAS sahaja yang akan masuk syurga. Adakah mungkin tindakan tersebut dilakukan kerana PAS bimbang dengan situasi semasa yang dikatakan tidak menyebelahi PAS.

Dari satu pilihanraya kecil ke satu pilihanraya kecil undi untuk PAS dikatakan semakin turun mendadak menandakan pengundi Islam sudah semakin jauh dengan PAS. Ini lah sebenarnya yang semakin merisaukan Dato Nik Aziz, hinggakan pendapat terkini dari bangunan Jalan Dato Pati yang menempatkan PAS Kelantan mengatakan jika ada lagi pilihanraya kecil di kelantan PAS akan mengalami ketewasan kepada lawan.

Kebelakangan ini seringkali kita tergangu dengan pandangan kontroversi yang dikeluarkan oleh Menteri Besar kelantan tersebut, hari ini orang sering menyalahkan Anwar melalui Husam Musa yang menyebabkan Nik Aziz sering tersasul dalam mengeluarkan kenyataannya.

Yang nyata Nik Aziz bukan hanya sekarang sahaja beliau membuat perkiraan salah, malah semenjak dia berkecimpung dengan parti PAS sudah banyak gerak-gerinya yang boleh menghancurkan PAS.

Sewaktu peristiwa pemecatan Datuk Nasir dari jawatan menteri Besar Kelantan pada tahun 1977 oleh Pimpinan parti, Nik Aziz merupakan salah seorang yang bertangungjawab menyokong tindakan tersebut walaupun ketika itu tokoh lain didalam PAS seperti Mustapha Ali, Dr. Harun Din, Ustaz Hassan Shukri dan Dr. Daeng Sanusi tidak menyetujui langkah memecat Datuk Nasir daripada PAS.

Langkah sokongan Nik Aziz yang ketika itu merupakan Dewan Ulamak PAS Kelantan telah meyebabkan Dewan Ulamak PAS Kelantan melalui Setiausahanya meminta Nik Aziz meletakkan jawatan. Ini kerana tindakan Nik Aziz tersebut telah membawa perpecahan dalaman kepada PAS hingga berlakunya ketegangan di negeri Kelantan selepas itu, hingga darurat terpaksa dilakukan bagi mententeramkan keadaan.

Jika itu senario yang berlaku suatu ketika dahulu, adalah mungkin segala kenyataan dan tindakan dari Mursyidul Am PAS itu boleh dipertikai oleh ahli PAS. Sebenarnya bukan musuh luar yang menyebabkan PAS musnah, tetapi tindakan dalaman PAS sendiri yang menyebabkan mereka berpecah belah, seperti yang kita lihat pada hari ini.


Friday, August 21, 2009

BULKINI saksi terpenting kematian Beng Hock?


Kisah kematian Teoh Beng Hock kini seakan membuka kisah baru kepada punca kematian Beng Hock, jika benar dakwaan Tan Boon Hwa cuba menyembunyikan fakta bahawa dia pernah memberi kata-kata ancaman kepada mendiang kerana telah terlepas cakap dan sanggup mendedahkan penyelewengan dalaman parti kepada SPRM.


Difahamankan ditengah perasaan marah Tan Boon Hwa kepada Beng Hock sewaktu ditandas SPRM, Boon Hwa terlepas cakap mengatakan anak yang dikandung tunang Beng Hock bukan merupakan anak mendiang, tetapi anak kepada orang lain. Lanjutan itu ia membawa tindakan nekad kepada Beng Hock untuk membunuh diri.


Sekiranya kejadian pertengkaran itu berlaku selepas jam 3.45 pagi, ini bermakna dakwaan adanya pertemuan antara Boon Hwa dan Beng Hock seperti yang dinyatakan Ahli Majlis Perbandaran Kajang tersebut pada jam 6.15 pagi pada hari kejadian boleh diragui, dan pada masa sama kenyataan Boon Hwa kepada media bahawa tiada aksi percakapan dirnya dengan mendiang dilakukan juga boleh dipertikaikan.


Ini membawa maksud selepas berlakunya kematian Beng Hock, Boon Hwa telah menghubungi Ronie Liu dan Gobind Deo untuk mendapat khidmat nasihat, dari kejadian itu skrip telah di atur oleh Gobind untuk mengkambinghitamkan SPRM, bermula tindakan menyerbu pejabat SPRM hinggalah candlelight vigil di pekarangan pejabat SPRM pada malam kejadian.
Semua itu dilakukan untuk mengalihkan fakta sebenar punca kematian mendiang. Sebab itu juga kita dapat melihat aksi luar biasa pemimpin DAP khususnya Ronie Liu dan Boon Hwa sewaktu memberikan kenyataan akhbar kepada media.


Pada hari kejadian difahamkan Roniu Liu telah menyerbu dan menendang pintu SPRM, manakala Tang Boon Hwa telah membuat pelbagai kenyataan yang berbelit kepada SPRM dan bertindak menyaman pihak SPRM beberapa hari selepas kejadian. Mereka seolah membuat hukuman awal tanpa memberi peluang kepada pihak berkuasa menyiasat perkara tersebut. Mungkin ini semua dilakukan untuk menyembunyikan kebenaran yang sudah tentu akan memberi implikasi besar kepada kerajaan Selangor.


Gobind Deo yang merupakan peguambela kepada keluarga dalam sesi inkues pula telah meminta Koroner agar meneliti kandungan surat layang yang langsung tiada kaitan dengan kematian Teoh Beng Hock.


Beliau juga difahamkan enggan mendengar sesi rakaman percakapan Teoh Beng Hock tetapi berkeras meminta surat layang tersebut diteliti, dalam masa yang sama juga blloger pembangkang mula menyiarkan surat layang tersebut. Timbul persoalan apakah motif wujudnya surat layang tersebut dan diedarkan serentak dengan desakan Gobind, atau ia hanya untuk melenyapkan isu saksi yang melihat kejadian pertengkaran Boon Hwa dan Beng Hock?


Sekiranya benar watak Bulkini memang wujud seperti yang didakwa oleh beberapa laman, pihak berkuasa seharusnya mendapatkan butiran kejadian tersebut, kerana ia mungkin dapat memberi jawapan kepada pelbagai persoalan. Berbanding surat layang yang dibawa oleh Gobind Deo yang boleh dipertikaikan motif dan kebenarannya, saksi tersebut tentu boleh bercakap, bersuara dan menceritakan kebenaran kejadian pada malam tersebut yang boleh memberi petunjuk kepada kematian mendiang Beng Hock.


Kepada Ean Yong Wah yang merupakan majikan Beng Hock, kalau benar bayi yang dikandung oleh tunang Beng Hock merupakan darah daging anda, seharusnya ujian DNA dilakukan selepas kelahiran bayi itu nanti untuk menutup gosip-gosip yang tersebar saat ini. Selagi tiada ujian DNA dilakukan kata-kata Tan Boon Hwa kepada mendiang mungkin ada kebenarannya. Kalau nyata ia bukan darah daging anda, dalam soal ini Tan Boon Hwa harus dipersalahkan kerana memburukkan tunang kepada mendiang sehingga membawa tindakan nekad membunuh diri.

Thursday, August 20, 2009

Kesian Wong Chuan How, lutut cedera kaki berbalut.?


Apabila Pembantu Khas kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Ronnie Liew iaitu Wong Chuan How hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang bagi memberi keterangan ke atas laporan polis yang dibuat beliau pada 14 Ogos lalu, dalam keadaan kaki kanannya berbalut dari hujung kaki hingga paras lutut hati kecil teringat kisah P.Ramlee dalam filem Madu 3 yang melakonkan watak seorang lelaki bernama Jamil yang suka berpoligami sehingga sanggup menipu si isterinya bagi menjamin kebahagiaan rumahtangga.


Mungkin P.Ramlee sudah nampak situasi itu akan berlaku dalam konteks kehidupan rakyat Malaysia, sebab itu dibuat filem itu dengan penuh unsur sinis dan sindiran.


Dalam kes Wong Chuan How, aksinya lebih kurang sama dengan kisah poligami Jamil dalam cerita tersebut kerana ia dilakukan bagi menjaga kesejahteraan rumahtanga pakatan rakyat di Selangor. Wong terpaksa menipu dengan hasrat madunya Parti PAS tidak lagi membuat bising, begitu juga tangungannya iaitu rakyat Selangor yang kini seakan merintih dan tidak merasa selamat dengan belaian DAP.


Jika sebelum ini orang asyik mengatakan DAP suami yang jahat, kini Wong cuba membuktikan mereka tidak jahat tetapi orang lain yang jahat. Maka dibalutnya keseluruhan kaki beliau walaupun cedera bahagian lain.


Wong seperti ditukil akhbar Sinar memaklumkan dirinya kini bertambah baik selepas mengalami kecederaan di lutut yang didakwa disebabkan kekasaran SPRM.


“Esok saya akan mendapatkan rawatan secara ulangan di Hospital Serdang dan kini keadaan semakin pulih walaupun terpaksa menggunakan tongkat,” katanya.


Nampaknya tingkah lakunya tak ubah seperti watak Jamil dalam madu tiga, mungkin selepas ini Wong akan meminta orang awam mengatakan KESIAN pada dirinya.


Kalau kita soroti kejadian sebenar, tidak nampak kekasaran dari pihak SPRM terhadap beliau, cuma beliau sendiri yang dilihat cuba mencari alasan dan memberontak untuk mencipta gimik agar nampak imej pihak berkuasa buruk. Sekiranya beliau memberi kerjasama kepada pihak berkuasa nescaya dirinya tidak akan jatuh tersemban ke lantai.


Sebenarnya tindakannya tidak ubah seperti tindakan Tan Boon Hwa dalam kes berkaitan kematian Teoh Beng Hock. Umum mengetahui selepas kematian Beng Hock, Boon Hwa orang yang paling pelik tingkahlakunya dari tindakannya mengadakan sidang media dan saman terhadap SPRM hinggalah kepada lakonannya untuk memburukkan pihak SPRM .


Walhal dia tidak menceritakan perkara sebenar yang berlaku diantara beliau dan Beng Hock, Yang didedahkan dan digembar-gemburkan adalah kejahatan SPRM. Inilah tindakan paling hipokrit DAP, kerana ingin menutup isu sebenar yang berlaku ke atas mereka.


Dalam kes Wong Chuan How siasatan ingin dilakukan kerana dikatakan Wong terlibat dengan penyelewengan peruntukan kewangan, dan difahamkan beliau terlibat dengan 240 penyediaan invois palsu untuk membolehkan duit itu disalurkan ke dalam parti DAP. Mungkin ini yang menyebabkan ia ditakuti oleh DAP sebenarnya, jesteru itu dicipta sebuah skrip baru untuk melenyapkan kisah penyelewengan tersebut.

Wednesday, August 12, 2009

Teoh Beng Hock : Kenapa DAP mengetahui lebih awal kematian?


Kes kematian Teoh Beng Hock sebenarnya banyak menimbulkan persoalan, jika kita soroti dari peringkat awal kes ini, Beng Hock dikatakan sanggup pergi secara sukarela untuk mendedahkan butiran salahlaku dan penyelewengan DAP ketika pihak berkuasa pergi ke pejabat pegawai khas kepada Exco kerajaan negeri Selangor itu, sebab itu beliau pernah mengatakan kepada tunangnya hasratnya ingin berhenti menjalankan tugas sebagai pegawai khas kepada exco kerajaan Selangor. Ini membawa maksud Teoh sudar sedar banyak yang tidak kena dalam parti DAP.

Teoh Beng Hock dikatakan sebenarnya seorang anak muda yang mempunyai prinsip tersendiri, dan tidak sanggup bersekongkol dengan penyelewengan, namun tindakan Beng Hock ini khabarnya kurang disenangi oleh pihak DAP kerana dikhuatiri boleh menjatuhkan kredibiliti parti disaat parti tersebut sedang dipuncak kuasa.

Namun sebagai bekas wartawan dan amat cetek ilmu politiknya, tindakan kejujuran Teoh Beng Hock seakan memakan dirinya sendiri apabila pihak DAP dikatakan tidak bersetuju dengan segala pendedahan yang dilakukan Teoh Beng Hock.

Lantaran itu selepas sesi siasatan pada malam kejadian dikatakan telah wujud pertengkaran antara Tan Boon Hwa dengan Beng Hock mengenai pendedahan yang dilakukan oleh pegawai khas kepada Yb Ean Yong Wah tersebut. Disini kita dapati Tan Boon Hwa sudah diarahkan oleh kepimpinan parti untuk menasihat dan mengawal Beng Hock.

Namun begitu riak kerisauan telah wujud pada air muka Teoh sewaktu beliau ingin mendedahkan segala penyata perbelanjaan dan invois yang berada di dalam komputer peribadinya. Mungkin Teoh sedar bahana yang akan menimpa kepada dirinya selepas pendedahkan segala penyelewengan tersebut.

Pada sesi 11 Ogos 09, pakar Perunding Kanan Perubatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Dr. Khairul Azman Ibrahim menyatakan Beng Hock mengalami kecederaan dalaman yang parah, jatuh dan terhempas dalam keadaan badan condong ke kanan.

Beliau turut mengesahkan tiada sebarang kecederaan akibat pergelutan atau mempertahankan diri dijumpai pada badan Beng Hock semasa bedah siasat dilakukan.

Ini bermakna Teoh Beng Hock disahkan meninggal dunia disebabkan kecederaan berganda akibat terjatuh dari tempat tinggi.

Jika itu yang berlaku ini bermakna ada kemungkinan selepas kejadian pertengkaran antara Beng Hock dan Tan Boon Hwa didalam tandas SPRM di tingkat 14, kemungkinan besar Beng Hock telah mengambil keputusan membunuh diri kerana tertekan dengan ugutan dan kata-kata yang diucapkan oleh Tan Boon Hwa.

Manakala, pada pukul 11.00 pagi saat Tan Bon Hwa dikehendaki melapor diri kali kedua untuk siasatan, dikatakan seorang mayat lelaki telah jatuh dari bangunan SPRM telah tersebar dan diketahui oleh pimpinan DAP, SMS juga dikatakan telah berlegar dikalangan penyokong DAP.
Soalnya sekarang mengapa orang DAP mengetahui lebih awal, berita kematian tersebut berbanding pihak lain, hatta pihak SPRM sendiri. Adakah Tan Boon Hwa yang menghebahkan berita ini, kerana beliau mengetahui Beng Hock sudah mati lebih awal.

Ini yang menimbulkan sedikit kemusykilan, berita kematian tersebar dikalangan awam selepas petang kejadian tersebut, namun bagaimana pihak DAP mengetahui dengan lebih awal?

Tuesday, August 11, 2009

Kematian Beng Hock- benarkah ada saksi lihat pertengkaran?

Benarkah ada saksi baru yang sebenarnya dapat memberikan jawapan kepada banyak persoalan dalam kes yang melibatkan kematian pegawai khas kepada Exco kerajaan negeri Selangor, Teoh Beng Hock.

Jika benar dakwaan wujudnya saksi baru tersebut, maknanya masyarakat sekarang sebenarnya cuba dibohongi dengan manipulasi fakta dan persepsi rekaan Tan Boon Hwa dan Gobind Deo.

Sebab itu wujud dakwaan mengatakan sebenarnya Gobind Deo sudah tahu siapa pembunuh Teoh Beng Hock, namun demi kepentingan politik anak kepada Karpal Singh itu cuba menutup kebenaran dan membawa masyarakat ke alam ciptaannya, iaitu menjadikan SPRM mangsa tuduhan kematian Teoh Beng Hock, sekaligus dapat menutup segala kepincangan yang wujud didalam parti DAP.

Suatu fakta yang kini adalah jelas adalah Tan Boon Hwa dikatakan telah bertengkar dengan Teoh Beng Hock di tandas, tingkat 14, pejabat SPRM, Plaza Masalam, selepas jam 3.45, pada 16 Julai 2008. Sebelum ini, umum difahamkan beliau merupakan saksi terakhir berjumpa Teoh pada pukul 6. 15 pagi sebelum dikatakan berlaku kematian saksi utama kes penyelewengan kewangan DAP.

Desas desus juga mengatakan keluarga Teoh Beng Hock sebenarnya tidak mahu isu ini dijadikan isu politik oleh pihak DAP, kerana keluarga Teoh sendiri sebenarnya sudah merasakan ada perkara yang tidak kena dalam DAP, dan sebab itu juga tunang kepada Teoh pernah mengatakan bahawa dia ingin berhenti dari memegang jawatan tersebut.

Namun disebabkan jawatan Teoh adalah jawatan politik, keluarga Teoh tidak dapat berbuat apa-apa dengan tindakan DAP yang menjadikan isu kematian Teoh sebagai isu politik.

Jika difikirkan logik akal kita, dakwaan kematian Teoh dikaitkan dengan SPRM adalah tidak berasas sama sekali, di pihak SPRM sudah tentu Teoh merupakan saksi penting terhadap segala dokumen yang diserahkan kepada SPRM untuk diakui, dengan matinya Teoh tentu akan menyukarkan kerja pendakwaan di pihak SPRM, kalau benar saksi itu ingin dihapuskan tentu kita sudah boleh mengagak siapa yang ingin melakukannya.

Pada malam siasatan terhadap Teoh dilakukan dikatakan wujud 3 lagi saksi lain yang turut berada dibangunan SPRM, seorang berbangsa Melayu dan tiga orang berketurunan cina, yang menjadi tanda tanya dua saksi berbangsa cina tersebut dikatakan enggan pulang walaupun sudah dilepaskan seawal jam 1.30 pagi dan 5 pagi.

Sebaliknya meminta izin kebenaran untuk berehat di bangunan SPRM, namun yang pelik dan janggal lagi ialah selepas hebohnya kes kematian Teoh, seorang saksi tersebut telah membuat saman ke atas SPRM atas dakwaan SPRM melanggar prosedur siasatan dan menahannya dari jam 8.30 malam hingga 1. 30 tengahari sedangkan faktanya dia sudah dibenar pulang oleh pihak SPRM jam 1.30 pagi sebelum diarahkan datang kembali ke pejabat SPRM keesokkannya dan pegawai SPRM sendiri yang ingin menghantarnya pulang ke kediamannya.

Adalah jelas sebenarnya Tan Bon Hwa cuba mengelirukan audien khalayak dengan tindakan samannya ke atas SPRM, kepada Tan Boon Hwa kalau ditakdirkan Teoh mampu hidup kembali beliau sudah tentu tersenyum sinis melihat lakonan anda. Realitinya Teoh cuba dipergunakan oleh Tan Bon Hwa dan DAP untuk menutup segala kelemahan dan penyelewengan organisasi.

Monday, August 10, 2009

Anthony Loke Hina Islam, bukti Anwar pengkianat

Hingga saat ini Loke Siew Fook, Ketua Pemuda DAP kebangsaan masih berdiam diri, baling batu sembunyi tangan, gara-gara tindakannya mencerca dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada seorang pendakwah islam terkemuka ekoran tidak sependapat mengenai isu anak luar nikah yang diutarakan pendakwah tersebut.

Kalau dahulu isu Natrah telah menyebabkan orang Melayu bangkit menyuarakan bantahan kepada pihak Inggeris di Singapura hingga berakhir dengan protes besar-besaran umat islam.

Situasi itu wujud kerana melibatkan isu akidah dan penghinaaan kepada agama islam, ekoran itu orang Melayu bangkit menyuarakan ketidakpuashatian kepada pihak berkuasa semasa itu, itu membuktikan orang Melayu memang sensitif dengan agama Islam, walaupun mangsa yang cuba dibela itu adalah Natrah gadis keturunan Belanda, yang baru-baru ini telah kembali ke alam baqa seperti dilaporkan media.

Kalau dahulu orang Melayu boleh bangkit membela dalam kes Isu Natrah, adakah Dr. Ridzuan Tee seorang saudara kita berbangsa Cina tidak layak mendapat pembelaan dari orang Melayu.
Dia dikecam dengan kata-kata penuh cercaan, celaan dan tidak masuk akal oleh Ketua Pemuda DAP, kata-kata kesat tersebut juga turut mengaitkan hinaan terhadap agama islam, walaupun kini laman blog tersebut telah ditutup oleh pemiliknya namun Loke Siew Fook tidak boleh mengandaikan isu tersebut sudah tertutup rapat.

Selagi tidak ada penjelasan dan kenyataan memohon maaf dikeluarkan selagi itu umat islam tanpa mengira Ideologi di Malaysia harus mendesak Ahli Parlimen Rasah tersebut dan pihak parti DAP.

Kepada pimpinan yang mengakui beragama islam, isu ini bukanlah isu Melayu UMNO atau Melayu PAS atau Melayu PKR tetapi isu yang melibatkan penghinaan kepada agama islam.
JIka dahulu tindakan keras diambil terhadap sesiapa yang cuba merosakkan perpaduan rakyat berbilang kaum agama di Malaysia tanpa mengira siapa pun orang tersebut, kenapa tidak hari ini tindakan sama dilakukan kepada Loke Siew Fook.
Jika penerbit filem fitna Geert Wilders yang juga merupakan ahli Parlimen di Belanda boleh dikecam seluruh umat islam didunia, apakah tidak boleh umat islam melakukan kecaman yang sama terhadap Loke Siew Fook. Adakah tidak boleh pihak NGO islam mengambil kata sepakat mengecam orang yang menghina islam dan cuba mewujudkan kekacauan dan menjejaskan kehamornian rakyat Malaysia yang berbilang agama dan bangsa.

Rentetan pelbagai isu sensitif dam melampau dilakukan oleh pimpinan DAP adakah tidak boleh difikir jalan menuntut pihak pimpinan parti tersebut memberi penjelasan. Dalam situasi ini PAS seharusnya mengambil jalan terbaik bagi menampakan mereka adalah sebenarnya pihak yang memperjuangkan islam.


Jika PAS sendiri seolah tidak berminat membela Dr. Ridzuan Tee dan maruah Islam gara-gara ingin menjaga hubungan politik dalam pakatan rakyat. Apa lagi yang mahu ditunjukkan oleh PAS sebagai bukti bahawa mereka memperjuangkan Islam. Adakah hanya hudud retorik modal kempen untuk membuktikan bahawa PAS ingin mendaulatkan islam?

Jika selama ini mereka sering memberi alasan ingin berdakwah kepada DAP dan itu yang menjadi asas kesanggupan PAS bekerjasama dengan parti tersebut. Adakah kata-kata Loke Siew Fook adalah manesfestasi hasil dakwah tersebut? jika kita lihat situasi hari ini apa yang dilakukan pemimpin DAP nampaknya dakwah UMNO terhadap MCA lagi bijak dan berhikmah.

Kerana pemimpin MCA mengelakkan diri mereka menyentuh isu dan hal ehwal orang Melayu dan agama Islam di Malaysia tidak seperti apa yang diucapkan oleh kepimpinan bukan islam DAP.

Dimana bung Anwar Ibrahim saat ini, kenapa beiau seolah menyembunyikan diri dan tidak mengulas dalam pelbagai isu tindakan kurang ajar pemimpin DAP, sebaliknya tindakan Zulkifli Nordin ( Kulim) yang menyertai protes bantahan penganjuran Forum Anti Islam IFC anjuran Bar Council dulu diambil tindakan displin dan Anwar amat peka sekali dengan rungutan Bar council dan suara pemimpin bukan islam dalam PKR dan DAP.

Adakah ini membuktikan Anwar merestui apa yang dilakukan pucuk pimpinan DAP sekarang? Jika ya, nyatalah Anwar bukan sahaja pengkianat Melayu malah layak digelar pengkianat negara juga, kerana sanggup mengadaikan keharmonian kehidupan bermasyarakat rakyat Malaysia yang berbilang kaum semata-mata ingin meraih populariti politik.

Friday, August 7, 2009

selepas Ronie Liu dan Jeff Ooi, Loke Siew Fook pula hina Islam




Loke Siew Fook, bersama Husam Musa dalam sidang akhbar bersama wartawan selepas konvensyen PAS negeri Sembilan


Pemimpin DAP seakan sudah menunjukkan wajah sebenar mereka, sesudah isu Ronie Liu dan Jeff Ooi masih belum diselesaikan dengan baik, kini Loo Siew Fook pula yang cuba memburukkkan Islam, dalam sebuah laman blog Ketua Pemuda DAP ini telah memilih untuk berkonfrontasi dan menyerang seorang tokoh pendakwah Islam yang dihormati.

Isunya kerana Dr. Mohd. Ridhuan Tee dalam tulisannya mempertikaikan langkah menghalalkan "anak luar nikah" yang didakwa kepunyaan mendiang Teoh Beng Hock dengan tunangnya.

Zulifli Noordin ahli parlimen Kulim dalam blognya mengulas isu tersebut menyatakan dirinya kesal dengan tindakan yang dilakukan ketua Pemuda DAP yang mengutuk ustaz Rudhian Tee. Dan menuntut Ahli parlimen Rasah dan Pemuda DAP meminta maaf kepada Dr. Mohd. Ridhuan Tee khususnya dan umat Islam umumnya. Dan mengesa pengendali laman web www.sjsandteam.wordpress meminta maaf secara terbuka pihak berkaitan.

Ahli Parlimen kulim tersebut juga meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas dibawah akta hasutan terhadap pengendali laman tersebut.

Difahamkan laman tersebut kini telah dipadamkan oleh pengendalinya setelah isu ini tersebar di medium internet.

Antara kata-kata dari Loke Siew Foke yang dianggap mencemarkan imej orang islam dan Melayu ialah:


"Who is this bastard of a Mohd. Ridhuan"
(siapa anak haram Mohd. Ridhuan ini);
"What sort of fucking Dr. r u"
(Dr pu... apa awak ni);
"Has everything be reduced to your fucking religion (iaitu Islam)"(Apakah semua mesti menurut agama (iaitu Islam) pu... awak itu);


"R your parents still alive mohd ? If they r not, their bones must be rattling in their graves,if they r they must be hiding in shame to know that a son they brought into the world is now considered a bastard by every non muslim n also by real muslims"
(Apakah ibubapa kamu masih hidup Muhammad? Kalau sudah mati, sudah tentu tulang mereka berantakan didalam kubor, kalau masih hidup, tentu mereka bersembunyi dengan penuh malu yang anak lelaki yang mereka lahirkan dianggap anak haram oleh setiap bukan Islam dan Muslim);


"They would b happier now if they had flushed u down the toilet when u were born".
(Sudah tentu mereka (iaitu ibubapa Dr. Ridhuan) akan bergembira kini jika mereka mengepam awak (Dr. Ridhuan) kedalam lubang tandas semasa dilahirkan);


"U have tainted your family with your stupidity for monetary gain. Your conversion was not through conviction, it was with an ulterior motive".
(Awak telah mencemar nama keluarga awak kerana kebodohan mendapatkan habuan duniawi. Kemasukan awak kepada Islam bukan kerana keyakinan, tetapi kerana niat tidak baik);


"As for your children they won’t be carrying your name. They will be ahmad bin abdullah or something akin to that. 2 generations down they will be saying “I don’t know who the fuck my grandfather is. He was an arsehole who brought shame to the family”. They will be like bastards who can’t trace a family history".
(Bagi anak-anak awak pula, mereka tidak akan mewarisi nama awak. Mereka akan menjadi ahmad bin abdullah atau yang sewaktu dengannya. Dua generasi lepas itu mereka akan berkata, "saya tidak tahu siapa pu... datuk saya. Beliau adalah pu... yang telah memalukan keluarga". Mereka akan menjadi seperti anak haram yang tidak dapat mengesan salasilah keluarga mereka).


"If u can be the president of the chinese muslim association I shudder to think what the other chinese muslims r like………? Thieves, robbers, criminals or some other unsavoury characters".
(Kalau awak (Dr. Ridhuan) boleh menjadi presiden Persatuan Muslim Cina, saya tidak tahu apa jenis cina muslim yang ada......?Pencuri, perompak, penjenayah atau penyangak).

Berdasakan beberapa kejadian yang melibatkan pemimpin DAP kini, adalah jelas itulah wajah sebenar parti yang didakwa berbilang kaum itu. Tindak tanduk Roniu Liu, Jeff Ooi dan Loke Siew Foke ini sebenarnya lebih rasis berbanding kaum lain di Malaysia. Mereka langsung tidak menghormati orang lain dan tidak boleh menerima teguran walau dari sebangsa dengan mereka.

Adakah sewajarnya perkara ini dibiarkan oleh orang Melayu dan umat islam? bayangkan di tengah-tengah umat islam menyambut Nisfu Syaaban ada musuh Islam cuba memperlekehkan agama kita sendiri dan menulis artikel yang memburukan dan menghina agama islam.

Dimana ketaatan mereka kepada Perlembagaan Malaysia? bukankah agama islam adalah agama rasmi di Malaysia. Apa hak mereka untuk menghina sebegitu rupa agama islam, dan mencerca keluarga Ustaz Ridhuan Tee. Mungkin ini berlaku kerana lemahnya kesatuan umat islam di Malaysia hari ini, sehingga boleh diperleceh sebegitu rupa oleh musuh-musuh islam.

Thursday, August 6, 2009

Air Muka Najib jernih kata Nik Aziz, air muka Anwar bagaimana?

"Saya dilayan dengan baik (oleh Perdana Menteri), dengan senyumnya, air muka yang jernih, saya dibawa melawat ke kawasan yang dianggap ‘corridor of power’ untuk pelabur luar negara, sungguh hebat," katanya kepada pemberita sejurus menyambut kumpulan seramai 50 penduduk Kelantan yang menyertai misi melawat pelantar minyak di kawasan 170 kilometer dari pantai Tumpat.
Apakah mesej yang sebenarnya ingin disampaikan oleh Menteri Besar Kelantan tersebut apabila mengatakan beliau berpuas hati dengan layanan Perdana Menteri sewaktu dan mengatakan "air muka Najib jernih".

Apabila seorang Tok Guru memberi penilaian yang baik terhadap musuh politiknya adakah ia memberi gambaran segala tuduhan Anwar Ibrahim terhadap Najib sebelum ini adalah karut. Kenyataan itu dikeluarkan selepas 3 kali Menteri Besar Kelantan tersebut dapat bersua muka dan berbincang dengan Perdana Menteri tersebut dalam tempoh terdekat.

Kalau benarlah seperti yang dikata Mursyidul Am PAS itu terhadap DS Najib, maknanya tuduhan yang dilemparkan oleh Anwar dan kuncu-kuncunya hanyalah untuk menjatuhkan kredibiliti Najib sahaja. Mana mungkin orang yang melakukan pembunuhan dan kejahatan wajahnya berseri, air muka yang jernih tidak dapat dibuat dengan disapu bedak, tapi ia adalah dianugerah Tuhan berdasarkan sikapnya.


Sehingga saat ini tidak pernah pula ada tokoh agama menyatakan muka Anwar bersih. Kalau kita tanyakan kepada umum, ramai mengatakan muka Anwar sekarang ini sudah tidak lagi seperti dahulu semakin tidak berseri dan menampakan kekusutan dan amarah demdamnya. Mengapa ini terjadi, semakin beliau berada di puncak kuasa wajahnya semakin mengatakan dirinya bermasalah.

Walhal dalam tempoh ini, dengan menjadi ketua pembangkang dan menguasai beberapa negeri seharusnya muka Anwar lebih nampak berseri, tetapi hakikatnya tidak berlaku. Apa sebenarnya rahsia yang cuba disembunyikan Anwar ibrahim kepada umum.

Adakah wajah ceria yang dilontar Anwar kini hanyalah untuk menutup perasaan gelisahnya, mungkin Anwar terlalu risau dengan Kes liwatnya denagn Saiful Bukhari yang hari ini masih belum dapat ditentukan siapa yang benar siapa yang kelentong.

Saiful Bukhari dalam blognya menyatakan beliau kecewa dengan perkembangan perbicaraan yang selalu ditanguh atas pelbagai alasan dan sebab. Hingga saat ini menurut Saiful sudah masuk hari ke 400 aduan liwatnya kepada Anwar Ibrahim dilakukan, namun perbicaraan utama masih belum dapat dijalankan.

Timbul juga persoalan kepana Anwar ingin pertuduhan digugurkan sebelum perbicaraan, apakah sebenarnya yang mengangu fikiran Anwar saat ini. Adakah nama Saiful Bukhari benar-benar menghantui dirinya kini.?

Lenakah Anwar melelapkan mata dikala ini, atau saban malam Anwar bermimpi mengingatkan kes liwat dirinya dengan Saiful.

Sehingga saat ini juga, walaupun wujud pelbagai kekalutan kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang Anwar masih belum bersuara lagi, mungkin tengah cari ilham untuk menyalahkan pihak lain. Itulah sikap Anwar dari semenjak dibebaskan dari penjara, UMNO sahaja disalahkan tidak pernah sedikitpun beliau memohon maaf kepada umum atas kesilapannya.

Dalam kes penanguhan kes liwatnya juga Anwar telah menyalahkan pendakwaraya kerana menanguhkan perbicaraan. Begitulah buruk perilaku manusia bernama Anwar ini, namun mungkin Anwar lupa bahawa setiap kejahatan yang dialakukan oleh mana-mana pemimpin sebelum ini sejarah akan menguhukm pemimpin tersebut,hanya masa menentukannya. Masa itu kalau ditakdirkan Anwar masih bernyawa mungkin beliau akan dapat melihat sendiri keaiaban dirinya dipertontonkan Allah kembali.

Krisis pakatan rakyat: Nasrudin Tantawi tegur Anwar?


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dilaporkan meminta ketua kakitangannya di Pejabat ketua menteri, Jeff Ooi menarik balik kenyataannya sekiranya wajar mengenai tuduhan Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) dianggap ekstremis oleh ahli Parlimen Jelutong tesebut.

Isu ini dikatakan wujud gara-gara Jeff Ooi cuba mengaitkan JIM dalam pertelingkahan peribadingnya dengan Mohd Razali seorang ahli jawatankuasa Pusat Khidmad Krisis Sehenti (OSCC) di bawah Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

Sementara itu Mahfuz Omar Naib Presiden PAS pula menyarankan agar pemimpin Pakatan Rakyat dikenakan tindakan disiplin terhadap pemimpin Pakatan Rakyat yang mengeluarkan kenyataan sehingga menjejaskan imej baik gabungan pembangkang. Ahli Parlimen Pokok Sena tersebut juga berkata tindakan juga harus diambil terhadap ketua kerajaan negeri Pakatan, barisan exco atau pegawai masing-masing yang terlibat merosakkan imej gabungan itu, seperti dilapor Harakahdaily.

Berdasarkan kenyataan Lim Guan Eng ia seakan tidak menampakkan Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut mengambil tindakan serius desakan Naib Presiden PAS, Dato Mahfuz Omar. Seperti juga tindakan Menteri Besar Selangor Khalid gagap yang mengenepikan permintaan PAS Selangor yang meminta Roniu Liu dilucutkan jawatan menjaga portfolio PBT.


Begitulah hebatnya mainan politik DAP dan PKR, sekiranya isu tersebut terkena pada batang hidungnya, mereka akan cuba mengelak seboleh mungkin.


Namun kalaulah isu itu dikaitkan dengan orang Melayu, DAP dan PKR lah akan bangun bangkit menuntut orang Melayu tersebut meminta maaf kononnya didikriminasikan.


Tentu kita masih ingat bagaimana seorang pemimpin UMNO Pulau Pinang dahulu terpaksa digantung keahlian dalam UMNO kerana desakan parti2 politik bukan Melayu yang mengatakan Ahmad Said bersikap rasis kerana mengeluarkan kenyataan orang cina sebagai pendatang.


Nah, sekarang mengapa orang Melayu juga tidak menanggap kenyataan Jeff Ooi sebagai rasis kerana tindakannya mengaitkan Jemaah Islah Malaysia (JIM) sebagai ekstrim seolah mengatakan Islam adalah pengganas. Bukankah itu juga menghina umat islam?


Di Selangor pula apabila Roniu Liu menfatwakan arak bukan minuman keras tindakkan tersebut seolah seakan menafikan hak beragama orang islam. Adakah sepanjang menjadi warganegara Malaysia beliau tidak faham islam memang mengharamkan umatnya menyentuh apalagi meminum minuman keras.


Namun apakah asas utama beliau mengarahkan Pihak berkuasa MBSA memulangkan kembali minuman dari dirampas. Adakah Roniu Liu hanya ingin menjaga hak asasi golongan kapitalis bukan islam sahaja.


Nasrudin Tantawi mengulas isu tersebut dalam lamannya menyatakan sewajarnya golongan tersebut merujuk terlebih dahulu kepada para alim ulama islam berkait dengan dasar dan prinsip Islam. Dan tidak berpandukan kepada golongan yang menentang Islam dan kelompok Islam Liberal dan pelampau.


Soalnya kepada siapa sebenarnya teguran Ketua Pemuda PAS tersebut, kerana kita mengetahui bahawa Ronie Liu dan Jeff Ooi adalah pemimpin DAP, dan kedua mereka ini difahamkan lebih selesa menjalinkan hubungan dengan kelompok Islam moderat seperti Anwar Ibrahim dan yang sealiran dengannya didalam Pakatan Rakyat.


Adakah ini menunjukkan Nasrudin Tantawi menyalahkan Anwar kepada kekalutan yang berlaku dalam krisis pakatan rakyat ini.


Mana mungkin UMNO boleh disalahkan kerana pemimpin MCA dan MIC dilihat menghormati hak orang melayu dan islam dan sukar sebenarnya kita melihat pemimpin bukan Islam dalam BN mengeluarkan kenyataan yang menghiris perasaan umat islam, seperti kenyataan pemimpin bukan Islam DAP.


Umum tahu bagaimana kerasnya perjuangan DAP terhadap cubaan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.




Wednesday, August 5, 2009

Jeff Ooi (DAP) tuduh JIM 'ekstremis agama' ?




Di Pulau Pinang kira-kira 300 anggota gabungan NGO islam berkumpul bagi menyuarakan sokongan mereka kepada wakil mereka yang mewakili 27 pertubuhan Islam untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada pejabat Ketua Menteri pulau Pinang.
Sambil meluahkan rasa kesal dengan kenyataan Jeff Oii Ahli Parlimen Jelutong (DAP), yang dianggap mereka sebagai mendedahkan "kejahilannya mengenai masyarakat Islam".

Kenyataan yang dibuat oleh YB Jeff Ooi, merangkap Ketua Staf YAB Ketua Menteri Pulau Pinang yang disiarkan didalam akhbar The Sunday STAR bertarikh 02.08.2009 mukasurat N.12, antaranya ialah, YB Ooi telah mengkritik hebat Mohd. Razali bin Abdullah, seorang Ahli Majlis Kerajaan Tempatan Pulau Pinang daripada parti PKR dan menuduh ahli majlis tersebut sebagai "Muslim extremist" kerana menjadi ahli Jemaah Islah Malaysia (JIM) yang mempunyai misi "to develop Malaysia into a country which fully adopted Syariah law by 2020" (membentuk Malaysia sebagai negara yang menerima pakai undang-undang Syariah sepenuhnya menjelang tahun 2020).

YB Ooi juga mendesak "the council should not allow "a religious extremist" in its administration" (pihak majlis tidak sepatutnya membenarkan seorang ekstremis agama (Islam)didalam pentadbirannya). Beliau selanjutnya menyatakan "the state was setting a dangerous precedent by allowing an alleged extremist religious activist to infiltrate the local government system" (pihak kerajaan negeri telah membuka ruang into membolehkan seorang ekstrimis agama (Islam) untuk menyusup masuk kedalam sistem kerajaan tempatan").


Kenyataan YB Ooi tersebut telah menyebabkan wujud suara bantahan dikalangan pemimpin islam dalam pakatan rakyat. YB Zulkifli Noordin dalam blognya telah mengambil pendirian mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan, tohmahan dan dakwaan yang dibuat oleh YB Ooi tersebut. Dan menganggap kenyataan yang dilontar Yb Ooi dalam akhbar tersebut dibuat samada sebagai seorang yang terlalu dangkal dan bodoh atau pun kerana kesombongan dan keangkuhan yang melampau. Beliau juga menyeru supaya Jeff Ooi meminta maaf kepada Mohd Razali Abdullah dan umat islam. Sambil menegaskan tindakan YB Ooi dalam mengeluarkan kenyataan tersebut telah menyerlahkan sikap beliau sendiri sebagai seorang yang ekstremis dan chauvinis.

Dalam pada itu, Presiden JIM Jamaluddin Abdullah seperti dipetik dari harakahdaily mengatakan bahawa Ooi sudah jauh tersasar dan melampau sehingga menuduh badan itu sebuah organisasi yang extremis di samping mengheret JIM dalam isu perbalahan antara ahli parlimen itu dengan Razali Abdullah. Selain itu Jamaluddin juga turut mendesak Oii supaya memohon maaf kepada badan tersebut dan ngo islam lain.

Tuesday, August 4, 2009

Krisis DAP dan PAS Selangor: ciptaan atau realiti?


Adakah benar segala kekalutan dan permasalahan yang wujud dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor kini adalah disebabkan kerajaan Selangor tidak mendapat keredhaan dan keberkatan? Mereka wujud hanya lebih kepada niat untuk membela seorang tokoh yang belum tentu bersih dari sudut pandangan islam. Mungkin segala yang berlaku ini adalah petunjuk dari pencipta kepada umatnya di Selangor.



Apa sebenarnya motif Dr. Hassan Ali mengarahkan Menteri Besar Selangor Khalid gagap melucutkan jawatan Ronie Liu selaku exco yang menjaga PBT. Adakah benar ia merupakan sandiwara PAS untuk menunjukkan mereka begitu prihatin dengan kebajikan umat islam seperti yang didakwa beberapa pihak.

Ataupun ini merupakan peluang terbaik Dr. Hassan Ali menunjukkan kebenarannya kepada seteru dalam PAS Selangor, kerana umum mengetahui Khalid Samad dan kumpulannya kerap kali menyindir kumpulan Hassan Ali sebagai tali barut UMNO kerana tidak bersetuju dengan beberapa polisi kerajaan pimpinan PKR dan DAP Selangor.

Mungkin masa ini difikirkan ruang yang tepat difikirkan kepada kumpulan Hassan Ali untuk menunjukkan belang mereka kepada DAP yang dikatakan banyak menyisihkan peranan PAS dalam kerajaan negeri Selangor.

Sehingga saat ini Hassan Ali, Roslan Sms bekas pembantu Haji hadi Awang masih dilabel sebagai golongan pro muzakarah. Malah Roslan dalam laman blognya secara sinis mengkritik Dr Lolo dalam isu sebat seorang model di Kuantan, dan pelakuan Nizar sewaktu menghadiri majlis memperingati Teoh Beng Hock di Ipoh.

Berikutan kenyaaan terbuka Hassan Ali tersebut, beberapa tokoh PAS mengatakan is adalah kenyataan peribadi dan bukan mewakili parti PAS. Adakah benar ini adalah kenyataan peribadi sedangkan Hassan Ali merupakan Pesuruhjaya PAS Selangor dan bertindak sebagai exco yang menjaga hal ehwal orang melayu dan Islam di Selangor.

Namun ada beberapa pandangan menyatakan kenyataan Dr. Hassan itu semacam dirancang untuk menunjukkan ketegasan PAS dalam soal maruah umat Islam. Kerana mereka mengetahui dalam tempoh terdekat ini PAS akan menghadapi pilihanraya kecil Dun Permatang Pasir. Hujah ini ada asasnya kerana dalam tempoh kebelakangan ini, pengundi Melayu seakan kecewa dengan peranan yang dimainkan PAS dalam menjaga hak dan kedudukan orang Melayu. Buktinya undi untuk PAS begitu merosot dalam pilihanraya kecil Manek Urai dan begitu juga dengan undi orang Melayu kepada PAS di Bukit Gantang.

Sewaktu tempoh berkempen di Manek Urai dilaporkan wujud juga pergeseran antara PAS dan DAP di negeri kedah berkaitan isu pusat penyembelihan babi. Sehingga membawa kepada keluarnya DAP kedah dari Pakatan Rakyat Kedah, namun isu itu akhirnya selesai apabila pilihanraya tamat.

Menjawab teguran Dr. Hassan Ali, Ronie Liu dilaporkan mengatakan ia merupakan cubaan PAS Selangor untuk mensabotaj kredibiliti beliau dan menghina integritinya dalam menjalankan tugas pengurusan kerajaan tempatan. Malah Ronnie Liu juga menyangkal dakwaan PAS Selangor bahawa beliau mencampuri urusan dalam satu operasi membanteras aktiviti penjualan arak di Bandar Sunway baru-baru ini, katanya seperti dilaporkan oleh Mstar.

Jika ini diambil sebagai contoh, adakah krisis antara DAP dan PAS Selangor juga merupakan lakonan semata-mata kedua parti tersebut kerana pilihanraya.

Jika sebegitu senario, adakah kerumitan dan pelbagai masalah di Selangor kini akan dapat diselesaikan dengan lakonan pakatan rakyat tersebut? sedangkan kerumitan dan kekalutan di Selangor kini kian parah walaupun Anwar seringkali mengatakan ia adalah ciptaan UMNO BN untuk meruntuhkan kerajaan negeri Selangor. Namun rakyat tau bahawa kehangatan di Selangor kini bukanlah rekaan namun realliti untuk dihadapi rakyat Selangor.








Dr. Hassan Ali tegur Ronie Liu seakan tegur MB juga?

Kerajaan Selangor seperti dilaporkan menteri besarnya dalam sidang DUN baru-baru ini Khalid Gagap ingin mengunakan duit zakat untuk kerja-kerja pembangunan seperti membina jambatan di negeri Selangor. Rentetan itu berlaku kerana Selangor kini walaupun merupakan negeri maju namun dalam tempoh terdekat dikatakan mengalami kedudukan wang yang tenat hasil ketidakcekapan pentadbiran kerajaan negeri Selangor, serta kegagalan pihak berkuasa tempatan mengutip hasil kompaun, cukai taksiran perbandaran kerana dihalang campuratangan oleh Ecxo PBT Ronie Liu dan Teresa Kok.


Berdasarkan kutipan hasil sehingga 1 jun 2009 dikatakan terdapat pengurangan sebanyak Rm 140 juta jika dibandingkan tempoh yang sama pada tahun 2008. Dianggarkan kutipan hasil negeri akan merudum sebanyak 300 juta dan ia tidak pernah berlaku sejak 7 tahun yang lalu.

Laporan FDI pula seperti dinyatakan dalam media perdana menyatakan Selangor kini berada di tangga ketiga dibelakang Johor dan Sarawak dalam menerima kemasukan dana pelabur asing. Kurangnya kemasukkan pelabur asing ini memberi makna kerajaan Selangor sebenarnya gagal meneruskan kecekapan kerajaan sebelum ini untuk menawarkan Selangor sebagai destinasi pelburan terbaik kepada pelabur, hasilnya duit untuk hasil negeri akan merudum kerana tidak dapat mengenakan cukai keada pelabur.

Sehingga kini juga dilaporkan terlampau banyak penangguhan projek hartanah terpaksa dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor tanpa alasana yang munasabah, itu tidak dikira projek Taman industri baru seperti yang diwawarkan kerajaan Selangor sebelum ini di beberapa tempat. Awam kini bertanya dan merungut kenapa situasi ini terjadi sedangkan segala prasarana dan insrfastuktur telah lengkap disediakan oleh kerajaan Selangor sebelum ini. Dimana semua perancangan pelaburan sebelum ini, adakah kerajaan baru yang memerintah Selangor kini lebih sibuk merompak duit Khazanah selangor berbanding membantu rakyat Selangor sendiri.

Jika sebenarnya benar Menteri besar Khalid Gagap ingin mengunakan duit zakat Selangor elok kiranya meniluti kandungan dibawah ini sebagi rujukkan, Adakah PKR lansung tidak menghormati peranan PAS dalam mentadbir negeri, disebabkan fatwa dibawah ini digunakan oleh kerajaan PAS Kelantan maka secara atomatik PAS Selangor pun mengetahui mengenai dokumen ini. Adakah ini juga yang menyebabkan hari ini Dr Hasan Ali sudah keluar dari sarangnya dan menegur exco kerajaan negeri Selangor gara-gara keributan dalam memberi pendapat mengenai hal ehwal orang islam, Mungkin besok Khalid gagap pula akan ditegur oleh Dr. Hassan Ali gara-gara duit zakat Selangor.

Keputusan Fatwa Negeri Kelantan Darul Naim
Hukum Memberi Zakat Kepada Orang Bukan Islam Bagi Tujuan Dakwah

Isu :1. Persoalan mengenai perkara ini ditimbulkan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam yang bersidang pada bulan September 2007 yang lalu. Muzakarah membincangkan isu ini untuk mendapatkan satu keputusan atau dasar tentang hukum memberikan wang zakat kepada orang bukan Islam bagi tujuan dakwah di bawah asnaf Al-Muallafatu Qulubuhum.

2. Di Negeri Kelantan, program dakwah kepada orang bukan Islam khususnya dakwah kepada orang asli dilaksanakan oleh Unit Dakwah, Majlis Agama Islam Kelantan dengan menggunakan peruntukan wang zakat. Walau bagaimana pun sehingga sekarang tiada fatwa khusus yang memperincikan takrifan asnaf Al-Muallafatu Qulubuhum, samada ia meliputi orang Islam sahaja atau ia merangkumi orang kafir.

Keputusan :Setelah membincangkan isu ini dengan teliti, Mesyuarat Jamaah Ulama’ bersetuju memfatwakan seperti berikut :

1. Asnaf Al-Muallafatu Qulubuhum dibahagikan kepada

2 golongan iaitu golongan Muslim dan golongan Kafir.

Golongan Muslim meliputi :
a. Orang yang baru memeluk Agama Islam.
b. Ketua-ketua kumpulan Islam yang mempunyai hubungan baik dengan ketua-ketua kumpulan bukan Islam yang sama taraf dengannya.
c. Ketua-ketua kumpulan Islam yang masih belum mantap imannya tetapi masih berpengaruh.

Golongan bukan muslim (kafir) pula meliputi :
a. Orang yang berkemungkinan menerima Islam.
b. Boleh dipujuk supaya tidak memusuhi orang Islam.

2. Dalam urusan agihan wang zakat kepada al-muallafatu Qulubuhum ini, secara umumnya Mesyuarat bersetuju dengan pendapat rajih dalam Mazhab Syafie yang mengharuskan wang zakat diagihkan kepada golongan Muslim Sahaja.

3. Dalam konteks dakwah, khususnya dakwah kepada orang asli di Kelantan, mesyuarat bersetuju memfatwakan bahawa pengagihan wang zakat diharuskan kepada golongan bukan Muslim. Fatwa ini dikhususkan untuk tujuan dakwah semata-mata kerana kepentingan siasah syar’iyyah untuk pengembangan Agama Islam


Monday, August 3, 2009

Roniu Liu menghina enekmen syariah Selangor?


Ronie Liu seakan cuba menyembur api kemarahan di kalangan orang islam apabila mengarahkan pihak berkuasa mengembalikan kembali minuman beralkohol yang dirampas daripada kedai serbanika di seksyen 8, rabu lalu. Umum mengetahui kawasan tersebut merupakan kawasan majoriti orang Melayu yang beragama islam.

Sambil menyatakan fatwa minuman tersebut bukan minuman keras, tindakan exco tersebut mendedahkan kelemahan kerajaan pentadbiran negeri Selangor dan Menteri Besarnya. Malah yang menyedihkan PAS yang dianggap mahir dalam bab halal haram pun tidak dihiraukan oleh Roniu Liu. Adakah ini bukti Selangor kini diperintah Roniu Liu dan Khalid gagap hanya Menteri Besar Boneka sahaja?

Setiausahaha PAS Selangor seperti dilapor dalamSinar Harian 3 ogos 2009 menyatakan:

"kita minta exco berkenaan merujuk dahulu serata membawa perkara ini kepada pengetahuan ahli majlis dan bukan dengan memulangkan kembali barang yang dirampas itu"

"kita menyokong tindakan itu kerana ia diwartakan dalam jenayah syariah termasuklah perihal penjualan dan pembelian arak. Kita juga yakin MBSA mempunyai alasan mengapa tindakan itu dibuat" kata Khairudin kepada sinar harian semalam.

Jika enekmen jenayah syariah Selangor pun Roniu Liu berani langgar apa yang kita boleh katakan terhadap exco tersebut yang sebelum ini dikaitkan oleh Wee Choo Keong (ahli parlimen Wangsa Maju) terlibat didalam kongsi gelap.


Dalam akhbar sama juga diberitakan Khalid gagap akan menemui Roniu Liu bagi berbincang dan mendapat penjelasan isu pemulangan minuman keras tersebut. Sebagai Menteri besar bukankah elok beliau yang memanggil Roniu liu ke pejabatnya untuk mendapat penjelasan dari Roniu Liu, Kenapa sudah terbalik dan siapa MB Selangor sebenarnya?


Selepas cuba menjadi hero dalam kes kematian Teoh Beng Hock, exco yang menjaga PBT tersebut seakan semakin ghairah menunjukan belang siapa dirinya sebenar dengan melindungi dan menyokong bisnes rumah urut, spa dan pusat perjudian. Kita tidak boleh bayangkan negeri Selangor yang digelar Darul Ehsan kini dikelilingi dengan pusat maksiat dan perjudian.


Sebelum ini desas desus juga ada menyatakan peranan YB Iskandar Abdul Samad exco perumahan, pengurusan & setinggan juga diketepikan apabila Real Estate and Housing Developers' Association Malaysia (REHDA) sentiasa berhubung dengan Roniu Liu untuk menyuarakan tuntutan mereka dan direalisasikan kerajaan negeri.


Keributan di Selangor kini semakin hari mendedahkan siapa sebenarnya yang rugi jika emosi mengatasi akal dalam memilih kerajaan.


Di Kota Damansara khabarnya nasib ibu tunggal dibiarkan terkontang-kanting gara-gara polisi pentadbiran kerajaan negeri Selangor melalui pihak berkusasa tempatan Majlis Bandaraya Petaling Jaya yang mengarahkan mereka keluar dari rumah PPRT kerana gagal melangsaikan tunggakan sewa. Dimana keadilan kepadan golongan tertindas dinegeri Selangor agaknya, mungkin keadilan itu hanya wujud kepada pemimpin DAP dan PKR negeri sahaja yang sebelum ini seringkali mengungkapkan hanya mereka yang boleh membawa keadilan kepada rakyat. Nah, apa yang berlaku kini membuktikan slogan itu hanya untuk diri mereka sahaja.


Jesteru itu ada kemungkinan besar DAP melalui Roniu Liu sebenarnya yang memberi cadangan kepada Khalid gagap merompak duit zakat yang didermakan umat islam Selangor, jika berpandukan kepada beberapa contoh punca kekalutan dinegeri Selangor kini.


Apa yang menyedihkan kini dimana suara PAS Selangor, dimana suara Dr. Hasan Ali exco PAS Selangor dalam menguraikan kekalutan di Selangor kini? Adakah benar kenyataan yang dikeluarkan ketua pemuda PAS Selangor yang mengatakan bahawa mereka akan cuba mempertahan kerajaan negeri Selangor adalah retorik semata-mata, kerana yang jelas kini semakin banyak kariah PAS kawasan yang kurang berpuas hati dengan cara pentadbiran Khalid gagap yang banyak merujuk kepada Roniu Liu dalam melakukan tindakan, termasuk dalam hal ehwal orang melayu dan masyarakat Islam.

Saturday, August 1, 2009

Demo Haram : Bila rakyat menjadi kuda tunggangan Anwar


Kata Anwar Ibrahim seperti ditukil dalam laman Mstar, pihak pakatan rakyat telah memutuskan untuk gugurkan idea untuk mengadakan perhimpunan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) jika permintaan untuk mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri telah dipenuhi.


"Tetapi tiada respons," kata beliau dihadapan wartawan selepas berucap di hadapan penyokong GMI dan Pakatan Rakyat pada akhir perhimpunan anti-ISA di hadapan Ibu Pejabat PAS, jalan Raja Laut.


Anwar juga mengatakan perhimpunan 100,000 ribu berjaya kerana mendapat sokongan daripada rakyat. Laman akhbar Malaysikini melaporkan sekitar 20,000 datang berhimpun manakakala harakahdaily melaporkan kurang dari 10,000 telah hadir untuk bersama dalam demontrasi tersebut.


Jika difikir balik timbul persoalan kenapa Anwar mengatakan bahawa mereka sanggup membatalkan perhimpunan tersebut jika PM sudi bertemu dengannya. Adakah ini sekali lagi cubaan Anwar untuk menyalahkan pihak lain ekoran kegagalan demontrasi tersebut?


Umum mengetahui hasil kecekapan pihak berkuasa perhimpunan haram tersebut berjaya dihalang tanpa melibatkan insiden yang yang membabitkan kecederaan. Mungkin di pihak Anwar sendiri tentu berdoa siang dan malam agar ada peserta perhimpunan tersebut yang cedera atau mengalami musibah dengan niat untuk diangkat sebagai hero rakyat. Inilah modus operandi yang dilakukan oleh pihak barat untuk menunjukkan kezaliman pihak berkuasa sesebuah negara.


Namun impian Anwar gagal juga akhirnya dengan bantuan Allah SWT, adakah kita terfikir sebenarnya semua aturan hidup kita Allah yang aturkan dengan ketentuan Qada dan Qadar, sekiranya gagal tentu ada penyebab dah Hikmah yang Allah sahaja mengetahuinya.


Di Kelantan pula dilaporkan tanpa diduga DS Najib disambut Menteri Besar Kelantan di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa dan berkesempatan untuk berbincang selama 20 minit. Yang nyata bukan sukar sangat jika ingin berjumpa Perdana Menteri jika niatnya baik tidak seperti yang digambarkan oleh Anwar Ibrahim. Kalaulah Najib seorang pendemdam sudah tentu beliau menolak sesi pertemuan dengan Menteri Besar kelantan yang pernah memburukkan parti pimpinannya. Di sini kita lebih nampak Najib lebih rasional sebenarnya bukanlah seperti yang digambarkan oleh Anwar Ibrahim.


Disaat ini Anwar seakan sudah hilang kudrat untuk memburukkan pihak lawan, kerana situasi terkini menunjukkan keburukkann itu datang kembali kepada pihak Pakatan Rakyat pimpinannya. Kalau sebelum ini pihak lawan dianggap kerajaan kufur dan tidak mendapat barakah, bagaimana pula nasib kerajaan Pimpinan parti Anwar di Selangor? adakah kerajaan Selangor kini merupakan kerajaan yang bersih dari unsur riba, rasuah dan perkara meragukan di sudut islam.


Mungkin Anwar tidak sedar perangai buruknya semakin hari semakin terdedah dengan perilaku songsangnya. Gambaran siapa dirinya sudah ditatap masyarakat, lakonannya sehebat pemenang Oscar pun sudah ditontoni rakyat Selangor. Hanya masa menentukan bila rakyat akan menghukumnya.


Selangor : Pemimpin sibuk rompak khazanah negeri, Rintihan ibu tua siapa peduli?


Di Kota Damansara, diberitakan oleh laman Bersama Mazidul bahawa pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya mengeluarkan notis mengarahkan penduduk yang terdiri dari warga emas dan ibu tunggal mengosongkan rumah mereka kerana dikatakan gagal melunaskan tunggakan sewaan rumah.


Menurut laman tersebut yang dikendalikan oleh kakitangan TV3, pengadu yang terdiri daripada ibu tunggal mengubungi wartawan tersebut untuk meluahkan perasaan mereka yang kecewa dengan notis pengusiran tersebut.


“Masa sewa rumah RM124, memang tak ada tunggakan. Sejak Parti Keadilan Rakyat memerintah, sewa rumah naik RM126, sekarang dah jadi RM250. Kenaikan itu lebih 100% berbanding sebelumnya (RM124). Kebanyakan ibu tunggal di sini tak ada kerja, uzur dan ramai anak, mana nak mampu bayar,” ujar Siti Aishah Mohd Yusof Siti Aishah, 42 tahun, Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Seksyen 8, Kota Damansara, Petaling Jaya, seperti dipetik dari laman tersebut.


Manakala seorang ibu tunggal, Khatijah Hassan, 74 tahun menyatakan kepada wartawan Tv3 seperti ditulis dalam laman tersebut:


“Dulu masa sewa rumah RM124, kita tak biasa hutang tetapi sekarang naik RM250 sebulan, kita memang tak mampu,” kata wanita tua tersebut yang tinggal bersama cucu yang kurang upaya.


Jika ini adalah contoh senario yang berlaku di negeri Selangor apalah erti Negeri Maju dan berkebajikan yang menjadi slogan dan diwarwarkan oleh Pakatan Rakyat. Rakyat mengeluh kesah kini selepas terpedaya dengan janji manis sewaktu plihanraya umum 2008 lalu. Namun kini "Nasi sudah menjadi bubur" mungkin kalau mereka merasa menyesal dengan situasi terkini di Selangor mereka terpaksa menunggu 2 tahun lagi untuk menukarkan kembali kerajaan yang ada.


Mungkin pihak Pakatan Rakyat akan meyalahkan pihak PBT, namun masyarakat lupa polisi tersebut digubal oleh kerajaan yang memerintah sekarang. Seharusnya Exco yang menjaga PBT dipersalahkan iaitu Roniu Liu dan Menteri Besar Selangor sendiri. Exco tersebut kini dilihat hanya menjaga kepentingan periuk nasi kongsi gelap sahaja berbanding menjaga kebajikan rakyat marhaen.


Mana pemimpin DAP, PKR dan PAS kenapa mereka begitu beria-ia membela kematian Teoh Beng Hock dan membiarkan penderitaan para ibu tunggal di Kota Damansara. Adakah ini yang diinginkan pemimpin pakatan rakyat?


Mana ahli Parlimen Subang R. Sivarasa yang begitu ghairah membela Anwar Ibrahim hingga terlupa membela penduduk di Kota Damansara. Dan dimana Dr. Nasir Hashim yang ghairah memperjuangkan hak rakyat namun rakyat dibawah naungan sendiri gagal dibela.


Itulah nasib Melayu dinegeri Selangor hanya menjadi alat sahaja kepada pihak lain untuk mencapai kuasa, selepas mendapat kuasa dibiarkan terkapai-kapai seolah seperti anak penyu yang baru menetas bersendirian ditepi pantai, kalau sempat turun ke lautan penyu tersebut akan terus hidup kalau lambat akan mati ditepian pantai menjadi bangkai kepada haiwan pemangsa lain.


Dikala ini semua pihak ingin membela kaum bukan Melayu sahaja, PAS yang dilihat sebagai parti orang Melayu pun gagal memainkan peranan membela nasib orang Melayu dengan berkesan. Adakah ini bermakna kerana mereka hanya nenjadi alat sahaja untuk mendapat kuasa pihak lain seperti yang dinyatakan oleh MSO dalam blognya. Selepas mendapat kuasa dibiarkan PAS tanpa mendapat habuan.


Ya, benar PAS kini bebas mengadakan pelbagai forum disana sini, namun adakah itu sahaja yang PAS mampu lakukan dinegeri Selangor. Dimana janji-janji untuk menjadikan negeri Selangor sebagai sebuah kerajaan yang mendapat berkat dari pencipta ilahi. Sedangkan kemungkaran yang berlaku kini di Selangor lebih teruk berbanding kerajaan sebelum ini.


Tambahan premis pusat hiburan dan rumah urut yang mendadak itukah yang diinginkan PAS Selangor. Atau sanggup duit zakat umat Islam Selangor yang beratus juta diusik dan dirompak oleh Menteri Besar semata-mata tabungan kewangan negeri merosot. Bukankah negeri kelantan yang ditadbir PAS dan dianggap miskin pun tidak pernah mengusik duit zakat.


Seharusnya PAS musahasabah diri dengan tindak tanduk rakan mereka dalam kerajaan negeri Selangor sekarang. Sanggupkah PAS dipersoal diakhirat kelak kerana bersubahat mengabaikan amanah rakyat yang diberikan kepada mereka. Dahulu perkara ini yang selalu dipersoal pemimpin PAS kepada pemimpin UMNO, namun adakah kini mereka sendiri telah menerima ujian tersebut?