Friday, July 24, 2009

Tulang belakang Anwar tidak sakit lagi?

Sehari dua ini, entah kenapa terasa sayu apabila melihat wajah Saiful, dirinya seolah menjadi mangsa kepada ketidakadilan ciptaan Anwar. Bayangkan bagaimana reaksi kalau apa yang menimpa Saiful berlaku kepada sanak saudara kita, Saiful pun inginkan keadilan tetapi masyarakat kini lebih sibuk membicarakan keadilan kepada Teoh Beng Hock.

Dimana keadilan untuk Saiful dan siapa yang dapat memberikannya? Kita percaya sebenarnya Saiful tidak meminta ini berlaku dan bayangkan bagaimana nasib masa depannya yang dirosakkan oleh manusia bernama Anwar jika tidak mendapat pembelaan. Sukar digambarkan bagaimana perasaan Saiful, apabila mengetahui kesnya seringkali tertanguh dan ditangguh kerana kerja-kerja putarbelit manusia bernama Anwar.


Saat ini Anwar begitu beria-ia ingin memberi keadilan kepada Teoh Beng Hock hingga terbongkok-bongkok menunduk memberi penghormatan terakhir kepada pembantu peribadi ecxo selangor itu, hingga melupakan dirinya pernah sakit tulang belakang yang kronik hingga perlu dirawat di Jerman suatu ketika dahulu.


Nasib baik tindakan Anwar terbongkok-bongkok tersebut tidak membuat dirinya sakit pinggang dan terpaksa sekali lagi ke Jerman. Sebaliknya pada 23 Julai selepas melakukan aksi itu beliau berangkat ke Indonesia bertemu dengan rakan baiknya yang juga digelar Bapak Pluralisme Indonesia iaitu Gus Dur yang dikhabarkan uzur. Atas Apa alasan Anwar bertemu Gus Dur kita tidak mengetahui semoga pertemuan itu bukan untuk memudaratkan lagi konsep pluralisme di Malaysia yang sehari dua ini agak kecoh dengan pelakuan ahli politik pembangkang dalam menyatakan simpati kepada Teoh Beng Hock.


Agak menghairankan juga sebenarnya apabila Anwar masih berterusan berjumpa dengan Gus Dur sedangkan teman didalam ABIM iaitu mantan Presiden PAS Dato' Fadzil Noor sendiri saat masih hidup pun sudah enggan berjumpa dengan Gus Dur apabila mengetahui beberapa tindakan Gus Dur dilihat menyimpang dengan tuntutan agama. Walaupun ketika itu difahamkan Fadzil Noor tekah berada di Jakarta dalam rangka lawatan bertemu pemimpin Islam Indonesia.


Hari ini sepantas kilat Anwar sudah berada di Malaysia untuk mengikuti kembali kes perbicaraan beliau, pada hari ini seperti dilaporkan media Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membernarkan pendakwaraya menangguhkan dahulu penyerahan dokumen berkaitan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, sementara menunggu keputusan rayuan mereka di Mahkamah Rayuan terhadap perintah tersebut. Anwar dalam dalam blognya mengatakan Pendakwaraya enggan serahkan bukti, sengaja menangguhkan kes tersebut, itulah buruknya perangai manusia bernama Anwar.


Dek kerana terlalu terpengaruh dengan retorik manusia bernama Anwar ini juga kita menyaksikan ramai orang Melayu yang mengaku beragama Islam dilaman blog telah mencerca beraneka cerita mengenai Saiful Bukhari seolah-olah mengandaikan Saiful ini manusia jahat dan mengada-adakan cerita liwat. Yang peliknya mereka ini juga yang mengaku memperjuangkan keadilan tetapi keadilan untuk mereka sahaja.


Dalam kes perbicaraan Saiful ini, kenapa agaknya Anwar beria-ia ingin melihat bukti yang ada pada pihak berkuasa, adakah Anwar sudah mengetahui dirinya akan terjerat kali ini dengan keputusan mahkamah maka diada-adakan cerita bahawa bukti itu semua palsu. Logik akal kita tentu berfikir apabila seseorang itu ingin berperang adakah wajar senjata yang ingin digunakan untuk melawan musuh diberitau kesemuanya sebelum berperang. Tentu peluang itu akan digunakan musuh untuk meneliti senjata tersebut dan menilai kekuatan yang ada untuk dicari kelemahan.


Dalam sejarah peperangan trasidisional hingga perang zaman moden, mana ada negara menyerahkan senjata mereka untuk ditatapi musuh. Contohnya Amerika saat menghadapi perang dunia ke dua dengan Jepun, senjata terakhir yang digunakan oleh mereka ialah bom Atom, jika Jepun lebih awal mengetahui Amerika mempunyai bom tersebut Jepun sudah pasti akan pergi memusnahkan bom tersebut dipengkalan tentera Amerika. Begitulah kisah perang dan senjata.


Samalah juga dengan usaha tindakan pendakwaraya yang membuat rayuan menghalang penyerahan bahan bukti, sebenarnya ia amat wajar untuk mengelakkan Anwar memanipulasi bahan bukti tersebut untuk tujuan perlengahan perbicaraan.


Semoga ada hari untuk keadilan Saiful dan beliau dapat membersihkan dirinya.

Wednesday, July 22, 2009

Kes kematian Teoh : Tan Boon Hwa ada masalah dengan mangsa?

Pihak berkuasa menyatakan kemungkinan besar Teoh Beng Hock dibunuh 4-5 Jam sebelum mayatnya dijumpai pukul 1.30 tengahari. Dan orang terakhir yang dikatakan menemui pembantu peribadi Exco Seri Kembangan itu ialah Tan Boon Hwa, seorang Ahli Majlis Perbandaran Kajang.

Tan seperti dipetik dari akhbar berita harian mengakui beliau terserempak dengan Teoh, 30, di pantri pejabat SPRM, kira-kira jam 6 pagi, Khamis lalu, beberapa jam sebelum mangsa ditemui mati di koridor Tingkat Lima, Plaza Masalam, yang menempatkan pejabat SPRM Selangor.


"Dia (Teoh) nampak letih, tetapi kami tidak bertegur sapa ketika berselisih," kata Tan ketika dihubungi wartawan Berita Harian.


Sehari selepas kematian Teoh, Ahli majlis perbandaran kajang itu mengeluarkan kenyataan memburukkan SPRM seperti dilaporkan Malaysia kini dengan motif memburukkan SPRM dan pegawai penguatkuasanya. Apakah motif Tan sebenarnya hingga mendakwa SPRM melakukan kekerasan terhadapnya, bukankah ia bermotif untuk memburukkan SPRM sehingga kredibilitinya agensi tersebut boleh dipertikai.


Persoalan yang menarik juga sewaktu itu, Tan tidak menyatakan pukul berapa ia menemui Teoh, kenapa di saat ini baru beliau menyatakan dengan tepat masa beliau bertemu dengan mangsa.


Apakah ketakutan kepada Tan sebenarnya sehingga terpaksa menyalahkan SPRM ke atas yang berlaku. Wujud tandatanya adakah Tan juga terlibat dan mengetahui mengenai punca kematian Teoh tersebut. Pendapat ini adalah logik kerana selepas satu jam lebih beliau dan Teoh berjumpa mangsa dikatakan mati. Dalam tempoh tersebut apa sebenarnya yang dilakukan Tan di pejabat SPRM, kerana dimaklumkan siasatan terhadapnya sudah tamat lebih awal lagi, atau ada kemungkinan beliau telah ditugaskan oleh parti menunggu mangsa sehingga selesai hasil siasatan.


Sabtu lalu 19 julai Tan dilaporan telah membuat laporan polis terhadap SPRM, tetapi enggan percakapannya direkod pihak berkuasa. Apa motif Tan berbuat demikian?


Adakah beliau hanya ingin mengabui orang ramai mengenai punca kes sebenar . Kerana seandainya beliau berniat baik ingin membela kematian Tan, seharusnya beliau orang yang sepatutnya memberi kerjasama penuh kepada pihak polis, namun tindakannya kini semacam apa yang Anwar lakukan iaitu hanya bermotif politik untuk meraih sokongan awam kepada pembangkang dan membenci pemerintah sedia ada.


Bolehlah kita menerima akal seorang mangsa membuat laporan tetapi tidak ingin merakam laporan tersebut, motif apa laporan tersebut dibuat sebenarnya?

Tuesday, July 21, 2009

Kematian Beng Hock kemana haluan dibawa?

Laman TV antara mengatakan media massa cuba memainkan isu perkauman apabila menyentuh kematian Teoh Beng Hock, berdasarkan laporan Utusan Malaysia dan berita Harian. Benarkah dakwaan media pembangkang tersebut, kerana cuba kita teliti apa yang dimainkan oleh akhbar Cina sejurus kematian Beng Hock.

Nanyang Siang Pau




Kandungan muka depan Nanyang Siang Pau dipaparkan tajuk "Siasatan Peruntukan Negeri diakhiri Kematian". Akhbar ini berpendirian secara mudah seolah SPRM perlu bertanggungjawab dengan kejadian tersebut, memandangkan ia mati sewaktu ditahan oleh pihak SPRM. Mereka juga dengan mudah menghukum Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) yang dianggap gagal dilaksanakan. Selain itu mereka juga mendesak Pegawai SPRM meletak jawatan dan memperlekeh prestasi SPRM.




Sin Chew Daily
Akhbar ini pula telah menyiarkan gambar keluarga Teoh beng Hock menangis di muka depan dan melaporkan artikel seolah SPRM yang bersalah.

Timbalan Ketua Pengarang, Tay Tian Yan dalam tulisannya telah mengungkit kes banglo Khir Toyo, dan mempersoalkan sama ada kes ini telah disoal-siasat, atau dibiarkan sehingga dilupakan kemudian? dan memperleh kerja SPRM yang dianggap tidak berkesan.

China Press



Sementara akhbar China Press pula banyak memaparkan gambar tempat kejadian, perhimpunan orang ramai dengan nyalaan lilin, gambar kedua-dua ibu bapa, dan gambar Beng Hock.

Dari muka muka surat ke-4 hingga ke-7 banyak disiarkan berita Beng Hock dan disensasikan dengan pelbagai pandangan. Tajuk utama akhbar memuatkan hujah abang kandung Teoh, yang mempertikai kemungkinan Teoh membunuh diri.

Walaupun hasil siasatan masih belum dikeluarkan kebanyakkan akhbar pembangkang dan akhbar Cina seolah sudah membuat keputusan. Mereka seolah menyatakan secara tersirat, Beng Hock dizalimi disamping mengada-adakan pelbagai cerita, untuk mewujudkan mod simpati berlebihan kepada Beng Hock.


Begitu juga dengan apa yang dilaporkan dengan akbar internet Merdekaview mereka cuba membandingkan apa yang berlaku ke atas Beng Hock ini dengan aktivis pergerakan demokrasi di Taiwan, Chen Wen-Chen (lelaki dalam gambar kanan) yang mayatnya terlantar di kampus Universiti Nasional Taiwan selepas menghadiri temujanji dengan pihak polis.

kata penulis di merdekaview :


"Yang pertamanya, pembunuhan dan kurungan adalah penindasan politik yang paling ekstrem. Apabila keabsahan pemerintah semakin terhakis, maka muslihat yang kasar digunakan. Namun, menggunakan pembunuhan dan kurungan untuk mengukuhkan kuasa adalah salah. Tetapi, sebaliknya, seandainya tiada pembunuhan dan kurungan, ia tidak bermakna penindasan politik tidak berlaku. Penindasan politik tidak semestinya melalui pendekatan keganasan.


Yang keduanya, semua kes penindasan politik ini telah diseragamkan, dibincangkan "ketidakwarasan secara kolektif" dalam Kementerian Dalam Negeri tanpa meneliti setiap kes.


Apakah muslihat Chia Wei Loon menulis artikel sebegini yang seolah cuba membuat andaian semua yang berlaku adalah kerja kementerian Dalam Negeri. Adakah benar semua dakwaan aktivis NGO tersebut, dengan membuat pelbagai prasangka buruk dan mengambarkan pemerintah yang sedia ada adalah kerajaan yang zalim kepada mangsa dan orang cina.

Sikap prejudis penulis ini sebenarnya akan menyemarakkan lagi perkauman di Malaysia, tanpa mendapat maklimat sebenar hasil siasatan, penulis ini telah membuat andaian sendiri berdasarkan apa yang terfikir difikirannya.

Yang memelikkan lagi penulis ini membawa hujah seorang penulis Yahudi yang pernah menerima hadiah nobel keamanan, Elie Wiesel, seorang Yahudi berasal dari Romania dan sekarang menetap di NewYork itu:

" siasatan yang tidak menemui kebenaran, atau dilupai secara ansur-ansur, bermakna membunuh mangsa untuk kali yang kedua. Kita tidak mampu menghalang malapetaka pada kali pertama ia berlaku, namun tidak boleh membenarkannya berlaku untuk kali yang kedua.

Adakah penulis ini cuba membawa gambaran apa yang dialami orang Cina di Malaysia ini sama dengan apa diterima oleh orang Yahudi di eropah.

Elie Wiesel ini sebenarnya seorang tokoh Yahudi yang memperjuangkan Holocaust. Dan banyak menerima anugerah dari pelbagai badan tajaan yahudi dan Amerika kerana banyak memperjuangkan hak kebebasan orang Yahudi diseluruh dunia. Selain itu beliau pernah juga menerima kritikan dari Vatican atas isu kontroversi yang diucapkannya. Suatu fakta yang perlu kita ketahui Elie Wiesel ini juga banyak memainkan peranan dalam konflik di Dafur Sudan dan mempengaruhi polisi negara Israel.

Jika ini trend akhbar cina yang ghairah mensensasikan isu Beng Hock dan mengaitkan ia dengan penindasan orang Yahudi di eropah. Siapa yang yang sebenarnya bermain isu perkauman, adakah pihak kerajaan atau mereka sendiri yang ingin mencetuskan suasana tersebut demi keuntungan politik.

Dalam konteks negara pelbagai kaum seharusnya media cina mengambil sikap sebagai media yang bertangungjawab tanpa menyentuh isu perkauman dan tidak mengapi-apikan suasana serta tanpa prejudis berterusan ke atas SPRM selagi hasil siasatan belum dikemukakan.

Sunday, July 19, 2009

candle light vigil sesuaikah dengan budaya umat Islam?

Adakah molek Nizar turut sama terlibat dalam upacara ini? bukankah ia akan mewujudkan kegusaran dikalangan umat islam dan mewujudkan salah faham dikalangan orang kristian terhadap umat islam.
Kematian Teo Beng Hock dihebah dan digembar-gemburkan oleh parti DAP dan PKR, ini dilakukan mungkin disebabkan ingin mendapat populariti. Ini hakikatnya apabila politik disalahguna untuk kepentingan diri. Akhir-akhir ini Kerajaan Selangor lebih berminat mengadakan solidariti kematian Teo Beng Hock daripada solidariti tentang kesusahan warga Selangor yang dihimpit kemiskinan bandar. Slogan negeri Maju dan berkebajikan hilang entah kemana.

Sebelum ini Kerajaan Selangor lebih berminat untuk mewawarkan dan membela kematian Kugan walaupun menyedari Kugan merupakan penjenayah kepada lapisan orang Malaysia samadaa Malayu, Cina malah tidak diingini juga oleh orang India yang bencikan keganasan dan gansterism. Namun Kerajaan Selangor telah mengangkat Kugan secara berlebihan seumpama wira yang mengalahkan komunis sewaktu ketika dahulu, kos pengebumian juga ditanggung, 10,000 ribu duit untuk keluarga juga dihulur. Bukan tidak boleh melahirkan simpati namun jika sudah terlebih menserlahkan motif kenapa ia dilakukan.

Menteri Besar Selangor dan Pakatan Rakyat kini seakan tidak berminat ingin menyelesaikan masalah rakyat, yang nampak mereka seakan berminat menuangkan "arak politik" kepada rakyat supaya rakyat terus mabuk dengan pelbagai cerita politik dan terus mewujudkan kebencian kepada musuh.

Pentadbiran negeri diabaikan sehingga pendapatan negeri pun dikatakan berkurangan. Tidak masuk akal rasanya Selangor negeri yang dikatakan negeri paling maju di Malaysia kini menghadapi masalah kewangan hingga dikatakan ingin mengunakan wang zakat untuk kerja-kerja pembangunan negeri. Itu menurut laporan sidang Dewan Undangan Negeri yang dinyatakan oleh Khalid Ibrahim sendiri.

Kita sendiri pun tidak tahu bagaimana dalam tempoh setahun kewangan Selangor mengalir kemana hingga ingin mengurus tadbir negeri pun tidak mampu. Kaya-nya negeri Selangor ini sebelum ini boleh kita bandingkan dengan pendapatan Majlis bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) adalah sama lebik kurang dengan pendapatan KDNK kerajaan Negeri kedah, Itu dulu sekarang tidak tau bagaimana pendapatannya.

Pembelaan ke atas Beng Hock kini disambut dengan upacara candle light vigil, malah yang mengejutkan umat islam pun terikut sama melakukan upacara ini. Islam menganjurkan umatnya melahirkan simpati kepada mangsa musibah, namun Islam tidak menyuruh kita mengikut budaya agama lain. Sekadar mengucapkan takizah atau bertafakur menundukkan kepala mungkin sudah memadai menandakan kesedihan kita di atas musibah yang berlaku kepada keluarga mangsa.

Sebelum ini sebenarnya tidak ada masalah pun mengenai amalam beragama di Malaysia, masyarakat Islam, Kristian, Hindu, Budha dan pelbagai agama lain bebas mengamalkan anutan mereka selaras dengan perlembagaan. Namun kini golongan oportunis politik cuba menonjolkan mereka adalah pembela kepada kepada golongan minoriti sehingga sanggup melakukan perkara yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

Sedikit sebantak tindakan politikus ini akan menyebabkan kerengganan kaum dan agama akan wujud dan muncul pelbagai salah faham diantara kepelbagaian agama.Orang Politik peduli apa ini semua janji mereka mendapat saham politik dan mendapat kemashuran. Soal akidah dan pegangan diketepikan.

Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul Universiti Islam Antarabangsa, (UIAM), Prof. Datuk Paduka Dr.Mahmood Zuhdi Abdul Majid dilaporkan pernah berkata, candle light vigil dikalangan umat islam dihukumkan syirik kerana perbuatan itu merupakan amalan dalam agama kristian.

Tegasnya, semua umat Islam perlu sedar bahawa aktiviti seperti itu merosakkan keimanan seseorang walaupun dengan tujuan apa sekalipun.

Akidah tunjang dalam Islam sebab menurut beliau, Rasulullah SAW para sahabat dan Khalifah Islam tidak pernah berkompromi dalam soal ini (akidah) kerana akidah asas Islam dan keimanan seseorang muslim.Sekiranya akidah rosak sekali gus ia merosakkan Islam dan iman.

"Kita jangan pandang remeh, apa yang dibincangkan disini perkara besar yang perlu dititikberatkan oleh semua masyarakat Islam dinegara kita " katanya kepada sebuah akhbar harian.

Beliau mengulas mengenai trend menyalakan lilin ketika berhimpun atau berarak oleh pihak tertentu khususnya ‘orang politik’ sebagai salah satu bentuk bantahan terhadap satu-satu isu.
Diharapkan pemimpin2 tertinggi PAS dan umat islam dapat mengulas dan mengambil tindakan perkara ini, kerana ketika ini semakin ramai umat islam yang turut serta dalam kegiatan ini.

Friday, July 17, 2009

Ronie Liu tahu siapa bunuh Teng Bong Hock?

Adakah Beng Hock menjadi mangsa konspirasi dalaman DAP untuk memulihkan imej parti?



"Saya rasa Beng Hock bukan bunuh diri dan SPRM patut ambil tanggungjawab atas apa yang terjadi pada dia," kata Ronie Liu sewaktu beliau menyerbu ke pejabat SPRM di Plaza Masalam, Shah Alam.


Timbul persoalan bagaimana Ronie Liu sepantas kilat mengetahui Teng Beng Hock bukan membunuh diri, adakah dia mengetahui sesuatu rahsia disebalik kejadikan tersebut? Pembantu peribadi kepada exco kerajaan negeri Selangor Ean Yong Hian Wah itu merupakan bekas wartawan akhbar sebelum menceburi bidang politik dan telah telah dibawa ke pejabat SPRM untuk disoal siasat berhubung dakwaan salah guna wang peruntukan DUN membabitkan beberapa ADUN Pakatan Rakyat negeri Selangor.


Selepas berita kematian tersebar melalui sms dan email, Ronie Liu antara orang yang paling awal datang dan agresif menyerang SPRM untuk meminta penjelasan, bukan exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah. Disini wujud juga tandatanya kenapa Ronie Liu yang bertindak agresif dan terus membuat dakwaan jahat keatas SPRM yang bertangungjawab di atas kematian Beng Hock.


Sebelum kes kematian Beng Hock, nama exco DAP itu antara nama yang panas dibicarakan di medium masa lantaran dakwaan ahli parlimen Wangsa Maju, Wee Cho Keong yang mengaitkan exco tersebut dengan kongsi gelap, hingga menimbulkan perang mulut diatara Cho Keong dengan Ronie dan Teresa Kok.


Kini kes kongsi gelap beliau seakan reda apabila nama Beng Hock pula yang menjadi sebutan masyarakat dan media massa. Ada kemungkinan apa yang berlaku ini adalah konspirasi dalaman DAP untuk memulihkan imej parti yang sedikit tercemar gara-gara isu kongsi gelap dan penyalahgunaan wang peruntukkan. Sebagai jalan penyelesain Beng Hock dijadikan kambing hitam untuk menutup kesemua kerja-kerja gelap parti DAP, taktik sama yang digunakan oleh kumpulan kongsi gelap untuk mengabui gerak kerja mereka supaya dapat dilindungi dari pihak berkuasa.


Diharapkan hasil siasatan pihak polis dapat memberi petunjuk sebenar siapa yang bertanggungjawab di atas kematian Beng Hock dan seterusnya memulihkan kredibiliti SPRM yang kini cuba dipalitkan hilang kredibiliti oleh DAP dan PKR.

Sebenarnya adalah tidak logik sekiranya kita ingin mengaitkan kakitangan awam dengan pembunuhan, namun sekiranya melibatkan kumpulan kongsi gelap perkara tersebut adalah tidak mustahil, banyak persoalan yang timbul mengenai punca kematian Beng Hock, sama-sama kita nantikan hasil siasatannya.



Thursday, July 16, 2009

7 saksi kes liwat Anwar - Anwar mati akal?



Mahkamah Tinggi melalui Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam perbicaraan kes liwat Anwar terhadap Saiful menyaksikan pasukan pendakwaraya dikehendaki menyerahkan kesemua dokumen dan barang berkaitan, nota perubatan dari HKL kepada pasukan peguambela Anwar Ibrahim kecuali sampel DNA dan membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim meneliti rakaman CCTV .

Selain itu Mahkamah Tinggi juga memutuskan untuk tidak membenarkan Anwar mendapatkan testimoni video Mohd Saiful kepada polis yang dirakam pada 30 Jun 2008.

Keputusan Mahkamah ini menyaksikan permintaan Anwar melalui peguamnya telah diterima hakim mahkamah tinggi, sebelum ini Anwar sering menjadikan alasan penangguhan perbicaraan kerana barisan peguamnya tidak dibenarkan mendapatkan dokumen dan bukti yang ada pada pasukan pendakwaraya.

Oleh itu pada 24 Julai nanti, Anwar sepatutnya sudah tidak menjadikan alasan tidak ada salinan dokumen dan bukti sebagai hujah untuk menangguhkan perbicaraan lagi.

Seperkara yang menarik didalam kes ini ialah apabila dikatakan terdapat tujuh saksi utama di pihak pendakwaraya.
Selain Saiful yang menjadi saksi utama, saksi lain pegawai penyiasat Jude pereira, Hasanuddin Rahimi, Rashid Othman dan abd hamid.

Sama-sama kita nantikan apakah lagi helah yang akan dilakukan Anwar untuk mengugurkan kes ini, walaupun kini pendakwaraya mempunyai kes kukuh untuk mengaitkan beliau dengan kes tersebut, Anwar melalui laman blognya masih cuba mengabui mata para penyokong tegarnya dengan mengaitkan semua dakwaan ini adalah konspirasi untuk menjatuhkannya. Sambil mengambarkan dirinya dalam keadaan bahaya gara-gara kes perbicaraan ini.
Saiful Bukhari didalam blognya pula mengatakan walaupun dirinya terkilan dengan keputusan Mahkamah membenarkan pasukan peguambela Anwar memiliki dokumen kes liwat tersebut.
Namun beliau menghormati keputusan tersebut dan mengharapkan Anwar Ibrahim bersyukur dengan kelebihan yang diberikan oleh mahkamah kepadanya.
" saya tetap menghormati dan redha dengan keputusan Mahkamah sebentar tadi.Persoalan saya, adakah Mahkamah masih tidak berlaku adil seperti apa yang sering dicanang oleh pihak tertuduh? Dari awal kes hingga sekarang, sudah banyak kelebihan dan kelongaran yang Mahkamah telah berikan kepada tertuduh. " kata saiful didalam blognya.
Menurut Saiful lagi kes tersebut sudah terlampau lama dan mempersoalkan kenapa Anwar masih berdolak dalik mengenai kes tersebut. Sambil menempelak Anwar beliau mengajukan persolan mengapa Anwar harus takut dengan perbicaraan tersebut sekiranya beliau yakin berada di pihak yang benar.






Anwar dan Sulaiman Abdullah tidak sehaluan?

Menurut laporan Bernama, Ketua Peguambela Anwar Ibrahim didalam kes liwat terhadap Saiful Bukhari, Sulaiman Abdullah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak minggu lepas untuk mendapatkan rawatan selepas diserang sakit kepala secara tiba-tiba.

Lantaran kesakitan yang dialami hingga digambarkan amat tenat oleh Anwar Ibrahim beliau terpaksa pergi mendapatkan rawatan akibat pening di hospital dan seterusnya menarik diri buat sementara daripada mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai peguam utama, dalam kes liwat tersebut.

Keadaan itu memaksa Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Abidin Mohd Diah, menangguhkan prosiding kepada sebelah petang.

Sementara itu peguam bela Anwar, S.N.Nair memaklumkan kepada pihak media bahawa Sulaiman telah menyatakan kepada pasukan pembela bahawa beliau tidak mahu kes itu tertangguh disebabkan keadaan kesihatannya.

Yang ajaibnya kenapa Anwar didalam blognya semalam memohon kepada mahkamah untuk menanguh perbicaraan untuk mencari ketua pasukan Peguambela baru, sedangkan bernama melaporkan dari kenyataan Sankaran Nair, Sulaiman sendiri tidak mahu kes ini ditangguh kerana dirinya.

"Permohonan menangguh sidang perbicaraan buat beberapa minggu untuk membolihkan saya mendapatkan ketua pasukan guaman baru ditolak" kata Anwar di dalam blognya.

Nampak gayanya wujud kekalutan diantara Anwar dan Sulaiman Abdullah dalam cara pengendalian kes ini, adakah sakit pening yang amat teruk itu membawa erti Sulaiman sendiri sudah meluat dengan cara Anwar? atau dia sudah tiada upaya untuk membela Anwar.

Jika perkara ini pun sudah menampakkan kecacatan antara kenyataan Anwar dan ketua pasukan peguambelanya, adalah tidak mustahil Anwar sebenarnya telah banyak berbohong dan menyembunyikan banyak perkara kepada umum mengenai kes tersebut.

Peguambela Anwar hanya berani berhujah dengan rakyat?


Kata Anwar Ibrahim tertuduh kes liwar ke atas mangsa Saiful Bukhari di laman blognya :

"Permohonan menangguh sidang perbicaraan buat beberapa minggu untuk membolihkan saya mendapatkan ketua pasukan guaman baru ditolak"

Anwar juga mengambarkan pendakwaraya telah bertindak zalim terhadap beliau kerana tidak memberi peluang kepada peguambelanya untuk mendapatkan dokumen dan keterangan.

Namun realitinya semua ini semacam skrip direka Anwar, menjadi tanda tanya kenapa baru sekarang memohon meminta dilantik ketua peguam baru, tidak logik sekiranya peguam yang berpengalaman seperti Sulaiman Abdullah hanya memaklumkan kepada Anwar hanya hari ini dirinya ingin menolak menjadi ketua peguambela kepada Anwar. Sedangkan sudah banyak kali, kes ini cuba ditangguh dengan pelbagai alasan tidak munasabah, kini alasan yang diberi Sulaiman sakit tenat. Tak taulah setakat mana tenat kerana minggu lepas difahamkan beliau dilaporkan sempat melakukan pemerikasaan X-ray di pusat perubatan, mungkin pakar di pusat X-ray menasihatkan beliau berehat dalam tempoh terdekat ini, semoga esok hari dan hari2 seterusnya dia masih diberi peluang oleh Tuhan mengikuti kes ini sehingga selesai.



Saiful Bukhari didalam blognya, mengupas isu ini mengatakan:

"Jika benar, saya doakan agar beliau cepat sembuh. Tidak berkesempatan untuk saya bertemu dan disoal jawab oleh beliau. Beliau telah diselamatkan oleh Allah swt daripada terus berada dikancah kebatilan yang amat dasyat. Semoga Ketua Peguam Bela yang baru dapat menjalankan tugas dengan profesional dan yang paling penting, mempunyai tahap kesihatan yang baik"

Selain itu Saiful turut mengatakan ada hikmah disetiap apa yang dilaluinya setakat ini dan beliau memohon perlindungan daripada Allah SWT atas apa sahaja ketentuan.

Di benak fikiran Saiful juga seolah menjadi persolan padanya siapa yang akan menganti tempat Sulaiman Abdullah. Saiful juga membuat andaian mungkin Anwar akan memilih dikalangan 8 orang peguam sedia ada buat sementara.

Kenapa agaknya Anwar begitu sukar ingin melantik Ketua Peguambela, adakah semua peguam sedia ada menolak untuk memikul tugas tersebut, atau Anwar sendiri tidak yakin dengan peguambelanya. Sayugia diingatkan berbanding kesnya pada tahun 1998, pasukan peguambelanya boleh dikatakan hampir keseluruhannya adalah muka baru kecuali SankaranNair, menjadi tandatanya dimana peguam2 bela Anwar tahun 1998 seperti Zainur Zakaria dan mengapa mereka meninggalkan Anwar, ini merupakan persoalan yang belum terungkap, atau ini juga yang menyebabkan Sulaiman Abdullah menolak menjadi ketua pasukan peguam Anwar. Namun untuk menjaga profesyen yang diwakilnya, beliau mengunakan alasan sakit untuk menarik diri.

Peguam yang yang selalu dibawa oleh Anwar dalam roadshow kes liwat ini dalam tempoh sekarang ialah Sivarasa, namun kenapa dia tidak layak mengetuai pasukan peguam Anwar? dan Sivarasa dengan title sedia ada telah banyak kali berhujah dihadapan orang ramai bahawa Anwar tidak bersalah, namun kenapa Anwar tidak melantik Sivarasa sahaja sebagai ketua peguambela. Adakah dia hanya berani berdepan dengan orang yang tidak paham proses undang-undang sahaja, namun apabila berdepan dengan hujah pendakwaraya, beliau kecut perut.

Ada kemungkinan Anwar sebenarnya mungkin sudah mengetahui dirinya tidak mampu melawan tuduhan kes ini terhadapnya, maka sebab itu cuba dilengah-lengah kes ini, sama seperti kes lain yang melibatkan dirinya sebelum ini. Sebenarnya terlampau banyak kes yang melibatkan Anwar namun sehingga kini masih belum dibicarakan atas sebab taktik Anwar sendiri yang suka melenga dan menangguh perbicaraan, antaranya seperti kes dirinya dengan Dato Nalakarupan sudah mengambil tempoh yang agak lama diperam dan hasratnya yang ingin menyaman Anifah Aman pun sehingga kini masih belum kedengaran.

Inilah taktik Anwar yang sentiasa ingin memperlekeh institusi kehakiman namun didepan orang ramai mengambarkan dirinya mangsa kezaliman konspirasi. Walhal dirinya sendiri yang meyebabkan kesnya seringkali tertangguh.

Wednesday, July 15, 2009

Kenapa pengundi Muda Melayu beralih arah-sokong UMNO?


Bila PAS hanya menang tipis 65 undi di Manek Urai, Ketua Pemuda PAS Kelantan telah menyalahkan pengundi muda seperti dipetik dari portal Malaysiakini, Mohd Zaki berkata, pengundi muda tidak mempunyai sikap politik yang jelas, yang mudah disogok dengan janji-janji BN.

Adakah betul kata ketua Pemuda PAS tersebut atau sekadar retorik untuk menepis diri, pilihanraya di Manek Urai merupakan ujian pertama kepadanya sebagai ketua pemuda PAS Kelantan, jika sebelum ini pemuda dan pemudi di kelantan dipuji kerana memainkan peranan besar dalam menyokong PAS pada pilihanraya 2008, namun kali ini golongan ini disindir oleh pemimpin PAS, Sementara itu Husam pula menuduh orang kelantan terpengaruh dengan wang yang menyebabkan undian terhadap PAS merosot. Persoalannya adakah semurah itu nilai orang muda di kelantan untuk menerima duit daripada UMNO, dan adakah Husam bersih dari semua sudut itu, rasanya orang Kelantan boleh tau siapa Husam dan siapa yang bermain politik wang sebenarnya.

Saat ini pemimpin PAS tentu kebingungan mengapa separuh orang Manek urai menolak PAS kali ini, kalau benar kebajikan mereka terbela sudah tentu undian yang diperolehi sewaktu pilihanraya tahun 2008 akan kekal, namun hakikatnya banyak undi yang lari menyeberang kepada UMNO.

Adakah Menteri Besar sudah "habis GAS" di Kelantan? atau orang kelantan tidak selesa melihat gabungan PAS dan DAP dan sikap Nik Aziz berdolak dalih dalam banyak perkara, hingga memeningkan orang kelantan sendiri.

Dengan kemenangan tipis ini juga akan turut memberi mesej cukup mendalam kepada ketua pakatan Pembangkang iaitu Anwar Ibrahim bahaya orang Melayu sebenarnya tidak kesemua terpengaruh dengan agenda perubahan yang dilagukannya di Manek Urai.

Ya benar, ceramah PAS ramai yang datang, tapi di peti undi terjemahannya adalah berbeza, mungkin pengundi Manek Urai yang dianggap kolot oleh Anwar Ibrahim itu lebih bijak menilai peribadi Anwar sewaktu berkempen disana. Maklumlah orang kampung biasanya lebih bijak menilai mana satu yang lebih baik untuk diyakini.
Mungkin senario ini sebenarnya sudah dapat dihidu oleh Haji Hadi Hadi Awang dan begitu juga Menteri besar Kedah, sebab itu kalau kita melihat kedua tokoh PAS ini lebih berhati-dalam mengeluarkan pendapat dan melaksana tindakan. Kerana mereka bimbang undi orang Melayu akan pergi kepada UMNO. Namun Di kelantan Nik Aziz dilihat begitu terpengaruh dengan pembantu tingkat satunya hingga imejnya sendiri di Manek urai ketika ini amat lemah berbanding sebelum ini.
PAS seharusnya terhutang budi kepada UMNO kerana gerak kerja UMNO difahamkan masih belum "all out" di Manek Urai. Cuba bayangkan kalau kesemua jentera UMNO bergerak di Manek Urai sudah tentu keputusan pilihanraya akan menjadi terbalik.
Semua keadaan ini akan diperhatikan dari jauh oleh Anwar Ibrahim, mungkin di saat ini beliau terpaksa menangguhkan sementara projek pilihanraya baru seperti yang cuba diaturkannya, memandangakan terdapat perubahan besar "moo" dikalangan pengundi Melayu terhadap UMNO BN.

Monday, July 13, 2009

Kerajaan PR Selangor bergolak: Khalid Gagap didesak letak jawatan


Berita harian melaporkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali, hari ini terus mendesak supaya kerajaan negeri Selangor mengadakan rombakan terhadap barisan Exco Selangor.

"Sungguhpun, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata tidak akan membuat sebarang rombakan dalam masa terdekat, beliau perlu menekankan peranan exco-exco supaya lebih berkesan dalam menjalankan tanggungjawab mereka untuk membangunkan Selangor" kata Azmin Ali.

Selain itu Azmin turut meminta Ahli Parlimen Wangsa Maju daripada PKR, Wee Choo Keong memberi penjelasan berhubung dakwaan bahawa wujudnya pembabitan seorang Exco kerajaan negeri dalam aktiviti “gelap” di Selangor. Katanya, dakwaan yang dibuat oleh Wee menerusi laman blognya, itu perlu perlu disahkan daripada segi kesahihannya.

Antara yang ditulis oleh Wee Choo Keong ialah:

"Saya sendiri telah menerima banyak aduan daripada ahli-ahli Pakatan Rakyat dan golongan peniaga di Selangor bahawa pejabat salah seorang ahli Exco telah dan sedang digunakan sebagai tempat bermesyuarat untuk orang yang terlibat dalam peniagaan jenis yang boleh dipersoalkan ataupun “underground business activities.” Ini adalah rahsia terbuka dalam pejabat pentadbiran Selangor dan ini akan menjejaskan imej pentadbiran Pakatan.

Ekoran kenyataan Ahli Parlimen Wangsa maju itu telah menyebabkan Ronie Liu dan Teresa Kok mempersoalkan kembali isu tersebut didalam blognya. klik sini . Dan memperlekeh pandangan ahli parlimen Wangsa Maju tersebut.

Dalam jawapan balas kepada Teresa dan Ronnie Liew berkaitan isu itu, Wee mempersoal kenapa Ronnie Liew terasa dan marah dengan kata-katanya, sedangkan dia tidak pernah menyatakan siapa ahli exco tersebut dan beliau ada menyebut diblognya SIAPA Makan CILI DIA terasa PEDAS!, kemungkinan besar istilah ini mungkin ditujukan kepada Teresa Kok dan Ronnie Liew.

"Saya mungkin tidak ada yang berkunjung ke pejabat sebagai anggota exco, tetapi tidak bererti bahawa saya tidak megetahui apa yang berlaku. Sama seperti polis, mereka tidak pernah mengunjungi rumah urut, pusat perjudian, dan lain-lain namun mereka tahu kegiatan tersebut dan mereka mengambil tindakan berdasarkan maklumat yang diterima. Saya akan memberikan nama anggota exco pada waktu yang tepat." jelas Wee dalam blognya.

Tambah wee lagi "Ini sangat tidak sihat kerana akan menyatakan bahawa anggota exco mennyokong 'kegiatan kongsi gelap' dan akhirnya akan mempengaruhi imej Pakatan rakyat yang memerintah Selangor," kata ahli parlimen Wangsa Maju.

Situasi terbaru yang melibatkan exco DAP ini membuktikan Khalid Gagap tidak mampu menguruskan negeri Selangor dengan baik tidak seperti yang digambarkan sebelum ini. Jika Exco PKR dibelit dengan skandal peribadi dan ketidakmampuan melaksanakan tugas dengan cemerlang kini exco DAP pula dikaitkan dengan masalah kongsi gelap.

Timbul persoalan adakah selama ini rakyat negeri Selangor sudah tertipu dengan kenyataan bahawa kerajaan Selangor berada didalam prestasi yang baik, secara logik akal jika MB sendiri sudah tidak dapat mengawal exconya, ia membuktikan MB sendiri secara tidak langsung gagal menguruskan negeri.

Sebab itu, menurut suara-suara dari SUK Selangor kutipan hasil pendapatan sehingga 1 jun 2009, dikatakan terdapat pengurangan hasil sebanyak 140 juta jika dibandingkan tempoh yang sama tahun 2008. Sebenarnya keadaan ini dikatakan tidak pernah berlaku sejak tujuh tahun lalu. Antara faktor yang menjadi punca permasalahan ini ialah campur tangan pihak atasan dalam penguatkuasaan kutipan hasil dan pembatalan pelbagai projek pembangunan hartanah.

Persoalannya adakah Ronniu Liew dan Teresa Kok juga campurtangan dalam perkara ini, jika benar wujud kaitan ini dengan exco DAP tersebut, ia membuktikan lagi bahawa kepimpinan Khalid Gagap adalah lemah dan tidak layak untuk memimpin sebuah negeri maju seperti Selangor.

Krisis PKR Selangor :Khalid Gagap hilang sokongan?

Menurut laporan akhbar Sinar Harian (9 Julai, m/s 3), Menteri Besar Selangor mengatakan, PKFZ tidak diuruskan dengan baik dan mereka harus bertanggungjawab dengan pelaburan yang dibuat.

Pada masa yang sama, Khalid Ibrahim menyatakan kesediaan kerajaan negeri untuk membantu Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) menarik pelaburan dan berharap salah seorang ahli Exco kerajaan negeri dapat diterima menjadi ahli lembaga pengarah. Paling mengejutkan, Khalid mengatakan bahawa tidak wujud elemen penyelewengan dalam projek PKFZ.

Timbul persoalan kenapa Khalid membuat kesimpulan awal dengan menyatakan bahawa penyelewengan tidak berlaku, memandangkan kes tersebut masih dalam siasatan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Adakah wujud sesuatu yang orang ramai tidak tahu apabila Khalid Ibrahim mengeluarkan kenyataan tersebut, atau wujud desakan atau campurtangan dari DAP negeri yang ingin meletakkan orang mereka dalam PKFZ bagi tujuan mendapat maklumat.

Seperti yang diketahui pihak yang bertanggungjawab dalam hal PKFZ ialah Menteri Pengangkutan. Antara langkah yang diambil oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat pada 10 Jun 2009 lalu bagi menangani kekalutan di PKFZ ialah mewujudkan sebuah panel yang terdiri daripada sekumpulan pakar yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan perkara tersebut.

Kesungguhan dan komitmen ahli-ahli Jawatankuasa Exco dalam panel itu yang terdiri daripada tokoh-tokoh ternama yang berwibawa seperti Presiden Chartered Institute of Marketing Malaysia, Profesor Tan Sri Dr. James Alfred A. David; Pengerusi Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah (REHDA), Datuk Michael Yam dan Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), Datuk Jalilah Baba beserta pengurusan PKFZ telah mula membuahkan hasil.

Ketika ini, sudah ada beberapa pertanyaan daripada syarikat perkapalan ketiga besar dunia, CMA CGM dari Perancis yang berminat untuk melabur dalam PKFZ. Sebuah syarikat dari India pula, Sims Copper India telah pun melaburkan RM100 juta ke dalam PKFZ dengan pilihan untuk melaburkan RM100 juta lagi. Surat-surat akreditasi yang dikeluarkan oleh London Metal Exchange telah diberikan kepada PKFZ dan LPK bukti bahawa PKFZ masih mempunyai nilai pelaburan yang menarik.

Dalam perkara ini dilihat Khalid gagal mengutarakan pandangan lebih baik untuk menyelesaikan permasalahan di PKFZ, beliau lebih terikut gaya politik DAP walhal beliau adalah MB Selangor. Seperti diketahui DAP lebih berminat mencari salah dan membuat gimik dari bertindak memperbetulkan keadaan. Walaupun parti tersebut sudah berada didalam kerajaan negeri Selangor, namun tindakan wakil rakyat mereka dalam menyelesaikan masalah tidak ubah seperti mereka masih berada dalam pembangkang, sama seperti yang dilakukan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam menangani kes Kg. Pala di Pulau Pinang.

Timbul juga tanda tanya mengapa Khalid ingin menggantikan seorang kakitangan awam dalam LPK dengan seorang tokoh politik, tindakan ini dilihat sama seperti yang dilakukannya terhadap pegawai kerajaan di Pejabat Menteri Besar, beliau dilihat lebih suka meletakkan orang politik berbanding memberi kepercayaan kepada pegawai lantikan kerajaan. Tindakan ini sebenarnya dilihat suatu pembaziran kerana peruntukan tambahan kewangan terpaksa ditambah bagi melantik pegawai kontrak sedangkan pegawai sedia ada tidak diguna dan dipindahkan ke jabatan lain, usaha ini juga seolah dilihat cubaan menafikan kepakaran kakitangan awam yang rata-rata terdiri daripada orang Melayu.

Suara-suara dari bangunan SUK Selangor menyebut, MB sekarang ini sebenarnya tidak lebih dari makan gaji buta sahaja, kerana banyak perkara yang tidak dapat beliau selesaikan dengan baik walaupun beliau sering mendakwa mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam bidang pentadbiran dan ekonomi.

Sinar Harian bertarikh 12 julai m/s 1, S. Manikavasagam menyatakan Khalid perlu berani membuat pertukaran barisan exco negeri kerana terdapat wujud kelemahan ketara dikalangan ecxo sedia ada, termasuk exco alam sekitar yang dilihat tidak memainkan peranan besar. Malah Ahli Parlimen PKR, Kapar itu secara terbuka menyokong pandangan Azmin Ali pentadbiran Selangor perlu dirombak dan tidak kisah sekiranya MB Selangor turut perlu ditukar.
Dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Exco Kerajaan negeri Selangor, YB. Iskandar A. Samad juga secara terbuka merungut terdapat kelemahan ketara bidangkuasa yang diamanahkan kepadanya, menurut Adun Cempaka itu walaupun terdapat jabatan yang seolah-olah khusus untuk exco namun hakikatnya pentadbiran bukan dibawah exco tersebut.

Menurut Exco yang menjaga portfolio Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan tersebut, walaupun beliau adalah ahli lembaga pengarah, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor namun beliau tidak mempunyai kemampuan untuk membuat keputusan besar.

Menurut maklumat yang diketahui orang yang memainkan peranan besar dalam menentukan segala keputusan adalah Ronie Liu dan Teresa Kok, iaitu dua orang exco dari DAP yang dikatakan sering digunakan Real Estate and Housing developer's Association Malaysia (REHDA) dalam menyuarakan hal-hal berkaitan perumahan. Sekaligus menafikan peranan adun PAS di dalam Kerajaan Negeri.

Ketidakpuashatian YB Iskandar ini sebenarnya boleh dilihat pada tulisan diblognya yang mempersoalkan amalan kuota perumahan di Singapura, tentu ada sebab yang menyebabkan YB Iskandar menulis artikel tersebut. Adakah beliau ingin menujukan isu tersebut kepada warisan PAP Singapura di Malaysia iaitu parti DAP, di selangor Exco yang mewakili DAP antaranya ialah Teresa Kok dan Ronie Liu.

Oleh itu, tidak mustahil perkara-perkara ini antara yang mungkin dilihat Azmin Ali sebagai kelemahan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar, mungkin pada fikiran adun Bukit Antarabangsa tersebut sekiranya isu ini tidak diselesaikan akan menyebabakan sokongan undi orang Melayu akan semakin berkurangan kepada kerajaan Selangor selepas ini.

Melihat kekalutan di Selangor ini, dapat kita katakan di saat ini kemungkinan terdapat 1001 masalah yang dialami oleh Khalid Ibrahim dan beliau gagal untuk menangani sebahagian besar masalah tersebut. Kesannya kita dapat melihat prestasi kerajaan negeri Selangor semakin hari semakin merudum tidak seperti yang digambarkan oleh Anwar Ibrahim.

Jesteru itu desas desus yang mengatakan Khalid Ibrahim akan dijatuhkan oleh Azmin Ali ada asasnya sekiranya dilihat kepada kelemahan pentadbiran Adun Ijok tersebut. Dengan lilitan isu pembelian Lembu dan kereta peribadinya yang masih belum selesai. Di saat ini dapat kita katakan ia adalah beban kepada parti PKR untuk ditanggung.

artikel ini diolah semula berdasarkan mstar dan Direck free Kick

Saturday, July 11, 2009

Demo AMK di Ampang - ada kaitan masalah Khalid Gagap?


Akhbar tabloid Sinar Harian, 10 Julai melaporkan, sekumpulan 50 orang ahli PKR Ampang berperang mulut sesama sendiri, selepas mendengar ceramah Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim didewak Dato Ahmad Razali Ampang. AIDC News pula melaporkan kekecohan pada program yang dihadiri Anwar itu wujud kerana bantahan AMK Ampang tehadap perlantikan 3 ahli Majlis MPAJ yang didakwa mengenepikan suara akar umbi keadilan. Menurut blog tersebut juga kekecohan itu merupakan kemuncak ketidakpuashatian ahli AMK terhadap kepimpinan negeri (menteri besar Khalid Ibrahim) yang dilihat tidak mengambil serius aduan ahli diperingkat akar umbi.

Maklumat dari PKR Ampang mengatakan kekecohan itu diterajui oleh Aman Shah dan Farizman Shah sebagai simbol protes kepada kepimpinan negeri yang dilihat gagal mengotakan janji untuk memberi keadilan sebenar kepada ahli dan rakyat negeri Selangor.

Dan pada masa yang sama kelompok ahli keadilan melihat kepimpinan negeri gagal menterjemahkan kembali apa tindakan yang seharusnya dilakukakan seperti yang sering dilaungkan oleh sewaktu berkempen didalam pilihanraya sebelum ini. Desas desus juga wujud mengatakan keberanian kumpulan tersebut melakukan tindakan sedemikian kerana mereka mendapat sokongan dari Adun Bukit Antarabangsa iaitu YB Azmin Ali. Adakah ini bermakna Azmin Ali sebenarnya sudah nampak melihat wujud kelemahan ketara kepada pentadbiran Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar.

Sehingga kini masih tiada penjelasan tepat diberikan oleh Khalid mengenai beberapa tuduhan yang dilemparkan kepadanya seperti isu pembelian Lembu korban di kawasan Parlimen diwakilinya di Bandar Tun Razak dan isu penggunaan peruntukkan duit kerajaan negeri untuk membiayai kereta peribadinya.
Yang dilakukannya adalah menukarkan pegawai kerajaan berjawatan tetap di Pejabat Menteri Besar dan mengantikannya dengan 16 orang pegawai lantikan kontrak. Tindakan Khalid ini dilihat oleh sesetengah ahli PKR, sebagai perkara tidak sepatutnya berlaku, kerana ia akan mewujudkan jurang yang jauh dengan kakitangan awam.

Mungkin Azmin menyedari perkara ini dan menerima sungutan dari pegawai dan kakitangan awam kerajaan negeri Selangor yang tidak berpuas hati dengan cara pentadbiran Khalid Ibrahim. Sehubungun itu, dapat dikatakan kemungkinan aksi kekecohan di Dewan Dato Ahmad Razali, Ampang sebenarnya sudah dirancang oleh ahli parti untuk memberi mesej kepada MB supaya memperbetulkan corak pentadbiran serta dirinya, supaya dapat mengelakkan imej parti tercemar.

Kerana menjadi persoalan kepada orang ramai kenapa kumpulan Aman Shah itu begitu berani berdemonstasi di hadapan Anwar Ibrahim, sedangkan mereka mengetahui Anwar pada masa sama sedang memikirkan untuk mengelakan diri dari menghadapi tuduhan kes liwat dengan Saiful Bukhari, melainkan kumpulan tersebut mendapat sokongan dari pihak lain didalam parti.


Thursday, July 9, 2009

kenapa Anwar mohon tangguh kes liwat?


Perbicaraan kes liwat Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, ditangguhkan kepada 15 Julai ini kerana peguam utamanya iaitu Sulaiman Abdullah, dilaporkan tidak sihat, demikian menurut beberapa laporan media.Kes itu sepatutnya dijadualkan bermula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pagi semalam.
Namun Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohamad Diah, telah menerima permohonan pihak peguam bela walaupun pihak pendakwa membantahnya dengan alasan peguam lain boleh mengendalikan kes tersebut, kata laporan laman web Malaysiakini.Dalam kes tersebut Datuk Seri Anwar, 61 tahun, dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23 tahun, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun lalu.
Rabu ini, mahkamah akan mendengar semula sebutan tarikh permohonan Datuk Seri Anwar bagi mendapatkan beberapa dokumen daripada pihak pendakwa untuk membantu kes pembelaannya.Mahkamah juga akan menetapkan tarikh baru bagi sebutan kes bagi satu lagi permohonan Datuk Seri Anwar untuk membatalkan tuduhan liwat terhadapnya. Hanya selepas kedua-dua permohonan itu selesai didengar, maka mahkamah akan meneruskan dengan perbicaraan kes liwat tersebut.
Laporan tersebut juga berkata Sulaiman tidak sihat sejak Jumaat lalu ketika beliau memohon penangguhan bagi mendapatkan dokumen-dokumen berhubung kes itu.Ditanya apakah penangguhan itu sengaja dilakukannya, pemimpin pembangkang menafikannya sambil berkata ia disebabkan oleh Encik Sulaiman yang masih sakit dan berada di hospital.
"Saya tidak cuba tangguhkan perbiacaraan ini tapi pihak pendakwaraya yang tidak mahu memberikan dokumen yang diperlukan walaupun sudah diminta peguam saya sebelum ini,"
katanya pada sidang akhbar di pekarangan makhamah, yang dipetik oleh akhbar Berita Harian Malaysia (BHM), semalam."Ia seakan-akan mengejek keseluruhan proses (keadilan) ini. Mereka menyembunyikan banyak bukti daripada para peguam saya. Tidak ada ketelusan. Dakwaan ini dibuat-buat," kata Datuk Seri Anwar, seperti dilaporkan agensi berita AFP.'
Mereka akan mencari apa saja alasan untutk menafikan (peluang) kepada saya untuk berfungsi sebagai pemimpin pembangkang,' katanya lagi.'(Tetapi) saya akan melawan ketidakadilan, saya tidak takut ditahan,' tegasnya.
Agensi berita Reuters pula melaporkan bahawa berbeza dengan kes liwat pertama pada 1998, yang menyaksikan ribuan penyokong Datuk Seri Anwar berasak-asak ke mahkamah, kes kali ini hanya melihat segelintir penyokongnya.
"Tiada lagi ketegangan seperti sebelumnya. Ia kelihatan seperti satu suasana lazim. Saya penat dengan kes ini,: kata seorang jurujual, Mohd Amir Hamzah, kepada Reuters.

Sementara itu pada sebelah malamnya, Anwar bersama dengan Sivarasa Rasiah, Azmin Ali dan Zaid Ibrahim bertemu dengan para penyokong PKR di Dewan Dato Ahmad Razali, Ampang, dengan dihadiri 3000 penyokong setia. Dengan menggunakan Sivarasa Rasiah sebagai panglima perang, Anwar cuba menyatakan bahawa semua tuduhan liwat tersebut adalah konspirasi pihak kerajaan terhadap dirinya.

Kalau benar ini adalah konspirasi seperti dakwaan Anwar, menjadi pertanyaan ketika ini dikalangan orang ramai kenapa Anwar beria-ia menanguhkan perbicaraan ini. Dan sekiranya benar kenyataan Sivarasa Rasiah bahawa peguam Dato' Seri Anwar akan melawan habis-habisan, namun orang ramai bertanya kenapa dari sehari ke sehari kes ini tertangguh lagi.

Yang anehnya lagi di saat terkini, para pemimpin tertinggi PKR sibuk berceramah di seluruh Selangor seolah-olah mereka adalah hakim dan telah menjatuhkan hukuman ke atas Saiful, sedangkan kes ini masih belum dibicarakan lagi.

Monday, July 6, 2009

Anwar - doa tidak dimakbulkan?


Dalam mesyuarat tertinggi Parti Keadilan Rakyat, Anwar membayangkan dirinya akan ditangkap dan dipenjarakan atas tuduhan meliwat. Lantaran itu jentera Keadilan hendaklah mencanangkan bahawa sekali lagi Anwar Ibrahim akan dianiayai oleh kerajaaan dalam konspirasi kedua kes liwat antara beliau dan Saiful. Saat ini pimpinan tertinggi Keadilan sibuk menjelajah negeri Selangor dengan harapan rakyat di lembah Klang ini akan bangkit pada hari perbicaraan dan hari-hari seterusnya untuk menyuarakan ketidakpuasan terhadap kerajaan.


Anwar begitu menginginkan senario 1998 berulang lagi, demonstrasi disana-sini, dan Anwar terlalu kepingin situasi Kota Teheran berlaku di Kota Kuala Lumpur. Kalau ia melibatkan kematian atau kecederaaan Anwar akan seronok lagi kerana ia boleh dimanipulasikan. Beliau seronok rakyat bangkit bersamanya dan terlena dengan alunan yang selalu diwawarkanya, reformasi,kebebasan dan demokrasi.


Wujud tanda tanya kenapa Anwar sudah menghakimi dirinya akan dipenjarakan sedangkan beliau kini sedang beria-ia untuk mengelakkan dirinya dibicarakan. Rayuan itu dan rayuan ini dengan asas ingin mengelak perbicaraan dilakukan. Mungkin dalam perkiraan Anwar dirinya sudah tidak dapat mengelak lagi dari disabit kesalahan yang hanya dirinya dan orang yang diliwatnya sahaja yang tahu benar atau tidak perkara tersebut berlaku.

Oleh itu, beliau cuba membawa momentum bahawa dirinya dizalimi oleh kerajaan memerintah supaya rakyat akan bersimpati dengannya. Ini sekaligus dapat mengelakkan dirinya dari disebut nama dengan kes Liwat, begitulah liciknya manusia bernama Anwar Ibrahim ini.

Perangai Anwar ini sedikit pun tidak menjanggalkan kerana sewaktu beliau di Universiti Malaya pada tahun 1967. Anwar Ibrahim telah bangkit meniup suara kepada persatuan pelajar, dalam usaha mengggesa kerajaan menjaga hak dan kepentingan orang Melayu dan umat Islam apabila berlakunya peristiwa 13 Mei 1969. Pada masa itu seolah dirinya orang yang betul2 membela orang Melayu dan Islam hingga beliau dianggap Ultra Melayu dan pemimpin generasi umat islam.


Di Baling beliau mengajak mahasiswa dan rakyat memperjuangkan keadilan masyarakat luar bandar dan terlibat dalam tunjuk perasaan anti-kerajaan ekoran dikatakan wujudnya kebuluran di Baling, Kedah pada tahun 1974. Kelicikannya ini menyebabkan banyak pihak ingin mendapatkannya termasuk PAS dan parti UMNO. Namun Anwar menolak pelawaan PAS dan hingga saat ini beliau tidak pernah menyatakan beliau ingin menjadi ahli PAS.
Wujud persoalan kenapa Anwar tidak memilih PAS sebagai pilihan destinasi Politiknya, adakah beliau merasakan dirinya tidak layak mempimpin organisasi Islam? atau beliau mempunyai fikrah politik yang berbeza, sedangkan dimulutnya beliau ingin memperjuangkan islam. Tahun 1981/82 ruang kepadanya untuk memimpin PAS terbuka luas kerana pucuk pimpinan PAS mengalu-alukan kehadiran Anwar dan melantiknya sebagai pucuk pimpinan. Namun mungkin takdir telah tersurat tidak membenarkan Anwar mempimpin parti islam tersebut.

Akhirnya beliau memilih UMNO dan melalui penglibatannya didalam Parti tersebut Anwar mula meyerang PAS walaupun beliau mempunyai banyak hubungan peribadi dengan kepimpinan PAS saat itu, namun beliau menyerang PAS betubi-tubi. Disini nampak liciknya politik Anwar Ibrahim. Rakan sendiri pun dimaki hamum demi perjuangan menempatkan dirinya sebagai orang politik.

Beliau memang bercita-cita tinggi untuk menjadi Pemimpim UMNO. Lantas diaturkan strategi untuk memudahkan beliau naik dari satu peringkat ke satu peringkat hinggalah menjadi orang nombor dua berkuasa di Malaysia. Hanya tinggal setapak lagi impiannya untuk menjadi Perdana Menteri akan termakbul, sekali lagi takdir tidak menyebelahinya. Anwar terperangkap dengan pelbagai kisah hitam. Pelbagai tuduh-tuduhan singgah diribanya, ada yang dapat ditepis ada yang terpaksa ditelan, akhirnya penjara menjadi destinasi dirinya.

Sebagai umat Islam kita kadangkala dianjurkan sentiasa muhasabah diri kepada setiap perlakuan kita, dan sebagai mahkluk ciptaan Allah Anwar pun tentu mempunyai salah dan silap, begitu juga dengan Tun Dr. Mahathir Perdana menteri yang menghalang Anwar dari meneruskan impiannya. Namun satu persoalan timbul, kenapa terlalu banyak halangan yang dihadapi Anwar dalam kerier politiknya berbanding dengan Tun Dr Mahathir, dari satu masalah ke satu masalah, adakah mungkin doa beliau tidak dimakbulkan pencipta menyebabkan beliau gagal memenuhi impiaannya?

Sebagai umat Islam kita selalu berdoa agar dipermudahkan urusan oleh Allah Taala, namun sekiranya kita gagal atau menghadapi kesulitan kita digalakkan muhasabah diri mengapa kita mengalami nasib demikian. Kerana kita tahu semua ketentuan datang daripada Allah SWT, sekiranya doa kita tidak dimakbulkan tentu ada sebab musababnya mengapa ia berlaku.

Dalam konteks kes Anwar adakah boleh kita katakan apa yang terjadi kepadanya memang sudah ditakdirkan begitu. Sebagai masyarakat harus juga kita muhasabah dan mengkaji kenapa Anwar Ibrahim mengalami nasib yang demikian terlalu sukar tidak seperti pemimpim lain. Memang tidak dinafikan kejahatan dan konspirasi memang berlaku namun Pencipta juga sentiasa menyarankan kita agar tawaduk kepadanya dan mempercayai Qada dan Qadar. Kalau betul Anwar menjadi mangsa konspirasi lambat laun kejahatan pembuat dasar konspirasi akan terdedah dan menerima nasib, janji orang tersebut percaya dengan kekuasaan Allah.

Ini yang menjadi tanda tanya, saat ini cara politik Anwar makin mendedahkan dirinnya. Kebaikkan Pak Lah membebaskan dirinya diterjemahkan dengan cacian terhadap Pak Lah hingga bekas Perdana Menteri Malaysia itu terpaksa meletakkan jawatan. dan dianggap sebagai sampah oleh masyarakat Malaysia.

Kisah peribadi pemimpin diaibkan oleh orang suruhannya, tokoh tertentu dimokmokkan kejahatan dan hanya mendakwa dirinya yang betul dan bersih. Itulah Anwar Ibrahim manusia hipokrit seumpama Abdullah bin Saba.





Friday, July 3, 2009

Liwat, Saiful dicerca dihina suruhan Anwar

Di Stadium Kajang malam tadi diadakan satu program ceramah anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) melibatkan beberapa pemimpin PKR dan PAS, antara yang berucap ialah YB Lee Kim Sin Adun Kajang, YB Tian Chua Ahli Parlimen Batu, YB Sivarasah Rasiah Ahli Parlimen Subang, Dato Seri Nizar Jamaludin Ahli Parlimen Bukit Gantang dan bekas Menteri Besar Perak dan juga disertai oleh Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Akin.

Isu yang dibangkitakan terutama penceramah PKR adalah lebih berkisar mengenai kes liwat yang akan dihadapi Anwar Ibrahim pada minggu hadapan. Yang menariknya Sivarasa Rasiah, Tian Chua dan juga Shamsul; Iskandar seolah-olah cuba menghakimi perbicaraan tersebut sebelum kes itu dibicarakan. Saksi utama kes tersebut iaitu Saful Bukhari telah dicerca dan dihina sebegitu rupa, retorik yang diberikan ialah Anwar menjadi mangsa konspirasi kedua pemimpin UMNO. Mereka juga menimbulkan isu kes liwat 1998 juga adalah konspirasi kerajaan dan watak Mior, Sukma dan Anes Munawar adalah tidak bersalah dalam kes tersebut. Seolah-olah tiada kejadian liwat berlaku dan nama-nama tersebut adalah jauh dari jangkauan Anwar Ibrahim. Begitu juga dengan nasib yang dialami Saful Bukhari seolah-olah Siaful Bukhari adalah asing kepada Anwar.

Samaada Sivarasa, Tian Chua atau Shamsul Iskandar mereka sedikitpun tidak pernah bercerita mengenai penglibatan Saiful Bukhari dalam membantu kerja-kerja Anwar, yang diceritakan mereka kepada khalayak Saiful ada hubungan dengan Najib untuk memerangkap Anwar.

Benarkah begitu, adakah terlalu bodoh Safiul untuk menjual maruah dirinya hingga memalukan diri dan keluarganya untuk dipergunakan oleh pihak lain?. Saya tidak fakir begitu, pada saya Saiful adalah mangsa kepada permainan lelaki licik bernafsu buas bernama Anwar Ibrahim. Walaupun diperingkat awal dahulu ada keraguan mengenai siapa Saiful tetapi kini perkara itu lenyap apabila melihat Anwar dan Azizah sendiri tergagap-gagap dan serba tidak kena untuk menjawab pertanyaan siapa saiful, dari jawapan hanya sebagai pembacuh kopi hingga tukang bawa kereta.

Saya sedikit tidak teruja dengan dakwaan Sivarasa yang mengatakan bahawa tiada kes liwat sebenarnya yang berlaku. Sebagai peguam Sivarasa mungkin mampu mempengaruhi dan menipu khalayak pendengar ceramah tersebut dengan title yang ada padanya, dengan skill memanipulasi fakta yang ada mungkin khalayak akan terpesona dengan hujahnya, sebab itu adalah kerja peguambela membela orang yang diwakili. Namun saya merasakan ia tidak adil kerana membicara dan menghukum tanpa ada wakil daripada pihak Saiful dan pada masa yang sama tidak menceritakan perkara sebenarnya.

Tetapi yang peliknya apabila Sivarasa sendiri yang bercakap barisan peguam Anwar Ibrahim akan berjuang habis-habisan untuk membela Anwar Ibrahim dalam perbicaraan mahkamah sehingga Anwar dibebasakan, itu memberi makna mahkamah yang ada sebenarnya boleh dipercayai. Jika dia tidak percaya dengan mahkamah yang ada mungkin beliau tidak akan berkata demikian. Ini bermakna tiada konspirasi dan memang wujud kes dan ia membawa maksud pimpinan tertinggi PKR sebenarnya mengetahui bahawa ada kes liwat tersebut namun demi kepentingan politik mereka bermain silap mata untuk meraih simpati kepada Anwar demi perjuangan politik mereka.

Sebenarnya mungkin pada Tian Chua dan pimpinan PKR kes liwat ini tiada masalah kerana ia adalah hak asasi manusia seperti yang diperjuangkan beliau dan bekas teman wanita Elizabeth Wong dalam NGO yang diwakilinya. Begitu juga dengan pelakuan seks bebas, sesiapapun pejuang Hak Asasi Manusia (HAM) tidak akan menjadikan isu gay, lesbian, hubungan sejenis dan Seks bebas sebagai isu. Malah biasanya mereka akan menyokong kumpulan ini kerana dianggap di dikriminasi. Sebab itu apabila Tian Chua berbicara mengenai isu liwat saya sedikit pun tidak teruja, ia semacam seorang pelacur cuba bercakap mengenai moral.

Sebenarnya tidak ada apa yang istimewa dalam ceramah tersebut yang membuatkan saya teruja, dengan maki hamun pelbagai kata diselang seli dengan takbir mendedahkan siapa mereka sebenarnya. Mereka mungkin mengadakan ceramah tersebut untuk mewujukan momentum tahun 1998 sewaktu Anwar dihadapkan ke mahkamah. Namun saya percaya hanya juak PKR sahaja yang akan hadir dan berteriak dihadapan mahkamah nanti untuk membela adi jagat bernafsu buas ciptaan mereka.

Wednesday, July 1, 2009

Disebalik kisah babi dikedah, Min aina, ila aina PAS?-


DI kedah gara-gara tidak berpuas hati dengan tindakan Pihak Berkuasa Tempatan menutup pusat penyembelihan babi di Alor Star, parti DAP Kedah melalui ketuanya Thomas Su mengambil tindakan keluar dari Pakatan Rakyat negeri Kedah. Suhu politik yang sejuk di bandaraya Alor Star ini tiba-tiba hangat kembali gara-gara babi punya cerita, sehangat dunia diancam selsema babi.

Situasi ini mencetuskan pelbagai persolan, dalam erti kata lain ia mungkin mainan dan tarian kipas DAP untuk meyakinkan orang Cina bahawa mereka lebih menjaga kebajikan orang Cina berbanding pihak lain. Pengumuman Liberalisasi sektor ekonomi dan kewangan di Malaysia seperti diumumkan oleh pihak kerajaan telah mula dipandang positif oleh masyarakat Cina Malaysia, DAP begitu risau jika undi masyarakat Cina akan beralih arah dan MCA akan kembali mendapat sokongan. Jesteru itu harus ada satu kaedah untuk membendung perkara ini, caranya ialah cuba mewujudkan isu kepentingan masyarakat cina. Semua ini tidak mustahil berlaku, kerana ini adalah seni berpolitik, berpura-pura bergaduh dipermukaan namun disebalik tabir tangan digengam erat.

Sementara itu, di Kelantan ketika ini aktiviti melobi dan berkempen Pilihanraya kecil Manek Urai sedang rancak berlansung, dan ia adalah ujian pertama untuk PAS Kelantan menilai adakah kerjasama PAS dan DAP diterima oleh rakyat Kelantan. Dalam saat pilihanraya ini pelbagai kemungkinan berlaku jika PAS gagal menterjemahkan bahawa mereka adalah pembela kepada masyarakat Melayu islam yang sebenarnya. Adakah natijah tindakan Majlis Bandaraya Alor Star menutup pusat penyembelihan babi di Alor Star hanya untuk meyakinkan pengundi di Manek Urai bahawa PAS memang menjaga hak orang Islam? atau ia hanya gimik sementara untuk pilihanraya.


Dalam konteks Kelantan corak politik DAP sebenarnya ditolak oleh rakyat Kelantan, malah cina Kelantan pun menolak cara politik DAP, sebab itu kalau kita perhatikan DAP Kelantan semacam hidup segan mati tidak mahu. Dan stuasi di Kedah pun seakan sama, orang Melayu Kedah secara tradisinya menolak cara politik yang diamalkan oleh DAP. Buktinya dalam pilihanraya 2008, DAP kedah hanya bertanding dua kerusi satu kerusi iaitu Dun Derga, DAP kalah kerusi tersebut kepada BN, kerana ia melibatkan pertandingan tiga penjuru malah DAP hanya meraih sekitar dua ribu sahaja undi, manakala di kerusi di Dun Kota Darul Aman DAP hanya menang dengan 804 undi dalam pertandingan satu lawan satu dikawasan majoriti cina.

Ini membuktikan orang Melayu di Malaysia sebenarnya menolak cara Politik DAP, cuma apabila dipaksa kahwin dalam Pakatan rakyat, Melayu yang berada didalam PAS hanya mampu menerima dan akur sahaja arahan dari pucuk pimpinan Parti demi kuasa politik, walaupun didalam sanubari hati hanya meraka yang tau tahap kebencian mereka kepada DAP.


Sebab itu, Presiden PAS seringkali menyatakan bahawa Parti itu tidak wala' kepada DAP walaupun mereka menjalinkan kerjasama. Namun kenyataan Haji Hadi ini telah menimbulkan suasana berbelah bahagi didalam PAS malah juga kepada PKR dan DAP. Di dalam PAS ekoran liciknya politik Anwar sudah mula wujud kecenderungan supaya perkongsian antara parti didalam Pakatan Rakyat harus menyamai apa yang ada didalam Barisan Nasional dalam erti kata lain PAS harus akur kepada pucuk pimpinan Pakatan Rakyat yang disandang oleh Anwar Ibrahim. Manakala PKR dan DAP difahamkan amat berang dengan tindakan pucuk pimpinan PAS yang seringkali bertindakan sendirian dan melawan arus dalam isu membabitkan isu agama islam dan hak orang Melayu.

Mungkin ini yang menyebabkan Anwar Ibrahim panas punggung terhadap kumpulan Haji Hadi, sehingga digerakkan jenteranya melalui kumpulan Husam di internet supaya membongkar dan memberi imej tidak baik kepada kumpulan haji Hadi.

Kalau sebelum ini UMNO seringkali dilabel jahat kerana dikatakan tidak menyukai Ulama, namun perkembangan kebelakangan terkini amat memeranjatkan apabila Ulama didalam PAS sendiri dihina sebegitu teruk oleh kumpulan Anwar didalam PAS, rasanya UMNO sendiri pun tidak pernah tindakan provokatif dan menghina sebegitu rupa kepada Haji hadi dan kumpulan Ulama di dalam PAS.

Adakah ini sebenarnya yang diinginkan oleh parti yang sentiasa mendakwa mereka adalah pihak yang benar, sedangkan dikalangan kelompok mereka sendiri pun ada yang mempertikaikan pucuk pimpinan mereka. Kumpulan Haji Hadi mendakwa mereka betul dan Kumpulan Pro Anwar mendakwa mereka betul.

Akhirnya yang ketawa dan untung paling besar adalah PKR dan DAP, Anwar tentu tersenyum lebar melihat situasi didalam PAS sekarang, walaupun dalam keluh kesah hatinya cukup tidak tenteram dengan kes liwat yang akan dihadapinya sekarang.

Liberalisasi kewangan bermula


MALAYSIA telah melonggarkan beberapa sekatan ke atas pelaburan asing di negara itu, termasuk undang-undang kontroversial yang memerlukan perniagaan dimiliki sebahagiannya oleh bumiputera.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, mengumumkan syarikat-syarikat yang disenarai di bursa saham tidak lagi perlu memperuntukkan 30 peratus daripada perkongsian mereka kepada bumiputera.
Undang-undang itu, tambah beliau, tidak memberi manfaat kepada masyarakat Melayu yang miskin atau dapat dikekalkan dalam kelembapan ekonomi sejagat yang dijangka mengheret Malaysia ke lembah kemelesetan, yang pertama sejak sedekad.
Ekonomi Malaysia dijangka menguncup sehingga 5 peratus tahun ini.
'Dunia sedang berubah dengan pantas dan kita harus bersedia berhadapan dengan perubahan atau menghadapi risiko ditinggalkan,' kata Datuk Seri Najib dalam sidang pelaburan anjuran Bursa Saham Malaysia semalam.
Masyarakat Melayu membentuk 60 peratus daripada penduduk Malaysia yang seramai 28 juta orang itu.
Warga minoriti China dan India tidak begitu gemar dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Ada di kalangan bumiputera juga tidak begitu gemar dengan dasar yang dikatakan lebih memihak kepada golongan elit Melayu itu.
Selain itu, Datuk Seri Najib mengumumkan warga asing juga dibenarkan memiliki 100 peratus syarikat pengurusan dana.
Sehingga 70 peratus perkongsian dalam firma broker saham dan syarikat pengurusan amanah saham dibenarkan dimiliki warga asing, daripada 49 peratus sebelum ini.
Malaysia juga akan menarik balik peraturan memerlukan badan kerajaan, Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC), meluluskan pelaburan dalam sektor bukan strategik.
Urus niaga hartanah yang tidak melibatkan bumiputera tidak lagi memerlukan kelulusan FIC.
Pengumuman semalam adalah yang ketiga sejak Datuk Seri Najib menjadi perdana menteri April lalu.
Sebelum ini beliau melonggarkan beberapa sektor perkhidmatan seperti perbankan dan insurans.
HSBC meramalkan modal bernilai RM50 bilion ($20.6 bilion) dijangka mengalir keluar setelah perangkaan ekonomi diumumkan.
Pada tahun lalu, pelaburan sebanyak RM92.3 juta mengalir keluar selepas keputusan pilihan raya yang tidak memihak kepada Barisan Nasional (BN) dan krisis kewangan sejagat, menurut Reuters