Tuesday, June 30, 2009

Kelantan promosi berhala untuk pelancongan?


Begitu lama saya tidak ke kelantan mungkin lebih 15 tahun. memang teringin melihat sendiri negeri yg di gelarkan Serambi Mekah dan negeri tadahan wahyu. kemajuan di kelantan nampaknya agak sederhana, tidak kelihatan panggung wayang di sekitar Kota Baru malahan kebanyakkan wanita islam bertudung, Alhamdulillah. Menurut cerita orang tempatan bila musim cuti sekolah hotel penuh dengan pelancong. Dari tinjauan rambang pengusaha hotel juga banyak dimiliki orang islam dalam hati saya berkata disinilah satu2 kekuatan penguasaan ekonomi org islam yang boleh dibanggakan berbanding lain-lain negeri.


Semasa di hotel Ridel saya membelek2 majalah, mula2 saya belek2 majalah Astro kemudian satu lagi majalah "QIADAH" keluaran pejabat menteri besar kelantan. Mula2 saya buka majalah saya tengok banyak artikel dari kerajaan kelantan dan tok guru Nik Aziz, boleh tahan juga pemikiran tok guru. Setelah separuh saya selak saya terkejut besar melihat banyak gambar patung, ada patung baring, patung duduk dan patung berdiri serta yg lain2 seolah2 sedang mempromosikan malah dengan banganya disebut terbesar di Asia Tengara. Semasa orang tempatan (pemandu pelancong) membawa saya bersiar2 ke pantai irama perjalanan dari kota baru melalui bachok saya terlihat binaan patung tinggi melebihi ketinggian pokok2 berhampiran.


Saya kata inilah patung yang terdapat dalam majalah kerajaan negeri QIADAH. Saya tanya kepada pemandu pelancong semasa bila patung berdiri ini dibina dia kata yang ini agak baru berbanding yang baring. Saya tanya lagi zaman pemerintahan sebelum Nik Aziz atau semasa Nik Aziz memerintah, dia kata yg baring tu dah lama rasanya sebelum Nik Aziz memerintah manakala yang berdiri kalau tak silap katanya semasa zaman pemerintahan Nik Aziz. Saya terfikir bolehkah seorang pemerintah mempunyai kuasa mengaku beriman kepada Allah membenarkan perkara batil/sirik/maksiat meluluskan pembinaan sedemikian?mempromosikan dalam majalah untuk dipertontonkan kepada umum?atau adakah tindakannya itu di benarkan dalam Islam? marilah kita bincang sama-sama.

sebagai bukti klik link ini. pejabat menteri besar kelantan

Bagi orang-orang bn memang dah sedia maklum mereka berjuang bukan atas tiket agama 100% kalau mereka tak betul dan melangar agama memang begitulah caranya, cakap mcmanapun begitulah keadaannya. Bagi pas meletakkan agama kononnya 100% maka mana2 perkara melangar batasan agama sudah tentu di persoalkan. Adakah anda setuju kerajaan Islam Nik Aziz mempromosikan bahan bakar api neraka dalam majalah kerajaan negeri?adakah anda setuju kerajaan Islam pas kelantan membenarkan pembinaan patung sangat besar lebih banyak lagi di merata-rata tempat?adakah anda setuju Islam mengikut corak pas?adakah pas mengikut cara Islam seperti mana yang di bawa oleh Rasulullah s.a.w.?


Salah satu persamaan bn mempromosikan perayaan sirik spt di batu cave dll dalam media masa tv, surat khabar dll.pas mempromosikan tokong, patung berdiri, patung duduk, patung baring dll di muat dalam majalah kerajaan Islam ala pas kelantan "QIADAH" dan juga di internet.

ORANG KAFIR TERBAHAGI 2
1. KAFIR ZIMMI
2. KAFIR HARBI,

orang kafir di negeri kelantan di bawah pemerintahan Islam tergolong yg mana satu? tahap mana batasan yg dibolehkan untuk kafir zimmi? jika mereka berada dalam kelompok kafir harbi maka perangilah...

SELEMAH-LEMAH IMAN BENCI DALAM HATI.MENGAMBIL GAMBAR BAHAN BAKAR API NERAKA IATU PATUNG2, TOKONG DLL KEMUDIAN DIMASUKKAN DALAM MAJALAH KERAJAAN ISLAM ALA PAS NEGERI KELANTAN UNTUK DIMASHURKAN, DIHEBAHKAN, DIPERTONTONKAN, DIPERKENALKAN, DIUMUMKAN DENGAN BANGGANYA TERBESAR DI ASIA TENGARA APA MAKNANYA?TIDAK NAMPAK CIRI BENCI DALAM HATI MALAH SEOLAH2 SERONOK, BANGGA, BERSEKOGKOL, BERSUBAHAT DAN MEREKA2 YANG SETUJU SERTA MEMPERTAHANKAN TINDAKAN ITU ADALAH TERGOLONG BERSSUBAHAT JUGA.STANDARD IMAN APAKAH INI? MASIH ADA IMAN LAGIKAH? STANDARD ISLAM APAKAH MANUSIA INI? MASIH ISLAM LAGIKAH MANUSIA INI? PERNAHKAH RASULULLAH S.A.W. BERTINDAK SEDEMIKIAN JIKA ADA KISAH DARI RASULULLAH S.A.W. ATAU SAHABAT2 ATAU NABI2 SEBELUMNYA SILA BERIKAN?

Jika anda setuju tindakan kerajaan negeri kelantan Islam ala pas mengambil gambar dan memaparkan dalam majalah untuk dipertontonkan kepada umum samalah maknanya anda ambil gambar dari majalah QIADAH gambar tokong2, patung2 tampal di rumah anda, dalam bilik tidur, ruang tamu, buat pembalut buku untuk anak2 anda bila di bawa ke sekolah nanti rakan2 terutama dari yg bukan islam akan memuji bahawa anda adalah seorang yg sangat perihatin dan menyangjung tinggi agamanya.

Patung berdiri di bachok di bina pada tahun 2002 dengan sumbangan org ramai sebanyak 2 juta. Ketingian 36 meter dan 30 meter garis pusat. Patung standing budha ini di sebut sebagai pasti akan menjadi tarikan terbaru pelancong ke kelantan pada tahun 2009 ini. Dalam patung ini ada lif untuk kemudahan pelancong. Terdapat juga 100 patung kecil pelbagai jenis dan 2 ekor naga raksaksa untuk menyambut pelawat.Sah pembinaan berhala ini zaman pemerintahan PAS PR (Parti Rosak).

Siapa lagi yg benarkan pembinaan ini kalau bukan Parti Rosak. Tambah iklan lagi tu. Bukan nak memberi penjelasan itu tempat sirik yg di benci Allah.Siapa yg sokong dan undi parti rosak kamu jawablah nanti di hadapan Allah.SYIRIK ATAU TIDAK? Atau masih hendak menegakkan benang yang basah…
''Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya''.al-Maidah ayat 2adakah dengan menolong mempromosikan patung yang menjadi lambang kemusyrikan itu adalah merupakan satu perbuatan yang ma'ruf?

Satu hakikat yang wajib diingati adalah fungsi utama sesebuah kerajaan itu menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar. Ini seperti dalam Surah al-Hajj ayat 41: (maksudnya): ''Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat ma'ruf serta melarang dari melakukan kemungkaran. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan''. Jika sesebuah kerajaan gagal menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar dalam ertikata yang luas dan menyeluruh, bererti kerajaan itu gagal berfungsi seperti yang Allah dan rasul-Nya kehendaki.

Dulu kerajaan pas Trengganu musnahkan patung penyu tabik la jugak. kerajaan pas kelantan benarkan bina berhala la pulak masa PAS amik alih kelantan tahun 90 dulu suma patung binatang dimusnahkan seperti patung kijang yg ada di bulatan dekat jambatan sultan yahya..kalu pusing habis 1 kelantan x kan jumpa patung binatang yg kerajaan PAS jadikan perhiasan..ok dah tang tu..tapi bab patung budha yg jadi promosi tu x tau nak cakap la..sendiri fikir..nak lagi best tanya TGNA sendiri apa justifikasi dia buat begitu..

"Hai orang-orang beriman janganlah kamu jadikan bapa-bapa dan saudara-saudaramu pemimpin-pemimpinmu, jika mereka lebih mengutamakan kekafiran atas keimanan dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan pemimpin pemimpinmu, maka mereka itulah orang-orang yang zalim."

Surah At taubah ayat 23

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

surah Ali Imran ayat 28

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.

surah Al Baqarah 120.

Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan-amalan soleh diantara kamu, bahawa Dia bersungguh-sungguh akan MENJADIKAN MEREKA BERKUASA DIMUKA BUMI,sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa.Dan sungguh Dia akan mengukuhkan bagi mereka agama(Islam) yang diredhaiNya bagi mereka.Dan dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka sesudah dalam ketakutan menjadi aman tenteram. Mereka tetap mengibadahi Aku tanpa memperskutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa tetap ingkar setelah (mengetahui janji) itu,maka mereka itulah orang-orang yang fasik'. (an-nur 55)

Soalan penting untuk tuan2 jawab.

Adakah anda bersetuju dan menyokong tindakan kerajaan PAS kelantan membenarkan pembinaan berhala besar(terbesar di asia Tengara) dan seterusnya menjadikan tempat itu sebagai tarikan pelancong(pas hanya menyatakan pelancong) serta mempromosikannya kepada umum?

Dalam kerajaan yang dikuasai dan diperintah oleh orang Islam yang mengaku beriman kepada ALLAH dan RasulNya, jika ada permintaan untuk mendirikan berhala besar oleh rakyat yang belum beriman kepada ALLAH, mana lebih disukai/diredai ALLAH tindakan dilakukan oleh pemerintah Islam yang mengaku beriman kepada ALLAH?

Friday, June 26, 2009

Tiada Persamaan Antara Agama : Dr Saodah


SETIAP agama mempunyai kepercayaan dan akidah masing-masing. Persoalan utama yang dibahaskan oleh ahli-ahli agama ialah "siapakah Tuhan yang perlu disembah?"
Perkara ini dihuraikan oleh ahli-ahli agama berdasarkan kepada konsep ketuhanan yang diwarisi atau diriwayatkan daripada nenek moyang masing-masing atau kitab-kitab suci yang diturunkan kepada manusia.

Islam merupakan agama Allah yang diturunkan kepada para Rasul dan Nabi sejak Nabi Adam a.s. sehingga Nabi Muhammad SAW.Perbezaan antara agama dengan agama yang lain adalah berdasarkan kepada perbezaan akidah. Akidah agama Islam ialah mempercayai Tuhan Yang Maha Esa. Tidak ada sebarang makhluk yang bersekutu atau menyerupai-Nya.

Berdasarkan kepada akidah ini maka perkataan Allah dirujuk sebagai nama Tuhan Yang Maha Esa mengikut kefahaman umat Islam.Islam tidak menerima sebarang huraian mengenai Allah yang mempunyai sebarang unsur menyerupai makhluk.

Oleh itu jika nama Allah digunakan dalam agama tertentu tetapi huraian mengenai Allah lebih menjurus kepada konsep yang berunsurkan pantheism (kepercayaan agama bahawa Tuhan berada dalam diri setiap makhluk dalam alam) serta incarnation (penjelmaan seseorang dalam bentuk manusia yang dianggap sebagai mewakili seseorang yang paling tinggi darjatnya) maka pemahaman begini ditolak oleh Islam.

Dalam era globalisasi, kemungkinan terdapat agama yang berusaha untuk meyakinkan umat Islam bahawa agama ini mempunyai persamaan dengan agama mereka apabila perkataan Allah disebut sebagai Tuhan mereka juga.

Usaha begini tidak mungkin menjadi kenyataan kerana dalam akidah Islam, perbicaraan mengenai 'ketuhanan' bukan hanya sekadar menyebut nama Allah sebagai Tuhan semesta alam tetapi ia merangkumi setiap aspek berkaitan dengan Rukun Islam dan Rukun Iman.

Agama Yahudi mempercayai Allah Yang Maha Esa yang dikenali sebagai Yehweh dalam bahasa Hebrew. Mereka juga mempunyai banyak persamaan dengan Islam berkaitan dengan hukum-hakam tetapi penafian mereka terhadap kerasulan Nabi Isa a.s dan Nabi Muhammad SAW (yang merupakan salah satu Rukun Iman) menyebabkan agama itu tidak mempunyai persamaan dengan agama Islam.
Orang Kristian mempercayai Allah SWT sebagai Tuhan Pencipta Alam. Namun apabila mereka menghuraikan isu Ketuhanan dalam konsep Trinity di mana Isa itu juga dianggap Allah maka huraian tersebut bertentangan dengan konsep Tauhid (Tuhan Yang Maha Esa) seperti dijelaskan oleh Islam.

Oleh itu konsep Allah yang dijelaskan oleh ahli-ahli teologi Kristian tidak dapat diterima oleh Islam. Walaupun terdapat beberapa persamaan antara Islam dan Kristian dalam hal ehwal berkaitan konsep tawaduk dan nilai-nilai murni berkaitan dengan kasih sayang sesama manusia yang menjadi amalan kepada umat kedua-dua agama ini.

Sifat tawaduk dan tingkah laku yang baik di kalangan ahli-ahli kitab Kristian dipuji oleh Allah di dalam al-Quran. Ini menunjukkan bahawa Islam tidak menafikan kebaikan dan tingkah laku terpuji ahli-ahli kitab agama Yahudi dan Kristian tetapi konsep akidah mereka terkeluar daripada Rukun Islam dan Rukun Iman maka secara tegas Islam menyatakan bahawa agama Kristian dan Yahudi tidak sama dengan Islam. Agama-agama itu tidak mewakili umat Islam dan umat Islam tidak mewakili mereka.

Apa yang dibahaskan oleh Islam berkaitan dengan Kristian di dalam al-Quran ialah berdialog dengan mereka supaya memperbetulkan konsep kepercayaan mereka mengenai Allah dan menyeru mereka kembali kepada seruan Nabi Isa a.s iaitu menyembah Allah Yang Maha Esa dan bukan beranggapan bahawa Isa itu adalah anak Allah.

Islam begitu prihatin terhadap ahli kitab dan penganut Kristian berkaitan salah anggap mereka mengenai Isa a.s dan memujuk mereka supaya kembali kepada seruan Isa a.s yang sebenarnya iaitu menyeru manusia menyembah Allah bukan menyembahnya yang dianggap sebagai jelmaan Allah untuk menghapuskan dosa warisan manusia (original sin).




Islam menyeru umatnya memperakui nilai-nilai yang baik terdapat dalam agama lain tanpa mengorbankan konsep dan prinsip fundamental Islam. Ia menyeru umatnya supaya bekerjasama dengan penganut agama lain dalam hal ehwal berkaitan dengan kemanusiaan, keamanan, kebajikan, kenegaraan dan keduniaan.

Hak-hak orang bukan Islam terjamin dalam negara Islam kerana Islam ialah agama yang prihatin terhadap kesejahteraan dan keamanan. Islam tidak menafikan konsep hidup yang berasaskan kepada unity and diversity (kesatuan dan perbezaan).Perbezaan atau kepelbagaian agama tidak membantutkan usaha manusia untuk membentuk keamanan dan kemakmuran dunia.

Oleh itu, perkara-perkara berkaitan dengan fundamental agama atau akidah setiap agama tidak perlu disatukan untuk menunjukkan persamaan agama demi membentuk masyarakat dunia yang sama dalam pelbagai aspek kehidupan.Usaha begini tidak mungkin berjaya kerana manusia bermusuhan sesama sendiri bukan disebabkan oleh perbezaan akidah tetapi ia berkaitan dengan sikap dan tingkah laku manusia yang sering dihasut oleh hawa nafsu, ketamakan, kerakusan, keangkuhan dan kekuasaan.

Sejarah menunjukkan bahawa kepelbagaian dan perbezaan akidah bukan faktor utama yang menyebabkan manusia sering bermusuhan. Peperangan dan permusuhan wujud akibat ketidakadilan, kekejaman, kezaliman, kemiskinan, dan salah faham terhadap konsep hidup di dunia ini.

Apabila Nabi Muhammad SAW menubuhkan negara Islam di Madinah, masyarakat Yahudi dan Kristian bebas menganut dan beramal dengan ajaran agama mereka.
Rasulullah SAW mempunyai hubungan yang baik dengan masyarakat Kristian dan Yahudi. Baginda sering berbincang dengan ketua-ketua agama Yahudi dan Kristian berkaitan dengan undang-undang agama-agama tersebut apabila berdepan dengan permasalahan berkaitan salah laku penganut agama tersebut.

Baginda tidak mencampuradukkan perundangan tersebut dengan undang-undang peribadi Islam.
Berdasarkan kepada fakta sejarah dan konteks ajaran Islam maka umat Islam sepatutnya menyedari bahawa perkara-perkara berkaitan dengan akidah dan fundamental Islam tidak boleh dicampuradukkan dengan akidah agama lain.

Perkara berkaitan dengan akidah Islam tidak boleh dihuraikan mengikut pandangan akal atau ijtihad kerana ia merupakan asas kepada agama Islam sejak Nabi Adam a.s. sehinggalah kepada Nabi Muhammad SAW. Perkara-perkara berkaitan dengan akidah Islam ialah satu ilmu yang diajarkan oleh Allah SWT kepada para nabi dan rasul melalui Jibrail.

Perbuatan menggunakan akal untuk menghuraikan perkara-perkara berkaitan akidah dengan tujuan menyesuaikannya dengan konteks masa kini bukan sahaja boleh menggugurkan akidah individu tersebut malah ia juga boleh menghancurkan agama Islam.Umat Islam perlu memahami batas-batas penggunaan akal berkaitan dengan ilmu wahyu kerana ilmu tersebut tidak sama dengan ilmu-ilmu yang berunsurkan keduniaan yang mana ia boleh dicapai melalui pancaindera dan akal.




Ilmu-ilmu wahyu berhubung kait dengan syariah sebahagiannya boleh dihuraikan melalui akal oleh orang yang hanya pakar dalam bidang ilmu tersebut dan terdedah dengan disiplin ilmu Islam.
Umat Islam yang tidak pakar dalam ilmu-ilmu wahyu sepatutnya menumpukan perhatian kepada bidang masing-masing dan bekerjasama dengan ahli-ahli ilmu wahyu untuk menyelesaikan permasalahan masyarakat, bukan menunjukkan sikap terlalu agresif sehingga berani merombak dan menghuraikan ilmu-ilmu wahyu mengikut pemahaman akal mereka yang terbatas.

Sikap begini boleh menyebabkan agama Islam dipandang rendah oleh masyarakat agama lain. Oleh itu umat Islam perlu bekerjasama untuk memperkukuhkan akidah umat Islam dan memelihara kesucian agama.

PENULIS ialah Pensyarah Kanan, Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Oleh Dr. Saodah Abdul Rahman

Saturday, June 20, 2009

Anwar Yahudi Melayu?


Politik orang Islam di Malaysia kian mencelarukan sesudah orang Melayu yang beragama islam terpisah kepada beberapa kelompok. Satu pihak berada dikalangan parti UMNO, sesetangah berada dikalangan kelompok parti PAS dan segelintir dikalangan PKR malah yang mengejutkan ada satu kelompok lagi yang berada di luar kelompok politik, kerana mengangap politik itu kotor dan memualkan. Perpecahan dikalangan umat Melayu ini menyebabkan suara orang islam semakin mengecil, dan suara bukan Islam semakin membesar.

Dan kini apa yang mendukacitakan lagi PAS sebagai sebuah Parti Islam pun seakan sudah bergesel sesama sendiri, soalnya siapa tangan-tangan yang mengerakan perkara ini berlaku? Di saat umat Islam diseluruh dunia kian terancam dengan diwujudkan perbalahan dan konflik sesama sendiri, umat Islam di Malaysia pun mengalami nasib yang hampir sama.

Senario hari ini menyaksikan perangkap kuasa besar seakan berjaya dalam misinya untuk memecahbelahkan umat islam apabila Hizbullah telah kalah didalam Pilihanraya di Lubnan, walaupun kumpulan ini telah banyak berjasa dalam menghalang zionis daripada menguasai kerajaan Lubnan. Tetapi kini parti pimpinan Saad Al-hariri dan anak kepada Rafik Hariri telah memenangi Pilihanraya Lubban bersama sekutunya yang anti Syiria dan Iran. Parti Pimpinan Saad ini dianggap Pro barat dan menyokong musuh Islam iaitu Amerika.

Apa yang menyedihkan ia berlaku disaat kepemergiaan tokoh islam Fathi Yakan ke Rahmatullah. Sesetengah penganalisis dan pemerhati politik mengatakan kemenangan parti Pro barat di Lubnan ada kaitan dengan ucapan Obama di Kaherah saat kempen pilihanraya sedang berlansung dan peranan ejen Amerika dalam mengatur suasana politik di Lubnan.

Di Iran suara protes kemenangan Ahmadinejad diperbesarkan dan diwawarkan keseluruh dunia, malah media barat juga sehingga kini menghebahkan bahawa rakyat Iran menentang Ahmadinejad dan mengangkat watak Mir Hussein Mousavi sebagai golongan pembaharuan yang harus disokong rakyat Iran.
Soalnya siapa tangan yang memecahbelahkan umat Islam diseluruh dunia pada masa ini, dan meberi gambaran kerajaan yang tidak pro Amerika adalah teruk dan berkait dengan pelbagai masalah untuk mengurus tadbir negara.

Sebenarnya sejarah telah membuktikan orang Yahudi sebenarnya telah memainkan peranan penting untuk memecahbelahkan perpaduan orang islam, contohnya apa yang dialami oleh bangsa Arab apabila dipecahbelahkan oleh Abdullah bin Saba.Sejarah mencatatkan Yahudi yang berasal dari San'a dan hidup semasa dengan Khalifah Ali bin Abi Talib inilah yang “memecah” umat Islam menjadi dua kelompok besar iaitu kelompok Sunni dan Syiah. Sebelum kemunculan Abdullah bin Saba, tidak ada istilah Sunni (Ahlul Sunnah Wal Jamaah) dan Syiah. Hanya Islam, tidak ada Islam Sunni dan tidak ada Islam Ahlul Sunnah Wal Jamaah dan lainnya.

Kewujudan Abdullah bin Saba dalam mencetuskan kelompok sunni dan syiah ini seakan melengkapi bukti bahawa orang Yahudi memang sungguh-sungguh berjuang untuk menghancurkan apa yang kita kenal sebagai agama langit iaitu Yahudi, Nasrani, dan Islam. Kaum Yahudi pengikut Samiri (tokoh Kabbalah) contohnya telah menciptakan Talmud, sebuah kitab iblis yang diikuti oleh Gerakan Zionis Dunia sekarang ini.

DALAM agama Nasrani contohnya, mereka menyusupkan Paulus dari Tarsus, seorang Yahudi dari Tarsus yang hidup berbeza dengan zaman Nabi Isa namun mengaku sebagai muridnya. Paulus ini kemudiannya mengarang Kitab Perjanjian Baru (The New Testament) yang dikatakanyya sebagai pelengkap Kitab Perjanjian Lama (The Old Testament).

Dan ke dalam umat Islam, Yahudi menyusupkan Abdullah bin Saba untuk merosakkan agama Islam dan sehingga ke hari ini Sunnah dan Syiah masih berpisah, dan saling menegakkan kebenaran antara satu sama lain.

Sebenarnya kewujudan Abdullah bin Saba sendiri menjadi kontroversi di kalangan pengikut Syiah. Ada yang mengakui bahawa Abdullah bin Saba benar-benar ada, namun banyak pula yang menyebut Abdullah bin Saba hanyalah sebuah mitos dan kebohongan yang besar, sebuah rekaan dari musuh-musuh Syiah.

Namun dari catatan sejarah yang ada, Abdullah bin Saba sememangnya wujud dan sesetengah sejarawan mengatakan Abdullah bin Saba seorang laki-laki dari Sana dan juga seorang Yahudi yang mengaku telah masuk Islam. Abdullah bin Saba juga dikatakan pernah memberi celaan atas Abu Bakar, Umar bin Khattab, dan Utsman bin Affan. Dan beliau mendakwa Ali yang memerintahkannya melakukan perkara tersebut. Berikutan itu Taqiyah telah memberitau Ali, lantas Ali pun menanyakannya akan hal itu kepada Abdullah dan dia mengakuinya. Disini jelas Abdullah cuba memutuskan hubungan yang terjalin dikalangan pimpinan Islam selepas kewafatan Nabi Muhamad.

Ada banyak kisah sejarah juga menceritakan peranan seorang Yahudi bernama Abdullah bin Saba dalam memecah kaum Muslimin. Hal ini dipaparkan semata-mata agar umat Islam menyedari permainan musuh untuk menjatuhkan Islam . Sehingga hari ini kelompok Syiah dan Sunni masih terpisah kesan dari adu dumba Abdullah bin Saba'.

Adakah ini yang menyebabkan Timbalan Musyidul AM PAS pernah mengungkapkan berhati-hati wujudnya musuh dalam selimut didalam parti PAS. Umum juga sebenarnya ingin mengetahui apa punca sebenarnya yang menyebabkan Mursyidul Am PAS begitu berang tehadap Ustaz Nasharudin. Sebagai seorang yang digelar Tok Guru adakah wajar beliau bersikap demikian dan lari dari sifat merendah diri seperti yang selalu dilihat dan dipapar pada tanggapan umum.

Jika kesalahan Ustaz Nasharudin hanya disebabkan beliau menyokong konsep perpaduan orang Melayu, adakah layak Ustaz Nasaharudin mendapat celaan sebegitu teruk dari tokoh yang sepatutnya menjadi tokoh rujukan kepada ahli Parti. Kata kata Nik Aziz tersebut nescaya akan mewujudkan persolan dan perasaan amarah dikalnagan ahli keluarga dan sahabat handai Ustaz Nasharudin. Jika dengan golongan kafir Harbi DAP dan Elizabeth Wong yang terlibat dengan skandal gelap Nik Aziz boleh berhubung mesra adakah celaan itu yang patut diterima Timbakan Presiden PAS tersebut.

Dikala umat Islam terhimpit dengan tekanan bukan Islam, timbul pesoalan kenapa Menteri Besar kelantan itu kelihatan begitu angkuh. Sekiranya benar UMNO ada kesalahan sebelum ini dengan PAS Kelantan, adakah kesalahan UMNO itu dikira sama seperti musuh golongan Kafir Harbi sehingga patut diperangi? adakah wajar golongan yang menganut mazhab yang sama patut diperangi? sedangkan banyak juga dasar yang dilakukan oleh UMNO telah menguntungkan Umat Islam, malah Dasar Ekonomi Baru sebenarnya mendapat dokongan sepenuhnya dari mantan Presiden PAS Ustaz Fadhil Nor, malah murraqib Al Ihwan Muslimin di Jordan iaitu Syeikh Dr.Hammam Said mengatakan:

"Rakyat Malaysia menganggap Islam itu sebagai satu agama dan anutan yang bersifat nasional (dalam negara). Ini tidak terdapat di negara selain Malaysia. Ini adalah satu peluang untuk menyebarkan agama Islam"

Ini bererti Islam sebenarnya mempunyai tempat di Malaysia dan kerajaan pimpinan UMNO bukanlah sejahat seperti yang dimomokkan oleh sesetengah pihak.

Seharusnya Tok Guru yang menjadi idola dikalangan penyokong PAS tersebut meneliti samaada terdapat nasihat yang salah datang dari penasihat-penasihatnya. Kerana kita mengetahui dalam organisasi pergerakan Islam didunia, nama Haji Hadi Awang lebih dikenali diperingkat dunia gerakan Islam kerana pembabitannya dengan gerakan Islam seluruh dunia. Tidak mungkin Hadi Awang akan melontarkan pandangannya tanpa merujuk kepada Ihwan Muslimin.

Sepertimana yang kita ketahui, Anwar Ibrahim amat sinikal terhadap Ikhwan Muslimin, dan disekeliling Tok Guru Nik Aziz adalah orang yang berkiblatkan Anwar Ibrahim berbanding wala kepada Presiden Parti sendiri iaitu Haji Hadi Awang. Timbul persolan adakah konflik yang wujud didalam PAS ini juga adalah permainan yang dicipta oleh Anwar Ibrahim, kerana umum mengetahui ayam tambatan beliau gagal memenangi Jawatan Timbalan Presiden sebelum ini kepada Ustaz Nasharudin. Dan Anwar Ibrahim juga tidak menyenamgi cara pembawaan PAS dan Ihwan Muslimin.

Seharusnya dalam konteks ini Tok Guru Nik Aziz lebih berhati-hati dengan segala maklumat yang diperolehi dari penasihatnya kerana dikhuatiti maklumat itu adalah ingin memusnahkan gerakan Islam di Malaysia. Kegagalan pimpinan Islam mengesan tindakan musuh-musuh Islam ini akan mengakibatkan umat islam akan berpecah lagi dan semakin mengecil dan musuh Islam dapat menguasai kepimpinan di Malaysia.

Monday, June 15, 2009

Islamic Action Front Announces Death of Sheikh Dr. Fathi Yakan


Head of Islamic Labor Front in Lebanon Fathi Yukon passed away Saturday afternoon after he was hospitalized for serious health problems on Friday night. Yakan was announced dead Saturday morning, but an Islamic Action Front statement later denied the Sheikh was dead, but acknowledged he was in serious condition.

Dr. Fathi Yakan is a prominent Islamic scholar and caller. he was born in Tripoli, north of Lebanon, on the 9th of February 1933. With a Ph.D. in Arabic and Islamic Studies, Sheikh Yakan was among the pioneers of the Islamic movement in the 1950s. He was also the General Secretary of the Lebanese Al-Jamaa Al-Islamiya from 1962 until 1992 when he won his seat in the Lebanese parliament. He is a key activist on the political stage, which was very clear during the 1996 elections.


Sheikh Yakan initiated a political effort between PM Fouad Saniora and his allies on the one hand and the opposition in a bid to end the rule crisis in the wake of the 2006 Israeli war on Lebanon. As a key figure in the Lebanese National Opposition, he headed prayers for Sunnis and Shiites on Friday, December 8, 2006 and called in his speech for the unity of Muslims against Israeli plots and schemes. Dr. Yakan was married to Mrs Mona Haddad with whom he had established a private Islamic university (Al-Jinan University).

He has four daughters and a son. Sheikh Yakan was known for his support for resistance movements in Lebanon and the Arab and Islamic worlds. He described the 2006 victory as one for Lebanon and the whole nation, Sunnis before Shiites, “because the project of the resistance is not only Lebanese project but a global one.” The Islamic scholar also played a significant role in mending fences between political parties in the region. He was the mediator between the Islamic brotherhood in Syria and President Bachar Assad.


He also played the same role between Syria and Turkey between 1998 and 1999, in the wake of the Syria-Turkey crisis. He is the author of more than 35 books, some of them were translated into many languages, including:How do we call for Islam? Towards a unified global Islamic Movement. What does “I’m a Muslim” mean?

Friday, June 12, 2009

Demokrasi apa yang diinginkan Anwar?

Era 70-80 an dahulu Anwar Ibrahim telah muncul Ikon dikalangan sebagai rakyat marhain, kelantangannya membela rakyat dan berimej islam menjadikan orang Melayu begitu terpesona dengan kehadirannya. Bukan sahaja orang UMNO malah orang PAS pun sama teruja dengan kehadiran Anwar di medan politik negara. PAS misalnya sanggup memberi jawatan tertinggi didalam parti khusus untuk Anwar anak jati Permatang Pauh itu ingin berjuang didalam PAS.

Tahun 2009, UMNO atau PAS tidak lagi teruja dengan kehadiran Anwar. UMNO secara jelas menendang Anwar dari partinya pada tahun 1998, PAS pula selepas Muktamar 2009 semakin jelas ingin menolak pengaruh Anwar didalam PAS. Sebenarnya apa yang menyebabkan Anwar dibenci sebegitu rupa oleh Tun Dr Mahathir. Harun Din, Timbalan Musyidul AM pula seolah-olah ingin memberi tanggapan bahawa kumpulan penyokong Anwar adalah seperti musuh luar negara yang ingin merosakkan PAS, kenapa ia berlaku kepada Anwar? sedangkan tahun 1998 pemimpin dan penyokong PAS yang bersolat hajat sian malam kerana menggangap Anwar teraniaya oleh Tun Dr Mahathir.

Dengan imej pemimpin Muslim Moderate dan diberi jawatan dan akses kepellbagai organisasi untuk melobi “Muslim Moderate” Anwar pernah diberi kepercayaan untuk mengetuai Yayasan Masa Depan “ Foundation For the Future” sebuah badan untuk promosikan demokrasi ke seluruh dunia yang disokong oleh Amerika, walaupun ia dinafikan Anwar mendapat bantuan kewangan dari negara besar dunia itu, umum mengetahui penglibatan Amerika sebagai pemyumbang dana kepada organsasi tersebut.

Boleh dikatakan perkembangan Anwar sekarang adalah sebagai suara demokrasi liberal di pihak pembangkang, kemenangan Abdullah Gul dan Erdogan didalam pilihanraya Turki seakan inspirasi dan ruang kepada Anwar untuk melobi agar ia turut sama dipraktikkan dinegara islam lain, kesannya ia seakan-akan mengubah dunia gerakan islam dalam arena politik melihat demokrasi dan inspirasinya suatu yang indah dan bersemangat untuk menjayakan politik islam ala baru.
Disaat ini, imej pemimpim muslim moderat Muslim diangkat sebegitu hebat kononnya membuktikan pemimpin seperti itu yang harus dipilih dunia Islam. Misalnya tindakan Erdorgan bergaduh dengan Shimon Peres dan meninggalkan Sidang Ekonomi Dunia Di Davos diangkat sebegitu rupa oleh media barat, hingga ia menjadi hujah untuk memperbetulkan tindakan Erdorgan dan Abdulah Gull di Turki.

Namun tanpa disedari, sokongan dan dokongan kepada gerakan demokrasi secara membabi buta sebenarnya adalah tuntutan dan impian para zionis dan freemason dunia. Sebenarnya demokrasi bukan hanya sekadar kisah kuasa rakyat dan suara majoriti, tetapi perlu diingat pengaruh iklim ekonomi medan kapitalis sentiasa mencari peluang di celah kalut haru biru iklim politik sesebuah negara. Dengan slogan kebebasan dan hak asasi ia seolah cuba menghakis apa yang dilarang dan dibenarkan oleh agama islam sendiri.

Indonesia misalnya sebagai contoh terbaik kes pemurnian demokrasi yang menggulingkan era pemerintahan Suharto memperlihatkan pasca era itu membuak pula suatu pelebaran fenomena rasuah di peringkat pegawai bawahan yang lebih ramai jumlahnya.Situasi sama dilihat di Thailand yang baru saja menggulingkan Thaksin tetap sukar untuk kecapi nilai kestabilan dan memerlukan kesepakatan politik yang ketara, tatkala politik dilanda ketidakstabilan rakyat merintih mencari sesuap nasi dan kepentingan rakyat diabaikan semata-mata nama Demokrasi.Sementara nasib umat Islam di Selatan Thailand terus terbiar tanpa pembelaan.

Sementara itu, Pakistan yang pernah menggulingkan Nawaz sharif dan naiknya kuasa tentera sewaktu era Musharraf juga menjerut arena politiknya hingga partinya kalah didalam pilihanraya. Kini kekalutan politik diteruskan oleh puak Nawaz Sharif dan Asif Ali Zardari kesannya negara umat Islam sentiasa berpecah belah dan ini yang dikehendaki oleh kuasa barat.
Walaupun politik Turki hari ini nampak lebih sihat berbanding pemurnian demokrasi di Indonesia, Thailand dan Pakistan, namun begitu sokongan penyokong-penyokong PAS kepada ikon Abdullah Gull dan Erdorgan membawa padah kepada mereka sendiri terhadap semangat 'kepimpinan ulama' hasil inspirasi revolusi 1982 dulu yang selalu menekankan agungnya al-quran dan sunnah dijadikan perlembagaan, dan kafirnya sistem selain itu hingga terhukumnya kafir seluruh jentera kerajaan Malaysia, ini berlaku apabila Abdullah Gul sendiri membuat kenyataan beliau akan terus mempertahankan sekularisme sebagai dasar pentadbirannya. Dan sampai saat ini mereka masih meneruskan polisi berbaik dengan Israel dalam bidang pertahanan, tidak apa yang diubah untuk membantu umat Islam di Palestin.

Ikon Anwar Ibrahim pun melakukan perkara yang sama di Malaysia, malah lebih liberal dalam beberapa tindakannya dalam penyelesaian masalah membabitkan umat islam dan bukan Islam, misalnya Anwar secara jelas sentiasa mahukan dialog antara agama dilakukan di Malaysia dan menyokong tuntutan IFC. Kini PAS tersepit antara meneruskan perjuangan hasil inspirasi revolusi untuk menubuhkan daulah islam, atau terus bersekutu dengan sebuah parti yang ingin menjadi liberalis seperti PKR.
Sewaktu muktamar PAS tempuh hari, Anwar seolah tidak mau melibatkan diri dalam perebutan kepimpinan PAS. Namun diblognya secara jelas ingin memberi mesej kepada pewakilan PAS supaya memberi undi kepada kelompok yang sama menerajui parti sewaktu zaman kepimpinann Dr Burhanurdin Helmi. Timbul Persoalan kenapa Anwar memberi imej yang hebat kepada pemimpin tersebut, adakah Anwar tidak selesa jika mengangkat ketokohan Yusuf Rawa atau ulama PAS lain? mungkin ini yang dipikirkan oleh Ulamak PAS kini. Ini kerana secara benarnya PAS kini adalah berasasakan revolusi 1982 dan tidak lagi berfantasikan imej Nasionalis Islam seperti yang dilakukan Dr Burhanudin. Revolusi 1982 pimpinan Mustapha Ali telah memberi imej baru kepada PAS dalam menjadikan Islam sebagai wadah kepada perjuangan.
Pengaruh moderate muslim Anwar rupa-rupanya telah menyelinap masuk dalam PAS, sehingga hari ini seolah-olah ia telah mewujudkan dua cabang pemikiran didalam PAS. Apa yang berlaku kepada politik UMNO sewaktu Anwar didalam UMNO dahulu sedang dihadapi PAS sekarang, adakah PAS akan selamat dengan keadaan ini atau akan ada tindakan agresif dari kepimpinan baru 2009, sama-sama kita nantikan.

Tuesday, June 2, 2009

menjelang Muktamar-PAS dibelit angin ciptaan Liberal


Oleh Nahar Azmi Mahmud


SAMA ADA Parti Islam SeMalaysia (PAS) akan muncul lebih kukuh sebagai sebuah parti politik di Malaysia akan ditentukan hujung minggu ini apabila parti itu mengadakan pemilihan pucuk pimpinannya.

Beberapa isu baru telah timbul sehingga ada pengamat politik merumuskan isu-isu ini boleh menggugat perpaduan parti itu jika tidak ditangani secara betul oleh kepimpinan parti itu.
Satu kontroversi timbul selepas seorang pegawai kanan parti itu, Datuk Mohamed Daud Iraq, menyatakan dua jawatan tertinggi parti iaitu presiden dan timbalan presiden hanya akan disandang golongan ulama dan sarjana Islam.

Ulasan ini telah pun menghangatkan perdebatan di kalangan anggota dan kepimpinan PAS sendiri yang sekarang mempunyai hubungan rapat dengan beberapa parti berbilang kaum dalam Pakatan Rakyat (PR) yang dianggotainya.

Menyokong pandangan Datuk Mohamed Daud, ada sebilangan pemimpin PAS berkata parti itu akan menghadapi masalah jika ia tidak dipimpin golongan ulama kerana asas parti itu bercorak Islam.Hanya pemimpin yang mempunyai pengetahuan mendalam tentang Islam akan tahu hala tuju parti itu pada masa depan.

Namun ada pihak yang kurang bersetuju dengan pendapat itu sambil menambah bahawa perlembagaan parti itu tidak menyebut presiden dan timbalan presiden mesti terdiri daripada golongan ulama.Tambah mereka, faktor penting seseorang pemimpin parti adalah kebolehan memimpin, mendapat kepercayaan rakyat dan dirinya dihormati.

Perdebatan dijangka terus hangat kerana sebahagian besar daripada sejuta anggota parti itu merupakan orang Melayu beragama Islam.

Cuma apakah PAS akan terus mendapat sokongan Melayu jika parti itu terus kekal menjadi anggota PR yang merangkumi berbilang kaum dan agama? Apakah jaminan mereka yang bukan Melayu akan turut menyokong parti itu?Tidak syak lagi para pemimpin parti itu berasa khuatir bahawa ulasan Datuk Mohamed Daud itu hanya menimbulkan perpecahan di kalangan anggota PAS menjelang pemilihan pucuk pimpinan parti.

Sayogia, PAS pernah menjadi parti komponen Barisan Nasional (BN) semasa parti itu di bawah pimpinan Datuk Asri Haji Muda.Tetapi parti itu keluar daripada BN kerana para pemimpin PAS mendapati penyertaan parti itu tidak menguntungkan.

Mereka mendakwa apa saja kebaikan yang dilakukan parti itu, terutama dalam memajukan agama Islam di Malaysia, Umno yang mendapat nama baik, bukan PAS.

Dalam pada itu masih ada sesetengah pihak dalam PAS yang mahu mengadakan rundingan dengan Umno dari masa ke masa. Usaha ini dilakukan presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan timbalannya, Encik Nasharuddin Mat Isa.

Kerana rundingan itu, ada pihak yang bertanya sama ada PAS berminat kembali menyertai BN.
Sementara itu, ada sebilangan golongan profesional dalam parti itu yang berpendapat walapun parti itu berasaskan Islam, pucuk pimpinan parti itu mestilah terdiri daripada mereka yang benar-benar layak sama ada mereka daripada golongan ulama atau profesional.

Kriteria ini dianggap jauh lebih baik daripada hanya menetapkan bahawa jawatan tertentu dalam parti dikhaskan untuk golongan ulama semata-mata.

Golongan profesional dalam PAS juga berpendapat bahawa dalam konteks menyatupadukan rakyat Malaysia sebagai satu bangsa, tanpa kira agama atau keturunan, parti politik di tanah air, sama ada yang bercorak Islam atau tidak, perlu mengamalkan dasar lebih liberal sesuai dengan kehendak masyarakat majmuk di negara itu.

Golongan itu juga berpendapat masa depan PAS terletak pada kebijaksanaan para pemimpinnya dalam menjalin hubungan kerjasama dengan dua parti politik berbilang kaum iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Tidak hairanlah jika golongan konservatif dalam PAS menggelarkan golongan liberal itu dengan nama julukan Erdogans - sempena nama Perdana Menteri Turkey Recep Tayyip Erdogan yang dianggap sebagai seorang pemimpin Islam yang liberal.

Berbalik kepada isu kepimpinan PAS, sebahagian besar anggota dan penyokong PAS berharap perdebatan sekarang tidak akan melemahkan perpaduan parti itu sehingga boleh menjejas prestasi parti tersebut, selain memainkan peranan penting sebagai anggota PR.

Mereka juga berharap isu itu tidak harus diperbesar sehingga menjejas perpaduan parti.
Mereka masih percaya dengan sokongan yang diterima parti itu sekarang, ada harapan parti itu mampu memberi saingan hebat kepada BN dalam pilihan raya umum akan datang, yang dijangka diadakan menjelang 2013.

Monday, June 1, 2009

Harun Din mangsa terbaru transformasi Husam

Transformasi apa sebenarnya yang ingin dilaksanakan Husam didalam PAS, adakah Husam juga terpengaruh dengan idea pencerahan Eropah sepertimana Anwar Ibrahim? Gerakkan memperlekehkan golongan ulama didalam PAS kelihatan seperti ada gerakan tersusun, adakah Husam terlibat sama...


Gara-gara mengkritik Husam dan kelompok Anwarisme sewaktu di Taman Melewar, Timbalan Mursyidul Am PAS kini menjadi mangsa terbaru kelompok Erdorgan didalam PAS untuk diperlekehkan, sebelum ini Presiden PAS Haji Hadi Awang, Ustaz Nasharudin, Ustaz Nik Abduh pernah menerima nasib yang sama. Walaupun perkara ini sebelum ini dianggap mustahil wujud dan tidak masuk akal, namun disebabkan idea transformasi Husam dan pengaruh Anwarisme didalam parti, cercaan dan sindiran kepada ulama kini seakan bermain di kalangan kelompok erdorgan didalam PAS. klik sini

Jika Anwar selalu mendendangkan perubahan dan reformasi untuk mengubah wajah Malaysia, istilah tranformasi pula digunakan Husam untuk memberi wajah baru kepada diri PAS.

Kata transformasi sebenarnya diambil dari terjemahan kata transformation (Bahasa Inggeris). Istilah tranform menurut Neufebet dan Guralnik dapat diertikan sebagai perubahan, dan tranformation dapat diterjemahkan sebagai proses perubahan.

Dalam konteks yang lebih luas, transformasi mencakupi bukan saja perubahan pada bentuk luar, namun juga pada hakikat atau sifat dasar, fungsi, dan struktur atau karakter sesuatu kelompok atau masyarakat.

Pada hakikatnya tidak ada yang baru mengenai “transformasi ”. Secara umum ia menyiratkan suatu fahaman yang mendasari perubahan masyarakat atau kelompok yang diwakili dan budaya untuk bertindakbalas ke atas faktor-faktor seperti pertumbuhan ekonomi, perang, atau pergolakan politik.

Sebagai contohnya masyarakat desa yang terlibat dengan ekonomi pertanian, transformasi pertanian akan dapat memberi imej baru kepada industri tersebut sekaligus dapat dipandang sebagai cerminan transformasi sosial masyarakat desanya. Dalam pengertian yang lebih luas ia dikaitkan dengan proses perkayaan sosial-budaya desa, transformasi masyarakat desa juga dapat dipandang sebagai proses modernisasi atau pembangunan.




Transformasi sebenarnya sangat berkait dengan globalisasi. Pada tingkat yang paling umum, globalisasi bererti sebuah proses perubahan yang mempengaruhi seluruh wilayah di dunia dalam sektor yang beragam termasuk ekonomi, teknologi, politik, media, budaya, dan lingkungan.

Antara kaum yang sering dikaitkan dengan tranformasi ini ialah kaum Yahudi, sewaktu kejatuhan kerajaan islam Cordova. Setelah Ferdinand dari Aragon dan Isabella menjatuhkan empayar Islam Andalusia (Sepanyol), Raja Ferdinad dengan diketuai gereja telah menjalankan misi pembersihan kaum ‘infidel dan heretic’ secara kejam dan besar-besaran.

Pada masa itu orang Islam dan lain-lain agama telah dipaksa untuk memeluk agama Kristian. Sekiranya ingkar penganut agama islam akan diseksa dan dibunuh dan mayat2 akan dicampakkan ke dalam lubang besar dan dikambus beramai-ramai seperti bangkai binatang. Tidak ketinggalan yang menjadi mangsa buruan puak gereja ini ialah bangsa Yahudi. Bangsa Yahusi dianggap musuh utama Kaum Kristian selepas Islam. Yahudi dibenci oleh pemerintah kerana diangap pembunuh Isa Al-Masih dan dianggap sebagai pengkhianat dan bangsa yang ingkar, kafir serta punca kerosak. Pada masa itu kaum Yahudi diburu dan dibunuh oleh tentera gereja Kristian.




Akhirnya Raja Ferdinand memberi ultimatum kepada bangsa Yahudi. Pilihan yang diberikan ialah memeluk Kristian dan menukar identiti Yahudi atau diusir keluar dari Sepanyol. Raja Ferdinand mendapat wang rasuah yang banyak untuk memberi pilihan kepada bangsa Yahudi daripada keluarga-keluarga Yahudi yang ternama dan kaya raya. Keluarga Yahudi ini kemudian menukar identiti Yahudi mereka dengan menggunakan nama Kristian.

Dengan melakukan transformasi dan penyamaran akhirnya orang Yahudi di Sepanyol pada waktu itu dapat menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa pembunuhan. Selepas itu orang Yahudi ini bukan sahaja menjadi pemimpin-pemimpin penting dengan nama bangsawan Kristian tetapi turut menghapuskan bukti sejarah dengan menulis kembali sejarah yang palsu. Buku-buku sejarah yang benar dibakar dan dimusnah satu persatu. Kelicikkan yahudi dalam melakukan transformasi ini menyebabkan mereka tergolong dalam golongan bangsawan, ketua gereja, pemimpin politik, pedagang bahkan mengusai Istana.



Dikatakan juga Raja Ferdinand sendiri dan pengasas Inquisition iaitu Ketua Paderi Besar Tomas de Torqemada di Andalusia juga adalah keturunan Yahudi yang merahsiakan identiti mereka selama-lamanya. Orang Yahudi juga selepas itu menguasai seluruh kerajaan Sepanyol dengan transformasi dan penyamaran abadi mereka. Seterusnya mereka keluar dari Sepanyol dan bergerak ke seluruh Eropah untuk menguasai gereja, istana, gedung-gedung dan institusi politik di Eropah. Perang dunia kedua menyaksikan Lord Rothschild, Yahudi dan orang yang paling berkuasa di Eropah dan mencorakkan dunia pada masa itu termasuk menempatkan orang-orang Yahudi penganut Zionisme di Palestin.




Hasil kelicikkan golongan ini juga menyaksikan pemerintahan Bani Uthamaniyah jatuh tersungkur di Turki digantikan dengan sekularisme.

Di tangan kelompok inilah juga juga Perjanjian Balfour telah temeterai. Selepas itu eropah dan Amerika Syarikat dikuasai oleh Yahudi dengan penyamaran abadi mereka.Sewaktu zaman pencerahan eropah atau
Zaman Enlightenment , satu transformasi dikalangan orang Yahudi telah berlaku, ia berlaku kerana sebelum itu orang Yahudi hidup dalam tekanan kerana disisihkan oleh bangsa Eropah, melalui tranformasi ini orang Yahudi telah bersatu dan kemudiannya mengusai eropah hasil dari reformasi yang dilakukan dikalanngan penganut Kristian.Hasil dari transformasi tersebut juga kita menyaksikan orang yahudi ini meniupkan sentimen membenci golongan gereja dan mendesak reformasi agama dilakukan terhadap agama Kristian.



Soalnya tranformasi bagaimana yang ingin dilakukan Husam ke atas PAS, adakah beliau juga mengambil contoh tranformasi orang Yahudi semata-mata untuk berkuasa, sepertimana slogan reformasi Anwar yang juga diambil dari pencerahan di eropah untuk memulakan projek Asia Renaisance yang dipeloporinya disebelah rantau Asia.