Sunday, May 31, 2009

Harun Din menolak Erdorgan

Dr Harun Din dikhabarkan meminta Mat Sabu dan Husam Musa memberi laluan kepada Nasharudin untuk mempertahankan jawatan Timbalan Presiden Parti, namun saranan ini ditolak oleh Husam.

Cengkaman Anwarisme didalam PAS seakan kian parah, apabila pengaruh Erdorgan begitu kuat menguasai parti. Muktamar yang akan berlaku dalam tempoh terdekat ini dilihat akan menyebabkan PAS akan mengalami transformasi dari dasar pejuanganya. Selepas ini perkataan Islam hanya digunakan untuk mengabui penyokong sahaja, kerana transformasi yang ingin dijalankan Husam akan berpegang kepada mazhab yang dipegang oleh Anwar.


Jika kemenangan Anwar didalam Politik Malaysia akan disukai pihak barat, kemenangan Husam juga dikatakan akan disenangi oleh Amerika. Ini kerana selama ini pihak barat seakan sukar untuk mengaturkan dan "remote" kepimpinan PAS. Amerika dan barat sebenarnya begitu menginginkan PAS kerana pihak barat seboleh mungkin ingin mengawal pergerakan kumpulan Islam di seluruh dunia. Barat bimbang sekiranya PAS tidak dapat dijinakkan akan menyebabkan PAS akan melihat Iran sebagai rakan karib dalam menetukan dasar luar negara jika mereka memenangi pilihanraya nanti.Simpati PAS terhadap kumpulan Hizbullah dan Hamas di lubnan dan Palestin dan hubungan PAS dengan Ihwan Muslimin juga sebenarnya meresahkan pihak barat. Sebab itu barat melalui Anwar sedaya upaya cuba menonjolkan Turki dan Racep Tayeb Erdorgan sebagai alternatif kepada kepimpinan PAS untuk mencari model gerakan Islam di dunia Islam.


Adakah Husam akan menjadi seperti Racep Tayeb Erdorgan? digunakan pihak barat untuk meraih sokongan dunia Islam. Tetapi pada masa yang sama masih berhubung dengan Israel dan barat untuk berkuasa...


Dengan itu direncanakan Erdorgan bergaduh dengan pemimpin Israel dan meninggalkan program di forum ekonomi dunia di Davos, seolah-olah Erdogan mampu menjaga maruah umat islam Palestin. Saat itu seluruh dunia islam menjulang Erdorgan dan media barat memberi liputan yang begitu meluas situasi tersebut.





Beberapa bulan kemudian Ahmadinejab sewaktu persidangan anti perkauman di Geneva, anjuran PBB, mengecam barat kerana Barat menggunakan Holocaust sebagai ‘alasan’ untuk melakukan kekerasan ke atas penduduk Palestin dan kecamannya itu telah menyebabkan semua pemimpin negara Kesatuan Eropah (EU) bertindak keluar dari dewan di mana persidangan. Namun menjadi persolan kenapa media barat melaporkan dari sudut negatif kejadian tersebut, dan ia tidak diperbesarkan sebagaimana tindakan erdorgan yang meninggalkan dewan.

Keadaan ini sebenarnya amat merisaukan Tuan Guru Haji Hadi Awang, Musyidul Am Pas Tuan Guru Nik Aziz dan Timbalan Musyidul Am Datuk Harun Din. Kepimpinan PAS sebenarnya risau tangan-tangan barat akan bertepuk tangan dengan tindakan Husam.Tindakan Husam yang menginginkan jawatan tertinggi parti menyebabkan pimpinan utama resah gelisah, dikhuatiri konsep kepimpinan ulama yang diperkenal semenjak muktamar 1982 hanya tinggal slogan didalam parti. Sehingga saat ini dikhabarkan Nik Aziz masih belum memberi restu kepada Husam untuk bertanding jawatan tersebut dan Husam benar-benar berharap Menteri Besar Kelantan memberi perkenan tersebut.

Di khabarkan juga Nik Aziz terpaksa menawarkan jawatan MB Kelantan sebagai tukar ganti kepada Husam Musa supaya tidak bertanding sebagai Timbalan Presiden Parti pada muktamar ini. Namun Husam Musa menolak kerana beliau ingin berada di peringkaat pusat, ini berlaku kerana Anwar sudah menjanjikan jawatan penting untuk Husam jika Pakatan Rakyat memerintah Malaysia. Anwar tidak melihat pimpinan ulama didalam PAS sebagai calon sesuai untuk berada di dalam kabinat persekutuan tetapi melihat kelompok Erdorgan pimpinan Husam sebagai calon utama untuk mengisi jawatan dalam kabinet.


Dalam seminar ulama di Taman Melewar tempoh hari juga, Harun Din ada menyuarakan kekhuatiran mengenai musuh dalam selimut didalam parti PAS. Ucapan Timbalan Musyidul Am ini menyebabkan ada rasa tidak senang dikalangan kelompok Erdorgan didalam parti sehingga Dr Syed Azman didalam kolum harakah seolah-oleh cuba menempelak ucapan tersebut dengan menyatakan Ustaz Fadhil Noor lebih terbuka berbanding kepimpinan sekarang.

Situasi pertentangan antara kelompok ulamak dan kelompok Erdorgan di dalam parti ini menyebabkan ia merebak ke ruangan internet untuk diperbahaskan oleh penyokong kedua pihak. Dalam keadaan sekarang penyokong Husam dan fraksi Anwarisme sedaya upaya memburukkan imej kepimpinan ulama yang dianggap lesu dan tidak bermaya. Senario ini agak merisaukan kepimpinan parti kerana khuatir peristiwa tahun 1981 berulang kembali.

Harun Din dan Hadi Awang dalam tempoh terdekat ini juga seakan mati langkah apabila Nik Abduh kalah kepada fraksi Husam dalam merebut jawatan kepimpinan Pemuda Kelantan, senario kekalahan Nik Abduh di Kelantan memberi gambaran Husam sebenarnya telah merancang sebegitu lama untuk kumpulan mereka mengusai parti. Dengan bekalan tenaga dan kewangan yang selesa menjadikan kumpulan Husam ini seakan begitu kuat untuk mengusai parti bukan sahaja di kelantan malah di negeri lain, kecuali di Terengganu yang khabarnya terpaksa menangkis kemaraan kumpulan Husam.

Walaupun pencalonan untuk Husam tidak setinggi Nasharuddin namun itu bukan indikator pengaruh Nasharudin kuat. Ini kerana keadaan semasa menunjukkan kebanyakkan perwakilan yang akan berkampung di Shah Alam nanti majoriti terdiri daripada kumpulan Husam. Mungkin akan ada strategi terakhir dilakukan oleh Mustapa Ali untuk menyekat kemaraan Husam, namun dikhabarkan Husam dan kumpulannya sudah bersedia untuk menakluk Stadium Malawati nanti. Saat kemenangan Husam khabarnya akan dinanti oleh Hu Pang Chow iaitu ketua Kelab Penyokong PAS (KPP).
Saat ini walaupun ada usaha untuk menaikan taraf kelab tersebut, namun difahamkan ada desakan ia ditanguhkan kerana bimbang ia akan mempengaruhi kepimpinan parti dimasa akan datang. Kumpulan Husam melalui Mujahid Yusuf Rawa dan Dr Mariah sebenarnya akan meraih keuntungan besar jika KPP diperkukuh dengan dinaik taraf sebagai sayap baru parti iaitu Dewan Penyokong PAS.
Dimasa muktamar akan datang jawatan Presiden PAS sudah pasti akan dimenangi dengan mudah oleh Husam dan kumpulannya akan menguasai kepimpinan teratas parti. Saat itu ulamak PAS hanya akan berada di Majlis Syura sahaja dan peranannya hanya setakat penasihat tetapi tidak semestinya diikuti oleh Presiden Parti.

Monday, May 25, 2009

Harun Din-musuh dalam selimut, tuju kepada Anwar?






Apabila Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Harun Din memberikan amaran kepada PAS mengenai "musuh dalam selimut' termasuk yang ditaja kuasa asing,sewaktu berucap di seminar sehari kepimpinan ulama kepada siapa sebenarnya mesej itu ingin ditujukan?

Kalau musuh itu adalah UMNO tidak perlu digusarkan kerana UMNO adalah seteru PAS sejak penubuhan parti tersebut lagi, malah mereka menganggap UMNO sebagai musuh disebabkan pendekatan perjuangan yang berbeza. Malah pemimpin PAS seringkali membandingkan UMNO sebagai watak jahat untuk memberikan watak positif kepada parti yang diwakili mereka iaitu PAS. Dan UMNO juga melakukan perkara yang sama terhadap PAS, kerana merasakan prinsip perjuangan UMNO lebih sesuai diamalkan dalam negara seperti Malaysia.

Namun apabila Datuk Dr. Harun Din itu menyebut "musuh dalam selimut" dan dikaitkan dengan negara asing, ingin dilambung kepada siapa sebenarnya bola tanggung tersebut? adakah Husam atau pergi lebih jauh Sifu Husam sendiri iaitu Anwar Ibrahim yang sememangnya dikaitkan dengan negara asing ?

Kalau kita menyoroti arus perjuangan Husam sendiri, selepas pilihanraya 2008 nama Husam tiba-tiba dikaitkan dengan kumpulan Erdorgan oleh sebuah laman dikenali Anti husam. Walaupun wujud pelbagai andaian mengenai laman tersebut tetapi yang nyata ia dikendalikan oleh dalaman PAS yang sudah merasakan Husam akan merosakkan parti PAS dari akar perjuangannya . Semenjak itu nama Husam melekat dengan kem erdorgan yang sekarang merupakan pimpinan Parti AKP yang pemerintah Turki.

Timbul persoalan kenapa Erdorgan dikaitkan dengan Husam, pertamanya Turki dengan Malaysia begitu amat jauh sekali dengan Malaysia, kedua sehingga kini PAS tidak pernah melihat Parti AKP sebagai sebuah gerakan Islam di Turki, sebaliknya mereka melihat parti Refah yang dipimpin oelh Necmetin Erbakan sebagai mewakili kelompok gerakan Islam, disebabkan tekanan pihak tentera parti Refah diharamkan dan perjuangannya diteruskan oleh parti fazilet dan kini diteruskan disambung oleh Parti Saadat.

Racep Tayeb Erdorgan pada asalnya merupakan sebahagian daripada Parti Refah dan pernah menjadi datuk bandar Istanbul, selepas Refah diharamkan Erdorgan bersama recai kutan, Abdullah Gull meneruskan perjuangan dengan menubuhkan Parti Fazilet atau Virtue Parti. Sewaktu Fazilet ditubuhkan Erdorgan telah mula keluar dari akar perjuangan Refah apabila mula lebih Liberal dalam dasar yang dijalankan. Akhirnya ia mencetuskan konflik perbedaan pendapat dengan kumpulan yang menjadikan Refah sebagai akar perjuangan.

Racep Tayep Erdorgan akhirnya bersama ABdullah Gull memilih menubuh parti baru dikenali Parti Persatuan Pembangunan (AKP) untuk meneruskan obor perjuangannya, dengan mengenepikan prinsip asal perjuangan semata-mata ingin berkuasa Erdorgan sanggup menjalinkan hubungan dengan mana kuasa barat. Malah sehingga kini negera tersebut tidak pernah mengagap mereka sebagi kumpulan Islam.

Sewaktu Necmetin Erbakan dilantik menjadi Perdana Menteri dan Refah berkuasa tahun 1995 dahulu, Erbakan lebih menumpukan hubungan antara negara islam sebagai teras dasar luarnya, hasilnya pada hari ini kumpulan D8 iaitu kumpulan membangun negara islam telah wujud hasil usaha Erbakan yang menghimpunkan beberapa negara seperti Turki, Malaysia, pakistan, Indonesia, Nigeria dan beberapa negara lain. Kumpulan ini ditubuhkan agar ia dapat memainkan peranan untuk memberi dan cadangan kepada pertubuhan Persidangan Islam (OIC membantu sesama negara islam. Namun kini kumpulan ini bagai tidak bernyawa apabila pimpinan sedia ada lebih berkiblatkan Amerika berbanding kumpulan islam sendiri.

Umum mengetahui Anwar Ibrahim juga seringkali melobi orang islam di seluruh dunia agar melihat Turki sebagi contoh negara demokrasi muslim.Timbul persoalan kenapa Anwar beria-ia melobi dan berkawan baik dengan Erdorgan. Dan saat Anwar dikaitkan dengan kes liwat terbarunya dengan Saiful Bukhari Anwar pun sanggup menimbulkan polemik dirinya terancam dan mencari perlindungan di Kedutaan Turki Kuala Lumpur, kenapa beliau ke kedutaan tersebut menjadi tanda tanya kita.

Sebenarnya antara Anwar dan Erdorgan mereka mempunyai persamaan yang nyata, iaitu mereka dibangunkan oleh jentera ciptaan Amerika. Dalam keadaan Amerika tidak mempunyai suara di dunia islam disebabkan polisi luarnya yang mengangap Islam adalah teroris dan radikal, Amerika telah mencipta Islam baru dikenali Moderate Muslim yang mendapat pembiayaan sepenuhnya dari pertubuhan yang ada kaitan dengan Amerika seperti Rand Corporation dan juga CSID.

Moderate muslim yang dilihat sederhana ini diberi suntikan dana dan kemudahan dengan matlamat dapat melawan muslim fundamentalis yang berada di seluruh negara islam. Pelbagai kaedah digunakan oleh barat untuk menjayakan usaha ini. Antaranya ekonomi, media, bantuan ketenteraan, khidmat nasihat dan sebagainya.


Hari ini antara kejayaan terbaik kumpulan ini ialah berkembangnya islam liberal di Indonesia dan kekuasaan AKP di Turki. Manakala agenda yang masih lagi belum menampakkan hasil ialah situasi di Afghanistan dan juga di Iraq.


Namun kumpulan ini akan terus mempromosi agenda mereka dengan menyusup masuk ke dalam organisai islam. Di sudan mereka menjadikan Hasan Turabi yang pernah bersama memerintah dengan Presiden Omar Bashir sebagai wakil mereka, kesannya Omar Bashir ditekan oleh Amerika dan dunia barat apabila Hasan Turabi dimasukkan kedalam penjara. Di Indonesia Abdul Rahman Wahid yang dulunya merupakan Kiai berpengaruh, kini dianggap kiai mengarut oleh umat islam Indonesia kerana agenda Islam Liberal dan Pluralisme yang dibawanya. Nahdatul Ulama dan Muhamadiyah menjadi hilang arah tujuan kerana semakin ramai pimpinannya merupakan kumpulan yang ditaja oleh barat untuk menggerakkan Islam Liberal. Hari ini hanya Majlis Ulama Indonesia dan Front Pembela Islam masih belum terpengaruh dengan agenda barat ini. Dan kumpulan ini digasak teruk oleh kumpulan Islam Liberal di Indonesia.


Di dalam Parti PAS adakah Husam merupakan sebahagian daripada agenda barat? umum mengetahui kumpulan Husam saat ini amat kuat membawa propaganda ulama lesu, lambat berfikir dan mengajak ahli Parti supaya lebih terbuka sekiranya ingin memerintah Malaysia. Husam juga seringkali dikaitkan dengan Anwar Ibrahim lantaran hubungan masa silamnya sewaktu di Universti Malaya dan hubungan itu berterusan hingga kini dan intimnya hubungan kedua mereka ini dibongkar di Dubai, saat Anwar dan Husam bertemu dan berbincang peranan yang seharusnya dilakukan Husam didalam PAS sekiranya Pakatan Rakyat ingin memerintah Malaysia.


Sewaktu program Forum Perdana Tranfomasi politik Malaysia di Balai Islam 2008, suatu ketika dahulu Husam mengatakan PAS perlu membuat transfomasi sekiranya ingin memerintah Malaysia. Sekiranya kita memahami hujah Husam, ia membawa erti Husam sebenarnya ingin mengubah PAS dari dalam, dan seolah Husam tidak menerima seadanya pun corak yang dibawa PAS sekarang. Kalau tidak kenapa beliau begitu bersungguh2 meminta PAS melakukan Trasformasi.

TRANSFORMASI menurut Kamus Dewan edisi keempat bermaksud perubahan bentuk (sifat, rupa atau keadaan). Dalam erti katalain, ia merupakan satu peralihan daripada satu dimensi ke satu dimensi yang lain, lain daripada keadaan senario sedia ada yang sudah berlegar di ruang pemikiran ke satu ruang yang lain, lebih baik atau lebih sempurna. Ini membawa maksud Husam tidak mengangap PAS sempurna pun sekarang, berbeda dengan kenyataan Nik Aziz sendiri sebelum ini yang sentiasa mengatakan PAS betul, UMNO salah.

Mungkin ini yang dibimbangi oleh Pimpinan PAS saat ini, kerana musuh dalam selimut ini akan membawa agenda ciptaan orang lain sehingga boleh menyebabkan parti hilang dari akar dirinya sendiri.

Sunday, May 17, 2009

Anwar takut dengan pendedahan Anifah Aman kepada Hillary?

Selepas pendedahan Anifah Aman kepada Hillary Clinton mengenai tindakan Anwar yang menawarkan kepada dirinya jawatan tertinggi dalam kerajaan baru 16 September yang dibentuk oleh Anwar Ibrahim, Anwar pada hari ini telah memberi notis 24 jam kepada Anifah Aman supaya menarik balik tuduhan tersebut.

Yang peliknya Anwar mengangap kenyataan Anifah itu adalah fitnah, jika tidak Anwar akan menyaman kembali Menteri Luar Malaysia yang berasal dari Sabah tersebut. Sebenarnya semua rakyat Malaysia mengetahui akan idea 16 September tersebut, Anwar pada masa itu berusaha sebaik mungkin untuk mempengaruhi ahli Parlimen Barisan Nasional khususnya dari Sabah agar melompat parti ke Pembangkang khususnya ke PKR. Buktinya Tian Chua dan beberapa pemimpin parti telah dihantar ke Taiwan untuk mengikuti lawatan sambil belajar ahli perlimen Barisan Nasional. Idea Anwar itu juga masa itu telah menjadi kritikan dikalangan pemimpim pembangkang yang tidak menyenangi usaha Anwar tersebut.

Timbul beberapa juga kenapa Anwar tidak saman kenyataan Anifah yang mengatakan Anwar telah memburukkan kerajaan Malaysia kepada Amerika Syarikat. Disamannya adalah berkaitan pendedahan tawaran jawatan kepada Anifah.



Kedua mengapa Anwar begitu takut sangat dengan kenyataan Anifah tersebut, adakah beliau risau dan takut kenyataan Anifah tersebut akan menyebabkan imejnya di mata Amerika akan merosot? seperti diketahui Anwar sekarang dalam proses melobi untuk mendapatkan kepercayaan Amerika khususnya pentadbiran Obama, setelah diberi peluang yang luas sewaktu era bush dahulu. Buktinya di Doha Ferbuari lepas beliau begitu beria-ia cuba mengangkat Obama dikalangan pemimpin Islam Liberal yang hadir dalam Forum dunia Islam-Amerika sehingga sanggup mengenepikan perasmian persidangan Parlimen di Malaysia.

Dan menurut Saiful Bukhari di laman blognya Anwar juga akan sekali lagi ke Amerika 5 hari sebelum perbicaraan kesnya didengari di Mahkamah. Mungkin pertemuan itu merupakan antara usaha-usaha lobi terkakhir Anwar untuk mendapatkan kepercayaan Amerika, sebelum beliau dibicarakan.

Friday, May 15, 2009

PAS berdepan kekalahan PRU akan datang?

Cara nizar menangani konflik perebutan kuasa dan gaya pemerintahan di Perak dikhuatiti akan menyebabkan PAS hilang sokongan dikalangan orang Melayu, dan menyebabkan PAS kehilangan sokongan pengundi islam pada pilihanraya akan datang.


Ucapan Nizar Jamalauddin di Dewan Undangan Negeri Perak yang menolak PAS ingin mendaulatkan negara islam dianggap bertentangan dengan hasrat pimpinan parti yang ingin meletakkan Islam sebagai asas perjuangan PAS. Dato' Fadzil Noor sendiri sewaktu muktamar PAS tahun 2000 menyatakan:

"bertolak daripada matlamat perjuangan PAS yang terkandung didalam perlembagaannya yang mana tujuannya (fasal5 (2)) ialah untuk menegakkan sebuah masyarakat dan pemerintahan yang didalamnya terlaksana nilai-nilai dan perundangan islam. Pada keseluruhannya matlamat tersebut memaparkan bahawa tujuan perjuangan PAS ialah untuk merealisasikan pelaksanaan 'penyusunan Pemerintahan Islam' atau 'Islamic Social Order'."

Jika Nizar sendiri berani menyanggah ucapan bekas Presiden yang dihormati ahli Parti, mungkin ini yang menyebabkan ada kerisauan dikalangan sesetengah kelompok didalam PAS mengenai perjuangan Nizar dan kelompok tertentu didalam parti.

Dan mungkin situasi ini yang menyebabkan Pimpinan tertinggi PAS kurang memberi komen atau reaksi mengenai situasi di Perak, kerana mereka nampak PAS khususnya Nizar telah dipergunakan oleh kelompok bukan Islam untuk melaksana agenda mereka.

Sehingga saat ini juga Dewan Ulamak PAS masih membisu bahasa mengenai situasi di Perak tetapi tangkas menegur gejala rasuah didalam parti yang sudah mula berakar umbi. Jika kita amati yang banyak memberi reaksi situasi di Perak adalah datangnya dari kelompok Husam Musa yang begitu beria-ia menguasai parti pada muktamar nanti.

Situasi ini menyebabkan pucuk pimpinan PAS didalam dilema jalan mana yang harus diambil untuk menyelamatkan maruah parti yang sedikit sebanyak tercalar dikalangan orang Melayu. Jika diimbas kembali kemerosotan undian kelompok undi orang Melayu kepada PAS sewaktu pilihanraya Bukit Gantang tempoh hari ia sebenarnya cukup mengusarkan pimpinan Parti. Adalah tidak logik sebuah parti Islam tidak dapat meraih sokongan majoriti dari pengundi Islam tetapi disokong pengundi bukan Islam, tentu ada yang tidak kena pada pandangan pemimpin PAS mengenai situasi ini.

Kenyataan pemuda PAS Perak dua hari lepas juga seolah-olah sudah nampak kerisauan dikalangan pemuda Pas sendiri mengenai situasi di Perak.Dalam keadaan pemimpin DAP dan PKR beria-ia menghentam institusi Istana tiba-tiba Mohamed Zawawi Abu Hasan membuat kenyataan meminta rakyat Perak bertenang dan akur dengan pihak Istana.

Kenyataan Ketua Pemuda PAS itu sebenarnya mendedahkan lagi perbezaan pendapat dikalangan orang PAS mengenai cara menangani situasi di Perak dan masa depan Parti. Nik Aziz sendiri sebenarnya takut keadaan ini jika tidak ditangani dengan betul akan menyebabkan PAS akan kehilangan negeri yang dikuasainya sekarang. Walaupun Husam Musa bernada keyakinan PAS akan mampu untuk menguasai undi orang Melayu dan seterusnya mengantikan UMNO pada pilihanraya akan datang.

Ditambah kekalutan dalaman parti sekarang PAS sebenarnya didalam persimpangan untuk memilih jalan mana demi memastikan parti tersebut sentiasa relevan dan tidak lari dari orbit perjuangan Islam.

Satu pihak ingin melakukan transformasi besar-besaran terhadap kepimpinan parti dengan membawa budaya baru kepada parti dan lebih berimejkan moderat muslim bagi menyegarkan parti yang dianggap lesu dan tidak bijak dalam menangani situasi politik semasa dan satu pihak lagi meminta cara lama dikekalkan demi memastikan kesinambungan dasar-dasar parti yang telah digariskan oleh pemimpin terdahulu.


Thursday, May 14, 2009

Nik Aziz terdiam mendengar bisikan dari Harun Din?

Adakah Anwar yang menyebabkan Nik Aziz berfikir banyak kali sebelum mengeluarkan kenyataan mengenai konflik pergolakkan dalaman PAS?


Sebenarnya apa keributan yang berlaku didalam PAS, sesudah Nik Abduh membongkar kerja-kerja pembantu sesat kepada ayahndanya yang juga Mursyidul Am PAS, kini Ketua Dewan Ulamak PAS Ustaz Mat Daud Iraqi menyentuh perihal masalah politik wang pula didalam PAS, Ya benar ketua Dewan Ulama tersebut hanya memberitahu pemberian baju dan jemputan makan sahaja, tetapi sebenarnya ia sudah boleh dikatakan rasuah pun dalam konteks rasuah...


Namun untuk memastikan ini tidak dibincangkan oleh ahli musuh parti, Umno juga dijadikan punca, inilah sifat PAS sejak dahulu hingga sekarang sekiranyanya terdapat kecacatan pada rumahnya disalahkan tuan rumah yang lain.


Untuk meredakan kekalutan dalaman parti, Nik Aziz di Kota Bharu khabarnya terpaksa mengumumkan penangguhan penyertaan Kelab Penyokong PAS sebagai sayap baru parti yang bertaraf dewan seperti dinikmati oleh kelompok pemuda dan ulamak PAS.


Seperti biasa PAS akan menyalahkan UMNO kerana terpaksa menangguhkan cadangan tersebut. Namun begitu Hu Pang Chaw yang sekarang merupakan Ketua kelab Penyokong PAS menyatakan "kelewatan itu berpunca daripada "masalah dalaman" PAS dan sesetengah pemimpin PAS yang "tidak serius" berhubung penyertaan ahli bukan Islam.


Nampaknya Tok Guru sendiri terpaksa bermain silap mata kerana takut rahsia dalaman terbongkar, jika Hu Pang Chow lebih jujur mengatakan ia berpunca dari konflik dalaman PAS mengapa UMNO dikambinghitamkan, adakah ini strategi politik islam yang selalu dilaungkan oleh pemimpin PAS?

Timbul persoalan apakah sebenarnya yang cuba disembunyikan oleh pimpinan tertinggi PAS sekarang, sehingga membuatkan Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am berkunjung ke Kota Bharu unttuk berjumpa Nik Aziz sebelum sidang media yang mengumumkan penangguhan penyertaan kaum bukan islam ditangguhkan.

Dalam tempoh ini juga ketua Pemuda PAS perak Mohamad Zawawi Abu Hassan di Perak cuba menongkah arus parti apabila meminta penyokong parti itu dan rakyat di Perak bertenang dan bersabar dengan krisis yang berlaku di negeri itu serta menerima apa sahaja keputusan yang bakal dibuat oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah. Kenyataan beliau ini menyebabkan ada pihak didalam PAS kurang senang dengan kenyataan tersebut.

Pelbagai andaian boleh dibuat ekoran tindakan ketua Pemuda PAS Perak tersebut, mungkin didalam PAS kini seolah-olah ada golongan sudah menyedari wujud kumpulan yang cuba memecahbelahkan perpaduan umat islam hasilnya parti PAS sendiri bergolak dan umat Islam di Malaysia tetap kekal bermusuh.

Persoalan kedua ialah apakah bisikkan yang cuba difahamkan kepada Nik Aziz oleh Hadi Awang dan Harun Din sehingga membuatkan Nik Aziz terpaksa memikirkan banyak perkara sebelum dinyatakan dalam sidang medianya di S.U.K kota Bharu. Sebagai makluman, tingkat 1 pejabat Menteri Besar telah mewawarkan pada sidang media itu Nik Aziz akan membicarakan perkara yang penting.klik sini

Dengan tarikh Muktamar yang sudah hampir tiba, detik ini pergolakan dalaman PAS semakin hebat, sekian banyak cerita dalaman cuba dikambus oleh pimpinan parti, lagi banyak gosip-gosip tersiar di media dan mulut.

Saat ini Anwar Ibrahim cuba mengelakkan diri dari terpalit namanya dengan mana-mana tokoh didalam PAS kerana dikhuatiri boleh menyebabkan tokoh2 tersebut kehilangan undi dan sokongan sewaktu muktamar nanti. Namun adakah mungkin ini yang menyebabkan pimpinan parti termasuk Nik Aziz menjadi kelu dan mencari idea untuk meredakan pergolakan dalaman parti yang kalut umpama ribut musim tengkujuh.

Seandainya ribut yang membawa ombak itu kuat nescaya pantai akan berubah kerana terhakis, namun sekiranya benteng dibina terlebih awal mungkin kehadiran ribut ombak hanya mampu membawa percikan air sahaja ke tepi pantai. Agaknya mungkin ini yang cuba difikirakan oleh Nik Aziz sekarang, siapa tahu...




Sunday, May 10, 2009

Bila PAS dihambat dan dikepung idea liberalisme


Apabila kabinet memutuskan persoalan mengenai kedudukan agama anak mualaf, PAS seolah cuba bersuara tetapi tidak sekeras sewaktu perjuangan mereka sebelum ini. Mungkin PAS sedar nada yang keras akan menyebabkan undi kaum cina dan India akan beralih ke pihak lawan. Kalau ada pun hanya dari Mahfuz Omar sahaja yang terbatuk sedikit (itupun dihentam Karpal Singh) dan bukan dari mulut kepimpinan tertingi parti malah mulut Mursyidul AM PAS pun tertutup rapat.
Inilah pengorbanan terbesar PAS untuk menjaga undi kaum bukan Islam, jika dahulu mereka sanggup kehilangan sokongan demi mendaulatkan fasal 5 perlembagaan parti, kini mereka pun turut terkorban dalam permainan demokrasi.

PAS juga sedar nak menyalahkan UMNO seratus peratus mungkin agak sukar, kerana mereka pun melakukan perkara sama contohnya di Perak, Menteri Besarnya begitu berani mengatakan di dalam sidang DUN bahawa tidak ada dasar pun mengenai negara islam didalam Perlembagaan PAS, sedangkah hakikkatnya retorik itulah yang sering dilagukan oleh mana-mana pemimpin PAS sebelum ini.

Ini sekaligus membuktikan bahawa PAS juga sudah terpengaruh dengan idea-idea pembaharuan yang dibawa Anwar Ibrahim ke Malaysia. Soal ditipu no 2 tetapi yang nyata ahli PAS begitu kemaruk dengan idea demokrasi Anwar. Kerana pada tanggapan mereka idea ini akan membolehkan PAS akan berkuasa di Malaysia dan mendapat dokongan mudah rakyat berbilang kaum.

Malah semalam golongan pembaharuan didalam PAS ini sanggup memberi kemenangan kepada calon yang bukan dari golongan pro-ulamak, seperti apa yang berlaku kepada Nik Abduh seorang yang berpendidikan agama yang hebat tetapi tewas kepada lawan yang mempunyai hubungan rapat dengan Husam dalam perebutan Ketua Pemuda PAS Kelantan.


Nik Abduh kalah bukan kerana beliau tidak bagus tetapi kalah kerana berani melawan arus didalam PAS sehingga sanggup mengkritik pembantu bapanya di Tingkat 1 Pejabat Menteri Besar.Tanpa beliau sedari itu merupakan asas musuh politiknya bersatu untuk mengalahkan beliau.


Jika dahulu sekiranya ada kealpaan dari segi pelaksanaan agenda Islam di Malaysia kita mungkin boleh mengharapkan PAS yang menegur kerajaan, tetapi kini perkara itu dianggap mustahil memandangkan PAS pun sudah jauh bebeza dengan PAS dahulu. PAS pun ingin menjaga hati rakan2 bukan Islam dalam Parti DAP dan PKR.

Aturan pertemuan Elizabeth Wong dan Mursyidul Am juga membuktikan PAS sudah mengenepikan moral sebagai halangan untuk bekerjasama. Pada PAS kini masalah moral ialah masalah individu bukan masalah parti, idea ini sebenarnya amat hampir dengan hak individu seperti yang diperjuangkan oleh pertubuhan hak asasi manusia.

Sekiranya pertemuan itu sengaja diaturkan Husam untuk memberikan imej baik kepada Eli dan PKR itu soal lain, tetapi adalah amat pelik apabila seorang yang mengalami masalah moral dan dikaitkan pula dengan lelaki islam masalah moralnya dibenarkan memijakan kaki ke rumah Tok Guru yang di hormati oleh rakyat Kelantan. Orang UMNO Kelantan yang bersolat penuh lima waktu pun tidak dapat memperolehi layanan 5 bintang seumpama itu.


PAS sentiasa akan mengatakan mereka tidak akan keluar dari orbit Islam tetapi hari ini tindakan mereka tidak mebuktikan kata-kata itu, saban hari mereka pun terpesona dengan unsur-unsur liberalism seperti yang dialami oleh parti-parti Islam di Indonesia.

Sewaktu Gus Dur diangkat menjadi Presiden Indonesia suatu ketika dahulu, ada kalangan pemimpin PAS berbanga dengan kejayaan Gus Dur sehingga ada usaha untuk melakukan perjumpaan diantara kepimpinan PAS dan Gus Dur di Indonesia. Pada masa itu PAS begitu teruja dengan kemenangan Gus Dur dan munculnya fraksi-fraksi kumpulan partai Islam di indonesia yang memberi bantuan dan dokongan kepada pemimpin Parti kebangkitan Bangsa itu.

Hasilnya Presiden PAS sewaktu itu telah berkunjung ke indonesia untuk bertemu dengan Gus Dur, namun difahamkan saat-saat akhir pertemuan itu dibatalkan diatas beberapa sebab seperti kekecewaaan dengan beberapa tindakan Gus Dur yang langsung tidak pro kepada Islam sewaktu menjadi Presiden malah menyarankan agar diadakan hubungan dengan negara Israel.

Dulu apabila Amin Rais (tokoh dari Muhamadiyah dan mempimpin Parti PAN) mengatakan kepada Fadzil Noor bahawa Parti PAN tidak akan menjadikan Islam sebagai keutamaan parti, telah menyebabkan Fadzil Noor begitu kecewa.

Waktu itu PAS tidak lagi melihat kepada Parti Kebangkitan Bangsa(PKB) dan Parti Amanat Nasional (PAN) sebagai rakan, tidak seperti sebelumnya kerana parti2 tersebut sudah terlalu liberal dengan dasar perjuangan mereka. Pada masa itu PAS hanya melihat Parti Pembangunan Persatuan (PPP) sahaja sebagai rakan gerakan Islam di Indonesia.

Hari ini tahun 2009, PAS tidak lagi melihat PPP sebagai rakan mereka tetapi mereka lebih rapat dengan Parti Keadilan Sejahtera (PKS), PKS dilihat sebagai gerakan islam terbaru di Indonesia yang mempunyai pengaruh dan kian membesar. Walaupun PKS dilihat hampir mirip dengan perjuangan PAS, Namun ketua umumnya iaitu Hidayat Nur Wahid amat rapat dengan Nucolish Majid seorang tokoh gerakan Islam Liberal di Indonesia dan juga merupakan guru kepada pemimpin tersebut.

Walaupun tidak ada bukti yang mengatakan Hidayat Nur Wahid juga tokoh Islam Liberal tetapi mungkin sedikit sebanyak beliau akan memahami konsep Islam Liberal kerana Nucolish adalah orang yang banyak memberi nasihat kepadanya. Malah sewaktu sidang Dunia Islam-Amerika di Doha Qatar, Februari lalu juga menyaksikan Hidayat telah hadir sebagai angggota persidangan bersama kelompok Islam moderat lain dari serata dunia termasuk Anwar Ibrahim.

Adakah PAS juga masih tertipu lagi kali ini dengan rakannya di Indonesia sama-sama kita saksikan. Jika dulu mereka kecewa dengan apa yang berlaku kepada parti PAN dan PKB di Indonesia yang tidak meletakkan Islam sebagai keuatamaan namun kini PAS pun seakan melakukan perkaran yang sama kerana dalam diam jarum-jarum tersebut kian berpengaruh untuk mengubah hala tuju dasar perjuangan parti.

Timbul persolan kenapa idea-idea pembaharuan begitu nyaring berkumandang di dalam PAS adakah ini semua sudah dirancangkan oleh pihak di luar PAS demi kepentingan mereka, atau ahli PAS sudah letih untuk memperjuangkan apa yang diperjuangkan sebelum ini sehingga sanggup melakukan ijtihad baru corak perjuangan atau halatuju parti.

Saat ini kepimpinan PAS masih menafikan parti bergolak, walaupun realiti pas sudah dihambat gerakan pembaharuan didalam parti, seperti biasa mereka akan mengkambinghitamkan UMNO sebagai ruang untuk menyelamatkan parti dari terdedah keaiban.Tidak kiralah kelompok manapun tetapi itulah hakikatnya walaupun yang merosakkan mereka bukanlah UMNO tetapi rakan sekutu mereka sendiri iaitu PKR.

Mana mungkin UMNO mampu merosakkan PAS dari luar, lebih-lebih lagi kita mengetahui semangat kekitaan didalam PAS adalah amat tinggi dan tidak mungkin UMNO mampu menerobos pemikiran dan hal ehwal dalaman orang PAS. Tetapi PAS tidak sedar PKR yang tidur sebantal dengan PAS dalam diam telah cuba merosakkan PAS dari dalam dengan memperkenalkan idea2 pembaharuan seperti yang dilaungkan oleh kelompok Husam hari ini.

Itulah PAS, disebabkan kejujuran dan kenaifan mereka seringkali ditipu, tertipu dan terpedaya dengan kata manis dari teman tidur sebantal, tetapi pada masa yang sama menuduh orang yang jauh beratus kilometer dari rumahnya sebagai punca mereka anak beranak bergaduh...

Thursday, May 7, 2009

acara rebut kerusi dan merebut gula-gula di Sidang DUN Perak.

Sekumpulan orang awam yang ingin masuk melihat acara hari keluarga Perak di bangunan SUK hari ini





sebelum acara berlansung kumpulan ini bersorak dan yakin akan memenangi setiap acara hari keluarga tersebut



Saat acara rebut gula-gula sedang berlansung, peserta berdebar-debar mendengar syarat pertandingan



Acara hari keluarga Adun negeri Perak hari ini, dimulakan dengan acara rebut kerusi, setelah beberapa pusingan diadakan kerusi itu akhirnya menjadi rebutan antara Sivakumar pelajar tahun dan Ganesan pelajar tahun 2. Saat pusingan terakhir ingin dijalankan tiba-tiba Sivakumar enggan bangun sebaliknya tetap duduk dikerusi tersebut. Ini menyebabkan seketeriat hari keluarga terpaksa menolak Sivakumar sebagai finalis acara merebut kerusi kerana melanggar syarat pertadingan.





Keengganan sivakumar bangun dari kerusi menyebabkan petugas hari keluarga terpaksa mengangkatnya.


Hari keluarga ini juga terpaksa dikawal rapi oleh pihak berkuasa apabila ada kumpulan cuba membawa pasukan sorak masing-masing tanpa memahami acara itu hanya untuk warga adun Perak sahaja.



Bagi acara merebut gula-gula didapati kedua pasukan berusaha bersungguh-sunguh memenangi pertandingan itu, sampai akhir perlawanan tidak dapat dipastikan siapa yang paling banyak mendapat gula-gula tersebut.


Program ini walaupun dijadualkan dirasmikan di sebelah pagi, namun disebabkan kehangatan acara yang berlansung, acara perasmian terpaksa dilewatkan 5 jam dari waktu asal.


Setelah acara ini berakhir didapati beberapa penyokong pasukan yang tewas telah menyuarakan ketidakpuasan hati mereka, didapati mereka mula memberontak dan melakukan protes ke atas pihak penganjur.

Monday, May 4, 2009

Abang nak mee celup ke mee goreng?


"bang nak makan apa malam ni? tanya Azizah kepada suaminya yang dari tadi tersandar di Sofa sambil menonton Tv. "apa-apa jelah abang tak kisah sangat sahut Aziz kepada isterinya.

"bang kalau ayang masak mee celup ok tak?" tanya Azizah. "mee celup!" kata si suami langkah bingkas bangun dari set sofa menuju ke dapur tempat isteri kesayangannya berada.

"mee celup tu apa , cukup ke bahan-bahan untuk memasaknya " tanya Aziz kepada Azizah.

"Eh abang ni, kan aritu kat kota Bharu kita ada makan mee ni kat Pengkalan Chepa , dah lupa ke? tegur Azizah kepada suaminya.

" La ye ke, abang ingatkan itu mee rebus, rupanya mee celup rupanya, senang ke nak buat ?" tanya Aziz lagi.

"Mudah aje bang saya belajar dengan makcik Babsah tu, kan dia orang Kelantan, mula-mula kita kena sediakan sup. Kalau nak sedap kita rebus daging atau perut tu hingga empuk. Rebus bersama rempah sup bunjut adabi. Untuk mee pula kita ambik mee kuning dan kangkung kemudian celupkan ke dalam kuah sup. Lepastu masukkan dalam mangkuk dan curahkan kuah sup tadi serta tambahkan kacang tumbuk, ikan bilis goreng, bawang putih goreng, lobak jeruk, sedikit garam,gula dan serbuk perasa, kemudian masukkan daun bawang dan kemudian perahkan sedikit limau nipis. Kalau nak lagi best kita guna air rebusan gear box dan lemak dicampur sekali." terang Azizah kepada suaminya dengan panjang lebar.



"OOO maknanya mee itu tidak direbuslah ya, sebab tu dipanggil mee celup, patutlah Ustaz Nik Abduh ada sebut hari tu, rupanya ia tak perlu dimasak, pahamlah abang" sungut Aziz.

" Eh abang ni apa yang abang faham ni, saya tidak paham ni" tegur si isteri.

" Takpelah abang beritau kemudian yer, err... boleh tak kansel mee rebus buatkan abang mee goreng, abang tak suka sangat makan yang separuh masak nie nanti sakit perut" tegas Si Suami kepada Isteri.

Sunday, May 3, 2009

Selsema babi agenda Amerika ?


Penyakit berbahaya ini mula menjadi popular apabila dilaporkan lebih 80 orang telah mati di Veracruz, Mexico akhir April 2009. Kemudian ia terus menyerang dengan pantas dan beberapa kematian lagi dilaporkan di New York, Kanada, New Orleans dan Israel.

Swine Flu atau selsema babi bukanlah penyakit baru, ianya telah pun dijumpai pada lewat 1918 di Sepanyol dahulu.Tetapi pada ketika itu, jangkitan hanya merebak dikalangan individu-individu yang terlibat dengan perusahaan khinzir sahaja hanya sedikit terkena kepada orang awam.

Sejak kes di Mexico, laporan berita TV khususnya di Malaysia masih melaporkan kegilaan penyakit ini. Malaysia antara negara yang bernasib baik kerana pantas mengambil langkah kawalan di lapangan-lapangan terbang, stesen keretapi dan pelabuhan.

Namun, penyebaran penyakit Swine Flu selepas tamatnya konflik Gaza perlu diambil perhatian dari beberapa aspek. Ia mungkin dilihat seperti “kejadian alam” tetapi ia sebenarnya juga boleh dirancang.

Permulaan Konspirasi Selsema Babi

Tidak ramai mahu melihat isu Swine Flu dari sudut konspirasi melainkan seseorang itu sememangnya fanatik fakta konspirasi. Maka teori yang kami bentangkan ini, dikira sebagai agenda permulaan untuk menarik perhatian masyarakat tentang sebarang isu dunia.
Semua laporan Swine Flu di akhbar dan TV adalah tepat dan amat meyakinkan dan tiada apa yang perlu dicurigakan. Cuma ada beberapa perkara yang tidak diberi perhatian.
Perkara itu ialah …


Empat hari sebelum terjumpanya kes Selsema Babi di Mexico, Pengarah Makmal Univerisiti Rockefeller iaitu Dr.Ralph Steinman telah diberi Anugerah Perubatan Albine. Anugerah tersebut diberi beserta saguhati USD500,000.

Steimen terpilih kerana sumbangannya dalam penerokaan dendretic cells malah seorang yang pakar dalam penyelidikan imunilogi dan Fisiologi Selular.

Imunilogi adalah penyelidikan khusus dalam imunisasi (pencegahan penyakit) dalam bidang bio-perubatan. Kemungkinan Steimen dan rakan-rakannya akan diberi tanggungjawab palsu utk menangani gejala swine flu.Mengapa Perlu Mencurigai Dr. Ralph Steinman?
Kita perlu mencurigainya kerana beliau merupakan tenaga atasan di Universiti Rockefeller, New York sedangkan kita sendiri sedia mengetahui
David Rockefeller adalah antara penaja utama Perang Dunia Kedua.

Tambahan pula, Rockefeller adalah antara individu yang dijangka akan hadir pada
mesyuarat Kelab Bilderberg yang bakal berlangsung pada 14 Mei 2009 di Athens.
Selain bertugas di Universiti Rockefeller, Steinman juga memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Institut Trudeau. Institut ini merupakan institut yang dilantik khusus oleh kerajaan Amerika dalam penyelidikan vaksin bersama Kementerian Pertahanan Amerika.


Pada 1 Oktober 2008, Presiden Bush telah mengeluarkan suatu dana yang amat besar iaitu USD1.6 juta, khusus untuk menampung kos penyelidikan pemvaksinan.
Dengan wang sebanyak itu, Institut Trudeau dan saintis-saintis US Navy telah diarahkan bekerjasama oleh kerajaan Amerika untuk membangunkan satu vaksin jenis Pandemic Influenza. Vaksin ini khusus dalam pencegahan kepada sebarang bentuk selsema yang dibawa oleh binatang.

Usahasama antara Institut Trudeau dan US Navy ini dilaporkan sendiri di dalam buletin Institut Trudeau pada Oktober 2008.

Amerika Dalang Wabak Selsema Babi
Seperkara yang perlu kita teliti, sekiranya suatu vaksin yang berkaitan selsema telah dibangunkan pada 1 Oktober 2009, apakah ada kemungkinan kerajaan Amerika telah pun mengetahui bahawa Selsema Babi akan berlaku? atau mereka sendiri yang meranang sebaran wabak itu?

Kerajaan Amerika amat disyaki sebagai dalang bagi penyebaran wabak ini. Jika tidak masakan Presiden Institute Trudaeu, Dr. David Woodland boleh mengeluarkan kenyataan di bawah pada suatu sidang akhbar sempena Hari Anugerah Perubatan pada 1 Oktober 2008;
“Clearly we have a consensus that there is significant concern regarding the possibility of another pandemic occurring,”
Jika sekiranya ada di antara rakyat Amerika sendiri yang telah mati kerana Selsema Babi, apakah pula faedahnya bagi kerajaan Amerika menyebarkan Selsema Babi ini?


Sumber ibnuyaacob