Tuesday, April 28, 2009

PKR : pecat 16 orang, lantik Tian Chua Pengarah Strategik PKR ganti Saifudin

Adakah tersebarnya gambar ini di media telah menyebabkan Saifudin hilang jawatan Pengarah Strategik PKR ?

Dalam mSTAR tertulis begini.

PKR: Pecat 16 orang, lantik Saifuddin Pengarah Pilihan Raya ganti Azmin.

Tetapi saya mahu baca begini :

PKR : pecat 16 orang, lantik Tian Chua Pengarah Strategik PKR ganti Saifudin.

Tanpa ribut tanpa hujan Anwar telah merombak kepimpinan parti, Saifudin diberi tugas baru iaitu pengarah pilihanraya mengambil kedudukan Azmin dan Azmin mengetuai pasukan khas parti. Timbul tandatanya mengapa Anwar menukar posisi Saifudin dan diberikan kepada Tian Chua, adakah kerana Saifudin dianggap tidak cekap dalam menjalankan tugasnya? Umum mengetahui saat pilihanraya di Bukit Silambau tempohari, telah tersebar gambar pertemuan antara Walter Chia dan Saifudin Nasution di Kelab Cinta Sayang di Sungai Petani. Tersebarnya gambar tersebut telah menyebabkan pucuk pimpinan parti terpaksa mengambil langkah drastik bagi menjaga nama baik parti. Dan yang dipersalahkan dalam perkara tersebut ialah Saifudin kerana tidak berhati-hati mengaturkan pertemuan dengan Walter Chia.

Kejadian di Sungai Petani tersebut hampir-hampir membuatkan rahsia PKR terbongkar kepada umum, dalam tempoh itu juga kalau kita masih ingat Lokman Nor Adam ada mendedahkan hubungan PKR dengan George Soros melalui peranan yang dimainkan oleh Tian Chua tetapi ia lantas dinafikan oleh Khalid Ibrahim di Klang.

Bagi membetulkan keadaan Anwar terpaksa melantik Tian Chua bagi mengambil alih peranan yang dilakukan oleh Saifudin sebelum ini. Lantikan Tian Chua ini pada Anwar dianggap tepat kerana kedudukan Tian Chua sebagai aktivis NGO memungkinkan ia mudah mengadakan hubungan dengan pihak luar tanpa dipersoalkan oleh musuh parti.
Umum tahu selain bergiat dalam PRK Tian Chua juga adalah merupakan penggerak kepada NGO yang dinamakan HAKAM (Hak Asasi Manusia) dan ARDA (Alliance for Reform and Democracy in Asia). Klik di sin melalui NGO ini Tian Chua dapat mencari dana untuk membiayai aktiviti NGO dan kerja-kerja yang boleh menguntungkan PKR. Anwar juga tahu jika ada tuduhan melibatkan PKR dengan pihak luar, mereka akan dapat memberikan alasan itu pertemuan NGO yang diwakili oleh Tian Chua sahaja dan tidak melibatkan kepentingan parti.

Pelucutan jawatan Saifudin sebagai pengarah Strategik PKR juga dikaitkan dengan dua faktor pertama kedudukkan dirinya yang mempunyai dua ahli Parti, hingga saat ini Saifudin masih lagi merupakan ahli PAS Pokok Sena di Kedah. Anwar mungkin melihat hubungan akrab Saifudin dengan beberapa orang PAS akan menyebabkan banyak rahsia dalaman PKR akan terbongkar. Akhirnya stategi Anwar untuk menguasai PAS akan diketahui oleh dalaman PAS. Langkah terbaik ialah dengan memberikan jawatan lain kepada Saifudin.

Kedua langkah Anwar memecat Saifudin juga dikaitkan dengan usaha Anwar untuk di lihat tidak mecampuri urusan dalaman PAS. Saat ini politik dalaman PAS sudah terbahagi dua satu kumpulan ditunjangi Husam dan satu lagi kumpulan ditunjangi oleh Presiden. Anwar seboleh mungkin untuk mengelakkan diri dari menampakkan dirinya terlibat dalam caturan Husam untuk menguasai PAS, walaupun hakikatnya beliaulah yang menjadikan Saifudin sebagai penghubung dengan Husam Musa.

Peranan yang dimainkan Saifudin sebelum ini amat besar kerana banyak kerja-kerja dalaman PAS telah diketahui oleh Anwar Ibrahim untuk memudahkan kerja-kerja politiknya. Sebelum dilantik menjadi pengarah Strategik PAS, Saifudin merupakan Pengurus Yayasan Tok Kenali yang merupakan yayasan ditubuhkan kerajaan Negeri Kelantan berpusat di Kota Bharu. Saat itu Saifudin telah mempunyai hubungan yang baik dengan beberapa pihak PAS di Kelantan termasuk Husam Musa dan mempunyai akses yang begitu kuat dengan pucuk pimpinan PAS negeri.

Tapi itu dulu saat Anwar memerlukan Saifudin, kini jawatan itu sudah tidak layak untuk dipangku Saifudin lagi dan kini dibebani tugas yang dilihat menyekat hubungannya dengan pihak lain dan menumpukan kerja-kerja perancangan pilihanraya sahaja. Itulah bijaksananya manusia bernama Anwar dalam mengekploitasi orang demi kepentingan dirinya, saat diperlukan ia disayangi saat tidak diperlukan ia di jauhi.


Friday, April 24, 2009

bila suara tingkat 1 mempengaruhi Kota Darul Naim

Adakah keberanian Ustaz Nik Abduh mampu menyelamatkan PAS dari terlena dengan mainan pendokong liberalis didalam Parti?


Siapa sangka yang menghuru hara politik PAS sekarang ini adalah para wazir tingkat 1 Kompleks Pejabat Menteri Besar di Kota Darul Naim, iaitu pusat Pemerintahan Negeri Serambi Mekah, Kelantan Darul Naim.

Suara tingkat 1 nampaknya begitu berani mengadu-dumba Tok guru Nik Aziz dan Tok guru Hadi Awang, hingga dilihat PAS mempunyai dua nakhoda dan satu kapal. Soalnya tentu ada tangan yang mempengaruhi suara tingkat 1 ini, semua maklum suara tingkat 1 ini kemungkinan besar adalah adalah setiausaha sulit, setiausaha politik, pegawai akhbar dan pegawai khas serta kumpulannya, kelompok inilah yang selalu mendampingi Menteri besar.


Menurut Nik Abduh dalam blognya golongan inilah yang telah memberikan maklumat yang tidak tepat kepada Ayahndanya Menteri Besar Kelantan sehingga wujud perbezaan pendapat mengenai unity goverment dikalangan kedua tokoh PAS tersebut .
Wujud tanda tanya siapa yang mengarahkan suara tingkat 1 ini, adakah ada Tok Dalang disebalik perkara tersebut? mengikut logik tidak mungkin pegawai2 ini berani bertindak demikian jika tidak ada Tok Dalang yang memainkan peranan. Adakah mungkin ia melibatkan si baju kotak merah?

Semua tau si baju kotak merah itu merupakan antara orang yang paling lantang menolak muqabalah dengan UMNO dahulu hingga sanggup mengimaginasi PAS akan berpecah dua jika PAS bersama UMNO mewujudkan kerajaan campuran. Jika begitu bolehkah kita katakan suara tingkat 1 itu adalah suara si baju kotak merah ini yang sentiasa berkiblatkan Anwar ibrahim sebagai Tok gurunya.

Yang menarik Nik Abduh memberitahu:

"Menghampiri proses pemilihan menjelang Muktamar PAS nanti, anda sedang menyaksikan usaha daripada pelbagai sudut dan penjuru, jauh dan dekat oleh sesetengah yang mungkin saja saya sifatkan sebagai sekumpulan ‘pejuang nafsu’ yang tersusun untuk memisahkan di antara ulama yang disayangi rakyat."


Umum tahu saat ini kelompok ulamak didalam PAS seolah dikriktik dan dihentam hebat oleh golongan Profesional pimpinan si baju kotak Merah dan menjadikan kelompok ulamak sebagai kambing hitam untuk mendapat kedudukan. Dalam keadaan ini kumpulan ini sanggup mengunakan kedudukan Menteri Besar Kelantan untuk meraih kepetingan peribadi dan melaga-lagakan dengan Presiden PAS pimpinan Hadi Awang.


Satu persoalan menarik juga menarik untuk di baca apabila Nik Abduh mengatakan:


"Saya memberanikan untuk berhujah bahawa samada BN atau Pakatan Rakyat, kedua - duanya bukan daripada jenis negara Islam. Maka menerima kerajaan mana pun, hujahnya ada dan hujah itu terpakai dengan syarat ketat sebagaimana yang digariskan ugama tersebut."


Apakah maksud Nik Abduh tersebut, adakah ini bererti beliau ingin menjelaskan Pakatan politik sedia ada tidak pun meletakkan Islam sebagai tunjang atau dasar pemerintahan. Ini sekaligus menafikan cakap-cakap orang-orang PAS yang mendakwa pakatan rakyat lebih Islamik berbanding pihak lain.

Jika begitu maknanya orang awam sudah tertipu dengan adu dumba si kelompok Si baju kotak Merah yang selalu mengatakan bahawa mereka ingin mendaulatkan islam tetapi sebenarnya mereka lebih liberalis sama dengan parti yang dinaungi oleh mentornya Anwar Ibrahim.

Isu Manohara, ada dalang disebalik tabir?




Semacam ada usaha untuk memburukkan imej Malaysia dan institusi raja dalam tempoh terdekat ini. Mula-mula terkeluar berita mengenai Manohara diculik oleh pihak Istana Kelantan dan pendedahan penyelewengan pembalakan dan perlombongan oleh pihak Istana Kelantan di di Hulu Kelantan.



Selepas itu berita Manohara diculik dan dizalimi tersebar begitu luas di Indonesia hingga membangkikan perasaan kurang senang masyarakat Indonesia terhadap Malaysia. Di Malaysia portal Malaysiakini seolah cuba jadi nasi tambah apabila terikut-ikut gaya akhbar Indonesia melaporkan berita tersebut tanpa fakta yang sahih dan tepat.



Selepas beberapa hari riuh mengenai isu ini tiba-tiba kenalan kepada kerabat Kelantan itu mendedahkan beliau melihat Manohara dan pasanggannya Tengku Temenggong dalam keadaan ceria dan mesra sahaja dan baru kembali bercuti dari Bukit Frazer. Beliau mempersoalkan bagaimana berita palsu tersebut tersebar dengan begitu cepat di Internet. klik sini



Jika benar dakwaan manohara diculik siapa yang mengizinkan Manohara berkahwin dengan Tengku Temengong, adakah ibu Manohara terlalu teruja apabila anakya disunting oleh kerabat raja yang membuatkan beliau bersetuju dengan perkahwinan anaknya tersebut? mungkin dalam hatinya anak raja Malaysia punya harta yang sama dengan anak Raja Brunai.



Agak pelik isu ini dibangkitkan sebenarnya selepas berlansungnya majlis perkahwinan, seperti ada cerita lain yang menyebabkan Ibu Manohara terpaksa mendedahkan perkara ini di media dan memburukkan kerabat Raja Kelantan.



Tidak semena-mena juga pelbagai video di laman You Tube dihasilkan oleh pelbagai pihak seolah-olah ingin memburukkan intitusi raja di Malaysia, malah yang menyedihkan terdapat video yang memaparkan wajah Seri Paduka yang Di Pertuan Agung dan dikaitkan dengan Manohara. Mungkinkah ada dalang besar yang sedang memainkan peranan dibelakang tabir ini.



Mungkin pihak ini seronok melihat hubungan Malaysia dan Indonesia terus tidak mesra dan mungkin juga pihak ini cuba sedaya mungkin ingin memburukkan isntitusi raja di Malaysia demi meraih kepetingan politik . Kerana umum tau terdapat usaha yang begitu jelas di Malaysia yang ingin memjatuhkan sistem pemerintahan beraja demi menguasai politik Malaysia.

Wednesday, April 15, 2009

Hilmi keluar dari persembunyian - mengaku ada skandal dengan Eli


Selepas sekian lama menghilangkan diri, Hilmi pemuda yang dikaitakan dengan exco kerajaan negeri Selangor dikatakan tiba-tiba muncul dan menghubungi seorang penulis politik yang dikenalinya di Taman Melewar (kemungkinan di Markaz PAS). Ahli PKR Ampang ini dikatakan telah mengaku kepada penulis tersebut bahawa dia memang mempunyai skandal dengan Elizabeth Wong.


Hilmi juga menjelaskan tindakkan dia melarikan diri ke Indonesia adalah kerana ingin menyelamatkan imej Parti dan nama baik Elizabeth sendiri. Kerana bimbang terpaksa menceritakan perkara sebenar. Sambil menolak gambar tersebut dirakam oleh beliau, beliau mengaku gambar-gambar tersebut ada terdapat dalam telefon bimbitnya yang hilang.


Munurut Hilmi yang mendakwa dirinya berada di Indonesia sekarang ini, hubungan beliau dengan Elizabeth juga telah berakhir pada bulan Febuari yang lalu, Hilmi juga memaklumkan bahawa kejadian telefonnya hilang juga telah dimaklumkan kepada pemimpin keadilan.


Di sini timbul persoalan jika benar pemanggil itu adalah Hilmi, timbul beberapa persoalan kenapa Hilmi takut sangat dengan pendedahannya akan menyebabkan imej parti PKR akan teruk. Kalau benar begitu maknanya tentu ada benda lain yang lebih teruk lagi dalam PKR yang cuba disembunyikan oleh Anwar Ibrahim dan Azizah.


Persoalan lain yang timbgul ialah jika gambar tersebut bukan diambil oleh dirinya, mengapa Hilmi mengakui gambar tersebut ada didalam telefonnya. Adakah ini membawa maksud tabiat mengambil dan menyebarkan gambar wanita berbogel dalam PKR merupakan perkara biasa dan diretui oleh pimpinan parti?


Memandangkan Hilmi pernah menjadi Pembantu kepada ahli Parlimen PKR, adakah ini contoh imej ahli PKR lain dalam PKR. Sekiranya begitu dakwaan yang mengatakan PKR memang terbuka dan Liberal ada kewajarannya, kerana mereka boleh berskandal tanpa ikatan dan juga mewujudkan hubungan antara muslim dan bukan muslim hingga ke bilik tidur.


Mungkin kenyataan Hilmi ini sudah tidak menjadi kejutan kepada ahli PKR kerana tradisi mereka memang begitu, ditambah lagi dengan adanyan sokongan dari Ulama yang Pro Husam yang seolah-olah menyokong tindakan Elizabeth mengadakan hubungan dengan sesiapa, memandangkan dia berbogel dalam rumah rumah dia.


Sekiranya begitu apalah sangat dengan dosa membuka aurat rambut jika berbogel dan berskandal antara lelaki beragama islam dengan bukan muhrim dari bukan islam telah diterima oleh puak Husam Musa dalam PAS.

Tuesday, April 14, 2009

Husam Musa dilantik Timbalan Presiden Keadilan



Menteri Besar di Negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga khabarnya telah mengkritik Islam Hadhari dan menyarankan agar ia dihapuskan kerana padanya ia adalah strategi orang eropah yang ingin menghapuskan Islam, tetapi sehingga ke saat ini MB tersebut tidak pernah pula mengkritik Islam moderat yang cuba dibawa oleh Amerika melalui Anwar Ibrahim. Malah Tok Guru tersebut saban hari semakin rapat dengan idea-idea yang dibawa oleh Anwar seperti membenarkan pengunaan nama Allah oleh orang bukan Islam walapun dibantah sendiri oleh ulamak PAS yang lain.

Selain itu beliau juga membela Nga Kor Meng yang menbaca ayat Al-quran dengan cara tidak betul dan membuat tafsiran sendiri demi untuk meraih sokongan pengundi Islam. Disini timbul persoalan adakah Ketua Kerajaan negeri yang masih terkejut dengan tindakan perusuh dinegerinya yang membakar kereta baru-baru ini juga telah menerima konsep Pluralisme yang dijaja oleh Anwar Ibrahim dalam projek Islam Moderat?






MB tersebut juga katanya seakan sudah memberi restu untuk mana-mana jawatan tertinggi PAS ditandingi, kata : "Nik Aziz barang perlu diubah, ubahlah".


Maknanya secara halus Mursyidul Am PAS tersebut seolah-olah memberi lampu hijau agar pewakilan mencalonkan calon yang difikirkan sesuai untuk menjawat jawatan2 penting dalam parti. Di saat Nik Aziz mengeluarkan kenyataan tersebut, di Kelana Jaya ceritanya Husam Musa telah dicalonkan oleh pewakilan disana untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS, di samping cuba untuk mengangkat golongan-golongan baru untuk menerajui kepimpinan Parti.

Maknanya pewakilan PAS sekarang sanggup mengantikan Ustaz Nasharudin yang dipilih oleh Allahyarham Ustaz Fadhil Noor semata-mata inginkan kuasa dan lebih mempercayai Anwar Ibrahim berbanding Timbalan yang sedia ada. Sesetengah pendapat ada yang mengatakan Ustaz Nasharudin telah berubah kerana beliau pro kepada Muzakarah dengan UMNO, sebab itu ada desakkan dari akar umbi yang ingin mencalonkan Husam. Sekiranya begitu, kenapa corak yang Husam bawa sekarang tidak dipersoalkan oleh pewakilan PAS?

Adakah PAS (kumpulan Husam) sudah kemaruk kuasa sehingga sanggup mengenepikan tujuan penubuhan Parti? atau adakah pewakilan PAS seolah membutakan hati mereka bahawa kawan yang bersama mereka sekarang iaitu Anwar Ibrahim lebih bagus ideanya berbanding idea Ustaz Nasharudin yang ingin menyatukan orang Islam?



Secara tidak lansung ini membuktikan pewakilan PAS sekarang (yang diketuai Kem husam) sudah dapat menerima Anwar yang selalu memperlekehkan PAS di luar negara dan memperlekeh institusi Islam sendiri termasuk memperkenal idea pemikiran Islam Moderat/liberal bersama Gus dur di Indonesia.


Umum mengetahui Husam merupakan ketua yang mengetuai kumpulan yang pro kepada Anwar didalam PAS yang sebelum ini dikenali sebagai Kem Erdorgan, dan dia telah dicalonkan oleh pewakilan di Kelana jaya yang sebelum itu telah mengorbankan orang Presiden PAS iaitu Roslan Sms untuk diberikan jawatan YDP kepada orang Husam iaitu Ir Izham. klik sini


Dari hari ke sehari, PAS nampaknya seakan semakin gelincir dari Fasal 5 perlembagaan parti apabila golongan-golongan yang pro kepada Anwar ini semakin berani menidakkan matlamat PAS ditubuhkan dengan membawa pendekatan lain dalam memimpin Parti.


Kumpulan ini seolah mabuk dengan retorik Anwar bahawa Indonesia dan Turki adalah contoh yang bagus dalam dunia muslim. Adakah benar kerajaan AKP hari ini mewakili Fraksi Islam di Turki? Klik sini .Jika orang PAS bersetuju dengan pandangan ini, maknanya dalam keadaan tidak sedar musuh yang ingin ditentang oleh orang PAS selama ini sebenarnya sudah berada dekat dengan orang PAS malah orang PAS sendiri sudah terperangkap dengan mainan ciptaan Anwar.


Sekali lagi ini membuktikan Anwar sudah berada dilandasan tepat untuk menguasai Parti PAS, dan NAK TAK NAK kita terpaksa akui Anwar sebenarnya sudah dapat mengengam kumplan Islam ditangan kananya dan golongan Sosialis di tangan kirinya. Ketika ini Anwar akan membelai sebaik mungkin golongan ini dengan pelbagai imbuhan dan jawatan dan tiba saat suatu hari nanti nasib PAS akan sama dengan apa yang dialami oleh Parti Huriyet di Turki suatu ketika dahulu disaat Mustapa Kamal Atarturk ingin beroleh kuasa Presiden Turki pertama.






















Saturday, April 11, 2009

Anwar meraikan kejayaan pertama


Kemenangan PAS di Bukit Gantang rupa-rupanya memberikan kesan yang besar terhadap golongan Pro Ulama dalam PAS, apabila momentum orang Husam Musa (Kem Erdorgan) menaik begitu mendadak. Kesannya Roslan SMS (YDP PAS kelana Jaya dan orang kuat Hadi Awang terpaksa dikorbankan oleh pewakilan PAS untuk membolehkan orang Husam (Ir Izham ) menang YDP PAS Kelana Jaya. Timbul persoalan adakah selepas ini Dr Hassan Ali terpaksa mengaku kalah kepada Puak Husam Musa dalam menentukan halatuju PAS Selangor atau beliau terpaksa beralih angin menyertai Kem Husam ?


Sebelum ini selepas retret PAS di Langkawi, PAS pusat digambarkan cuba membersihkan pengaruh puak Erdorgan (Pro Anwar di dalam PAS) antaranya melalui tindakan PAS Selangor meminggirkan Saari Sungib dan Khalid dari kepimpinan PAS Selangor. Dan sewaktu pilihanraya di Kuala Terengganu yang membawa kemenangan Wahid Endut, dikatakan Kem Erdorgan tidak dibenarkan turun berkempen. Dan kempen disana diterajui oleh PAS Terengganu dan bantuan PAS kelantan sahaja.


Nampak gayanya selepas kemenangan Nizar di Perak rupa-rupaya Kem Pro Ulamak sudah menjadi Panas kerana mereka mungkin akan disisihkan secara terancang oleh kem Erdorgan sehingga menjelang Muktamar PAS yang tinggal beberapa bulan lagi.


Agaknya bangku Presiden, Timbalan Presiden dan bangku naib2 presiden tentu akan semakin panas, adakah mungkin Husam, Khalid Samad, Nizar, Dr Zulkifli, Mujahid dan Dr. Lolo atau Dr Mariah akan cuba bertanding kerusi tertinggi parti? ini yang akan ditunggu oleh pemerhati politik. Sekiranya golongan Kem Erdorgan ini berjaya menguasai pucuk pimpinan parti, orang pertama yang akan gembira tentu adalah Anwar Ibrahim, kerana segala perancangannya akan dipermudahkan lagi oleh orang suruhannya yang mengusai PAS.


Dengan pendekatan terkini yang ada pada PKR seperti bijak dalam kerja-kerja komunikasi dan media tidak mustahil PKR akan dapat mengusai PAS, keadaan semasa membuktikan perkara ini. bagaimana mungkin sebuah Parti yang tidak mempunyai akar umbi yang kukuh dan hanya bergantung kepada pekerja Parti PAS, hari ini beroleh kerusi terbesar didalam bilangan Ahli Parlimen. Kata mudah orang PAS buat kerja, orang PKR dapat nama.


Di Indonesia perkara yang sama pun berlaku, tahun 2004 Parti Demokrat pimpinan Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) hanya mampu meraih 7 peratus dalam Pemilu dan Golkar meraih sekitar 20 peratus, dan akhirnya kedua parti ini mebentuk kolisi untuk bekerjasama, hasilnya SBY terpilih menjadi Presiden dan Jusuf Kala menjadi Naib Presiden. Tahun 2009 hingga saat ini, pengiraan awal menunjukkan parti Demokrat pimpinan Susilo mendahuli 20 peratus undi dan Golkar hanya mendapat sekitar 13 peratu dan Parti PDI-P pimpinan Megawati meraih 14 peratus.


Penganalisis politik Indonesia mengatakan kemampuan Parti Demokrat meraih undi yang banyak berbanding Parti Golkar kerana rakyat indonesia hanya nampak SBY disebalik keteguhan pemerintahan kolisi Golkar dan Demokrat.Walhal cerita sebenarnya kelicinan pentadbiran SBY kerana jentera pentadibiran banyak dibantu oleh ahli parti Golkar yang berada di seluruh pelusuk Indonesia berbanding Demokrat yang banyak tertumpu di Pulau Jawa. Namun disebabkan kerja2 komunikasi dan media yang dijalankan oleh Parti Demokrat begitu baik , Parti tersebut lebih mendapat keuntunggan berbanding Golkar.


Sama-sama kita nantikan bagaimana nasib PAS apabila orang Husam diberi kepercayaan menguasai parti nanti.




Wednesday, April 8, 2009

Bila dendam membara ....segala dihalalkan


Terkejut bila membaca tulisan wakil rakyat cina islam ini;


" ...Anehnya UMNO mengikut trend PAS dengan berdoa juga diakhir perhimpunan.Cuma bezanya PAS dengan BN adalah Ulama' terkenal dan yang aminkan semuanya insya Allah taat kepada hukum ALLAH. Semuanya sembahyang dan menutup aurat bagi yang muslimatnya.Pelik bin ajaib sebelah BN tukang baca doa pakai topi dan tok jahil. Ahli yang aminkan adalah pelanggar hukum ALLAH ..."


Adakah wakil rakyat Cina Islam ini sudah riak sebegitu rupa dengan sedikit kemenangan yang diberi oleh Allah hingga sanggup mengatakan doa adalah trend PAS, bukan kah doa itu adalah trend Islam? adakah salah seorang muslim memakai topi? yang mengejutkan pula dengan sewenang-wenangnya Cina Islam mengatakan orang UMNO adalah tok jahil dan adalah pelangar hukum Allah.


Teringat kisah di Zaman Nabi dahulu sewaktu beliau berada di Taif Nabi Muhamad pernah dibaling batu hingga berdarah dan pelbagai cercaan dan kecaman yang diterima namun Nabi Muhammad tetap sabar dan tabah menyebarkan dakwah islam, namun nabi Muhamad tidak pernah memaki pun orang tersebut malah sentiasa mendoakan orang tersebut agar diberikan hidayat oleh Allah.


Bebeda dengan Cina islam yang mendakwa mewakili Parti yang memperjuangkan Islam, saya tidak fikir itu cara yang sesuai digunakan untuk berdakwah kepada sesiapa hata kepada orang yang tidak sehaluan dengannya. Adakah Cina Islam sedar Orang UMNO pun mengamalkan ajaran sunnah wal jamaah sama denganya yang berbeda hanya pegangan politik sahaja, seharusnya wakil rakyat tersebut bersyukur kepada Allah kerana orang UMNO pun sudah berdoa sama bukan mencerca dan memaki hamun orang yang tidak sebulu dengannya.


Seharusnya Cina Islam ingat Sabda Nabi, maksudnya;


“diakhir zaman kelak, yang masuk neraka dulu adalah para ulama”.


Nabi Muhammad tentu mempunyai justifikasi yang tinggi untuk bersabda demikian. Antara kemungkinannya adalah mungkin kerana di akhir zaman kelak, orang yang alim dalam bidang agama akan tidak berperanan sebagai ulama yang sebenarnya. Dengan kata lain merekalah yang akan menyesat dan memecahbelahkan ummah.


Ini tidak menjengkelkan jika kita lihat di Indonesia, ulama besar seperti Gus telah hanyut didalam dunia yang diciptakan sendiri apabila sanggup di baptis oleh orang Kristian dan menggalakan pluralisme dikalangan orang islam di Indonesia.


Begitu juga dengan Ali Abdul Raziq di Mesir juga dianggap sesat oleh Ulama Al-Azhar kerana membawa pemikiran yang melampai skop akidah islam.


Seharusnya PAS sebagai gerakan Islam menggunakan pertimbangan yang sesuai dalam meletakkan dirinya sebagai suara dan obor islam. Kegelinciran pelaksanaan akan menyebabkan parti itu hanyut seperti mana yang berlaku keapda pihak2 yang mendakwa mewakili islam sebelum ini.

Tuesday, April 7, 2009

media baru, kita dimana?

Sebenarnya cukup rimas memerhatikan kumpulan-kumpulan penyokong parti politik di alam maya memperjuangkan pendirian masing-masing samaada blogger yang menyokong Barisan Nasional atau Blloger yang menyokong Pakatan Rakyat, segala mungkin propaganda dikeluarkan dengan tujuan untuk menjatuhkan karekter lawan atau musuh masing-masing.
Samada propaganda itu betul atau salah itu cerita lain, bagi kelompok penyokong fanatik ini akidah mereka harus dipertahan walaupun mungkin propaganda tersebut sebenarnya boleh memberikan imej yang tidak baik kepada perilaku penulis sendiri. Sebagai contohnya memberikan maklumat palsu atau maklumat yang mengaibkan individu. Yang kelakarnya penulis yang sudah lama berkecimpung dengan dunia penulisan pun seakan terikut rentak membuat perkara sama.
Inilah senario media arus baru hari ini tiada siapa dapat mengawal media ini , mungkin di saat ini Pengamal Media dan komunikasi di pelbagai universiti sedang memerhati dan membuat analisis dengan tekun, sejauhmana pengaruh media baru ini kepada pembentukan tanggapan umum.
Pengamal sarjana barat seperti Schnake (1987) mengatakan Komunikasi adalah satu proses perkongsian maklumat, yang menghubungkan antara individu, kumpulan, dan organisasi. Dalam proses sosial yang lebih luas, komunikasi mengandungi beberapa fungsi penting iaitu memberitahu dan diberitahu, memujuk dan dipujuk, mengajar dan belajar, meraikan dan diraikan.
Dahulu setiap pengamal media ini amat terikat dengan prinsip dan etika kewartawanan sebelum mereka menghebahkan sesuatu berita, ini dilakukan untuk mengelakkan persepsi mengatakan sesuatu laporan itu hilang kredibiliti dan dikatakan tidak bertangunjawab.
Di Malaysia bidang komunikasi mula berkembang dengan penubuhan pembagai pusat pengajian Media di UITM, UM dan UKM dan UPM pada tahun dengan memperkenalkan pelbagai kursus komunikasi dan media.
Pada tahap awal perkembangan pengamalan bidang ini, kebanyakkan pengamal komunikasi di Malaysia lebih menekankan komunikasi pembangunan iaitu meletakkan kepentingan negara melebihi kepetingan individu.
Namun hari ini sejajar dengan perubahan semasa, konsep komunikasi pembangunan yang dipraktikan selama ini sudah ketinggalan kerana ketika ini, komunikasi yang memaparkan ketelusan berita menjadi keutamaan. Konsep media bebas ini sebenarnya ditiru dari negara barat yang sudah mencapai kejayaan negara mereka dan golongan ini sebenarnya meletakkan kepentingan individu melebihi kepentingan nasional dalam sesuatu laporan berita dan ia bertentangan dengan komunikasi pembangunan. Sebagai contoh cuba kita perhatikan kenapa tajuk berita NTV 7 berbeza dengan RTM.
Di negara barat kebebasan media wajar digunakan kerana tahap negara mereka sudah berada dikalangan negara maju, sebagai negara maju masyarakat mereka lebih matang dalam menilai sesuatu bahan berita.
Ini amat berbeda di negara membangun kebebasan media yang terlampau mungkin akan meyebabkan akan wujud arus pemikiran yang luar biasa sehingga boleh menggangu proses pembinaan negara.
Hari ini bentuk komunikasi media arus baru ini membuatkan seolah-olah etika kewartawanan harus diketepikan sama sekali dalam pemberitaan.. dan mereka hanya tahu melaporkan tetapi tidak mahu bertanggungjawab dengan laporan mereka...
Kesannya ia akan menyebabkan wujud pendapat umum sehingga berita yang tidak pasti akan dianggap betul, inilah bahana kesan media baru...
Dalam keadaan ini pihak pemerintah yang leka dalam aspek ini akan tertekan kerana terdapat banyak persoalan dikalangan masyarakat yang ingin mengetahui perkara sebenar, walhal cerita tersebut tidak pernah terfikir dikalangan pihak pemerintah.
Di Amerika kesan media baru telah menyebabkan Obama berjaya menjawat Presiden Amerika Syarikat walaupun di peringkat awalnya kehadiran Obama dipandang rendah oleh penganalisis politik di Amerika.

Sunday, April 5, 2009

beza dua klip video...







Apa beza dua video klip diatas...

Video satu program untuk meraikan Sambutan Hari wanita peringkat kerajaan negeri Selangor dan juga meraikan ulangtahun pemerintahan Kerajaan Pakatan rakyat di negeri Selangor. Program ini berlansung di Hatta Square , Pandan Mewah, Ampang Selangor dan Adun Teratai telah bertindak sebagai tuan rumah. Namun pengisiannya lansung tidak mencerminkan adanya PAS dalam kerajaan negeri Selangor, atau adakah PAS memang sudah menjadi Lembu yang ditarik hidungnya? demi inginkan kuasa mereka menerima sahaja polisi DAP dan PKR asalkan mereka boleh memerintah.

Video dua pula dianjurkan oleh Pertubuhan Kebajikan Cina dan Zahid hanya bertindak sebagai tetamu, segala pengisian program ditentukan oleh penganjur, malah kehadiran majoritinya orang Cina.

Ini jauh berbeza dengan video kedua, yang nyata PAS terlibat sama menganjurkannya, adakah PAS cuba menafikannya? Jika tidak masakan Dr Halimah dan Muslimat PAS lain boleh datang sama meraikan karnival tersebut. Mungkin agaknya itu merupakan tandanya PAS sudah menerima program tersebut. Yang menyedihkan lagi ia dirasmikan oleh Isteri Menteri besar sendiri, inilah tahap wanita muslim dibawah pakatan rakyat...yang sanggup mengorbankan prinsip demi kuasa.


PAS mengatakan UMNO terdesak kerana mengunakan artis cina yang seksi, walhal di Selangor PAS, Pkr dan DAP meraikan hari wanita dengan nyanyian dan tarian separuh bogel, inilkah tanda mereka besyukur menjadi wanita...agaknya inilah erti kebebasan pada wanita yang sering dilaungkan oleh meraka, Timbul persoalan adakah ini aturcara program yang mengamalkan amal maaruf nahi mungkar seperti digembar gemburkan oleh kerajaan pakatan rakyat? atau DAP dan PKR sedang berdakwah kepada PAS bagaimana ingin menjadi liberal, sape tau kan..

Agaknya inilah Islam versi Erdorgan/Anwar yang ingin PAS laksanakan di negeri-negeri pakatan rakyat yang mereka memerintah..agaknya tok Guru setuju ke dengan program macam ini? atau akan ada fatwa lain selepas ini nanti...

Fikirkan sendiri...

Friday, April 3, 2009

Anwar akhirnya menjadi Perdana Menteri ~soros



Ekoran kenyataan Lokman Nor Adam di Bukit Gantang mengenai pembabitan Elizabeth, PKR dan Soros, rupa-rupanya membuat MB Khalid Gagap kepanasan sehingga terpaksa menjelaskan dalam sidang akhbar nya di Klang dengan menyatakan pertemuan wakil PKR dengan negera luar adalah untuk memahami erti demokrasi sekaligus menafikan dakwaan Lokman Noor Adam itu.

Bolehkah logik akal menerima hujah Khalid ini, kenapa sampai keluar negara ingin belajar demokrasi alangkah lebih baik kiranya Pimpinan PKR membaca buku Islam dan Demokrasi tulisan Hadi Awang untuk memahami erti demokrasi sebenarnya. Dengan pengalaman PAS selama 48 tahun berjuang dalam politik di Malaysia sudah tentu banyak pengalaman PAS, malah PAS sendiri pun telah mempunyai pusat penkaderan sendiri seperti Kolej Darul Ulum dan akademi kepimpinan pemuda seperti yang dimiliki oleh UMNO Malaysia klik sini.




Namun mungkin PKR langsung tidak berminat dengan PAS kerana mereka bersifat Internasional dan Amerika, Amerikanya parti PKR ini boleh kita buktikan apabila mereka menghantar pemimpin pemuda dan pelapis parti ke franklin covey sebuah konsultan milik Amerika yang beribu pejabat di Lake City, Utah Amerika Syarikat. Bukan tidak bagus kita mencedok ilmu dari barat kerana mereka yang mendahului disiplin ini dalam dunia hari ini, cuma soalnya bukankah lebih baik jika modul latihan itu dibina sendiri oleh rakyat Malaysia kerana lebih menepati aspirasi rakyat Malaysia.





Antara tokoh muda PKR yang dikatakan dilatih oleh pusat latihan kepimpinan tersebut ialah Mohamad Fairus Khairuddin bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang meletak jawatan kerana dikatakan terlibat dengan masalah dalaman parti dan kaitan dengan syarikat kuari di Pulau Pinang.klik sini


Soalnya kenapa Khalid Gagap begitu beria-ia menafikan kenyataan Lokman Noor Adam, Sedangkan siapalah Lokman Adam, beliau hanya exco pemuda keadilan sahaja sewaktu beliau masih didalam keadilan. Kata orang jika takda angin pokok takkan bergoyang, mungkin ini yang menyebabkan Khalid Gagap terpaksa menepis selepas disuruh oleh Anwar Ibrahim. Takut sekiranya ia diketahui dan dicurigai oleh sekutunya Parti PAS.


Bukti lain yang menunjukkan PKR sedang mengikut Amerika ialah apabila kita membaca blog Ibnu hasyim ini, blogger ini memberitau bahawa ada pemimpin muda PKR telah ditawarkan pergi belajar atau berkursus Islam Liberal di Indonesia dengan tanpa mengeluarkan apa-apa biaya satu sen pun. Dan golongan ini diterap supaya menerima pemikiran Nucolish Majid dan menerima idea Syeikh Ali Abdul Raziq. Sebenarnya dua tokoh ini merupakan orang yang memainkan peranan penting memecahbelahkan umat islam kerana pemikiran mereka menyebabkan umat islam semakin keliru dan berpecah. Nucolish terkenal dengan idea Islam Liberalnya sementara Ali Abdul Raziq terkenal dengan pemikiran baru yang di luar kerangka “pemikiran politik Islam” sehingga pernah dilabel sesat.


Inilah PKR parti yang bersembunyi disebalik wajah sebenar mereka, sama seperti imej yang terlekat pada Ketua Umumnya saudara Anwar Ibrahim, seribu satu persoalan pasal dirinya yang masih belum terjawab. Hanya masa yang akan menentukan bagaimana persoalan itu akan terjawab akhirnya.



Tahalluf siyasi versi Biawak hidup



Selepas pilihanraya ke 12 pada Mac 2008, menyaksikan parti pembangkang DAP, PKR dan PAS mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan di Perak, Tahalluf Siasi edisi Perak yang dipilih oleh PAS ialah bersatu dengan DAP dan PKR untuk membentuk kerajaan, dengan kuasa yang ada pada Sultan wakil PAS telah terpilih menjadi Menteri Besar untuk mengetuai kerajaan negeri, walaupun kerusi majoriti memihak pada DAP.


Walaupun Tahaluf Siyasi ini menjadi cabaran besar kepada PAS terutama berhadapan ahli-ahlinya yang sukar menerima muafakat politik seperti sukarnya menerima cadangan muafakat dengan Parti UMNO yang terdiri daripada orang Islam, namun atas dasar ingin berkuasa tahalluf Siyasi Edisi Perak ini berjaya juga akhirnya disebabkan perasaan dendam kesumat kepada UMNO.


Disebabkan Imej PAS amat dekat dengan Islam, maka dikatakan wujud perjanjian Pangkor II untuk membolehkan wakil PAS ini berkuasa, dengan temeterainya perjanjian ini sedikit sebanyak Pihak PAS Perak terpaksa menyesuaikan diri dengan kehendak DAP, hasilnya di Dewan Undangan Negeri perak, Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan itu bercakap begini mengenai negara islam . Inilah agaknya harga paling mahal Tahalluf Siasi Edisi Perak. Nizar juga dalam konteks ini gagal menterjemah dirinya tidak berkait dengan DAP, apabila meluluskan dengan mudah apa saja permintaan DAP walaupun sesetengahnya tidak logik seperti pemberian hak milik tanah kampung baru selama 999 tahun. Walhal perlu disedari kalau bukan kerana PAS, DAP pun tidak akan dapat memerintah.





Dahulunya orang PAS selalu mengkritik orang UMNO kerana bebas bersalam antara lelaki dan wanita, apa bezanya dengan Nizar sekarang? atau sudah wujud fatwa baru untuk mengharusnkannya.

Walaupun keadaan ini dilihat akan membelit PAS tetapi disebabkan ia sudah dipersetujui di peringkat awal perjanjian Pangkor II, PAS Perak terpaksa mempertahan bermati-matian dengan mengatakan cara mereka mentadbir masih lagi dalam keadaan betul. Walaupun selepas itu ada ahli PKR Perak yang terperangkap dengan dakwaan rasuah Seks dan mempopularkan istilah "Seks adalah sedekah ", tapi seolah2 PAS masih membelanya dengan mengatakan itu semua adalah perangkap UMNO. Dalam pada itu mereka terus mendapat sokongan dari Fraksi Anwar didalam PAS seperti Ahmad Awang, Khalid Samad malah Si Husam berbaju kotak sendiri.


Malah Khalid Samad didalam blognya :

" saya begitu bangga bila melihatbsikap pimpinan PAS Perak. Mereka cool mereka tidak menyalahkan PKR dan DAP dan tidak juga memperkecilkan DAP dan PKR. Itu kelemahan calon-calon berkenaan. Kerusi PKR tetap kerusi PKR dan kerusi DAP tetap kerusi DAP...."



Tahalluf Siyasi juga menyebabkan PAS menerima PKR dan saudara Anwar Ibrahim sebagai ketua di dalam Pakatan rakyat. Kata Faisal Tehrani PAS sekarang seumpama memikul biawak hidup, adakah benar begitu yang dihadapi PAS ini, saya tidak berapa mengerti maksud biawak hidup ini, tetapi wikipedia mengatakan biawak merupakan haiwan reptilia yang berdarah sejuk dan membiak secara bertelur. Sebagai reptilia biawak ini boleh hidup di dua alam dan menyesuaikan diri keadaan di darat atau air.


Menurut orang tua biawak juga dikatakan suka memakan bangkai dan mencuri telur ayam, inilah sedikit sebanyak makna Biawak. Jesteru itu, erti Biawak hidup seperti yang selalu disebut faisal tehrani di dalam blognya sebenarnya mempunyai makna amat mendalam sekali menterjemah kedudukan PAS pada hari ini. Adakah suatu hari nanti sekiranya biawak mati dan bangkainya masih berbau PAS akan terus memikul biawak ini? Ini yang menjadi persoalan.


Dalam keadaan memikul biawak hidup ini PAS terpaksa memperakui apa yang dilakukan oleh Anwar dan Pakatan Rakyat adalah betul walaupun bukan sedikit kesalahan PKR dan DAP tetapi demi menjaga Tahalluf siyasi maka dicari ayat-ayat yang sesuai untuk membenarkan perbuatan PKR, DAP termasuk Anwar Ibrahim.


Inilah dilema yang dihadapi PAS bak kata YB Iskandar A. Samad, exco Kerajaan Negeri Selangor pernah mengatakan orang Melayu pun ada perasaan didalam blognya. Tapi hari ini siapa peduli dengan masalah PAS yang ingin menjaga kepentingan orang Melayu yang beragama Islam, sebab DAP dan PKR kata PAS harus terhutang budi dengan undi orang Cina yang mengundi mereka.
















Thursday, April 2, 2009

Peribadi Anwar yang mulia ~ sama seperti Yahudi

Exco Pemuda UMNO, Lokman Nor Adam klik sini mengatakan Anwar tidak mahu Elizabeth Wong meletakkan jawatan exco dalam Kerajaan Negeri Selangor kerana Elizabeth Wong merupakan jambatan antara Anwar dan Geoge Soros.
Menurut bekas Setiausaha Pemuda Keadilan tersebut dalam ceramahnya di Bukit Gantang, Anwar pernah menghantar Pemimpin kanan PKR ke Washington DC untuk mendapatkan dana daripada George Soros bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-11.
Pertemuan itu menurut Lokman telah diatur oleh Tian Chua, sementara pimpinan PKR yang bertemu George Soros ialah Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Azmin Ali dan Khalid Jaafar.
Timbul perbezaan kenapa layanan Anwar terhadap V Arumugan dengan Elizabeth Wong berbeza, sedangkan kedua wakil rakyat PKR ini berdepan masalah sama iaiatu masalah moral. Timbul persoalan kenapa Anwar menjadikan Elizabeth sebagai Jambatan kepada hubungan Anwar dan Soros .Siapa sebenarnya Elizabeth yang begitu disayangi oleh anwar itu.
sebenarnya Elizabeth dan kawan baiknya Tian Chua merupakan antara pengerak utama yang meniup dan berkempen program Hak Asasi Manusia sehingga idea orang Yahudi yang ditindas oleh bangsa eropah di zaman pertengahan Eropah ini turut berkembang di Malaysia dan kedua rakan karib ini pernah tinggal serumah di Bukit Gasing dalam menggerakkan NGO yang dinamakan HAKAM (Hak Asasi Manusia) dan ARDA (Alliance for Reform and Democracy in Asia). Klik di sini

Elizabeth dan Tian Chua juga berkawan baik dengan Stevan Gan, Pramesh Chandran dan mereka juga merupakan tulang belakang yang membangunkan akhbar internet yang memperjuangkan ‘justice, human rights, democracy, freedom of speech dan good governance’ yang akhirnya kini dikenali sebagi Malaysiakini.com.

Siapa yang memainkan peranan besar menyatukan pandangan dan geraan 4 sekawan iatu Tian Chua, Elizabeth, Stevan Gan dan Pramesh Chandran? jawapannya mereka semua bergerak melalui sumber penaja yang disponsor oleh Open Society Institute (OSI) kepunyaan Yahudi bernama George Soros.Klik di sini dan di sini. Selain itu Elizabeth juga merupakan penasihat utama kepada SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) yang mendapat tajaan daripada yayasan Yahudi Amerika iaitu NED (National Endowment for Democracy).SUARAM mendapat peruntukan tahunan sebanyak $70,000 daripada NED. klik di sini
Sebab itulah Anwar beria-ia menghalang Elizabeth Wong dari meletakan jawatan exco Kerajaan negeri Selangor, kerana dikhuatiri kehilangan Elizabeth sedikit sebanyak akan menyebabkan sumber wang/dana kepada PKR akan semakin susut kerana ketiadaan wakil.
Inilah permainan licik Anwar Ibrahim, bak kata Kalaivanar bekas orang kuat PKR Jerai Anwar seperti Firaun, dan Anwar hanya tahu menggunakan Hindraf untuk kepentingan diri.

Wednesday, April 1, 2009

Hala tuju PAS: Sedang keluar dari lumpur anwar? atau senasib Gusdur


Dipetik dari blog MSO , kata Hadi Awang: klik sini .

Alhamdulilah Tok Guru Nik Aziz telah memberi beberapa nasihat dan pandangan yang baik yang akan dijadikan pedoman dalam membincangkan idea ini," jelasnya.
Menjawab pertanyaan kenapa Nik Aziz mengkritik idea itu secara terbuka baru-baru ini, Abdul Hadi menjelaskan ia bukan disengajakan tetapi kerana beliau (Nik Aziz) tidak mendapat maklumat dan penjelasan yang sebenarnya. "Bagaimana pun alhamdulilah kini semuanya sudah selesai," jelasnya.

Soalnya sekarang siapa yang memberi maklumat kepada Nik Aziz, terlalu "bodo" ke Menteri Menteri Besar tersebut untuk mencari sendiri maklumat sehingga terpaksa bergantung kepada hanya seorang sahaja pemberi maklumat. Kalau benarlah begitu maknanya Si berbaju kotak-kotak hebat benar beliau dalam menyekat segala akses kepada MB Kelantan.Atau adakah Nik Aziz mengetahui cerita sebenar tetapi si berbaju kotak tersebut telah memusingkan fakta mengenai maksud Hadi Awang mengenai kerajaan Perpaduan. Sunguh memalukan episod itu dua nakhoda Parti Islam berselisih pendapat hanya disebabkan cadangan kerajaan perpaduan. Inilah permaianan Husam dan direstui oleh Anwar Ibrahim, tingkah lakunya sungguh licik tidak ubah seperti idolanya agen Amerika tersebut.






Gara-gara Husam, Nik Aziz telah diperdayakan selicik-liciknya demi menjayakan agenda Anwar Ibrahim. "Wala" kepada Presiden telah diketepikan oleh Husam malah "wala" kepada Anwar harus diutamakan.

Masih teringat pembohongan Husam kepada media suatu ketika dahulu saat dia dan Anwar Ibrahim bertemu di Dubai. Katanya dia dan Anwar tiada perjanjian untuk bertemu, dan mereka hanya bertemu secara tidak sengaja di Airport Dubai dan seterusnya berjumpa rakyat Malaysia di Hotel. Bolehkan kenyataan tersebut dipercayai sedangkan mereka menaiki pesawat yang sama?

Dalam keadaan sekarang bolehkah kita anggap anai-anai Erdorgan ini telah mula meresapi PAS dan akhirnya PAS akan mula menjadi sama seperti nasib yang dialami oleh Nahdatul Ulama dan Muhamadiyah di Indonesia, apabila ramai ulamanya terpengaruh dengan idea Islam liberal yang pro-pluralisme. Walaupun satu ketika dahulu PAS lah yang berjuang-mati matian menolak Islam Liberal melalui organ rasminya Harakah. Virus ciptaan Anwar ini secara kasar sukar kelihatan kerana ia begitu kecil dan tidak mampu dilihat denga mata kasar agendanya tetapi akhirnya Virus ini akan menunjukan belang apabila sudah tiada vaksin yang dapat menentangnya. Bagaimana agaknya rupa PAS sekiranya mereka sudah dapat menerima sepenuhnya idea pluralisme yang di jaja oleh Amerika melalui Anwar?
klik sini.

Dalam keadaan sekarang perkara itu belum nampak secara keseluruhan lagi tetapi bibit-bibit kecil sudah kelihatan apabila puak Erdorgan berselisih pendapat dengan puak Ulamak mengenai isu mengunakan perkataan Allah tempoh hari di Parlimen.
klik sini. Memang benar sesetengah pendapat akan mengatakan PAS akan semakin kuat sekiranya berpegang kepada idea pluralisme tetapi sangupkah PAS berubah dari fasal 5 perlembagaanya.



Apabila Hadi Awang menulis buku mengenai Islam dan demokrasi, terbitan PTS Islamika, tahun 2007, Hadi Awang secara jelas menentang gerakan demokrasi ala barat, beliau dalam buku tersebut menyatakan;Demokrasi barat tidak terikat dengan agama dan akhlak menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh hawa nafsu." Soalnya siapa yang memperjuang Demokrasi ala barat dan ditaja oleh pihak barat, adakah Anwar yang memperjuang demokrasi cara ini?klik sini.


Pertembungan demokrasi Islam dan demokrasi barat ini sebenarnya membuktikan adalah mustahil PAS akan begitu mudah tunduk kepada agenda Anwar. Mungkin Anwar boleh mempengaruhi sebilangan besar anggota PAS sebelm ini, tetapi pada masa yang sama Anwar perlu sedar PAS juga mempunyai kumpulan yang menjunjung fasal 5 perlembagaannya.


Hadi Awang juga menyatakan dalam buku tersebut Islam tidak menamakan kuasa rakyat dan mengangapnya tidak praktikal. Bahkan ia adalah suatu kesalahan dan dosa besar kerana termasuk dalam perkara syirik. Islam meletakkan perkara ini di tempat yang wajar dan sebenar dengan menamakannya Sultan Alsya'ab atau pemerintahan rakyat." m/s 110.Jika kita merujuk kepada makna ini membawa maksud Hadi Awang seolah tidak selesa pengunaan perkataan kuasa rakyat oleh Anwar Ibrahim kerana dianggap melampaui fitrah kejadian manusia. Namun Anwar mainkan sentimen ini dikalangan rakyat Malaysia. Klik sini.


Kita nantikan sampai bila hayat PAS bersama Anwar, kerana terlampau banyak perbezaan antara kedua parti ini, dalam keadaan sekarang bolehlah dikatakan mereka saling menguna antara satu sama lain demi memperoleh kuasa. Tatkala PAS ingin mengunakan Anwar keadaan menjadi sebaliknya apabila seolah-olah membiarkan dirinya dikuasai oleh Anwar Ibrahim walaupun sedar ia akan memakan dirinya.