Tuesday, March 31, 2009

aduh kena kencing lagi dengan ANWAR rupanya...

Semalam satu blog Pro PKR ada tunjuk satu artikel pasal UMNO yang terlebih dahulu tidak hormatkan raja-raja Melayu...tapi gambar tersebut tidak jelas pun sikit sape yang dalang utama yang hina raja tu. Hari ini duk belek, surat khabar2 lama terjumpa benda ni...


Rupa-rupanya sewaktu Anwar dalam UMNO dia ni la petualang sebenar yang merosakan UMNO selepas memperkenalkan gagasan masayrakat madaninya yang entah betul atau tidak, dia mengalakkan politik wang didalam UMNO last dia juga yang menjadi tukang dalang menjahtuhkan dan mengaibkan raja-raja Melayu...







Skang mungkin dia akan kata parti PKR ingin daulatkan kuasa raja, tetapi siapa yang bentangkan rang undang2 dulu, disaat dia dan kelompoknya menguasai UMNO dulu dimana pegangannya ? inilah lidah munafik Anwar saling tidak tumpah dengan Abdullah bin Ubai yang sentiasa menjadi duri dalam daging kepada umat islam dizaman rasullullah dulu.
DI masa itu dialah yang menghina Parti PAS, adakah ANWAR secara terbuka pernah meminta maaf dengan orang PAS, tetapi inilah pusingan roda dunia..orang PAS terlalu baik tanpa Anwar meminta maaf, para Tok lebai cakap mereka dah maafkan janji bersama memerangi UMNO. Perasaab dendam kesumat Anwar rupa-rupanya dah berjangkit kat orang PAS, biji tasbih pun dah buang ketepi gamaknya..orang PAS tidak lagi seperti orang PAS dulu..skang dah lebih kurang sama dengan Anwar .Bijak sungguh strategi Anwar selepas impian menguasai UMNO gagal, dia nak menjahanamkan PAS pula, nasiblah ko PAS...

Sunday, March 29, 2009

Bila tiba Pilihanraya Anwar hilang lagi....


Sepanjang hari, saya cuba mencari Anwar, di Bukit Gantangkah beliau?, di Bukit Selambaukah ia?, atau berada di Batang Ai, dari pagi hingga malam tidak kelihatan berita dia dimana-mana. Blog pembangkang pun seolah mendiamkan aje perkara ini, sebaliknya membuat propaganda melampau dengan mengatakan kehadiran penyokong pembangkang di Taiping mencecah 50 ribu orang dan penyokong BN hanya 700 orang sahaja.

Nampak gayanya samalah dengan Demonstrasi anti PPSMI dan Perasmian Persidangan Dewan Rakyat oleh Yang Dipertuan Agong tempoh hari, batang hidung Anwar sekali lagi tidak kelihatan, rupa-rupanya bila buka di laman blognya, beliau memaklumkan bahawa dirinya teramat sibuk dan terpaksa pergi ke Bahrain, kerana dikatakan terpaksa menghadiri Sidang Tahunan Albaraka Banking Group (Majmuat Al-Barakah Al-Masrafiah) dan mesyuarat lembaga bank tersebut. Wah hebat benar Anwar Ibrahim dengan hanya berkelulusan bidang sastera bukan kepujian pun dapat menghadiri mesyuarat kewangan bank pula dan dibiarkan pemimpin-pemimpin PAS dan DAP berjuang menentang BN.

Seingat saya pada pilihanraya kecil Kuala Tererengganu tempoh hari juga beliau tidak hadir, dan membiarkan PAS berjuang keseorangan kerana tidak menghantar orang kuatnya pun kesana.

Tak taulah atas kapasiti apa Anwar menghadiri persidangan itu, mungkin Soros dan kawan2 nya di IMF yang menghantarnya ke sana maklumlah dia dan IMF bagai isi dan kuku, dan tidak boleh dipisahkan.

Inilah sifat dan topeng Anwar yang sebenar, dia peduli apa dengan kesusahan orang lain, saat dia memerlukan bantuan orang lain dia akan guna-habis-habisan, saat dia dah tak perlukan dia akan perlekehkan orang tersebut. Anwar hanya tau pergunakan orang sahaja untuk kepentingan dia...inilah kelebihan dan kemahiran dia yang tidak ada pada orang lain.

Jika tidak percaya tanyalah pada geng reformasi dahulu termasuk geng Ezam dan geng bogel yang sanggup bermati-matian membela dia hingga rumah tangga porak peranda. Tatkala penyokong sedang bertungkus lumus membelanya hingga terkeluar pelbagai kotak, dia dengan sopannya menjalin hubungan dengan agensi yang ditaja Amerika dan akhirnya mampu membina mahligai yang berpuluh juta...

Yang sedihnya Tok-Tok lebai PAS yang selalu duk cakap anti Israel, anti yahudi, anti Israel, anti Islam liberal boleh cair lak dan berkawan bukan main akrab dengan Anwar, apa agaknya tangkai yang dipakai Anwar sehingga Tok Lebai PAS pun terpedaya olehnya. Yang sedihnya Tok guru PAS yang bersemutar pun asyik membela dia, walhal sudah jelas Anwar ini ada kaitan dengan Amerika. Aduhai ....

Disebabkan terlalu membenci UMNO sanggup berpakat dengan Anwar semata-mata ingin jatuhkan Kerajaan di pimpin UMNO BN. Kata orang PAS, UMNO jahat seperti Amerika oleh itu nak jatuhkan Amerika PAS kena kawan dengan kuasa lain juga iaitu PKR yang dianggapnya Rusia.

Yang kelakarnya kata-kata itu langsung tidak masuk akal kerana sejarah mencatatkan Rusia-lah antara dalang selain Yahudi yang menyebabkan kerajaan Daulah Islamiyah Uthmaniyah di Turki yang dipimpin Sultan Abdul Hamid jatuh dan tersungkur dan berakhirnya sistem khalifah dalam dunia Islam, dan kita juga tidak lupa Rusia (soviet Union) juga yang menjajah umat islam di Afghanistan sehinga Malaysia pernah memulaukan Sukan Olimpik di negara tersebut pada tahun 1980 tanda bersimpati dengan rakyat Afghanistan.

Adakah PAS tidak sedar bahawa kawan yang dipeluknya sekarang, adalah wakil Amerika di Malaysia, adakah PAS lupa AL-Gore sentiasa tidak melupakan rakan baiknya itu, hingga sanggup membela Anwar di sidang Apec di Kuala Lumpur suatu ketika dahulu dan melawat Anwar sewaktu Anwar sedang dirawat di Jerman suatu ketika dahulu. Adakah PAS juga tidak sedar didalam Annapolis Summit juga Anwar menyokong dekralasi yang mengiktiraf kerajaan Fatah dan negara Israel.

Nampaknya semua perkara ini para Tok guru terpaksa pejamkan mata dan berpura-pura tidak tau, maklumlah para Tok Guru ini terpaksa bergantung kepada Husam Musa sahaja untuk mendapatkan maklumat, maklumlah Husam saja yang layak dipercayai dan ada berita sahih.

Friday, March 27, 2009

Perokok lebih hina daripada lembu-Nik Aziz



Ini gambar Ehsan anak kawan baik Tok guru iaitu Anwar Ibrahim yang sedang merokok nampaknya anak Anwar lebih hina dari ayahnya yang jadi talibarut Yahudi dan Amerika.



Ini pulak gambar Helmi ahli PKR yang dikatakan ada hubungan dengan kisah pengedaran gambar separa bogel Elizabeth Wong.Tok Guru tak hina Helmi ada hubungan sulit dengan Eli malah Tok Guru bela Elizabeth yang bersekedudukan dengan orang muslim.




Bila Tok Guru mengatakan orang yang merokok lebih hina dari lembu, apa motif tok guru kepada orang PAS tersebut. Saya sebenarnya pun bukanlah seorang perokok malah tidak begitu selesa jika terhidu asap merokok, tetapi soalnya adakah hukum merokok itu boleh menyebabkan seseorang itu menjadi kafir. Bagaimana pula sikap Tok Guru dalam soal manusia yang lidah bercabang yang ingin membawa pembaharuan dan melakukan gerakan tajdid dengan kaedah yang diacukan oleh tangan-tangan kuasa Amerika. Dalam keadaan sekarang siapa lebih hina perokok atau manusia yang mengaku islam dan mambawa misi Amerika yang lebih hina?


Adakah Tok Guru masih diulit buai oleh sang baju kotak-kotak yang saban hari mempengaruhi minda Tok guru? sedih saya melihat keadaan tok Guru sekarang, sehingga sudah tidak mengenal mana musuhnya dan mana yang harus ditentang.


Sehina-hina lembu dia masih boleh diguna untuk tujuan kebaikkan. Tapi kalau manusia yang lidah bercabang, kerja dia adalah ingin memusnahkan Islam.


baca sini..


KOTA BAHARU 27 Mac - Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka melalui pakaian jubah dan ketayap tetapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu.
Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am PAS, berkata amalan menghisap rokok dikeji kerana diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan.
“Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran. Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah).
“Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina dari lembu,” katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini,hari ini.
Nik Abdul Aziz berkata ada antara umat Islam yang mencuri-curi menghisap rokok di serambi masjid sambil bersembang sementara menunaikan solat.
Beliau mengingatkan umat Islam supaya menghentikan amalan yang dianggap jijik dan tidak berdisiplin itu. — Bernama

Wednesday, March 25, 2009

bila UMNO dah kerepot, PAS berkahwin dua

Sungguh kelakar politik Malaysia hari ini, dua parti terbesar dan ahlinya yang majoriti terdiri dari orang Melayu/bumiputra beragama Islam, dilihat mengalami perpecahan dalaman yang serius. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno) yang elit dan lebih suka dikenali dengan Datuk mengalami masalah sindrom sakit tua, dengan segala penyakit datang kepadanya dari masalah barah duit, kanser penyelewengan kuasa, kencing berdarah dan juga pelbagai skandal yang memalukan orang Melayu.




Sementara Parti Islam Malaysia (PAS) yang selesa dengan pangilan Tok Haji pula walaupun umurnya juga sudah melangkaui usia persaraan namun parti ini tidak dihinggapi penyakit, cuma menghadapi masalah kerana hobi Tok Haji PAS ini ialah menpunyai Isteri ramai, disebabkan keadaan itu anak-anaknya bergaduh sesama sendiri ada yang kawan dengan orang Melayu sahaja, ada yang nak kawan dengan Amerika ada yang nak kawan dengan Iran.


Pening kepala Tok Haji PAS nak menjaga karenah anak-anak. Hasrat Tok Haji nak menegakkan Malaysia sebagai negara Islam buat masa ni terpaksa dilupakan, setelah mereka berkahwin dengan dua gadis bukan melayu serentak, sorang gadis adalah dari Amerika suka shoping di Amerika dan yang sorang lagi gadis dari negara China, Tok Haji PAS ni memang baik hati, apa yang diinginkan oleh isteri pertama ia ikuti, dan apa yang diingini oleh Isteri kedua pun ia ikuti.

Isteri pertama suka bisnes dan meminta kepada tok haji PAS ini supaya menyerahkan kawasan perniagaannya kepadanya separuh untuk mereka cuba meneroka kawasan baru yang sebelukm ini hanya Tok guru sahaja membuka bisnesnya, percbaan isteri pertama Tok Guru ni berjaya hingga 31 cawangan kedainya dapat dibuka, disebabkan sayang akan isterinya ini Tok Haji Pas sanggup mengorbankan perniagaannya, pada tahun 2008 Tok Haji PAS hanya cuba membuka kedainya di 66 tempat sahaja dan yang berjaya dibuka hanya 23, yang lain terpaksa akur dengan syarikat pesaing yang dimiliki oleh Datuk UMNO.





Khabarnya disebabkan sayangkan isteri keduanya itu Tok Haji PAS sanggup membina masjid yang punya rekabentuk budaya Cina di Rantau Panjang. Itulah sayangnya Tok Haji kepada isteri keduanya.




Tuesday, March 24, 2009

Nizar ingin dikorbankan Hadi Awang


Siapa sangka pergeseran antara Hadi Awang dan Nik Aziz sudah melarat sampai ke Bukit Gantang. Sebelum ini Nik Aziz memaklumkan beliau menolak cadangan Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koh Ham untuk mencalonkan Nizar sebagai calon PAS di Bukit Gantang.Sampai saat ini, tidak diketahui sebab dan musabab kenapa Nik Aziz menolak Nizar dicalonkan sebagai Calon di Bukit Gantang.


Persoalan juga wujud kenapa Hadi Awang menolak pandangan Nik Aziz dalam pemilihan calon, sesudah melakukan tindakan sama apabila berlakunya pilihanraya kecil di Kuala terengganu, pada masa itu Nik Aziz mencdangkan Mat Sabu dan Puak Erdorgan mencadangkan Syed Azman tetapi Hadi Awang memilih Wahid endut sebagai pilihannya.


Adakah ini bermakna Hadi Awang ingin menyanggah kata Nik Aziz bahawa beliau (Nik Aziz) adalah Nakhoda PAS. Atau pun Hadi Awang ingin membunuh kerjaya politik Nizar? sekiranya BN yang menang di Bukit Gantang perkara ini tidak mustahil berlaku...kerana dalam situasi sekarang belum tentui Nizar akan menang di Bukit Gantang.


Timbil persoalan adakah nasib Nizar akan sama seperti dialami oleh calon BN bagi Kuala terengganu yang sesudah kalah pada Pilihanraya Kuala Terengganu pada masa sama hilang jawatan Timbalan Menteri dan Senator.
sama-sama kita nantikan..siapa yang kena titik dalam perang di bukit Gantang ini.


andai PAS yang menang dalam pilihanraya ini bermakna, pembaharuan yang ingin dilakukan oleh BOS baru UMNO iaiatu Najib Razak, masih lagi belum mencukupi untuk memenangi hati rakyat marhean.