Tuesday, December 8, 2009

Zaid mula ikut langkah Anwar saman Kadir Jasin: mana hak sivil rakyat Malaysia?


Gara-gara Kadir Jasin mengelarkan dirinya Hurricane Hattie, satu watak kartun tahun 60-an yang suka mengacau orang lain, Zaid Ibrahim yang sekarang merupakan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR mengambil keputusan untuk menyaman bekas Ketua Pengarang New Sraits Times Press (NSTP) Malaysia tersebut.

"Oleh sebab kes ini adalah kes mahkamah, maka saya tidak akan menyiarkan sebarang komen yang menyentuh atau memberi kesan kepada saman Zaid itu.

"Dalam erti kata yang lain, hak sivil kita semua yang mengambil bahagian dalam blog ini menjadi terhad akibat daripada saman itu. Jadi berhati-hatilah," kata Kadir Jasin seperti di petik didalam blognya.

Selain Zaid Ibrahim, Anwar Ibrahim juga melakukan tindakan yang sama apabila ada pihak lain cuba menlontarkan pandangan mengkritiknya, kalau kita lihat saman yang dilakukan Anwar kita dapati sekurang-kurangnya 5 saman yang masih belum dibicarakan termasuk saman kepada bekas sahabat baiknya Nalakarupan dan juga Chandra Muzafar bekas Timbalan Presiden PKR.

Sikap pimpinan PKR yang suka menyaman ini sebenarnya adalah bertentangan dengan apa yang dilaungkan selama ini, mereka seringkali mendakwa akhbar di Malaysia tiada kebebasan dan hak sivil masyarakat untuk bersuara diketepikan.

Namun jika kita ambil contoh tindakan Zaid Ibrahim ini, sememangnya PKR lah yang lebih autokrasi berbanding pimpinan Kerajaan. Tindakan mereka tidak ubah seperti sikap pimpinan DAP Singapura yang suka mengunakan Mahkamah untuk menutup mulut pengkritik musuh politik mereka.

Cuba kita nilai bagaimana tindakan Anwar dan Raja Petra Kamarudin dalam menfitnah pimpinan kerajaan yang tidak disukainya, tidak cukup dengan media tempatan, media antarabangsa pun digunakannya bagi kepentingan politik.

Sikap kepura-puraan Anwar dan PKR ini sebenarnya membuktikan bahawa merekalah pihak yang paling hipokrit dalam memperjuangkan hak masyarakat. Mereka sering mempergunakan rakyat untuk meraih sokongan, namun apabila sudah memperoleh sokongan mereka akan membiarkan kebajikan rakyat, dan sebaliknya mereka menyalahkan pihak Kerajaan Pusat yang menganiaya rakyat bawahan.

Kisah penduduk india di kampung buah pala Pulau Pinang dan nasib ibu tunggal di Kota Damansara adalah secebis kisah kegagalan Anwar dan PKR menepati janji yang dilaungkan. Itu belum dikira kisah masalah kuil di Shah Alam, semuanya masih membelengu dan tergantung tanpa keputusan terbaik seperti dijanjikan.

Dalam soal kes saman yang melibatkan Kadir Jasin dan Zaid Ibahim ini sebenarnya kita boleh lihat siapa yang lebih emosi dan kalut samada Kadir Jasin ataupun Zaid yangg sentiasa bercakap mengenai kebebasan bersuara.

Jika Kadir Jasin hanya mengangap Zaid pengacau dalam UMNO dan kini pengacau dalam PKR, apakah isu sebenannya yang menyebabkan bekas Menteri Kabinet zaman Pak Lah itu terasa hati dan melenting hingga perlu dibawa ke Mahkamah.

Jika diperhatikan tindakan yang diambil oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR itu adalah bercanggah dengan apa yang ditulis di blognya.

"Bagi saya, kalau PKR, PAS atau DAP yang mendakwa saya ini satu watak kartun dan seorang pengacau, maka saya perlu meneliti tuduhan tersebut. Tetapi kalau setakat penulis upahan UMNO yang membuat tuduhan, saya rasa saya masih lagi boleh tidur nyenyak. Lagi pun tak berapa syok nak melayan budak-budak upahan, terutamanya yang hati mereka dah terlalu busuk" , kata Zaid di dalam blognya bagi menjawab tuduhan Kadir Jasin.

No comments: