Wednesday, December 9, 2009

Selamatkah KB MALL, benarkah wujud penyelewengan?


Polis Kelantan dikatakan telah menahan seorang lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kejadian sebuah kereta yang menjunam jatuh ke dalam pasar raya KB Mall beberapa hari lepas yang membunuh dua pelajar kolej kejururawatan.

"Kedua-duanya kini direman beberapa hari bagi membantu siasatan yang dibuat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana dikaitkan menyebabkan kematian dalam insiden itu," kata Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi.

Dalam kejadian pukul 5 petang Ahad lepas, dua pelajar perempuan Kolej Kejururawatan Masterskill cawangan Kota Baharu, Siti Nor Amira Samsuddin, 19, dan Siti Nor Diana Azman, 18, terbunuh akibat dihempap kereta terbabit ketika berada di atas tangga bergerak pasar raya itu.

Disini timbul satu persoalan adakah wajar hanya lelaki dan wanita tersebut sahaja ditahan bagi tujuan siasatan. Bagaimana pula dengan pemilik dan pemaju pusat membeli belah tersebut adakah mereka akan terlepas begitu sahaja?

Sebelum ini difahamkan pihak polis sendiri ada mengeluarkan kenyataan bahawa tembok penghadang yang dibina hanya diperbuat dari batu bata sahaja tanpa memasukkan besi keluli.

Jika kematian pelajar india sewaktu perkemahan 1 Malaysia di Perak dijadikan isu nasional, hingga disegerakan siasatan khas kerana didakwa terdapat penyelewengan pembinaan jambatan gantung tersebut, kenapa kematian dua orang Melayu islam di Kelantan hanya senyap dan sunyi sahaja.

Tiadakah mana-mana parti politik atau NGO tampil untuk membela keluarga mangsa mengeluarkan saman kepada pihak pemaju dan pemilik pusat membeli belah tersebut. Kepada pihak parti pembangkang pula kenapa isu ini tidak dijadikan isu untuk membela orang Kelantan yang selalu mengatakan di zalimi oleh pihak lain.

Inilah hipokritnya politik Melayu, sekiranya ada isu membabitkan kesalahan musuh politik mereka, maka akan gegak gempitalah seluruh alam menghemtam dan mewujudkan pelbagai cerita. Namun bila terkena batang hidung sendiri semua senyap dan sepi sahaja, seolah-olah tiada apa yang berlaku. Mungkin sudah nasib orang Melayu Kelantan di pergunakan oleh orang politik.
Walaupun dikatakan pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu akan mengadakan siasatan berkaitan isu ini sejauh mana ketelusan siasatan akan dilakukan akan dipersoalkan memandangkan MPKB sendiri terlibat mengeluarkan kelulusan pembinaan bangunan tersebut.

Disebabkan ia melibatkan kepentingan keselamatan umum adalah lebih wajar pihak SPRM ataupun pihak berautoriti lain mengambil tindakan kes berkenaan. Sepanjang rekod kewujudan kemalangan di pusat Membeli belah di Malaysia inilah kali permata ia melibatkan kematian disebabkan kelemahan struktur fizikal bangunan.

Kompleks membeli belah KB Mall dikatakan pernah terpilih sebagai kompleks membeli belah terunggul di Malaysia hingga mengatasi kompleks membeli belah terkemuka di seluruh Malaysia dalam majlis anugerah “Retail Development”(kategori kompleks membeli belah) pada 2007 . Namun Pencapaian luar biasa KB Mall hingga mengatasi pusat membeli belah lain ini seolah tidak kena jika kita melihat dari kejadian yang meragut nyawa pengungjung kompleks tersebut.

3 comments:

Anonymous said...

cuba naik parking atas parkson kota bharu..

Anonymous said...

Kelantan mundur, otak pun mundur, sebab MB pun mundur mcm mandor. MB mendidik cara begitu dlm rumahtangga sendiri duduk diam diam no komen tp rumahtangga org cepat cepat buat mulut celupar, buat fitnah sensasi cerita. Tup tap tup kena batang sendiri sebab tu duduk diam ALLAH turun bala satu satu. Diam tu sebab kocek dah penuh, kalau sensasikan lagi parah pemimpin anak pinak kena scandal lagi lagi bertambah nyanyok. Kelantan tak de masalah pun kalau nak maju 20 tahun dulu, bukan pitis tak de, cuma MB dgn konco konco je tak de pengalaman nak urus buat pelan kemajuan, bila yg muda muda lepasan Uni naik jd pemimpin mmg la lain cerita nampak kelemahan serta tadbir urus tak baik dan teratur. Lagi satu kerana sikap egois dan bangga diri dlm diri MB ni yg buat Kelantan ni mundur, tak mau nak terima hakikat pembangunan kerana ingat Kjaan Pusat ni tak ikhlas kononya, tp sikit demi sikit kain MB dah makin carik nak koyak rabak dah akibat terlampau ekstrim sgt mencaci maki, menjahanamkan org. Elok sgt turun tahta kasi Nik Amar atau cerdik pandai lain yg MB. Puak UMNO bila lagi nak buat perhimpunan depan KB Mall ...bangsa sendiri jd mangsa bukan bangsa lain yg senang senang nak saman jutaan ringgit kat Kjaan jgn buta mata pulak.

Anonymous said...

ap yg ko ckp nie???? mcm ckp x guna otak je???ad otak ke x nie???
klu x tau jgn duk wak fitnah... diam2 dah r.... lbh baik diam drpd x tau tapi duk ckp jugak.....
ko jgn duk mengata sesuka hati ye... sedap je mulut... UMNO nak saman ap plak nie????